Followers

Friday, 31 October 2014

Cerita Guan Eng LETIH Sampai TETIDOR Kat PARLIMEN !!


Petang tadi sewaktu singgah beli pisang goreng terdengar beberapa orang dok bersembang yang MMI agak puak pembangkang , antara perbualan mereka adalah "Ish Ish kesian dia sampai tetidoq ! Letih la tu bukan senang buat kerja untuk rakyat macam kita ni" ... Tu dia MMI pun risik-risiklah apa ceritanya.

Ohh isu pasai gambar Guan Eng tidoq di Parlimen !! Hmm ok ...

Bila sampai rumah macam biasa MMI akan chek-chek apa yang patut , dalam dok tinjau-tinjau tu terjumpa satu cerita menarik ni .. Huh mungkin ini la cerita dan jawapan kenapa Guan Eng tidoq di Parlimen .. Lebih menarik siap kena balun lagi ...

Eh pergi mampos la kau kalau ko tak reti susun jadual kerja kau supaya saling tak bercanggah dengan jadual kerja ko kat Penang tue. Ko kan CM. Ada akal guna la. Kalau rasa tak mampu nak maintain dengan dua jawatan maka ko pegang aje satu jawatan. Jangan tamak haloba. Nak jadi MP. Nak jadi adun. Nak jadi CM. Makan gaji banyak2. Tapi kaki ponteng persidangan dan makan gaji buta.

Bila kau rasa kudrat kau terhad untuk perform dan bantu rakyat, maka pecahkan jawatan kau. Kau amek jadi adun sudah. Supaya boleh perform as CM. Untuk MP. Kau lantik calon lain supaya dia boleh berkhidmat kat kawasan dia untuk bantu penduduk yang mengundi dia.

Sebagai CM, bila kau berani pegang jawatan banyak2 maka kau kena la cerdik untuk susun jadual kerja kau agar tidak ponteng persidangan parlimen. Selagi kau bukan MAMPOS. Atau SAKIT. Atau ada hal kecemasan. Kau kena hadir persidangan parlimen. 

Ini tidak. Kau sanggup hadir majlis peringatan Rusia apa jadahnya tue berbanding sempurnakan tugas kau sebagai MP.



Ini semua makan gaji buta. MP2 neh takde report card. Takde punch card. Nak ponteng depa ponteng bukan kena potong gaji atau elaun pun. Jika gagal berkhidmat dengan cekap pun mereka masih boleh jadi calon2 dalam pilihanraya juga. Sebab kedudukan mereka ditentukan oleh parti. Kalau kita yang tentukan siapa yang layak jadi calon dengan report card, melompat mangkok2 ayon politik neh. Mao gelabah nak mampos.

Hadir majlis peringatan Rusia tue dan apa? Ya, apa pada rakyat? Manfaat, kebajikan, keperluan dan kepentingannya?

Takde apa2 pun. 

Baca Selanjutnya kat SINI 

Hmm yang tulis tu blogger Pakatan Haprak tu beb ... Hahahaha memang Guan Eng ni MANGKAQ dan lagi MANGKAQ adalah MELAYU yang dok jilat dia !!!

MMI

SUMPAH & SOAL BALAS Tak Mau , SAMPEL Darah Pun Tak Bagi APA CITA KETUM ??


Kali ni kita cita tentang Justice 4 Anwar pula , sejak bermula kes dah macam-macam kelaku puak-puak pencacai si Nuar ni lakukan dan kita sendiri dah tengok ragam mereka sampailah yang terkini.Hari ini gerakan Justice 4 Anwar mula digerakkan dan ada penambahan baru apabila kempen supaya rakyat menjadi hakim turut mengambil tempat.

Entah siapalah yang memberikan cadangan tersebut sebab memang hampeh dan tak boleh belah langsung ! Kalau rakyat jadi hakim maka macam mana pula dengan para hakim yang kini sedang menghakimi kes Anwar ? Atau para hakim sebelum ini yang telah membuat keputusan menyebelahi Anwar dalam apa jua kes yang di bawa ke muka pengadilan ?

MERAPU ! Senang sikit nak gambarkan kempen paling tak boleh belah yang kini diguna pakai oleh Anwar dan konco-konconya.

MMI pun kadang-kadang keliru dengan puak-puak ni sebab tak ikuti perjalanan kes ker ?

Main bedal ja nak sokong sedangkan manusia bernama Anwar langsung tak menunjukkan keberanian sebagai seorang yang tak bersalah.Kalau tak SALAH kenapa perlu takut beb ? Bukan main-main orang yang ada dengan dia semuanya dah anggap undang-undang kat Malaysia ni macam mak bapak depa punya.

Sikit punya ramai ka peguam yang dok backing Anwar , kenapa perlu takut ?

Bila di minta BERSUMPAH LAKNAT tak mau bagi macam-macam alasan !

Dalam mahkamah pula minta supaya dia tak boleh disoal balas ! Alo Saiful rilek ja !!!

Apa sahaja sampel berkaitan dirinya langsung tak bagi darah atau apa sahaja yang berkaitan untuk dipadankan dengan ujian DNA !

Awat yang tak bagi ? Oh sebab katanya undang-undang Malaysia tak boleh percaya ???

Kepala bapak mak dia !!! Yang dia dok heret 14 orang peguam dalam mahkamah tu apa dia ?? Bukan undang-undang ka ??? 

Ampa baca juga artikel di SINI 

MMI

JUSTICE 4 MALAYSIA ?? Puak Ni CELARU TEROK Dah !!


Justice For Malaysia ? Alamak apa kena mengena dengan Malaysia ni ? Yang dibicarakan di mahkamah isu Anwar sontot Saiful ! Apa kena mengena dengan Malaysia ?

Adehh tak ada sapa yang suruh si Nuar tu sontot Saiful pun .. Kenapa tiba-tiba nak selitkan nama Malaysia ?

Ini bukan cerita kerajaan SAMAN Anwar bro ... Atau ada mana-mana pihak yang SAMAN kerajaan !!

Kot ya pun nak heret mata dunia supaya bagi tekanan kepada kerajaan Malaysia pikir-pikir la sama , Malaysia ni negara berdaulat dan kita ada undang-undang.Malah kes Anwar pun bukan kita guna mana-mana Akta ISA ka atau yang sewaktu dengannya.

Isunya Saiful buat laporan Anwar sontot dia !!! 

Tak faham lagi ker ??

Setakat nak berhimpun bagai orang tak kisah sangat tapi ikut undang-undanglah sebab Anwar pun guna undang-undang untuk bela diri dia.Tak cukup lagi ? Anwar bawa 14 orang peguam bro !! Tak ada sapa pun LARANG !!

Lagi satu nak kira Justice 4 Anwar ja yang Justice 4 Saiful macam mana pula ?


Cuba tengok betul-betul kumpulan penyokong Saiful tak kaitkan langsung dengan Malaysia ! Mereka hanya mahukan keadilan untuk Saiful kerana beliau mengaku di liwat oleh Anwar Ibrahim.Selain dari tu mereka harapkan supaya puak-puak bangsat tu supaya hormat undang-undang dan hormat Sultan termasuk juga hormat keputusan mahkamah.SALAH ker ? 

Nampak sangat puak ni celaru terok !

Dan mungkin disebabkan kecelaruan tahap maksima ni telah menyebabkan ampa lupa kadang-kadang tingkah laku kita pun boleh jadi BUKTI betapa rendahnya tarah hakim yang ampa lalakkan tu.


Kalau nak jadi HAKIM tu kena la jaga sama INTEGRITI kita tu ! Jangan main bedal saja sapa nak percaya beb !!

MMI

Guan Eng Jangan Dok Dolak Dalih Sangatlah !!!


Susah bila berdepan dengan puak yang mengaku bijak pandai ni walaupun hakikatnya mereka adalah kumpulan yang paling banyak melakukan kesilapan.Isu perumahan di Pulau Pinang sebenarnya sudah pun menjadi topik paling panas semenjak DAP menguasai pentadbiran kerajaan negeri seawal 2008 yang lalu.

Malah sejak 2008 jugalah persoalan tentang pembinaan rumah mampu milik oleh kerajaan negeri menjadi misteri sehingga ke hari ini.MISTERInya apabila kerajaan DAP di Pulau Pinang sering kali mengaku bahawa mereka telah membina rumah-rumah sedemikian namun apabila ditanya dimana letaknya rumah-rumah tersebut maka ianya sering kali berakhir dengan teka teki.

Misteri itu terus berpanjangan dari sehari ke sehari sehinggalah ke hari ini.

Dalam masa yang sama , Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan pusat sudah tentu melihat permintaan dan desakan daripada akar umbi untuk memiliki rumah mampu milik ini sebagai satu keperluan mendesak memandangkan bukan semua warga Pulau Pinang MAMPU memiliki rumah-rumah berharga jutaan ringgit seperti mana yang terdapat pada hari ini.

Justeru itu melalui agensinya maka usaha telah dibuat bagi meringankan beban warga Pulau Pinang namun perlu melalui kelulusan daripada kerajaan negeri terlebih dahulu.Di peringkat ini segalanya menjadi serba tidak kena apabila permohonan yang dibuat oleh agensi terlibat tidak dilayan.

Apabila persoalan dilontarkan pelbagai alasan diberikan dan sebahagian daripadanya dilihat tidak masuk akal sama sekali.Tidak cukup dengan itu banyak sangat dalihnya sedangkan hakikat yang berlaku selama ini , kerajaan DAP di Pulau Pinang yang menyekat permohonan itu.

Untuk apa sebenarnya ?

Bagi menjawab persoalan tersebut adalah lebih baik kita merujuk kepada kenyataan media daripada Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang seperti yang tertera di bawah.

Kenyataan Media 

YBhg Dato' Zainal Abidin Osman 
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang 
30 Oktober 2014

Merujuk kepada surat YAB Ketua Menteri Pulau Pinang kepada YAB Timbalan Menteri bertarikh 23 Oktober 2014 menjelaskan kenapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang belum meluluskan permohonan Pelan Kebenaran Merancang 15 projek perumahan yang dipohon oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd.

Saya mendapat maklum bahawa YAB Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengedarkan salinan surat beliau kepada YAB Timbalan Perdana Menteri dan juga kepada pihak media semalam.

Kenyataan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai cadangan pembinaan rumah pada harga jualan RM575 ribu di kawasan Seberang Perai merujuk kepada permohonan PERDA untuk pembangunan di Bandar Perda Bukit Mertajam yang dikemukakan permohonannya pada 4 September 2012.

Projek Bandar Perda adalah pembangunan bandar baru yang bermula pada tahun 1994 merangkumi pelbagai aspek dan komponen pembangunan hartanah, kediaman, pejabat, hospital, institusi dan komersial.

Adalah tidak menasabah jika pihak berkuasa negeri memberi fokus kepada permohonan untuk membina 64 unit rumah Kos Sederhana di Bandar Perda tanpa mengambil kira jumlah dan peratusan lebih besar komponen perumahan Kos Rendah dan Kos Sederhana sudah disiapkan dan didiami di situ.

Sekiranya Kerajaan Negeri Pulau Pinang ada masalah mengenai permohonan ini, persoalannya ialah kenapa baru sekarang setelah lebih 24 bulan permohonan dikemukan perkara ini dibangkitkan? Kenapa tiada sebarang maklum balas mengenai permohonan ini dibuat oleh pihak berkuasa negeri kepada PERDA sebelum ini?

Berhubung dengan isu setinggan, dari 15 permohonan yang dikemukan oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd hanya 3 (tiga) permohonan Pelan Kebenaran Merancang yang dipohon melibatkan penempatan semula setinggan:

A. 1 projek oleh PERDA di Sungai Batu, Teluk Kumbar dalam Daerah Barat Daya. Jumlah terlibat sebanyak 11 buah rumah di atas tanah yang dibuat pengambilan balik dan 14 buah rumah di tanah berhampiran yang dibeli atau diambil alih pemajuannya oleh PERDA daripada pihak swasta.

B. 2 projek oleh JKP Sdn Bhd:

1) Projek di Sungai Nibong; jumlah setinggan sebanyak 84 buah rumah, 73 setinggan sudah selesai dan berbaki 11 yang masih belum berpindah dan dalam proses penyelesaian.

2) Projek di Bagan Serai, Seberang Jaya melibatkan 231 setinggan. Sejumlah 203 setinggan sudah mencapai penyelesaian dan berbaki hanya 28 dalam proses penyelesaian.

Adalah tidak wajar sekiranya Kerajaan Negeri menggunakan alasan penempatan setinggan yang hampir selesai bagi 3 projek yang dipohon untuk tidak meluluskan 12 permohonan Pelan Kebenaran Merancang lain yang tidak melibatkan isu setinggan.

Projek pembangunan yang dicadangkan oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd berkonsepkan pembangunan bercampur dan berkepadatan rendah (low density). PERDA dan JKP Sdn Bhd menawarkan rumah jenis teres, rumah berkembar (semi -D), dan rumah sesebuah, yakni "landed properties", selain rumah berkonsep pangsapuri. Jauh lebih rendah dari kepadatan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada 83 unit per ekar. Adalah tidak wajar menyamakan julat harga bagi rumah "landed" dengan harga rumah konsep pangsapuri dalam pembangunan berkepadatan tinggi.

Dua projek yang dipohon PERDA, iaitu projek pembangunan bercampur di Tok Alang dan di Ara Kuda dalam Daerah Seberang Perai dan satu projek oleh JKP Sdn Bhd di Jalan Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah menepati siling harga rumah Mampu Milik yang ditetapkan Kerajaan Negeri dan tidak terlibat dengan penempatan semula setinggan juga tidak diluluskan oleh kerajaan negeri sehingga kini.

Turut menghairankan saya ialah kenapa salinan surat YAB Ketua Menteri Pulau Pinang kepada YAB Timbalan Menteri untuk menjelaskan isu permohonan Pelan Kebenaran Merancang oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd dialamatkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB); dua agensi yang terlibat dalam sektor industri bekalan air dan tidak terlibat dalam sektor perumahan negara. 
* Salinan surat Ketua Menteri (tidak bertanda tangan) kepada YAB Timbalan Perdana Menteri dilampirkan.

Saya telah memohon kepada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Pengerusi Jawantankuasa Pembangunan Negeri untuk mengadakan perjumpaan dengan beliau tetapi sehingga kini masih belum dapat berjumpa dengan beliau.

Adalah diharapkan YAB Ketua Menteri tidak berdolak dalik dan memberi alasan harga tinggi dan isu penempatan semula setinggan untuk sengaja melengah-lengahkan permohonan Pelan Kebenaran Merancang yang dipohon oleh PERDA dan JKP Sdn. Ketua Menteri seharusnya mengenepikan motif politik tersirat dan meletakkan kepentingan rakyat Pulau Pinang sebagai keutamaan dalam segala urusan.

Terima kasih. 

Thursday, 30 October 2014

Sapa PERCAYA Kalau MMI Kata Guan Eng Tu POMPUAN ?!!


Dia ni buat lawak ka atau dia memang bodoh tahap tapir ? Isunya tentang kejadian banjir yang berlaku di Pulau Pinang sekarang ni , bila berlaku banjir maka akan berlakulah kerosakan harta benda melibatkan warga marhain.Jadi banyak pihak tampil mempersoalkan apa yang kerajaan DAP pimpinan Guan Eng buat ?

Nah di jawabnya kalau tak ada hujan maka tak adalah banjir !! Senangkan ?? 


Bayangkan 7 kali dah banjir dalam tempoh 50 hari , apa yang Guan Eng buat ? Puak-puak ni pandai buat janji ja beb ... Sebab tu kita memang patut maki puak-puak ni Baca Sini .

Lepas dok tinjau-tinjau kenyataan yang si Ketua Menteri ni buat , MMI rasa dia bukan buat lawak tapi BODOH dan kurang ajar !! Apa punya Ketua Menteri ....

Kalau MMI kata harga barang kat Malaysia ni takkan mahal kalau puak cina tak penaik harga boleh ?

Ampa rasa macam mana ???

MMI

Kita Tolak Puak Luar Tabie APATAH Lagi Yang Tak Mau MENGAKU !!!


Sejak Saiful bersumpah , sehingga ke hari ini Anwar tidak pernah sekalipun berani untuk bersumpah laknat seperti mana yang dilakukan oleh Saiful bagi membuktikan dirinya dianiaya.

Malah MMI berani katakan jika Anwar melakukan sumpah tersebut , sudah semestinya laluan untuk beliau duduk dikerusi Perdana Menteri Malaysia akan lebih terbuka luas dan begitu mudah untuk mengenepikan kerajaan Barisan Nasional.

Bukankah itu pilihan yang jauh lebih mudah bagi membersihkan diri beliau ?

Jangan bagi alasan bodoh kerana dimahkamah juga pelbagai alasan bodoh turut dikemukakan oleh barisan peguam Anwar.

Ada peguam Anwar yang mempertikaikan tentang penggunaan KY Jelly dalam aksi liwat tersebut.

Apa maksudnya ? Liwat itu berlaku beb !!!!!! Baca Sini 

Mungkin akan ada pihak yang sedikit keliru apabila membaca pautan yang MMI linkkan kat atas tu sebab ada isu Sri Ram peguam Anwar berkata Saiful membeli sendiri KY Jelly terbabit.

MMI nak ulang satu perkara , awal-awal lagi MMI dah katakan bahawa manusia tidak sempurna dan sering kali melakukan kesilapan.

Jika dalam kes ini Saiful juga adalah pihak yang terlibat secara suka untuk melakukan aksi liwat terbabit maka keputusannya LIWAT itu tetap berlaku !

Dan sebagai manusia , Saiful menyesal dengan perbuatannya dan mahu berubah serta bertaubat maka beliau melakukan tindakan yang sepatutnya.

Bertaubat dan melafazkan sumpah laknat bahawa beliau diliwat selain menyerahkan kepada kuasa Allah swt serta sanggup menerima azab dari Tuhannya.

Bukankah itu satu pengakuan JUJUR dari seorang individu yang melakukan dosa ?

Soalnya kini apa yang Anwar lakukan ?

Artikel seterusnya ini boleh membuktikan kepada kita bagaimana keadaan Saiful pada ketika itu sebelum segala-galanya dikemukakan dimahkamah.Baca Sini 

MMI tidak memihak kepada Saiful secara sembrono , sebagai manusia MMI puas hati dengan pengakuannya yang beliau terlibat dalam aksi zina songsang ini.Dan beliau sudah pun mengaku diliwat.

Cuma yang menghairankan MMI apakah kita perlu melepaskan seorang individu yang punya pangkat dan jawatan dalam politik hanya kerana beliau menafikan perbuatan meliwat Saiful Bukhari ?

BUKTI DNA dan juga air mani Anwar ada di dalam dubur Saiful ! Apakah Saiful dengan sengaja memasukkannya ? Jika YA sekalipun agaknya dari mana Saiful dapatkan air mani Anwar ?

Melalui kedai 7 Eleven ? Agak-agak bro ....

Ada dua Seksyen di sini yang harus kita faham ...

1.Seksyen 377B Kanun Keseksaan menyatakan: “Sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan.“

2.Seksyen 377C Kanun Keseksaan menyatakan: “Persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.”

Ini bukan soal negara mahupun kerajaan !!

Ini soal Saiful dan Anwar Ibrahim , PERIBADI .. Maka apa keputusan pun nanti kita mahu supaya mereka yang mengaku Islam tetapi mengamalkan hubungan songsang yang dilaknat ini diadili dengan seadil-adilnya.

Tentang Saiful sekurang-kurangnya dia BERANI tampil mendedahkan kelemahan diri dan tabiat songsang manusia bernama Anwar Ibrahim.

KITA TOLAK PUAK LUAR TABII Bro , apatah lagi yang tak mau mengaku dan bertaubat ni !!!

MMI

DIA LIWAT SAYA !! Itu Pengakuan Saiful Jangan Kita NAFIKAN ..


Semua orang tahu bahawa Saiful Bukhari adalah seorang individu yang telah mengaku bahawa manusia bernama Anwar Ibrahim telah MELIWATNYA.Maka kerana itu laporan dibuat dan kes ini dibawa ke mahkamah.

Sejak ianya dibicarakan keputusan akhir setakat ini adalah Anwar sememangnya bersalah kerana MELIWAT Saiful Bukhari dan beliau telah dikenakan hukuman 5 tahun penjara.

Satu keputusan yang masih kekal sehingga ke hari ini selagi mana rayuan Anwar di mahkamah tinggi belum selesai.

Untuk itu kita harus menerima hakikat bahawa perlakuan LIWAT itu berlaku di antara PELIWAT Anwar Ibrahim dan Saiful yang diLIWAT.

Soal sama ada ia berlaku secara paksa atau suka sama suka , MMI serahkan kepada pihak mahkamah dan selebihnya PASTI Allah swt jauh lebih mengetahuinya.

Dalam hal ini suka untuk MMI nyatakan bahawa tidak ada mana-mana manusia biasa yang sempurna yang boleh lari dari melakukan kesilapan melainkan mereka-mereka yang telah diangkat darjatnya oleh Allah swt.

Maka dengan itu sekiranya MMI mengambil suara dan cakap-cakap puak pembangkang bahawa kejadian liwat itu berlaku atas alasan suka sama suka maka ianya tetap memBUKTIKAN bahawa perlakuan itu berlaku.

Apa yang cuba dilakukan oleh puak pembangkang apabila mengatakan kejadian liwat itu berlaku atas dasar suka sama suka ?

Untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat ?

Atau menjadikan alasan teknikal sebagai syarat untuk membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat seorang individu bernama Saiful ?

Alo brader liwat dah berlaku ! Itu hakikatnya ...

Oklah kita nak menidakkan perlakuan itu dilakukan oleh Anwar Ibrahim ! Hanya ada satu jalan sahaja yang Anwar harus gunakan untuk membuktikan bahawa beliau diperangkap.

Apa dia ??? BERSUMPAH seperti mana yang dilakukan oleh Saiful Bukhari !!!

Tak beraninya dia !! Dan sesuatu yang menarik berulang lagi dalam sesi mahkamah kali ini apabila barisan peguam Anwar sendiri pun mengaku bahawa perlakuan liwat itu berlaku !!!

Sambung di artikel seterusnya..

MMI

ANWAR MELIWAT - Sampai Masanya Giliran Shafee Pula


Mukadimahnya mudah , jangan pula ada pihak yang masih lagi menuding jari kepada mana-mana pihak kononnya Anwar Ibrahim tidak diberikan ruang yang secukupnya untuk membela diri dalam kes rayuannya terhadap keputusan mahkamah sebelum ini yang memutuskan beliau sebagai bersalah dalam kes liwat Saiful Bukhari.

Sejak kes ini dibawa ke mahkamah rasanya ini merupakan antara kes paling panjang tempoh masanya akibat daripada penangguhan demi penangguhan.Kalau tak salah MMI ianya sudah hampir 70 kali penangguhan dan siri penangguhan itu sahaja sebenarnya sudah membuktikan kepada kita betapa Anwar mendapat kebebasan sepenuhnya.

Kebebasan itu bukan sahaja dalam sudut perundangan tetapi turut mencakupi kebebasan beliau untuk bebas bergerak ke sana ke mari walaupun hakikatnya keputusan terakhir mahkamah Anwar bersalah kerana meliwat.

Sejak 28 Oktober yang lalu , pihak mahkamah sudah pun menunjukkan tahap profesionalnya dengan membenarkan barisan peguam Anwar untuk mengemukakan hujah masing-masing sehingga berlanjutan ke hari ini.Anwar yang diwakili oleh 14 orang peguam rasanya sudah mendapat secukupnya ruang dan berdasarkan keputusan terkini mahkamah telah membenarkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk menyampaikan hujahnya pada pagi esok (Jumaat).

Tak cukup dengan itu , pada hari Isnin nanti pasukan peguambela diberikan sekali lagi peluang untuk menjawab hujah-hujah daripada pihak pendakwaan.

Kalau diambil kira keputusan diatas sememangnya manusia bernama Anwar tidak perlu lagi menuding jari kepada sesiapa kerana sudah terlalu banyak ruang dan peluang diberikan kepada beliau semenjak kes ini dibawa kemahkamah.

Sesuatu yang membuatkan Anwar gementar kini adalah Shafee , Ketua pihak pendakwaan yang dikira sudah pun melenyapkan sebahagian daripada impian Anwar untuk terus kekal bebas.

Shafee dalam kenyataannya semalam jelas konsisten dan memberikan tumpuan terhadap perjalanan kes ini dan beliau menyatakan bahawa TIADA perkara baru dalam hujah peguam bela Anwar , atas sebab itu beliau yakin mahkamah akan mensabitkan hukuman terhadap Anwar.

Dalam perkembangan yang sama, Shafee berkata, adalah hak mantan Hakim Persekutuan Gopal Sri Ram untuk mengwakili Anwar dan pihak pendakwa tiada sebarang bantahan.

Sehingga hari ini hujah peguam Anwar hampir sama dengan hujah mereka baik di mahkamah tinggi mahupun mahkamah rayuan malah beliau yakin bahawa Mahkamah Persekutuan bukan sahaja mempertahankan hukuman Mahkamah Rayuan, akan tetapi akan menambahnya sesuai dengan seksyen 377B kanun keseksaaan yang membawa hukuman 20 tahun penjara dan sebatan.

Satu kenyataan yang amat digeruni oleh Anwar memandangkan jika apa yang disebut oleh Shafee itu berlaku maka Anwar pastinya akan terus lenyap dalam arus politik negara dan beliau sudah boleh melupakan segala hal melibatkan politik waima kedudukan parti PKR sekalipun.

Well , MMI masih menantikan keputusan dan menjadi harapan kita semua agar tidak akan ada lagi siri penangguhan yang memakan masa bertahun-tahun lamanya seperti mana yang berlaku sebelum ini.

Semua pihak harus menerima hakikat bahawa besok adalah giliran Shafee dan pasukannya , oleh itu jangan pula ada mana-mana pihak yang masih lagi dengan lalakan kononnya Anwar tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Macam KJ kata ini bukan soal negara atau kerajaan , ini soal Anwar dan masalah peribadinya melibatkan individu bernama Saiful Bukhari.Bukan kerajaan yang mengarahkan Anwar supaya MELIWAT Saiful , semuanya dilakukan atas NAFSU sendiri.

Jadi jangan babitkan kerajaan kerana kerajaan sudah menyediakan ruang yang selayaknya untuk Anwar membela diri.

MAHKAMAH !!!

MMI

Wednesday, 29 October 2014

Apakah Ini BUKTI Ada Pihak Sememangnya Tak Menguasai Bahasa Melayu ??


Terkejut MMI apabila gambar ini disebarkan melalui media sosial sejak siang tadi.Bukan apa jika diambil kira daripada apa yang terpapar dalam gambar diatas tu , jelas memperlihatkan sekeping cek yang telah ditunaikan walaupun tulisan dan angka bagi nilai cek tersebut langsung tidak sama.

Kalau diikutkan kepada kronologi sesuatu cek ditunaikan di bank , pihak juruwang mestilah meneliti beberapa perkara untuk mengesahkan bahawa cek terbabit layak untuk digunakan.

Dan kalau kita perhatikan kepada tulisan tersebut jelas ianya langsung tidak sama dengan nilai angka yang tertera.

Pastinya cek itu ditunaikan oleh pihak ketiga memandangkan palangnya telah dibuka oleh pemimlik cek (AC PAYEE ONLY) dan meneliti senario yang mungkin berlaku adalah ianya melibatkan pihak yang tidak fasih dalam bahasa Melayu.

Lebih malang pastinya juruwang terbabit juga tidak mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa Melayu yang telah melepaskan cek tunai terbabit.

Jika cek terbabit bukan PALSU maka ianya membuktikan sesuatu !!!

Teringat tentang isu 604 pelatih PLKN tidak boleh bercakap bahasa Melayu ! Baca Sini 

MMI

BANJIR Di Penang BUKAN SALAH Wei Aik ?!!


Sejak pagi tadi bermacam-macam cerita MMI baca dan semuanya menuduh Ng Wei Aik Adun Komtar ni sebagai punca berlakunya banjir di Pulau Pinang.

Ish mana boleh lagu tu ! Banjir ni bencana alam dan kita pun tak pasti bencana yang macam mana lagi yang akan muncul di Pulau Mutiara ni.Itu semua bukan kerja kita , ia adalah takdir Tuhan.

Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha dan sekiranya masalah banjir seperti yang telah berlaku di Pulau Pinang ni kita kena usaha untuk selesaikanlah.MMI tau bila banjir akan ada pihak-pihak tertentu yang terkena tempiasnya sampaikan ada yang mengalami keroskaan harta benda.

Nak buat lagu mana dah benda nak jadi !!!

Ada yang kata bila rakyat kena musibah , pemimpin DAP senang lenang sebab rumah depa tak kena !

Laa memanglah sebab rumah depa semuanya dikawasan tanah tinggi dan kawasan yang sukar untuk berlaku banjir.Dah jadi rezeki depa dapat rumah dan duduk di kawasan sedemikian.Janganlah pula kita punya rasa dengki dengan apa yang depa dapat.

Dah ! Dah ! Jom kita ushar tengok teruk sangat ka banjir tu ...






Oooiihhhh terok juga banjir ni ... MMI tumpang simpati dengan mereka yang terpaksa menerima musibah ni.Apa pun jangan sesekali kita menuduh semuanya berpunca daripada Ng Wei Aik tau !!!!

Sebab sememangnya dia bukan punca kepada berlakunya BANJIR di Pulau Pinang !

Tapi kita WAJIB MAKI dia sebab JANJI yang pernah dia buat setu ketika dulu kononnya masalah banjir ni boleh diselesaikan dalam tempoh 9 bulan !!!!


Kepala hotak dia !! Bercakap sapa pun boleh musibat ooii , malah rakyat Pulau Pinang termasuk puak-puak cauvinis yang terkena musibah banjir ni pun WAJIB maki Ng Wei Aik dan juga kerajaan negeri Pulau Pinang sebab depa tak buat kerja untuk selesaikan masalah ni.

Ampa pikiaq tengok Guan Eng tak duduk di rumah Ketua Menteri sebab katanya banyak anai-anai dan berpindah duduk di rumah mewah.Bayangkan kalau bab depa siap pindah randah , bab rakyat ada dia jaga ????

Bercakap kemudian berjanji akhirnya apa jadi HAMPEH !!!!

MUSIBAT !!!

MMI

Telur DADAR Jadi Pilihan BALACI Anwar !!!


Punya banyak duit sampai telur yang sepatutnya dibuat makan pun dah jadi bahan untuk nyatakan protes terhadap anggota keselamatan.Balaci si nuar nampaknya semakin tertekan apabila laungan mereka kononnya atas dasar keadilan sekadar menyamai salakan anjing kurap di lorong-lorong gelap.

Bukankah si nuar kini sedang mendapat ruang keadilan seadilnya ? Malahan mahkamah masih lagi bersidang dengan 14 peguam mewakili si KETUM !

Apa lagi yang puak balaci ni nak ? Undang-undang Malaysia tak boleh dipercayai ?

Alo brader , ampa suruh KETUM pulangkan balik segala duit yang dia sapu hasil daripada keputusan mahkamah sebelum ni dalam semua kes yang KETUM menang di mahkamah ! Bukan ka undang-undang Malaysia tak boleh dipercayai ?

Cerita dia berlaku sedikit kekecohan sehingga menimbulkan suasana tegang melibatkan anggota keselamatan dengan puak-puak balaci yang berhimpun.Dalam suasana kelam kabut tu maka melayanglah 2 butir telur yang dibaling oleh puak balaci ni terhadap anggota keselamatan dan juga wartawan NST.


Inilah dia solidariti untuk Anwar , mereka BEBAS melakukan apa sahaja waima menggunakan undang-undang rimba sekalipun. 

Dikesempatan ini MMI nak kongsi dengan semua kenyataan daripada KJ berkaitan kes rayuan Anwar Ibrahim.

Seminggu dua ini saya rasa tumpuan orang ramai dan juga media antarabangsa akan diberi kepada kes rayuan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, di Mahkamah Persekutuan.

Saya tidak mahu mengulas tentang perkara spesifik dalam kes ini. Biar mahkamah buat kerja mereka.

Cuma saya nak jelaskan kepada rakan-rakan satu perkara sahaja. Yang dibicarakan pada minggu ini bukan negara kita, bukan kerajaan dan bukan sistem kehakiman kita. Yang dibicarakan adalah Anwar Ibrahim.

Mungkin apa yang saya tulis ini perkara yang obvious, tetapi kalau kita dengar propoaganda dari pihak Anwar, beliau cuba memberi gambaran bahawa perbicaraan ini adalah satu isu nasional dimana yang dihakimkan bukan beliau tetapi negara dan institusi kerajaan negara.

Mereka yang sanggup merempuh pagar UM semalam telah mendengar amanat terakhir dari Anwar yang menggunakan tema-tema yang sama - kes ini satu tindakan zalim untuk membunuh karier politik beliau, dll.

Bagi saya kes ini adalah kes tentang Anwar. Bukan kes yang melibatkan kerajaan. Kerajaan tidak memaksa Anwar buat apa yang beliau dituduh buat kepada Saiful. Anwar sendiri dituduh buat perkara itu, jadi kenapa nak dibicarakan kredibiliti kerajaan? Seorang individu dituduh buat satu kesalahan, satu negara kena tanggung isu ini daripada usaha untuk memburukkan imej negara di mata dunia sampai demonstrasi sana-sini yang cuba dianjurkan oleh penyokong-penyokong Anwar.

Cukup lah nak mengheret rakyat dalam kes peribadi. This is not about Malaysia. This is about Anwar. This is about an individual and what he allegedly did. No one forced him to do it. The government certainly did not force him to do it. So go for your appeal, but don't drag the country with you.

Dan untuk makluman rakan-rakan, mulai hari ini pelbagai tohmahan akan dibuat terhadap institusi kehakiman kita. Bagi Anwar, hanya keputusan yang memihak kepada beliau boleh membuktikan mahkamah kita bebas dan adil. Ini logik apa? Patut dia terima apa sahaja keputusan. Jangan cakap hanya satu keputusan sahaja yang boleh diterima.

Dah banyak kali Anwar bawa kes saman malu ke mahkamah, termasuk dua menentang saya. Bila timbul kes saman malu yakin pula beliau dengan institusi kehakiman kita. Banyak juga kes yang beliau menang. Yang itu beliau boleh terima sebagai bukti kebebasan institusi kehakiman. It goes both ways, Anwar. You cannot just accept the decisions that go your way. You cannot have double standards in how you accept decisions from our courts.

Ada pula yang cakap mahkamah kita tidak adil dalam kes yang dibicarakan hari ini. Saya tak tahu macam mana lagi mahkamah kita boleh memberi peluang yang secukup-cukupnya pada Anwar. Bagi yang tak ingat, kes ini mula dibicarakan pada 7 Ogos, 2008. Ya, 2008. Bukan kes yang dibawa secara ekspres tapi diberi masa bertahun-tahun. Kes yang ditangguhkan sebanyak 67 kali. 67 kali. Kebanyakkannya atas permintaan peguam Anwar.

Itu sahaja yang saya nak tulis tentang perkara ini. Apa sahaja keputusan mahkamah, saya harap sebagai rakyat Malaysia kita terima. Ini bukan masalah negara. Ini masalah seorang individu. Banyak lagi kerja kita untuk membangunkan negara. Whatever the verdict, we need to move on. Seperti mana dipetik daripada wall fb ketua Pemuda Umno itu.

Ini soal individu bro !! Betul-betul .. Kalau asyik si nuar ja sampai bila Azmin nak merasa jadi ketua pembangkang ye tak ?

MMI

Nada HARUN DIN Makin Lantang Tapi SAYANG !!


Sebagai manusia kita sentiasa punya kelemahan waima siapa pun kita kesilapan sentiasa berlaku dalam tiap saat kita menjalani kehidupan di muka bumi ini.Kerana itu MMI sering kali menyimpan impian untuk melihat umat manusia khususnya orang-orang Melayu bergama Islam dapat bersatu padu dan hidup serumpun dengan berpegang kepada yang SATU.

Namun bukanlah sesuatu yang mudah untuk merealisasikan impian ini memandangkan bumi bertuah kita ini sering kali diduga oleh Allah swt.

Paling jelas apabila Allah menciptakan dua kelompok Melayu yang berbeza ideologi politik.Jika kita amati dugaan yang diberikan kepada kita itu amat kecil sekali namun kerana kelemahan tiap dari kita maka kita yang seagama berpecah.

Mengapa keadaan ini berlaku dan kenapa kita begitu mementingkan diri ?

Mungkin ada yang tidak bersetuju tetapi pada pandangan MMI ianya lebih kepada sikap sebahagian daripada kita yang sering kali menolak usaha untuk bersatu dan memilih untuk berkuasa.Bukan tidak ada pintu untuk bersatu tetapi kehadiran seorang manusia bernama Anwar Ibrahim mungkin menjadi penyebab kepada apa yang sedang berlaku ketika ini.

Kadang-kadang sedih apabila melihat mereka yang sebangsa dengan MMI dijadikan kuda tunggangan tetapi dikaburi dengan rasa untuk berjihad.

Sampai bila ?

Dalam banyak-banyak pemimpin PAS , Harun Din adalah antara pemimpin yang MMI hormati walaupun berbeza ideologi politik.Dalam isu kalimah Allah , Harun Din berdiri atas pendirian dan kefahamannya tentang agama Islam seterusnya mempertahankan kalimah Allah daripada diguna pakai oleh bukan Islam.

Pendirian itu sama dengan orang UMNO dan ini membuktikan betapa kita sebenarnya tidak banyak beza namun ideologi keterlaluan sehingga membelakangkan agama sendiri menjadi penyebab kepada perpecahan kita selama ini.

Dan kerana itu juga manusia bernama Harun Din bukan sahaja disisihkan pandangannya sebagai seorang ulama dalam parti PAS tetapi turut dilaknat oleh segelintir daripada mereka diluar sana.


Bukan mahu membuka aib sesiapa , tetapi MMI melihat semua yang berlaku disebabkan tidak ada penyatuan dalam umat Melayu di Malaysia.Sampaikan ulama seperti Harun Din pun diperlakukan sebegitu rupa dan semestinya disebabkan politik !

Namun hari ini Harun Din dilihat semakin lantang bersuara dan suara ini semestinya ada kena mengena dengan apa yang selama ini berlaku dalam parti PAS.Rasanya dah begitu lama mereka-mereka ini berdiam diri , menerima setiap kecaman dari pihak luar serta penolakan beberapa keputusan penting melibatkan agama Islam.

PASMA yang dilihat semakin galak mengatur langkah sejak berlakunya krisis antara PAS dan sekutunya dalam Pakatan Haprak dibidas oeh Harun Din selepas Presiden Hadi Awang berbuat demikian semalam.
KUALA LUMPUR 27 Okt. – Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) tidak berhak mempersoalkan bidang kuasa Majlis Syura Ulama Pas dalam mengeluarkan larangan ke atas ahli-ahli parti agar tidak melibatkan diri dengan pertubuhan tersebut.Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menegaskan, tidak timbul isu Majlis Syura Ulama parti mempunyai kuasa eksekutif atau sebaliknya.Menurutnya, Perlembagaan Pas menyatakan, badan itu boleh dan berhak memberi nasihat atau mengambil sebarang tindakan demi menjaga kepentingan parti.“Nasihat dan peringatan memang termasuk dalam bidang kuasa Majlis Syura Ulama Pas, tidak timbul alasan eksekutif atau tidak kerana kita ada bidang kuasa.“Secara cermat, halus dan beradab kita menasihatkan. Sepatutnya diambil kira demi perpaduan parti dan kebaikan seluruh ahli,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Baca Selanjutnya 
Suara ini dilihat banyak pihak sebagai bukti betapa PAS hari ini sedang berusaha untuk keluar dari lubuk songsang yang selama ini menjadikan mereka sebagai mangsa politik.Tidak ada satu pun kelebihan yang diperolehi oleh PAS sewaktu hubungan bersama sekutu dalam Pakatan Haprak di meterai melainkan sogokan jawatan serta janji-janji kosong yang menyebabkan PAS hampir-hampir rebah.


MMI tak pastilah sejauh mana para penyokong PAS MAMPU membuka hati mereka dan melihat situasi ini sebagai ISYARAT untuk berubah kerana apa yang sedang berlaku , akibat daripada bersekutu itulah maka Presiden parti Hadi Awang diheret ke kandang mahkamah oleh mereka yang mengaku BERSAHABAT !!

MMI

Tuesday, 28 October 2014

Sesi Prosiding Rayuan Mungkin Di Lanjutkan , LANJUT LAGI !!!!


Nampaknya rombongan budak-budak dalam gambar kat atas ni mungkin akan berlanjutan sehingga ke hari Khamis ini apabila pertuduhan terhadap Anwar meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya yang dijadual berlangsung hari ini dan esok (28 & 29 Oktober) akan berlanjutan ke hari ketiga.

Setelah bertanya kepada peguambela kes atau pihak perayu mengenai tempoh masa yang diperlukan dalam penbentangan hujah, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria memberi indikasi bahawa sesi prosiding rayuan berkemungkinan dilanjutkan sehingga Khamis (30 Oktober).

Ini berikutan hujah oleh ketua pasukan pembelaan iaitu Datuk Gopal Sri Ram masih belum selesai sejak prosiding bermula jam 9.20 pagi tadi.

Walaupun sudah berhenti rehat dua kali termasuk makan tengah hari, Gopal Sri Ram yang berhujah tentang kredibiliti saksi utama iaitu Saiful, masih berbaki dua jam.

Sesi hujah beliau kemudiannya bersambung semula pada jam 2.30 petang tadi.

Selepas Gopal Sri Ram, ada tiga lagi perayu dalam pasukan pembelaan akan membentangkan hujah masing-masing.

Mereka ialah N. Surendran yang bakal berhujah tentang kes pembelaan, Sangeet Kaur Deo yang akan berhujah mengenai prosiding Mahkamah Rayuan dan Ramkarpal Singh yang berhujah tentang keterangan pakar dan bukti perubatan.rujukan astroawani

Dalam masa yang sama berlaku kekecohan di luar mahkamah apabila kumpulan pembela Anwar di laporkan membakar baju "Justice For Saiful" dan bertindak merempuh sekatan pihak Polis.Bagaimana pun keadaan terkawal apabila puak petugas AMK mententeramkan kumpulan terbabit selain membawa mereka menjauhi kawasan terbabit.



MMI agak hairan sikap apakah yang cuba di tunjukkan oleh puak-puak ni apabila bertindak sedemikian rupa ?

Adakah hanya mereka sahaja yang layak untuk hadir menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim ? Atau hanya mereka sahajalah yang layak untuk berbicara soal keadilan untuk Anwar ?

Bukankah Saiful juga berhak untuk mendapatkan keadilan ?

Apa jua yang berlaku mereka sebenarnya terdesak memandangkan kehadiran penyokong Anwar yang mengecewakan dan lebih menyakitkan hati mereka apabila penyokong Saiful Bukhari turut hadir memberikan sokongan terhadap beliau.




Perbezaan yang cukup ketara diantara kedua-dua kumpulan kerana penyokong Saiful hadir menyatakan sokongan dalam keadaan aman sementara puak pencacai Anwar jadikan undang-undang rimba sebagai pegangan mereka.Lihat sahaja tindak tanduk kedua-dua kumpulan kita pasti dapat membezakannya.

Dalam semua keadaan itu lensa secara tiba-tiba tertarik ke arah satu kelibat yang pada pandangan MMI akan menyejukkan hati manusia bernama Anwar Ibrahim.


Anwar pastu tersenyum kerana dalam hubungan yang tidak begitu baik dengan PAS pada ketika ini masih ada lagi puak gurkha ini yang hadir untuk bersolidariti dengannya.

Steady Pak Cik , cuma mau sabaq banyak sebab mungkin nak kena bertahan sampai Khamis !!!

MMI

HAMBAR Tanpa PAS Langkah Anwar LONGLAI !!


LONGLAI itulah ungkapan yang boleh kita gunakan hari ini apabila kehadiran Anwar bagi mendengar keputusan rayuan terhadap kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada jam 8.50 pagi tadi hanya mampu menarik 100 orang penyokong yang MMI rasa ada imbuhan.

Tanpa kelibat jentera PAS mahupun unit-unit anal mereka , situasi di perkarangan Mahkamah Persekutuan Putrajaya ternyata HAMBAR.

Seperti biasa pemimpin PKR pastinya hadir untuk terus menjilat Anwar Ibrahim dan kelibat Menteri Besar Selangor yang baru turut kelihatan (mungkin hari ini tidak sesibuk hari sebelumnya barangkali) bersama beberapa lagi pimpinan lain termasuk Wan Azizah.

Nurul Izzah pula hadir sekadar untuk punch card sahaja sebab beliau perlu segera bergegas untuk menghadiri kes penceraiannya pagi ini.

Seperti biasa walaupun jumlah penyokong tidak mencapai sasaran , usaha perlu diteruskan bagi menutup malu dan pastinya Tian Chua akan bertindak sebagai jurucakap.Laungan "reformasi" tetap dilaungkan walaupun MMI percaya sebahagian besar budak-budak berbayar yang memakai baju sponsor itu langsung tidak faham makna "reformasi" yang mereka laungkan.

Malah jumlah para wartawan serta krew untuk membuat liputan kes ini mampu menyamai jumlah kehadiran mereka yang mengaku penyokong Anwar Ibrahim.

Sesuatu yang cukup memalukan bagi seorang manusia bernama Anwar Ibrahim !

Untuk rekod peguambela Anwar , Sulaiman Abdullah telah menarik diri dari pasukan pembelaan dengan alasan masalah kesihatan dan Anwar hari ini diwakili oleh 14 orang peguam.

Manakala Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria akan mengetuai panel lima hakim dalam rayuan kes liwat kedua Anwar Ibrahim hari ini.

Berita lanjut menyusul

MMI

Monday, 27 October 2014

Menjelang Perbicaraan Anwar , Apa Benar Anwar Akan LARI ??


Tarikh yang dinantikan oleh kebanyakkan penggerak politik di tanahair semakin hampir , tak sampai 24 jam sahaja lagi mahkamah Putrajaya akan memulakan perbicaraan kes rayuan Anwar Ibrahim yang MMI jangkakan untuk yang terakhir sebelum keputusan di buat pada 29 Oktober 2014.

Malah diberitakan juga warga marhain dari kalangan mereka yang bukan penggiat politik dan juga dunia kini akan memberikan tumpuan terhadap keputusan yang bakal diumumkan oleh pihak mahkamah nanti.

Barangkali Obama , Presiden Amerika Syarikat juga akan duduk bersama dengan para punaisihatnya untuk mengikuti perjalanan kes ini memandangkan Anwar sering kali mendabik dada kononnya beliau begitu disimpati oleh kebanyakkan pemimpin dunia termasuklah para ulama dunia.

Memang hebat dia ni , apa sahaja yang mampu meyakinkan rakyat akan dipergunakan sebaiknya walaupun pada hakikatnya PKR sendiri terkial-kial untuk menghimpunkan para pencacainya supaya hadir dan membuang masa diperkarangan mahkamah esok.

Gerakan yang dinamakan sebagai "Rakyat Hakim Negara" bukan sahaja digerakkan diseluruh negara bahkan menjadi satu catatan sejarah apabila ianya menemui KEGAGALAN kerana kebijaksanaan rakyat yang makin faham dengan Wayang Pacak permainan Anwar Ibrahim.

Namun MMI tak menyangkal masih ada mereka-mereka yang tampil kedepan untuk bersolidariti atas nama Anwar tetapi bilangannya boleh dikira dengan jari.Tidak ada lagi lautan manusia atau gelombang suara tempik sorak yang bergema di serata pelusuk negara kononnya kerajaan mengamalkan dasar ZALIM untuk menganiaya seorang pemimpin pembangkang.

Yang pasti gema tempik sorak ini berlaku dalam parti pembangkang sendiri !

PAS dalam muktamarnya baru-baru ini menyajikan satu bentuk larangan berkenaan hak perwakilan sendiri apabila ucapan mereka dihalang malah diselang seli dengan pelbagai aksi-aksi kacau bilau dan rasa sedih yang membuak-buak.


Air mata Pengerusi Tetap ini mengalir kerana natijah perwakilan sendiri dan semestinya ada sesuatu yang terpendam dalam hati tiap perwakilan PAS pada hari tersebut sehingga memaksa sebahagian besar daripada mereka untuk mengenakan baju tertera "Kami Sokong Ulama" sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah parti PAS.

DAP pula masih lagi dengan isu besar melibatkan kedudukan pimpinan tertingginya apabila pemilihan CEC parti itu masih lagi menjadi barah yang kian menanah.Kesakitan akibat nanah itu amat perlu dibedah dengan segera namun halangan yang diwujudkan oleh mereka yang dinafikan hak sebagai ahli dalam parti menyebabkan nanah itu terpaksa dibiarkan seketika.

PKR pula masih belum reda dengan cerita "Selangor ini BAPAK AKU PUNYA" dan kehadiran Azmin sebagai Menteri Besar dengan menendang Khalid Ibrahim sebenarnya membuktikan betapa PKR tidak pernah memikirkan tentang nasib rakyat.

Kehendak Anwar Ibrahim harus dipenuhi kerana Anwar adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat !! Uwekkk .. Nak termuntah bila menulis tentang Anwar berjiwa rakyat !!!

Jiwa apa yang dimiliki oleh Anwar kalau habis segala wakil rakyat dan isteri sendiri diminta berkorban untuknya semata-mata bagi memenuhi nafsu politik ?

Jiwa apa yang dimiliki oleh Anwar jika titah DYMM Sultan Selangor sendiri pun tidak dipedulikannya ?

Jiwa apa yang dimiliki oleh Anwar sekiranya beliau sendiri GAGAL menyakinkan sekutunya untuk bersetuju dengan keputusan untuk mencalonkan satu nama sahaja di Selangor ?

Kalau tak salah MMI , Anwar hanya punya jiwa gelap yang tidak terarah untuk membela rakyat tetapi sebaliknya lebih suka menjadikan hasrat rakyat sebagai perisai untuk memastikan kedudukan politiknya SELAMAT , selebihnya kamu aku pergunakan !!!!!

Seperkara yang menarik perhatian MMI adalah kini suara bahawa Anwar akan lari meninggalkan bumi Malaysia dan mencari suaka politik di negara asing kembali kerkumandang.Suara yang hampir sama sewaktu kes ini dibicarakan sebelumnya.

Soanya kini apakah kita yakin manusia bernama Anwar Ibrahim ini akan lari meninggalkan Malaysia ?

Secara mudahnya ada kemungkinan boleh berlaku namun jika kita amati rentak politik pembangkang hari ini , MMI rasa Anwar tidak akan meninggalkan Malaysia !

Anwar Ibrahim yang MMI kenali bukanlah jenis manusia yang akan segera lari dari masalah seperti ini melainkan beliau benar-benar berasa terancam.Perlu diingatkan juga Anwar pernah lari dan berlindung disalah satu kedutaan yang terdapat di Malaysia.Memang haram jadah kedutaan ini kerana langsung tidak hormat kepada Malaysia tetapi itulah Anwar !

Dalam masa yang sama walaupun sudah ada beberapa orang dari pihak pembangkang sendiri yang sudah pun berada di luar negara mencari perlindungan politik , MMI tetap optimis Anwar tidak akan lari meninggalkan gelanggang mahkamah di Putrajaya.

Ini kerana dengan banyak pihak yang memberikan tumpuan terhadap kes beliau yang bermula esok hari , sudah semestinya Anwar mahu dunia mengenali Malaysia sebagai sebuah negara paling kejam kerana bertindak memenjarakan beliau.

Mungkin dengan itu Malaysia akan terus ditekan oleh kuasa-kuasa besar dunia dan memungkinkan Anwar akan dibebaskan semula.

INGAT kedudukan politik UMNO dan Barisan Nasional juga tidaklah seGAH mana kerana isu-isu berkaitan ekonomi yang sedikit sebanyak menjadi penyebab kepada keresahan rakyat di luar sana masih menjadi liabiliti kepada kerajaan.

Untuk itu persoalan tentang Anwar mahu lari ke luar negara rasanya sudah terjawab !!

Bagi MMI mudah , sama ada Anwar lari atau tidak ianya terletak di tangan kita !

Sebagai kerajaan , kita sudah terlalu banyak memberikan kebebasan kepada manusia bernama Anwar Ibrahim.Beliau dalam tempoh waktu diputuskan sebagai bersalah kerana meliwat Saiful Bukhari Azlan masih lagi ligat menghadiri pentas-pentas ceramah dan juga program-program melibatkan politik.

Bukankah Anwar adalah seorang pemimpin politik dan juga Ketua Pembangkang ?

Jika berdasarkan pengamatan MMI , kes Anwar adalah kes berprofil tinggi dan tidak seharusnya beliau dibiarkan bebas sehingga mahkamah benar-benar membuat keputusan sama ada BEBAS atau BERSALAH !!

Perlu diingat mahkamah sudah memutuskan bahawa Anwar Ibrahim adalah PELIWAT dan apa yang sedang berlaku hari ini adalah beliau sedang dalam proses rayuan terhadap keputusan terbabit.

Maka kenapa kita begitu berhemah membebaskan seorang PELIWAT untuk bergerak ke serata pelusuk negara ?

PELIWAT ini harus dipenjarakan sehingga kes rayuan selesai !!!

Tapi apa boleh buat kita kadang-kalanya terlalu berhemah dan bersopan santun sedangkan mereka langsung tidak mengendahkannya.

TAKUT ??? Takut untuk membuat keputusan sedemikian ??

Adoii kalau takut jangan jadi kerajaan !!!!!

MMI

Sunday, 26 October 2014

Hubungan Hadi & Anwar Kini Tidak SEMESRA Dulu


Semakin hampir dengan tarikh keramat 28 Oktober 2014 , rakyat Malaysia sebenarnya dapat melihat sendiri betapa hubungan yang dulunya begitu akrab kini tidak lagi semesra sebelumnya.Kita dapat menghidu keretakan ini bermula seawal langkah Kajang lagi cumanya pada saat itu masing-masing masih lagi mengharapkan keajaiban politik untuk berlaku.

Tetapi malangnya impian itu tidak menjadi kenyataan apabila kerakusan manusia bernama Anwar Ibrahim terus membuak-buak untuk menguasai kepentingan politik dalam Selangor.Betapa ligatnya Anwar apabila menamakan isteri sendiri sebagai wakil untuk diketengahkan sebagai pengganti Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor.

Pertamanya kenapa Khalid perlu segera dikeluarkan dari hiraki kepimpinan dalam pentadbiran negeri Selangor ?

Adakah kerana beliau dilihat menjadi penghalang kepada usaha pembangkang khususnya PKR untuk menjatuhkan Barisan Nasional ?

Banyak pandangan dalam mengupas isu ini namun MMI lebih suka untuk menyebut Anwar tidak mahu mana-mana pemimpin yang berada dibawah tampuk kekuasaannya berlebih-lebih khususnya dalam soal politik.

Hubungan politik yang dijalinkan oleh Khalid Ibrahim bersama dengan kerajaan pusat telah menyebabkan kedudukan Anwar tergugat.Anwar tahu bahawa hubungan itu MAMPU menjadikan Khalid sebagai seorang pemimpin yang disayangi rakyat seterusnya akan menyebabkan Selangor tidak lagi dibawah penguasaan PKR sepenuhnya.

Anwar juga tahu secara hukumnya bahawa kerjasama Khalid dengan kerajaan pusat bagi menyelesaikan beberapa masalah melibatkan kepentingan rakyat adalah satu keputusan yang TEPAT kerana hanya melalui kerjasama sedemikianlah masalah di Selangor boleh diselesaikan.

Dan percayalah sekiranya itu berlaku , Khalid akan dijulang lebih daripada manusia bernama Anwar Ibrahim yang selama ini membaham hasil bumi Selangor untuk kepentingan dirinya dengan menggunakan kapasiti penasihat ekonomi negeri yang mencecah jutaan ringgit.

Beliau juga sedar bahaya yang bakal menanti PKR sendiri apabila pola politik yang dilihat akan berubah sekiranya Khalid berjaya menjadikan hubungan politik dengan kerajaan pusat sebagai wadah terbaik buat kerajaan negeri mengatur gerak mendekati dan menyelesaikan permasalahan rakyat.

Ini bukan sesuatu yang boleh dibiarkan kerana jalinan itu nanti bakal menyebabkan politik PKR di Selangor berbeza dengan negeri-negeri lain yang dikuasai oleh Pakaran Haprak.

Maka kerana itulah Anwar mengatur gerak untuk segera menumbangkan Khalid dengan apa jua cara sekalipun.

Malahan Anwar dalam siri jelajahnya di Seberang Jaya baru-baru ini dengan jelas menyatakan rakyat jauh lebih berhak untuk menentukan siapa Menteri Besar Selangor walaupun hakikatnya DYMM Sultan Selangor telah menitahkan kesemua parti dalam Pakatan Haprak untuk mencadangkan sekurang-kurang 3 nama.

Dengan lawak bodohnya , Anwar menipu rakyat di Seberang Jaya baru-baru ini kononnya apabila selesai PRU14 nanti maka segeralah menyerahkan 3 nama kepada Yang Di Pertuan Agung untuk dipertimbangkan sebagai Perdana Menteri.

Alo brader , jangan sempitkan otak tu dengan dakyah Anwar .. Apa yang berlaku di bumi Selangor jauh berbeza dengan perlantikan Perdana Menteri Malaysia.

Isu Selangor berlaku apabila DYMM Sultan Selangor sendiri yang menitahkan supaya Pakatan Haprak mencalonkan 3 nama , sedangkan dalam perlantikan Perdana Menteri Malaysia ,  Yang Di Pertuan Agung sendiri berkenan dengan perlantikan tersebut malah tidak langsung meminta lebih daripada 1 nama.

Jika diamati kedua-dua senario ini maka MMI rumuskan bahawa calon Barisan Nasional hadir dengan persetujuan ke semua partinya dan mendapat kepercayaan serta persetujuan daripada  Yang Di Pertuan Agung manakala calon Menteri Besar Selangor (pada awalnya) Wan Azizah tidak mendapat persetujuan serta kepercayaan DYMM Sultan Selangor.

Dalam pada itu sebagai manusia yang dianugerahkan akal dan fikiran oleh Tuhan , adalah baiknya kalau semua pencacai Pakatan Haprak melihat juga kepada tindakan parti PAS yang menolak nama Wan Azizah malahan bersetuju dengan saranan DYMM Sultan Selangor untuk mencalonkan 3 nama.

Sepatutnya Anwar yang kini berada dilapangan pada setiap malam , harus menerangkan kepada pencacainya kenapa PAS mengambil sikap sedemikian ? Kenapa PAS tidak bersetuju dengan nama Wan Azizah ?

Tetapi Anwar lebih suka untuk mengheret minda pencacainya untuk fokus kepada soal hak rakyat sedangkan hakikatnya sebenarnya Anwar sedang menghasut mereka untuk menidakkan kuasa DYMM Sultan Selangor sendiri.

Apakah sebagai orang Melayu , kita WAJAR bersetuju dengan Anwar untuk melihat DYMM Sultan Selangor tunduk dan akur kepada keputusan yang dibuat oleh Anwar dan konco-konconya ?

Sedarkah kita bahawa DYMM Sultan Selangor telah menyelamatkan rakyat Selangor apabila menolak Wan Azizah ?

Jangan lupa semua , Wan Azizah pernah menjadi Ahli Parlimen di Permatang Pauh dan apakah jasa dan peranan beliau di bumi Permatang Pauh ? TAK ada bro .. melainkan meletakkan jawatan dan memberikan laluan kepada suaminya sendiri !

Satu tindakan paling BANGSAT yang selama ini menjadi amalan keluarga Anwar dan parti PKR !!!

Kerana kerakusan itu jugalah maka PAS yang dulunya begitu gah dengan prinsip parti kononnya akhirnya ditelanjangkan oleh ahli sendiri.Berita 2 orang wakil rakyat dari PAS di Selangor yang melanggar Bai'ah parti dan memberikan sokongan terhadap Wan Azizah membuktikan betapa Anwar bijak untuk memanipulasi keadaan dan dalam situasi ini MMI percaya ada janji yang telah dimeterai oleh kedua-dua pihak.

Bukan itu sahaja , PAS dilihat lebih teruk berkocak apabila wujud 2 kumpulan dalam parti mereka yang tidak sama haluan.Perbezaan pendirian kedua-dua kumpulan ini telah meletakkan parti yang selama ini dicorak seolah-olah PINTU ke SYURGA kini bukan sahaja berdepan dengan perpecahan tetapi kerosakan dalaman akibat parasit yang dibiarkan bermaharajalela selama ini.

Tidak cukup dengan itu kepimpinan tertinggi parti seperti Mat Sabu yang sepatutnya menjadi benteng kepada pertahanan parti bukan sahaja tidak berperanan tetapi berubah menjadi sebaliknya.Mat Sabu mahu PAS segera berubah dan mengikut jejak DAP dalam perjuangan politik mereka.

Lihatlah bagaimana doktrin kuasa dan kedudukan telah diadaptasikan dengan begitu sempurna dalam PAS dan ianya bermula daripada sekadar sebuah cerpen menjadi drama paling berprestij !!

Kini pada ketika semua mata tertumpu kepada hari penghakiman , desas-desus berhubung hubungan diantara Hadi dan Anwar yang semakin renggang mula kedengaran.Dan MMI percaya sememang itulah situasinya pada hari ini.

Anwar yang kini sibuk mengajak seluruh pencacainya untuk bersolidariti dengannya pada hujung bulan ini di Putrajaya akan juga berdepan dengan solidariti untuk Hadi Awang yang bakal dibicarakan di Terengganu kerana disaman oleh puak PKR !!

MMI ulangi Hadi Awang diSAMAN oleh puak PKR !!!

Bayangkan , Anwar boleh bersolidariti untuk dirinya tetapi dalam masa yang sama tidak MAMPU untuk menyelesaikan isu SAMAN terhadap Hadi.

Puak sendiri beb !! Bukankah Anwar seharusnya mencari jalan agar SAMAN itu tidak diteruskan ?

Sebagai orang besar dalam parti kenapa Anwar tidak MAMPU berbuat demikian ? Jika itu pun tidak MAMPU dilakukan oleh Anwar , untuk apa jadi Ketua UMUM ?

Dalam hal ini MMI nak ingatkan kepada juak-juak PAS supaya faham dan cepat sedar !!!!

Anwar langsung tidak melakukan apa-apa untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Hadi Awang tetapi berusaha bersungguh-sungguh untuk kempen "Rakyat Hakim Negara" ! Untuk siapa ?

Rakyat hakim negara hanya untuk ANWAR IBRAHIM !!!!

Alo brader pada ketika Anwar memperbodohkan puak-puak gurkha PAS , MMI tertawa sendirian kerana masih ada lagi puak-puak PAS yang hadir dalam jelajah Anwar !!! BODO PIANG !!!!

Apa benar hubungan Hadi dan Anwar semakin renggang ?

MMI rasa ampa boleh JAWAB sendiri !!!

MMI

Labels