Followers

Saturday, 31 August 2013

Gua Simpati Bro !!


Kenyataan saudara Irwan Fahmi ketua pemuda PERKASA sebelum ni yang meminta Datuk Seri Najib meletakkan jawatan telah mendapat pelbagai reaksi banyak pihak.MMI yang turut menulis tentang isu tersebut beserta dengan kenyatan daripada YB KJ turut  mendapat reaksi yang sama.Baca Sini 

Apa pun MMI ucapkan terima kasih kepada komentar-komentar kerana anda telah membuktikan bahawa setiap pihak berhak melontarkan pandangannya.

Namun kenyataan daripada Irwan Fahmi itu kini mendapat reaksi berbeza daripada kepimpinan PERKASA sendiri.Naib Presiden PERKASA Zulkifli Nordin di lihat tidak menyebelahi saudara Irwan.

Berikut adalah kenyataan daripada Zulkifli Nordin ,

Salam.

Saya ingin buat kenyataan untuk memperjelaskan bahawa saya mahupun Perkasa tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Wirawan Perkasa saudara Irwan Fahmi yang mendesak YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib meletakkan jawatan (www.irwanfahmi.blogspot.com).

Perkara ini tidak pernah dibincangkan, apatah lagi dipersetujui oleh Dewan Tertinggi Perkasa.

Itu adalah pendirian peribadi saudara Irwan yang tidak ada kena mengena dengan Perkasa.

Saya juga ingin menegur saudara Irwan Fahmi supaya tidak membuat sebarang kenyataan polisi atau dasar membabitkan Perkasa kecuali sebagaimana yang dipersetujui oleh Dewan Tertinggi Perkasa.

Saya menasihatkan saudara Irwan Fahmi supaya menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada YAB Perdana Menteri dan Presiden serta kepimpinan Perkasa.

Walaupun saya menghargai kegusaran dan kekhuatiran yang dirasai oleh saudara Irwan terutama mengenai agenda Islam dan Melayu pasca PRU-13, namun perkara ini sudahpun dibincang dan dibahaskan secara panjang lebar dan terperinci oleh kepimpinan Perkasa semua peringkat dalam Retreat Kepimpinan Perkasa di Ulu Kelang sebaik sahaja PRU-13 selesai.

Dan jelas daripada Retreat Kepimpinan tersebut bahawa kepimpinan Perkasa buat masa ini mengambil sikap meminta semua pihak supaya memberi ruang dan peluang kepada YAB Perdana Menteri menggunakan mandat yang baru diperolehinya untuk melaksanakan dasar-dasar yang bersesuaian termasuk Dasar dan Tindakan Afirmatif untuk mempertahankan dan membela kedudukan Islam dan hak keistimewaan Melayu saperti mana yang termaktub didalam Perlembagaan tanpa menafikan hak kaum lain saperti yang diperuntukkan.

Kepimpinan Perkasa juga telah bersetuju mengambil pendirian jika setelah ruang dan peluang diberi secukupnya dan masih tiada sebarang Dasar dan Tindakan Afirmatif  yang diambil yang boleh dilihat membela dan mempertahankan kedudukan Islam dan hak istimewa Melayu secara berkesan sebagaimana yang diperuntukkan didalam Perlembagaan barulah kepimpinan Perkasa akan membincang dan menimbang langkah selanjutnya yang wajar diambil jika perlu.

Apa yang ingin saya tegaskan ialah soal meminta Dato Sri Najib meletakkan jawatan tidak pernah menjadi dasar atau pilihan bagi kepimpinan Perkasa buat masa ini.

Sekian terima kasih.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Naib Presiden Perkasa
Jumaat
23 Syawal 1434
30 Ogos 2013 

MMI tumpang simpati dengan Irwan , biasalah bro kadang-kadang tak semua pandangan kita itu boleh di terima oleh banyak pihak.Kena banyak bersabar bro .. Bawa-bawalah bincang.

MMI

Dialog Bersama Pimpinan BN , Helah Atau Terdesak ??


Walaupun ada pihak-pihak tertentu yang melihat usaha Brader Anwar Bin Ibrahim ni sebagai satu lagi helah politiknya untuk terus bertahan dalam politik songsangnya , MMI yakin dan percaya ianya adalah kerana keadaan dan senario politik terkini yang memperlihatkan bukan sahaja Anwar tetapi juga barisan Pakatan Haprak yang semakin terdesak.

Boleh dikatakan PAS kini membisu setelah mereka di lihat sebagai parti yang hilang arah  manakala DAP kini berdepan dengan krisis integriti pimpinannya dalam isu pemilihan CEC manakala PKR pula terkontang kanting dek kerana kerakusan para pemimpinnya.

Kerana itu Anwar kini mula bertindak dan tindakan itu bolehlah kita ibaratkan sebagai si penipu yang kini terdesak untuk menghabiskan sisa dunia politik jijiknya.

Hasrat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan sesi dialog bersama Barisan Nasional (BN) setelah kebanyakan petisyen Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) pembangkang kalah disifatkan tindakan terdesak.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata  hasrat Anwar untuk berdialog itu sebagai tidak ikhlas Anwar dan sudah kehilangan modal politik setelah rakyat dilihat menerima keputusan PRU13 dengan baik malah kebanyakkan keputusan mahkamah turut memihak kepada BN sekaligus membuktikan ketelusan nyata dalam sistem pilihanraya negara. 

"Apabila beliau (Anwar Ibrahim) terdesak, tiada modal sedangkan rakyat terima keputusan (pilihanraya). Jangan cuba menampakkan kononnya beliau nak menyatu padukan negara.

"Beliau masih degil buat demonstrasi, pertikai keputusan PRU13 di media dan pentas antarabangsa. Kita mesti ikhlas jika mahu berdialog dan saya tidak nampak keikhlasan itu di pihak Anwar Ibrahim," katanya.

Khairy yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan turut memberitahu BN sentiasa mengamalkan sikap terbuka dalam membincangkan apa jua perkara namun tindakan pembangkang kelihatan menongkah arus apabila seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyatu-padukan masyarakat kearah perpaduan nasional disambut suram.

"Kita sentiasa terbuka didalam Barisan Nasional (BN). Apabila Perdana Menteri setelah selesai PRU13 beliau menyeru ke arah perpaduan nasional. Ketika itu tiada usaha Ketua Pembangkang untuk sambut seruan itu.

"Apa yang kita dapat lihat adalah siri demonstrasi yang diadakan oleh pembangkang, pertikai keputusan PRU13, masuk mahkamah (petisyen) dan apabila keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka, baru sekarang (Anwar) cadang untuk adakan dialog, saya harap rakyat boleh menilai," katanya. sumber

MMI

Ugutan Terhadap Pemilik Pawagam SAMAN Ja !!

Pertama sekali melihat kepada surat di atas jelas ianya di keluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang dengan tujuan mengarahkan pihak atau pemilik pawagam di Pulau Pinang supaya menghentikan tayangan filem Tanda Putera.

Apa yang MMI lihat apabila surat-surat ini mula di edarkan maka sudah pasti satu bentuk arahan telah pun di keluarkan.

Ini membawa maksud Azman Bin Sirun Pengarah Bahagian Pelesenan bagi pihak MPPP telah pun menggunakan kuasanya untuk mengarahkan supaya filem Tanda Putera di hentikan dengan sebab ianya mengandungi babak-babak tertentu yang sensitif dengan masyarakat.

Walaupun tidak di nyatakan dalam surat tersebut bahawa pihak MPPP akan mengambil tindakan sekiranya pihak pawagam engkar dengan arahan tersebut ianya tetap menjadi satu ugutan kepada pemilik pawagam bila mana perenggan pertama surat tersebut di mulakan dengan SEPERTI YANG TUAN/PUAN SEDIA MAKLUM , LESEN PREMIS PAWAGAM DAN TEMPAT HIBURAN DI KELUARKAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG bla bla rujuk surat di atas.

Seterusnya satu arahan telah di berikan di perenggan kedua seperti berikut OLEH ITU PIHAK TUAN/PUAN DIARAH SUPAYA TIDAK MENAYANGKAN FILEM TANDA PUTERA DI PREMIS PAWAGAM TUAN/PUAN YANG TELAH DI JADUALKAN UNTUK TAYANGAN MULAI 29 OGOS 2013 bla bla rujuk surat di atas.

Kesan daripada surat ini maka seluruh pemilik pawagam di Pulau Pinang menghentikan tayangan filem tersebut dan memungkinkan mereka turut akan menerima tindakan daripada FINAS kerana mereka juga tertakluk di bawah syarat WAJIB tayang.

Soalnya di sini bukankah pemilik pawagam sudah pun terdedah kepada tindakan daripada pihak FINAS ? 

Dalam masa yang sama bukankah mereka sendiri telah diugut oleh pihak MPPP berdasarkan surat arahan tersebut ?

Bagaimana dengan kos dan keuntungan yang sepatutnya di raih oleh pengusaha pawagam terbabit sekiranya tayangan filem Tanda Putera di teruskan ? 

Pada pandangan MMI ini merupakan satu UGUTAN daripada pihak MPPP terhadap pemilik pawagam dan ianya di sebabkan kepentingan politik sehingga menjadikan rakyat sebagai mangsa keadaan.

Rasanya pemilik pawagam berhak untuk mengemukakan saman terhadap MPPP dan pihak terbabit , ianya bukan sahaja di atas alasan menggugut tetapi juga tuntutan malu kerana tiket yang telah di jual perlu dikembalikan semula wangnya kepada pembeli.

Apa pun MMI sekadar memberikan pendapat kerana yang perlu bertindak adalah pemilik dan pengusaha pawagam , terpulang !!

Psst ada satu kes ni langsung tak ada surat Klik Sini 

MMI  

MERDEKA Pakatan Style Fuiyoo Ada K-Pop !!


Wuih K-Pop mana pula ni ? Kalau menengok dari gambarnya sudah pasti ianya berlaku di Malaysia dan tentu ianya adalah persembahan sempena hari kemerdekaan negara kita.

Siapa yang anjur ni bro ? hahaha mesti akan ada yang kata MMI suka menyibukkan ? Hihihi ...

Gambar di atas adalah acara menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke 56 anjuran persatuan dan parti-parti politik Kelapa Sawit, Kulaijaya. Yang hadir ialah MP Kulai, Teo Nie Ching.

Hmm kalau dah Nie Ching yang hadir, maka sahlah parti-parti politik yang menganjurkan itu adalah dari kalangan puak Pakatan Rakyat.

Ingatkan Pakatan Rakyat ni bila dah bersama PAS, bila buat persembahan untuk menyambut ulangtahun kemerdekaan negara, takle generasi mudanya macam tak cukup kain dan tak cukup butang pakaiannya. Namun begitu, tak le dapat di pastikan, samada diantara tetamu jemputan tu ada lebai PAS atau tidak.

Sehari dua ni jengah-jengah le FB lebai-lebai PAS, apa komen mereka. Sebab kalau BN yang buat persembahan semacam ini untuk menyambut ulangtahun kemerdekaan, pasti bertepek UMNO dihina mereka walaupun mereka tahu dalam BN tu ada macam-macam bangsa dan agama.sumber

MMI

Malaysia MERDEKA !!


Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana sekali lagi dengan limpah kurnianya Malaysia menyambut hari kemerdekaannya buat kali ke 56.Seperti tahun-tahun sebelumnya tanggal 31 Ogos pastinya di nantikan oleh banyak pihak dan dalam kesibukan seharian bekerja ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk bersama rakan mahupun keluarga ke destinasi-destinasi pilihan untuk sama-sama menyambut hari penuh keramat ini.

MMI tabik kepada mereka yang sanggup berasak-asak dan menempuh "traffic jem" yang kadang kalanya memakan masa hingga 2 3 jam sebelum dapat sampai ke destinasi masing-masing.

Walau apa pun yang berlaku rakyat Malaysia majoritinya sudah mengangap malam 31 Ogos sebagai malam penting untuk bersama-sama dengan mereka yang kebanyakkannya tidak mengenali antara satu sama lain duduk berhimpun atas satu nama RAKYAT MALAYSIA.

Bagi MMI ianya amat unik sekali , seolah-olah negara sedang berpesta dan rasanya tidak salah untuk rakyat Malaysia duduk berhimpun atas nama Malaysia MERDEKA.

Sama ada kita sedar atau tidak sambutan kemerdekaan sebenarnya sudah menjadi sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia dan ianya memberikan kita satu jawapan iaitu rakyat Malaysia CINTAKAN negaranya malah boleh bersatu atas nama KEMERDEKAAN.

Kadang-kadang MMI hairan kenapa budaya ini tidak kita teruskan di hari-hari lain ? Bukankah ianya lebih baik sekiranya semua rakyat Malaysia mempunyai semangat dan kesungguhan seperti mana yang mereka tunjukkan semasa sambutan hari kemerdekaan ?

Bayangkan jika ianya berterusan sudah pasti Malaysia akan lebih terbela dan sukses.Namun ketika sebahagian besar rakyat Malaysia sedang menyambut kemerdekaan terdapat juga anasir-anasir yang buta sejarah malah sanggup pula mengambil kesempatan untuk mencari publisiti politik murahan.


MMI simpati dengan anak kecil dalam gambar di atas , sedih kerana di usia semuda itu beliau sudah pun di butakan hatinya di pekakkan telinganya dan di sogok dengan dakyah yang jauh menyimpang dari perjuangan mereka-mereka yang terdahulu dari kita.

Siapa pun si anak kecil itu MMI yakin beliau sedang di noda oleh mereka yang berhati busuk yang sanggup menggadaikan negara demi sebuah perjuangan songsang.

Selain dari itu kita juga dikejutkan dengan insiden penahanan tayangan filem Tanda Putera di Pulau Pinang oleh kerajaan cauvinis DAP pimpinan Guan Eng.Barangkali ramai orang Melayu yang tak sedar bahawa mereka sudah menafikan hak kita sebagai bangsa paling dominan di bumi Malaysia ini.

Motifnya mudah mereka bukan sahaja biadap tetapi cuba menghalang sejarah daripada di ketahui serta di fahami oleh generasi muda hari ini.

Percayalah mereka-mereka itu akan sentiasa berusaha untuk memastikan anak muda khususnya mereka yang berbangsa Melayu menjauhkan diri malah akan sampai ke tahap memaki hamun bangsa dan agama sendiri.

BAHAYA cukup bahaya dan kerana itulah seperti mana yang MMI perkatakan sebelum ini alangkah baiknya kalau mereka-mereka yang berhimpun malam tadi bagi menyambut hari kemerdekaan negara terus bersatu sampai bila-bila demi kelangsungan legasi peninggalan nenek moyang kita.

Persoalannya adakah ia mampu di realisasikan ?

Ketahuilah tidak ada perkara lain yang mampu MMI sumbangkan selain dari jari-jemari ini terus menulis dan selagi ada nyawa serta kudrat empat kerat ini , selagi itulah MMI dan rakan-rakan akan terus menulis sebagai sumbangan kepada perjuangan mereka-mereka yang sebangsa dan seagama dengan MMI.

Selamat menyambut Hari Kemedekaan Kali Ke 56 buat semua !!

MMI

Friday, 30 August 2013

Gambar Yang Tidak akan Di Siarkan Oleh Media PEMBANGKANG !! @Zahid_Hamidi


Datuk nak satu !!! hihi macam MMI kata gambar yang semacam ni susah sikit media pembangkang nak siarkan almaklumlah tak ada ciri-ciri yang boleh mengutuk ye tak !! Teringat MMI ada sekali tu bukan main , canang serata kampung gambar orang tua tengah makan nasi bungkuih dekat gerai tepi jalan huh dasat gila beb.Kiranya maksum sungguh laaaaa bab-bab dunia ni macam rakyat biasa ja dia tu !!

Apa pun gambar ni membuktikan pemimpin UMNO juga berjiwa rakyat dan tidak ada salahnya MMI siarkan gambar ni .. Di harapkan semoga semua wakil rakyat tak kiralah kerajaan ka pembangkang ka turut berjiwa rakyat kerana yang untungnya adalah rakyat.

Jangan pula bila dah jadi wakil rakyat rasa diri macam bos besaq dah tu nak senyum pun tak mau , nak kenal orang lagilah kadang-kadang buat tak tau ja !! Jadi kepada pihak-pihak yang seangkatan denganya belajaq-belajaq lah na.

Ada sapa-sapa nak komen ? Sila ...


MMI

Perbarisan KEMERDEKAAN Mereka Turut Terlibat , Siapa ??

Gambar Hiasan
Rasanya mungkin ini adalah kali pertama mereka terlibat secara langsung dalam perbarisan hari kemerdekaan bagi negeri Pahang yang akan diadakan di Kuantan.Jika sebelum ini mungkin mereka hanya melihat dari jauh kini golongan mak nyah terlibat secara langsung dan bakal berarak bersama-sama dengan kontijen lain pada tanggal 31 Ogos 2013 nanti.

Mungkin akan ada pihak-pihak tertentu yang kurang senang dengan berita ini dan barangkali akan ada usaha untuk mempolitikkan isu ini.Maklumlah Malaysia adalah sebuah negara yang menentang sebarang bentuk hubungan mahupun kegiatan yang menjurus ke arah LGBT.

Namun MMI rasa kenyataan di bawah menjelaskan segalanya ..


Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 mempunyai keunikan tersendiri pada perbarisan yang diadakan turut disertai 12 rmak nyah bagi mewakili Drug Intervention Community (DIC) Malaysia Pahang.

Timbalan Presiden DIC Pahang, Abd Rahim Abd Hamid berkata, penyertaan itu sebagai satu usaha mengubah persepsi orang ramai kepada golongan tersebut sering dipandang serong dan dihina.

Lebih malang katanya, ada yang menganggap golongan ini tidak patut ada dalam masyarakat dan bertindak memukul mereka sehingga cedera parah.

"Sudah sampai masa kita mengubah persepsi terhadap golongan ini yang dianggap sampah masyarakat.

“Kita yang dilahirkan normal perlu tampil membentuk mereka menjadi insan yang sempurna," katanya.

Oleh itu kata Abd Rahim, pembabitan dalam perbarisan sempena kemerdekaan itu nanti sebagai platform untuk golongan mak nyah bergaul dengan masyarakat dan bukan berhubung antara mereka sahaja.

Dengan kerjasama yang diberikan terbukti mereka masih boleh dibimbing.

“DIC yakin mereka masih lagi boleh diselamatkan dan diajak untuk kembali ke pangkal jalan," katanya.Baca Selanjutnya 

Bagi MMI ianya adalah permulaan yang baik cumanya kita perlu berhati-hati dalam merangka dan melaksanakan perancangan yang di fikirkan baik ini.Bukan apa kadang-kadang bimbang ianya mampu menimbulkan persepsi dan tanggapan yang kurang baik terhadap masyarakat dan kerajaan.

Apa pun selagi kita ikhlas dan menyimpan niat yang baik insyaallah segalanya akan di permudahkan.

Pssst jangan ada yang jatuh cinta sejenis pula nanti !!

MMI

TERBAIK Blogger Dr MiM Ajak Guan Eng Tonton Tanda Putera


Memandangkan filem Tanda Putera di Pulau Pinang dah pun di tayangkan maka dapatlah mereka-mereka yang sebelum ni kecewa tu menonton di pawagam-pawagam berdekatan dengan tempat masing-masing.

Sebelum ni macam-macam kisah jadi , sampaikan Guan Eng sendiri hilang punca sekejap kata boleh sekejap kata tak boleh akhirnya kata sekadar bagi nasihat.Mungkin Guan Eng tekanan agaknya maklumlah katanya ada adegan suku sakat dia dalam filem tu.

Apa pun MMI tertarik dengan pelawaan dari blogger Dr MiM yang mengajak Guan Eng untuk sama-sama menonton filem Tanda Putera dan kalau Guan Eng setuju Dr MiM tak ada masalah tiket dia belanja.Amacam ??


MMI nak turut sertalah kalau Guan Eng setuju.Kepada kawan-kawan sebarkan mesej ini kita ajak Guan Eng tengok Tanda Putera.

Psst kalau Guan Eng setuju Pop Corn MMI belanja steady !!

MMI

Alo Guan Eng Tang Mana Yang TELUSNYA ??


Harapan menggunung ahli-ahli DAP untuk melihat pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu dilaksanakan secara telus dan bersih mungkin tidak kesampaian.

Ini kerana sesi dialog yang diadakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng masih meminggirkan kalangan perwakilan yang dilihat tidak sehaluan dengan kepemimpinan tertinggi DAP.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berkata, satu sesi dialog dengan perwakilan negeri ini telah diadakan Ahad lalu di sebuah hotel di sini.

Bagaimanapun katanya, perwakilan dari cawangannya tidak dimaklumkan mengenai pertemuan tersebut.

"Saya hanya menerima SMS (khidmat pesanan ringkas) daripada seorang rakan dua hari lalu yang memberitahu mengenai perjumpaan tersebut.

"Belum pernah ada pertemuan diadakan dengan para perwakilan sebelum berlangsung sesuatu pemilihan," katanya dalam sidang akhbar hari ini.


Yang turut hadir Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia Senawang, Richard Francis; Naib Pengerusi DAP Cawangan Nilai Perdana, S. Rajashegher dan bekas ahli DAP, S. Vijayan.

Ketiga-tiga pemimpin DAP cawangan itu turut mengakui cawangan mereka tidak menerima jemputan untuk menghadiri pertemuan tersebut.

Menurut Rajashegher, Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook perlu tampil menjelaskan mengapa gagal membuat makluman tersebut sedangkan mereka adalah perwakilan DAP yang sah.

"Saya difahamkan SMS yang dihantar kepada perwakilan adalah dalam bahasa Melayu dan Cina dan tidak ada bahasa Tamil.

"Ia seolah-olah disengajakan dengan tujuan untuk meminggirkan kaum India daripada program penting yang berlaku dalam parti," ujarnya.

Berdasarkan kepada insiden Ahad lalu, kesemua mereka mengesyaki program pertemuan dengan para perwakilan di negeri-negeri mempunyai agenda tersembunyi kerana hanya perwakilan tertentu sahaja diajak untuk menyertainya.utusan

Telus sungguh Guan Eng ni !!!

MMI

Guan Eng TERKEDU Tanda Putera Di Tayangkan Jom Ramai-Ramai Pi Tengok !


Berkat usaha dari banyak pihak maka hari ini filem Tanda Putera sudah kembali di tayangkan di pawagam-pawagam sekitar Pulau Pinang.Baru sebentar tadi MMI buat pengesahan dengan pihak Mega Cineplex di Perai dan makluman menyatakan Tanda Putera sudah mula di tayangkan hari ini.


Alhamdulillah sekurang-kurangnya cuti hari kemerdekaan pada tahun ini lebih menarik dengan lahirnya filem sejarah seperti Tanda Putera.

Kepada rakyat Pulau Pinang jangan lepaskan peluang ini bawalah rakan , taulan , sahabat dan keluarga masing-masing moga-moga cuti merdeka kali ini memberikan kita kesedaran betapa maruah negara amat perlu di pertahankan.

Berkenaan arahan Guan Eng tu dia kata MELAWAK ja .. Kihkihkih


Psst jangan lupa tisu..

MMI

Desak PM Letak Jawatan ! Alo Brader Dah Habis PIKIR Ka ??


MMI dah lama perhatikan NGO-NGO yang mengaku kononnya perjuangkan Melayu ni.Dalam beberapa keadaan tindakan dan gerakan mereka MMI setuju namun ada juga yang bikin sentap beb..

Terkini berkenaan isu ketua pemuda PERKASA ni yang tiba-tiba sahaja buat kenyataan minta PM letak jawatan.Apa hal dia ni ? Setakat yang MMI dengar ianya di sebabkan kerajaan pimpinan Najib meminggirkan kaum pribumi di negara kita sedangkan dalam masa yang sama mengagungkan kaum lain.

Alo brader lu lupakah apa yang Ibrahim Ali kata sebeluum PRU13 lalu ? PERKASA akan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional.Hah jaga mulut tu sikit bro !! Kalau bukan dengan program tranformasi yang Najib lakukan sebelum ini rasanya kaum pribumi pun tak dapat merasa pembelian barangan di kedai 1 Malaysia.

MMI nak tanya orang kaya ka yang beli di kedai 1 Malaysia ni ? Banyak lagi perkara lain kalau MMI nak tulis kat sini tapi MMI nak tanya satu perkara kepada ketua pemuda PERKASA ni ...

Waktu PRU13 yang lalu sebahagian besar puak yang berpaling tadah dan tidak menghormati keputusan pucuk pimpinan adalah puak-puak dari PERKASA !!

Hang kena ingat tu bro !! Apa ampa buat bila puak ampa sendiri yang sailang calon UMNO masa PRU13 lalu ?  Huh ampa banyak diam ja !!! 

Dalam masa yang sama MMI bersetuju dengan kenyataan Menteri Belia & Sukan YB Khairy Jamaluddin apabila mengulas tentang isu ini.
Khairy Jamaluddin hari ini mempersoalkan kedudukan Ketua Pemuda Perkasa, Irwan Fahmi Ideris berhubung kenyataan beliau mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.
Menurut Khairy, Irwan Fahmi seharusnya tahu di mana kedudukannya sekarang ini dan desakan tersebut seharusnya diberikan kepadanya.
"Siapa dia yang mahukan Perdana Menteri letak jawatan? Sebelum dia desak Perdana Menteri, seharusnya dia yang letak jawatan dulu.
"Dia hanyalah Pemuda Perkasa. Sedangkan presiden dia pun kalah dalam Pilihan Raya Umum lalu," katanya kepada media pada Rumah Terbuka Aidilfitri di Stadium Juara di sini hari ini. 
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Irwan Fahmi yang mendesak Najib meletakkan jawatan kerana mendakwa Perdana Menteri itu masih lagi menggunakan kaedah lama yang masih lagi meminggirkan kaum pribumi di negara ini dan mengagungkan kaum lain.
MMI bukannya ada untung apa-apa pun cuma nak bagi sedar sikit ketua pemuda PERKASA ni yang dalam pertubuhan dia sendiri pun sebenarnya ada PENGKIANAT kepada bangsa MELAYU !!

Hang mau reti sikit Irwan oi !

MMI

Tanda Putera SMS Boikot Pula TERSEBAR !!


Satu lagi tindakan puak rasis untuk mengekang sikap buruk mereka dari diketahui umum. Kenapa puak2 ni takut dengan filem Tanda Putera ni..?

Takut akan terbongkar ke semua penipuan yang diselindung kebelakangan hari ni..?

Inilah sikap buruk puak rasis yang suka perburukan orang lain tetapi hakikatnya mereka lagi rakus mengekang sejarah Malaysia dipertontonkan kepada orang ramai..!!!

Puak kanavis rasis yang tak sedar akan keuntungan telah diberikan pada mereka, Melayu yang menyokong tindakan mereka ni adalah kalangan dari Melayu bodoh dan tak sedar diri..!!! sumber 

MMI

Thursday, 29 August 2013

Khas Untuk Rakyat Pulau Pinang !!


MMI faham ramai di kalangan kita yang ada di Pulau Pinang ni tension sikit sebab tak dapat nak menengok Tanda Putera.Oleh kerana prihatin dengan ampa semua MMI bawakan satu lagu yang menarik dan bagi MMI sekurang-kurangnya dapat menghilang sedikit tekanan kita semua.Jom layan ....



Arios semua ..

MMI

Panazz Macai DAPigs Bagi Arahan Jangan Tayang Tanda Putera ??!


Seperti yang di janjikan MMI akan cuba usahakan untuk membawa keadaan sebenar apa yang berlaku di ground zero apabila arahan di keluarkan oleh Guan Eng untuk menghentikan penayangan filem Tanda Putera.Sebelum itu seperti semua sedia maklum pihak pawagam di Pulau Pinang telah pun menerima arahan yang MMI klasifikasikan sebagai ugutan daripada pihak berkuasa tempatan supaya menghentikan penayangan filem Tanda Putera , jika GAGAL berbuat demikian mereka akan berdepan dengan penarikan lesen perniagaan oleh pihak terbabit.Baca Selanjutnya 

Kita semua tahu pihak GSC dan Lotus sudah pun mengesahkan untuk menuruti ugutan daripada pihak berkuasa tempatan untuk menghentikan tayangan Tanda Putera.Oleh kerana itu MMI memilih untuk memantau pawagam-pawagam persendirian pula.

Berikut adalah gambar-gambar yang di ambil di sekitar pawagam MEGA CINEPLEX di Perai Pulau Pinang hari ini.




Keadaan tenang dan jelas sekali filem Tanda Putera turut tidak di tayangkan di pawagam persendirian ini.Pada ketika gambar ini di ambil beberapa pengunjung berbangsa Melayu yang di temui turut melahirkan rasa kesal mereka kerana tidak dapat menonton Tanda Putera.

Selain daripada itu apabila MMI mengakses laman web pawagam terbabit masih jelas kelihatan poster filem Tanda Putera di letakkan sebaris dengan filem-filem lain yang bakal di tayangkan.


Namun setelah butang klik di tekan kenyataan seperti di bawah akan muncul...



Untuk makluman Mega Cineplex mempunyai dua cawangan satu di Perai dan satu lagi di Langkawi.Bagaimanapun cawangan di Langkawi tidak mempunyai masalah tayangan dan ianya berjalan seperti mana jadual di bawah.


Pasti akan ada pihak yang bertanya apa punca MMI menceritakan tentang proses tayangan di Pulau Pinang ini kerana arahan sudah di keluarkan.

Sebenarnya pihak pawagam mahu menayangkan filem Tanda Putera tetapi makluman daripada sumber menyatakan bukan sahaja mereka menerima surat daripada pihak berkuasa tempatan tetapi mereka turut didatangi oleh pihak tertentu sejak semalam lagi memberikan arahan supaya jangan menayangkan filem Tanda Putera.

Persoalannya siapa mereka itu ??

MMI

Pasal Bola Mamat Ni Jadi DUNGU !!


Tak nak komen banyak-banyak sangatlah MMI serahkan pada warga Johor ja komen ..

sumber sahabat gunung 

MMI

Hot Ada Cubaan Untuk Tayang The New Village Menggantikan Tanda Putera Di Pulau Pinang ?!!


Tayangan filem Tanda Putera di seluruh negara semakin panas dengan sambutan dari kalangan penonton yang mahu mengikuti sejarah negara melalui filem.Sebagaimana panas sambutan tayangan filem ini , begitu jugalah panasnya Tanda Putera di Pulau Pinang.

Banyak pihak sedia maklum penduduk di Pulau Pinang sudah pun di nafikan haknya untuk menonton filem sejarah ini kerana kerakusan rejim DAPigs pimpinan pemimpin paling rasis Guan Eng apabila mengarahkan penayangannya di hentikan.Malah pihak pengusaha pawagam juga turut di ugut akan ditarik balik lesen perniagaan oleh pihak berkuasa tempatan.Baca Sini 

Pada ketika banyak pihak memperkatakan tentang isu ini , MMI tiba-tiba di maklumkan oleh satu sumber yang menyatakan ada cubaan pihak-pihak tertentu di Pulau Pinang kini sedang berusaha untuk menayangkan filem yang telah di haramkan iaitu The Village di pawagam-pawagam bagi menggantikan penayangan filem Tanda Putera.

Menurut sumber lagi penayangan itu akan di lakukan pada bulan kemerdekaan negara !

MMI sendiri kurang pasti sejauh mana kesahihan sumber tersebut tetapi sekiranya ia benar maka pastilah kita bahawa sememangnya rejim DAPigs dan puak-puak cauvinis yang ada di Pulau Pinang ini merupakan mereka-mereka yang cukup RASIS dan merupakan penyokong-penyokong puak komunis.

Apa pun kita perlu terus memantau perkembangan selepas ini .

Psst nampaknya ada pihak nak main kasar ni ...

MMI

GSC Tidak Tayang Tanda Putera BUKTI Puak Cauvinis Tidak Akan Sokong @NajibRazak


Rangkaian pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) akur dengan “arahan” kerajaan Pulau Pinang untuk tidak menayangkan filem kontroversi 'Tanda Putera' di kesemua panggung wayangnya di negeri tersebut.

Satu kenyataan GSC pagi ini menyebut, syarikat berkenaan akan memulangkan wang pelanggan yang telah membeli tiket lebih awal.

"Selari dengan arahan Kerajaan Pulau Pinang semalam, filem filem 'Tanda Putera' tidfak akan ditayangkan di Pulau Pinang," kenyataan itu dipetik.

Tindakan untuk menghalang penayangan filem berkenaan diumumkan oleh exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow, semalam.

Menteri penerangan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam reaksinya semalam menyifatkan tindakan berkenaan mencerminkan "kebodohan" kerajaan negeri itu.

"Itu membayangkan kebodohan mereka. Orang yang membuat keputusan itu, mereka sendiri tidak menonton filem tersebut. Seharusnya mereka mendengar pandangan profesional terlebih dahulu sebelum membuta-tuli mengharamkan," katanya lagi.

Apa yang sedang berlaku sebenarnya adalah BUKTI JELAS bahawa puak cauvinis sememangnya menolak kepimpinan Najib Razak dan semestinya UMNO dan Barisan Nasional.

Malah mereka dengan terang menolak sejarah negara dan dalam keadaan negara bakal menyambut ulang tahun kemerdekaannya , puak cauvinis tetap dengan pendirian mereka.

Mudah kata hentikan segala benda yang menguntungkan puak yang tidak mahu berterima kasih ini dan dah sampai masa kita memberikan penumpuan kepada mereka yang selama ini SETIA memberikan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional.

JAGA ORANG KITA!

Dalam masa yang sama pihak FINAS perlu segera mengkaji tentang peraturan WAJIB TAYANG dan sekiranya tindakan pemilik pawagam itu salah di sisi peraturan dan undang-undang maka tindakan harus di ambil.

Rasanya orang Melayu perlu BOIKOT pengusaha pawagam di Pulau Pinang ! 

MMI

49 Puak Gongsi Gelap Di Dedahkan KDN , Apa Jadi Selepas Ini ??


Hari ini sudah pasti banyak pihak yang panas bukan sahaja hati tetapi juga cuping telinga.Untuk makluman MMI yakin mereka-mereka yang selama ini terlibat dengan menjadi BAPAK kepada kumpulan-kumpulan kongsi ini turut merasa kesannya.

Apa pun di harapkan selepas ini pihak KDN perlu melakukan proses selanjutnya dengan mengadakan operasi bersepadu bagi mencegah dan menangkap semua puak-puak kongsi yang telah di dedahkan tersebut.

Kalau setakat dedah nama kemudian diam tak buat apa TAK GUNA !!

Kena ingat ini adalah peperangan menentang kongsi gelap .. jangan ambil tindakan terhadap anak ikan sahaja pastikan BAPAK dan TOK WAN di tangkap sama.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan senarai lengkap 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara yang memiliki 40,313 ahli berdaftar.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang medianya berkata, daripada jumlah itu 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 (kongsi gelap Cina) dan 1,923 (kongsi gelap Melayu).

Selain itu, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.

Berikut adalah senarai penuh pertubuhan haram itu:

1) Geng 04

2) Geng 08

3) Double 7

4) Tiga Line

5) Geng 30

6) Geng 38

7) Geng 24

8) Geng 18

9) Geng 36

10) Geng 21

11) Ang Soon Thong

12) Wah Kee

13) Sio Sam Ong

14) PNEH

15) Hong Hong San

16) Hai San

17) Sin Ang Bin

18) New Cell 20

19) Jit It Hai

20) Sio Koon Tong

21) Gee Lam Kor

22) Gee Ah Eng

23) Loh Kuan

24) Tiang Yee Tong

25) Geng Leng Hor

26) Geng 35

27) Geng 303

28) Geng Satu Hati

29) ATAP

30) Hung Ann

31) Sui Yup

32) Otai

33) Borneo Red EMP

34) Ah Ngau

35) Batu Tiga

36) Ah Feng

37) Batu 10

38) Sibu Ti

39) Ah Seng

40) Ah Chin

41) Lee Lung

42) Lo Han

43) Sg Merah

44) Sg Badut

45) Ting Ching Lee

46) Tua Cak Lee

47) Teksi Station

48) Pintu Merah

49) Krokop

Psst teringat filem The Untouchables terbaik !!

MMI

Hentikan Tayangan Tanda Putera !! Pawagam Mana Yang Tak Nak TAYANG Tu ??


Sejak petang semalam kecoh di laman-laman media sosial tentang arahan yang di keluarkan oleh Guan Eng ketua menteri paling rasis ni untuk tidak membenarkan mana - mana pawagam di Pulau Pinang menayangkan filem Tanda Putera.

PULAU PINANG 29 Ogos - Kerajaan DAP Pulau Pinang mengharamkan tayangan filem Tanda Putera di semua pawagam di negeri ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, surat rasmi akan dihantar kepada semua pemilik pawagam yang diberi lesen peniagaan oleh pihak berkuasa tempatan hari ini supaya tidak menayangkan filem berkenaan. - UTUSAN ONLINE

Hoho nampaknya Guan Eng kini sudah membuktikan bahawa dirinya benar-benar RASIS apabila mengeluarkan arahan tersebut.

Pada pandangan MMI apa yang berlaku ini sebenarnya di sebabkan oleh 3 perkara.

Pertamanya filem The Village telah di halang penayangannya kerana mengangkat komunis sebagai hero.BALAS DENDAM!

Keduanya babak dalam Tanda Putera memperlihatkan puak cauvinis DAP kencing di tiang bendera.COVER LINE!

Ketiganya sengaja cari pasal dan isu , TERDESAK sebab isu pemilihan CEC yang menyebabkan Guan Eng kena kiri kanan atas bawah.

Tiga perkara inilah yang menyebabkan Guan Eng bertindak mengeluarkan arahan tersebut.

Namun sejauh mana arahan ini akan diikuti oleh pihak pawagam di Pulau Pinang ?

Untuk makluman kelulusan tayangan sesuatu filem adalah terletak di bawah FINAS dan Kerajaan Pesekutuan . Sebenarnya Guan Eng malah parti DAP sendiri pun tiada kuasa untuk mengarahkan tayangan filem ini di hentikan.

Oleh kerana itulah Guan Eng menggunakan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menghalang penayangan Tanda Putera dengan menggunakan pihak berkuasa tempatan yang mengeluarkan lesen perniagaan kepada pawagam.

Guan Eng lupa satu perkara pihak pawagam sebenarnya tertakluk di bawah peraturan WAJIB TAYANG yang telah di meterai dengan FINAS.Sekiranya mereka (pihak pawagam) GAGAL untuk mengikuti peraturan WAJIB TAYANG tersebut maka mereka akan di kenakan tindakan yang memungkinkan mereka tidak lagi diberikan lesen penayangan.Ianya membawa maksud tidak akan ada lagi filem-filem yang boleh di tayangkan oleh pihak pawagam terbabit.

Sekiranya ini berlaku maka sudah pasti pengusaha-pengusaha pawagam di Pulau Pinang akan GULUNG TIKAR !!

Dan jika itu berlaku ianya adalah di sebabkan oleh Guan Eng dan kerajaan negeri Pulau Pinang bukannya kerajaan persekutuan.

Kepada ampa semua jangan risau sekalipun pemilik pawagam menghentikan tayangan Tanda Putera kita tidak rugi apa-apa sebab filem tersebut hampir pasti dapat di tonton di negeri-negeri lain.Malah selepas ini pasti akan ada pihak-pihak tertentu yang akan mengadakan tayangan melalui program-program di kawasan seperti mana kita pernah menonton Hati Malaya.

Yang bakal menerima musibahnya adalah pengusaha-pengusaha pawagan terbabit dan mereka sebahagian besarnya adalah sebangsa dengan Guan Eng.Kalau gulung tikar sekalipun bukan mereka yang sebangsa dengan MMI.Jadi rumusannya mudah ikut suka ampa lah pilihlah mana satu !!

Jadi MMI ingin bertanya kepada mana-mana pengusaha pawagam di Pulau Pinang , adakah ampa semua akan hentikan tayangan Tanda Putera ? 

MMI akan cuba dapatkan gambaran di ground zero nanti..

Pssst kepada tokey pawagam , orang Melayu nak beli tiket Tanda Putera ampa nak jual ka tak mau ??? Pilihlah masyuk atau tak masyukkk ...

MMI

Betul Ka Maliki Sekarang Dah Besar Kepala ??


Terkejut MMI apabila mendengar berita tentang Maliki Presiden Majlis Belia Malaysia ni , setakat yang MMI kenal beliau bukanlah seorang pemimpin yang suka membawa masalah kepada sesiapa malah sikap beliau yang komited dalam menguruskan segala aktiviti dan perancangan melibatkan program-program MBM tidak ada masalah sebelumnya.

Namun rungutan daripada belia Putrajaya tentang Maliki seolah-olah beliau kini sudah besar kepala apatah lagi sebagai presiden MBM sudah pasti ianya memberikan impak yang cukup besar bukan sahaja kepada Maliki tetapi juga barisan jawatankuasa MBM sendiri.

Sejauh mana kebenaran berita ini MMI sendiri kurang pasti mungkin tuan punya diri perlu menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya.Apa pun ikuti rungutan yang di buat terhadap Maliki di bawah ..

Dikhabarkan beliau ada ditanya oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Seri Aseh tentang keadaan belia-belia dalam Putrajaya. Korang tau apa respon si Maliki ni, dia kata dia tak boleh buat apa-apa sebab Majlis Belia Kawasan Putrajaya (MBKPj) tak memberi sokongan kepada MBM.

Apa maksud dia dengan MBKPj tidak memberi sokongan kepada beliau. Sokongan macam mana yang beliau maksudkan. Sokongan undi ka sokongan dari segi program dan aktiviti. Gua bertanya atas kapasiti gua sebagai belia Putrajaya yang terlibat secara langsung dengan MBKPj sejak dari penubuhannya sehingga sekarang. Berpuluh program dan aktiviti gua "involved" tak kira sama ada besar atau kecik. Gua juga pernah pergi mesyuarat peringkat Wilayah dan Kebangsaan.

Dia kaitkan MBKPj dengan memberi contoh MBKPj yang tidak memberi sokongan ketika program PM turun melawat ke Pasar Ramadan anjuran MBM. Eh! Gua nak tanya lu sikit la Maliki, lu turun untuk program tu ada inform dengan MBKPj dulu tak pasal program tu. Ada tak wakil si Maliki ni bermesyuarat dengan barisan kepimpinan MBKPj untuk bersama-sama menjayakan program PM melawat Pasar Ramadan. Ada tak? Jawapannya : MANA ADA.

Dah la masuk kampung orang main terjah jer lepas tu kutuk plak orang kampung. Lu tak ada adap ker. Lu pandai-pandai buat "arrangement" ngan Perbadanan Putrajaya, bila tak berjaya nak salahkan orang lain pulak. Sejak dari penubuhan MBKPj dari awal hingga ke hari ini cuba lu senaraikan apa sumbangan MBM kepada MBKPj dalam membantu bagi menjalankan sesuatu program atau aktiviti.Selanjutnya 

Huh marah betul mereka-mereka di Putrajaya ! Kenapa perlu sampai begitu sekali caranya , Bagi MMI hal ini boleh di selesaikan dengan Maliki perlu segera turun bertemu dengan MBKPj.Sebagai ketua yang dipilih untuk menerajui para belia di Malaysia , Maliki perlu berlapang dada untuk menyelesaikan isu ini.

Pada pandangan MMI , Maliki sebagai presiden MBM seharusnya merujuk kepada mereka-mereka di kawasan jangan main terjah sahaja dan lagi satu kenapa perlu membelakangkan belia itu sendiri ? 

Bukan soal siapa benar dan siapa salah sebagai kepimpinan nombor satu belia di Malaysia Maliki harus bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.

Jalan mudah Maliki perlu turun padang bertemu MBKPj untuk selesaikan masalah ini bukan dengan terus-terusan menuduh mereka dengan pelbagai tuduhan yang mampu memecah-belahkan lagi belia di Malaysia.

Ingat hari ini sudah ada belia yang memilih untuk bersama mereka-mereka yang memilih untuk memberontak sampaikan sistem beraja di Malaysia pun mahu di hapuskan.

Psst pemimpin belia ni pun kadang-kadang over sangat , sampaikan segala benda nak rembat..Dah tu siap pasang cita-cita untuk berpolitik pula ! Oklah MMI akan ceritakan di artikel seterusnya tentang bab belia berpolitik dan rembat-merembat ni..Arios.

MMI

Wednesday, 28 August 2013

PANAZZ Kenapa Perkiraan Undi CEC Sebelum Ini Bermasalah VIDEO INSIDE

Gambar Hiasan
Kalau ampa semua nak tau kenapa perkiraan undi puak cauvinis sebelum ni silap haaaa ampa tengok video kat bawah ni.Rasanya mungkin puak-puak tu masuk kelas ni kot...


Boleh jadi rasanya .. kihkih jangan marah noo !!

MMI

Pulau Pinang Hampiri IPU Tidak Sihat , Salah UMNO ??


MMI tertunggu-tunggu juga mana tau puak-puak cauvinis ni nak salahkan UMNO  ! Nasib baik tak keluar kenyataan semacam tu , bukan apa puak-puak ni tiap-tiap hari bangun tidoq kira nak cari salah dan kalau salah tu puak depa yang buat pun tetap akan korner baring mai dekat UMNO.

Lagi satu apa tindakan kerajaan negeri bagi menangani isu jerebu ni ? Kalau setakat bagi topeng muka itu perkara biasa banyak pihak yang buat , apa yang MMI persoalkan apakah langkah-langkah yang di buat oleh kerajaan negeri untuk memastikan masalah jerebu ni ?

Setakat sekarang tak dengar lagi lah , yang MMI tau Guan Eng suka telefon pihak atau agensi kerajaan terlibat untuk tanya kenapa itu berlaku kenapa ini berlaku .. Oh dia suka tanya saja kerja tak buat !!!!

Keadaan berjerebu yang dikesan di beberapa kawasan di Pulau Pinang sejak Selasa bertambah teruk hari ini dengan kualiti udara menghampiri tahap tidak sihat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh berkata bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Perai ialah 80, Seberang Jaya (92) dan Universiti Sains Malaysia (88) setakat 9 pagi ini berbanding 58 hingga 63, petang semalam.

"Kerajaan negeri telah menyediakan bekalan topeng muka untuk diedarkan secara percuma kepada pelajar sekolah di setiap pusat khidmat DUN (Dewan Undangan Negeri) di negeri ini," katanya.

Phee turut menyarankan orang ramai agar mengurangkan aktiviti rekreasi di luar rumah dan sentiasa peka dengan perubahan cuaca sebagai persediaan menghadapi situasi luar jangka.

Beliau menyifatkan peningkatan tahap jerebu itu berlaku secara mendadak dan menasihati orang ramai supaya segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah sakit tekak, batuk atau sesak nafas selain memperbanyak minum air kosong.

Bacaan IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 30 (berbahaya).antarapos

Psst kalau ikut bacaan IPU tu rasanya puak DAP ni dah sampai tahap 30 kot hihi ..

MMI

Labels