Followers

Monday, 31 December 2012

ADNAN CELUP Tiba-Tiba Muncul !!


Dalam ceramah terbarunya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini, dia telah mengumumkan yang beliau akan muncul sebagai 'Leftenan Adnan Moden' dengan matlamat untuk menentang UMNO dan menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Demi mengangkat nama Tok Guru dan Islam PAS, dia sanggup menggigit tangan bekas tuannya sendiri. 

Tak salahkan sebilangan artis yang nak jadi hero. Boleh berceramah dipentas politik. Tak ada siapa nak marah. Tetapi kalau nak berceramah tu toleh lah kiri dan kanan. Ingat balik dari ceruk mana kita datang? Dari tangan siapa yang memberi peluang?


MMI nak mengulas sikitlah , LEFTENAN ADNAN adalah satu nama besar dalam sejarah negara kita malah perjuangannya terbukti penuh dengan semangat patriotik yang tak harus kita pertikaikan.Walaupun Leftenan Adnan gugur mempertahankan Singapura pada ketika British menjadi TUAN di bumi Melayu tetapi  kegagahan serta keberanian Leftenan Adnan sebenarnya mengangkat maruah bangsa Melayu itu sendiri.

Agak sama dan ada perbezaan sekiranya nak di bandingkan Leftenan Adnan CELUP dengan Leftenan Adnan sebenar.

Persamaannya adalah kedua-duanya berkhidmat dibawah bangsa yang bukan Islam.Itu hakikatnya kerana Adnan sebenar di bawah British dan Adnan Celup di bawah Pakatan Haprak.

Perbezaannya adalah Adnan sebenar berjuang bagi mempertahankan tanahairnya dari penjajah malah menjadi lambang kekuatan bangsa Melayu sehingga ke hari ini.Tetapi Adnan Celup berjuang dalam PAS yang bersekongkol dengan Pakatan Haprak yang terdiri daripada mereka-mereka yang di bawa masuk oleh penjajah satu ketika dulu.

Perbezaan yang cukup ketara , dan kepada Hairie Othman tak payahlah nak menumpang naman Leftenan Adnan kerana rakyat Malaysia lebih tahu siapa sebenarnya pejuang dan siapa sebenarnya petualang.

Kerana negara kita ini demokrasi maka MMI rasa cukup sekadar Hairie Othman gunakan nama ADNAN CELUP saja sebab tak sesuai langsung untuk beliau samakan dirinya dengan LEFTENAN ADNAN hanya kerana pernah melakonkan watak tersebut yang langsung tak menjadi.

Hairie perlu ingat LEFTENAN ADNAN adalah satu nama yang cukup bermaruah dan tidak pernah bersekongkol dengan mana-mana pihak untuk menentang bangsanya sendiri.

Kepada Adnan Celup kalau dah hebat sangat , apa kata bertanding saja sebagai calon kita tengok rakyat nak pilih siapa Adnan Celup ka atau pejuang rakyat !

MMI.

UNTOLD STORY Full Force To Save Ngeh & Nga


Berkorban atau mengorbankan sesuatu yang disayangi adalah sukar dilakukan bagi sesiapa dan mereka yang berkenaan. Demikian juga nasib orang politik yang dikorbankan kerana mereka dilihat tidak lagi relevan dalam memperkasakan parti tersebut.

Ibarat orang lemas atau kuda patah kaki, ia seperti suatu tragedi bagi sesetengah manakala bagi si penyelamat, ia mungkin hidup berpayungkan nostalgia paling menyedihkan. Masakan tidak orang yang disayangi gagal diselamatkan. Tapi itulah takdir.

Tak perlulah kita berlebih-lebih kerana orang yang dimaksudkan adalah berupa peguam yang ada nama. Selain dari itu mereka merupakan dua pemimpin utama DAP negeri.

Menjelang PRU 13, nama mereka dikaitkan dengan isu tanah di Kelantan. Ia mula didedahkan sebuah portal berita, pisau.net, kemudian menarik perhatian dua Adun BN mendedahkan dalam sidang Dun.

Bagaimanapun Kerajaan Negeri hanya memberi penjelasan mengikut apa yang tersiar dalam media manakala perjanjian serta latar belakang kes masih menjadi rahsia.

Soalan yang sering ditanya ialah mengapa kerajaan Kelantan tidak bertindak membatalkan perjanjian antara Yayasan Islam Kelantan dengan syarikat berkenaan bagi membolehkan usahawan Bumiputera tempatan membangunkan tanah tersebut?.

Mengapa membiarkan dua tokoh DAP itu membeli syarikat berkenaan? Seolah orang Kelantan sudah tidak berkemampuan.

Dari aspek perniagaan ia langsung tidak salah tapi dari segi moral, atau aspek ketelusan, ia suatu yang amat bercanggah dengan prinsip. Bukankah dua tokoh ini seringkali menyebut tentang ketelusan serta menentang amalan kronisme?. Tapi bila terdedahnya isu tanah ini nyata mereka gagal membuktikan bahawa mereka juga tidak terbabit.

Tiba-tiba dalam keadaan yang tenat ini tampil Lim Guan Eng cuba menyelamatkan sahabatnya dari terus lemas di tasik politik. Ia mencetuskan semula isu kalimah ALLAH digunakan dalam Injil versi bahasa Melayu yang sudah disepakati oleh semua pihak untuk tidak digunakan.

Mufti Pulau Pinang dan Pas mengingatkan agar isu macam ini tidak dimulakan lagi. Ibarat dua ekor kuda lumba, Guan Eng terpaksa memilih untuk menyelamatkan kerana menyedari dua kuda ini mampu jana kejayaan dalam perlumbaan.

Tapi Guan Eng ada pilihan bahawa menyelamatkan kuda dari terseksa, kuda itu perlu dikorbankan. Bukankah kuda lumba yang tak boleh lari seperti kakinya patah akan ditembak bagi memelihara maruah kuda berkenaan? Justeru apakah DAP akan mengorbankan Ngeh dan Nga dari bertanding PRU 13?

Mungkin Guan Eng mahu mengambil pendekatan ‘tidak pening kepala’ kerana sudah banyak isu yang menyelubungi DAP adalah isu buatan sendiri atau masalah sendiri bikin. Selain isu mengenai orang Melayu di pulau itu, masalah agama juga cuba dipolitikkan seperti isu kalimah ALLAH. Maka dengan perkataan lain, masalah mereka disebut sebagai masalah “self-made in Penang by Lim Guan Eng”.

Semua orang kita pasti cuba mengelak dari menimbulkan hal-hal yang boleh merumitkan masalah. Tetapi  Guan Eng selaku KM Pulau Pinang sanggup bergaduh dengan “umat lslam” semula kerana mahu mengalihkan isu yang menghimpit parti itu di Perak.

Dari aspek inilah Guan Eng melihat di depannya petaka menunggu bagi Pakatan Rakyat. DAP yang kini mempunyai 17 Adun setelah memenangi 18 kerusi dalam PRU 12 bakal kehilangan pengaruh ekoran isu tanah.

Sebagai Setiausaha Agung DAP, Guan Eng mahu memastikan Perak bakal dimiliki. Kemenangan di Perak boleh memastikan kedudukannya dalam DAP semakin mantap.

Sebelum ini Guan Eng berdepan isu kekalahan calon Melayu dalam pemilihan CEC sehingga sukar baginya menafikan DAP bukan parti perkauman Cina.

Krisis Karpal Singh dengan Ramasamy mengenai isu warlord, serta tidak termasuk keputusan bekas Naib Pengerusinya Tengku Aziz keluar meninggalkan DAP, semuanya meninggalkan kesan negatif pada kepimpinannya.

Guan Eng sedar ada pihak kurang senang dengan kepimpinan Ngeh Koo Ham dan sepupunya Nga Kor Ming, namun ini tidak menghalangnya dari merasmikan Konvensyen DAP negeri.

Ibarat kapal yang bakal karam, komen Guan Eng dilihat seolah-olah memberi harapan baru. Tapi apakah masih ada harapan bagi DAP sedangkan dalam konteks populariti, nasib Guan Eng di Pulau Pinang sendiri sudah kian terumbang-ambing dipukul badai.

Ramai pemerhati politik melihat kapal DAP kian karam. Ada pula yang berseloroh: Apakah Karpal Singh boleh menjadi penyelamat terakhir sebelum kapal tersebut akhirnya tenggelam dan tersadai di dasar laut politik Malaysia?

Dan kini pasukan ini terus berusaha dengan pasukan paling hadapan DAP iaitu Gurka PAS yang sudah pun bertindak melakukan "diversion" daripada isu pokok tentang Amanat Haji Hadi.Daripada desakan supaya amanat ini ditarik balik ianya kini menjadi polemik politik apabila tuntutan Haji Hadi untuk muncul di kaca tv selama 1 jam sudah menjadi topik hangat meninggalkan perkara pokok yang lain.

Begitulah hebatnya pasukan pembangkang dalam merencanakan strategi mereka namun rakyat perlu ingat jangan sesekali terlupa tentang isu utama kerana selepas ini pasukan gerak khas pula akan mengambil tempat  , siapa lagi kalau bukan PKR.

MMI.

Ada Pihak Yang Sudah Mula GENTAR Dengan Datuk NALLA !!


Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan mengecam rancangan pakatan pembangkang untuk menganjurkan perhimpunan bagi memastikan isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, Shamsidar Taharin tidak menjadi saksi di mahkamah.

Nallakaruppan mendakwa, rancangan mengenai ‘Himpunan Shamsidar’ itu dijadual berlangsung pada 12 Januari depan iaitu beberapa hari sebelum perbicaraan kes saman fitnah mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan aktiviti biseksual.

“Mereka hendak mengadakan demonstrasi jalanan bagi mengelirukan proses undang-undang yang berlangsung di mahkamah. Kenapa tidak mahu Shamsidar menjadi saksi?

“Saya kira semua rakyat akan berpeluang mendengar pendedahan yang bakal berlaku apabila Shamsidar naik ke kandang saksi untuk memberi keterangan,” katanya kepada pemberita.

Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. pada 26 Mac lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang – Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.

Semalam, Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan sebahagian besar pembelaan Nallakaruppan serta Utusan Melayu dalam kes saman tersebut dikekalkan.

Nallakaruppan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang termasuk Shamsidar bagi membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu.

Jelas Nallakaruppan, kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar melibatkan kepentingan awam dan Shamsidar perlu tampil menjadi saksi bagi membuktikan kebenaran di mahkamah.

“Anwar adalah seorang pemimpin politik yang bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri, sudah tentu ia melibatkan kepentingan awam. Saya berharap isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga dapat hadir ke mahkamah untuk mendengar semuanya,” katanya. – Utusan Malaysia.

Ampa pikiaq sat , apa relevannya buat himpunan semata-mata kerana tak mau bagi Shamsidar jadi saksi dalam mahkamah ?  Apa hal ni ? Takut terlondeh ker Hehehe...

MMI.

Khalid DEMAM Tak Kebah ?!!


Khalid mesti demam sebab Tun Mahathir baru-baru ni sudah pun mendedahkan siapa sebenarnya beliau.Malah yang menyebabkan demamnya tak kebah-kebah adalah kerana Tun Mahathir amat-amat mengenali siapa manusia bernama Khalid Ibrahim ni.

Rasanya lepas ni mesti bila bercakap lagi teruk dia punya sangkut , maklumlah...

 

MMI.

Anwar Kena Terajang Dengan Mamat Ni ?!!


Anwar Ibrahim sudah semestinya amat berang dengan Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian , Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) apabila kenyataannya berkenaan kecelaruan terhadap siapa sebenarnya yang benar-benar layak dipilih oleh Pakatan Haprak untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haprak menguasai kerajaan menafikan terus nama Anwar Ibrahim.

Merujuk kepada Kenyataan DAP dan PKR  yang bertegas mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta mengenepikan cadangan agar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menduduki kerusi Perdana Menteri (PM) sekiranya Pakatan Haprak memenangi PRU ke 13 nanti, memperlihatkan sikap tidak demokratik Pakatan itu dalam soal pemilihan ketua untuk menerajui negara.

Ini disebabkan,  jawatan yang disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim baik di dalam parti PKR, mahu pun di dalam gabungan Pakatan Pembangkang merupakan jawatan lantikan dan bukannya pemilihan secara demokrasi yang berlaku di peringkat  akar umbi, demikian menurut kata Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian.

“Sedangkan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan seorang pemimpin yang dipilih oleh ahli akar umbi mengikut saluran demokrasi yang sebenar. Bagaimana kita mahu meletakkan seorang pemimpin yang tidak tidak dipilih secara demokrasi  di dalam partinya sendiri untuk menerajui negara yang berpegang kepada prinsip demokrasi?

“Sepatutnya, Presiden Pas lebih layak lantaran jawatan yang dipegang beliau di dalam parti adalah berdasarkan pemilihan ahli di peringkat akar umbi. Jadi, daripada sudut demokrasi, ternyata Abdul Hadi lebih layak berbanding Anwar untuk jawatan PM,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, sekiranya DAP dan PKR terus bertegas mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerajui negara ini sekiranya Pakatan memenangi PRU yang akan datang, keputusan ini secara tidak langsung telah bercanggah dengan prinsip-prinsip demokrasi di negara ini.

Jelas beliau, jawatan Ketua Umum di dalam PKR tidak wujud dalam perlembagaan parti. Jawatan tersebut diwujudkan hanya untuk Anwar dan ia langsung tidak melalui proses pemilihan secara demokrasi untuk jawatan tersebut.

“ Jadi bagaimana kita mahu mengambil seorang pemimpin, untuk memimpin sebuah negara demokrasi, sedangkan jawatan yang dipegangnya di dalam parti itu tidak wujud dan tidak melalui sistem pemilihan demokrasi yang betul?

“Bukankah itu ternyata bercanggah dengan sistem amalan dan prinsip demokrasi di negara ini? Sepatutnya, Pakatan Pembangkang memilih seorang pemimpin yang memegang jawatan tertinggi di dalam parti yang melalui proses pemilihan secara demokrasi oleh akar umbi.

“Jadi, bagaimana mungkin untuk melantik Datuk Seri Anwar sebagai PM, sedangkan jawatan yang disandang oleh beliau sendiripun di dalam parti tidak melalui proses pemilihan secara demokrasi?,” soalnya lagi.

Beliau juga berpendapat DAP dan PKR sepatutnya menghormati cadangan Pas yang mencadangkan presiden parti tersebut, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memegang jawatan PM jika ditakdirkan mereka menguasai kerajaan kelak.

“Malaysia mengamalkan prinsip demokrasi dan parti-parti gabungan di dalam Pakatan Pembangkang juga harus menghormati prinsip ini, sekiranya mereka mahu memerintah negara ini.

“Justeru itu,  pemimpin yang layak untuk untuk dipilih sebagai ketua negara adalah pemimpin yang mempunyai legitimasi  melalui proses pemilihan jawatan secara demokrasi di dalam parti mereka sendiri terlebih dulu, dan bukannya pemimpin yang memegang jawatan parti yang tidak melalui proses secara demokrasi di dalam partinya sendiri,” jelasnya. -MediaUMNO.

Haa macam mana dah faham sikit kot noo..Kalau kat luar sana berapi-api kata kerajaan Barisan Nasional tak amalkan demokrasi tuduh macam-macam alih-alih diri sendiri yang tak amalkan demokrasi..HAPRAK !

Lagi satu MMI nak pesan dekat ampa semua kalau Haji Hadi jadi PM lepas ni , bila berlaku bencana atau apa-apa musibah yang melibatkan rakyat , kena fahamlah sebab lepas dua minggu baru PM akan bersuara..kena ingat tu !!

MMI.

Giliran Nge Koo Ham Pula Hina ISLAM - Tunggu Apa Lagi ???


Pelbagai pihak hari ini mengecam Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan dalam laman sosial Twitternya termasuk menyamakan kitab al-Quran dengan Bible berhubung isu penggunaan kalimah Allah. 

Dalam nada sama, mereka yang terdiri daripada pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik mengingatkan pemimpin DAP itu berpada-pada dalam berpolitik supaya tidak menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Bagi saya, cara berpolitik pemimpin ini (Koo Ham) sudah keterlaluan. Sedarkah beliau kesan yang boleh berlaku akibat daripada kenyataan seumpama itu?," kata Pengerusi Barisan NGO Perak, Muhammad Salleh Khan Muhammad Jaafar kepada Utusan Malaysia. 

Dalam laman sosial Twitter hari ini, Koo Ham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan mengeluarkan kenyataan berbunyi: 

"Just like the Quran, the Bible also use many names to describe God in different circumstances to describe the attributes of God (Sama seperti al-Quran, Bible juga menggunakan banyak nama untuk menjelaskan tuhan dalam keadaan yang berbeza untuk menggambarkan sifat-sifat tuhan)."

Koo Ham dalam laman itu turut dipetik sebagai berkata: "If we can accept different religions teaching different teachings why can't we accept that other people are also using the word Allah to refer to God? (Jika kita boleh menerima perbezaan dan ajaran agama kenapa kita tidak boleh menerima bahawa orang lain juga menggunakan perkataan Allah untuk merujuk kepada tuhan?)."

Koo Ham dalam Tweetnya juga meminta pakatan pembangkang 'bersatu' dalam berdepan isu tersebut dengan tidak bertelagah antara satu sama lain.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa menegaskan, Koo Ham tidak sepatutnya membuat kenyataan yang mengelirukan apatah lagi menyamakan al-Quran dengan Bible.

"Itu pandangan dia, kita pun ada pandangan kita. Semua agama ada kitab masing-masing tetapi ia tidak sama. Orang Islam hanya merujuk tuhan dengan hanya satu nama sahaja iaitu Allah, tiada nama lain.

"Cukup-cukuplah bercakap isu sensitif sebegini. Jangan sampai masyarakat keliru dengan kenyataan-kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama," tegas beliau.

Norazli berkata, pihaknya tetap menyokong ketetapan Pas Pusat bahawa Bible bahasa Melayu harus menggunakan istilah God dalam merujuk kepada tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar teks asal kitab itu.

Sementara itu, Pengerusi Kebajikan Masyarakat India Kampar, R. Balaratnam pula bimbang mengenai kecenderungan pemimpin politik membuat kenyataan sensitif mengenai agama secara terbuka termasuk melalui laman sosial.

"Sebagai pemimpin, saya fikir beliau (Koo Ham) perlu berusaha supaya keamanan ini boleh dipertahankan, bukan dengan merosakkannya. 

"Janganlah menyentuh sensitiviti agama dengan membincangkan perkara sebegini secara terbuka apatah lagi jika berkait dengan unsur-unsur ketuhanan," katanya.

Ada beberapa perkara yang MMI mahu sentuh..

Pertama mengapa pihak berkuasa masih berdiam diri dalam menangani tindakan kurang ajar sebegini ?

Kedua apa maksud sebenar apabila Koo Ham dalam "tweet"nya meminta pakatan pembangkang BERSATU ?

Ketiga sejauh mana PAS mampu memainkan peranannya dalam soal yang menyentuh agama Islam dan sensitiviti umat Islam ?

Keempat mana tindakan pemimpin UMNO dan kerajaan melalui kementerian dan agensi-agensi yang ada ?

Apa yang MMI persoalkan diatas nampak mudah tetapi tahukah ampa semua kesucian Islam khususnya di Malaysia pada ketika ini diserang dan di rogol dengan begitu rakus oleh pihak-pihak bukan Islam yang tidak bertanggungjawab ?

Ayuh BANGUN ! Pihak yang bertanggungjawab harus lakukan sesuatu supaya ianya menjadi pengajaran kepada yang lain.

MMI makin kecewa dengan sikap pemimpin Islam sama ada UMNO mahupun PAS kerana lebih mementingkan politik daripada mempertahankan kesucian agama Islam itu sendiri.

Jangan sampai pihak lain yang BERTINDAK ! Buruk Padahnya...

MMI.

Haa Lari Lari Kuat Lagi !!


Ada sesuatu yang menarik perhatian MMI dalam kes Guan Eng bertindak melarikan diri daripada bertemu dengan peserta demo di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas semalam.Tindakan Guan Eng mengelak daripada bertemu peserta demo yang menantikan kepulangannya dengan penuh sabar adalah BUKTI terpenting bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang ini bukanlah daripada kategori pemimpin berjiwa rakyat.

Malah Guan Eng sebenarnya tidak perlu risau dan takut kerana yang menantinya di Lapangan Terbang adalah mereka-mereka yang dulunya turut TERBANGSAT dengan menjadi pengundi kepada Pakatan Haprak dalam PRU12 yang lalu.

Persoalannya mengapa perlu mengelak ?


GEORGETOWN: Hasrat beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam (NGO) yang mahu 'menyambut' kepulangan Lim Guan Eng dari luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas petang semalam, tidak kesampaian apabila kelibat Ketua Menteri Pulau Pinang itu langsung tidak kelihatan.
 
Ahli Jawatankuasa Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Azmi Jaafar berkata, kesemua mereka berhimpun secara aman untuk mendesak Setiausaha Agung DAP itu meminta maaf dan mahukan beliau menarik balik agar kerajaan persekutuan agar penggunaan kalimah 'Allah' dalam kitab Bible dibenarkan sepertimana di Sabah dan Sarawak.
 
Azmi berkata Guan Eng dijadualkan  tiba di lapangan terbang itu jam 7 petang namun sehingga jam 7.45 malam beliau masih tidak kelihatan di kawasan menunggu ketibaan dan juga laluan kenamaan (VIP).
 
Beliau percaya Guan Eng telah mengetahui kehadiran mereka dan bertindak melarikan diri menggunakan laluan keluar lain semata-mata tidak mahu bertembung dengan mereka. 
 
“Semasa pilihan raya umum sebelum ini, kami  yang mengundi pembangkang sehingga DAP berjaya memerintah negeri ini.
 
"Kenapa sekarang dia (Guan Eng) tidak mahu berjumpa kami sebagai rakyat Pulau Pinang ? Kami yang membuatkan dia menang dan ini balasanya kepada kami,” katanya ketika ditemui media.
 
Guan Eng pada 24 Disember lalu, melalui perutusan sambutan Hari Krismas menggesa kerajaan persekutuan agar penggunaan kalimah 'Allah' dalam kitab Bible dibenarkan sepertimana di Sabah dan Sarawak.
Guan Eng nak lari sangat kan ? Haa Lari lah lari puas-puas sebab lepas ni ramai lagi yang akan lari , tunggu PRU13 ja..

MMI.

Hati-Hati Dengan PPS Di Pulau Pinang !!


MMI nak berpesan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya di Pulau Pinang , berhati-hatilah apabila anda berada di negeri ini.Tak tahulah hantu apa yang sudah mengamuk tetapi kejadian terbaru tentang anggota Pasukan Peronda Sukarela yang telah memukul dan mencederakan seorang wartawan tanpa alasan yang munasabah.

Untuk makluman semua penubuhan PPS ini adalah untuk memastikan kadar indeks jenayah terus menurun sekaligus menyahut cabaran dalam usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri paling selamat di Malaysia.

Guan Eng sendiri pernah berkata beliau mengharapkan agar anggota PPS dapat menjalankan  tugasan dengan berpandukan Standard Operating Procedure (SOP) sedia ada agar tidak timbul perkara-perkara yang tidak diingini sekaligus dapat mewujudkan persekitaran kejiranan yang ceria, selamat dan bersatu padu.


Soalnya adakah Guan Eng sekadar berkata-kata sahaja tanpa melakukan pemantauan dari masa ke semasa ? Setelah MMI selidiki tidak ada proses pemantauan yang dilakukan melainkan ianya di pertanggungjawabkan kepada Phee Boon Poh (yang mempunyai kerakyatan New Zealand) Pengerusi  Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar yang turut mengaku bahawa penubuhan PPS adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang aspek keselamatan selain membantu pihak polis menjaga ketenteraman awam.Baca Juga Di Sini.

Namun apa yang berlaku menunjukkan PPS bukanlah sepeti mana yang diperkatakan malah ianya GAGAL kerana sikap MAFIA tidak bertempat yang ditunjukkan oleh anggota PPS sendiri.

Jika beginilah caranya maka rakyat Pulau Pinang sebenarnya tidak selamat kerana mereka yang diberi kuasa untuk mengekang jenayah melakukan jenayah.


GEORGE TOWN — Seorang wartawan akhbar bahasa Cina cedera selepas dipukul empat lelaki ketika membuat liputan di sebuah pangsapuri di Jalan Perak di sini, awal hari ini.
Ang Kean Siang, 32, dari Guan Ming Daily cedera di bibir dan badannya dan menerima rawatan awal di Hospital Pulau Pinang sebelum dirawat di Hospital Loh Guan Lye.
Dalam kejadian itu, kameranya turut dirosakkan kumpulan lelaki terbabit yang tidak berpuas hati kerana merakam kejadian seorang wanita ditemui mati, dipercayai terjatuh dari tingkat 19 pangsapuri berkenaan. Sebelum itu beliau dimarahi seorang lelaki yang mengarahkannya beredar di tempat kejadian.
"Bimbang berlaku kekecohan di situ, saya beredar sebelum seorang lelaki bermotosikal menawarkan untuk membawa saya keluar dari kawasan berkenaan dan saya bersetuju membonceng motosikalnya,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini.
Kean Siang berkata, lelaki berkenaan membawanya ke kawasan kontena yang dijadikan pos kawalan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang terletak di Lorong Perak dan meninggalkanya di situ.
"Selepas ditinggalkan di depan pos kawalan PPS berkenaan, datang lelaki yang memarahi saya sebelum ini bersama tiga lagi lelaki lain. Mereka merampas kamera dan menghempas ke lantai sehingga menyebabkan kamera saya rosak,” katanya.
Kean Siang berkata, empat lelaki berkenaan bertindak memukulnya di bahagian muka, badan dan salah seorang daripada mereka turut menendang kemaluannya.— BERNAMA.

Sejauh mana ampa boleh meletakkan kepercayaan kepada anggota PPS sekiranya beginilah sikap mereka ? Itu sesama bangsa sendiri tak tahulah MMI kalau ianya melibatkan bangsa lain barangkali BALUN sampai mati agaknya.

Pasti akan ada bunyi-bunyi yang mengatakan apa yang berlaku bukanlah salah pemimpin kerana ianya melibatkan sikap anggota PPS sendiri namum ini soal keselamatan rakyat dan ia bukannya boleh dibuat main-main.

MMI.

100 Jam Yang Penuh Dengan Pembohongan !!!


Kalau tengok kepada gambar ni pasti semua boleh membayangkan betapa sengsaranya mereka malah dalam segala kesulitan mereka masih bertahan walaupun ada sebahagiannya pasrah di tengah jalan.Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana masih diberikan kekuatan untuk sama-sama membela mereka yang kurang bernasib baik.

Namun ada sesuatu yang MMI nak kongsi dengan ampa semua , cerita tentang puak-puak bangsat yang tengah mogok lapar di Dataran Merdeka.Katanya sampai 100 hari tu gang !

MMI rasa kalau sampai 100 hari boleh jadi macam mereka yang dalam gambar kat atas tapi puak ni lain pula jadinya.

Jika dihitung jumlah hari puak-puak tu lancarkan mogok lapar ni rasanya tak sampai seminggu lagi tapi ada cerita lawak yang berlaku.Kita kena berterima kasih kepada mereka yang berjaya merakamkan gambar-gambar paling sadis tentang puak-puak yang mogok lapar tu.

Jom terjah ..




Hahaha tau pun lapaq ! mogok apa ka bendanya..Tapi ampa semua kena tau mogok tu bukannya 100 hari cuma 100 jam ja , sehingga gambar-gambar ni diambil puak-puak tu baru mogok selama 63 jam teketaq-ketaq cari makan.

MMI sebelum ni ada tulis tentang mogok ni dan memang betullak puak-puak tu mati kutu sebab tak tahan lapaq hehehe Klik Sini 

Pembohong la cerita dia...lagi cerita dan gambar di blog anak seberang.

MMI.

Sunday, 30 December 2012

Hadi Awang ULAMA BONGKAK !!


Apakah seorang pemimpin yang digelar ulama boleh bersikap BONGKAK dengan langsung menafikan hak dan suara orang lain ? MMI bukanlah hebat sangat dalam ilmu agama ni namun dari apa yang diajar sejak dari kecil sikap bongkak adalah satu daripada sikap yang paling di benci oleh Allah SWT.

Melihat kepada kenyataan daripada Haji Hadi setelah beberapa lama bertapa daripada amanatnya sendiri jelas membuktikan beliau sebenarnya bongkak dengan taraf yang dimilikinya.

Baru-baru ini ketika ditanya pandangannya mengenai Cikgu Non @ C N Al-Afghani penulis buku Kafirkah Aku yang menghangatkan semula isu Amanat Hadi, Presiden Pas itu menjawab - 

Dia tu cikgu sekolah jer ...cikgu sekolah Melayu jer ... sekolah rendah. Ajar ABC jer. 

Sememangnya banyak pihak yang terkejut dengan cara seorang yang diangkat oleh pengikut Pas sebagai ulama, menjawab .... Bunyinya jelas memperlekehkan / memperkecilkan / MENGHINA cikgu Non yang baginya amat rendah tahap inteleknya, sebagai seorang CIKGU SEKOLAH RENDAH MELAYU !

Apakah bagi Hadi, seorang CIKGU SEKOLAH RENDAH MELAYU tidak layak bercakap soal agama ? ?


Tahniah MMI ucapkan kepada seluruh juak-juak PAS dan mereka yang menyokong perjuangan songsang ini , rasanya ramai rakyat dah faham begitulah caranya ulama menangani masalah yang timbul..Baca Seterusnya.

MMI.

Mazlan Aliman Tu HEBAT Sangat Ker ? Nah Ampa Baca Ni !!


Lelaki di atas mendakwa dirinya telah dipedaya Mazlan Aliman.Siapa Mazlan Aliman ? Siapa lagi kalau bukan kepala rombongan oren tu..

Beliau dan rakan-rakannya telah menunggu Mazlan di Wisma Felda, bila mereka difahamkan bahawa Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) itu mengetuai perarakan menuntut Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dilucutkan dari jawatannya di lokasi berkenaan.

Lelaki berkenaan adalah salah seorang peneroka Kemahang 3 yang menang dalam saman gantirugi terhadap Felda berhubung gred kelapa sawit yang dibeli dari mereka.

Mengimbau kembali kenangan kemenangan saman mereka pada Ogos 2010, seramai 354 peneroka terbabit telah berjaya mendapat perintah mahkamah untuk diberi pampasan berjumlah RM11.23 juta.

Mazlan dan Adun Kemahan Anizam Abdul Rahman dikatakan telah mengendalikan tuntutan saman melalui firma guaman Tetuan Wan Rohimi & Asmadi.

Para peneroka berkenaan menjangka dan mendakwa telah pun dijanjikan, dengan kemenangan saman tersebut mereka akan memperolehi RM30,000 seorang. Malangnya apabila agihan dibuat, mereka cuma memperolehi RM19,000 seorang.

Tidak berpuas hati dengan pengagihan tersebut, seramai 273 dari kumpulan asal telah menyaman firma guaman tersebut yang tujuan utama adalah menuntuk RM11,000 untuk setiap peneroka.

Namun, keadaan bertambah gawat apabila firma guaman tersebut melakukan saman balas terhadap 20 peneroka dengan tuntutan yang berikut:-

-Gantirugi am utk pendakwaan niat jahat RM5 juta
-Gantirugi am atas kecederaan reputasi diri dan perniagaan business RM5 juta.
-Gantirugi teruk untuk ditaksirkan.
-Gantirugi teladan dan pengajaran untuk dtaksirkan
-Faedah 8% setahun atas kesemua jumlah gantirugi dari tarikh saman difailkan sehingga selesai sepenuhnya.

Secara kasar, jumlah tuntutan berkemungkinan adalah bersamaan dengan jumlah pampasan yang diterima para peneroka (RM11.23 juta).

Bagi kumpulan 273 peneroka tersebut, mereka menganggap Mazlan telah mempedaya mereka.

Jom tengok video kat bawah..


Mazlan Aliman ang goreng banyak sangat daa..


MMI.

Guan Eng PERLU Di Tangkap ??!!


Apa lagi yang di tunggu MMI kurang pasti , adakah kerana beliau merupakan seorang pemimpin politik dan kemudian memegang jawatan sebagai Ketua Menteri menyebabkan pihak-pihak tertentu pejamkan mata tanpa melakukan apa-apa ?

Bagi MMI jangan jadi BACUL semata-mata kerana nak jaga politik kerana apa yang telah dilakukan oleh Guan Eng jelas satu penghinaan dan serangan terhadap umat Islam di Malaysia.

Sekiranya ABUYA daripada Al-Arqam boleh ditangkap,Ayah Pin yang pernah mencetuskan negara dengan berita naik ke langit pun pernah diburu takkanlah Guan Eng seorang pemimpin politik tidak boleh diambil tindakan ?

Kenyataan Guan Eng supaya kalimah Allah dibenarkan untuk digunakan oleh bukan Islam adalah satu tindakan yang paling kurang ajar dan biadap.

Beliau sebenarnya sudah sedia maklum tentang kalimah Allah yang sudah pun diperjelaskan termasuk oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang yang memutuskan perkataan seperti ALLAH, takwa, haji, masjid contohnya hanya boleh digunakan mereka yang beragama Islam.“

Peraturan itu dikuatkuasakan pada zaman Pakatan Rakyat (PR) memerintah dan dipersetujui oleh Guan Eng  sebagai Ketua Menteri, di mana beliau telah dimaklumkan dan peraturan telah diwartakan.

DIULANG peraturan telah diwartakan dengan pengetahuan Guan Eng!

Malah dalam soal ini Majlis Fatwa Kebangsaan turut telah memutuskan kalimah Allah hanya boleh digunakan  oleh umat Islam.

Jadi agak ampa semua mengapa Guan Eng masih menuntut penggunaan kalimah Allah ini ?

Jangan lupa Islam adalah agama rasmi persekutuan dan tindakan Guan Eng bukan saja tidak menghormati agama Islam malah turut mencemar Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu kerana kenyataan tersebut menyentuh mengenai hal ehwal agama Islam.

“Amat jelas sekali, kenyataan berkenaan sangat biadab serta berniat mahu mengeruhkan hubungan antara umat Islam dan penganut Kristian di negara ini.

Maka kerana itu MMI mendesak supaya kerajaan melalui kementerian terlibat supaya SEGERA MENGAMBIL TINDAKAN DENGAN MENANGKAP PELAMPAU AGAMA INI kerana tindakannya jelas cuba menghasut mereka yang bukan Islam supaya membuat tuntutan seterusnya mampu mencetuskan kekacauan melibatkan umat Islam dan bukan Islam.

Kepada pihak yang berwajib MMI nak berpesan JANGAN JADI BACUL dalam soal ini tidak ada kompromi kerana umat Islam di luar sana tidak lagi dapat menerima sebarang tindakan BIADAP lagi KURANG AJAR mereka-mereka diluar sana terhadap Islam.

MMI bimbang takut-takut ada pihak di luar sana yang akan bertindak sendiri kerana KELEMAHAN kerajaan menangani isu paling serius ini.

Sebarkan supaya rakyat tahu Guan Eng adalah pelampau agama yang sedang menyerang Institusi Islam di Malaysia dan amat perlu ditangkap !! Baca juga Di Sini.

MMI.

Alhamdulillah REBAT RM200 Ke Kabinet 2 Jan 2013


Isu rebat telefon pintar yang dihadkan kepada set bernilai RM500 akan dibawa ke perhatian mesyuarat Kabinet 2 Januari ini, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini.

"Pandangan itu saya fikir positif dan kami akan cuba membincangkannya secepat mungkin. Insya-ALLAH pada 2 Januari depan saya akan bawa perkara untuk mendapat perhatian Kabinet dan juga Perdana Menteri.

"Pandangan itu kita terima dengan terbuka, saya fikir ada baiknya kita pertimbangan kesukaran golongan muda untuk memiliki telefon pintar berebat ini lebih RM500,” kata beliau kepada pemberita sebagai menjawab desakan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya had tersebut dimansuhkan.

Semalam, Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak mengehadkan rebat RM200 kepada telefon pintar berharga RM500 sahaja.

"Tak perlu ada had harga untuk rebat yang diberi untuk telefon pintar," kata beliau dalam mesej yang diajukan kepada Rais, menerusi Twitter.

Dalam mesej berasingan, Khairy menulis bahawa ucapan Bajet 2013 hanya menyebut tentang pendapatan belia yang layak menerima rebat telefon pintar, bukannya harga telefon pintar.

Menjawab mesej pengikutnya, Khairy berkata: "Setuju. Kalau nak bagi rebat RM200, bagi sajalah kepada semua telefon pintar."

Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau menyatakan demikian ekoran rungutan orang ramai berhubung laporan media bahawa SKMM telah menerbitkan kriteria menikmati rebat RM200, antara lain pembeli seharusnya warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun; berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500, pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru dan hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.

Menurut notis SKMM, program rebat di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) telah diperuntukkan sejumlah RM300 juta oleh kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.

Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember depan dan para belia yang berminat boleh memohon melalui laman web SKMM.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dipetik berkata, had harga adalah perlu kerana dasar itu direka untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan para belia untuk memiliki telefon pintar sendiri.

Mengulas lanjut pakej perkhidmatan internet, Rais berkata, pihaknya akan berbincang dengan syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula kadar internet yang ditawarkan supaya tidak membebankan golongan muda apabila rebet telefon pintar itu mula diagihkan bulan depan.

"Semua syarikat telekomunikasi (telco) diminta untuk menimbang bukan saja kadar kandungan data internet saja tetapi juga hal yang melibatkan panggilan terputus," jelasnya.

Sehubungan itu kata beliau, kementeriannya akan meminta pihak telco supaya memaparkan jumlah panggilan terputus yang berlaku dalam beberapa bulan yang terlibat.

"Bila masalah ini berlaku, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang dipersalahkan orang ramai.

"SKMM di bawah peraturannya boleh mengenakan denda nominal dan denda pertengahan bagi mereka yang tidak dapat mengatasi masalah panggilan terputus tersebut," katanya.

Berhubung dengan isu rebat RM200 bagi telefon pintar baca juga Di Sini

MMI.

Ahli Minta PRESIDEN Tolong Letak Jawatan !!


Benarkah ahli PAS kini sudah mula bersuara sehingga Presiden Haji Hadi di minta untuk meletakkan jawatannya ? Segalanya mungkin terjadi malah pada pandangan MMI sekiranya Presiden PAS mahu meletakkan jawatan maka adalah lebih baik sekiranya Timbalannya juga berbuat demikian.

Hmm macam-macam kisah tapi ampa kena sabaq sikit , kita bukan nak cerita tentang semua tu sebab entri ni MMI nak cerita tentang isu bolasepak negara.

Haa bukan bab penjaga gol kahwin naa..MMI kurang minat dengan mamat tu , ni tentang masa depan bolasepak negara kita.

Sudah pun tersebar tentang berita penyokong bolasepak negara yang mahukan supaya Presiden FAM meletakkan jawatan kerana disifatkan sebagai GAGAL membawa pembaharuan dalam mutu bolasepak negara sejak 28 tahun yang lalu.

Tanpa berniat memburukkan dan menjatuhkan kredibiliti individu tertentu apa lagi menderhaka, sekumpulan penyokong tegar bola sepak negara menggesa pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dirombak. 

Mereka turut meminta Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah meletak jawatan dan memberi peluang kepada pemimpin baru yang mempunyai banyak visi dan idea segar dalam memartabatkan kembali kegemilangan bola sepak negara. 
Apa FAM buat sejak liga kita mencapai status profesional pada 1993? FAM sebenarnya gagal kerana pasukan negeri atau kelab kita hanya layak beraksi di Piala AFC, bukan Liga Juara-Juara Asia,: Norazwan Mohamad, Wakil Ultras Malaya.
Jurucakapnya, Al Fadli Awaludin, berkata pengurusan tertinggi FAM yang tidak pernah bertukar sejak 28 tahun lalu lalu, perlu diberi nafas baru bagi meletakkan semula Malaysia dalam peta bola sepak dunia.

“Ada lima sebab kenapa rombakan itu perlu dilakukan,” katanya pada sidang media di Medan Selera Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil di sini, pagi semalam.

Turut hadir pada sidang media itu ialah wakil daripada penyokong skuad Harimau Malaya iaitu Ultras Malaya, Norazwan Mohamad.

Pertama, katanya liga profesional domestik negara masih tidak berubah dan kini berada pada kategori gred D, selain tidak berdaya saing.

“Apa FAM buat sejak liga kita mencapai status profesional pada 1993? FAM sebenarnya gagal kerana pasukan negeri atau kelab kita hanya layak beraksi di Piala AFC, bukan Liga Juara-Juara Asia,” katanya.

Beliau berkata, kedua, pasukan kebangsaan tiada hala tuju kerana FAM tidak mementingkan ranking. 

“Setiausaha Agung FAM sendiri kata ranking tak penting. Rasanya tak pernah pegawai negara lain kata begitu. 

“Alasan susah nak dapat aksi persahabatan juga sekadar alasan kerana Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) keluarkan tarikhnya empat tahun lebih awal,” katanya.

Ketiga, sistem bola sepak negara tiada visi dan misi yang jelas. 

“Ia boleh dilihat menerusi sistem dan struktur akar umbi bola sepak negara masih tidak betul,” katanya. 

Keempat, pengurusan tidak efisien dan tiada akauntabiliti. 

Mengikut laman web rasmi FIFA, katanya hanya Malaysia negara yang lebih ramai pegawai daripada pemain berdaftar iaitu 11,810 pegawai dan 9,930 pemain.

“Kelima, budaya tidak sihat wujud kerana status Presiden FAM. Kita tak boleh bercakap, suara kita terhad dan ia menyebabkan susah nak menjana bola sepak negara. 

“Tidak seperti sukan lain yang bebas untuk bersuara,” katanya.

Justeru, Alfadli menggesa penyokong bola sepak negara sama-sama menghantar petisyen yang boleh dimuat turun di laman Facebook bertajuk 'Presiden FAM Sila Letak Jawatan' (PFSLJ). 

Pada pandangan MMI ada benarnya apa yang diperkatakan , seharusnya pentadbiran FAM ditukar dengan satu alasan supaya mutu bolasepak negara akan mendapat nafas baru.

Kepada peminat bolasepak negara anda adalah sebahagian daripada pasukan bolasepak negara kita dan anda adalah penentu kepada jatuh bangun pasukan Haimau Malaya.

Buatlah pilihan terbaik ! MMI masih menantikan aksi pasukan negara dalam kejohanan-kejohanan besar didunia..

MMI.

DEDAH LAGI Blogger Upahan Anwar Kaki Mabuk Part 2


Kecoh, ramai yang bertanya siapa blogger pakatan haram yang MMI maksudkan ini ?

Sabar, cuma akan didedahkan esok pada tarikh dan waktu yang sama insyaallah, clue sikit-sikit tu MMI bolehla dedah. 

- Blog dia dalam Top 5 blogger Pakatan Haprak
- Blog dia hanya cerita fitnah dan merapu
- Blog dia banyak cerita puji Wan Azizah dan Nurul serta Anwar dan kutuk PM dan famili.

Gambar yang di atas ramai juga yang bertanya, betul ke perempuan simpanan dia ?

MMI cuma boleh bagitau, dulu, kini rasanya dah nikah atas sebab yang tertentu. Kekasih kawan dia sendiri dia rembat dan terus nikah. 

MMI tak tuduh hamil dulu sebelum nikah cuma....... tak apalah satu hari terdekat MMI akan keluarkan semua gambar beliau berpeleseran dengan perempuan.

Lain kali beringat kalau nak burukkan orang. Diri sendiri yang teruk dan akhirnya makan upah dengan reka fitnah.

..bersambung..


MMI.

Hadi Tak Pernah Murtadkan Sesiapa - Pula Dah !!


Di sebalik polemik mengenai isu Amanat Haji Hadi yang berterusan termasuk desakan Umno mahu ia ditarik balik, Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah "memurtadkan sesiapa."

Sebaliknya kata Nik Aziz, Hadi hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja.

"Tuan Guru Haji Hadi tidak pernah memurtadkan sesiapa, beliau hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja," kata beliau antara entri terbaru laman sosial Facebook.Baca Seterusnya.

Dia buat pula dah ! MMI dari awal-awal lagi dah kata puak-puak PAS pasti akan cari jalan untuk "spin" isu yang tengah menjadi barah kepada parti yang kononnya perjuangkan Islam ni.

Rasanya tak perlu MMI ulas panjang lebar sangat lah sebab ramai yang dah kenal sikap dan perangai puak-puak ni.

Cumanya ada satu lagi persoalan yang Nik Aziz dan juak-juaknya tak jawab sampai ke hari , macam mana dengan mereka yang dah pun menceraikan isteri , mereka yang solat dua imam ? mereka yang mati dalam peristiwa Memali ? mereka yang tidak bertegur sapa waima dengan adik beradik sendiri ? mereka yang mengangap haram makan daging sembelihan orang UMNO , mereka yang mengangap akad nikah dianggap tidak sah kerana kadi dari kalangan orang UMNO , mereka yang memperbaharui akad nikah kerana mengangap kadi dari kalangan orang UMNO adalah tidak sah , mereka yang menolak mayat orang UMNO daripada dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam , mereka yang mengangap mati orang UMNO tidak boleh disembahyangkan keatasnya kerana murtad dan mereka juga tidak boleh sembahyangkan keatas mayat orang Pas , mengangap tuhan tidak menerima segala amalan seperti sembahyang/puasa/naik haji sekiranya menjadi ahli UMNO ?

Apakah segala perbuatan dan anggapan yang MMI catatkan diatas yang sudah pun berlaku terhadap juak-juak PAS bukan datangnya daripada AMANAT HAJI HADI yang jelas memurtadkan orang UMNO ?

Ni nak habaq bagi agak-agak la Nik Aziz ooi nak "cover" pun..Orang dah tau sangat dah ang tu penuh dengan sifat DENDAM !! ULAMA ka Nik Aziz ni ? ..PAS hancur kerana Nik Aziz..


MMI.

Situasi Terkini Keadaan Banjir Di Pantai Timur


Alhamdulillah keadaan di sebelah Pantai Timur dilaporkan semakin stabil , MMI turut bersimpati dengan apa yang telah dilalui oleh para penduduk semoga mereka terus tabah dalam menghadapi dugaan daripada Allah SWT.

Banjir di Terengganu semakin pulih berikutan cuaca cerah sejak semalam dan sehingga pukul 7 petang , sebanyak 3,288 daripada 813 keluarga masih di tempatkan di 11 pusat pemindahan berbanding seramai 18,392 mangsa semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri berkata, daerah Dungun mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,586 daripada 626 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.

Di Kemaman pula, hanya 557 mangsa melibatkan 156 keluarga masih berada di tiga pusat pemindahan.

Jumlah mangsa banjir di daerah Kuala Terengganu pula menurun daripada 1,002 mangsa melibatkan 233 keluarga yang dicatatkan semalam kepada 145 penduduk daripada 31 keluarga lewat petang semalam.

Sementara itu di Kelantan, hanya tiga pusat pemindahan sahaja dibuka berbanding 12 pusat pemindahan pada petang semalam yang menempatkan seramai 1,847 mangsa berbanding 4,594 orang sebelum ini. - UTUSAN.

MMI.

Tu Dia Doktor BOGELkan Pesakit Di Pulau Pinang !!

Gambar Hiasan
Macam-macam hal berlaku sekarang ni , terbaru pula kes seorang doktor tu dah heboh satu Malaysia sebab BOGELkan pesakit.Aduhai pasai apa dia buat lagu tu ? Pertama kali mendapat berita ni terus MMI buat "research' sikit sejauh mana kebenaran berita yang disampaikan.

Akhirnya memang betul bro , dan doktor ni pula katanya orang Pulau Pinang uih tak bleh jadi ni kita kena terjah tengok apa cita..

Kalau nak tau cerita sebenarnya ampa Klik Sini.
v
v
v
v
v
v
v
v
Memang pesakitlah bro pesakit mental hehehe kan dah kena..Terbaiklah Doc !

MMI.

Saturday, 29 December 2012

Rebat Telefon Pintar 3G Sejauh Mana Pemantaunya ???


Isu rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar bagi golongan belia yang diumumkan oleh kerajaan dalam pembentangan bajet yang lalu sedikit sebanyak melegakan hati para belia yang masih belum memiliki telefon sebegitu.Jika dikira dari keinginan untuk memiliki telefon pintar sudah semestinyalah ianya menjadi impian setiap belia di negara ini termasuklah para belia yang hari ini sudah pun memiliki telefon sebegitu.

Soal keinginan ini adalah satu perkara subjektif yang sukar untuk kita rungkaikan khususnya dalam konteks gajet atau telefon pintar.MMI akui dengan kepesatan teknologi setiap warga belia sudah pasti mahu menjadi sebahagian daripada mereka yang memilikinya walaupun ada sesetengahnya langsung tidak menggunakan kelebihan yang ada melainkan cukup sekadar berada dalam golongan tersebut.

MMI rasa ampa faham apa yang cuba disampaikan , namun isu rebat telefon pintar kini mengundang sedikit kontroversi apabila timbul rasa kurang senang dengan tindakan SKMM yang menghadkan rebat tersebut kepada pembelian telefon pintar di bawah RM500 kini menjadi perhatian banyak pihak khususnya para belia dan mereka-mereka diluar sana yang sedang memerhati untuk dijadikan modal kempen politik.

MMI bukan mahu menyalahkan mana-mana pihak tetapi sejauh mana kriteria yang ditetapkan untuk si pembelinya nanti ? 

Merujuk kepada blog sahabat Generasi Pejuang Bangsa , Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata bahawa telefon pintar 3G yang boleh dibeli melalui Pakej Komunikasi Belia itu untuk mendapatkan rebat RM200, hanyalah bagi telefon berharga sehingga RM500.

Mengumumkan rebat tersebut ketika membentangkan Belanjawan 2013 September lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia sebagai usaha kerajaan memberi 1.5 juta belia akses kepada gerbang maklumat dengan peruntukan RM300 juta bagi tujuan berkenaan.

Malah kriteria dan kenyataan ini disokong pula oleh Presiden Majlis Belia Malaysia Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dengan berkata belia yang mampu membeli telefon pintar berharga lebih RM500 tidak perlulah memohon supaya peluang terbuka kepada belia lain yang kurang mampu memenuhi kuota 1.5 juta orang di bawah tawaran Pakej Komunikasi Belia itu.Baca Seterusnya.

Berdasarkan perkiraan MMI setelah membaca kenyataan khususnya daripada SKMM dan Presiden Majlis Belia Malaysia sendiri timbul satu persoalan bermain dalam fikiran MMI.

Apakah mereka benar-benar yakin bahawa para belia di negara ini mampu mematuhi apa yang dikatakan memberikan ruang kepada mereka yang benar-benar layak dan belum memiliki telefon pintar ?

Sejauh mana JAMINAN yang boleh diberikan khususnya oleh Presiden Majlis Belia Malaysia bahawa hanya belia yang benar-benar layak sahaja akan di berikan ruang untuk memiliki rebat RM200 tersebut ?

Apakah kaedah dan bagaimana sistem yang akan diguna pakai oleh SKMM mahupun mereka yang bertanggungjawab dalam rebat ini bagi melakukan pemantauan terhadap para pembeli nanti ?

Perlu diingat MMI bukan tidak menyokong program bantuan sebegini tetapi sejauh mana ianya mampu sampai ke golongan sasaran yang benar-benar layak menerimanya ?

Kalau anda semua masih ingat , satu ketika dulu apabila KWSP membenarkan setiap pencarum mengeluarkan wang simpanan mereka bagi membeli komputer apa yang telah berlaku ? Ada banyak pihak yang melakukan penipuan dengan hanya menyediakan resit pembelian sedangkan komputer langsung tidak dibeli. 

Ya , mungkin ada yang berkata tu dulu tapi ingat ini soal amanah dan tanggungjawab ! Dalam perkiraan ini MMI ingin bertanya sejauh mana Presiden Majlis Belia Malaysia dalam KONTEKS INI benar-benar YAKIN bahawa para belia di luar sana yang sudah mencecah 11.9 juta orang dan mungkin lebih benar-benar tergolong dalam kelompok mereka yang mempunyai amanah dan tanggungjawab ? 

MMI bukan apa bimbang mereka yang seharusnya layak mendapat rebat tersebut dinafikan haknya hanya kerana diisi oleh si kitol yang kita tidak boleh nafikan kewujudan mereka.

Pesanan MMI jangan hanya meletakkan faktor kepercayaan semata-mata kerana harus ada plan dan strategi supaya perkara yang baik itu akan terus menjadi baik bukan perkara yang baik dilihat jijik kerana kelemahan kita sendiri.

Apa pun terima kasih kerajaan Barisan Nasional kerana melihat, mendengar dan memahami keperluan warga belia di Malaysia..

MMI.

Labels