Followers

Monday, 30 April 2012

Unit Amal Di Pertahankan ? - Nasrudin Hassan Tantawi Mabuk Ketum


Mendengar kenyataan daripada Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat berkenaan insiden rempuhan terhadap anggota Polis yang di kepalai oleh Unit Amal cukup menggelikan hati.Manakan tidak seluruh rakyat dapat benar-benar menyaksikan kejadian tersebut yang cukup jelas memperlihatkan mereka bertindak merempuh halangan yang di buat oleh anggota Polis bahkan berlaku juga insiden tolak menolak sewaktu rempuhan tersebut berlaku.

Itulah sikap juak-juak Pakatan Haprak sahabat karib kepada DAPigs yang sentiasa mencari alasan dan berbohong kepada rakyat secara teraang-terangan.MMI cukup simpati kepada mereka-mereka yang percaya kepada kenyataan tersebut kerana ianya merupakan satu pembohongan dan usaha untuk mencari alasan menghalalkan tindakan biadap oleh Unit Amal.

Jelas Nasrudin Hassan Tantawi sebagai seorang pemimpin angkatan muda Pas telah memalukan seluruh angkatan muda mereka dan kenyataan beliau turut memperlihatkan bahawa Dewan Pemuda Pas sebenarnya tidak bermaruah. 

Semuanya bermula apabila Nasrudin Hassan Tantawi berkata Dewan Pemuda Pas Pusat menegaskan anggota Unit Amal tidak merempuh sekatan polis di hadapan Menara Berkembar Petronas, sebaliknya pergerakan mereka hanya satu tindakan mencelah dan meloloskan diri daripada kepungan polis.

Anggota Unit Amal Pas yang mengetuai penyokong Duduk Bantah Bersih 3.0, bertindak sedemikian apabila melihat sebahagian jalan yang menjadi kepungan polis kosong.

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, Unit Amal mempunyai rekod cemerlang dalam membantu masyarakat mengawal keamanan negara ini.

"Kejadian yang dikatakan merempuh itu tidak masuk akal, apa lagi memukul anggota polis. Mereka dihantar sebagai skuad khas untuk menangkis provokasi dan bukannya memusuhi polis.

"Apa yang berlaku pada hari tersebut adalah Unit Amal dan penyokong Anti-Lynas terkepung dengan dua pasukan polis yang mengepung sepanjang sebahagian Jalan Ampang. Polis membuat barisan melintang menyebabkan Unit Amal dan Anti-Lynas tidak dapat melalui jalan tersebut.

"Polis turut mengepung Jalan P Ramlee di mana ada benteng polis dan mereka bersilang tangan. Tetapi, ia hanya sebahagian jalan sahaja. Ada polis yang hanya berdiri dengan keadaan tidak sebaris. Jadi, melihat keadaan yang agak kosong di bahagian kiri jalan, Unit Amal merasakan itu ruang untuk meloloskan diri daripada bertembung dengan polis," katanya kepada media, hari ini.

Fuh memang hebat Unit Amal ni apatah lagi dihantar sebagai skuad khas untuk menangkis provokasi.Hehehe rupa-rupanya ada unit yang lagi hebat dari Pasukan Polis.Secara berterus-terang Nasrudin Hassan Tantawi sememangnya telah memperakui bahawa Pas secara tersusun sememangnya menggerakkan jenteranya untuk bersama-sama Ambiga Barua Yahudi dalam himpunan tersebut.Jadi Pas sememangnya terlibat.

MMI turut ketawa terbahak-bahak apabila membaca kenyataan Nasrudin apabila menyatakan Unit Amal mempunyai rekod cemerlang dalam membantu masyarakat mengawal keamanan negara.Hah ! mengawal keamanan negara hehehe memang Nasrudin ni mabuk ketum lah,Setakat ni apa jasa Unit Amal dalam mengawal keamanan negara ? Ada sapa-sapa boleh bagitau MMI sebab setakat yang MMI tau puak-puak ni hanya menjadi anjing kepada DAPigs dan PKR sahaja jauh sekali kalau nak diangkat sebagai mereka yang mengawal keamanan negara.

Malah jika dikira daripada apa yang berlaku dalam himpunan BERSIH 3.0 jelas sekali memperlihatkan mereka bersama juak-juak lain turut melakukan provokasi dan kekacauan serta turut mencederakan pihak Polis yang sebenarnya sentiasa menjaga keamanan negara kita.

Kepada Unit Amal malu la sikit,cermin lah diri tu dulu.Jaga keamanan negara konon piirahhh. 

Apa pun MMI bawakan bukti rakaman video yang menunjukkan Unit Amal meloloskan diri dari ruang yang ada dalam barisan anggota Polis seperti mana yang di maklumkan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat.

  

Kepada anda yang mengikuti artikel ini tolong jawab sat lolos atau rempuh ? Hahaha orang tak ada akai ja yang kata lolos.Kepada Pemuda Pas di seluruh negara anda semua sudah hilang maruah kerana kenyataan yang cukup bodoh daripada Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat yang dari firasat MMI selayaknya perlu di ajar semula maksud perkataan lolos dan rempuh.

Pssstt kalau nak cover line pun agak-agak aaaa...

MMI.

GEMPAR ! Video Azmin Bakal Di Dedahkan


Haa kan dah kata lepas satu satu akan di dedahkan,Terbaru melalui blog PapaGomo didedahkan gambar seorang lelaki menyerupai Azmin Ali yang diberitakan melakukan perbuatan terkutuk dengan seorang perempuan yang merupakan pemimpin wanita PKR.

Namun video masih belum didedahkan oleh PapaGomo dan kita sama-sama tunggu apa perkembangan selanjutnya.Klik Sini untuk maklumat lanjut.

Orang tua-tua pernah berkata kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Rasa petang ni nak makan ais krim lah..

MMI.

Bersih 3.0 Nik Aziz Bayar Babi Kuning Untuk Bersama Barua Yahudi


Nik Aziz seorang pemimpin tertinggi Pakatan Haprak dilihat memperakui bahawa beliau turut memberikan sehjumlah wang kepada mereka-mereka yang sanggup menjadi babi kepada Ambiga merusuh di Kuala Lumpur.

Berikut merupakan kenyataan dan laporan dalam Utusan Malaysia bertarikh 29 April 2012 :

KOTA BAHARU 29 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui memberi sumbangan peribadi berbentuk wang kepada mereka yang menyertai perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang di Kuala Lumpur, semalam.

Nik Abdul Aziz, yang tidak menyertai perhimpunan itu, berkata tindakannya itu bukan satu kesalahan kerana ia merupakan satu bentuk bantuan yang perlu dihulurkan.

"Salah apa bagi duit untuk dia (peserta) bayar minyak (kereta). Dia tinggalkan rumah perlukan minyak kereta dan hotel lagi.

"Hak orang lain saya tidak tahu tetapi saya beri duit poket saya sendiri yang merupakan mereka yang tinggal dalam kawasan saya. Mintak RM20 saya bagi banyak itu," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika mengulas dakwaan bahawa parti pembangkang memberikan sumbangan wang kepada peserta perhimpunan itu seperti duit poket termasuk menyediakan penginapan, pengangkutan dan makan minum selama berada di ibu negara.

Ketika ditanya adakah Pas turut memberikan sumbangan yang sama kepada penyokong parti itu, Nik Abdul Aziz berkata perkara itu tidak diketahuinya.

"Wallahualam (jika berlaku perkara itu)," katanya ringkas.

Begitulah tindakan seorang pemimpin yang kononnya memperjuangkan Islam sanggup memberikan wang kepada juak-juaknya semata-mata untuk memperlihatkan akan keprihatinan mereka terhadap penganjuran BERSIH.Paling menarik Nik Aziz lupa agaknya pemberian tersebut jelas memperlihatkan beliau menyokong tindakan AMBIGA seorang manusia yang jelas menolak Islam dan menyokong LGBT.

Soalnya sekarang apakah perjuangan Pas ? Adakah Pas memperjuangkan Islam dengan bersama Ambiga atau BERSIH ? Bagi setiap manusia khususnya orang Melayu yang beragama Islam yang di anugerahkan akal dan fikiran oleh Allah SWT sudah pasti dapat melihat kepincangan ini serta ianya merupakan isyarat jelas bahawa Pas hari ini sudah terpesong.Perjuangan Pas hari ini lebih kepada perjuangan untuk mendapatkan kuasa dengan bersama PKR dan DAPigs.

MMI serahkan kepada semua untuk menilai selebihnya.

Berkenaan BERSIH 3.0 ini , MMI mahu mengajak semua untuk sekali lagi kita melihat apakah yang kononnya tuntutan mereka.

Tuntutan BERSIH:
1. Bersihkan senarai undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Akses media yang bebas & adil
5. Tempoh berkempen minima 21 hari
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor   

1.MMI mahu mengingatkan kepada semua berkenaan tuntutan pertama,amat jelas tuntutan pertama ini sebenarnya tidak relevan langsung kerana SPR bakal mempamerkan nama-nama pengundi bermula 2 Mei 2012 di setiap kawasan daerah mengundi.Dalam tempoh itu setiap parti politik mahupun pihak-pihak tertentu boleh mengemukakan bantahan sekiranya terdapat sebarang keraguan daripada senarai pengundi yang di pamerkan dan semua itu di buat oleh SPR sebelum nama-nama tersebut di wartakan sebagai pengundi.Apakah ini masih di katakan tidak bersih ?

2.Tuntutan kedua reformasikan undi pos,sebenarnya semua pihak khususnya parti-parti politik sudah sedia maklum bahawa undi pos yang dijalankan sebenarnya cukup telus bila mana semua wakil-wakil parti politik yang bertanding dibenarkan berada dalam setiap bilik membuang undi.Soalnya apa lagi yang mahu di reformasikan oleh Ambiga dan juak-juaknya ?

3.Gunakan dakwat kekal,rasanya pihak SPR sudah pun menjalankan ujian dan penelitian terhadap tuntutan ini dan kemungkinan besar pilihan raya ke 13 nanti penggunaan dakwat kekal ini akan digunakan.Sekiranya tidak digunakan sekalipun adakah ianya akan mewujudkan pengundi hantu seperti yang dicanangkan oleh Ambiga dan Pakatan Haprak ? Jangan lupa sekiranya BN mempunyai pengundi hantu sudah pasti pilihan raya ke 12 yang lalu BN tidak akan kalah di 5 buah negeri.

4.Akses media yang bebas & adil,Apakah selama ini media di Malaysia tidak bebas ? Apa lagi yang dimahukan oleh mereka kerana melihat kepada dominasi media maya dan penyampaian maklumat melalui akses internet tidak pernah di sekat oleh kerajaan.Lihat kepada media pembangkang seperti Harakah,Suara Keadilan dan lain-lain adakah media pembangkang melakukan tindakan bebas & adil seperti mana yang dituntut ? Malah jika dibandingkan kedua-dua media diantara kerajaan dan pembangkang cukup jelas media pembangkang cukup hebat malah sentiasa melakukan pembohongan,tuduhan dan fitnah yang tidak berasas sama sekali.Bandingkan.

5.Tempoh berkempen minima 21 hari,satu tuntutan yang jauh menyimpang daripada apa yang telah pihak kerajaan berikan kepada semua parti politik.Lihat saja pihak pembangkang saban hari sentiasa mengadakan pentas-pentas ceramah hampir setiap hari dan jika dikira tempoh masa berkempen pihak pembangkang sebenarnya telah diberikan akses atau kebenaran untuk berkempen sepangjang tahun.

6.Kukuhkan institusi awam,apa lagi yang mahu dikukuhkan ? Jangan lupa pembangkang pernah menyatakan sekiranya mereka memerintah negara maka jumlah kakitangan awam akan dikurangkan.Adakah ini bererti mengukuhkan institusi awam ? Malah jika dilihat institusi awam sekarang dengan program yang dijalankan oleh pihak kerajaan melalui GTP sudah menampakkan keberkesanannya.Tuntutan seperti ini hanyalah satu tuntutan berniat jahat yang hanya mahu mewujudkan satu sentimen rakyat membenci kerajaan.

7.Hentikan rasuah,melihat kepada mereka-mereka yang telah ditangkap dan diadili di mahkamah jelas memperlihatkan usaha pihak kerajaan dalam membasmi rasuah.Penubuhan SPRM sebenarnya merupakan salah satu usaha terbesar dan bersungguh-sungguh oleh kerajaan dalam usaha membasmi gejala rasuah.Namun jangan kita lupa pembangkanglah yang sedang berusaha untuk mencalar serta memperlihatkan kepada rakyat bahawa SPRM merupakan badan yang tidak bebas sedangkan ianya diberikan kuasa penuh untuk melakukan siasatan dan mengambil tindakan.

8.Hentikan politik kotor-Hahaha yang ini MMI memang geli hati,bayangkan babi-babi BERSIH ini mahu menuntut supaya hentikan politik kotor.Barangkali mereka lupa agaknya politik siapa yang kotor selama ini.Antaranya Ambiga merupakan salah seorang yang menyokong LGBT dimana kumpulan ini merupakan kumpulan seks songsang sesama jenis yang jelas amat jijik dan kotor di mata rakyat Malaysia keseluruhannya.Anwar Ibrahim dengan kes video seks malah pernah berjanji kepada Malaysia bahawa 16 Sept kerajaan akan bertukar yang akhirnya memalukan diri sendiri sehinggakan keluarnya pemimpin-pemimpin mereka sendiri kerana politik menipu yang cukup kotor dimainkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan ini.Jangan lupa juga isu beliau bersama Samsidar isteri kepada Azmin Ali yang hari ini hanya menunggu masa untuk didedahkan oleh orang kuatnya sendiri Datuk Nallakaruppan.Begitu juga dengan Mat Sabu yang ditangkap khalwat malah rakaman perbualan telefon beliau bersama isteri orang tersebar diseluruh negara diangkat sebagai Timbalan Presiden Pas,Isu Hasan Ali yang di pecat daripada Pas,fitnah terhadap YAB PM berkenaan pembunuhan Altantuya dan paling mutakir ini tindakan merusuh oleh babi-babi BERSIH di bawah pimpinan Ambiga Barua Yahudi.

Semua di atas cukup jelas membuktikan tindakan himpunan BERSIH 3.0 adalah semata-mata untuk menimbulkan kekacauan dan bukannya untuk menuntut 8 tuntutan mereka.Malah MMI percaya daripada jumlah yang hadir dalam himpunan BERSIH 3.0 itu sendiri jika di tanya tujuan dan apa yang dituntut sudah semestinya tidak akan dapat memberikan jawapan.

MMI turut dimaklumkan oleh mereka yang berada di ibu kota dalam himpunan BERSIH 3.0 bahawa perusuh-perusuh tersebut di bayar sejumlah wang sebanyak RM200 bagi memudahkan mereka sepanjang berada di sana.Ini diakui sendiri oleh perusuh terbabit yang berasal dari Kedah melalui perbualan sesama mereka yang didengari dengan jelas oleh salah seorang kenalan MMI.

Inilah sikap pembangkang yang hanya tahu menuding jari kepada orang lain sedangkan mereka sendiri sebenarnya cukup lemah malah sanggup melakukan apa saja untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang diberikan mandat oleh rakyat sebagai kerajaan yang sah.

Apa pun yang paling bangang sekali adalah Pas kerana hari ini jelas Ambiga menyalahkan Unit Amal Pas di atas apa yang berlaku.Maksudnya Pas hanya menjadi kuda tunggangan kepada misi dan matlamat Ambiga dan konco-konconya.

Wallahualam.

MMI.

Sunday, 29 April 2012

BERSIH 3.0 Konspirasi Insiden Rempuhan Di Komplek SOGO


Kejadian yang berlaku di SOGO apabila anggota Polis di pukul dan kenderaan di terbalikkan merupakan antara kejadian yang mendapat perhatian paling tinggi dari segi ratingnya.Pelbagai maklumat menyatakan kenderaan tersebut telah di pandu dan merempuh sebilangan perusuh-perusuh BERSIH 3.0 yang turut menyebabkan seorang telah terperangkap di bawah kenderaan tersebut.

Berbagai cerita didendangkan dan sejauh mana kebenaran cerita-cerita ini menjadi tanda tanya kepada seluruh rakyat yang mengikuti dengan penuh minat insiden yang berlaku di ibu kota baru-baru ini.

MMI kali ini cuba untuk mengupas berkenaan insiden tersebut kerana dari pengamatan MMI ianya mengundang konspirasi yang jika dilihat dengan mata kasar menampakkan ianya berlaku seolah-olah anggota Polis cuba untuk merempuh seterusnya mahu mendatangkan kecederaan kepada orang ramai yang berada di kawasan tersebut.

Pertama sekali apakah seorang anggota Polis boleh bertindak sedemikian dengan memandu kenderaan Polis dan bertindak merempuh orang ramai yang sepatutnya dilindungi ?

Kedua mengapa agaknya pemandu kenderaan tersebut bertopi keledar,berkaca mata hitam dan berseluar pendek ?

Ketiga mengapa agaknya si pemandu sahaja yang dibelasah sedangkan anggota berpakaian seragam dilihat seolah-olah di selamatkan?

Keempat mengapa agaknya masih ada mereka-mereka yang dilihat cuba untuk mempertahankan anggota-anggota Polis tersebut ?

Kelima dimana gambar seterusnya anggota Polis yang dibelasah apabila di bawa keluar dari kenderaan tersebut ?

Keenam kemana agaknya anggota Polis berpakaian seragam dibawa pergi setelah dikeluarkan dari kenderaan tersebut ?

Jom kita bermula dengan video yang menunjukkan kenderaan Polis tersebut jelas di serang oleh babi-babi Pakatan Haprak sewaktu kenderaan tersebut masih di jalanraya.

   

Sebelum itu kita ikuti juga video di bawah yang jelas menunjukkan kenderaan Polis tersebut merempuh orang ramai di komplek Sogo.





Sungguh dasyat sekali melihat apa yang berlaku.Apa yang MMI mahu jelaskan adalah kenderaan Polis tersebut sesekali tidak akan terlibat dalam insiden tersebut sekiranya sesuatu tidak berlaku sewaktu babi-babi BERSIH bertindak ganas menyerang kenderaan tersebut di jalan raya.

Kemungkinan juga boleh berlaku anggota Polis yang berada dalam kenderaan tersebut bukannya anggota Polis tetapi merupakan sebahagian daripada perusuh-perusuh yang bertindak merampas kenderaan Polis.

Kemungkinan juga kedua-dua yang di katakan anggota Polis itu adalah perancangan awal yang dilakukan oleh pihak Pakatan Haprak untuk menjadikan pasukan Polis sebagai mangsa keadaan demi untuk mencetuskan kekacauan dan menimbulkan huru hara dalam negara.


Persoalannya sekarang sejauh mana orang yang dikatakan anggota Polis itu benar-benar anggota Polis ? Apakah anggota Polis itu boleh berpakaian seperti gambar diatas ? Mungkin akan ada yang berkata ini adalah anggota SB soalnya sejauh mana kebenarannya ? Dan jika benar mengapa berpakaian begitu dan kenapa kenderaan panduannya merempuh orang ramai di komplek Sogo ?


Lagi persoalan mengapa agaknya anggota Polis berpakaian seragam ini di selamatkan sedangkan rakannya di belasah oleh para perusuh ? Kemana agaknya anggota Polis ini di bawa pergi ? Mengapa agaknya para perusuh ini begitu bersemangat untuk menyelamatkan anggota Polis tersebut ? 

Ada dikalangan rakan-rakan MMI yang menyatakan kedua-dua orang yang menyelamatkan anggota Polis tersebut adalah merupakan anggota Polis SB yang bersama-sama dengan para perusuh dalam menjalankan tugas mereka.

Jika ini adalah benar bermakna pihak Polis mempunyai bukti dan jawapan kepada insiden ini dan pastinya mereka tahu jawapannya ?

Apa pun konspirasi ini memerlukan jawapan kerana semua pihak mempunyai pandangan masing-masing.MMI bukan memihak kepada BERSIH ataupun Pakatan Haprak jauh sekali menyokong mereka cumanya MMI mahu menjelaskan kepada semua jangan percaya bulat-bulat kepada setiap yang anda lihat kerana babi-babi Pakatan Haprak boleh bertindak serta melakukan sesuatu yang jauh dari jangkaan kita semua.

Kepada semua ingat kembali insiden bom meletup di perkarangan mahkamah sewaktu hukuman bakal dijatuhkan kepada Anwar Ibrahim.Jangan lupa juga berita rampasan senjata di beberapa tempat sekitar ibu kota sewaktu BERSIH 2.0 yang lalu.Siapakah dalangnya agaknya ?

Kepada anda di luar sana ingatlah SEGALANYA MUNGKIN BERLAKU!

MMI.

BERSIH 3.0 Malapetaka Yang Tak Di Undang


Ramai pihak sebenarnya telah sedia maklum apa yang berlaku di Ibu Kota semalam.Apa yang selalunya mahu dielakkan oleh seluruh rakyat telah pun berlaku dan semuanya menunjukkan bahawa segelintir rakyat Malaysia hari ini sudah tidak lagi mempunyai rasa hormat dan hilang nilai-nilai kemanusiaan.

Lihat bagaimana insiden babi-babi perusuh memukul anggota Polis dan memusnahkan harta milik kerajaan di lakukan seolah-olah mereka hidup dalam dunia yang tidak bertamadun.

Apa pun mungkin ramai di luar sana yang tidak mengetahui insiden semalam sebenarnya telah menyebabkan ramai anggota Polis mengalami kecederaan.

MMI bawakan kepada semua maklumat anggota-anggota Polis yang mengalami kecederaan dan kronologi Perhimpunan BERSIH 3.0

PERKEMBANGAN TERKINI PERHIMPUNAN BERSIH DI DATARAN MERDEKA

SEBELUM PESERTA PERHIMPUNAN MEREMPUH DAN MEMASUKI DATARAN MERDEKA, TERDAPAT BEBERAPA ORANG PEMIMPIN PEMBANGKANG DAN NGO, TELAH MEMBERI UCAPAN KEPADA PESERTA PERHIMPUNAN. DI MASJID NEGARA UCAPAN DI SAMPAIKAN OLEH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM, MAT SABU, DAN LIM KIT SIANG. DI LRT MASJID JAMEK, DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DAN DATO’ AMBIGA SREENEVASAN, DI JALAN TUN PERAK, UCAPAN DIBERIKAN OLEH AZMIN ALI, MANAKALA DI SOGO OLEH DR.HATTA RAMLI, MAHFUZ OMAR, DAN SALLEHUDDIN AYUB.

SELEPAS UCAPAN TERSEBUT, PESERTA PERHIMPUNAN TELAH BERTINDAK AGRESIF DENGAN MEMBALING PELBAGAI OBJEK KE ARAH POLIS DAN MEREMPUH PENGHADANG SERTA BERGERAK MENGHALA KE DATARAN MERDEKA. PIHAK POLIS TELAH MENGAMBIL TINDAKAN DENGAN MELEPASKAN TEMBAKAN AIR DAN KEMUDIANNYA DIIKUTI DENGAN GAS PEMEDIH MATA BAGI MENGHALANG KEMARAAN KUMPULAN TERSEBUT. KUMPULAN BERKENAAN TELAH BERTINDAK GANAS SEHINGGA MENYEBABKAN (11) ORANG ANGGOTA POLIS TERCEDERA, (9) ORANG ANGGOTA DIRAWAT DI HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL) DAN (2) ORANG ANGGOTA DIRAWAT DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PPUKM).

MANGSA KEJADIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. KPL 165534 MOHD FAIRUZ BIN ZULKIFLI, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KECEDERAAN LUKA DAN CALAR DI BADAN AKIBAT DITENDANG DAN DIPIJAK OLEH PESERTA PERHIMPUNAN. BELIAU DIRAWAT DI HKL.

2. KPL 141269 ABU BAKAR BIN ABDUL RAHMAN, ANGGOTA IPD PUTRAJAYA, MENGALAMI KECEDERAAN PECAH DIBIBIR, BENGKAK BAWAH MATA KIRI DAN KESAKITAN DI BADAN AKIBAT DITUMBUK DAN DIBALING OBJEK SEHINGGA TERJATUH DARIPADA MOTOSIKAL. BELIAU DIRAWAT DI PPUKM.

3. KONST 171506 AZIZI BIN MOHD NOH, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK BUKIT AMAN, MENGALAMI KECEDERAAN DI PIPI AKIBAT DIBALING OBJEK KERAS DAN MENDAPAT RAWATAN DI HKL.

4. L/KPL 152574 MOHD NASIR BIN ABU MANSUR, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KESAKITAN BADAN DAN TIDAK BOLEH DUDUK AKIBAT TERJATUH MOTOSIKAL DAN DIPUKUL DI PERUT. BELIAU DIRAWAT DI HKL.


5. L/KPL 157576 DATU MOHD JOHAR DATU SHARIMAN, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KECEDERAAN DI MATA AKIBAT DITUMBUK OLEH PESERTA PERHIMPUNAN. BELIAU MENERIMA RAWATAN SEBAGAI PESAKIT LUAR DI HKL.

6. KONST 178857 MOHD NOR FIRDAUS BIN HJ ABU BAKAR, ANGGOTA IPD PUTRAJAYA, MENGALAMI KECEDERAAN RETAK TULANG LENGAN KANAN DAN DIRAWAT DI PPUKM.

7. KONST 175128 MOHD KAMIL BIN PARIMIN, ANGGOTA IPK TERENGGANU, MENERIMA 7 JAHITAN DI KEPALA DAN DIRAWAT DI HKL.

8. KONST 179689 ZAMAN BIN ALI, ANGGOTA BALAI POLIS WANGSA MAJU, MENGALAMI KECEDERAAN PATAH HIDUNG DAN DIRAWAT DI HKL.

9. SJN 84797 SHUIB BIN JAMALUDDIN, ANGGOTA IPD KANGAR, SAKIT DARAH TINGGI DAN DIRAWAT DI HKL.

10. L/KPL 124962 TUAN RUZI BIN TUAN SENG, ANGGOTA IPD MACHAP JOHOR, KECEDERAAN PATAH DUA BATANG GIGI, KOYAK DI BAHAGIAN BIBIR (7 JAHITAN DI DALAM BIBIR), DAN LEBAM SELURUH BADAN. BELIAU DIRAWAT DI HKL.

11. L/KPL 157813 AMIRUL BIN NAWRI, ANGGOTA BALAI POLIS PORT DICKSON, MENGALAMI SESAK NAFAS AKIBAT DITUMBUK. BELIAU DIRAWAT DI HKL.

PESERTA PERHIMPUNAN JUGA TELAH MEROSAKKAN KENDERAAN PASUKAN POLIS, IAITU (2) BUAH KERETA PROTON WAJA, SEBUAH PACUAN EMPAT RODA NISSAN XTRAIL DAN SEBUAH MOTOSIKAL. KATEGORI KENDERAAN TERSEBUT ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. (1) PROTON WAJA KL176, MENGALAMI KEROSAKAN CERMIN SEBELAH PEMANDU PECAH DAN ANTENA (AERIAL) BELAKANGNYA DIPATAHKAN.

2. (1) PROTON WAJA WTJ2974, MENGALAMI KEROSAKAN SEMUA CERMIN HADAPAN DAN BELAKANG SERTA TINGKAP PECAH AKIBAT DITERBALIKKAN OLEH PESERTA PERHIMPUNAN.

3. (1) NISSAN XTRAIL WQW 160, MENGALAMI KEROSAKAN SEMUA CERMIN TINGKAP DAN CERMIN HADAPAN PECAH. BADAN KENDERAAN KEMEK.

4. (1) MOTOSIKAL TRAFIK WSB 723, JENIS HONDA CBX 750 TELAH DIBAKAR OLEH PESERTA PERHIMPUNAN.

PERHIMPUNAN YANG DIADAKAN DI DATARAN MERDEKA TELAH BERJAYA DISURAIKAN OLEH PIHAK POLIS DAN PIHAK POLIS MASIH LAGI MEMANTAU KEADAAN DAN KETENTERAMAN AWAM DI KAWASAN TERSEBUT.

t.t
( MOHMAD BIN SALLEH ) DCP
KETUA POLIS
KUALA LUMPUR.

(Dikeluarkan pada 28 April 2012 jam 2240hrs)

Percayalah orang luar sudah mula tersenyum dengan perkembangan ini.

MMI.

Saturday, 28 April 2012

BERSIH 3.0 BABI-BABI PR Makin Kurang Ajar!


Tanggal 28 April 2012 sekali lagi kumpulan manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang telah melakukan satu tindakan yang sebenarnya menunjukkan niat serta matlamat sebenar mereka dalam satu perhimpunan yang diberi nama BERSIH 3.0 ini.

Apa yang boleh dilihat adalah jelas bahawa mereka-mereka ini sebenarnya langsung tidak menghormati undang-undang negara apatah lagi tidak menyanjungi sistem demikrasi negara yang telah bertapak semenjak negara mencapai kemerdekaan.

Alasan demi alasan diberikan oleh mereka kononnya Malaysia tidak mengamalkan sistem demokrasi yang adil sedangkan kerana sistem inilah Pakatan Haprak berjaya memenangi 5 buah negeri dalam pilihan raya 2008 yang lalu.

Tindakan demi tindakan ini sebenarnya sudah diduga kerana sejak kebelakangan ini rakyat secara totalnya telah menolak Pakatan Haprak dan kerana itulah mereka-mereka yang berada di ibu kota yang hanya merupakan penyokong parti masing-masing melakukan keganasan untuk menunjukkan kepada dunia luar bahawa Malaysia tidak aman.Niat yang cukup jahat untuk memastikan kerajaan Barisan Nasional di jatuhkan.

MMI bawakan beberapa rakaman video yang jelas memperlihatkan sikap dan tindakan mereka yang sebenarnya mahukan keganasan.

  





Apakah motif sebenar perhimpunan ini ? Yang nyata dan pasti pihak penganjur telah melanggar perjanjian yang di berikan untuk mengadakan himpunan secara aman.

Dalam pada itu MMI cukup marah dengan satu insiden yang berlaku melibatkan kecederaan terhadap anggota Polis yang bertugas.Kepada mereka yang terlibat selayaknya kamu dipanggil BABI sahaja.Lihat bagaimana BABI-BABI ini bertindak menyerang kenderaan Polis dan memukul anggota tersebut sehingga mendatangkan kecederaan yang teruk.Dalam soal ini siapa sebenarnya yang bertindak ganas ? Haram Jadah punya BABI !







Kepada semua terutamanya pihak berkuasa sudah sampai masanya kita bertindak dan bagi MMI setiap daripada BABI-BABI ini termasuklah penganjur amat perlu di tangkap dan di kenakan tindakan sewajarnya.

Mungkin mereka sudah bersedia untuk menerima seorang Presiden Republik Malaysia yang akan mengetuai BABI-BABI ini yang mungkin akan memastikan Bangsa Melayu,Agama Islam dan tanah air ini terus di pertahankan.Malah Bangsa Melayu akan terus diberikan keistimewaan.


Amacam ? Ambiga bakal Presiden Malaysia ? Melihat dari kawalan yang diberikan Ambiga sudah boleh dikira sebagai Bakal Presiden selepas ini.

Soalnya sekarang sejauh mana anda semua mahu mensia-siakan perjuangan yang sudah hampir 66 tahun ini kepada BABI-BABI Haram Jadah ini ?

Kepada semua anggota Polis jutaan terima kasih MMI ucapkan kerana tugas kamu memastikan keselamatan kami.Kepada yang cedera MMI tumpang simpati semoga cepat sembuh.

Kepada seluruh rakyat Malaysia AYUH! Kita tolak BABI-BABI ini dalam pilihan raya yang akan datang.

Selagi darah masih mengalir dalam batang tubuh MMI selagi itulah BABI-BABI Pakatan Haprak akan MMI perangi.

Hidup UMNO! Hidup BN!

MMI.

Friday, 27 April 2012

GEMPAR! Tsunami Di Pulau Pinang


Dalam seminggu ini BN Pulau Pinang cukup bertuah kerana YAB PM dan YAB TPM hadir bersama-sama rakyat di kawasan.Lihat saja bagaimana sambutan yang diberikan oleh 30,000 rakyat kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri sewaktu hadir ke Kenduri Rakyat di Simpang Tiga Nibong Tebal cukup memberikan isyarat jelas bahawa rakyat khususnya di Pulau Pinang menolak Rejim Pakatan Haprak DAPigs.

Begitu juga semasa taklimat jentera pilihan raya Barisan Nasional negeri Pulau Pinang di Jawi Golf Resort jumlah kehadiran mencecah 5000 orang daripada 3000 yang di sasarkan.Ini menandakan bahawa Tsunami BN sudah mula mengambil tempat dan akan terus menggegarkan Pulau Pinang.

MMI yang turut berada di setiap lokasi sekitar Nibong Tebal pada hari tersebut melihat perkembangan mutakir ini menunjukkan UMNO dan Barisan Nasional sebenarnya telah mula menjadi pilihan rakyat secara umumnya.

Sesuatu yang agak menarik berlaku apabila di perkampungan Jawi sewaktu YAB PM singgah untuk  majlis penyerahan kunci rumah dan beramah mesra dengan penduduk mendapat sambutan bahkan mereka dilihat mengibarkan bendera Malaysia bagi meraikan kedatangan YAB PM.Perkampungan ini dimaklumkan merupakan antara kubu kuat DAP di Nibong Tebal yang tidak pernah UMNO dan BN berpeluang untuk masuk sebelum ini.


Ini menunjukkan rakyat sudah kembali kepada BN dan ianya juga sebenarnya merupakan hasil daripada usaha BN untuk keluar daripada kepompong lama seterusnya melakukan transformasi yang hari ini sudah menampakkan kejayaannya.                                           

Bagitu juga dengan kehadiran YAB TPM hari ini yang mendapat sambutan cukup memberangsangkan daripada rakyat Pulau Pinang.


Malah di beritakan berlaku insiden pihak Pakatan Haprak Pulau Pinang mula melancarkan perang psikologi dengan mengarahkan khemah-khemah yang dipasang supaya diturunkan dengan alasan mengganggu lalu lintas serta tidak mempunyai permit.Klik Sini

Tindakan ini sebenarnya menunjukkan Pakatan Haprak dan Rejim DAPigs pimpinan Guan Eng sudah tidak senang duduk dengan kehadiran dua pemimpin besar Barisan Nasional ke Pulau Mutiara.Malah mereka dilihat semakin hilang punca yang akhirnya memakan diri sendiri apabila mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk menurunkan khemah-khemah yang dipasang.Di sini kita dapat melihat dimana Ketelusan Cekap dan Akauntibiliti yang di laung-laungkan oleh mereka selama ini ? 

Sekiranya rejim DAPigs dan Pakatan Haprak benar-benar mempunyai kekuatan di Pulau Pinang seperti mana yang dicanangkan semestinya kehadiran dua pemimpin besar Barisan Nasional ini tidak sesekali akan dianggap sesuatu yang boleh menjejaskan reputasi mereka.

Inilah sebenarnya sikap hipokrit Pakatan Haprak di Pulau Pinang yang kononnya berjiwa rakyat.

Apa pun Barisan Nasional bersama-sama parti komponen akan terus bekerja untuk rakyat.Buat seluruh rakyat Pulau Pinang fikir sekarang apakah Pakatan Haprak Pulau Pinang bekerja untuk rakyat atau hanya mahu mencetuskan kekacauan ?

MMI nak tanya juga siapa YDP MAINPP sekarang agaknya ? Apa jawapan berkenaan tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara ? Apa cerita komplek letak kereta di Bukit Bendera ?

Semuanya kepincangan rejim DAPigs dan konco-konconya di Pulau Pinang.

Terbaru katanya nak lancarkan himpunan BERSIH di Padang Kota.

Pakat-pakat fikirlah..

MMI.                                                                                                                                                                                                                                                  

Saturday, 21 April 2012

KJ Bidas Sikap Pembangkang !


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar) membidas sikap tidak bertanggungjawab Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang tidak hadir semasa sesi penerangan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam usaha menyelesaikan isu senarai nama pengundi.

Khairy menyatakan rasa kecewanya itu ketika sesi perdebatan dengan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke menerusi laman debat dalam talian, www.ipidato.com.

Menurutnya, hanya kira-kira 10 ahli Parlimen pembangkang yang hadir pada sesi berkenaan dan kecewa kerana Anthony juga tidak hadir.

"Senarai pengundi merupakan isu paling penting dalam lapan tuntutan Bersih. Bagaimanapun, apabila SPR meminta Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang menghadiri sesi penerangan pada hari ini, hanya kira-kira 10 ahli Parlimen pembangkang sahaja yang hadir, saya amat kecewa dan kamu (Anthony) juga tidak hadir.

"Bagaimana kita mahu berusaha ke arah mencari penyelesaian dalam usaha 'membersihkan' senarai pengundi, sedangkan pemimpin-pemimpin pembangkang sudah pun membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan BN dan SPR. Sebaliknya mahu membawa isu berkenaan ke jalan raya," katanya menerusi laman debat berkenaan.

Laman pidato dalam talian atau dikenali sebagai iPidato dilancarkan oleh MyEG dan merupakan platform yang membolehkan dua individu mengutarakan pendapat atau bantahan berkenaan sesuatu isu.

Platform iPidato tersebut menyerupai laman sosial Twitter di mana pendebat-pendebat boleh mengambil bahagian untuk memuat naik perdebatan mereka dan orang ramai boleh mengikutinya apabila mengunjungi laman berkenaan.

Dalam pada itu, Khairy turut membidas tindakan Anthony membangkitkan dakwaan bahawa SPR mungkir janji kerana enggan melupuskan 42,000 nama yang bukan senarai pengundi selepas tempoh pemaparan.

Menurut Khairy, Pengerusi SPR, Tan Sri Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof telah memberi jawapan mengenai perkara tersebut di mana 42,000 nama berkenaan adalah senarai pengundi yang tidak aktif berdasarkan Jabatan Pendaftaran Negara.

Katanya, sebahagian daripada senarai berkenaan disyaki tinggal di kawasan pedalaman dan tidak berhubung dengan JPN untuk satu tempoh yang lama.

Selain itu ujarnya, SPR juga telah memaparkan dan menghantar senarai nama kepada semua parti politik bagi membantu mengenal pasti sama ada pengundi-pengundi dalam senarai berkenaan masih hidup dan ia berterusan sehingga boleh disahkan statusnya.

"Saya telah mengkaji semula laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan proses pilihan raya dan mendapati bahawa Pengerusi SPR memberitahu tidak mudah untuk menggugurkan nama dan tujuan tatapan umum adalah untuk memudahkan proses berkenaan.

''Beliau tidak pernah berjanji untuk menggugurkan nama serta-merta selepas sesi pemaparan dilakukan," jelasnya.

Ini merupakan bukti jelas barisan Pakatan Haprak yang hanya tahu menuduh tetapi dalam masa yang sama tidak berani untuk berdepan dengan kenyataan.Seperti semua sedia maklum Pakatan Haprak semakin terhimpit dengan janji dan gerak kerja palsu mereka yang akhirnya hari ini kesannya di tanggung oleh mereka sendiri.

Barangkali mereka masih terlupa bahawa rakyat Malaysia semakin bijak menilai.

Kepada mereka di luar sana terimalah hakikat hari ini mengundi PAS dan Keadilan bererti mengundi DAP.

Ayuh Selamatkan Malaysia dari parasit-parasit ini.

MMI.

PENDEDAHAN - Teman Lelaki Maya Karin Di Kenal Pasti ??


Maya Karin satu nama yang tidak asing lagi kepada seluruh rakyat Malaysia kerana keunikan dan kecantikan yang dimilikinya membuatkan ramai peminat di seluruh negara sering mengikuti perkembangan artis ini.Malah ada di antaranya yang menjadikan artis ini sebagai idola dalam hidup seharian.

Baru-baru ini Maya Karin menjelaskan yang beliau sudah bersedia untuk kembali menjalin hubungan cinta setelah bercerai dengan Muhammad Ali Abdullah pada 2010.

Maya berkata, dia berharap dapat bertemu dengan seorang lelaki yang mempunyai keyakinan diri dan tidak takut kepada cabaran. "Saya sudah bersedia untuk mencari jodoh selepas kegagalan rumah tangga dulu tapi orang mungkin takut untuk mendekati saya kerana status selebriti yang ada pada diri saya. 

"Bagaimanapun saya berharap lelaki itu nanti tidak hanya melihat sisi saya sebagai seorang pelakon kerana saya juga adalah wanita biasa," ujarnya kepada akhbar The Star.

Daripada sumber-sumber terdekat MMI dimaklumkan bahawa seorang lelaki telah berjaya mencuri hati dan perasaan Maya Karin yang telah lama tidak mempunyai teman hidup.Beliau adalah diantara jutaan jejaka yang bertuah kerana berjaya menawan hati Maya Karin.

Cumanya diberitakan dalam waktu terdekat ini jejaka yang dimaksudkan itu tidak akan didedahkan bagi memberikan ruang kepada Maya Karin untuk lebih mengenali hati budi si jejaka terbabit.

Wah beruntunglah si jejaka tersebut kerana daripada jutaan yang meminati Maya Karin beliau adalah yang terpilih.Soalnya sejauh mana kebenarannya ? Sama-sama kita tunggu.

Apakah ini Si Jejaka yang di maksudkan ? Kita tunggu dan lihat perkembangannya.
Semoga Maya Karin dipertemukan jodoh secepat mungkin dan terus sukses dalam dunia lakonan.

To Arab Special 4 u Hehehe

MMI.

PM Di Pulau Pinang


Alhamdulillah MMI berkesempatan untuk menulis kali ini,bukan apa lagi dekat dengan pilihan raya makin banyak kerja yang perlu di buat hingga membataskan masa dan ruang untuk menulis.Hebat sekali pukulan bahang pilihan raya kali ini bahkan masa untuk makan dan minum pun kadang-kadang tak menentu.Itu baru MMI insan kerdil yang hanya sedikit sumbangannya kepada parti jika nak dikira dengan segala gerak kerja daripada seluruh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional hari ini yang sentiasa bekerja untuk bertemu dengan rakyat.

Melihat kepada gerak kerja YAB PM dan jenteranya,MMI cukup kagum malah boleh dikatakan tiada langsung hari minggu seperti mana yang dinikmati oleh rakyat seluruhnya.Besok Ahad 22 April 2012 YAB PM akan hadir ke Pulau Pinang untuk bersama-sama dengan rakyat serta seluruh jentera UMNO dan Barisan Nasional dalam beberapa program yang telah disusun khusus untuk rakyat di Pulau Pinang.

Di beritakan YAB PM, Datuk Seri Najib Razak akan melancarkan 364 pusat daerah mengundi (PDM) di seluruh Pulau Pinang sempena lawatan kerjanya ke negeri ini pada esok hari (Ahad).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, berkata pelancaran itu akan diadakan pada majlis perjumpaan bersama pemimpin persekutuan tempatan Barisan Nasional (BN) di Dewan Bukit Jawi Golf Resort, Nibong tebal.

"Pada majlis itu Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO akan menyampaikan amanat penting kepada pemimpin bagi memantapkan gerak kerja jentera di peringkat akar umbi," katanya pada Jumaat.

Beliau berkata, 5,000 pemimpin tempatan dijangka hadir pada majlis itu. 

Selain itu,beliau akan mengadakan sesi dialog tertutup dengan badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kaum Cina dan India secara berasingan anjuran Kelab Penyokong 1Malaysia (KP1M).

"Kira-kira 3,000 ahli daripada pelbagai pertubuhan Cina dijangka hadir. Dialog itu akan membolehkan Perdana Menteri memaklumkan kepada kita mengenai perkembangan terkini rancangan transformasi kerajaan.

"Pada masa sama, masyarakat itu secara langsung boleh menyuarakan pandangan mereka," kata pengerusi jawatankuasa penganjur Lim Boo Chang.

Menurutnya kebanyakan NGO Cina mahu kerajaan persekutuan membantu Pulau Pinang khususnya mengenai isu sosio ekonomi seperti menangani masalah kesesakan lalu lintas yang mana mereka berpendapat menjangkaui kemampuan kerajaan negeri.

"Sudah pasti kerajaan persekutuan mempunyai peranan yang perlu dimainkan. Kebanyakan masa, kami hanya mendengar perangkaan ekonomi yang digembar-gemburkan oleh kerajaan negeri tetapi pada realitinya, rakyat tidak merasai hasilnya.

"Kesesakan lalu lintas bertambah buruk dan rakyat tidak merasai manfaat daripada hasil pelaburan yang diterima oleh negeri dan juga ekonomi," kata Lim.

Beberapa pertubuhan Cina yang terkenal di Pulau Pinang sedang membantu KP1M bagi mengatur program sempena lawatan sehari Najib ke negeri itu, antaranya Dewan Perhimpunan Cina, Persatuan Wushu, Persatuan Tarian Singa dan Naga dan Persatuan Peranakan Cina Pulau Pinang.

Sejak setahun lalu, Najib telah beberapa kali melakukan lawatan ke negeri itu. Pada September lepas, beliau membantu mengumpul RM15 juta bagi 15 buah sekolah Cina apabila berbasikal lebih tujuh kilometer bersama 5,000 murid dan menyampaikan RM1 juta masing-masing kepada setiap sekolah itu di bawah program Kayuhan Amal 1Malaysia untuk Pendidikan.

Najib, yang juga Pengerusi BN, juga menghadiri rumah terbuka Aidilfitri di Permatang Pauh tahun lepas dan rumah terbuka Tahun Baru Cina 2012 di Tanjong Marina.

Lawatan Najib kali ini boleh disifatkan sebagai 'membina semula keyakinan' atau 'menggerakkan askarnya' di kalangan parti komponen BN negeri tetapi bagi penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian usaha itu masih merupakan tugas berat bagi BN merampas semula negeri itu.

Andaiannya berdasarkan hakikat bahawa daripada 11 kerusi yang dimenangi oleh BN pada pilihan raya umum 2008, hanya lima dimenangi dengan majoriti lebih 1,000 undi.

"Sekiranya berbanding 29 kerusi yang dimenangi oleh PKR-DAP-PAS, hanya sebuah kerusi (Batu Uban-PKR) mencatatkan majoriti bawah 1,000 undi. Adalah baik sekiranya BN boleh mengekalkan kesemua 11 kerusi itu dan berusaha merampas lebih daripada itu termasuk kerusi Batu Uban," katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi. Bagi BN merampas semula negeri itu, ia perlu mempertahankan kesemua 11 kerusi yang dimenanginya pada 2008 dan menang 10 lagi kerusi.

Ahli strategi BN percaya mereka mempunyai peluang untuk memenangi semula sehingga 15 kerusi di Pulau Pinang dan kemungkinan memenangi lebih banyak kerusi dalam DUN negeri itu.

UMNO yakin dapat mempertahankan 11 kerusi yang dimenangi di Pulau Pinang pada 2008 manakala Gerakan dan MIC turut yakin untuk memenangi semula beberapa kerusi yang mereka kalah.

Pada 2008, UMNO hanya kalah tiga kerusi tetapi Gerakan kalah kesemua 13 kerusi yang ditandingi oleh parti itu, MCA kalah sembilan kerusi manakala MIC dua.

Baru-baru ini pemimpin DAP mendabik dada dengan menyatakan berdasarkan tinjauan tahun lepas, 90 peratus pengundi Cina dan India di negeri itu menyokong pakatan pembangkang dan oleh itu mereka tidak terlalu bimbang.

Sivamurugan berkata BN perlu membentuk barisan exco bayangan di Pulau Pinang bagi merampas semula negeri itu dengan timbul ura-ura mengenai pengerusi BN negeri yang baru.

Beberapa pemimpin BN menjangka pengumuman mengenai kepimpinan BN negeri akan dilakukan pada Ahad ini.

Buat masa ini, BN sedang menumpukan kepada beberapa isu khususnya salah guna kuasa dalam urusan penjualan tanah di Bayan Mutiara kepada pemaju hartanah dan masalah parkir di Air Itam.

Walaupun peluang BN merampas semula kuasa di Pulau Pinang nampak agak sukar ketika ini namun Najib berharap untuk meneruskan persemukaan dengan penduduk Pulau Pinang dan menjadikan kehadirannya dirasai di negeri itu.

Itulah kehebatan Pulau Pinang sebuah negeri yang hari ini ditadbir oleh Rejim DAP yang perlu di tawan semula oleh Barisan Nasional.Kedua-dua belah pihak menyatakan bahawa mereka mampu memenangi pilihan raya yang bakal diadakan namun yang pastinya keputusan terletak di tangan seluruh rakyat Pulau Pinang untuk menentukan siapa yang lebih layak.

Kepada seluruh rakyat Pulau Pinang bertindaklah secara rasional dalam memilih sebuah kerajaan negeri yang mampu bekerja untuk rakyat.

Jumpa di sana esok..

MMI.

Wednesday, 18 April 2012

Eksklusif - Antara Kaca & Permata


Hampir seharian MMI tidak menulis semuanya kerana meluat melihat segelintir anak muda yang kononnya menggelarkan diri mereka pelajar tetapi jauh sekali menyimpang daripada sikap dan tanggungjawab seorang pelajar malah boleh diibaratkan seperti kutu rayau yang hanya tahu menjadikan kekacauan sabagai satu bahan permainan.

MMI pasti semua pengikut-pengikut blog sudah amat mengetahui berkenaan kes demonstrasi pelajar untuk menghapuskan PTPTN di Ibu Kota baru-baru ini namun MMI cuma nak mengajak semua supaya sama-sama kita renung-renungkan apakah kerajaan kita ini amat zalim kerana tidak menyediakan sistem pendidikan secara percuma ?


Keduanya apakah dengan tindakan mengadakan demontrasi adalah satu pilihan dalam usaha pelajar untuk kononnya mendapatkan hak mereka ? Dan apakah tindakan yang berlaku ini datangnya daripada diri para pelajar tersebut ataupun ianya disuntik oleh pihak-pihak pembangkang dalam usaha menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional?

Semuanya adalah soalan yang sememangnya sentiasa bermain di fikiran rakyat hari ini namun dari pemerhatian dan kajian yang MMI dan beberapa rakan lakukan ianya sebenarnya tidak mendapat sokongan malah ditolak hampir seluruh rakyat Malaysia termasuk mereka yang bernama pelajar sendiri.



Melihat akan gambar diatas sebenarnya sudah cukup memperlihatkan sikap segelintir pelajar yang sebenarnya sudah hilang integriti sebagai seorang pelajar.Lihat saja Adam Adli dan rakan-rakannya yang sebenarnya hanya mahukan publisiti murahan disamping menjadi sebagai alat atau agen kepada Pakatan Haprak untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional zalim.

Percayalah mereka sebenarnya berhajatkan perkhemahan ini akan mendapat sokongan rakyat seterusnya menjadikan peritiwa medan tahrir sebagai episod kebangkitan rakyat di Malaysia.Namun jauh di sudut pemerhatian MMI,rakyat Malaysia sebenarnya lebih bijak daripada bangsa-bangsa lain didunia malah rakyat Malaysia hampir pasti menolak setiap gerakan atau apa saja tindakan yang boleh menimbulkan huru-hara dalam negara kerana keharmonian itu lebih penting dipelihara.

Keharmonian yang selama ini dinikmati oleh kita adalah kerana sikap dan tanggungjawab rakyat keseluruhannya yang meletakkan konsep kesepakatan sebagai agenda utama.Malah kontrak sosial yang selama ini dipegang pastinya akan terus dipelihara dan inilah yang paling dicemburui oleh Pakatan Haprak kerana ianya membenarkan kerajaan sedia ada untuk lebih bertanggungjawab seterusnya memperbaiki setiap tindakan supaya rakyat dapat hidup dengan selesa.

Percayalah sekiranya bangun satu-satu bangsa di Malaysia menggegarkan dunia dengan demontrasi mahupun kekecauan pastinya bangsa lain juga akan menerima tempiasnya.Bayangkan sekiranya bangsa Melayu bangun mencetuskan kekacauan sudah pasti bangsa Cina dan India juga akan turut sengsara kerana ekonomi pastinya akan terjejas.Melihat kepada sudut ekonomi sahaja kita sudah dapat mengagak apa yang bakal berlaku sekiranya negara huru-hara.Bangsa Cina mempunyai kekuatan ekonomi namun jangan kita lupa bahawa bangsa Melayu sebenarnya turut menyumbang kepada kekuatan ekonomi bangsa Cina di Malaysia kerana bangsa melayu mempunyai keupayaan membeli yang besar dalam konteks pembelian runcit seharian.

Begitu juga dengan bangsa India yang hari ini dilihat sama-sama bangun dengan bangsa-bangsa lain terutamanya dalam bidang-bidang kedoktoran,peguam,perniagaan makanan,pemborong dan banyak lagi sudah pasti akan turut terjejas.Sebagai memudahkan bicara biarlah bangsa mana pun yang bangun mencetuskan kekacauan di negara kita sudah pasti bangsa-bangsa lain juga akan terjejas kerana kita sudah lama hidup serumpun.


Lupakah kita dalam soal pendidikan negara melalui PTPTN ianya merangkumi seluruh bangsa yang sekiranya layak pastinya akan ditawarkan dengan pinjaman tersebut dan ia sebenarnya meletakkan keupayaan serta kesungguhan kerajaan Barisan Nasional dalam membantu anak-anak Malaysia supaya pembelajaran mereka dapat dilakukan dengan sempurna.Malah PTPTN bukanlah satu kaedah berbentuk pinjaman paksaan kerana mereka-mereka yang DITAWARKAN berhak untuk menolaknya.


Kita juga jangan lupa pinjaman PTPTN yang disalurkan kepada pelajar-pelajar ini digunakan untuk menampung kod sara hidup mereka sewaktu masih di alam pembelajaran.Malah terdapat ramai diantara para pelajar sendiri yang menggunakan wang pinjaman PTPTN ini untuk membeli pelbagai barangan untuk kegunaan peribadi termasuklah pembelian iPad,Handphone,motorsikal,bercuti, dan lain-lain yang semuanya berbentuk kehendak diri masing-masing.MMI tidak menuduh semua tetapi ada sebahagian daripada mereka yang bertindak sedemikian.

Tindakan ini juga sebenarnya tidak dipantau malah lakukanlah apa saja yang dirasakan baik oleh mereka kerana kerajaan Barisan Nasional berniat baik untuk membantu dan memudahkan mereka untuk mencapai kecemerlangan.

Selain daripada itu dipihak Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia juga telah pun mengambil satu tindakan khusus untuk mencari kaedah terbaik bagi memantapkan lagi PTPTN melalui meja rundingan yang dinamakan Rundiangan Meja Bulat yang telah berjaya merealisasikan 11 resolusi untuk di bawa ke peringkat tertinggi.Ini adalah cara yang lebih terpuji dalam menyelesaikan masalah daripada kita menjadikan jalanan sebagai tempat untuk meluahkan perasaan yang tidak sedikit pun mendapat simpati rakyat Malaysia.Klik Sini

Dengan apa yang diperkatakan , adakah kerajaan Barisan Nasional masih dianggap zalim ? Klik Sini

Tindakan tanpa motif yang baik ditambah dengan suntikan perjuangan Pakatan Haprak yang terkial-kial mencari sokongan rakyat sudah pasti mendatangkan musibah mahupun perkara yang mampu mengundang kemarahan di pihak yang lain.Bahkan tindakan yang keterlaluan itu sudah pun mencetuskan satu peristiwa terburuk apabila gambar YAB Perdana Menteri dan YB Khalid Nordin di  kalungkan dengan bunga menunjukkan seolah-olah kedua-duanya telah pun mati.Ini merupakan satu tindakan yang cukup biadap di lakukan oleh mereka yang kononnya menggelarkan diri sebagai pelajar.


Apakah ini yang dinamakan DEMOKRASI seperti mana yang tertulis pada batu nisan tersebut ? Ternyata sekiranya mereka menggelarkan diri sebagai pelajar seharusnya mereka faham maksud demokrasi seperti yang dilaung-laungkan bukan bertindak dijalanan seperti ini bahkan jauh sekali menterjemahkan.

Sebagai bukti bahawa rakyat menolak dan tidak menyenangi tindakan seperti ini maka di sekitar Pulau Pinang laporan polis telah dibuat oleh NGO dan orang perseorangan supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kumpulan tersebut kerana telah menghina pemimpin negara.


Seperti yang MMI katakan semua yang berlaku merupakan tindakan satu kumpulan yang sebenarnya tidak disokong oleh hampir seluruh para pelajar di negara kita.Tindakan-tindakan mereka ternyata mampu mencetuskan suasana yang tidak baik kepada masyarakat dan negara.Seharusnya pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera supaya kita semua dapat menumpukan kepada kejayaan negara dalam persaingan global yang semakin hebat.Adalah lebih baik hari ini seluruh rakyat menyumbang kepada kejayaan negara melalui pelbagai dasar dan tindakan oleh pihak kerajaan melalui GTP,ETP dan lain-lain supaya matlamat menjadi negara maju tercapai yang pastinya rakyat bakal merasai kesan daripada kejayaan ini.

Kepada yang di luar sana tahukah kamu masih terdapat para pelajar di negara-negara lain yang begitu daif dalam mencari pendidikan.Untuk mendapatkan pendidikan mereka perlu menghadapi pelbagai rintangan yang pastinya tidak pernah dirasai oleh anak-anak pelajar di negara kita.


Tahukah kamu mereka hidup dalam serba kedaifan namun semangat untuk mengecapi pendidikan dan berjaya dalam hidup lebih tinggi daripada anak-anak pelajar di negara kita ?


Tahukah juga kamu mereka sanggup berada dijalanan semata-mata untuk mencari rezeki demi menampung perbelanjaan pengajian mereka ?


Mungkin ada yang akan berkata tidak semua namun hakikatnya masih ada mereka-mereka di negara-negara lain yang jauh sekali taraf dan kesengsaraan mereka lebih teruk serta jauh sekali untuk disamakan dengan kita di Malaysia.

Kalau anda seorang pelajar fikir dan ingatlah bahawa apa yang dinikmati hari ini merupakan usaha mereka-mereka yang terdahulu daripada kamu.Jika anda seorang pejuang maka ingatlah perjuangan hari ini perlu diteruskan demi kesinambungan anak-anak kita selepas ini.

MMI.