Followers

Saturday, 31 May 2014

#PRKTELUKINTAN Siapa Yang Patut Di Pilih ?!


Di laporkan sehingga kini proses pengundian di Teluk Intan berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa laporan yang mengatakan ada berlaku ketegangan di beberapa tempat namun semuanya dapat di kawal dan di tangani dengan baik oleh pasukan Polis yang bertugas.

Biasalah dalam mana-mana PRK sudah semestinya timbul beberapa perkara yang boleh mengundang kepada rasa tidak puas hati dan selalunya ia dapat di selesaikan.

Begitu juga dengan PRK di Teluk Intan kali ini rata-rata pengundi sebenarnya agak celaru untuk membuat pilihan sekiranya faktor calon di jadikan sebagai kayu ukuran.

Bagi mereka yang masih tak pasti tu MMI sarankan supaya teruskan membaca kurang-kurang dapat pencerahan.

Dyana baru dua tahun dalam politik DAP manakala Mah berpengalaman lebih 30 tahun bermula dari bawah dan kini Presiden Gerakan.

Mah pula pernah dilantik timbalan menteri dan bakal dilantik Menteri jika keputusan PRK Teluk Intan memihak kepadanya.


Beliau juga sudah berbakti kepada penduduk Teluk Intan sebagai ahli parlimen sebelum kerusi berkenaan dirampas DAP sejak PRU 12.

Inilah antara klu kepada pengundi-pengundi di Teluk Intan sama ada mahu yang muda tidak matang atau tokoh berpengelaman.

Persoalan kini, mampukan BN menawan semula kerusi parlimen itu setelah Mah kalah dengan majoriti 7,313 pada PRU 13?

Dengan ambil kira kemenangan Ramkarpal Singh di PRK Bukit Gelugor minggu lalu, BN tidak boleh meletak harapan besar apatah lagi jika berfikiran dapat menambah undi kaum Cina di Teluk Intan.

Pada PRU 13, hanya kira-kira 22 peratus pengundi Cina menyokong BN, India 45 peratus manakala Melayu 72 peratus.

Kajian jentera BN mendapati, Mah memerlukan 40 peratus undi Cina, 60 peratus undi India dan 75 peratus undi Melayu.

Mah mungkin boleh mendapat sokongan 75 peratus undi Melayu kerana isu penentangan hukum hudud.

Sekurang-kurangnya ada penyokong PAS dan PKR akan member undi kepada Mah kali ini.

Undi India mungkin bertambah 5 hingga 10 peratus dan undi Cina pula jika bertambah mungkin kurang 5 peratus kepada 27 peratus sahaja.

Perkiraan ini tidak membolehkan Mah menang.

Faktor lain yang boleh membuka peluang beliau adalah dengan pengundi muda atau saluran tiga ke atas yang tinggal di luar kawasan yang dahulu mengundi DAP tetapi tidak tidak pulang mengundi kali ini.

Untuk rekod BN memperolehi 20,086 undi manakala DAP mendapat 27,399 undi pada PRU 13.

Secara tepatnya undi Cina hanya 3,077;Melayu 14,291 dan india 4,072.

Sekiranya pertambahan kiraan di atas jadi kenyataan, Mah akan  memperolehi pertambahan undi kira 1383 undi.

Jika jumlah pengundi keluar sama seperti PRU 13, dan BN dapat mengekalkan jumlah pengundi lalu, jumlah undi Mah Cuma 21,469 undi dan itu tidak cukup untuk menewaskan Dyana  jika momentum sokongan PRU lalu kekal kepada calon DAP itu,

Sebenarnya Mah hanya perlu 3,660 undi tambah untuk menang tipis menewaskan calon DAP itu.

Diharap klu Abby Abadi memberi kelebihan kepada Mah bagi mengenepikan Dyana.Baca Sini

kredit bnbbc

MMI

KEJUTAN ABBY Kempen Untuk BN Di Teluk Intan ?!!


Tiada sesiapa boleh menghalang  60,349 pengundi berdaftar di Teluk Intan memilih ahli parlimen mereka, Sabtu.

Pilihan amat mudah kerana PRK Teluk Intan hanya pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

Pecahan pengundi pula terdiri daripada 23,301 pengundi Melayu, 25,310 pengundi Cina dan 11,490 pengundi India.

Sebahagian besar mereka tentu mengenali Mah atau Dyana sama ada melalui media, poster dan mungkin juga sempat  bertemu serta berjabat tangan dengan kedua-dua calon sepanjang tempoh berkempen.

Memang diakui, Dyana calon tunggal Melayu yang diketengahkan DAP sejak penubuhannya cukup popular.

Apatah lagi dengan kenyataan beliau akan menentang pelaksanaan hukum hudud selaras kehendak partinya.

Banyak juga kelemahan beliau ketika berkempen yang menunjukkan Dyana awal-awal lagi sudah dicucuk hidung oleh DAP.

Pernah dalam sidang media, Dyana sepatutnya menjawab soalan tetapi Lim Kit Siang yang ‘merampas’ mikrofon dan menjawab.

Bagaimanapun, Dyana nampaknya masih jadi kegilaan dan keterujaan banyak pihak terutama golongan muda yang sebaya dengan Dyana.

Barangkali juga kerana paras rupanya, ada yang tidak memikirkan soal sama ada Dyana layak atau tidak menggalas tugas sebagai wakil rakyat jika terpilih nanti.

Justeru itu, biarkanlah jika ada segelintir anak muda yang jadi pengundi pada kali ini berderet-deret mahu bergambar dengan Dyana atau meminta calon glamour itu menurunkan tandatangan di baju atau sebagainya.

Mustahil anak-anak muda ini berfikir panjang soal masa depan kerana mereka lahir di zaman segala kemudahan didepan mata.

Cuma bagi yang boleh berfikir pajang dan waras, kisah permohonan cerai pelakon Abby Abadi atau Arbaiyah Abdul Manan dengan  Muhammad Noor Farhan ada pengajarannya.

Abby yang mendirikan rumahtangga kali kedua  mendakwa antara sebab mereka mahu berpisah kerana faktor usia suaminya yang lebih muda dan tidak matang.

Pelakon itu berusia 37 tahun dan 12 tahun lebih tua daripada suaminya.

Berbanding usia Dyana 27 tahun, calon DAP itu juga dalam kategori ‘muda’ dan mungkin ‘tidak matang’ berbanding Mah,53 tahun.

Mungkin akan ada yang mengatakan ini satu lagi propa untuk back up calon BN , tak kisahlah apa pun cuma sekurang-kurangnya kita berfikir selepas PRK Teluk Intan akan ada lagi ke senyuman dekat bibir Dyana ? Atau senyuman Kit Siang atau kelibat Kit Siang di Teluk Intan ?

Sambung di artikel seterusnya..

MMI

Friday, 30 May 2014

PANAS Pendedahan PROPA Guan Eng & DAP #PRKTELUKINTAN

      image

      image

      image

      image

      image

      image

      image

      image

      image

      image

      image

Sebarkan .... sumber pisau.net

MMI

Punya Mangkaq Puak-Puak Macai Ni ...


Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha

Punya nak back up memang mangkaq gilalah ...

Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha

Itu siti Nurhaliza beb bukan Si Melayu Cauvinist tu ...

Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha


Agak-agak beb ...


Malas aah nak tulis .. nak keluar pegi minum dengan kawan-kawan jap macai ! macai ! Hehehehehehehe...

MMI

#PRKTELUKINTAN Kempen Saat Akhir Guan Eng Mula Buat SEDIH


Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum para pengundi di Teluk Intan turun menunaikan tanggungjawab mereka memilih seorang wakil rakyat bagi mewakili mereka di peringkat Parlimen.Seperti biasa juga parti-parti politik yang bertanding akan cuba untuk menyelesaikan segala perkara khususnya yang melibatkan pengundi sebelum jam 12 tengah malam nanti.

Dalam kesibukan itu MMI mula mengesan taktik desperado yang sudah pun di mainkan oleh kem pembangkang.Kalau tak silap ianya sudah bermula sejak siang tadi kerana DAP tahu PRK Teluk Intan yang pada awalnya di lihat mereka sebagai lubuk emas bukan seperti mana yang di sangkakan.Kini setelah proses kempen di jalankan ternyata ia bukan seperti mana yang mereka sangkakan.

Tentangan sengit yang di berikan oleh Barisan Nasional melalui gerak kerja tersusun jenteranya benar-benar di rasai oleh kem DAP dan kerana itu Lim Guan Eng sendiri mengakui bahawa terdapat pengundi kaum cina yang menolak pencalonan Dyana Sofya sebagai wakil DAP.

Apa pun MMI nak ingatkan khususnya kepada jentera Barisan Nasional jangan sesekali leka dan termakan dengan umpan murahan lakonan Guan Eng itu kerana di sebalik kebimbangan mereka terdapat strategi licik untuk menagih undi simpati.

Petang tadi MMI mendapat perkhabaran bahawa berlaku kejadian balingan molokov koktail terhadap salah satu rumah jentera UMNO yang bertugas di Teluk Intan.Namun sejauh mana kesahihan maklumat tersebut MMI sendiri belum pasti , insyaallah MMI akan cuba dapatkan pencerahan untuk di muatkan di artikel yang selanjutnya.

Jika kejadian itu benar maka ia membuktikan parti lawan DAP juga sebenarnya risau dengan keadaan semasa.

Kepada pengundi di Teluk Intan , MMI ingin berpesan pilihlah calon Barisan Nasional Mah Siew Kong .. walaupun beliau bukan berbangsa Melayu tetapi beliau adalah sebahagian daripada pasukan dalam Barisan Nasional di mana UMNO yang menjadi terasnya.Malahan saudara-saudara ini kekal menghormati kontrak sosial yang telah di meterai sejak dulu. 

Berbeza dengan calon DAP , Dyana Sofya walaupun berbangsa Melayu beliau perlu akur kepada perjuangan DAP bersama Pakatan Haprak yang secara terang-terangan sudah pun menolak beberapa perkara yang menjadi kontroversi sebelum ini.Rasanya semua pihak sedia maklum dan keduanya bukan Dyana yang menentukan dasar partinya kerana DAP di pimpin oleh taiko-taiko daripada dinasti LIM dan sahabat-sahabat dinasti yang lain.

Kena fikir sikit brothers & sisters ..

MMI

Tak Cukup Sekadar MengHALALkan ...


Isu DNA babi yang terdapat dalam penghasilan coklat keluaran Cadbury jelas telah mengundang keresahan banyak pihak khususnya bagi jutaan orang-orang Melayu dan Islam di Malaysia.

Seperti banyak pihak sedia maklum soal makanan HALAL sememangnya menjadi perkara paling penting kepada orang Melayu dan Islam di Malaysia kerana agama Islam telah melarang umatnya daripada memakan sebarang makanan yang tidak HALAL.

Isu ini bermula apabila Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mengandungi DNA babi atau porsin.

DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.

Serentak dengan itu maka Majlis Fatwa Kebangsaan melalui Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu 'halal dimakan', 

Dalam kenyataannya baru-baru ini beliau turut berkata "Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan".

"Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'. 

Bagi kebanyakkan rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu dan Islam kenyataan rasmi yang di keluarkan oleh pihak JAKIM itu amat bertepatan sekali tatkala banyak pihak sedang resah namun tindakan menghalalkan coklat Cadbury mengandungi DNA babi oleh Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin di anggap sebagai tindakan yang tidak wajar.


Apakah Majlis Fatwa Kebangsaan mahu menutup kelemahan pihak JAKIM yang terlepas pandang di dalam memberikan cop HALAL kepada pengeluar seperti Cadbury yang tidak prihatin kepada sensitiviti rakyat Malaysia ?

Ini bukan hal yang boleh di buat sambil lewa kerana melibatkan kepentingan serta sensitiviti jutaan orang Melayu dan Islam di luar sana.

Seperkara yang harus di fikirkan adalah insiden ini berlaku kerana di sebabkan kecuaian pihak pengeluar yang telah dengan sengaja atau tidak melibatkan bahan berunsurkan babi di dalam produk-produk keluarannya.

Maka tindakan paling wajar pada ketika ini selain daripada mengeluarkan fatwa menghalalkan pemakanan sebelumnya kerana faktor di luar kawalan seharusnya di susuli dengan penarikan balik sijil HALAL yang di keluarkan kepada pihak Cadbury.

Tindakan ini di lihat lebih efisien kerana dengan penarikan balik sijil HALAL terbabit pihak pengeluar harus mengemukakan semula permohonan untuk mendapatkan pengesahan sijil HALAL daripada JAKIM seterusnya kajian serta siasatan secara menyeluruh dapat di lakukan semula.

Malahan adalah lebih adil sekiranya pihak berwajib dengan kerjasama JAKIM mengenakan tindakan terhadap Cadbury seperti menyita dengan serta merta kilang-kilang pengeluaran produk tersebut sebagai hukuman kerana telah melanggar etika pengeluaran makanan HALAL.

Dengan kaedah ini sudah barang pasti ia bukan sahaja akan menjadi pengajaran kepada pengeluar-pengeluar makana HALAL yang lain tetapi juga mampu meredakan keresahan orang-orang Melayu dan Islam yang kini sudah mula bimbang dengan produk-produk makanan HALAL khususnya yang di keluarkan oleh mereka-mereka yang bukan beragama Islam.sumber 

MMI

ISU CELAKA - JAHARA Desak DAP Ambil Tindakan TEGAS


Ekoran daripada tindakan biadap Adun Seri Delima RSN Rayer yang mengucapkan kata-kata kesat terhadap UMNO dan orang Melayu , sekumpulan orang Melayu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bertindak menyerbu ke dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

Tindakan biadap yang sama sekali menghina itu di lakukan oleh seorang pemimpin yang mengaku sebagai wakil rakyat.Selain daripada rempuhan ke dalam dewan , himpunan juga turut berlaku di depan pintu masuk bangunan Dewan Undangan Negeri sehingga memaksa pihak berkuasa membuat kawalan keselamatan.

Namun segala yang berlaku itu bersebab dan antara penyebabnya adalah orang Melayu tidak mampu lagi menahan perasaan marah dengan tindakan sebiadap Adun Seri Delima yang secara terang-terangan menghina orang Melayu.

Kumpulan yang berhimpun pada hari kejadian tersebut hanya menuntut permohonan maaf daripada RSN Rayer di atas keceluparan mulutnya menghina orang Melayu namun beliau tidak melakukannya.

Keadaan menjadi lebih panas apabila Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng dalam kenyataannya di salah satu media cetak semalam telah mendesak pihak Polis supaya segera mengambil tindakan terhadap kumpulan yang menyerbu masuk ke dalam dewan.

Bertindak atas kenyataan tersebut YB Dato Jahara Hamid hari ini tampil mengulas kenyataan yang di buat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang terbabit.

Kenyataan Akhbar Ybhg. Dato’ Jahara Binti Hamid pada 29 Mei 2014

Saya merujuk kepada laporan Akhbar The Star muka surat 31 pada 29 Mei 2014 yang menyatakan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang menggesa Peguam Negara untuk menjalankan siasatan di bawah seksyen 121(b) dan 124(B) Kanun Jenayah terhadap mereka-mereka yang masuk ke Dewan Negeri Pulau Pinang pada 21 Mei 2014 yang lalu.

Saya ingin mengulas kenyataan tersebut dan menyatakan bahawa saya selaku Ketua Pembangkang telah memohon maaf secara terbuka pada keesokan harinya,22 Mei 2014 atas kejadian mereka memasuki ke dalam Dewan Undangan Negeri. Saya ingin menjelaskan bahawa mereka masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri tersebut untuk berjumpa dengan YB Seri Delima untuk beliau meminta maaf di atas kenyataan beliau “ UMNO Celaka”.Perlu diingatkan bahawa UMNO adalah salah satu parti yang mewakili majority Bangsa Melayu di tanah air kita dan perjuangan UMNO sejak tahun 1946 sehingga kita mencapai kemerdekaan sehingga sekarang turut memperjuangkan hak-hak kesemua bangsa di Malaysia tidak boleh diperkecilkan.

Oleh itu,kenyataan YB Seri Delima telah menyebabkan perasaan benci dan bermusuhan antara kaum. Semasa kejadian 21 Mei 2014 ianya berlaku semasa waktu rehat Dewan dan tidak terdapat sebarang prosiding ketika itu. Mereka hanya meminta YB Seri Delima memohon maaf di atas kenyataan beliau bahawa

“ UMNO Celaka ”

Saya di sini ingin mempersoalkan kenapa individu yang menyebabkan kejadian ini tidak diambil tindakan .Beliau bukan sahaja menyatakan perkataan itu di dalam Dewan tetapi turut menyatakan semasa berkempen di Pilihan Raya kecil Bukit Gelugor keesokan harinya di khayalak ramai.

Terdapat banyak laporan polis yang telah dibuat atas kenyataan YB Seri Delima. Demi keadilan, saya menggesa individu yang telah menyebabkan kemarahan sehingga berlaku kejadian 21 Mei 2014 di Dewan Undangan Negeri diambil tindakan yang tegas di bawah Seksyen 31(e) Akta Hasutan 1948.

Saya juga menggesa Parti DAP agar mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin-pemimpin serta ahlinya-ahlinya yang sengaja menimbulkan kemarahan  serta mengangu gugat kestabilan, keharmonian dan perpaduan antara kaum di Malaysia.

MMI

Bercakap La Pandai Lagi !!


Kerajaan negeri DAP di Pulau Pinang hari ini terpaksa mengaku bahawa projek pembinaan parkir di Bukit Bendera tidak dapat di siapkan mengikut jadual setelah ianya di tangguhkan untuk kali pertama sebelum ini.

Alasan demi alasan di berikan oleh mereka ternyata mengundang pelbagai rekasi berbeza daripada masyarakat memandangkan kerajaan DAP sering kali menyebut bahawa mereka mementingkan kecekapan serta akauntibiliti dalam melaksanakan sebarang usaha melibatkan kepentingan rakyat.

Sehingga tempoh yang di berikan nampaknya projek bangunan parkir di Bukit Bendera terpaksa di tangguhkan lagi kerana alasan yang sama iaitu masalah kedudukan batu besar.

Hah kenapa bagi alasan ? Kenapa tak siapkan mengikut jadual ?

Kalau kena dekat BN bukan main lagi ... 


Puak ni cakap ja pandai !!

MMI

DAP Kata BN Punya HACKERS Bertaraf Dunia HEBAT ! HEBAT ! #prktelukintan


DAP hari ini mendakwa bahawa telefon bimbit yang digunakan oleh seorang  yang bertanggungjawab untuk kempen parti berkenaan untuk membawa pengundi luar sempena Pilian Raya Kecil (PRK) Teluk Intan Sabtu ini telah digodam.

Ketua strategi pilihan raya parti itu Dr Ong Kian Ming berkata pengundi luar kawasan yang menghubungi nombor berkenaan untuk membeli tiket bas ke Teluk Intan pada kadar subsidi, menerima mesej teks daripada nombor telefon yang dimiliki oleh seorang yang dikenali sebagai Chee Fu Yue.

Mesej SMS berkenaan menggesa mereka untuk mengundi calon Barisan Nasional (BN ) Datuk Mah Siew Keong, kata Ong.

Mesej yang ditulis dalam bahasa Cina berkata:  “Esok adalah hari pengundian. Saya secara ikhlas meminta semua rakyat yang dihormati untuk mengundi saya,  Mah Siew Keong. Saya berjanji saya akan bekerja untuk masa depan TI."

Semua kenalan Chee menerima mesej yang sama, termasuk ahli-ahli DAP.

Ong mendakwa BN telah melakukan ini untuk memastikan kehadiran rendah untuk PRK Sabtu ini, dimana DAP dijangka kehilangan kurang daripada 65 peratus daripada pengundi.

"BN dan penyokong mereka perlu berasa malu untuk mengodam telefon bimbit yang diguna untuk menerima panggilan daripada pengundi luar kawasan Teluk Intan yang ingin membeli tiket bas dari Lembah Klang ke Teluk Intan,” kata Ong yang turut berkata  BN  mempunyai peluang yang amat rendah untuk menang jika 70 peratus jumlah pengundi yang layak hadir untuk mengundi.

DAP telah mula menawarkan subsidi tiket bas sebagai sebahagian daripada kempen "Jom Balik Undi" , selepas susulan kadar pengundi yang hadir pada PRK Bukit Gelugor iaitu hanya  56.04 peratus yang dicatatkan.

Pada pilihan raya umum lepas, Teluk Intan mencatatkan 80 peratus yang keluar mengundi , angka yang tertinggi pernah dicatatkan di kawasan itu .

Terdapat lebih dari 60,000 pengundi di Teluk Intan.

Mah berhadapan dengan DAP Dyana Sofya Mohd Daud dalam pertandingan satu lawan satu .Hari pengundian adalah Sabtu ini.astro awani

MMI kata memang hebatlah BN sampai bab godam-godam huhuhu tapi ada satu lagi yang agak menarik untuk ampa renung-renungkan .. Bila kena dekat depa sebut SUBSIDI kalau BN buat RASUAH !! Terbaiklah DAP.

MMI

PUNGGAH DAH !!! Lagi Gambar Dyana Mula Tersebar


Bahang PRK Teluk Intan semakin terasa dan sudah semestinya hari terakhir bagi semua parti politik yang bertanding merupakan hari-hari yang cukup penting khususnya bagi menyelesaikan kempen-kempen yang mungkin masih ada yang belum di selesaikan.(Gambar Atas Sekadar Hiasan)

Cuma sejak semalam kecoh dengan penyebaran gambar terbaru tentang calon DAP yang sudah pasti akan bikin panas.Sejauh mana panas tu MMI tak berani nak komen sebab ampa semua lagi layak untuk menilai jadi tak payah tunggu lama jom kita terjah ja...

Tapi sebelum tu MMI nak bagitau awal-awal guna akal fikiran yang waras untuk menilai jangan guna nafsu YAAAA ....


MMI

Thursday, 29 May 2014

Dasyatnya MELAYU


Ini kisah yang keluar sendiri dari mulut penceramah popular, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Ia diceritakan depan 3,000 orang yang hadir mendengar ceramah Israk Mikraj yang disampaikan beliau di kampung Batak Rabit Teluk Intan pada Rabu malam.

Menurutnya, ini kali pertama beliau mengakui depan orang ramai, iaitu beliau merasa terkilan dan menyesal kerana menolak tawaran Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk dilantik Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Disember lalu.

Katanya setelah difikirkan kembali, sekiranya perlawaan itu diterima, sedikit sebanyak akan dapat membantu usahanya berdakwah dan mengajar agama Islam di negara ini.

“Ketika perjumpaan empat mata bersama Datuk Seri Najib, saya telah diberikan tugas untuk memberikan fokus kepada beberapa perkara antaranya memupuk semangat dan jiwa Islam kepada anak-anak sekolah, remaja dan golongan belia serta memastikan siaran televisyen dipenuhi dengan rancangan berbetuk keagamaan.

Menurut beliau, sebaik sahaja berita mengenainya tersebar, pihaknya dan keluarga telah menerima pelbagai tekanan, kutukan, cacian dan makian sehingga menyebabkan beliau terpaksa menolak perlantikan tersebut.


“Ibu bapa saya dan mentua menelefon saya memaklumkan mereka telah dipulaukan oleh para penduduk kampung.

“Rumah saya juga pernah dibaling botol yang berisi air kencing dan pernah satu ketika seorang lelaki yang agak berumur datang dan mengugut ingin menyimbah muka saya dengan cuka getah sehinggakan saya terpaksa menelefon pihak berkuasa.

“Paling mengecewakan apabila anak-anak saya turut menerima tempias apabila membaca komen-komen yang mengeji dengan kata-kata kesat seperti ‘Ustaz Kazim Anjing dan Babi’ katanya lagi.

Namun menurutnya, antara sebab utama beliau menolak perlantikan tersebut kerana tidak mahu mereka yang melemparkan fitnah kepadanya mendapat dosa.

Yang menjadi persoalannya sehingga kini ialah, mengapakah ada dikalangan masyarakat yang sanggup melakukan perkara sedemikian rupa sedangkan ada dikalangan mereka yang mendakwa sebagai pejuang Islam?

Beliau turut menjelaskan semua ujian tersebut sangat kecil jika ingin dibandingkan dengan peranan dan sumbangan yang boleh dilakukan olehnya terhadap Islam dan anak-anak muda negara.

“Perdana Menteri mahu saya didik dan beri kesedaran Islam kepada anak-anak muda di sekolah bermula dari Perlis hinggalah ke Sabah” ujarnya lagi.sumber 

Dasyatkan orang Melayu !!

MMI

Sultan Perak Mangkat , Apa Yang Puak-Puak DAP Buat ?

Gambar Hiasan
Melihat dari cara DAP menerima berita kemangkatan Sultan Perak, rasanya tidak salah jika kita menuduh mereka sebagai pendatang.   Jika kematian Karpal Singh ditangisi dan diberi penghormatan tertinggi tetapi berita kemangkatan Sultan Perak diterima dengan sikap acuh tak acuh sahaja oleh para pemimpin DAP. 

Di kalangan penyokong DAP juga ramai yang mengambil sikap sinis mengenainya.   Tiada ucapan takziah rasmi dari blog Lim Kit Siang mahupun pemimpin utama DAP lain.   Yang ada hanyalah ucapan takziah rasmi yang ringkas dari calon PRK Teluk Intan di Roketkini yang mana dilihat sekadar untuk mencukupkan syarat serta memenuhi jangkaan pengundi. 

Apapun, sikap yang dipertontonkan oleh DAP ini tidaklah mengejutkan kerana parti itu sememangnya menentang Institusi Raja.  Jika masih ada orang-orang Melayu yang terpedaya dengan penafian DAP bahawa mereka tidak ingin menghapuskan Raja-raja, maka wajarlah mereka memikirkannya semula. 

Perjuangan DAP ingin menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi negara di dalam perlembagaan bukanlah isu baru.   Memandangkan Raja-raja merupakan ‘benteng’ kepada klausa ini, maka benteng itu tentulah perlu diruntuhkan dahulu jika DAP ingin mencapai objektif tersebut. 

Penentangan terhadap Institusi Raja ini diluahkan dengan terlebih dahulu mempersoalkan kewujudan Rejimen Askar Melayu ‘diRaja’ dan juga Polis ‘diRaja’ Malaysia.    Strategi DAP ialah apa-apa sahaja yang dibawah naungan Raja-raja perlu diserang dan diburuk-burukkan selalu.   Matlamat akhirnya adalah untuk membangkitkan rasa sangsi dan benci terhadap Institusi Raja-raja.

Malang sekali ramai orang-orang Melayu yang terpedaya dan turut mengikut rentak DAP.  Sangka mereka, DAP benar-benar ingin memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan.  Apa yang mereka tidak sedar ialah DAP hanya ingin memperjuangkan Ketuanan Cina. 

DAP tidak akan senang selagi negara ini diperintah oleh Melayu dan Islam. 

Jika hanya keadilan dan kesaksamaan yang menjadi perjuangan DAP, maka kenapakah pernah terjadi DAP enggan memakai baju istiadat di dalam Dewan atas alasan ia melambangkan Melayu dan Islam? 

Jika ketidakadilan atau rasuah yang menjadi perjuangan DAP, maka kenapakah Pulau Pinang penuh dengan ketidakadilan dan rasuah juga?   Penindasan terhadap orang-orang Melayu di Pulau Pinang kini tidak lagi menjadi rahsia malah dilakukan secara terbuka.   Bukan sekali kita melihat tunjuk perasaan akibat tidak puas hati dengan ketidaktelusan DAP dalam mentadbir negeri.  Lebih dari itu, kedudukan CEC DAP yang masih lagi belum sah menunjukkan yang parti itu sememangnya tidak telus dan teramat kotor sekali.

Ini merupakan bukti jelas bahawa yang menjadi masalah kepada DAP bukanlah ketidaktelusan atau ketidakadilan kerajaan BN, tetapi Islam atau Melayu itu sendiri yang terikat kemas pada Institusi Raja-Raja Melayu.sumber 

MMI

MENARIK Kereta Tanpa Stereng


Kereta unik itu tidak memerlukan stereng kerana ia boleh memandu dengan sendiri.Dalam kenyataannya semalam, syarikat itu berkata, kereta yang mempunyai dua tempat duduk itu tidak akan dijual kepada orang awam. 

Bagaimanapun, ia berharap 100 prototaip kereta itu akan berada di jalan raya pertengahan tahun depan.

Ia adalah lanjutan kepada langkah Google yang sebelum ini memandu ribuan kilometer di California menggunakan kereta SUV Lexus dan Toyota Prius yang dilengkapi gabungan penderia serta komputer.

Bagaimanapun, kereta itu mempunyai pemandu sekiranya berlaku kecemasan sedangkan kereta baru yang bakal dikeluarkan tidak langsung memerlukan pemandu untuk mengendalikannya.

Selain itu, ia tidak akan mempunyai pedal brek dan minyak, sebaliknya butang untuk ‘bergerak’ dan ‘berhenti.’ - Agensi

Komen MMI bagus untuk yang selalu kena jem tapi apa jadi kalau sistem komputer menggila ? Kihkih 

MMI

DYANA Hanya Gula-Gula DAP Kepada Orang MELAYU


Kehadiran Dyana Sofya di bumi Teluk Intan mewakili parti DAP dalam PRK yang kini sedang berjalan seolah-olah menjadikan parti DAP begitu yakin untuk mencapai kemenangan.

Tidak di nafikan kehangatan calon muda ini memberikan impak tersendiri termasuklah di kalangan orang-orang Melayu.

Namun ada sesuatu yang sebenarnya meresahkan DAP dan pimpinannya pada hari ini.

Mereka sudah melihat bahawa sambutan orang Melayu terhadap Dyana tidak ubah hanyalah sekadar gimik kesan daripada keterujaan rakyat dengan calon yang di usung bagai selebriti oleh DAP.Mereka juga tahu bahawa orang Melayu masih dengan adab dan budaya mereka yang sukar untuk membuat sebarang perubahan drastik khususnya melibatkan parti seperti DAP.

Dalam masa yang sama DAP juga sedang berhati-hati untuk melakukan analisis awal memandangkan sambutan yang di berikan oleh rakyat sebelum ini begitu sukar di jangka.Ini memandangkan kaum cina juga belum tentu memberikan sokongan terhadap Dyana Sofya berdasarkan kepada faktor kaum.Manakala orang Melayu juga di lihat sukar berdasarkan sejarah parti DAP itu sendiri.

Semua di atas menjadi kebimbangan DAP kerana kini sudah tersebar desas-desus yang menyatakan Dyana hanya di jadikan umpan oleh DAP untuk mempertahankan kerusi Teluk Intan selain daripada cubaan untuk mendapatkan perhatian orang Melayu dan sokongan orang muda.

Malahan menurut sumber-sumber dalaman DAP Perak walaupun Dyana menang pada PRK kali ini , ia bukanlah tiket secara automatik untuk membolehkan Dyana di pilih semula untuk bertanding di Teluk Intan.

Ini kerana kerusi tersebut akan di kembalikan kepada pemimpin DAP Perak yang berbangsa cina.Dyana di fahamkan akan di pindahkan ke kerusi lain dan ada kemungkinan beliau akan di calonkan untuk kerusi DUN menjelang PRU14 nanti.

Berdasarkan sumber di atas dapatlah di rumuskan DAP tidak ikhlas apabila meletakkan calon Melayu bernama Dyana bagi kerusi Teluk Intan dalam PRK kali ini.Ianya di lakukan semata-mata untuk memastikan kerusi milik DAP itu tidak jatuh ke tangan Barisan Nasional kerana kesannya kepada parti tersebut amat besar.

Strategi DAP meletakkan calon Melayu di Teluk Intan sebenarnya sudah pun menjadi isu besar kepada DAP Perak apabila sebelum ini sudah ada bunyi-bunyi yang mempertikaikan keputusan pucuk pimpinan parti membawa masuk orang luar.

Seolah-olah parti menafikan hak mereka sebagai orang tempatan yang selama ini memberikan khidmat kepada DAP.sumber

MMI

Mengapa RAMD ? WAJIB BACA ..


Dyana Sofya satu nama yang kini sedang meniti di bibir rakyat Malaysia berikutan tindakannya menyertai DAP selain daripada pencalonannya sebagai calon Ahli Parlimen dalam PRK Teluk Intan.Kehadiran anak muda ini dalam dunia politik tanahair di lihat banyak pihak sebagai satu tindakan pelengkap kepada keperluan diri dan tidak lebih daripada itu.

Sebagai orang muda sudah semestinyalah keperluan untuk memiliki kerjaya seperti mana orang-orang lain menjadi satu keperluan apatah lagi persaingan untuk mendapat pekerjaan di Malaysia pada hari ini tidak semudah satu ketika dulu.

Walaupun ada pihak yang menyatakan kemunculan Dyana dalam dunia politik negara kerana minat dan kefahaman beliau tentang ideologi serta perjuangan parti DAP , hakikatnya Dyana hanyalah seorang Pegawai Khas kepada Lim Kit Siang yang kini sedang di pacu untuk di jadikan ikon Melayu setelah Tunku Aziz bertindak meninggalkan parti tersebut.

Tidak di nafikan setiap daripada kita punya hak masing-masing untuk memilih rentak politik tetapi dalam isu Dyana beliau cuma sedikit beruntung apabila kemelut politik yang melanda parti DAP menyebabkan anak muda berbangsa Melayu ini di angkat sebegitu rupa.

Malah dalam beberapa insiden yang di laporkan oleh kebanyakkan media sejak medan PRK Teluk Intan di buka membuktikan betapa Dyana Sofya sebenarnya tidak benar-benar memahami inti-pati perjuangan DAP yang pernah melukakan jutaan jiwa umat Melayu dan Islam di tanahair satu ketika dulu.

Tindakan beliau di lihat sering kali di bayangi oleh pemimpin DAP dan kebanyakkan soalan-soalan yang di ajukan oleh wartawan dalam sidang medianya sendiri gagal di jawab malah di garap dengan baik.Ini membuktikan betapa ceteknya ilmu politik Dyana kerana minda dan jiwanya sudah di rompak oleh mereka-mereka yang kini sedang mempergunakan seorang lagi generasi pewaris Melayu dalam negara untuk kepentingan politik.

Di sebabkan itulah Dyana sering kali melakukan kesilapan demi kesilapan yang telah menyebabkan kredibiliti serta integritinya sebagai calon pemimpin rakyat di Teluk Intan terjejas teruk.

Kerana terlalu bergantung kepada dasar dan perjuangan DAP yang mahukan Malaysian Malaysia atau kesamarataan maka Dyana bukan sahaja sudah tersalah lorong tetapi sudah mengganggu tidur mereka-mereka yang selama ini berdiam diri.

Tindakan Dyana yang mahu melakukan perubahan dalam Rejimen Askar Melayu Di Raja (RAMD) dengan mempertikaikan kenapa hanya mereka yang berbangsa Melayu sahaja yang berkhidmat dalam rejimen tersebut benar-benar membuktikan betapa dangkalnya pegawai khas Kit Siang ini.

Sama ada Kit Siang atau Dyana sendiri yang tidak peka dengan isu tersebut bukanlah persoalannya tetapi banyak pihak kini sudah mengaku bahawa Dyana Sofya bukan sahaja sudah hilang semangat Kemelayuannya tetapi sudah menjadi jasad tanpa roh bangsanya.

Sebagai anak Melayu dan mengaku terpelajar , Dyana sepetutnya membuat sedikit kaji selidik sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang jelas memperlihatkan kebodohannya.

Malahan tindakannya yang mahukan supaya RAMD di anggotai oleh semua bangsa juga membuktikan pegawwai khas Kit Siang ini bukan sahaja buta sejarah tetapi gagal menelaah apa yang berlaku dalam pasukan tentera Malaysia sebenarnya.

Seperkara yang harus Dyana tahu dan rakyat harus melihat adalah kenyataan yang di lemparkan oleh Dyana itu turut menjadi bukti betapa perjuangan dan agenda DAP selama ini di penuhi dendam terhadap orang Melayu.

Mengapa RAMD yang menjadi isunya ?

Baca Selanjutnya

Antara ayat yang sering menggetarkan seluruh tubuh MMI ..

"Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain"

Amanah ini perlu kita pertahankan !

MMI

PM Hadir Berikan Penghormatan Terakhir Kepada Almarhum Sultan Azlan @NajibRazak


Setelah berangkat pulang daripada China malam semalam , YAB Datuk Seri Najib Tun Razak hadir memberikan penghormatan terakhir buat Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat tengahari semalam.





Al Fatihah

Apa Cer Bard ?? Nak Keluar PKR ?? Adehhh ...


Lembaga Displin PKR hari ini mengumumkan penggantungan serta merta keahlian Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard‎.

Badrul yang juga merupakan pengerusi Solidariti‎ Anak Muda Malaysia (Samm) digantung keahliannya sehinggalah siasatan mengenai aduan salah lakunya ketika pemilihan selesai, kata Datuk Dr Tan Kee Kwong.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR itu berkata, keputusan menggantung keahlian Badrul diputuskan oleh lembaga displin parti yang dipengerusikan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam mesyuarat biro politik semalam.

"Saudara Badrul Hisham akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keahlian sehingga siasatan selesai," kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesalahan yang dilaporkan terhadap Badrul kerana membuat kenyataan kepada media dengan menyatakan proses pemilihan PKR kotor dan tidak telus.

Menurut Tan, selain itu Badrul‎ daripada PKR cabang Rembau itu dikenal pasti membuat dakwaan terbuka dengan menyatakan "Petugas JPP menjadi agen kepada Azmin Ali".

Kenyataan itu dilakukan  pada 12 Mei dan disiarkan dalam portal berita mysuara.net dan portal Free Malaysia Today.

"Responden  juga membuat kenyataan terbuka mengkritik JPP dalam akhbar Berita Harian pada 21 Mei 2014 bertajuk 'Keputusan penuh penipuan: Chegubard'," katanya.

Selain Badrul, PKR turut menggantung seorang lagi ahli M. Nageswaran Muniasamy daripada cabang Kota Raja selama enam bulan.

‎Manakala anggota cabang Pasir Salak, Yusop Kamaruddin dipecat keahliannya ekoran dari kesalahan ‎mengingkari arahan surat penggantungan.

"Dia juga mencemar nama baik parti dengan terus kritikan dan serangan terhadap JPP dan PKR ‎mengingkari arahan surat penggantungan dan terus menjalankan aktiviti mencemar nama baik parti dalam laman sosial Facebooknya," katanya.

Tan berkata dalam mesyuarat semalam, lembaga displin PKR turut memutuskan bersetuju penarikan kembali enam penggantungan anggota selepas melalui proses sesi pendengaran.sumber mi

MMI kata sekarang macam mana Bard ? Kata parti Keadilan tu adillahhh sangat , sekarang macam mana ? Hang punya pulun dok bagitau kata banyak kepincangan dalam proses pemilihan parti last-last ang yang kena tindakan.

Mana yang kata keadilan ni ???

Nak keluar PKR ker ?? Dah fikir habis dah ??

MMI

Halo Ada Sapa-Sapa Nampak Kit Siang ??


Pengundi Parlimen Gelang Patah semalam meminta bantuan untuk mengesan Ahli Parlimen kawasan itu, Lim Kit Siang.

Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Vitoria, Rich Koo berkata, beliau menerima sistem pesanan ringkas (SMS) meminta bantuan mengesan Kit Siang yang juga Penasihat DAP pagi semalam.

Mesej berkenaan ditulis dalam bahasa Inggeris berbunyi 'I'm Gelang Patah votes, my member parlimen missing. Please help us find him and ask him come back to service'.


"Saya terima sms ini pagi tadi. Kita harap dapat membantu pengundi yang meminta pertolongan ini untuk mencari ahli parlimen berkenaan di sini," kata Rich.

Rich berkata, pemuda Gerakan akan mengedarkan risalah dan poster bagi membantu mengesan ahli parlimen Gelang Patah itu.


Kit Siang dipercayai berada di Parlimen Teluk Intan bagi membantu kempen calon DAP, Dyana Sofya yang akan bertanding merebut kerusi parlimen itu pada 31 Mei ini.sumber utusan online

Inilah keistimewaan yang sering kali di miliki oleh wakil-wakil rakyat pembangkang apabila memenangi satu-satu pilihanraya.Mereka hanya akan aktif sewaktu proses kempen sahaja , setelah berjaya mendapat undi maka rakyat di biarkan terkontang - kanting.

Malah pernah satu ketika dulu seorang Ahli Parlimen pembangkang di Pulau Pinang menyatakan urusan untuk memberikan perkhidmatan adalah di bawah tanggungjawab Adun-Adun kerana Ahli Parlimen perlu menumpukan kepada soal negara.

Satu kenyataan dangkal yang akhirnya menyebabkan si Ahli Parlimen tersebut turut tidak mendapat tempat dalam PRU13 yang lalu.

Apa guna mengaku wakil rakyat sekiranya rakyat sukar bertemu wakil mereka ? kredit utaranews.com 

Walau apa jua respon kem pembangkang , isu rakyat mencari wakil rakyatnya cukup memalukan.BUKTI betapa pembangkang lebih sibuk untuk berkuasa daripada memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

Penduduk dan pengundi Teluk Intan ampa mau ingat !!

MMI

Kenyataan Rasmi PM Mengenai Kemangkatan DYMM Sultan Perak


Kenyataan Akhbar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Mengenai Kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
Mei 28th, 2014 by Najib Razak

Menteri Besar Perak YAB Dato’ Sri Dr. Zambry Abdul Kadir telah mengumumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah mangkat pada hari ini, Rabu 28 Mei 2014 bersamaan 28 Rejab 1435 Hijrah jam 1.30 petang.

Dengan perasaan yang amat sedih dan dukacita saya bagi pihak kerajaan dan rakyat jelata merakamkan ucapan takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun, anakanda-anakanda serta kerabat-kerabat baginda di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah banyak berjasa sepanjang tempoh pemerintahan baginda sebagai Sultan Perak dan semasa baginda menjadi Yang Di Pertuan Agong. Almarhum Sultan Azlan Shah juga telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang tempoh baginda menjadi Ketua Hakim Negara.

Saya juga meminta supaya semua pihak mengibarkan bendera Malaysia separuh tiang di seluruh Negara pada hari pemakaman iaitu pada hari Khamis, 29 Mei 2014 Bersamaan 29 Rejab 1435 Hijrah.

Al Fatihah ...

MMI

Wednesday, 28 May 2014

Biar Apa Orang Nak Cakap Dato @AzeezPutera Ada Cara Tersendiri #prktelukintan


Ramai orang bercakap zaman serba maju ni cukup susah untuk dapatkan pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat.Walaupun banyak di luar sana tetapi mereka-mereka ini sering kali akan menjadi sasaran pihak-pihak tertentu yang mungkin punya rasa iri hati atau kerana kepentingan politik.

Bukan mudah sebenarnya kerana tanpa kekuatan mental pastinya tekanan yang di hadapi mampu membawa kemudaratan sama ada dari segi fizikal ataupun emosi.Bercakap memang senang tetapi bagi mereka yang berdepan dengan situasi seperti ini pasti faham dan semestiya niat serta keikhlasan untuk terus menunaikan tanggungjawab serta amanah rakyat menjadi bekalan untuk terus maju.

Pada pandangan MMI , Dato Azeez adalah salah seorang daripadanya dan bukan sedikit cercaan serta makian yang di lemparkan terhadapnya namun pemimpin muda ini terus ke depan.

Walaupun ada di antara kelebihan Dato Azeez di gunakan oeh pihak-pihak yang tidak senang dengan beliau sebagai senjata politik untuk memalukan atau menjatuhkan beliau , kini kelebihan itu di gunakan oleh Dato Azeez dalam perjuangannya bersama-sama dengan jentera Barisan Nasional yang kini sedang berjuang di Teluk Intan.

Video di bawah menjadi BUKTInya .. 



Kepada Dato Azeez , teruskan perjuangan .. kadang-kadang apa yang di sebut oleh pihak lain sebagai kelemahan kita adalah satu kelebihan.

சிறந்த டத்தோ !!

MMI

Anwar Sudah Mula Bicara Tentang BERSARA


Kehadiran Anwar dalam PRK Teluk Intan kali ini seolah-olah menjadi medan terakhir buat pemimpin pembangkang ini memandangkan ucapan beliau yang begitu memuji calon daripada DAP Dyana Sofya di lihat banyak pihak punya maksud tersirat.

Banyak pihak sedia maklum Anwar ketika ini masih menantikan proses rayuannya terhadap keputusan mahkamah sebelum ini yang telah memutuskan beliau sebagai bersalah dalam kes liwat ke atas Mohd Saiful Bukhari.

Seperti biasa walaupun sering tampil sebagai seorang pemimpin utama pembangkang , dari raut wajah dan kata-katanya di Teluk Intan jelas memperlihatkan betapa Anwar semakin cemas dengan situasi semasa kerana beliau tahu hukuman yang terpaksa di lalui bakal melenyapkan masa depan politiknya.

Untuk itu Anwar bukan sahaja sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan rakyat supaya terus mempertahankannya daripada di adili oleh undang-undang yang sah tetapi sedang mencari ruang untuk mendapatkan sokongan orang-orang Melayu dengan kehadiran Dyana Sofya sebagai calon DAP di Teluk Intan.

Dalam satu ceramah Anwar di Teluk Intan , beliau telah menyifatkan Melayu seperti Dyana Sofya bakal menggantikan dirinya untuk merubah era politik Malaysia dari cengkaman kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

Ini di buktikan apabila Anwar berkata “Walaupun saya tidak mengenali Dyana secara dekat, saya bangga dan gembira kerana saya percaya dengan pilihan DAP.Jika kemenangan di Teluk Intan milik kita, Dyana adalah simbol pembaharuan dalam dunia politik dan kemenangan ini adalah masa depan kita semua”.

Berdasarkan ungkapan itu dapatlah di rumuskan bahawa Anwar sebenarnya sedar beliau tidak akan mampu melakukan sebarang perubahan seperti mana yang di inginkannya.Kegagalan demi kegagalan dek kerana penipuan serta permainan politik murahannya selama ini sudah di fahami rakyat dan beliau tahu sukar untuk mendapatkan sokongan majoriti untuk memenuhi impiannya menduduki kerusi Perdana Menteri.

Kerana itulah Anwar mahukan pengundi di Teluk Intan supaya memilih Dyana kononnya untuk mewujudkan simbol baru bagi pembaharuan di dalam dunia politik selain daripada mewujudkan Melayu baru yang berani menentang fahaman konvensional UMNO.

Tanpa kesinambungan legasi Anwar , beliau tahu perjuangan songsang ini tidak akan ke mana.sumber

MMI

AL FATIHAH DYMM Sultan Azlan Shah MANGKAT


Al - Fatihah

Dengan dukacitanya adalah di maklumkan bahawa Al Marhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Al Marhum Sultan Yussuf Izudin Shah telah mangkat sebentar tadi.

Semoga Allah merahmati Baginda .. Amin.

MMI

Hadi CAIR Dengan Dyana


Jasa BESAR DAP merupakan penyebab utama mengapa PAS mengerah seluruh jentera untuk membantu Dyana Sofya Mohd Daud dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Sabtu ini. 

Demikian kata Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan semasa majlis Hi Tea di Taman Cecily baru-baru ini.

Satu kenyataan yang agak mengejutkan apabila Presiden parti sendiri mengakui bahawa DAP telah begitu berjasa kepada PAS sehinggakan kempen di Teluk Intan perlu di bantu seolah-olah PAS sedang berjihad menentang musuh Islam.

Hadi memberikan alasan bahawa PAS telah banyak terhutang budi kepada DAP di dalam perjuangan mereka menentang UMNO sejak Pakatan Rakyat di tubuhkan.

Satu kenyataan dangkal lagi menjelekkan dari PAS apabila mula mencari helah untuk menghalalkan perkahwinan bersama DAP.

Tidak ada ungkapan terhutang budi kerana membantu perjuangkan Islam tetapi sebaliknya terhutang budi kerana membantu PAS menentang UMNO yang di jadikan alasan.Apakah ini yang di cari PAS selama ini ?

Kredibiliti Hadi Awang selaku pemimpin PAS , parti yang mengaku perjuangkan Islam hari ini tidak ubah sekadar pencacai kepada agenda Lim Kit Siang.

Kerana terlalu taksub kepada kuasa politik Hadi telah mengheret PAS dan seluruh pengikutnya mengkianati perjuangan sendiri.Pada ketika hudud di tolak secara terang-terangan PAS masih lagi mahu menjadi hamba kepada perjuangan parti yang sama sekali tidak pernah menghormati Islam dan orang Melayu.

Jika ada sekalipun , mereka sudah pasti memilih yang mampu memberikan pulangan menguntungkan kepada DAP.Tanpa keuntungan itu sudah tentu PAS akan di halau seperti mana yang di lakukan oleh Anthony Loke sewaktu mengulas tentang cadangan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Ketaksuban PAS bukan sahaja sudah memesongkan perjuangan parti tetapi turut melalaikan para penyokongnya sendiri.

Malahan PAS turut menafikan hak ahli sendiri apabila tidak mengaku Nabi Bux sebagai ahli PAS sewaktu beliau bertanding di Bukit Gelugor.

Dalam pada itu PRK Bukit Gelugor menjadi saksi bagaimana DAP telah berjaya melalaikan muslimat PAS apabila di kecam oleh calon BEBAS Nabi Bux serta orang ramai kerana muslimat PAS lebih sibuk berkempen untuk DAP di waktu maghrib sedangkan mereka sepatutnya berada di surau atau masjid.

Kelalaian ini barangkali akan berlaku lagi di Teluk Intan kerana PAS terlalu beria-ia untuk menangkan calon Melayu daripada DAP.

Kenyataan Hadi sendiri bahawa beliau menyokong Dyana Sofya yang di sifatkannya sebagai calon Melayu yang akan menumbangkan parti UMNO di lihat banyak pihak sebagai kerakusan politik penuh dendam daripada pemimpin PAS ini.

Rentak yang hampir sama dengan Anwar Ibrahim dan sesuatu yang pasti DAP sudah berjaya menundukkan orang Melayu dalam PAS dan PKR.sumber

MMI

KJ Punca Malaysia Kalah ? Pulak Dah !!!!


Memetik laporan Utusan Malaysia sebelum ini, Khairy dilaporkan meminta rakyat negara ini agar tidak meletakkan harapan tinggi terhadap skuad Piala Thomas negara untuk melakar kejayaan yang besar pada kejohanan dwi tahunan itu.

Beliau berkata, peluang skuad kebangsaan untuk sampai ke peringkat separuh akhir adalah amat sukar.

“Saya rasa lebih elok jika kita meletakkan satu sasaran yang sederhana kerana saya tidak mahu ada yang memberikan harapan yang terlalu tinggi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Malaysia Purple League.

Menurut Khairy, harapan yang diletakkan terhadap skuad badminton negara perlulah lebih realistik bersesuaian dengan barisan pemain yang Malaysia miliki pada masa sekarang.

Namun macam biasa He is Backkkk !!!!

Bomoh 1Malaysia, Datuk Ibrahim Mohd Zin menyifatkan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai punca kekalahan skuad Piala Thomas dan perlu memikul tanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai menteri. 

Menurutnya sebagai seorang menteri yang diberi tanggungjawab menjaga dan membangunkan sukan negara, Khairy sepatutnya terus memberikan semangat kepada para pemain dan bukannnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menajtuhkan moral pemain.

Namun sebaik sahaja pasukan badminton negara berjaya melangkah ke separuh akhir menentang Jepun, Khairy dikatakan terhegeh-hegeh mencari publisiti dengan menghadiri perlawanan akhir itu.

“Dia mengata, kemudiannya memuji.

“Menteri (KJ) ini bodohlah, dia patut meletakkan jawatan” ujarnya lagi.

Hahahaha nampaknya bomoh Zin masih geram dengan KJ ni .. Terfikir juga kenapa agaknya Mat Zin tak teropong awal-awal sebelum final ari tu ? Kalau tidak senang-senang ja boleh menang !!

Apa raaa...

MMI

DAP Agen Keganasan Atau Perkauman ?


Dalam artikel sebelum ini MMI ada catatkan tentang tindakan Ramasamy mempertikaikan tindakan pihak Polis menahan 3 rakyat asing yang punya kaitan dengan gerakan LTTE di India.Baca Sini

Nampaknya pemimpin DAP semakin galak sejak dua menjak ini seolah-olah merekalah yang paling hebat dan terbaik sampaikan hal-hal kepolisian pun sudah mahu di pertikaikan.Apa dah tak percaya pada pihak Polis dah ker ?

Persoalannya kini apa yang puak-puak DAP ni sedang buat ?

Kesungguhan Ramasamy mempertikaikan tangkapan ini menimbulkan tanda tanya mengenai kesetiaan kaum Tamil di negara ini terutamanya yang menyokong DAP.

Adalah tidak masuk akal untuk seorang Timbalan Ketua Menteri, penjawat awam di bawah kerajaan Malaysia mahu mempersoalkan tindakan Polis menangani keganasan antarabangsa berasaskan kaum beliau.

Ramasamy tidak pula mempertikaikan sebarang tangkapan ke atas kaum lain terutamanya orang Melayu yang dikaitkan dengan pengganas Islam.

Soal keganasan antarabangsa mahu pun domestik bukan isu politik atau perkauman dalam negara. Justeru sangat mencurigakan apabila seorang Timbalan Ketua Menteri “melompat sakan” mengenai tangkapan ini seolah-olah ada sesuatu yang hendak disembunyikan.

Mengapa Ramasamy mahu berdebat dengan Polis dalam isu ini? Tangkapan ke atas penjenayah atau pengganas bukan boleh didebatkan di ruang politik. Negara ini ada undang-undang, tangkapan, penahanan dan perbicaraan harus mengikut lunas undang-undang negara, bukannnya skrip filem tamil.

Kita juga mahu tahu apakah DAP turut terbabit dengan pembelaan mereka yang disyaki pengganas ini?

Adakah Ramasamy, Rayer Cilaka dan Waythamoorty Hindraf mempunyai kaitan tertentu dengan kegiatan pengganas LTTE? Cepat benor melatah macam ada apa-apa jer...takut duit kena sekat ka? kredit mymassa 



Banyak yang dah makin biadap !!

MMI

Labels