Followers

Sunday 29 September 2013

Alo Guan Eng Ang Ni Cina Bukit Ka ???


Isu budak-budak tadika buat mesyuarat yang melanda parti DAP cukup memalukan apatah lagi dalam keadaan Guan Eng dan pencacai-pencacainya sibuk menuduh sana sini.Maruah parti DAP benar-benar tercalar apabila kesilapan demi kesilapan terbongkar membuktikan bahawa DAP dan pimpinannya bukanlah yang terbaik malah jauh meleset dari apa yang Mat Sabu sering gula-gulakan.Khalifah ?? Puiii...

Pendaftar Pertubuhan [ ROS ] di sini ingin menerangkan sekali lagi tentang isu Pemilihan CEC DAP khasnya untuk pemahaman semua yang terlibat secara langsung dalam hal ini memandangkan tindakan pemimpin DAP yang mendukacitakan.


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng harus belajar membaca dan memahami apa yang telah dinyatakan oleh ROS mengenai pemilihan semula CEC DAP.  

ROS tidak pernah menyatakan yang DAP tidak boleh mengadakan 'Special Congress' tetapi hanya telah mengingatkan DAP supaya mengikut peruntukan-peruntukan dalam Undang-undang tubuhnya sendiri semasa mengadakan pemilihan semula tersebut.

Dalam hal ini penghantaran Notis Panggilan kepada ahli dalam tempoh 10 minggu sepertimana yang tercatat di dalam Undang-undangnya harus di patuhi.


Harus ditekankan disini bahawa DAP telah menghadapi tindakan undang-undang oleh ahli-ahlinya sendiri dan ini tidak ada kaitan sama sekali dengan ROS, memandangkan ahli-ahlinya sendiri telah membawa perkara mengenai pemilihan CEC DAP yang tidak teratur ke muka pengadilan.

Adalah tidak wajar ROS dikaitkan dalam hali ini memandangkan tindakan ini daripada akar umbinya sendiri.

Namun demikian, Seksyen 18C, Akta Pertubuhan menyatakan hal ehwal parti adalah muktamad dan konklusif serta tidak boleh dibawa ke mahkamah tetapi ini tidak bererti ROS tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan demi menegakkan kebenaran khasnya bila hak ahlinya terjejas.

Akta Pertubuhan 1966 [ Akta 335 ] adalah suatu Akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dan semua pihak harus menghormatinya dan ROS yang bertanggungjawab dalam menguatkuasakannya.

DATO' ABDUL RAHMAN BIN OTHMAN
Pendaftar Pertubuhan Malaysia
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia


Amacam ? Guan Eng nak bersuara lagi ka ? Rasanya tak payah kot dok diam-diam selesaikan penipuan yang ang lakukan tu dulu.Tak payah juga dok kalut sangat tentang politik luar sebab politik DAP sendiri pun berterabur macam haram..


MMI

Saturday 28 September 2013

Siri 5 MALAPETAKA Buat DAP


TITIK HITAM DAP YANG MEMBAWA KEPADA MALA PETAKA DAN KEMUSNAHAN

Tarikh 4 Januari 2013 adalah satu tarikh titik hitam dalam sejarah DAP. Kebinasaan terhadap DAP bermula dari tarikh tersebut hasil kerja Dinasti Lim, Anthony Loke dan Tony Pua. 

Pada hari itu Tony Pua membuat pengumuman bahawa terdapat kesilapan pengiraan undi dalam keputusan CEC yang diumumkan pada 15 Disember 2012. Tony Pua memberi alasan ianya berpunca dari masalah penjumlahan undi yang dibuat menggunakan sistem Microsoft Excel. Alasan yang menjadi bahan gelak ketawa orang ramai hingga kini. 

Sistem komputer dikatakan silap mengira jumlah undi yang diraih Vincent Wu, calon yang menang di tempat ke 6 dengan bilangan undi 1202 UNDI. Tony Pua menyatakan jumlah undi sebenar yang diraih oleh Vincent Wu hanya 669 undi. 

Bukan hanya itu sahaja, kesilapan bukan setakat Vincent Wu, malah turut melibatkan undi untuk Zairil Khir Johari. Tony Pua menyatakan undi yang diterima Zairil adalah 803 undi dan beliau menang di tempat ke 20. Keputusan yang diumumkan pada 15 Disember 2012 Zairil berada di tempat ke 39 dengan jumlah undi yang diterima 305 undi. 

Perkara tersebut melucukan ahli-ahli DAP dan orang ramai. Mereka tertanya-tanya kenapa komputer hanya tersalah kira undi Zairil dan Vincent Wu sedangkan undi untuk calon-calon lain tidak berubah ? 

Ramai calon-calon CEC yang tewas termasuk P.Ramasamy dan M.Manoharan terus terang memberitahu ramai orang bahawa kemasukkan Zairil ke dalam CEC adalah satu penipuan yang terancang untuk menunjukkan kepada masyarakat umum bahawa orang melayu mempunyai tempat dalam DAP. 

Zairil sendiri pun terkejut dengan kemenangannya dan tidak menyangka dirinya mempunyai ramai penyokong hingga dipilih masuk ke dalam CEC walaupun baru menyertai DAP. 

Nga Kor Ming pula memberitahu salah seorang pemimpin PAS rahsia kehebatan Dinasti Lim mempertahankan kuasa mereka selama ini telah terbongkar. Dengan menggunakan peribahasa melayu Nga Kor Ming berkata “sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga”. Ianya membawa maksud sehebat mana pun melakukan penipuan satu hari tetap terbongkar. Selama puluhan tahun Lim Kit Siang melakukan penipuan dengan memanipulasi undi perwakilan untuk beliau mengekalkan kuasa, akhirnya Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua membongkar rahsia tersebut. 

Setelah melakukan titik-titik kebinasaan terhadap DAP , di hari yang sama juga Tony Pua melakukan satu mala petaka terhadap DAP yang boleh membawa kebinasaan yang jauh lebih teruk terhadap parti itu. 

Apa kebinasaan yang jauh lebih besar akan dikongsikan dalam episod akan datang.sumber 

MMI

Ada Yang LALOK Ka ???


Manusia tidak sempurna namun dalam ketidaksempurnaan itu kita seharusnya tidak menjadikannya sebagai alasan apabila kesilapan-kesilapan yang nampak remeh tidak di tangani dengan sebaik-baiknya.

Muhyiddin ucap TAHNIAH sedangkan sepatutnya TAKZIAH !!

Datuk Seri Ismail Sabri , Menteri Pertanian & Industri Asas Tani tetapi gambar yang di paparkan adalah Shabery Chik.

Ish ish apa hal ?? Lalok ka ??


MMI

Most Wanted Yoo , Pencuri Telefon Bimbit Licik Mempedaya Mangsa MESTI BACA Modus Operandi !!


TOLONG SEBAR / Share dan Tag rakan2 !! Pencuri Telefon Bimbit yang dikendaki !! Suspek orang melayu didapati berada di sekitar Kuala Terengganu dan licik melakukan kegiatan mencuri telefon bimbit di Pasaraya sekitar Kuala Terengganu. 

Kejadian terakhir berlaku di pasaraya Giant pada 12 September 2013 dan gelagatnya berjaya dirakam di CCTV premis tersebut. Dia juga didapati menjual telefon bimbit curi pada harga yang sangat rendah.

Sesiapa yang mengenali orang tersebut sila hubungi IPD balai polis berdekatan atau hubungi 014-8019918 (Khairun).

Berikut adalah perbualan antara pencuri tersebut yang berjaya direkodkan oleh mangsa.

Pencuri: Ei, Lama tak nmpak.
Mangsa: Kenal ke?
Pencuri: Duduk kat mana sekarang?
Mangsa: .......
Pencuri: Oh, saya dekat Kg. ...... je..dekat la tu. Dah ni, belajar dekat mana sekarang?
Mangsa: .......
Pencuri: Ambil bahagian apa?
Mangsa: .......
Pencuri: Datang dengan siapa ni?
Mangsa: Kawan2..
Pencuri: Mana dia?
Mangsa: Ada tengah shopping2 kat dalam.
Pencuri: Saya kerja dekat hujung tu je..kedai jual telefon bimbit.
Mangsa: .......
Pencuri: Kalau nak telefon murah2 bagi taulah. Samsung Galaxy S4, Galaxy Note 2 kita bagi RM400 je, Minggu depan sampai stok baru kita ambiklah sebijik dua buat jual dekat member2. Ala, orang2 kampung kita bagi murah tu apalah sangat.
Mangsa: ....... (x berminat)
Pencuri: Memori kad pon ada. Nak berapa GB kita bagi RM15 je
Mangsa: ....... (berminat)
Pencuri: Jom la kita pergi dekat kedai sana.
* berjalan menuju kedai telefon bimbit tetapi dibawa ke bahagian belakang kedai tersebut
Pencuri: Erm..Bagi telefon dulu kita nak programkan memori kad baru dekat telefon ni.
Mangsa: Kena program jugak ke?
Pencuri: Susah sikit la sebab takut telefon tu tak boleh nak baca. Kalau pandai buat takpa.
Mangsa: ....... (Sambil menghulurkan telefon)
Pencuri: Memori kad lama pegang dulu. Erm..lambat sikit ni. Boleh tunggu tak 10 minit? Duit Stand by dulu. Tunggu dekat sini jangan pergi mana2 takut nanti bos saya nampak.
Mangsa: ....... (Setuju)
Pencuri: * Berjalan ke dalam dan berlagak seolah2 pelanggan di hadapan pekerja. (Sebenarnya dia bukanlah pekerja di kedai tersebut) Dan kemudian datang kembali untuk meminta duit baki.
Pencuri: Erm..mana duit tu? Kalau boleh bagi tepatlah sebab tidak ada duit baki nak bagi balik.
Mangsa: ....... (Menghulurkan duit)
* Setelah menerima duit, secara tiba2 ada orang menelefonnya dan berbual2 dahulu sehingga tamat.
Pencuri: Tunggu kejap ok? Err..kalau ada member2 nak telefon murah2 call la terus nak pergi ambil telefon kejap.
Mangsa: .......
* Selepas itu dia terus menghilangkan diri sambil melarikan telefon mangsa.

Licik bukan ?? Kepada semua hati-hati ok ..


MMI

GOSIP PANAZZ YUNA !! BOGEL ??


Dulunya MMI antara yang mengikuti perkembangan muzik yang dialunkan oleh si Yuna ni.Antara yang terkini dan sedikit unik menyebabkan MMI melihat anak gadis ini mampu pergi jauh.Selang beberapa lama selepas itu ternyata telahan MMI itu benar , Yuna kini sudah berada di peringkatnya yang tersendiri dan mudah cita dah masuk tahap antarabangsa dah.

Baguslah kurang-kurang sudah ada penyanyi dari negara kita yang mampu memecahkan monopoli dunia muzik antarabangsa.

Dalam masa yang sama Yuna juga di beritakan cukup baik dan mesra dengan sorang mat saleh bernama Julian Scratter.Mesra sungguh sampai mai ke rumah dah aih !!


Apa yang di tinggalkan di Malaysia nampaknya memang di tinggalkan.Tapi biasalah dalam beberapa keadaan kadang-kalanya ia berlaku.

Tapi agak kurang enak apabila tiba-tiba MMI di kejutkan dengan berita mamat yang mesra dengan Yuna ni siap ada gambar-gambar bogel !! Alamak dah tak ada orang lain lagi ka ?? 


MMI tak nak ulas panjang-panjang nama pun gosip tapi kalau sampai ke tahap itu rasanya Yuna dah berubah banyak.

Apa yang berubah ?? Ampa pikiaq sendiri lah ...  

Psst sedap lagu terukir di bintang nyanyian Aizat !!

MMI

Friday 27 September 2013

Bermulanya Saat DAP Di Binasakan !!


Macam biasa masih sunyi dan sepi dari sebarang kenyataan daripada pihak DAPigs khususnya berkenaan pendedahan demi pendedahan yang di buat oleh DAP Insider.Untuk itu kita ikuti pendedahan seterusnya.

Hari ini saya akan terus menulis berkenaan dua orang suruhan setia Dinasti Lim dan permulaan kebinasaan kepada DAP.

Sebaik sahaja calon-calon yang menang dalam pemilihan CEC diumumkan, Lim Guan Eng dengan segera memanggil mesyuarat CEC yang pertama. Di mana dalam mesyuarat itu Lim Guan Eng sekali lagi dipilih oleh ahli CEC sebagai Setiausaha Agung.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Vincent Wu iaitu calon yang menang di tangga ke 6. Kenapa perlu saya timbulkan nama Vincet Wu akan saya jelaskan nanti. 
Selepas selesai Kongres Kebangsaan tersebut keadaan menjadi kecoh apabila pihak media dan orang ramai mempertikaikan ketiadaan seorang pun wakil kaum melayu dalam CEC. Ianya mengesahkan dakwaan sebelum itu bahawa DAP adalah sebuah parti chauvinis cina. 

PAS dan PKR juga turut tertekan keputusan itu. Mereka juga turut memberi tekanan kepada DAP jika isu itu dibiarkan berterusan ianya bakal menyusahkan mereka mendapat sokongan kaum melayu dalam pilihanraya umum ke 13. 

Tekanan yang berterusan diterima selama bermingu-mingu membuatkan Lim Guan Eng tidak tahan. Akhirnya Lim Guan Eng memanggil dua orang suruhannya, Tony Pua dan Anthony Loke untuk melakukan sesuatu bagi memastikan wakil kaum melayu berada dalam CEC. 

Apabila tugas itu diserahkan kepada dua orang tersebut Lim Guan Eng berfikiran semuanya akan selesai dengan mudah kerana dua orang itu sering digambarkan sebagai pakar strategi yang paling hebat. Sebaliknya dua orang itu membawa kebinasaan yang jauh lebih besar kepada DAP. 

Apa kebinasaan yang mereka buat saya akan kongsikan dengan anda dalam dalam siri akan datang.sumber 

MMI

Pemilihan MT Rayuan @tunfaisal Bukan Soal Pemilihan Semata-Mata #TFourhope


Isu berkenaan pencalonan Tun Faisal dalam pemilihan di peringkat MT mendapat reaksi dari pelbagai pihak.MMI antara yang terkejut dengan berita pencalonan Tun Faisal di gugurkan namun sejak bermulanya isu ini banyak pihak tidak mendapat maklumat yang sebenar dan kini Tun Faisal sudah pun membuat kenyataan seperti di bawah..

Tun Faisal

Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberikan terhadap diri saya dalam isu Calon Ahli Majlis Tertinggi. Saya amat-amat menghargainya. Cuma saya berharap kita semua dapat bertenang kerana saya di dalam proses membuat rayuan mengenainya. Jika boleh, biarlah pandangan dan hujah untuk menyokong atau tidak menyokong diberikan tanpa perlu mengaitkan mana-mana pihak.

Tidak timbul soal saya tidak mengembalikan Borang Pendaftaran Calon kerana borang tersebut sudah dikembalikan di hadapan puluhan saksi di PWTC pada hari Sabtu 21 September 2013.

Tidak timbul juga soal saya tidak merujuk kepada mana-mana pihak sebelum menawarkan diri dan mengembalikan Borang Pendaftaran Calon kerana saya telah merujuk kepada pelbagai pihak termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Malaysia, Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli bin Tan Sri Mohamed Ghazali.

Saya terkejut bila dimaklumkan bahawa nama saya digugurkan. Saya percaya walau apapun alasannya, adalah menjadi tanggung jawab saya untuk membuat rayuan terhadap keputusan ini.

Pertamanya, elok jika kita betulkan terlebih dahulu niat dalam membuat rayuan ini. Rayuan ini bukan mengenai keinginan saya untuk bertanding dan berebut jawatan, sebaliknya bagi menunjukkan kesungguhan di dalam usaha menawarkan diri bertanding di peringkat yang lebih tinggi agar saya dapat memberi sumbangan yang lebih berkesan terhadap usaha menyegarkan dan meremajakan parti serta membantu di dalam perjuangan agama, bangsa dan tanah air.

Kedua, rayuan ini bagi menunjukkan kesungguhan kerana saya membawa amanah dan nama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dalam pemilihan peringkat tertinggi parti. Tidak wajar untuk sekadar menerima keputusan Jawatankuasa Pemilihan UMNO Malaysia tanpa sebarang usaha untuk mempertahankan diri dan mengemukakan pendirian saya.

Ketiga, rayuan ini juga bukan tentang saya, Pemuda UMNO dan pemilihan tahun 2013 semata-mata, sebaliknya, ia juga tentang kes yang akan menjadi rujukan atau `precedent' bagi kes-kes seperti ini di masa akan datang. Jelasnya, bukan setiap orang pemimpin pergerakan Pemuda dan bakal Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia penggal 2013-2016 yang telah menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian atau sedang bertanding di peringkat Jawatankuasa Bahagian di Bahagian masing-masing. Kes ini akan menentukan sama ada mereka boleh menwarkan diri ke peringkat Majlis Tertinggi pada masa hadapan ataupun tersangkut atas alasan yang sama.

Keempat, rayuan ini adalah tentang nilai dan kedudukan jawatan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berbanding Ahli Jawatankuasa Bahagian; iaitu sama ada kedudukan jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia lebih berwibawa atau lebih rendah kewibawaannya berbanding Ahli Jawatankuasa Bahagian.

Kelima, rayuan ini adalah untuk mengembalikan tafsiran terhadap Perlembagaan UMNO kepada semangat asal dan tujuan pindaan Perlembagaan UMNO pada tahun 2009, iaitu menjadikan UMNO lebih demokratik, terbuka dan inklusif.

Saya akan menyampaikan surat rayuan ini kepada Timbalan Presiden Parti, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Setiausaha Politik beliau selepas solat Jumaat esok. Soal rayuan ini diterima atau tidak, itu soal kedua. Yang penting, pendirian dalam hal ini perlu diangkat dan saya berterima kasih kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Datuk Razali Ibrahim yang turut menyokong saya dalam hal ini.tunfaisal

MMI memberikan sokongan penuh kepada Tun untuk bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam pemilihan 2013-2016.Sebagai anak muda yang selama ini bertungkus-lumus membantu parti rasanya Tun Faisal perlu di berikan ruang dan peluang untuk meneruskan khidmatnya di peringkat yang lebih tinggi.

Apa pun MMI menghormati kenyataan Tun , sama-sama kita nantikan keputusan rayuan yang di buat oleh Tun Faisal semoga segalanya di permudahkan.

MMI

Jangan Gadaikan Maruah BANGSA !!


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat Malaysia bahawa pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng adalah petualang negara yang telah berjuang dan berazam untuk menjadikan tanah air yang dikasihi ini sebagai sebuah negara komunis.

Sehubungan itu, baginda meminta rakyat Malaysia agar mempelajari dan memahami sejarah negara dengan sebaik-baiknya dan jangan kerana ingin mendapatkan sokongan dan populariti sanggup menggadaikan maruah bangsa dan tanah air sendiri.

"Sejarah telah menunjukkan bahawa semasa perjuangan mempertahankan kedaulatan negara kita ini daripada menjadi negara komunis, kerajaan telah banyak mengeluarkan belanja bagi menghalang tujuan tersebut.

"Nyawa anggota tentera dan polis banyak yang telah terkorban, begitu juga orang awam yang terbunuh dan mengalami kesengsaraan disebabkan perbuatan Chin Peng dan pengganas komunis.

"Beta nasihatkan mereka yang cuba menjadi petualang dan menggadaikan negara ini kepada pihak luar agar segera menginsafi diri dan berhenti melakukan perkara yang durjana itu," titah baginda.

Baginda yang juga Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertitah demikian sempena Lawatan Operasi ke Pangkalan TLDM KD Sri Semporna-Unit Pasukan Khas Laut (Paskal) 2 di Semporna, Sabah hari ini.

Yang turut hadir Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, Panglima Angkatan Tentera Bersama (ATB2) Angkatan Tentera Malaysia, Laksamana Pertama Datuk Sulaiman Mohamad dan Pegawai Memerintah KD Sri Semporna, Kepten Ismail Shafai.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin turut mengucapkan tahniah kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah berganding bahu dalam menjayakan Op Daulat.

Baginda juga berharap semua yang terlibat agar terus bekerjasama dan sentiasa berkomunikasi supaya segala pergerakan dan hala tuju yang bakal dilakukan berjalan lancar serta meraih kejayaan yang berkesan, memberi hasil yang mantap dan cemerlang dalam mempertahankan kedaulatan negara.

"Beta menyeru kepada semua angkatan bersenjata di Malaysia supaya menanamkan kesetiaan dan rasa cinta kepada negara yang kita kasihi ini serta menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan hati yang cekal.

"Berjuanglah mempertahankan negara dan janganlah berundur walau setapak pun sehingga titisan darah yang terakhir.

"Dengan menanam sumpah dan tekad inilah, maka seluruh angkatan bersenjata yang mempertahankan negara ini akan berjuang bersungguh-sungguh dalam apa jua yang dihadapi," titah baginda.

Bersemangat MMI mendengar titah ucapan Sultan Sharafuddin Idris Shah , berderau darah dan semestinya seluruh rakyat Malaysia yang cintakan negara ini setuju dengan apa yang di ucapkan.Percayalah tidak ada orang lain yang mampu pertahankan negara kita selain dari kita sendiri.

Kita sudah membuktikan keupayaan kita selama ini pesanan MMI jangan sesekali menggadaikan maruah ini kepada petualang-petualang di luar sana yang rakus untuk berkuasa hingga sanggup menggadaikan segala-galanya.

Jangan butakan hati dan pekakkan telinga hanya kerana janji manis mereka-mereka yang jelas tidak pernah membantu negara di waktu susah.PERCAYALAH hanya kita bukan orang lain Insyallah anak bangsa akan terus terbela.

MMI

ADUN DAP Keluar Parti TANDA Puak-Puak Ni Memang BERMASALAH !!


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah kawasan Luyang daripada DAP, Hiew King Cheu, mengumumkan keluar parti dan berkata beliau akan menjadi wakil rakyat bebas.

King Cheu, yang meletak jawatan sebagai penasihat kepada jawatankuasa perhubungan negeri DAP beberapa minggu lepas, berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti lain.

"Ya, saya membuat keputusan untuk keluar parti. Bagaimanapun, saya akan kekal sebagai (Adun) Bebas," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

King Cheu berkata, beliau akan menghantar surat peletakan jawatannya kepada ibu pejabat parti lewat hari ini.

Selepas pilihan raya umum Mei tahun ini, Hiew bertelagah dengan beberapa pemimpin DAP Sabah susulan keputusannya untuk menyokong ADUN Klias Datuk Lajim Ukin sebagai Ketua Pembangkang Sabah sedangkan parti itu menyokong Adun Tamparuli Datuk Wilfred Bumburing. - BERNAMA

Untuk makluman sebelum ini Hiew King Cheu ni sudah pun menjadi liabiliti kepada parti DAP apabila telah menyatakan hasrat untuk keluar dari DAP.

Perkhabaran ini bukannya datang dari sumber UMNO atau pun komponen BN yang lain yang selama ini sering dikambing hitamkan dalam drama permasalahan parti DAP dan rakan sepakatannya, tetapi datang dari mulut ADUN Layang itu sendiri.

Maka janganlah pula ada kalangan bebalan dalam DAP atau PR yang terloncat sakan macam beruk kena belacan atau baring di tengah jalan untuk mempersoalkan kesahihan berita ini.


Antara faktor utama yang dikatakan menjadi punca timbulnya ura-ura ini khabarnya kerana tidak mahu kawasan yang dimenanginya tertinggal arus pembangunan dalam tempoh lima tahun mendatang dan kini beliau sedang mengambil kira pandangan penyokongnya samada untuk merealisasikan hasratnya itu atau sebaliknya.

“Saya menerima beberapa maklum balas daripada para penyokong dan kebanyakan mereka menasihatkan saya supaya keluar (parti) dan mencari alternatif untuk melakukan apa yang boleh dilakukan untuk rakyat,” itu penjelasannya seperti mana dilaporkan oleh Mstar Online beberapa hari lepas.

Pada 12 Ogos yang lalu Dr Hiew telah melepaskan jawatannya sebagai Penasihat DAP Sabah sehingga menimbulkan kegemparan dalam parti yang mana ia dikaitkan dengan perasaan tidak puas hatinya dengan pucuk pimpinan DAP di peringkat Pusat serta beberapa orang pemimpin DAP Sabah.

Sebelumnya beliau dilaporkan menerima surat tunjuk sebab dari DAP berikutan isu perlantikan Ketua Pembangkang di DUN Sabah dan sejak beberapa minggu kebelakangan ini pula dianggap sebagai pengkhianat yang cuba mensabotaj DAP dari dalam.

Terbaru The Star melaporkan pemimpin DAP Sabah yang dihubungi mengesahkan Dr Hiew yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu hampir pasti melompat keluar dari DAP. Ke mana arah haluannya samada Bebas atau parti lain tidak diketahui.

Yang pastinya jika ia menjadi kenyataan maka bergolak sakanlah DAP lebih-lebih lagi ketika parti anak beranak dinasti Lim itu sedang bergolak sakan gara-gara pemilihan CEC DAP terpaksa diadakan semula.

Sama-sama kita nantikan komen oleh Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang entah apa agaknya drama atau alasan tunggang terbalik yang akan di imaginasikannya kelak.

Adakah akan terpancul pula alasannya menyalahkan UMNO dan BN? Diikutkan tabie semulajadinya yang suka menyalahkan pihak lain, rasanya itulah alasan kelak, tak gitu? sumber 

MMI

Insiden PANAS Isteri Mat Yo Mohon MAAF !! BAGUSLAH ...


Sebenarnya MMI malas nak ambik pusing tentang cita puak-puak yang rasa besar kepala ni , rasanya dah ramai pun yang tau tentang satu rakaman video yang kini tengah panas macam goreng pisang tu.Maklumlah cita-cita macam ni memang cepat panas ye tak ? 

Tetapi melihat kepada sambutan di luar dugaan sampai tahap box office ni MMI terfikir inilah sebenarnya mentaliti segelintir atau sebahagian rakyat Malaysia yang kadang kalanya terlupa setiap tindakan dan kata-kata kita itu mampu menggoncang dunia.

Namun MMI optimis perkara-perkara sebegini sebenarnya ada jalan penyelesainya dan terbaru di beritakan mulut yang tak ada pagar tu dah pun memohon maaf di atas perbuatannya.

"Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya dipetik Berita Harian, hari ini.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.

“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar. ~Sinar Harian

Sebagai orang Islam rasanya cukuplah isu ini di perdebatkan , harapan MMI agar kedua-dua pihak yang bertelagah tu boleh duduk semeja dan sama-sama bermaaf-maafan.Percayalah kita hanya manusia biasa yang tidak sempurna dan kerana itu marilah kita bermuhasabah diri.

Tak rugi pun memohon maaf dan tak rugi pun memaafkan..

Cuma pesanan MMI lain kali Mat Yo sebagai suami yang ada di tempat kejadian tegurlah si isteri tu bukan apa kalau orang kata buruk , buruk bini kita juga.Jadi Mat Yo lepas ni steady sikit na !!

MMI

Kenapa @Azwanbro ??


Menjelang Pemilihan UMNO 2013 Jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO yang disandang Dato Razali Ibrahim kosong memandangkan had usia Dato Razali Ibrahim yang melebihi 40 tahun. Kekosongan ini membolehkan kerusi nombor dua tertinggi dalam sayap kiri UMNO dipertandingkan dalam pemilihan yang akan datang. 

Daripada enam calon yang berhasrat untuk bertanding, tiga nama dikatakan menjadi pilihan di kalangan pemuda manakala selebihnya dilihat sekadar memeriahkan pertembungan sepanjang proses pemilihan kelak.

Sebelum itu perlu diingat jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia merupakan individu kedua terpenting dalam sayap kiri UMNO. Jadi wajar calon tersebut memiliki keberanian untuk berdepan dengan sebarang cabaran.

Memerhati tiga senarai pilihan buat masa ini Khairul Azwan Harun menepati ciri-ciri pemimpin muda yang diperlukan.

Pertama dari segi gerak-kerja di peringkat bahagian dan negeri , MMI merasakan gerak kerja dan aktiviti yang dilakukan oleh Khairul Azwan Harun yang juga Ketua Pemuda UMNO Perak dilihat berjaya menarik minat anak muda Melayu di negeri tersebut. 

Akademi Pemuda antara satu platform yang berjaya digerakkan Khairul Azwan Harun, melalui akademi yang mempunyai 15 pekerja sukarela banyak kerja-kerja kebajikan melibatkan anak-anak yatim berjaya dilaksanakan di negeri Perak.

Selain itu aktiviti ilmiah serta latihan untuk ahli UMNO turut digerakkan dan ia sejajar dengan agenda mendidik dan memperkasakan ahli UMNO di peringkat akar umbi.

Bukan sahaja gerak kerja di peringkat negeri berjaya digalas dengan baik, keberanian Khairul Azwan Harun mencabar beberapa tokoh pembangkang seperti Ngeh Ko Ham, Nizar Jamaluddin setiap kali timbul isu berbangkit di negeri Perak antara ciri-ciri yang dikehendaki dalam pemuda.



Buatlah pilihan yang tepat ! Baca juga artikel berkaitan di SINI , SINI , SINI & SINI

MMI

Kenyataan Dari Pemimpin Negara Tentang ....


Inilah sikap seorang pemimpin apabila merendah diri di waktu dan saat yang di perlukan dan bangun berjuang memimpin angkatan perang di saat Bangsa , Agama & Negara di carik-carikkan.

Semua pihak sedia maklum kita baru sahaja kehilangan Ust Azizan dari parti PAS yang juga mantan Menteri Besar Kedah.Pemergian beliau semalam jelas merupakan satu kehilangan yang di rasai kerana allahyarham adalah seorang pemimpin yang boleh di bawa berbincang khususnya tentang perpaduan.

Walaupun beliau adalah wakil rakyat daripada kem pembangkang , YAB Datuk Seri Najib turut menyampaikan ucapan takziah dan rasa sedihnya di atas kehilangan allahyarham Ust Azizan.

Bukti bahawa kita semua adalah saudara seagama.

Dalam masa yang sama seorang lagi manusia bernama Mohd Kazim Elias yang selama ini sering di tuduh dengan pelbagai tuduhan oleh penyokong puak-puak pembangkang turut menyampaikan ucapan takziah tanda beliau prihatin.


Lihatlah dua insan yang mungkin berbeza kedudukannya tetapi hampir sama dari menerima cacian serta makian oleh mereka-mereka yang mengaku penyokong pembangkang langsung tidak mengambil endah dengan segala cacian sebelum ini.

Malah tampil mengucapkan takziah serta mendoakan semoga roh allahyarham Ust Azizan Razak di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.

MMI cuma nak tanya sesuatu , apa puak-puak PAS masih buta hati ???

MMI

Kenapa Perlu Tolak Pemimpin Muda Macam @tunfaisal ?? #TFourhope


Apa punya keputusan yang Rauf buat ni !! Kalau dulu dan sebelum ni bukan main hantam pemilihan CEC DAP , hari ni buka pekung sendiri buat peraturan dah semacam orang rimba.

Dua calon ahli Majlis Tertinggi (MT) bagi penggal 2013-2016, Tun Faisal Ismail Aziz dan Prof. Datuk Dr. Zainul Fitri Othman disahkan tidak layak bertanding bagi jawatan tersebut pada pemilihan UMNO Oktober depan.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh yang mengesahkan perkara itu memberitahu, faktor tidak pernah menjadi ahli jawatankuasa (AJK) Bahagian merupakan perkara asas yang menghilangkan kelayakan kedua-dua ahli parti itu untuk bertanding.

"Mereka (Tun Faisal dan Zainul Fitri) hilang kelayakan untuk bertanding MT kerana tidak pernah menjadi AJK Bahagian iaitu yang merupakan syarat asas untuk menjadi calon MT.

"Perkara asas itu tidak dapat dipertimbangkan lagi oleh pihak jawatankuasa. Mereka berdua tidak boleh bertanding," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Semalam, Jawatankuasa Pemilihan UMNO mengumumkan senarai calon MT yang disahkan bertanding pada pemilihan Oktober nanti adalah sejumlah 64 orang.

Bagaimanapun dua nama daripada jumlah itu tidak disenaraikan, iaitu Faisal calon bagi nombor 60 dan Zainul nombor 11. - UTUSAN ONLINE

Alo brader Rauf , 2 orang ni EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA !!! Lu bikin gua PANASSSSSS .....



MMI

Thursday 26 September 2013

Jeffri Salim Low Profile ??

 

Mungkin ada yang tak mengenali saudara Jeffri Salim , beliau merupakan anak Pulau Pinang yang kini menggalas amanah sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjung.Anak muda ini sekali pandang memang nampak garang namun jika di sapa Jeffri merupakan antara ketua-ketua pemuda di Pulau Pinang yang kaya dengan senyuman dan ramah dengan sesiapa sahaja.

Untuk makluman Jeffri adalah sebahagian daripada jentera pemuda di Pulau Pinang yang sama-sama berganding bahu dalam berdepan dengan rejim DApigs dan juga si Guan Eng ketua menteri paling celaka dalam negara.

Mungkin kerana wajahnya yang kadang kalanya nampak garang itu telah menyebabkan Guan Eng dan konco-konconya kecut perut dalam beberapa siri demontrasi dan kebangkitan rakyat Pulau Pinang sebelum PRU13 yang lalu. 

Malah Jeffri pernah di tahan oleh polis pada 2011 yang lalu kerana bersama-sama dalam demontrasi rakyat Pulau Pinang dan di beritakan mereka hampir menyerbu ke Komtar di mana pejabat Ketua Menteri berada.

MMI bukan berbangga kerana saudara Jeffri pernah di tangkap kerana berdemontrasi tetapi melihat kepada semangat anak muda ini yang sanggup berdepan dengan apa jua rintangan demi Bangsa , Agama & Negara.

Antara rekod kenyataan anak muda ini adalah isu papan tanda di Pulau Pinang yang membenakan papan tanda di jalan-jalan sekita Pulau Pinang di tulis dengan tulisan Jawi, Tamil & Cina.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjung, Jeffri Salim memberitahu, mereka akan mengadakan bantahan sekali gus meminta papan tanda itu diturunkan jika ia dilaksanakan kelak.
''Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan telah pun termaktub dalam perlembagaan negara ini, jadi pemasangan papan tanda jalan dengan pelbagai bahasa tidak perlu dilaksanakan.
''Sebagai rakyat negara ini, kita sepatutnya berbangga dengan bahasa Kebangsaan dan usaha memperkasakan bahasa Melayu ini perlu dilakukan semua rakyat negara ini tidak kira kaum," katanya.Baca Selanjutnya
Begitu juga dengan insiden si Guan Eng yang mengkritik secara terbuka Pegawai Kemajuan Negeri (SDO), Nik Ali Mat Yunus yang mereka anggap sebagai melampau dan tidak profesional.Kononnya dalam majlis perasmian naik taraf kereta kabel Guan Eng tidak di sediakan tempat duduk.Walhal perkara sebaliknya berlaku.
Jeffri Salim, berkata tindakan Guan Eng seolah-olah tidak mahukan negeri ini mendapat bantuan Kerajaan Pusat yang sememangnya komited membantu Pulau Pinang. 
"Hanya kerana kepentingan diri sendiri, Guan Eng sanggup berbuat demikian tanpa memikirkan mengenai nasib negeri yang masih memerlukan pembelaan Kerajaan Pusat. Nik Ali pegawai Persekutuan yang komited membantu rakyat Pulau Pinang sejak dulu lagi. Jasanya tidak boleh dilupakan, apatah lagi diperlekehkan seperti dilakukan Guan Eng," katanya.Seterusnya 
Jadi pada pandangan MMI rasanya tidak salah apabila anak muda ini menawarkan diri untuk bertanding sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi pemilihan 2013 yang akan datang.

Sebagai calon bernombor 38 , MMI menyeru kepada seluruh perwakilan di Pulau Pinang dan di seluruh negara berilah ruang dan peluang kepada anak muda ini untuk berkhidmat dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kerana sikap , keberanian dan tindakannya sudah mampu untuk kita tampilkan lagi seorang pemimpin muda yang berani seperti mana saudara Sheikh Husin Maidin yang sering menjadi mimpi ngeri buat Guan Eng.

MMI

PAU2013 Kenapa MERAK Tak Bertempat Ni ?? @tunfaisal


Proses pencalonan dah selesai dah ! Sekarang masanya untuk para calon serahkan pada perwakilan untuk di pilih dan ianya cukup mudah jika calon itu di rasakan layak maka layaklah jika calon itu tidak layak maka tidak layaklah.Belajarlah terima hakikat kerana pucuk pimpinan sudah pun melakukan proses tranformasi yang paling baik dalam sejarah parti UMNO.

Namun dalam keadaan paling baik itu pun maruah parti kita di calarkan oleh sebahagian daripada mereka-mereka yang MERAK tak bertempat. Oh ya mungkin ramai yang tak faham apa itu MERAK ! MMI suka nak maklumkan MERAK tu adalah bahasa orang utara dan ianya bolehlah diumpamakan seperti mana kera dapat belacan sehinggakan timbul perasaan bangga tak bertempat yang sebenarnya menyusahkan orang lain.

Macam tu lah yang berlaku sekarang , cukup memalukan !! MMI tak pastilah sama ada YAB Presiden parti tahu atau tidak tentang apa yang sedang berlaku sekarang.

MMI cukup terkilan apabila nama Tun Faisal selaku calon MT tiba-tiba tidak di benarkan bertanding dengan alasan beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan di peringkat bahagian.

Apa jadi ? Tun Faisal sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang selama ini bertungkus-lumus membantu UMNO dan BN pun di nafikan haknya untuk bertanding semata-mata kerana tidak berjawatan di peringkat bahagian.

Kihkihkih sapa-sapa yang buat keputusan ni MMI nak ucap tahniah sebab langsung tak dapat nak bezakan di antara jawatan di peringkat pusat dengan bahagian.

Nak kata BODOH nampak macam orang pandai-pandai yang buat semua ni , Nak kata BENGONG nampak macam orang cerdik-cerdik..Apa mungkin ada rasa panas tang mana-mana ka ?? 

Kepada Datuk Raof , Tajol Rosli dan katanya Muhyiddin sekali , ampa ni nak bagi parti kuat ka nak bagi jahanam ??? 

Hairan sungguh yang pernah jadi PENGKIANAT parti bukan main lagi layan tapi yang berjuang dan tak pernah tinggal parti macam-macam ampa buat !! Tranformasi apa yang ampa canang ni ???

Dalam masa yang sama MMI nak sentuh juga lembaga disiplin parti UMNO ni !!

Awat yang MANGKAQ sangat !! Bayangkan sejak keputusan PRU13 yang lalu baru semalam surat penggantungan mereka-mereka yang di katakan menentang parti di keluarkan.

Bukan soal MMI nak bela mereka yang menentang parti tetapi kenapa di keluarkan setelah proses pencalonan di lakukan ???? Tidakkah ianya menunjukkan seolah-olah parti UMNO ini dah macam PENAKUT sangat dah !!

Mana profesional lembaga disiplin parti ? Sepatutnya keputusan untuk menggantung atau apa-apa saja keputusan yang nak di buat oleh lembaga disiplin mestilah selepas pilihanraya umum dan sebelum mesyuarat di peringkat cawangan-cawangan di jalankan.

Untuk makluman ramai orang marah brader !! Sebab nampak sangat UMNO ni penakut takut mana-mana ketua di peringkat sayap dan bahagian kena sailang.

MMI pun tak mau cakap banyak sangatlah sebab ampa yang kat atas sana tu lebih bijak dan pandai dari semua orang jadi ampa buatlah apa yang ampa rasa elok.

Cumanya nak mintalah yang kat atas sana noo pikiaq dan tengok-tengok sama suara yang kat bawah-bawah ni sebab tak ada suara ni rasanya tak ada suara yang katas sana noo...

MMI

Al-Fatihah Gambar Terakhir Allahyarham Ustaz Azizan


Al-fatihah , walaupun kita berlainan fahaman politik tetapi atas dasar seagama maka MMI antara ribuan rakyat di luar sana yang merasakan kehilangan yang teramat sangat apabila Ust Azizan sudah pun pergi meninggalkan kita semua.

Jangan sesekali ada yang salah faham dengan perjuangan politik MMI apabila membaca kenyataan di atas kerana selama ini untuk makluman semua allahyarham adalah salah seorang pemimpin dalam pembangkang yang boleh duduk dan berbincang sesama kita untuk memastikan nasib orang Melayu di Malaysia terus di bela.

Dalam Kenangan
Malah allahyarham sebelum ini tidak mempunyai sebarang masalah untuk sama-sama hadir dalam program-program yang di susun oleh pihak kerajaan persekutuan khususnya di Kedah sehinggakan ada dikalangan penyokong-penyokong pembangkang sendiri menuduh allahyarham sebagai tali barut UMNO.


Bukan orang lain yang menghina allahyarham , orang sendiri anak muda penyokong pembangkang jadi tak perlulah MMI ulas panjang-panjang.

INILAH ASAM GARAM DALAM DUNIA POLITIK YANG PERLU KITA FAHAM !!

Apa pun kita sedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham Ust Azizan semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Amin.

Psst baik orang ni ..

MMI

Tuesday 24 September 2013

Lagi Sandiwara DAP Butakan Mata Rakyat !!


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria menganggap kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang berkaitan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM 40,000 setahun mulai 2014 kepada sepuluh ADUN UMNO di negeri terbabit adalah satu lagi sandiwara.

Katanya, kerajaan negeri pembangkang sengaja menimbulkan isu berkaitan peruntukan bagi menampakkan kononnya mereka adalah pentadbir yang cekap, akauntibiliti dan telus (CAT) sebagaimana slogan mereka.

“Ini adalah lakonan dalam politik kerajaan pembangkang di Pulau Pinang apatah lagi Ketua Menterinya adalah Setiausaha Agung DAP yang akan berdepan sekali pemilihan parti dalam masa terdekat maka semua ini adalah untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kononnya mereka adil,” katanya kepada UMNO-Online.

Dikatakan, pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang telah membincangkan berkaitan peruntukan terbabit dalam mesyuarat EXCO negeri yang diluluskan secara prinsip dengan peruntukan RM40,000 setahun ini ditetapkan dan akan dibentangkan dalam Belanjawan 2014 kepada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang akhir tahun ini.

“Isu ini sengaja ditimbulkan untuk dijadikan sebagai antara bukti dalam menggambarkan keadilan pentadbiran DAP di Pulau Pinang yang diterajui oleh Lim Guan Eng dan untuk menjadi alat dalam pemilihan Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP tak lama lagi.

“Jika benar terdapat peruntukan untuk ADUN maka sewajarnya bahagilah secara rata sebagaimana ADUN-ADUN mereka yang mendapat ratusan ribu atau jika mahu benar-benar telus untuk rakyat kenapa tidak peruntukan tersebut diberikan melalui pejabat-pejabat daerah yang sememangnya diselia oleh mereka secara terus?”

Katanya lagi, isu peruntukan tersebut sengaja ditimbulkan dalam keadaan DAP berdepan permasalahan dan semakin merudum dengan isu pemilihan CEC.Baca Seterusnya 

Kalau diikutkanlah peruntukan sebanyak RM40 ribu setahun yang di tawarkan oleh Rejim DAPigs kepada ADUN BN di Pulau Pinang sudah cukup untuk membuktikan betapa puak-puak ni cuba untuk membutakan mata rakyat.

Tahukah anda peruntukan kerajaan persekutuan selama ini kepada Pulau Pinang waima di bawah pentadbiran pembangkang sekalipun sudah mencecah RM7.73 Bilion.Baca Sini 

Jom kita belajaq matematik sikit RM40 ribu setahun jika di darab dengan 11 ADUN dan di darab pula dengan 5 tahun hanya melibatkan kos RM2.2 juta jauh berbeza dengan apa yang di sampaikan oleh kerajaan persekutuan selama ini.

Kalau nak kira telus tu tang mana yang telus sangatnya ?? 

Lagi satu MMI nak tanya Guan Eng , peruntukan RM40 ribu setahun tu kalau di bahagikan mengikut bulan apa yang boleh di buat oleh wakil rakyat di kawasan jika sebulan peruntukan yang di salurkan oleh Guan Eng hanyalah RM3,333.33 (lebih kuranglah) ?

Ya ! RM3 ribu tu memanglah peruntukan sapa nak bagi ya tak ? Tapi MMI tengok ianya lebih kepada usaha nak tunjuk dekat rakyat kononnya puak-puak DAPigs ni bertimbang rasa.

Ptuih !! Yang segala rumah dan kedai ampa roboh selama ni nak sebut apa ??? Kampung Buah Pala tu nak kira macam mana ?? Janji buat pusat dialisis sejak 2008 yang lalu jadi apa ?? Bagi WIFI percuma di seluruh negeri jadi apa ?? Naikkan surcharge bil air tu macam mana ???

Pegiiirahhhh....

MMI

Pemilihan UMNO ~ Ada Mata Yang Memandang !!


Proses pencalonan sudah pun selesai dan kini semua calon-calon sedang sibuk berkempen.Dah sudah semestinya bila kita menyebut tentang kempen akan ada sentuhan-sentuhan tertentu khususnya melibatkan wang ringgit.

Senang cita rasuah wang !! MMI rasa tak salah membangkitkan tentang perkara yang pernah menggemparkan kita satu masa dulu dan kalau diamati dengan teliti ianya bermula sewaktu era si Anwar masih dalam UMNO.

Jadi apa yang MMI nak khabarkan mudah ja dengan proses tranformasi yang parti UMNO lakukan kali ini sudah pasti ianya mampu mengekang aktiviti tidak sihat ini dari terus merebak.Dan seperkara yang harus di ingat ketika ini sudah ada MATA-MATA yang kini sedang memerhatikan setiap calon yang bertanding.

Menurut SPRM salah laku rasuah semasa pemilihan parti politik harus disiasat oleh lembaga disiplin parti terlebih dahulu dan hanya dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika perlu siasatan lanjut.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Shukri Abdull berkata, perkara itu meliputi semua parti politik di negara ini.

"Kalau dalam siasatan mereka ada bukti yang perlu disiasat dengan lebih lanjut, sila tampil dan serahkan bersama bukti kepada kami. Saya cadangkan biar lembaga (disiplin) buat keputusan dan jika ada apa-apa isu mereka boleh rujuk terus kepada SPRM.

"Bagi saya tidak timbul isu mana-mana parti termasuk Umno untuk menyembunyikan fakta, kerana kalau sembunyi dan tidak telus akhirnya yang rugi ialah parti itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Kompleks Pejabat SPRM Pahang, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan SPRM jika ada gejala rasuah semasa pemilihan UMNO bulan depan.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan siasatan penyelewengan Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam), Shukri berkata siasatan akan mengambil masa kerana membabitkan seluruh negara.

"Banyak saksi dan keterangan yang perlu kami rekodkan. Mengenai kenderaan yang kami rampas... 10 kenderaan mewah itu, SPRM tidak pernah pada bila-bila masa membuat pengumuman bahawa kereta itu milik mana-mana individu.

"Saya hairan macam mana media keluarkan bahawa kereta itu milik seseorang, sedangkan SPRM tidak pernah dedahkan dan saya tidak tahu daripada mana (maklumat) mengenainya datang," katanya.

Sebelum ini, bekas Setiausaha Politik kepada bekas menteri, Datuk Suhaimi Ibrahim bersama enam lagi individu ditahan oleh SPRM untuk membantu siasatan penyelewengan Dana 1Azam.

Mereka ditahan pada 20 Sept lalu sebelum dibebaskan dengan ikat jamin SPRM tiga hari kemudian.Baca Sini 

Mengenai kes Persatuan Bola Sepak Perak pula, beliau mengesahkan menerima laporan mengenai perkara itu semalam dan siasatan sudah dimulakan.

"Berikan kami masa... kami baru terima laporan daripada persatuan dan mana-mana persatuan yang mengesyaki berlaku (rasuah)... sila tampil dan bawa sekali bukti bagi memudahkan kami menjalankan siasatan," katanya. - BERNAMA

Sebelum itu Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) pada Isnin menggantung kesemua pegawai dan petugas pasukan Liga Super negeri itu selama dua minggu selepas mengesyaki berlaku elemen rasuah dan sabotaj dalam skuad itu.


Timbalan Presiden Pafa Khairul Azwan Harun berkata pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis hari ini untuk menyiasat kemungkinan berlaku rasuah dan sabotaj berikutan siri kekalahan pasukan itu dalam saingan Piala Malaysia.

"Kami juga menubuhkan pasukan petugas khas yang diketuai pengerusi jawatankuasa disiplin Pafa Datuk Ismail Saffian untuk menyiasat secara terperinci apa yang kami syaki ini.

"Siasatan akan dijalankan dalam tempoh dua minggu. Mereka akan melaporkan siasatan kepada Jawatankuasa Pengurusan Negeri dan Jawatankuasa Eksekutif Induk Pafa," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.Baca Selanjutnya 

Untuk rekod Khairul Azwan Harun atau Azwanbro adalah Ketua Pemuda Negeri Perak dan hari ini menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

MMI

ANEH Kenapa Pulau Pinang SUNYI SEPI !!


Rasanya dah masuk tempoh seminggu dah sejak rejim DAP mula di londeh sedikit demi sedikit oleh orang sendiri dan sejak itu jugalah suasana dari kem DAP sunyi sepi.Langsung tidak kedengaran sebarang kenyataan daripada pemimpin mereka.

Yang MMI nampak adalah rombongan para pemimpin DAP ke Bangkok bagi menyembah mayat Chin Peng musibat yang dah banyak membunuh rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu.

Apa pun dari cakap-cakap orang dalam , puak-puak musibat ni sekarang tengah kelam kelibut sebab dok cari jalan macam mana nak tangkis pendedahan demi pendedahan yang sebenarnya sudah pun menimbulkan rasa kurang senang dari kaum Cina di Pulau Pinang.

Kebanyakkannya kini sedar bahawa mereka selama ini telah di tipu hidup-hidup oleh pemimpin yang mereka agungkan sangat tu malah keagungan itu di angkat bukan saja dari kaum Cina tetapi juga kaum Melayu yang pernah menganggap Guan Eng sebagai TOKONG.

Hari ini apa berlaku ? 

Berdasarkan perlembagaan DAP Kongres Kebangsaan untuk memilih CEC diadakan setiap tiga tahun sekali. 

Pada tahun 2012 jumlah cawangan DAP seluruh Malaysia yang mempunyai Sijil A sebanyak 865 cawangan dan cawangan Sijil B pula 150 cawangan. Manakala cawangan penaja pula 70 cawangan. Hanya cawangan Sijil A sahaja yang boleh menghantar perwakilan bagi memilih CEC. 

Kesemua 865 cawangan Sijil A telah selesai mengadakan mesyuarat mereka pada awal tahun 2012 untuk memilih perwakilan ke Kongres Kebangsaan seterusnya mengundi untuk memilih 20 orang anggota CEC. 

Jumlah perwakilan bagi setiap cawangan bergantung kepada jumlah keahlian.

15-25 ahli – Seorang perwakilan 
26-50 ahli – Dua orang perwakilan tambahan 
51-100 ahli – Seorang perwakilan tambahan 

Cawangan-cawangan yang selesai bermesyuarat akan menghantar senarai nama perwakilan ke pejabat Setiausaha Agung. Jumlah perwakilan untuk 865 cawangan adalah 2576 orang. 

Apabila senarai perwakilan sampai ke tangan Lim Guan Eng, beliau dan bapanya akan membuat semakan terlebih dahulu untuk mengenal pasti perwakilan-perwakilan yang pro mereka dan yang pasti akan memberi undi kepada mereka. 

Lim Guan Eng mahu memastikan bapanya mendapat undi terbanyak dan beliau undi kedua terbanyak. Beliau tidak mahu berada jauh dari kedudukan bapanya. 

Semakan yang dilakukannya mendapati mereka dua beranak akan berada di tangga yang lebih bawah daripada calon-calon lain. Lim Guan Eng menangguh untuk memanggil Kongres Kebangsaan dan meminta dua orang suruhannya iaitu Anthony Loke dan Tony Pua melakukan kajian lanjut ke atas perwakilan bagi mengetahui tahap sokongan mereka terhadap Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan kumpulan Lima Harimau. 

Keputusan kajian yang dilakukan oleh Anthony Loke dan Tony Pua mendapati Lim Kit Siang mampu memperolehi 1060 undi dan berada di tangga ke 11. Lim Guan Eng pula hanya mampu meraih 1029 undi dan berada di tangga ke 13. Manakala kumpulan Lima Harimau menduduki tangga lima teratas. 

Teng Chang Kim - 1905 undi 
Nga Kor Ming – 1828 undi 
Chow Kon Yeow – 1739 undi 
Boo Cheng Hau – 1711 undi 
Ngeh Koo Ham – 1577 undi 

Antara sebab perwakilan tidak mahu mengundi Dinasti Lim kerana sikap bodoh sombong serta angkuh Lim Guan Eng. Manakala perwakilan kaum india pula marah kerana isu Kampung Buah Pala. 

Lim Guan Eng terpaksa menangguhkan lagi untuk memanggil Kongres Kebangsaan kerana sebab-sebab ini. Dia meminta Tony Pua dan Anthony Loke melakukan sesuatu bagi memastikan bapa dia berada di tangga pertama, dia di tangga kedua, Karpal Singh di tangga ketiga dan dua lagi orangnya berada tangga lima teratas menerima undi terbanyak. 

Tahun 2012 semakin hampir ke penghujungnya. Kongres Kebangsaan untuk memilih CEC perlu diadakan sebelum berakhirnya tahun 2012. Sekali lagi Lim Guan Eng mengarahkan Anthony Loke dan Tony Pua melakukan taktik kotor untuk memastikan Dinasti Lim terus menguasai DAP. 

Perlembagaan DAP menetapkan notis untuk memanggil Kongres Kebangsaan perlu diberikan kepada perwakilan dalam tempoh 10 minggu sebelum tarikh kongres. 

Kongres Kebangsaan telah diadakan pada 15 dan 16 Disember 2012 di PISA Pulau Pinang. 

Antara taktik kotor yang digunakan Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua seperti berikut. 

1.Mengeluarkan notis kepada perwakilan untuk memanggil Kongres Kebangsaan dalam tempoh kurang dari 10 hari. Ianya dilakukan secara senyap supaya tidak menarik perhatian orang dalam dan luar parti. 

2.Notis hanya diberikan kepada 1726 orang perwakilan dari cawangan Sijil A yang telah dikenal pasti sebagai orangnya. Jumlah keseluruhan perwakilan adalah 2576 orang. Sebanyak 1300 perwakilan yang dikenal pasti menentangnya tidak diberikan notis. 

3.Notis turut diberi kepada 547 orang perwakilan haram yang dipilih oleh Anthony Loke dan Tony Pua yang mana 547 orang itu adalah orang-orang yang boleh mengikuti arahan mereka. 

4. Perwakilan tidak dibekalkan senarai 2576 orang yang layak mengundi pada hari berkenaan. Sedangkan perlembagaan menetapkan setiap perwakilan perlu diberikan senarai perwakilan-perwakilan yang layak mengundi untuk memilih CEC. 

5.Lim Guan Eng melantik pembantu setia bapanya, Pooi Weng Keong sebagai pegawai pengurus pemilihan. 

6.Tempat mengundi dan kotak undi berasingan untuk 547 perwakilan haram yang dipilih oleh Anthony Loke dan Tony Pua. Satu laluan khusus telah disediakan untuk perwakilan haram ke tempat pengundian supaya tidak disedari oleh perwakilan lain dan kumpulan Lima Harimau. 

7.Perwakilan haram hanya diminta mengundi enam nama sahaja, sepatutnya mereka perlu mengundi 20 nama untuk mengisi CEC. Mereka hanya diminta untuk mengundi Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Chong Chieng Jin, Anthony Loke dan Vincent Wu. Selebihnya 14 nama lagi akan ditandakan oleh pasukan yang diketuai Anthony Loke dan Tony Pua. 

Kebiasaanya keputusan pemilihan CEC yang sebelum itu akan diumumkan sekitar jam 5 atau 6 petang. Bagaimanapun untuk CEC ke 16 ianya berlaku kelewatan yang ketara. Ini disebabkan pasukan Anthony Loke dan Tony Pua memerlukan masa yang panjang untuk membahagi-bahagikan 7658 undi yang dikosongkan oleh 547 perwakilan haram supaya ianya nampak logik dan tidak dipertikaikan oleh perwakilan yang sah. 

Akhirnya keputusan CEC diumumkan menjelang jam 9 malam. Keputusannya sama seperti yang dirancangkan oleh Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua. 

Lim Kit Siang – 1607 undi 
Lim Guan Eng – 1576 undi 
Karpal Singh – 1411 undi 
Chong Chieng Jin – 1211 undi 
Anthony Loke – 1202 undi 
Vincent Wu – 1202 undi 
Tan Kok Wai – 1199 undi 
Gobind Singh – 1197 undi 
Tony Pua – 1162 undi 
Teng Chang Kim – 1152 undi 
Fong Kui Lun – 1137 undi 
Nga Kor Ming – 1075 undi 
Chong Eng – 1006 undi 
Chow Kon Yeow – 986 undi 
Liew Chin Tong – 984 undi 
M. Kulasegaran – 984 undi 
Boo Cheng Hau – 958 undi 
Teresa Kok – 925 undi 
Teo Nie Ching – 903 undi 
Ngeh Koo Ham – 824 undi 

Apabila keputusan diumumkan , ahli senior DAP Dr Tan Seng Giaw menjadi marah dan membuat kecaman secara terbuka bahawa terdapat penipuan dan manipulasi undi. Ramai perwakilan dan calon-calon CEC terkejut bagaimana Anthony Loke, Vincent Wu dan Tony Pua mendapat undi yang begitu tinggi mengatasi mereka yang lebih senior dan mempunyai penyokong yang ramai seperti Teng Chang Kim, Boo Cheng Hau dan Chow Kon Yeow. Mereka merasakan ini satu keputusan yang tidak masuk akal. 

Apa yang terjadi seterusnya ? Saya akan dedahkan dalam episod yang akan datang.sumber 

MMI

Labels