Followers

Friday, 30 November 2012

Viva Palestin !!


Pertama sekali MMI nak ucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kepimpinan negara kerana sokongan dan dokongan kita selama ini terhadap bumi Palestin akhirnya Palestin MERDEKA !

Walaupun sumbangan kita boleh dikira kecil namun ianya memberikan satu kejayaan buat seluruh umat Islam khususnya.MMI juga yakin kepada mereka yang bukan Islam tetapi membenci keganasan sudah pasti turut sama merasai kemerdekaan ini.

Paling utama SYABAS kepada seluruh rakyat Palestin dan barisan pimpinannya kerana tidak pernah luntur semangat dalam perjuangan mempertahankan bumi sendiri.

JERUSALEM: Beribu-ribu orang meraikan kejayaan apabila Palestin memperoleh pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara selepas penantian selama 65 tahun. 

Generasi muda Palestin pastinya akan mengingati tarikh penting berkenaan iaitu 29 November 2012. 

Kejayaan itu menjadi kenyataan biarpun sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat meningkatkan kempen agresif untuk menggagalkan undian Perhimpunan Agung. 

Sebelum ini, Palestin menolak cadangan supaya sebuah negara Yahudi dan Arab ditubuhkan selepas penjajahan British ke atas Palestin berakhir. - AP.

Kepada seluruh umat dan negara Islam inilah masanya kita perlu membantu dan mempergiatkan sokongan terhadap Palestin.Sebagai sebuah negara yang diiktiraf oleh badan dunia PBB maka maruah negara Palestin semestinya menjadi maruah kepada negara Islam lainnya di seluruh dunia.

Islam sudah mula bangkit !!

MMI.

NURUL Tak Nak SAMAN Ker ??


Lama tak dengar cerita pasal artis sorang ni ? Apa hal dia sekarang ni ? Kalau dulu masa dengan Ajai selalu jugalah tengok di tv berduet bagai tapi sekarang nampaknya dah menyepi sikit dari dunia hiburan ni.Cuma setakat entri ini ditulis tak lah pula MMI dengar beliau nak join si Abby tu sertai PAS ! hehe..

Oklah sebenarnya entri kali ni MMI nak cerita pasai si Nurul yang lagi sorang tu !! Si Nurul anak kepada si Papa Hebat tu...Dengar khabarnya ari tu dah saman Utusan Malaysia kira hebat sangatlah tu sampaikan terlupa pula nak saman MalaysiaKini sekali !

MMI dok tunggu juga respon daripada si Nurul ni berkenaan kenyataan terbaru daripada Imam Besar Masjid Istiqlal Jakarta , Prof Dr Ali Mustafa Yaqub yang baru-baru ni berkata Orang Islam yang mengatakan bahawa orang Islam bebas memilih agama adalah sesat dan perlu bertaubat.

"Orang (Islam) yang mengucapkan ucapan ini, paling tidak kalau dia sudah mengakui kebenaran agama lain, dia paling tidak sudah sesat, songsang.

"Apalagi kalau dia (orang Islam) katakan semua agama sama, mahu masuk, keluar (agama) dipersilakan, boleh menjadi kafir," katanya.

Prof Dr Ali Mustafa adalah ulama masyhur Indonesia yang juga pakar hadis, adalah imam besar di masjid negara Indonesia - masjid terbesar di Asia Tenggara.

Beliau diminta memberi pandangan tentang polemik berhubung kenyataan kontroversi anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar baru-baru ini tentang pengertian sepotong ayat al-Quran yang bermaksud "tiada paksaan dalam agama" serta kaitan dengan pandangan mengenai kebebasan beragama bagi orang Melayu di Malaysia.

Di Malaysia, orang Melayu adalah mereka yang beragama Islam.

Ayat "tiada paksaan dalam agama" itu kata Prof Dr Ali Mustafa hanya ditujukan kepada orang bukan Islam kerana mereka tidak dipaksa masuk Islam tetapi setelah mereka memilih masuk Islam, mereka wajib mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Islam.

"Analoginya begini, ada orang mahu masuk rumah, mahu masuk dipersilakan, tak masukpun dipersilakan, saya tak memaksa anda untuk masuk ke dalam rumah saya, tetapi kalau anda masuk ke rumah saya, anda mesti mengikuti aturan-aturan di rumah saya, seperti itu," katanya.

Beliau berkata orang yang berfahaman liberal mungkin keberatan dengan perkara itu kerana ia seolah-olahnya tidak menjunjung kebebasan hak asasi.

"Jawapan kepada persoalan itu ialah Islam tak menyuruh kamu untuk masuk Islam. Kamu mahu pilih menjadi kafir dipersilakan, itukan hak asasi kamu, tapi kalau sudah masuk (Islam), ikutilah aturan-aturan Islam.

"Kalau dah masuk Islam tapi masih mengikuti aturan yang bukan Islam, itukan kacau semuanya nanti itu," katanya.

Prof Dr Ali Mustafa berkata meskipun umat Islam di Malaysia tidak banyak seperti di Indonesia yang pada masa ini merupakan masyarakat Islam terbesar di dunia, tetapi umat Islam di Malaysia tetap dengan keIslamannya terutama orang Melayu.Baca Seterusnya 

Itulah kenyataan daripada seorang ulama masyur dari Indonesia dan sama-samalah kita renungkan supaya boleh dijadikan pedoman di kemudian hari.

Cumanya MMI terfikir juga tak nak ke si Nurul tu SAMAN ulama masyur dari Indonesia ni ??

MMI.

HOT BAGAN Syurga Mak Nyah ?!!

Gambar Hiasan
Pihak berkuasa tempatan digesa memantau kegiatan sekumpulan pondan yang menjadikan pekarangan deretan premis perniagaan di Jalan Kampung Gajah di sini sebagai lokasi maksiat.

Peniaga barangan runcit, Lai Ah Guan, 45, berkata, kegiatan tidak bermoral itu bermula seawal jam 8 malam setiap hari apabila lebih 10 pondan berkeliaran di kaki lima beberapa premis yang terdapat di situ.

“Pondan ini mengenakan pakaian menjolok mata dan ada ketikanya bercakap lucah hingga merimaskan kami peniaga yang beroperasi di sini.

“Kelakuan ini turut membimbangkan terutamanya kepada anak-anak remaja kami kerana mereka terdedah kepada situasi tidak elok sebegitu sepanjang masa,” katanya.

Mekanik kedai motosikal, Juhari Alias, 38, berkata, sebelum ini, dia pernah beberapa kali memaklumkan kegiatan tidak sihat itu kepada kenalannya yang bekerja dengan sebuah jabatan penguatkuasaan untuk diambil tindakan.

“Hanya sekejap sahaja kegiatan itu terhenti namun dikesan bersambung semula.

Sekali tengok seksi , dua kali tengok SEKSA !!
“Sepatutnya kawasan ini menjadi lubuk mencari pendapatan kerana semua perniagaan ada di sini, sebaliknya lokasi ini lebih dikenali sebagai tempat maksiat kerana kehadiran pondan yang begitu ramai sekali sejak akhir-akhir ini,” katanya.

Pembantu kedai makan, Bakhtiar Mohamed Kossim, 31, berkata, kegiatan maksiat itu dipercayai didalangi oleh satu sindiket kerana terdapat pondan yang terlibat dihantar dan diambil oleh beberapa kereta mewah.

“Mereka turut menjadikan beberapa bilik di tingkat atas premis perniagaan di situ sebagai tempat melayan pelanggan sebelum kegiatan itu dikesan dihentikan sekitar jam 2 pagi setiap hari.

“Difahamkan terdapat sekumpulan lelaki menjaga keselamatan pondan ini termasuk bertindak kasar jika pelanggan menimbulkan masalah dengan pondan jagaan mereka,” katanya.

Menurutnya, bayaran mendapatkan perkhidmatan pondan di situ ialah di antara RM50 ke RM100 dan pondan ini juga boleh dibawa pelanggan untuk memberikan perkhidmatan di tempat lain sebelum dihantar balik semula ke situ.

Sementara itu, Ketua Unit Operasi, Bahagian Penguat kuasa, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Khairul Azman Azizan berkata, pihaknya mengenal pasti kawasan itu sebagai lokasi pondan menjalankan kegiatan tak bermoral itu.

“Kita juga menjalankan risikan, siasatan dan tangkapan beberapa kali sebelum ini dan tetap memandang serius kegiatan itu apabila meneruskan usaha untuk membanterasnya sepanjang masa.

“Kita hanya mengenakan tindakan terhadap pondan beragama Islam sahaja berbanding pondan beragama lain kerana Seksyen 28, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 hanya terpakai untuk mereka sahaja,” katanya.

Katanya, di bawah seksyen ini, mana-mana lelaki yang berpakaian seperti wanita untuk tujuan tidak bermoral boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Untuk membasmi kegiatan ini ia perlukan pemantauan dari pihak berkuasa yang seharusnya perlu melakukan rondaan setiap hari.Malah kegiatan ini seharusnya mendapat perhatian Ahli Parlimen Bagan sendiri memandangkan ianya menyebabkan ketidakselesaan masyarakat berbilang kaum dalam kawasan terbabit.

MMI sendiri kurang pasti mengapa gejala ini masih berlaku , mungkin kita boleh tanya sendiri dengan Ahli Parlimen Bagan kot..


ermmm macam mana aaa ???

MMI.

PAS Yang Semakin Hilang Arah


Tidak perlu tunggu lama, cuma tiga hari selepas Karpal Singh ‘mengaum’ isu salun unisex di Kelantan, PAS sudah angkat bendera putih bersedia kaji semula peraturan  melarang pendandan rambut wanita bukan Islam memotong rambut pelanggan lelaki bukan Islam.

Walaupun beri alasan kononnya ikut konsep hak kebebasan anutan orang bukan Islam tetapi ramai tahu, ramai tahu PAS cukup takut dengan DAP apatah lagi jika parti itu buka mulut isu yang ada kaitan dengan agama.

Sedangkan beberapa hari lalu, Exco kerajaan Kelantan Datuk Takiyudin Hasan bertegas mahu Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) menguatkuasa peraturan itu, walaupun selepas Karpal keluar kenyataan membantahnya.

Malangnya, petang Selasa, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta kerajaan Kelantan menimbang semula langkah itu selepas bantahan keras Karpal Singh dan DAP.

Karpal Singh mendesak kepimpinan PAS campurtangan dan menyelesaikan segera kontroversi terbaru itu.

Katanya, seringkali kerajaan negeri PAS secara terbuka mengisytiharkan bahawa undang-undang Islam tidak membabitkan bukan Islam, sepertimana parti itu juga berkata bahawa hudud bukan untuk bukan Islam.

Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, ramai rakyat Malaysia bimbang hukum yang sama akan dikenakan di negeri-negeri lain yang ditadbir oleh Pakatan dan sama ada hudud juga akan membabitkan bukan Islam.

Selain bantahan DAP, Sankara Nair – seorang daripada peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup beri khidmat kepada pihak salun yang disaman MPKB jika melaksanakan peraturan itu.       

Ini menyebabkan Hadi tiada pilihan lain kecuali meminta kerajaan PAS Kelantan dan MPKB mengkaji semula peraturan tersebut demi menjaga kesepatan parti itu dengan DAP dan PKR. 

Mana maruah PAS?  Itu persoalan yang perlu dijawab pemimpin atasan parti yang mendakwa memperjuangkan Islam tersebut apabila akur dengan desakan DAP supaya mengkaji semula perkara itu.

Ini bukan kali pertama PAS terpaksa angkat bendera putih kepada DAP dalam soal peraturan membabitkan agama Islam. 

Dulu, PAS Selangor ketika diterajui Datuk Dr Hasan Ali jadi mangsa DAP malah PAS sanggup memecat Exco Agama itu kerana ketegasan beliau cuba melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor babitkan arak, judi, rumah urut, bajet hotel dan sebagainya.   

Peristiwa menutup pusat-pusat hiburan sepanjang Ramadhan di Kedah 2 tahun yang lalu dan peraturan mensyaratkan model-model wanita yang menghiasi papan iklan menutup aurat turut dibantah DAP.

Dan terkini peraturan tidak mengizinkan penggunting dan pendandan wanita bukan Islam melakukan dandanan ke atas lelaki menserlahkan segala-galanya.

Apalah nasib PAS setiap langkah dan tindakannya sentiasa mendapat tentangan dan bantahan daripada rakan sejawat khasnya DAP.

Pimpinan tertinggi PAS pula sering campur tangan dan akhirnya menyebelah kepada kemahuan dan tuntutan DAP sama seperti berlaku di Selangor, Kedah dan Kelantan.

PAS semakin jelas jadi kuda tunggangan sekutu mereka.Baca Seterusnya

Perlu diingat MMI antara yang menyokong langkah ini namun kerana selama ini PAS begitu angkuh dan bongkak kononnya merekalah RAJA dalam Pakatan Haprak maka seluruh rakyat sebenarnya ingin melihat sejauh mana taring PAS menghadapi sahabat sesyurga sendiri.

Jika dalam soal ini pun PAS yang angkuh kononnya RAJA dalam Pakatan Haprak ditewaskan hanya dengan dehem Karpal Singh maka bagaimana rakyat mahu meletakkan kepercayaan kepada PAS untuk mengangkat Islam sekiranya Pakatan Haprak memerintah Malaysia ?

Maka benarlah PAS hanyalah parti pelengkap yang melukut di tepi gantang walaupun mempunyai cita-cita besar namun sikap angkuh dan takbur pimpinannya maka hari ini PAS menerima natijahnya.

Parti yang semakin hilang arah ini semakin hari semakin tersepit dengan permainan politik jijik mereka sendiri.PAS seharusnya sedar selama ini pimpinan mereka terlalu banyak berkorban hatta prinsip dan maruah demi menjaga kesepakatan rakan kuasa mereka yang akhirnya menyebabkan ahli di akar umbi menangis tidak berlagu.

Apa guna air mata pada saat diri dan maruah di robek-robek oleh mereka yang kononnya dulu mampu dijinakkan oleh PAS ? Apa guna bercakap soal perjuangan disaat prinsip dan hala tuju sendiri perlu mengikut telunjuk orang luar ? Apa guna berdoa sekiranya diri sendiri tidak mahu mengakui kesilapan dan kelemahan ? Apa guna bersyukur kepada Allah sekiranya sesama manusia pun tidak pernah bersyukur ?

Kepada juak-juak PAS di luar sana bukalah mata seluas-luasnya , kajilah perjuangan kamu dalam Pakatan Haprak ! Apakah kerja politik yang kamu namakan sebagai perjuangan itu meletakkan kamu sebagai insan berguna kepada masyarakat khususnya umat Islam di Malaysia ?

Kepada juak-juak PAS sedarlah PAS semakin hilang arah !!

MMI.

PANAS Puteri Mana Di Tangkap Bercium Dalam Lif ?!!


Apa ke jadahnya pula ni ? Puteri mana yang di tangkap bercium dalam lif ? Melihat akan gambar diatas jelas sekali yang dicium tu adalah mereka yang sama jenis.Apa di kalangan puteri pun dah ada yang mengamalkan LGBT ker ? 

Jangan serbu dulu , gambar tersebut langsung tidak ada kena mengena dengan mana-mana puteri apatah lagi Puteri UMNO yang ketika ini sedang bersidang di PWTC.MMI berani kata kalau benar itu adalah puteri UMNO mau kena belasah puak-puak tu.

Aksi dalam gambar tersebut tidak berlaku di Malaysia dan melihat akan gambar tersebut seolah-olah ianya berlaku di salah satu negara arab.Barangkali ianya berlaku di bumi Mesir sendiri berdasarkan dari sumber yang MMI perolehi.

Pesanan MMI kepada semua hindarlah kegiatan tidak bermoral seperti ini kerana ianya tidak menguntungkan malah mampu mendatangkan kemudaratan kepada diri dan bangsa sendiri.

Apa yang sedap sangat bila ada perasaan sesama jenis ni ? Klik Sini  

Kepada orang UMNO , ingatlah Presiden parti baru sahaja berpesan dengan berkata “"justeru, saya selaku Presiden UMNO , bersama-sama Timbalan Presiden, serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah dan RasulNya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam."

Maka menjadi amanah dan tanggungjawab kita bersama untuk sama-sama memelihara kesucian agama Islam selain dari kita berjuang untuk berbakti kepada Rakyat,Bangsa dan Negara.

MMI.

NAJIB Makin Di GERUNI Pembangkang !!


Mengakui kesilapan dan kemudian meminta maaf adalah antara sikap terpuji dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan beliau sanggup berbuat demikian mewakili parti dan kerajaan Barisan Nasional.

Perdana Menteri menzahirkan permohonan maaf atas kekhilafannya sebagai pemimpin parti dan kerajaan di akhir ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka semalam.

“Bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersadung atau tersalah,”

“Di atas segalanya, sebagai pemimpin parti dan kerajaan, kami menyusun jari sepuluh memohon maaf atas kekhilafan,” katanya.

Mengulas perkara itu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, jarang pemimpin sanggup meminta maaf.

“(Itu) Bukan kerana dosa besar tetapi kita sebagai manusia biasa ada kelemahan biasa ada kelemahan, bukan bersifat maksum. Mustahil,  sebagai pemimpin di negara masyarakat majmuk dapat penuhi kehendak semua kaum agama dan bangsa,”

“Kelemahan itu dimaksudkan Najib apabila meminta maaf dan bersedia membaiki kelemahan tersebut,” katanya dalam sidang media oleh Naib-Naib Presiden UMNO di PWTC.Baca Seterusnya

Ternyata sikap yang ditunjukkan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak amat di geruni oleh pembangkang khususnya mereka-mereka daripada parti PAS.

Malah MMI berani katakan orang-orang Melayu yang kini berada di sebelah kem pembangkang sebenarnya gerun dengan cara dan gerak kerja beliau.

Apa lagi yang mahu dimomokkan oleh mereka-mereka diluar terhadap usaha dan keringat YAB Datuk Seri Najib dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya terhadap rakyat dan negara ? 

Apa lagi cacian dan tuduhan yang mahu di lemparkan terhadap YAB Datuk Seri Najib ?

Barisan pembangkang kini sudah semakin tersepit malah tenggelam punca dengan politik kotor mereka yang asyik dengan fitnah dan tuduhan.

Hari ini barisan pembangkang sudah semakin terasa kepanasannya , kepada pembangkang bawalah seribu hulubalang terbaik anda sekalipun MMI yakin jutaan akan bangun mempertahankan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pemimpin nombor satu negara.


MMI.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat AKUI Kenyataan NAJIB !!


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat tidak bermuafakat dalam urusan pentadbiran di negeri-negeri pembangkang.

Namun begitu, beliau tidak menafikan hampir sifar penglibatan kepimpinan PAS dalam pentadbiran di negeri Pulau Pinang yang dikuasai parti dominasi Cina, DAP.

"Mungkin jika diambil secara statistiknya, Kelantan 22 tahun di bawah pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz, segelintir sahaja yang daripada komponen Pakatan Rakyat yang bersama sebagai ADUN dan sebagainya.

"Begitu juga di Kedah, ada satu gandingan kesemuanya, mungkin lebih terserlah di Selangor kerana ia merupakan satu yang berimbang sifatnya. Namun di Pulau Pinang, hampir tiada penampilan atau keterlibatan PAS," ujarnya.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno 2013 semalam menyebut tentang sikap saling tidak mempercayai antara satu sama lain punca sesetengah pemimpin rakan komponen tidak menyertai pentadbiran negeri.

Justeru katanya amalan demokratik yang dicanang gagal dibuktikan.

"Di Pulau Pinang yang diterajui DAP, parti PAS tidak menyertai kerajaan, di Kedah yang diterajui PAS, parti DAP tidak menyertai pentadbiran. Kita maklum, puncanya, kerana mereka saling tidak mempercayai antara satu sama lain," kata Najib.

Sebelum ini, penganalisis politik, Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata Umno Barisan Nasional adalah sebuah parti yang mengamalkan konsep muafakat secara kolektif dan ikhlas antara parti komponennya.

Hal ini katanya berbeza dengan Pakatan Rakyat yang dilihat sering membuat keputusan mengikut keadaan dan selera parti yang lebih dominan dengan merujuk kepada cara pemerintahan yang digunapakai di beberapa buah negeri yang dikuasainya seperti Pulau Pinang (DAP) dan Selangor (PKR).

sumber antarapos

MMI.

Alamak Biar Betul Ni ??


Betul ke gambar yang MMI dapat ni ? Kalau tak silap Reezal Merican tu !! Memang panas PWTC lepas ni..Barangkali cewek-cewek tu tak tahan dengar pemimpin ni bahas usul ucapan Presiden UMNO agaknya.

Untuk mengetahui sejauh mana kebenarannya Klik Sini 

*Tengok gambar pun dah tahukan ? Inilah kerja buat juak-juak Pakatan Haprak kalau ampa semua nak tau !!

MMI.

Thursday, 29 November 2012

GEMPAR Kemenangan Malaysia Di Hantui Makhluk Tak Di Kenali !!


Kemenangan Harimau Malaya mengatasi Laos 4 1 semalam memberikan sinar harapan buat Malaysia untuk terus mempertahankan Piala AFF Suzuki edisi 2012 yang kini sedang berlangsung di ibu kota.

Malah rata-rata peminat pasukan Malaysia terubat dengan kemenangan ini dan akan terus memberikan sokongan yang tak berbelah bagi kepada pasukan Malaysia untuk terus mara khususnya dalam berdepan dengan Indonesia sabtu ini.

Namun di sebalik kejayaan tersebut , negara di gemparkan dengan kelibat makhluk yang tak di kenali dan ianya menjadi misteri sehingga ke hari ini.

Apakah sebenarnya identiti makhluk yang di maksudkan itu ? 

Jom kita rungkaikan misteri tersebut..


Rupa-rupanya makhluk yang dimaksudkan tersebut adalah si mamat poyo ni ! Biasalah dia ni sekarang dah tak laku kat mana-mana stesen tv apatah lagi sikapnya yang makin hari makin menyotong tu membuatkan ramai warga Malaysia sendiri muak dengan penampilannya.

Bagi MMI jangan risau sangatlah kalau setakat makhluk ni sebab identiti sendiri pun dia tak tau nak bezakan.Sekejap nangis,sekejap marah,sekejap lelaki,sekejap ............Layan ja lah makhluk ni...

Katanya mamat poyo ni  "frust" sebab Khairul fahmi Che Mat dah nak kahwin !! betul ker ??? hehe..

Psstt lama tak pegi candat sotong !!

MMI.

PAU2012 Lebih Kuat & Bersemangat - Tun Mahathir


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Perhimpunan Umno 2012 sebagai lebih kuat dan bersemangat, tanda semua perwakilan serta Umno secara keseluruhannya telah siap sedia untuk 'berperang' menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Saya kagum dengan semua perwakilan yang hadir pada perhimpunan kali ini apabila kesemuanya nampak lebih bersemangat, lebih-lebih lagi ketika presiden parti (Datuk Seri Najib Tun Razak) berucap.

"Saya nampak semangat pada perhimpunan kali ini lebih kuat... bahkan lebih kuat daripada perhimpunan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra siang tadi.


Tun Mahathir yang kelihatan segak dengan berbaju Melayu jingga, menyifatkan ucapan perasmian Najib pada tahun ini sebagai satu ucapan yang hebat.

"Ucapan Najib kali ni cukup hebat, beliau telah menjawab segala tomahan, tuduhan dan fitnah yang selama ini dilontarkan oleh parti-parti pembangkang terhadap Umno," katanya.


Terdahulu didalam ucapan dasar yang disampaikan pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di Dewan Merdeka, Najib berkata, Umno tidak akan membiarkan negara ini hancur dan runtuh di sebabkan tindak tanduk pihak yang mentabur fitnah.

"Sudah barang pasti Umno tidak akan membiarkan semua itu berlaku. Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula.

"Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri," kata beliau dalam ucapannya yang mengambil masa hampir 90 minit.Baca Seterusnya


Rata-rata perwakilan turut menyatakan perkara yang sama apabila selesai mendengar ucapan dasar daripada YAB Presiden UMNO.Malah perwakilan yang memenuhi dewan dilihat menitiskan air mata di saat Presiden memohon maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan selama ini.

Semangat yang lahir dalam setiap diri perwakilan sememangnya begitu tinggi dan masing-masing semestinya berikrar mahu memastikan perjuangan UMNO membela nasib Bangsa,Agama dan Negara terus di pertahankan.

Dengan detik pilihan raya hanya menantikan masa sahaja , perhimpunan kali ini sudah semestinya bakal menjadi medan ikrar untuk terus berjuang memastikan UMNO dan Barisan Nasional terus cemerlang menerajui Malaysia.

Hidup UMNO !

MMI.

JIHAD Kelab Putera 1Malaysia


Sukarelawan yang akan menyertai misi kemanusiaan 'Road to Gaza' anjuran Kelab Putera 1Malaysia dengan kerjasama Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia pada 5 hingga 14 Disember ini diingatkan bahawa pemergian mereka berpaksikan jihad atau fisabilillah.

Sehubungan itu, Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, bagi sebarang kemungkinan yang berlaku, mereka tidak harus menuding jari kepada pihak penganjur mahupun kerajaan.

''Bagaimanapun, kita akan melakukan semua perkara terutama daripada segi keselamatan mengikut prosedur operasi standard yang sedia ada.

''Sebanyak 28 misi kita sudah pergi, ini misi yang ke 29. Jadi kita akan lakukan yang terbaik berdasarkan pengalaman yang kita ada,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pelancaran misi itu oleh oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Tabung Amanah Palestin, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim, Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun dan Presiden Yayasan Artis 1Malaysia, Datuk Irwan Shah atau DJ Dave.

Menurut Abdul Azeez, misi kali ini sangat merbahaya kerana bukan sahaja Gaza yang sedang bergolak, malah Mesir sebagai pintu laluan untuk ke sana turut ditimpa masalah dengan beberapa siri demonstrasi yang melanda negara itu.

''Saya hendak ingatkan kepada sukarelawan-sukarelawan yang mengikuti misi ini, kita bukan pergi berkelah, melancong atau berjalan-jalan. Segala akibat yang mungkin boleh berlaku adalah atas inisiatif sendiri dan tanggungjawab sendiri.

''Jangan nanti jika berlaku sesuatu, ada isteri, ibu atau bapa yang cuba menyalahkan mana-mana pihak terutama pihak kerajaan atas kehilangan ahli keluarga mereka,'' katanya.

MMI mendoakan semoga semuanya berjalan lancar dan semua sukarelawan kita selamat kembali.

Psstt kalau ada peluang nak juga MMI turut serta..

MMI.

Cerita PANAS 2 Gadis Yang Perlu Anda Baca !!


SAMARAHAN – Seorang pelajar perempuan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menghadapi detik paling mencemaskan dalam hidupnya apabila dijadikan tebusan selama sejam oleh seorang lelaki Indonesia yang menghadapi masalah hutang kelmarin.

Siti Nurfarawahida (kanan) menunjukkan bagaimana suspek mengacukan pisau ke leher Wan Nor Hayati.(gambar)

Kejadian pukul 5.15 petang berhampiran Koperasi Kolej Cempaka, kampus tersebut di sini itu menyebabkan Wan Nor Hayati Wan Mahmud, 22, dari Kelantan trauma apabila diacu pisat lipat oleh suspek. 

Bagaimanapun, pelajar tahun tiga jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) universiti tersebut tidak dicederakan.

Polis yang tiba sebaik menerima maklumat kemudian telah membuat rundingan dengan suspek sebelum lelaki itu bersetuju melepaskan mangsa.

ANGGOTA polis mengelilingi suspek (dalam bulatan) yang menjadikan Wan Nor Hayati sebagai tebusan di Samarahan kelmarin.

Difahamkan, suspek dari Lempur Danau, Jambi Indonesia berusia 30 tahun tersebut datang ke negara ini pada Sabtu lalu untuk mencari pekerjaan.

Sebaik tiba di Kuching, suspek telah tinggal di rumah kongsi bersama seorang rakannya yang bekerja sebagai buruh binaan di dalam kawasan kampus tersebut.

Sebelum kejadian, suspek dikatakan telah menerima panggilan dari kampung mengatakan anak dan isterinya telah ditahan dan diugut ah long kerana hutang yang dibuatnya.

Suspek yang berang apabila majikan tidak mengizinkannya pulang kemudian nekad menggunakan jalan mudah untuk dihantar pulang dengan menjadikan mangsa sebagai tebusan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Zulkifli Hassan berkata, semasa menahan mangsa, suspek memberitahu pelajar itu supaya ‘jangan bimbang saya takkan cederakan kamu, panggil polis saya banyak lakukan dosa.’ Baca Seterusnya 

MMI.

TERKINI UMNO KAFIRKAN PAS ???


Mengikuti ucapan dasar oleh Presiden UMNO pagi tadi membuatkan MMI terfikir sejenak , apakah juak-juak PAS langsung tidak merasakan mereka seolah-olah sedang di tampar atau di cubit-cubit oleh pemimpin nombor satu UMNO ini ?

Namun lamunan itu terhenti apabila mengingatkan kata-kata Timbalan Presiden PAS yang sanggup makan babi dengan Guan Eng dari makan ayam dengan Najib.

Apa pun MMI bersyukur dengan apa yang telah disampaikan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak pagi tadi yang bertegas bahawa UMNO tidak akan sekali-kali mencaci dan menista saudara seagama sepertimana yang dilakukan pembangkang,sebaliknya akan terus mempertahankan perpaduan umat.

Menurut Presiden UMNO, parti itu juga akan terus mempertahankan kesucian dan kemurnian akidah umat Islam di negara ini.

Justeru, kata Najib, UMNO menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendokong fahaman pluralisme dan liberalisme.

"Ingin ditegaskan di sini, tanpa ragu-ragu lagi bahawa UMNO komited untuk terus mempertinggikan Islam berteras maqasid syariah, demi memelihara agama, nyawa, harta benda, akal, maruah dan keturunan," kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pagi tadi.

MMI.

Giliran MAHFUZ Jadi HERO ?!!


Jika sebelum ini Nasruddin si pembohong sudah pun melakukan aksinya dengan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap pimpinan tertinggi PAS berkenaan isu doa KO BN kini tiba pula giliran si Mahfuz hero hindustan yang turut tidak mahu melepaskan peluang dari dilihat oleh pucuk pimpinan PAS supaya dalam pilihan raya nanti ada tempat yang disediakan kepada beliau.

Mahfuz si hero hindustan ini begitu bersungguh-sungguh mahu menyeru seluruh juak-juak PAS supaya membuat satu laporan polis kononnya ucapan Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil berbaur ancaman.

Berikut adalah kenyataan beliau dalam akhbar HARAKAH..


Kihkihkih agak-agak lah Mahfuz oi  ! Kalau nak pucuk pimpinan nampak kerja buat kita tu biarlah kerja buat yang benar-benar profesional sikit.Janganlah sampai dah tak guna otak langsung.

Jika ucapan Ketua Wanita UMNO Malaysia itu dikira ancaman maka parti PAS yang selama ini mengkafirkan serta memurtadkan orang-orang UMNO itu lebih dari ancaman sebenarnya.

Bukankah hukuman dalam Islam sekiranya seseorang itu murtad atau keluar dari Islam maka orang tersebut haruslah di bunuh ? 

Maka jika dikira tuduhan PAS terhadap UMNO adalah lebih dasyat dan tuduhan tersebut bermakna PAS sudah pun menjatuhkan hukuman bunuh terhadap seluruh ahli-ahli UMNO !

Mengapa dalam soal ini Mahfuz yang berada dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam tidak pula menyeru ahlinya untuk membuat laporan polis ?

BAQHAL adalah perkataan yang paling sesuai MMI gunakan kerana jelas pemimpin seperti Mahfuz sebenarnya hanyalah pemimpin yang mahu mencari publisiti murahan apatah lagi dalam suasana pilihan raya yang semakin hampir.

Paling menarik adalah akhbar HARAKAH sendiri yang menyiarkan kenyataan tersebut , sejauh mana tahap otak dan kewibawaan akhbar HARAKAH dalam soal ini ? Mereka ternyata hanya menjadi pentas mahupun jambatan kepada pemimpin PAS untuk menyerang dan menghentam UMNO tanpa menganalisa kesannya terhadap imej akhbar HARAKAH itu sendiri.

HARAKAH barangkali terlupa selama ini huru hara yang dicetuskan oleh pengkianat-pengkianat negara dalam impunan BERSIH adalah lebih teruk dan jijik malah lebih mudah mendatangkan ancaman kepada negara seperti mana yang berlaku antaranya serangan terhadap anggota dan kereta Polis hingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Nampaknya segala usaha para perwakilan dalam muktamar PAS sebelum ini yang menyarankan agar HARAKAH memperbaiki mutu berita yang dikeluarkan hanyalah sekadar rungutan yang langsung tidak diambil kira oleh pucuk pimpinan PAS.

PAS lebih selesa menjadikan HARAKAH sebagai lapangan perang politiknya !! Kesian.....

MMI.

WOW Kehadiran 3 Gadis Ini Di Katakan Punca Abby Meroyan ?!


Persidangan Agung UMNO 2012 ternyata bukan saja mengundang rasa teruja seluruh ahli UMNO untuk sama-sama hadir ke PWTC bagi merasai sendiri pengalaman berada dalam satu perhimpunan terbesar orang-orang Melayu di Malaysia bahkan turut mengamit kehadiran selebriti tanahair.

Kehadiran 3 selebriti wanita pada majlis perasmian serentak Wanita , Pemuda dan Puteri sebelum ini jelas menunjukkan barisan artis dan selebriti juga sudah tahu menilai politik negara.

Kehadiran mereka juga memberikan mesej bahawa tidak semua selebriti memilih pembangkang seperti mana yang dilakukan oleh segelintir rakan-rakan mereka yang lain.

MMI rasa mungkin dengan kehadiran para selebriti inilah yang menjadikan jiwa Abby sedikit kacau semalam sehingga melepaskan perasaannya dalam laman tweeternya.

Apa pun UMNO tidak menghalang mana-mana pihak untuk bersama dalam perjuangannya asalkan mereka faham bahawa betapa pentingnya wadah perjuangan keramat ini perlu di pertahankan.

Kelihatan dalam gambar adalah Darling Ngasri, Fara Fauzana dan Anne Ngasri.

MMI.

Analisa Fokus Serangan Portal Pro Pembangkang Terhadap PAU2012


Sesuatu yang pasti tidak dapat di halang daripada berlaku dalam Persidangan Agung UMNO 2012 yang sedang berlangsung adalah serangan daripada portal pro pembangkang.Seperti kebiasaan inilah yang dinamakan kebebasan media yang sering dimomokkan oleh juak-juak pembangkang kononnya sebagai sekatan kepada kebebasan media.

Pasti ramai yang sudah tahu bagaimana ketatnya pengawalan keselamatan yang dijalankan oleh pihak pengurusan PAU2012 sehinggakan ianya menjadi rungutan bagi sesetengah pengamal saluran media sosial yang ingin mendapatkan berita namun analisa di bawah membuktikan sebaliknya.

Walaupun dengan pengawalan ketat yang dilakukan namun pengendali-pengedali media sosial khususnya di kalangan portal pro pembangkang tetap berupaya melakukan serangan-serangan mereka.

Lihat analisa di bawah ,


Graf di atas merujuk kepada konsistensi fokus artikel yang dikeluarkan.

Fokus Pertama

3. Dapat dilihat bahawa Sayap Wanita menjadi fokus kepada serangan mereka.

4. Seperti yang dikeluarkan oleh artikel 'Bagaimana Pembangkang Akan Mengeksploitasikan Perhimpunan Agung UMNO 2012' didapati trend yang dijangka akan dimainkan bertepatan.

5. Kekuatan Sharizat sebagai Ketua Wanita UMNO masih lagi menjadi satu bentuk ancaman kepada Pakatan Pembangkang yang masih tidak mampu untuk mengeluarkan seorang tokoh dari kalangan wanita Melayu.

6. Imej Nurul Izzah yang menjadi tonggak kepada wanita Pakatan Pembangkang akhirnya musnah akibat daripada kenyataan beliau sendiri apabila tidak menyokong bahawa orang Melayu itu mestilah beragama Islam.

7. Perkara ini disedari oleh pihak Pakatan Pembangkang, namun belum ada seorang pun dari kalangan wanita yang boleh membawa arus dan aura sepertimana yang ditunjukkan oleh DS Sharizat walaupun beliau telah dikaitkan dengan isu NFC. Isu tersebut tidak menghalang beliau untuk terus popular di kalangan Wanita 

8. Cubaan untuk melagakan antara Kamilia dan Sharizat juga adalah satu tindakan terdesak kerana tidak ada isu dapat dikutip sepanjang perhimpunan ini.

Fokus Kedua

1. UMNO sebagai parti pula menjadi fokus yang kedua. Portal pro-pembangkang ini mengambil sudut perubahan kepada UMNO, mengeluarkan persoalan kepada pembaca samada UMNO sudah berubah ataupun belum.

2. Ingin digambarkan kepada pembaca bahawa UMNO ini memang teruk dan korup. Maka dengan menggunakan konsep perubahan ini, mereka ingin mengalihkan pandangan pembaca terhadap situasi sebenar UMNO dan bukannya perubahan ke arah kebaikan.

3. Kebaikan yang telah dilakukan oleh UMNO seolah-olah tidak wujud, keburukan dan kejahatan adalah sifat sebenar UMNO.

4. Kaedah yang dinamakan 'bad before good' ataupun 'realiti vs hope' adalah permainan propaganda yang lazim dimainkan oleh Parti Republikan di Amerika.

5. Republikan akan mengatakan bahawa Demokrat yang dipimpin oleh Obama boleh menjadi lebih baik dari sudut pentadbiran dan pengurusan kewangan. Namun begitu, ingin digambarkan bahawa perubahan yang dibawa oleh Obama belum berlaku dan hanyalah angan-angan sahaja.

Fokus Lain

1. Fokus Sayap secara keseluruhan, Sayap Puteri, Sayap Pemuda, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tetap dimainkan tetapi secara berkadaran.

2. Mereka tidak mahu untuk mempromosikan secara berlebihan kerana ternyata fokus yang disenyapkan ini adalah kekuatan utama UMNO. Sentuhan-sentuhan secara permukaan sahaja dikeluarkan dan tidak menjurus terus kepada fokus tersebut.

Perkara Yang Tidak Menjadi Tumpuan

1. Secara pandangan kasar, jelas satu perkara langsung tidak disebut oleh mana-mana portal terkemuka ini; iaitu doa yang dibacakan oleh Ust. Affendi sebelum ucapan perasmian sayap oleh TS Muhyiddin Yassin.

2. Ini jelas melihatkan bahawa UMNO telah menjuarai isu doa bala yang dibacakan oleh PAS semasa Muktamar tempoh hari.

3. Mana-mana portal, blog mahupun facebookers pembangkang langsung tidak memainkan apa-apa isu yang berkaitan dengan doa tersebut. Malah, mereka harapkan isu doa ini akan berlalu serta dilupakan oleh pihak UMNO sendiri.

4. Dilihat juga bahawa pada hari ini, isu yang bermain di facebook pembangkang adalah serangan terhadap Sultan Pahang. Ini sengaja dihidupkan supaya rakyat akan beralih daripada fokus Persidangan ini kepada isu yang berlainan tetapi berkait rapat dengan institusi kenegaraan.

5. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.Seterusnya

MMI.

Abby Meroyan Tak Dapat Ke Perhimpunan UMNO 2012 ?!


Abby meroyan lagi nampaknya makin kemaruk dengan dunia "glamour".Barangkali Abby begitu berkeinginan sangat nak bersama artis-artis lain yang turun ke PWTC sempena Persidangan Agung UMNO 2012 yang kini sedang berjalan sampaikan menuduh segalanya maksiat.

MMI pun tak nak bercakap lebih-lebih sangat cumanya sejauh mana terhindarnya Abby dari dosa dengan memilih untuk bersama PAS ? Mungkin bagi Abby beliau sudah selesa kerana memiliki tiket ke syurga yang di sediakan oleh parti PAS kot ! tapi Abby kena ingat tiket ke syurga PAS tu kena memohon dekat DAPigs dulu sebab diaorang yang tukang cetak !!


Mulut dan lidah pun nak kena jaga juga Abby ooi..Sedar-sedarlah ke diri tu sebelum nak mengata orang lain..

MMI.

Wednesday, 28 November 2012

SUARAM & Pakatan Haprak Makin GUSAR Cuba PERBODOHKAN RAKYAT !!


Taklimat scorpene oleh dua peguam Perancis, William Bourdan dan Joseph Breham di Singapura semalam diragui banyak pihak akan motif dan kredibilitinya.

Ini berikutan taklimat yang disampaikan kepada Ahli Parlimen pakatan pembangkang dari Malaysia dan peguam Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu dibuat dalam suasana kehangatan Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur.

Program di Singapura itu dimulakan dengan penerangan awal oleh Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, yang dihadiri Ahli Parlimen Batu (Tian Chua), Mohd Hatta Ramli dan Setiausaha Publisiti DAP dari Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Meskipun sudah terang lagi bersuluh tidak wujud unsur rasuah dalam pembelian scorpene kapal selam konvesional terbaik di dunia dari aspek kemampuannya, namun pembangkang sejak beberapa bulan lalu begitu berdegar-degar mempolitikkannya sehingga merancang membawa peguam Perancis terbabit ke Kuala Lumpur, sebelum beralih ke Singapura semalam.

Malah seorang pendakwa kerajaan Perancis, Yves Charpenel baru-baru ini menafikan laporan media yang disebarkan oleh beberapa portal pembangkang di negara ini berhubung perbicaraan berkenaan dakwaan isu kapal selam scorpene yang dikhabarkan bakal berlangsung di Perancis. Beliau meminta media di Malaysia membezakan antara khabar angin, fakta, siasatan dan perbicaraan.

Charpenel berkata di Perancis seperti negara-negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang, semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia. Maka sesiapa pun berhak memfailkan aduan dan berikutan sifat rahsia siasatan itu, sesetengahnya beralih untuk mengadu kepada media.

"Seseorang hakim siasatan Perancis tidak boleh membawa bagasinya, menaiki kapal terbang dan pergi ke Malaysia dan meminta seseorang menjawab soalan-soalannya. Ianya adalah mustahil, ia bertentangan dengan undang-undang dan ia juga bertentangan dengan undang-undang antarabangsa" kata Charpenel.Baca Seterus

Rakyat Malaysia harus sedar bahawa SUARAM dan Pakatan Haprak sedang cuba memperbodohkan rakyat kerana mana mungkin sekiranya sesuatu kes sedang di bawa dalam perbicaraan apatah lagi ianya masih berjalan di mahkamah boleh pula di bawa berbincang dalam program seperti mana yang di susun atur oleh juak-juak pembangkang.

Sudah-sudahlah berbohong , Ayuh bangunlah rakyat Malaysia sudah sampai masanya kita perlu tolak Pakatan Haprak kerana masa depan negara bukan sesuatu yang boleh di permainkan.

MMI.

Kerana Anwar , PAS Sanggup Tunduk Kepada DAPigs


Pas dibidas kerana dilihat terlalu tunduk dengan desakan DAP sehinggakan terpaksa mengenepikan kepentingan agenda Islam yang menjadi dasar perjuangan Pas semata-mata untuk menjaga hubungan politik mereka dengan parti tersebut.

Menurut Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Pas hari ini sebenarnya telah gagal dalam perjuangan asal yang menjadi dasar parti tersebut selama ini.

“Kita lihat hari ini dengan jelas, bahawa Pas gagal memperjuangkan serta mempertahankan dasar perjuangan negara Islam mahupun undang-undang Islam,  apabila bergabung di dalam Pakatan Pembangkang.

“Pas tidak lagi punya kekuatan apabila perkara-perkara fundemnetal seperti ini pun tidak mampu dipertahankan oleh Pas akibat desakan DAP, sehinggakan mereka terpaksa korbankan segala agenda negara Islam dan perlaksanaan hudud dan sangggup  berkompromi untuk menukar agenda perjuangan daripada negara Islam, kepada negara kebajikan semata-mata kerana desakan DAP,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, ini adalah bukti jelas di mana di dalam Pakatan Pembangkang, Pas tidak mempunyai kekuatan dan DAP pula secara jelas memperlihatkan kuasa mereka terhadap Pas.

“Bahkan kesepakatan yang wujud di antara ketiga-tiga parti itu bukanlah satu kesepakatan yang ikhlas yang kononnya mendokong agenda yang sama, namun hakikatnya niat ketiga-tiga parti tersebut bergabung dalam satu pakatan hanyalah semata-mata bertujuan untuk menguasai pusat pentadbiran Putrajaya,”

“Kita lihat apa saja perancangan Pas untuk menegakkan hukum-hukum Islam sering saja diganggu dan dipertikaikan oleh DAP dan amat malang sekali apabila Pas akhirnya tunduk dan berkompromi dengan DAP.

“Sekiranya isu yang menjadi asas atau fundemental seperti menegakkan syiar Islam tidak dapat dilaksanakan kerana soal politik, saya lihat Pas sebagai sebuah parti Islam telah gagal dalam memperjuangkan Islam  itu sendiri, apatah lagi memperjuangkan bangsa dan negara,” tegasnya lagi.

Beliau juga berkeyakinan bahawa rakyat di negara ini sudah hilang keyakinan terhadap kemampuan Pas hari ini kerana apa yang Pas lakukan hanyalah semata-mata untuk kepentingan politik mereka semata-mata.

“Boleh kita katakan bahawa Pas, DAP dan PKR mungkin tidur sebantal namun punyai mimpi yang berbeza dan lebih malang lagi, apabila mimpi mereka itu dikuasai oleh DAP sampai bila-bila,” akhiri beliau. -MediaUMNO

Komen MMI

Apa yang berlaku dalam PAS hari ini adalah kerana mereka terlalu membiarkan Anwar menguasai segalanya.PAS turut membiarkan perjuangannya di rogol oleh mereka yang berkepentingan  dalam Pakatan Haprak.

Percayalah kerana Anwar , PAS terjebak dan sanggup tunduk kepada DAPigs !! HAPRAK..

MMI.

Siapa Gadis Cantik Di PWTC Ini ??


Fullamak Puteri mana ni ? Sekali tengok nampak macam patung Barbie pun ada..Adakah ini gadis yang menjadi tumpuan lensa kamera di PWTC sepanjang hari ini ? Jika ya dari bahagian mana agaknya ?

Sebelum ampa semua mengalamun lebih jauh adalah lebih baik MMI ceritakan perkara yang sebenar.

Gadis ini sebenarnya adalah artis Indonesia bernama Dewi Sandra yang mengenakan mekap ala barbie untuk menghadiri acara penyerahan penghargaan Yahoo OMG di Balai Kartini, Jakarta. Percubaan mekap barbie yang amat menjadi bukan?! Lagi Gambar

MMI.

Ronnie Beri Tempoh 14 Hari ?!


Exco Selangor Ronnie Liu memberikan tempoh 14 hari kepada kerajaan persekutuan untuk menanggalkan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik yang dipasang di kawasan Sepang.Menurut beliau, dua notis telah dikeluarkan kepada Majlis Perbandaran Sepang untuk diberikan kepada kontraktor AES.

Inilah BODOH pemikiran Pembangkang semata mata mahu meraih undi politik..AES untuk mengajar rakyat Malaysia bersopan,berhemat dan berdisplin di jalan raya.Apa salahnya....sedangkan Peringatan sudah diberikan iaitu Papan Tanda AES diletakkan 2 KM dari letaknya Camera AES tu.Pembangkang memang mengajar pemandu malaysia dijalan raya bersikap kurang ajar.

Mengajar rakyat agar kurang ajar sememangnya sudah menjadi budaya Pakatan Haprak sejak dulu.Inilah natijahnya bila memberi kuasa kepada puak-puak bangang yang sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan kuasa politik.

Percaya atau tidak mereka yang menentang AES adalah mereka yang sebenarnya tidak suka kepada undang-undang.Cuba fikirkan..

MMI.

Shaikh Hussein YAKIN BN Bakal Rampas Pulau Pinang


Shaikh Hussein Mydin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang sewaktu ditemui di PWTC baru-baru ini melahirkan keyakinan beliau untuk merampas kembali Pulau Pinang dari Pakatan Haprak dalam pilihan raya ke13 nanti.

Saksikan temuramah beliau bersama krew Unit Media Baru, Along PDTM & Izzudin SAR di Jamuan Makan Tengahari Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pelancaran Kelab Penyokong UMNO IPTA.


MMI.

“Antara Dua Masa Depan” – Khairy


UCAPAN KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
YB KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
DEWAN TUN ISMAIL, PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA, KUALA LUMPUR
28 NOVEMBER 2012

Hamzah Fansuri pernah bergurindam, kepada orang muda ditinggalkan pesan:

“Wahai muda kenali diri mu
Ia lah perahu tamsil tubuh mu
Tiada lah berapa lama hidup mu
Ke akhirat jua kekal diam mu

Hai muda arif budiman
Hasilkan kemudi dengan pedoman
Alat perahu mu jua kerjakan
Itu lah jalan membetuli insan”

Marilah kita bersama-sama merafakkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT, yang telah mengurniakan kudratuntuk kita terus berkhidmat di atas wahanaperjuangan UMNO,yang baru sahaja menyambut hari lahir yang ke 66.Ulangtahun kelahiran yang telah menjadi saksi penglibatan Pemuda UMNO berlari megah, merentasi 191 bahagian,seantero 13 buah negeri, untuk mengibarkan Sang Saka Bangsa di cakerawala negara.Sang Saka Bangsa –suatu nama keramat yang telah dizahirkan oleh Pergerakan kita sendiri.

2. Sebagai sayap paling penting dalam parti, organisasi kita menjadi pembawa wadah dan pelopor wawasan bukan sahaja buat orang Melayu tetapi juga seluruh watan, bermula dari era kolonial hingga ke kala arus permodenan mutakhir. Bukan sekadar menjadi pemerhati bisu atau pengikut tuli, namun sebagai pembawa obor perubahan, merintis jalan menuju kecemerlangan. Sirah kemerdekaan merakamkan bahawa Pergerakan kitalah yang telah membawa usul pada tahun 1955, agar tarikh kemerdekaan disegerakan dan dibuat pada tanggal keramat 31 Ogos 1957. Bahkan Pemuda jugalah perintis awal bagi semangat nasionalisme sejagat serta pengisian kemerdekaan yang inklusif dan sebenar, dengan cadangan agar slogan kemerdekaan ditukar dari “Hidup Melayu” kepada “Merdeka” pada tahun 1951. Natijahnya, dari dulu, kini dan selamanya, maqasid dan manhaj perjuangan Pemuda tidak pernah sirna dari memastikan UMNO kekal relevan.

3. Di atas landasan kesinambungan ini, Pemuda UMNO sentiasa berada di hadapan kelok perubahan zaman. Di kala awal penubuhan Pemuda, kita telah menggalas amanah sebagai kumpulan pendesak – sejajar dengan tuntutan era pra dan pasca penjajahan – yang akhirnya menyumbang ke arah kemerdekaan negara, dan seterusnya pembentukan Malaysia. Demi masa dan peralihan zaman, dan bersesuaian pula dengan konteks Model Baru Politik, kini Pemuda UMNO telah diberi nafas baru, penjenamaan semula dan perisian semasa sebagai pertubuhan yang lebih mampan dan proaktif dalam menangani isu generasi muda. Kita percaya, untuk menjuarai suara dan aspirasi pelapis bangsa, Pemuda haruslah mampu menawarkan wadah penyelesaian kepada mereka – bukan sekadar menanam tebu di tepi bibir, terpekik terlolong menjaja retorik.

4. Penghijrahan tasawwur atau worldview baru yang saya tekankan tahun lepas adalah manifestasi kematangan perjuangan pertubuhan kita.Kita harus kekalkan keseimbangan antara tradisi dan pemodenan, kemajuan fizikal dan pembangunan sahsiah, antara hikmah sejarah dan potensi pembaharuan bukan semata untuk seiring dengan zaman, tetapi juga demi agama yang menuntut kemuliaandalamkepimpinan.Justeru, agenda pendekatan islah politik ini menuntut kita untuk sentiasa berubah, agar peranan politik UMNO terus berada di batasan paling mutakhir.

5. Berbekal semangat juang tanpa sempadan, kita tidak hanya sekadar mengetengahkan peri-penting UMNO di mata orang muda. Tetapi selaku juara anak muda, Pemuda juga pencetus utama kepada UMNO untuk mencerminkan hasrat generasi baru yang menitikberatkan hak asasi manusia, ketelusan tadbir urus dan kebebasan bersuara. Disamping pendekatan dan penjenamaan baru ini, Pemuda tetap memelihara tradisi dan legasi parti keramat UMNO.UMNO kaya dengan warisan tersendiri – tiada satu pun organisasi lain dalam negara ini yang setaraf dengan UMNO dalam soal sejarah dan sumbangan kepada tanahair.Tradisi ini terus kekal terpelihara di bawah teraju dan kepimpinan Pemuda UMNO.Sayugialah pepatah Melayu: gayung bersambut kata berjawab, yang lama kita kelek, yang baharu kita junjung.

6. Apa yang tidak mampu disangkal lagi, adalah peranan Pemuda sebagai pemangkin dalam memugarkan sebuah kerajaaan yang mesra aspirasi anak-anak muda. Jika dahulu fungsi Pemuda sekadar kumpulan pendesak, kini kita telah menjalani proses transisi yang lebih menjurus kepada politik khidmat bakti dan politik islah. Sejajar dengan itu, kerajaan telah mengambil pendekatan sarwajagat yang terbuka dalam mengiktiraf anak-anak muda, dengan pelbagai inisiatif khusus yang sesuai dengan jiwa mereka.Pendekatan lapuk berbaur autoritatif, yang cenderung kepada mengarah kelompok bawahan, dan berasaskan program hiburan picisan semata, sudah tidak boleh diaplikasikan lagi – kerana kesemua ini berorientasikan pendekatan memperkecil dan meminggirkan bakat serta potensi orang muda.

7. Segala ini bertitiktolak dari penubuhan Makmal Generasi Muda atau BN Youth Lab yang dirangka khusus untuk mendalami naluri anak muda Malaysia. Sekalipun inisiatif ini sudah berusia lebih tiga tahun, namun ia program perintis Pemuda yang telah meneroka dan membuahkan program-program mesra orang muda, dari orang muda. Kita telah membawa satu pengislahan politik dari gerakan rambang penuh teka-teki, kepada mekanisme kontemporari berasaskan kajian dan buah fikiran kumpulan sasar.Makmal Generasi Muda juga telah mengangkat suara Pemuda UMNO dari sekadar pendesakpolitik kepada penjana cadangan bernas dalam perencanaan dasar negara. Lanjutan dari itu, pelbagai saranan telah dirumus merangkumi pelbagai aspek seperti perumahan, pendidikan, transformasi undang-undang melalui pemansuhan ISA serta rombakan AUKU, sekaligus pelbagai dasar dan program bagi penjagaan anak-anak dan ibu bapa, gaji minimum, pinjaman PTPTN, pinjaman perniagaan dan kawalan harga barang.

8. Sekali lagi sejarah tercatat semasa pembentangan Belanjawan 2011, apabila beberapa prakarsa Pemuda telah disebut dan diberi pengiktirafan seperti Skim Rumah Pertamaku, penubuhan Dana Belia 1Malaysia, penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara ke arah penetapan gaji minimum dan juga pelbagai peruntukan dana serta skim latihan kemahiran. Bak kata pepatah kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya –segalainisiatif belanjawan yang mesra orang muda ini adalah rantaian dari suara dan gerak kerja Pemuda, yang telah menjadi ibarat payung besar di tengah padang, tempat bernaung dari panas, tempat bernaung dari hujanuntukanak-anak muda.

9. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak sampai melayang. Setiap zarah nikmat yang dikecapi tidak ditawarkan gratis, melainkan di atas perancangan rapi dan gerak kerja semua pihak dari pucuk pimpinan, kerajaan dan juga Pemuda. Hasil keringat dan pendekatan Pemudalah, hari ini Kerajaan Barisan Nasional (BN) kian mesra generasi muda.Justeru, hakikat tidak terkhilaf lagi, suara dan peranan Pemuda didengari dan diiktiraf oleh parti dan kerajaan.

10. Selagi kita masih berkalam sebagai wakalah golongan muda, kerajaan tetap mengangkat suara dan menyelami masalah mereka.Contoh paling mutakhir adalah pengisian Belanjawan 2013 – belanjawan getir paling mesra orang muda setakat ini. Belanjawan yang mencakupi aspek dan isu generasi muda seperti perumahan, pekerjaan, latihan, skim bantuan keusahawanan, kos sara hidup, baucar buku, diskaun PTPTN, penjagaan anak-anak, bantuan BR1M 2.0, hatta untuk membeli telefon pun akan diberi rebat!

11. Lantaran itu, Pemuda bersyukur kerana YAB Presiden Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, bukan sahaja seorang yang begitu menjiwai agenda islah politik, tetapi juga aspirasi anak-anak muda.Pemuda mengucapkan syabas kepadaYAB Presiden di atas sokongan dan pengiktirafan yang diberi kepada program kesukarelawanan orang muda 1Malaysia for Youth (1M4U).Ini kerana aspek kesukarelawanan adalah salah satu cabang yang telah dipelopori dan dicetuskan oleh Pemuda, melalui inisiatif Dana Belia 1Malaysia.

12. Alhamdulillah,berkat dan hasil usaha gigih kita telah menjadi impetus kepada gelombang sokongan orang muda kepada BN. Ini bukan hebah kosong memuji diri, tapi sudah terbukti berkali-kali. Kalau dahulu, kita berjaya memancing kembalisokongan pengundi muda pulang ke dakapan BN,semasasiri pilihanraya kecil beberapa tahun lepas, hari ini bukti datang dalam bentuk pilihanraya kampus pula. 18daripada 20 pilihanraya kampus dimenangi oleh golongan yang menyokong BN. Semua kejayaan ini timbul kerana agenda kita agenda orang muda, perjuangan kita perjuangan anak muda. Tanpa syak lagi, BN Pilihan Orang Muda.

Para perwakilan sekalian,

13. Menyusuri kembali rentetan khidmat empat tahun lalu, kita telah berjaya mengubah pemikiran dan tanggapan umum melalui pelbagai idea dan inisiatif mesra orang muda, yang telah diangkat menjadi dasar dan program kerajaan. Memegang ijtihad yang sama, saya mahu Pemuda UMNO terus merasuk semangat ke dalam minda anak-anak muda, menawarkan kepimpinan intelektual, disamping kita terus mengukuhkan peranan sebagai ejen penyelesaian dan pencetus idea kepada kerajaan, agar generasi akan datang terus mendapat manfaat.Kita ini kalau kurang berfikir rajin membangkang, sampai bila-bila pun di baris belakang.

14. Menjunjung tanggungjawab sebagai ejen pencetus idea, saya kemukakan cadangan pertama tahun ini. Pemuda sentiasa mengambil berat aspek latihan dan penghak upayaan di kalangan generasi muda.Kita sering mengambil langkah wahiddalam membantu graduan dan orang muda untuk mendapatkan pekerjaan. Tidak terhenti setakat itu, kita turut membantu mereka yang dikekang masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran.Memandangkan isu penghak upayaan amat penting dalam pembangunan modal insan, Pemuda berpendapat kerajaan harus melipat gandakan usaha dalam aspek ini. Malah, Pemuda proaktif mencerminkan dedikasi ini melalui Karnival Kerjaya Pemuda BN (BN Youth Job Fair) dan Biasiswa Pendidikan Pemuda (BNYES). Inisiatif-inisiatif ini akan kami teruskan lagi supaya menjadi legasi kepada generasi kepimpinan dalam Pemuda, insya-Allah.

15. Pemuda juga menyambut baik program seperti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), yang dirangka khusus untuk mempertingkat keupayaan graduan kita mendapatkan pekerjaan, dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan juga firma-firma swasta. Lantaran itu, Pemuda mengusulkan kepada kerajaan agar agenda latihan dipikul oleh semua, dengan mensyaratkan sebarang projek dan kontrak kerajaan,hanya diberikan kepada syarikat yang mempunyai program latihan industri untuk anak-anak muda tempatan. Melalui pendekatan ini, tanggungjawab melatih orang muda tidak lagi menjadi tanggungan eksklusif kerajaan, tetapi turutdikongsi oleh pihak swasta yang mendapat manfaat dari projek dan kontrak awam.Pada masa yang sama, ia membuka peluang kerjadan memberi prospek yang lebih cerah, kepada golongan muda untuk mencari pendedahan dalam industri.

16. Cadangan kami yang kedua merangkumi isu kebanjiran buruh asing dalam negara. Setakat Ogos tahun lalu sahaja, dianggarkan ada 2.3 juta orang pekerja asing di Malaysia, tidak termasuk mereka yang datang tanpa izin. Pemuda tidak menyangkal kebergantungan kita kepada buruh asing, terutamanya dalam sektor-sektor tertentu seperti perladangan dan pembinaan.Namun pada masa yang sama, Pemuda serius dalam mengkaji tren pengaliran masuk pekerja asing ke dalam sektor lain, lebih-lebih lagi sektor perkhidmatan.Perkara ini genting kerana kita hendaklah memastikan struktur dan komposisi buruh selari dengan hasrat merombak ekonomi negara – dari berteraskan persaingan kos kepada ekonomi yang berlandaskan inovasi dan nilai tambah yang tinggi. Pemuda sedar bahawa kos seorang pekerja asing adalahlebih rendah berbanding pekerja tempatan. Maka,Pemuda mengusulkan agar syarikat-syarikat yang menjana pekerjaan untuk warga muda tempatan, diberi pelepasan cukai atau geran,agar mereka tidak dikekang masalah kewangan untuk beroperasi.

17. Beralih pula kepada cadangan Pemuda yang ketiga. Selaku Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), saya kerap melihat syarikat-syarikat tempatanberjaya menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti, sehingga setanding dengan pesaing-pesaing mereka dari luar negara. Malangnya, syarikat-syarikat ini gagal memasarkan produk dan perkhidmatan mereka kepada kerajaan, kerana kerajaan masih bergantung kepada produk dari luar negara. Pemuda simpatetik dengan musibah yang menimpa syarikat-syarikat ini, dan berharap kerajaan dapat membuka peluang kepada usahawan-usahawan tempatan, dengan memberi keutamaan kepada produk dan perkhidmatan yang bukan saja berkualiti, tetapi juga menepati piawaian serta syarat-syarat tender yang dikenakan. Semua sedia maklum bahawa pasaran Malaysia adalah sangat kecil dan syarikat tempatan perlu ke luar untuk berjaya. Tetapi untukditerima di luar, kita perlu jadi juara di gelanggangsendiri dahulu. Kalau kita lihat, negara-negara seperti China, Jepundan Korea, mereka amat mengutamakan hasil tempatan melalui polisi kerajaan dan akhirnya, jenama mereka dapat kick-start yang cukup untuk berjaya di peringkat global.Oleh itu, Pemuda mengesyorkanKerajaan melaksanakan kempen “Buy Malaysia First” atau “Beli Barangan Malaysia”,supaya usahawan tempatan dapatdiberi keutamaan.Pemuda bukan mengkritik, sekadar mengingatkan.Jangan anak di pangkuan kita lepaskan, kera di hutan kita susukan.

18. Seterusnya kami ingin memberi cadangan tentang agama, khususnya tentang zakat yang merupakan salah satu rukun Islam. Agama kita mewajibkan kebajikan dan bantu-membantu antara satu sama lain. Tapi apa yang terjadi hari ini, pengagihan wang zakat tidak menyeluruh dan tak sampai kepada golongan yang memerlukan. Bila kita dengar mereka ini dibantu orang lain, dari agama lain atau isu murtadberleluasadalam kalangan asnaf, kita melenting marah. Hakikatnya ini salah kita juga.Jadi Pemuda mencadangkan agar kerajaan memperluaskan usaha mencariasnaf di setiap peringkat, agar bantuan zakat sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Tiada alasan untuk golongan ini tidak mendapat bantuan dari sudut agama, kerana agama telah mengajar bahawa kemiskinan menyuluh jalan kekufuran.

19. Seterusnya, Pemuda mengusulkan prakarsa kelima untuk mengembangkan lagi kelompok Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera, terutamanya dikalangan usahawan dan profesional muda. Walaupun pendekatan masa kini lebih berpaksikan prinsip ketelusan dan pasaran, ini tidak bermakna kita mengetepikan matlamat untuk menghasilkan komuniti Bumiputera, yang ekonominya lebih berdaya tahan. Pemuda akan terus lantang bersuara demi memastikan medan persaingan yang adil, dan hasrat penstrukturan masyarakat terbentuk dengan jayanya. Pemuda juga berharap kerajaan akan menjana peluang lebih luas kepada golongan muda Bumiputera, bagi menjawat tampuk penting dalam soal pengurusan atau penggubalan dasar. Selama ini, bila timbul kekosongan jawatan lembaga pengarah GLC, peluang seringdiberikan kepada pesara politik dan kerajaan. Amalan ini wajar disemak semula, mustahil tiada langsung profesional muda Melayu dalam dewan ini, mahupun di luar sana yang berkebolehan. Kami bukan menidakkan kebijaksanaan serta sumbangan pesara politik dan kerajaan, tetapi jenguk-jenguklah jua golongan muda. Kami yakin semangat dan idea baru orang muda dapat memberi nilai tambah kepada pengurusan sesebuah agensi atau GLC.

20. Satu lagi masalah yang ditanggung oleh orang muda,adalah apabila mereka terjerat dalam hutang, dan akhirnya diisytiharkan muflis dalam usia muda. Dari kira-kira 120 ribu kes kebangkrapan sepanjang tahun 2005 hingga 2012, 32 peratus daripadanya melibatkan golongan muda. Anak-anak muda ini gagal untuk meneruskan hidup dek bebanan kebangkrapan dan disenarai hitamkan. Nak berniaga tak boleh, nak beli rumah pun tak boleh, semuanya hancur dalam stigma seorang yang bangkrap. Pemuda menyeru kerajaan untuk memberi peluang kedua kepada golongan ini. Hari ini, undang-undang kebangkrapan persis hukuman mati mandatori untuk golongan bangkrap, ramai yang terkial-kial cuba keluar dari prosedur ketat,tapi gagal. Pemuda menyarankan supaya kerajaan melihat semula kepada mereka yang bangkrap, bebaskan mereka dari hukuman mati ekonomi yang bakal memburukkan lagi hidup mereka. Jadikan prosedur perlepasan kebangkrapan lebih mudah. Kita kurangkan tempoh masa untuk si bankrap memohon perlepasan, sejajar dengan tren di negara-negara lain. Kita juga harus membantu orang muda dengan memberi pendidikan tentang pengurusan kewangan. Dan dalam kes-kes tertentu, bayaran cukai boleh ditangguh dan bantuan kewangan diberi kepada usahawan untuk mengelakkan kebangkrapan. Janganlah disebabkan bangkrap, masa depan mereka hancur. Pemuda menyeru kerajaan membantu golongan muda dalam kesempitan kewangan.

21. Cadangan ketujuh menyentuh soal atap di atas kepala rakyat. Pemuda mengalu-alukan langkah kerajaan menambah baik Skim Rumah Pertamaku serta peruntukan dana 500 juta ringgit untuk Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Namun, ada dua isu yang ingin Pemuda bangkitkan. Pertama,unit rumah PR1MA tidak cukup dan kedua, tentang sistem cabutan ballot. Anggaran menunjukkan bahawa hampir 50 peratus daripada golongan berpendapatan sederhana masih belum memiliki rumah di Lembah Klang. Hanya terdapat 9 ribu unit rumah kosong dinegeri Selangor dan Kuala Lumpur berbanding dengan 370 ribu isi rumah yang masih mencari kediaman. Keduanya, dalam kita meraikan pemilihan berdasarkan sistem cabutan ballot yang dilaksanakan oleh PR1MA, Pemuda juga meminta agar kuota khas disediakan buat keluarga muda dalam semua projek perumahan PR1MA untuk memastikan kelompok ini tidak terlepas peluang.

22. Dalam menjadi pendokong suara rakyat, cadanganPemuda yang kelapanadalah tentang penstrukturan semula bantuan kebajikan. Ini kerana jumlah bantuan yang diberi perlu lebih logik untuk meringankan beban golongan kurang bernasib baik ini. Sebagai contoh, bantuan Penjagaan OKU Terlantar dan Pesakit Kronik Terlantar hanya 300 ringgit sebulan. Cubalah kita bayangkan, 300 ringgit itu tak cukup untuk beli lampin pesakit, apatah lagi untuk menanggung kos ubat, tambang ulang-alik ke hospital dan makan-minum si penjaga orang sakit. Sehubungan dengan itu, Pemuda mendesak agar kerajaan dapat merombak semula dasar kebajikan, dari segi jumlah yang diberi dan kelayakkan pemohon, agar niat kita dalam memberi pertolongan benar-benar tercapai.

23. Cadangan kesembilan pula,Pemudamenggesa agar YAB Perdana Menteri tetap istiqamah, dalam meneruskan program transformasi politik beliau. Selain daripada isu-isu ekonomi, transformasi politik amat penting bagi orang muda di mana jua. Mereka dahagakan langkah untuk menjadikan Malaysia lebih terbuka dan demokratik – iaitu satu usaha yang diteruskan oleh YAB Perdana Menteri, bermula dari zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi. Tetapi kita tidak boleh berhenti di situ sahaja, UMNO dan BN adalah parti sebenar yang memperjuangkan tadbir urus yang sempurna dan menentang rasuah. Parti yang melindungi hak asasi manusia dan menjuarai agenda masyarakat sivil. Ini adalah hakikat politik masa kini. Walaupun dulu kita fikir kita tak mampu hidup aman tanpa ISA, tapi kinikita berjaya membuktikan sebaliknya.Justeru, Pemuda mendesak kerajaan untuk meneruskan lagi transformasi politik ini,agar generasi muda tidak perlu mencari reformasi politik di gelanggang lain. Kita mahukan apabila orang muda berfikir tentang perubahan, mereka yakin BN lah pilihan muktamad. BN lah parti yang berjuang untuk integriti,ketelusan, kebebasan dan keadilan dari dahulu, kini dan selamanya.

24. Cadangan kesepuluh merupakan satu initiatif khas Pemuda UMNO yang bakal membawa berita baik kepada ribuan orang muda. Hasil kajian Sekretariat Hal Ehwal Bandar Pemuda UMNO (SHEB), ada kira-kira 200 ribu lebih penunggang motosikal, khususnya dikalangan orang muda yang tidak mempunyai lesen. Mungkin mereka tidak ada lesen kerana kecuaian sendiri, atau mungkin kos untuk mendapat lesen terlalu tinggi. Ramai dikalangan mereka sudah didapati bersalah oleh mahkamah kerana menunggang tanpa lesen dan mereka tidak mampu mendapat pembiayaan guaman. Ada juga yang hidup ketakutan kerana waran tangkap sudah keluar. Keadaan ini tidak boleh berterusan. Kita kena terima hakikat bahawa ramai yang mengalami nasib ini sebab tidak mampu membayar kos mendapatkan lesen memandu. Atas kesedaran ini, saya ingin mengumumkan satu initiatif terbaru Pemuda UMNO yang bernama Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang telah dijalankan secara perintis di Pekan. Pemuda akan bekerjasama dengan JPJ, PDRM dan agensi-agensi lain untuk menawarkan kursus lesen motosikal pada harga 199 ringgit, yakni 50 peratus lebih murah daripada harga pasaran. Kami juga akan minta supaya Kerajaan menaja sebahagian dari pemohon BL1M yang datang dari keluarga pendapatan rendah agar mereka dapat lesen dengan percuma. Kami juga dalam proses berunding supaya mereka yang sudah kena tindakan mahkamah mendapat keampunan jika melalui BL1M dan merekaterlepas dari kebimbangan dipenjarakan. Ini hadiah istimewa bagi golongan orang muda yang tersepit, khas dari Pemuda UMNO.

Para perwakilan sekalian,

25. Tidak dapat dinafikan, Pemuda memainkan peranan penting sebagai pelapis pucuk pimpinan parti induk kita. Yang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi di barisan paling hadapan kepimpinanan nasional pada hari ini, saya berani nyatakan, bahawa sebilangan besar daripada mereka telah diacu, dikelok dan diasah dari tampuk Pemuda UMNO. Apa tidaknya, YAB Presiden pernahmemegang jawatan Ketua Pemuda UMNO. YAB Timbalan Presiden pula pernahmenganggotai Exco Pemuda UMNO. Dua daripada tiga Naib Presiden UMNO hari ini bekas Ketua Pemuda pusat, dan seorang lagi bekas Ketua Pemuda negeri. Malah, ketua pembangkang pun bekas Ketua Pemuda Malaysia! Tercemar sedikit legasi kita, tapi tak apa, kita manusia tidak sunyi dari melakukan kesilapan.

26. Kita menginsafi warisan ini, namun bak pesan Hamzah Fansuri dalam syair Perahu – muda dan gagah kita tak kekal lama, ia hanya pinjaman semata. Karier dan perjuangan kita dalam Pemuda UMNO juga begitu, punya tahap waktu, bak kata orang putih, ada ‘shelf life’. Tapi muda sekali biar bererti. Jangan kita noktahkan perjuangan dan khidmat bakti di paras satu, dua, atau tiga penggal cuma. Kita mesti mengatur strategi di luar norma biasa untuk melahirkan pemimpin dan generasi pelapis paling getir, untukmenyambung legasi pergerakan ini – para pelapis yang punya semangat setala Jebat, gagah bak Megat Seri Rama.

27. Jika diperhalusi lembaran sejarah, perkara mencari pelapis ini mesti dipupuk dari awal lagi – pantang dibuat semberono. Sejajar dengan harapan kita untuk melahirkan pelapis bermutu, Pemuda tidak pernah kenal erti lelah, siang atau kelam, dalam usaha untuk meningkatkan keahlian parti. Dan kita sebenarnya sudah lama mendepani sayap-sayap lain, mahupun parti induk sendiri, dalam meneroka dan menambah bilangan ahlibaru. Dalam lebih kurang 43 bulan saya memegang jawatan Ketua Pemuda, tiada satu bulan pun di mana Pemuda tidak mendahului sayap lain dan parti induk dalam soal penambahan ahli. Angka tidak pernah menipu. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa Pemuda merupakan gerbang pintu masuk utama parti UMNO – khususnya dalam kalangan golongan muda. Tapi jangan kita tersilap – muda tidak bermakna jahil, kuantiti tidak menjamin kualiti. Usaha dan tanggungjawab kita tidak terhenti setakat mengambil nama dan mendaftar ahli, cabaran seterusnya datang untuk melahirkan generasi pelapis yang celik lanskap politik, cekap menjana idea baru dan mampu menyelusupkan hasrat generasi kontemporari, kepada badan Pemuda UMNO itu sendiri.

28. Menelusuri langgam generasi muda masa sekarang, kita telah menganjurkan program yang cocok dengan jiwa mereka, seperti Sukarelawan Pemuda BN atau BN Youth Volunteers (BNYV) dan BN Youth Kampus (BNYK), yang kita baru lancarkan semalam.Waima BNYV itu amat dekat di hati saya, apa yang tidak boleh dinafikan di sini adalah bukti penjenamaan semula Pemuda UMNO, kerana bukan calang-calang sambutan yang diterima. Di atas antelas BNYV, seramai lebih kurang 10 ribu orang muda, sudah mula menjiwai kelarai perjuangan BN. Apa yang lebih manis, untuk kita taulan seperjuangan, anak-anak muda dalam BNYV dan BNYK berprofil bukan sembarangan. Mereka individu muda bersahsiah, suka bertanya, punya visi dan misi tersendiri. Berkonotasi dengan keperibadian seperti ini, mereka bakal menjulang iktikad dan falsafah parti kita. Mereka tidak betah membeli omongan kosong dan sandiwara ampuh pihak pembangkang. Jika dulu kita fikir kita tidak akan mampu menawan hati gologan muda, yang sangat kritikal dengan perjuangan kita, tapi hari ini jelas penjenamaan semula Pemuda yang menjurus kepada politik khidmat bakti, telah berjaya menawan kelompok ini.

29. Mungkin sebelum ini mereka berasa segan atau janggal untuk mendekati parti kita yang kaya dengan tradisi dan protokol tersendiri. Kini melalui BNYV dan BNYK, kita sudah mengubah nuansa pendekatan menjadi lebih terbuka, pragmatis dan inklusif untuk merapatkan barisan kita di aula generasi baru. Meskipun tidak berhasrat untuk menggantikan peranan bahagian dan cawangan UMNO, ia merupakan harfiah kreatif kita untuk memupuk modal insan yang lebih berkualiti dan berpotensi. Mudah-mudahan jika diizinkan Tuhan, adik-adik kita ini bakal jadi pelapis pimpinan Pemuda UMNO, lantaran meneruskan kesinambungan legasi untuk generasi akan datang.

30. Walau lorong perjuangan dan pengorbanan sudah jauh diteroka, kita tidak pernah alpa bahawa perangkaan politik kita memerlukan perancangan yang lebih syumul. Maka, saya dan kepimpinan pusat akan kekal berusahamengenalpasti bakat-bakat segar dari dalam dan luar organisasi kita ini, untuk kita bimbing dan asuh menjadi harapan masa depan bila zaman Pemuda kita tamat kelak.Baik cawangan Pemuda mahupun kampus universiti, kami akan terus turun padang mencari individu berpotensi tinggi!

31. Jika kini fokus utama kita adalah PRU13, selepas pilihan raya kelak kita wajar melipatganda usaha untuk mengasah bakat-bakat pemimpin yang baru. Dalam konteks hasrat ini, alang-alang kita berfikrah atas nama latihan dan pendidikan, Pemuda sedar bahawa pengisian kurikulum politik perlu selari dengan cabaran dan lanskap politik masa sekarang. Apa dangkalnya kita mencari seribu bakal pemimpin hari esok, seandainya hari ini mereka masih diasuh dengan pengisian politik jumud. Acapkali sudah saya menyentuh soal transformasi yang bergolak dalam kancah politik tanahair, kerana memang jelas, betapa minda dan kehendak generasi muda amat berbeza dengan generasi terdahulu. Demi membantu latihan generasi pelapis ini, saya mengumumkan hasrat kita membina satu akademi khusus untuk Pemuda UMNO, yang bakal diberi namasempena Ketua Pemuda yang pertama, Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI).Saya impikan penubuhan akademi ini di Sabah, negeri yang mana walaupun bongsu dari segi penubuhan UMNO, tetapitelah menjadi antara kubu kuat parti kita. Ini untuk menjadi legasi kita dalam membina kepimpinan masa akan datang.

Para perwakilan sekalian,

32. Disamping kita memikirkan soal kepimpinan masa depan, wajar juga kita menginsafi tanggungjawab kita selaku pemimpin muda hari ini.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Rum, ayat ke-54:



Yang membawa maksud: “Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu, Dia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Dia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, dan Dialah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

Pengajaran yang dapat disingkap dalam ayat tersebut, masa muda hanya tiba sekali seumur hidup. Ia satu fasa kehidupan yang cukup penting dalam menjana kepimpinan. Perjalanan masih panjang, destinasi sudah jelas dipandang. Sungguhpun masih banyak yang perlu dipelajari, kita juga akui, rata-rata Pemuda sudah pun bersandar pada landasan yang kukuh dengan kekuatan dan jatidiri. Sewaktu umur ini, Pemuda dalam situasi terbaik untuk menerokai idea-idea baru, lantas memperbaharui model kepimpinan dan politik generasi sebelum ini. Zaman muda adalah zaman keemasan yang mengurniakan peluang-peluang yang tidak datang sebelum datangnya muda, dan ia takkan datang lagi selepas perahu muda ini berlalu pergi.

33. Berpegang kepada tasawwur ini, kita insaf bahawa Allah SWT telah mengatur takdir dan ujian untuk setiap daripada kita. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat ke-286:



Bermaksud: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”

34. Dalam usaha kita untuk mengambil peluang zaman muda, sekaligus menzahirkan sebaik keupayaan kita, kita juga harus sedar bahawa kapasiti kepimpinan setiap insan, pasti berbeza. Tidak dapat tidak, dalam mana-mana arena politik sekalipun, sudah pasti ramai yang memendam cita-cita mendaki puncak kepimpinan. Dalam pendakian ini, janganlah pula kita terlalughairah mengejar puncak, sehingga kita alpa dengan pahala kebajikan. Maha Pencipta tidak mewajibkan setiap seorang daripada kita untuk menjadi pemimpin tertinggi masyarakat, apatah lagi pemimpin tertinggi negara. Sebaliknya, Islam mengajar kita bersatu, berlumba-lumba membuat kebaikan, selaku pemegang obor amanah Allah SWT.

35. Maka, jika kita berpegang kepada perjuangan berlandaskan amanah, kita takkan dengki, takkan rakus, dalam mengejar jawatan di muka bumi. Jauh lebih mulia, jika kita semua berjuang ikhlas atas asas kemampuan dan fitrah kurniaan Allah SWT. Ini yang menjadi kunci kejayaan sesuatu perjuangan murni – bukannya mahu berebut jadi ketua, wakil atau kepala. Dalam konteks parti dan pergerakan kita pun, kekuatan bukan terletak di bahu pemimpin teratas semata-mata. Sebaliknya, tulang belakang terbina dari sumsum kegigihan panglima-panglima muda di segenap peringkat – masing-masing dengan kelebihan dan senjata tersendiri. Berkat doa, istiqamah serta usaha yang ikhlas, insya-Allah, ajaran Islam memberi kita pedoman untuk mengacu aspirasi model kepimpinan berlandaskan keinsafan. Melaksanakan khidmat dan tanggungjawab demi kebajikan semua, dan bukan untuk memuaskan nafsu serakah semata.

Para perwakilan sekalian,

36. Disamping kita menyumbang keringat berdasarkan kekuatan unik masing-masing, kita juga sedar bahawa ada di antara kita, yang sesuai diketengahkan selaku pemimpin di persada politik negara. Selari dengan niat kita menggunakan kelebihan zaman muda dalam menerajui kepimpinan baru, kita bersuara kerana percaya era Pemuda telah tiba. Pola politik mutakhir ini memancarkan petanda yang jelas. Kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa generasi mudalah kuasa penentu terbesar dalam politik negara. Tahun lepas di dewan yang mulia ini, saya menyentuh soal peralihan generasi berlandaskan perubahan pemikiran golongan muda. Lewat ini, soal peralihan generasi ini tampak semakin mustahak. Dalam asimilasi kita bersama geng muda di peringkat akar umbi, semakin jelas aspirasi mereka yang dahagakan kepimpinan serasi dengan congakan dan sudut pandang mereka.

37. Sebagai orang muda sendiri, sememangnya kita berada dalam kedudukan terbaik untuk benar-benar mencerminkan hasrat dan jiwa mereka. Kita yang paling dekat dengan orang muda, kita yang bergaul dengan mereka. Kita yang berada di barisan hadapan memperjuangkan kebajikan anak muda, tidak kira walau di Parlimen, di belakang tabir, di depan tabir, di mana sahaja – demi memastikan setiap dasar Kerajaan adalah dasar yang mesra orang muda.

38. Pemuda tidak mendesak apa-apa untuk kepentingan sendiri, jauh sekali untuk meminta-minta buat pemuas nafsu haloba. Namun, atas realiti politik masakini, kita berhasrat agar peralihan generasi ini bukan setakat di atas kertas sahaja. Jika realiti politik menunjukkan bahawa orang muda adalah segmen pengundi baru terbesar, bukankah munasabah sekiranya mereka mahukan wakil-wakil dari rakan sebaya mereka juga? Seafdalnya, biarlah peralihan generasi berlaku di peringkat parti, yang mencerminkan lebih ramai calon-calon Pemuda diberi peluang, pada pilihanraya akan datang.

39. Dan saya yakin, berbekalkan kesedaran dan usaha komited Pemuda, ramai antara kita memang sudah bersedia untuk memikul cabaran selaku calon pilihanraya. Waima begitu, kesetiaan kami tak pernah goyah terhadap keputusan muktamad YAB Presiden.Kami sekadar menzahirkan hasrat kami yang membuak kerana cintakan negara, membuak kerana percaya masa kami telah tiba. Segala apa yang kami usahakan adalah atas dasar kerja, tanggungjawab dan cinta kami terhadap UMNO.

Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh perkasa belaka
Badan dan kudrat sila taruhkan

Ke Kota Tinggi membeli suasa
Suasa di ikat bersama rotan
Giliran kita sudah tiba
Kini masa orang muda ke depan

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Kami pemuda sudah bersedia
Pantang berundur mengalah jangan!

Para perwakilan yang dihormati,

40. Kini masanya sudah tiba, ini Perhimpunan Agung UMNO yang terakhir, sebelum kita tempuh pilihanraya paling sengit dalam sejarah. Sekarang terbentang di depan mata, tersurat di susuk minda; dua pilihan untuk rakyat demi menentukan yang mana hak, yang mana batil; siapa layak, siapa kecundang untuk memegang tampuk pentadbiran. Antara dua pilihan masa depan, yang akan ditentukan pada piliharaya akan datang. Dan apabila kita cakap tentang pilihan, jangan tepuk dada tanya selera, itu cara lama. Kita orang bijaksana harus tepuk minda tanya hati, sebelum jari memangkah kertas undi.

41. Pilihan masa depan pertama tawaran pihak lawan, manisnya bukan kepalang. Janji populis puak Pakatan tak kenal sempadan. Masa depan yang berasaskan semuanya percuma – atau hampir percuma sungguh merdu di telinga, tapi hakikat nyata berbeza. Bermula dari penurunan harga minyak sekiranya esok mereka berkuasa, penghapusan PTPTN dengan segera, pelupusan tol jalanraya tidak semena, penurunan harga kereta, hatta pendidikan pun akan diberi semua percuma. Segalanya tampak indah bila kita hidup dalam utopia ciptaan Anwar Ibrahim. Tapi perlu diingat, tiada yang percuma dalam dunia, janji beliau bisa membankrapkan negara. Kos bagi janji mereka mencecah lebih 200 bilion ringgit dalam tahun pertama sahaja. Untuk pembangkang, samaada negara bankrap atau tidak, samaada kewangan diurusbaik atau sebaliknya, langsung tak ambil pusing, yang penting mereka hanya mahumerampas tampuk kuasa.

42. Ujian pertama bagi sebarang janji adalah penghalusannya. Dalam hal ini, untuk hebahan semua, jumlah peruntukan bagi belanjawan Kerajaan Persekutuan 2012 adalah sebanyak 232.8 bilion ringgit. Daripada jumlah tadi, janji-janji pilihanraya pembangkang sahaja, hampir mencecah 90 peratus daripada belanjawan tahunan kerajaan. Jadi jika kesemua janji mereka dipenuhi dalam tahun pertama memerintah, akibatnya,kerajaan tidak akan punya cukupwang untuk membayar gaji guru, doktor, jururawat, polis dan tentera, apatah lagi membina jalan, sekolah, hospital atau menyediakan bantuan kebajikan. Jika ini berlaku kesemua perkhidmatan penting akan terhenti dan negara akan gagal berfungsi. Jika pembangkang memutuskan untuk meminjam lebih banyak wang untuk membiayai janji-janji mereka, defisit kerajaan akan membengkak, hutang pula kian mencanak.

43. Inilah gambaran sebenar masa depan yang dilakar oleh pembangkang – gelap dan kabur dengan bayangan janji tak bertulang. Apa yang pasti, sekiranya mereka teruskan juga taburan janji mereka – negara akan bankrap dan lemas dalam hutang. Atau mungkin inilah niat mereka yang sebenar,untuk menunaikan hajatKetua Umum yang terbantut – mengemudi negara ke lembah kehancuran sebelum diselamatkan oleh gerombolan rakan-rakannya di IMF.

44. Rakyat sudah lama cerdik lagi arif, dan kita sedia maklum bahawa pembangkang itu saudagar mimpi. Dari utara ke selatan, dari Semenanjung ke pulau Borneo, tak kenal letih, terkinja-terkinja menjaja retorik. Namun masa depan bersama kami, kemudinya berlainan. Malaysia bersama BN tidak akan ditimpa bala ekonomi seperti Greece, rakyat tidak akan terpenjara di bawah beban hutang yang mencengkam,kita tidak akan memporak-perandakan kestabilan ekonomi, bukan macam pakatan pembangkang, silap haribulan terpaksa melutut minta pinjam wang dari IMF.

45. Kalaupun bukan isu bangkrap yangjadi perhitungan, apakah sanggup kita memperjudikan nasib negaradi tangan pembangkang yang tak pernah punyai rekod mentadbir negara. Ya, kita akui mereka kini mentadbir beberapa negeri, tapi kalau kita baca Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan baru-baru ini, haru-biru ceritanya.

46. Di Selangor misalnya, apa jadi dengan Skim Tabung Anak Wawasan Selangor (TAWAS) yang dicanang, digendang, gegak gempita seantero negeri? Janji untuk beri simpanan tetap 100 ringgit untuk setiap anak Selangor, ditempelak keras dalam Laporan Audit. Apa tidaknya, harapan nak ringankan beban keluarga punah berderai.Dalam 61 ribu permohonan, hanya 36 peratus sahaja diluluskan.Kalau ikut KPI saya, itu sudah gagal betul namanya. Ternyata, Tawas sudah tewas!

47. Itu belum kita jengok masalah di UNISEL. Tidak payah saya berhujah panjang, cukup sekadar mengingatkan Pakatan bahawa mengikut Laporan Audit2008, UNISEL merekodkan keuntungan 5.97 juta ringgit, hasil warisan pentadbiran BN. Namun, selang dua tahun sahaja, segala keuntungan hangus dek kerakusan dan ketidakupayaan pembangkang – dari untung terkumpul hampir 6 juta ringgit, menjunam rugi 47.3 juta ringgit pada tahun 2010. Saya cadangkan, sebelum berjanji memberi pendidikan percuma, betulkanlah dulu kepincangan di UNISEL.

48. Itu baru laporan audit Tawas dan Unisel, janji-janji pra PRU12, bagaimana pula?
• Mana janji pendidikan tadika percuma?
• Mana janji mencarum Takaful untuk warga emas dan si kurang upaya?
• Mana elaun ibu tunggal, sampai dah kena saman? Mana elaun khas surirumah?
• Mana janji bekalan air percuma setiap bulan tanpa syarat?

49. Itu Selangor, belum lagi kita perhalusi apa yang jadi di Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang.

Di Kelantan:

• Harapan Program Ladang Rakyat, bagi membantu golongan miskin dengan pemberian dividen dan gaji untuk peserta, punah berkecai tak kesampaian.

• Bukan sahaja gagal, malah amalkan kronisme pula. Bertempik terlolong mereka jaja kononnya kita amalkan kronisme, namun bagaikan musang berbulu ayam, dalam diambakiprojek dipajak kepada syarikat kroni pilihanKerajaan PAS sendiri, tanpa penilaian terperinci.

• Mereka bising projek Lynas dan Pengerang kerana kesannya kepada alam sekitar. Ini lah apabila gajah depan mata tak nampak, kuman seberang lautan mereka nampak. Kawasan tadahan air di Bukit Pos Pasik, tercemar akibat pembalakan melampau dan pembukaan ladang rakyat. Orang asli juga terpaksa berdepan dengan penyakit apabila air tadahan kotor berlumpur.Ini belum lagi kita cakap tentang bekalan air kotor yang terus menyeksa rakyat Kelantan.

Di Pulau Pinang:

• Sandiwara pembangkang yang kononnya menjaga rakyat, terkulai rebah dalam kes tanah Taman Manggis, tanah yang sepatutnya dibina rumah kos rendah sebaliknya dijual kepada syarikat swasta. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pemuda BN Pulau Pinang kerana telah mendedahkan penipuan Ketua Menteri dengan menyahut cabaran menyediakan wang untuk beli tanah tersebut. Tapi sehingga hari Lim Guan Eng diam membisu tak berani sahut cabaran, takut pecah tembelang.

Di Kedah:

• Pengurusan pentadbiran negeri Kedah lebih kecamuk, boleh buat pelaburan di luar negara tanpa kelulusan lembaga pengarah dan mendedahkan wang kerajaan negeri dalam pelaburan berisiko tinggi.

• Penyelewangan berlaku di sana-sini, termasukdalam menyediakan rumah kos rendah untuk rakyat termiskin.Ada bukti menunjukkan kontraktor yang tak cukup syarat dilantik dan pelik bin ajaibnya pula ada bayaran untuk satu kontraktor dibayar kepada pihak lain.

• Ada kontraktor yang membuat tuntutan berulang-ulang pada kerja yang sama dan pada unit rumah yang langsung tak wujud. Ini dosa besar bila kita mencuri dari golongan miskin melalui rasuah dan sikap tidak amanah.

50. Begitulah, saudara-saudara, rencah pentabdiran Pakatan, tanah dirampas, peruntukkan digadai, alam sekitar dihina dan pengurusan kewangan cacamarba. Kalau dapat mentadbir negara, habis punah, kita semua menempah celaka. Kalau kita mahu memperbutirkan satu persatu janji populis dan kegagalan pakatan pembangkang, jawabnya sampai ke subuh kita bersidang. Cukup sekadar saya sebut, peluang mentabdir di beberapa negeri telah mereka tongsampahkan. Janji tinggal janji, tak cekap mentadbir kewangan dan negeri, pendek kata mereka memang tak mampu, tak layak memerintah negara!

Para perwakilan sekalian,

51. Bercakap atas angin itu murahan, janji sembarangan itu khayalan. Berbeza dengan masa depan yang ditawarkan oleh BN, memang pantang perjuangan kita menghancurkan negara dengan polisi populis melulu. Lantaran itu, masa depan yang kita tawarkan kepada rakyat,berasaskan transformasi yang syumul, bukan reformasi jalanan bersalut janji.

52. Kita arif benar, kelangsungan hidup bertonggakkan realiti. Masa depan yang dicorak kerajaan BN untuk rakyat, berkala di atas fakta dan penyelidikan. Wang di kantung dicongak, dihitung, sebelum menabur sebarang janji. Tidak tegar kerajaan ini meletakkan masa depan anak watan, di meja perjudian kuasa seperti pakatan pembangkang.

53. Memang sahih, kita buta hati seandainya gagal mentafsirkan 55 tahun kemerdekaan ini, sebagai bukti kewibawaan BN. Benar, memang tiada pentadbiran yang maha kamil. Namun kita akui, dalam tempoh lebih setengah abad itu, walau ada cacat cela dan kekhilafan, kepimpinan BN sahajalah yang mampu meneroka kemerdekaan, mengisi kelompongan pentadbiran, menstruktur ekonomi rakyat, mengindustrikan sektor tani, dan meneroka perkembangan alam maya. Komitmen tinggi ini diterjemahkan lagi dengan wawasan jangkauan jauh dan juga transformasi yang dibawa oleh YAB Presiden sendiri.

54. Kita lihat sahaja Pelan Transformasi Kerajaan (GTP). Kerajaan BN membuka telinga kepada segala rintihan dan suara berat rakyat. Kos sara hidup kita tangani, rasuah kita perangi, pendidikan kita perluaskan dan kadar jenayahseluruh negara kita turunkan. Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) pula melihat Malaysia menjadi sebuah oasis yang stabil dan maju dalam kancah kemelesetan ekonomi dunia. Tatkala negara lain sengsara dengan kadar pengganguran, dan harga barang yang mencanak naik, negara kita tetap utuh dengan visi ekonomi kerajaan BN. Kita tetap gah menjana ekonomi, menambah peluang pekerjaan dan perniagaan, menarik masuk pelaburan dan meningkatkan perdagangan. Ini bukan bohong jajaan saudagar mimpi, inilah realiti kita hari ini dan hari esok, insya-Allah, kita akan jadi lebih bagus. Hakikatnya, pembangkangtak mampu memacu negara ke arah status negara maju berpendapatan tinggi, stabil dan menjana lebih banyak pekerjaan, menjelang tahun 2020. Mereka hanya penabur janji, sedangkan kita arkitek realiti.BN berpijak di bumi yang nyata, bukan berendoi fantasi dunia. Pokoknya, masa depan yang ada visi dan realiti, adalah masa depan dengan Barisan Nasional di sisi.

Para perwakilan sekalian,

55. Itu baru perbandingan dari sudut mentadbir ekonomi. Jelas tak terkata, masa depan bersama UMNO dan BN lebih mantap lagi terjamin. Sementara di bawah Pakatan, masadepan bakal punah dan jahanam. Bagaimana pula dengan masa depan rakyat dari sudut nilai kemasyarakatan dan maruah negara? Masih jelas dalam fikiran apabila gambar YAB Perdana Menteri dipijak, dikoyak dan ditayang bontot dengan hina. Siapa yang ajar anak muda kita berbuat demikian, kalau bukan pembangkang yang memupuk politik kebencian,di kalangan generasi muda untuk membenci pemimpin dari awal lagi?

56. Apa jadi dengan budaya muafakat dan demokrasi berparlimen yang telah lama kita amalkan? Kalau Pakatan berkuasa, Parlimen bakal jadi gajah putih kerana mereka tak percaya keluruhan undang-undang, tapi mereka sukakan rusuhan. Untuk mereka apa yang penting, jeritan siapa lebih kuat dan berapa ramai datang berdemo di jalanan. Setiap kali ada masalah, mereka desak rakyat jangan berbincang dengan kerajaan, teruskan saja berdemo di jalanan, apa yang mereka bawa hanya budaya anarki dan revolusi semata.

57. Masa depan yang beginikah kita mahu di bawah mereka? Rencam seperti inikah yang pembangkang dambakan untuk generasi baru? Apa jadi dengan nilai kita orang timur? Mana rangka pembangunan negara, mempertahan maruah bangsa? Semuanya hilang dalam rakus merebut kuasa.

58. Sejarah bukan catatan semata, sejarah adalah sempadan pengajaran yang mesti diingati. Kita bangga kerana sejarah telah menunjukkan bahawa pemimpin kita bersinonim dengan Merdeka, UMNO adalah pasak utama dalam menuntut kebebasan dari penjajah, dan kita semua di dewan hari ini, adalah pewaris kepada tradisi kemerdekaan itu. Tapi ada juak-juak yang tak letih mengancam kemerdekaan ini, Ketua Umum mereka kantoi besar menagih, meminta, campurtangan asing untuk pilihan raya akan datang. Ini bukan sahaja memalukan negara, malah menghina perjuangan kemerdekaan kita. Sungguh terdesak mereka hingga tergamak minta kuasa asing menentukan destinasi politik kita. Terang-terang mereka tak yakin dengan kebijaksanaan rakyat dalam menentukan pilihan, hingga sanggup mengheret orang luar untuk mengajar kita –sedangkan demokrasi kita sudah bertapak lama. Masa depan beginilah yang bakal kita hadapi di bawah Pakatan: daulat disita, maruah dihina.

59. Dan perjuangan UMNO tak pernah tersasar dari paksi dan nilai Islam, malah kita pejuang sebenar dalam soal mempertahankan maruah agama, bukan macam parti yang bernama Islam. Lidah ulama mereka jadi kelu bila orang biadap seperti Ngeh mencerca agama kita, kecut menikus tak berani bersuara bila konsep negara Islam sinis ditertawa DAP, dan bila keluar mazhab baru menggalakkan murtad, mereka terus bisu! Kalau begitulah onarnya, PAS bukan pejuang agama, sekadar menjadikan agama sebagai platform untuk agenda politik mereka. Di bawah nilai Islam yang nirmala, pimpinan tertinggi PAS sanggup mendoakan kebinasaan UMNO, kebinasaan saya dan anda semua dalam dewan ini. Kalaulah doa-doa begini diajar kepada anak-anak kita, apa nasib bangsa dan agama sekiranya mereka berkuasa? Sesiapa saja yang mereka tak suka, didoakan supaya lekas binasa. Tapi tak apa, kita bukan seperti mereka, kita sama-sama doakan agar ahli-ahli PAS selamat selamanya, dan suatu hari nantimereka dapatkembali ke pangkal jalan dan tidak lagi sesat di bawah ketaksuban dengan pemimpin yang gemar menyemai kebencian.

60. Bila bercakap soal berjuang untuk agama dan keadilan sejagat, UMNO sudah lama bersuara untuk rakyat Palestin, tapi puak yang sebelah sana apa cerita? Kepada penerbitan The Wall Street Journal, Ketua Umum mereka gah berkata ala juara: “I support all efforts to protect the security of the state of Israel” (“Saya menyokong segala usaha untuk mempertahankan keselamatan Negara Israel”).Tapi sekarang saat Palestin dibedil rejim Israel, orang yang samasanggup buat pusingan U turn! Kata dia, Israel “pengganas” kerana menyerang Gaza. Sekali lagi contoh sesumpah yang menukar warna mengikut kepentingan semasa.

Para perwakilan,

61. Bagaimana pula dengan pilihan dua masa depan itu untuk orang Melayu? Sedarlah semua,hanya UMNO sahaja yang dapat mempertahankan bangsa Melayu. Ini bukan soal pilihan tetapi hakikat, kerana tidak ada parti lain yang mampu menjaga kedudukan Melayu serta Islam, selain UMNO. Jelas terbukti pakatan pembangkang langsung tidak memperakui perjuangan,serta pengorbanan orang Melayu. Di samping kita membawa gagasan inklusif di bawah 1Malaysia, perjuangan UMNO tak kan pudar, apatah lagi berundur barang setapak, dari menjadi pembela dan wadah perjuangan orang Melayu. Ternyata sudah, di kala kekalutan orang Melayu melihat PAS mengenepikan matlamat negara Islamnya, pada masa PKR sibuk dengan ehwal peribadi Ketua Umumnya, UMNO tetap tegar membawa agenda masa depan orang Melayu. UMNO payung orang Melayu, UMNO pembawa obor masa depan orang Melayu, UMNO dan Melayu kekal terpatri selamanya.

62. Kini jelas di hadapan kita, masa depan bersama BN akan menjamin Perlembagaan kekal dijulang, Raja dijunjung, Islam dimuliakan, kedaulatan negara dipertahankan dan bangsa Melayu diperkasakan. Manakala, masa depan di bawah Pakatan akanmelihat negara bakal muflis, maruah bangsa dipijak-pijak, kacau bilau di mana-mana, Islam yang tidak terbela, keruntuhan akhlak dan moral, silap haribulan kemerdekaan tergadai. Di bawah muslihat Pakatan, Persekutuan Malaysiaakan jadi perpecahan Malaysia. Mereka tidak akan teragak-agak untuk menggunakan ideologi dan undang-undang yang berbeza. Hudud versi PAS akan mengawal hidup di Pantai Timur sekaligus menakutkan orang bukan Islam dan konsep “Malaysian Malaysia” yang meminggirkan orang Melayu akan bermaharajalela di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Manakala di negeri-negeri PKR pula, tiada apa yang suci, semuanya halal, anything goes, asalkan Anwar kekal dijulang.

63. Pakatan apa sebenarnya mereka ini? Nama saja Pakatan namun jarang sekali bersepakat, sehinggakan calon Perdana Menteri belum tentu yang mana. Siapa bakal Perdana Menteri mereka? PAS kata Hadi Awang, DAP kata Anwar Ibrahim, geng muda PKR kata bagi kepada anak Ketua Umum. Ramai lagi yang mahu jadi Perdana Menteri dalam Pakatan ini sebenarnya, namun semuanya kabur belaka. Berbeza sekali dengan BN – semuanya jelas pilihan PerdanaMenteri kita hanya satu, tak lain tak bukan, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.Di bawah pakatan pembangkang, negara akan berpecah, perpaduan rakyat akan berpatah arang berkerat rotan! Demi bangsa yang merdeka ini, Pemuda tidak akan sesekali membenarkan negara terpisah di bawah tiga sistem berbeza, tiga falsafah hidup bertentangan dan tiga ideologi politik berasingan. Jangan digadai jerih nenek moyang menyatukan negara ini, kita tidak akan benarkan masa depan hancur di tangan mereka.Nyata, hanya satu masa depan yang akan mengekalkan kita bersama, masa depan 1Malaysia, untuk semua rakyat Malaysia, di bawah Barisan Nasional!

Sahabat sekalian,

64. Semboyan perang pilihan raya sudah bergema, bersedialah Pemuda jangan kau alpa.

Sesungguhnya sejarah itu benar;
Mahal airmata bapa kemerdekaan itu benar;
Getirnyapengorbanan bapa pembangunan itu benar;
Berlikunya jalan bapa perpaduan itu benar;
UMNO pembela bangsa Melayu itubenar;
Pemuda UMNO hulubalang bangsa itu juga benar;
Kita ambil pengajaran dari mimpi-mimpi Onn Jaafar yang hilang.

65. Dalam berahi kita membongkar helah pembangkang, jangan sekali kita lupa. Di hadapan benteng bala tentera musuh kian mara. Langkah demi langkah, mereka seret bendera dan meriam kehancuran, yang bakal meranap harmoni yang telah lama kita bina.‬
66. Sejarah dunia mengajar kita – saat-saat serupa pernah berlaku. Detik yang menentukan antara benar dan batil; antara makmur dan jahanam; antara petualang dan pahlawan!Bagi mereka yang setia, kala detik ini tiba, muncul erti sebenar perjuangan yang hakiki. Bertaruh hidup dan mati atas nama maruah dan kepercayaan.‬‬‬‬‬‬‬

67. Kita imbas saat tercetusnya Perang Dunia Kedua, sewaktu gerombolan Paksi hampir menyentuh kepulauan Britain, di kala bekas Perdana Menteri Britain, Winston Churcill, menyemarak semangat juang rakyat. Detik getir antara dua kemungkinan, antara dua masa depan, antara cahaya dan kegelapan. Perwira itu tak goyah, tak gentar, malah berikrar: negaranya akan bertempur di lautan, bertempur di udara, di tepi pantai mahupun di celah jalanan. Negaranya tidak akan menyerah kalah, kendati pun dibiarkan kebuluran!

68. Dengan seiras semangat juang, saya menyeru para perwakilan, mari kita tempur seteru kita di segenap ruang!Kita bahas mereka di Parlimen, kita patahkan hujah mereka di kedai kopi, kita dedah muslihat mereka di alam siber! Tak kira di kota atau di desa, kita tumpaskan pengkhianat bangsa.Kita tempur, kita gempur, lantas berkuburlah Pakatan durjana!

69. Wahai pejuang-pejuang muda, detik penentu begini tak kerap tiba. Semboyan parti kita belum pernah menjerit selantang ini. Gemanya menyeru setiap kita, walau apa badai melanda, walau mati segala cita-cita, kita berikan segalanya di medan juang ini, hingga ke titisan darah yang terakhir! Ini ikrar kita, kita pastikan semua di luar sana tahu, pastikan sejarah tercatit, dikala seteru tiba, bala tentera Pemuda terpacak di barisan paling hadapan, sanggup berkorban, demi agama, bangsa dan negara.

HIDUP UMNO!

HIDUP UMNO!

HIDUP UMNO!



MMI.

Labels