Followers

Saturday, 31 January 2015

GEMPAR Pekerja Indonesia Jumpa SMEAGOL ??

Sekumpulan pekerja warganegara Indonesia terkejut melihat haiwan pelik muncul dalam khalayak mereka semasa bekerja di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Bintangor-Sibu, pagi semalam.

Menurut salah seorang pekerja, haiwan itu datang secara tiba-tiba semasa mereka sedang sibuk bekerja kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, haiwan terbabit berlari meluru ke arah mereka seolah-olah mahu menerkam dengan kukunya yang tajam.

Khuatir dengan keselamatan mereka, jelasnya, salah seorang daripada mereka bertindak memukul haiwan itu hingga pengsan.

“Apabila haiwan itu sedar semula, kami menghalaunya kembali ke dalam hutan,” ujarnya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, ia merupakan kali pertama mereka melihat haiwan pelik yang tidak diketahui spesiesnya itu.

Namun, beberapa pekerja ladang sawit terbabit berpendapat haiwan itu seakan-akan beruang yang sudah tua dan gugur bulunya.

Sehingga kini, jenis haiwan terbabit dan bagaimana ia masuk ke ladang berkenaan masih belum diketahui.

Dengar Kata Guan Eng MERAJUK ??

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini terus menamatkan sidang akhbar apabila para pemberita mendesaknya memberi respons sebagai setiausaha agung DAP terhadap cabaran Pas agar beliau berdebat tentang isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sidang akhbar itu diadakan selepas beliau melancarkan Cafe Sains Pulau Pinang di sini.

Pemberita beberapa kali meminta Guan Eng memberi responsnya terhadap cabaran setiausaha agung Pas Datuk Mustafa Ali untuk berdebat tentang isu pilihan raya PBT, tetapi Guan Eng mengulangi kata-kata 'ada soalan lain tak?'

Apabila pemberita terus bertanya tentang perkara itu, Guan Eng menamatkan sidang akhbar itu dengan ucapan 'terima kasih'.

Sebelum itu, beliau menyentuh tentang beberapa perkara lain, termasuk kesan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Mustafa dilaporkan mencabar Guan Eng berdebat tentang isu pilihan raya PBT. Rabu lepas, pemimpin Pas itu menyelar Guan Eng kerana didakwa berkata beliau (Mustafa) bersetuju pilihan raya PBT diadakan, sedangkan beliau tidak berkata demikian. 

Sebelum itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP boleh melebarkan lagi jurang ekonomi antara golongan berada dan tidak berada serta boleh mencetuskan pergaduhan kaum seperti Peristiwa 13 Mei 1969.

Pada khamis, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke mengeluarkan kenyataan yang mempersoal sama ada Mustafa cuba membakar jambatan yang menghubungkan Pas dan DAP apabila beliau mencabar Guan Eng untuk berdebat.

Beliau berkata, cabaran Mustafa itu sama seperti melayan DAP sebagai musuh politik dan mendakwa Mustafa tidak pernah bertindak demikian terhadap Umno yang menjadi musuh politik Pas.

Pada Ogos tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Kerajaan Pulau Pinang tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya PBT.Bernama

MMI kata apa barang bro ... Mana TELUSnya ? Kalau dah CEKAP sangat jawab jalah , takkan soalan macam tu pun tak boleh jawab ?

Sebelum ni bukan main lagi kata sana kata sini !!!

MMI

BUKTI Puak DAP Lebih Suka BERPOLITIK Dari Bantu Rakyat !!!


Dah lama dah puak-puak ni buat kerja macam ni tapi disebabkan sikap taksub dan terlalu nak kesenangan maka segelintir rakyat Malaysia sendiri buat pilihan untuk pilih dan sokong puak-puak cauvinis gila kuasa ni.

Maka diangkatlah puak-puak ni menjadi pemimpin dan selepas tu ????

Kita mula mendengar pelbagai versi cerita rakyat tidak dihiraukan.. Terkini adalah Ganesan a/l Naga Retnam, seorang ahli seumur hidup DAP Cawangan Taman Universiti (2) Johor Baru begitu kecewa dengan AP Gelang Patah Lim Kit Siang yang telah mengabaikan rayuannya untuk mendapatkan bantuan perubatan bagi mengubati penyakit kencing manis tahap kronik yg dihidapinya.Baca Selanjutnya 

Well semua tu adalah bukti bahawa mereka lebih suka berpolitik daripada berkhidmat untuk rakyat !!

Bayangkan berapa nilai gaji dan elaun yang puak-puak ni tibai tapi kerja untuk rakyat ? HAMPEH !!!

Samalah dengan si Kit Siang ni , malam ni pun dia dok asyik berpolitik lagi .. Tak percaya ??


MMI

Friday, 30 January 2015

JAHARA Bidas Guan Eng Selesaikan Dulu Masalah PARTI !!!

Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata, adalah lebih baik Dap menumpukan kepada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) yang masih tidak selesai daripada sibuk untuk melaksanakan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Jelas beliau, sehingga kini kata putus mengenai pemilihan CEC masih menjadi tanda tanya.

“Rakyat masih menunggu apakah keputusan sebenar CEC? Adakah pemimpin-pemimpin Dap masih sah menjawat jawatan yang ada atau bagaimana… Inilah isu sebenarnya yang harus diberi keutamaan oleh Dap kerana ianya melibatkan masa hadapan parti.

“Pemilihan parti sendiripun kucar-kacir tapi ada hati pula hendak mengadakan pilihan raya PBT,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau lagi, Dap sebenarnya terlalu taksub ingin menunjukkan bahawa mereka adalah pentadbir dan pemerintah yang baik selain berhasrat ingin memajukan Pulau Pinang dengan cepat.

Kerana terlalu ingin mencapai hasrat yang keterlaluan itu tegasnya, mereka sedikitpun tidak mengendahkan risiko yang bakal timbul.

“Sikap rakus Dap ini jelas bukan sahaja boleh merosakkan negeri Pulau Pinang malah menyusahkan rakyat. Tapi malangnya dek kerana sikap kuku besi, pendapat dan pandangan rakyat sedikitpun tidak dipandang.

“Apa yang mereka hajati, itulah yang mereka akan laksanakan walau terpaksa mengorbankan rakyat,” katanya.

Selain itu, beliau turut menggesa Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar bersikap tegas dan segera mengisytiharkan status terkini pemilihan CEC selepas parti itu terus berdiam diri.

“ROS perlu bertegas kerana ini melibatkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri sebagai Setiausaha Agung Dap.

“Ketika Lim Guan Eng menandatangi watikah pilihan raya ketika membentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang selepas PRU13 lalu, status CEC DAP masih belum disahkan. Jadi, adakah watikah pelantikan itu sah atau tidak… Inilah yang dipersoalkan kini.

“Jadi saya ingin bertanya kepada Dap, sekarang ini yang manakah lebih penting, pilihan raya PBT atau pun pengesahan CEC itu sendiri,” jelasnya. - MediaUMNO.

Baca juga artikel berkaitan di SINI 

MMI

Di Mana Yang JIWA RAKYATNYA ???

Bagi kebanyakkan penduduk di Pulau Pinang sudah barang pasti pernah mendengar ucapan berdegar-degar si Ketua Menteri Pulau Pinang ini dalam mana-mana program anjuran kerajaan negeri dan Pakatan Haprak.

Jika diikutkan anak cina Melaka ini sewaktu kemunculnnya di Pulau Mutiara pada 2008 yang lalu bukanlah seorang pemimpin cauvinis yang mampu berucap dengan baik.

Namun kerana mahu menguasai minda dan jiwa orang-orang Melayu beliau terus sahaja berucap dan antara ayat yang pernah melelehkan hati nurani orang Melayu sebelumnya untuk menyokong Pakatan Haprak adalah beliau akan memimpin sebuah kerajaan BERJIWA RAKYAT !!!!

Gegak gempita seluruh pulau dengan sorakan dan tepukan warga Pulau Pinang kerana masa dan saatnya sudah tiba untuk memilih sebuah kerajaan yang benar-benar mampu memahami hasrat dan keperluan rakyat khususnya warga marhain.

Namun semuanya tidak lama , kini setelah masuk 2 penggal DAP menguasai Pulau Pinang segala-galanya sudah terserlah ! Topeng yang selama ini digunakan tidak lagi menjadi perkara penting dan kata-kata manis selain janji dulunya tidak lagi menjadi sesuatu yang WAJIB untuk dipenuhi kerana kuasa yang dimiliki hari ini sudah cukup untuk mereka berdiri sendiri !!!!

Inilah kesilapan utama orang Melayu di Pulau Pinang bahkan pernah berlaku mereka-mereka yang dulunya bertepuk sorak kerana dihadiahkan sebuah gelanggang badminton kini menangis merayu-rayu kerana bukan sahaja gelangang , habis segala rumah dan tanah dirampas oleh rajim DAP yang semakin rakus.

Apa lagi yang mampu dilakukan oleh Melayu-Melayu ini ?

Kini setelah pelbagai beban melalui pengenalan serta kenaikan caj-caj di Pulau Pinang , warga Pulau Mutiara dan mungkin seluruh rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan pengenalan bayaran masuk untuk melawat tapak warisan sejarah Fort Cornwallis yang sebelum ini PERCUMA !!

Di mana yang jiwa rakyatnya ?

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjelaskan kepada rakyat kaedah yang digunakan di dalam pemberian tender kepada syarikat Ewein Berhad bagi menguruskan tempat pelancongan Fort Cornwallis.

Tegas beliau, sepatutnya syarikat yang bakal dilantik haruslah dipilih melalui tender terbuka. “Kerana itulah saya mahu kerajaan negeri memberi penjelasan kerana ini melibatkan rakyat. 

 “Dahulu tempat pelancongan ini boleh dikunjungi tanpa sebarang bayaran tetapi kini pengunjung terpaksa membayar sekiranya mengunjungi kota Fort Cornwallis. Syarikat tersebut diberikan hak untuk mengutip bayaran masuk, bayaran letak kenderaan dan bayaran sewa pusat penjaja bagi menampung bayaran sebanyak RM30,000 sebulan yang kepada kerajaan negeri. 

 “Adakah ini cara kerajaan negeri pimpinan Dap membayar kepercayaan rakyat kepada mereka? Dahulu mereka sering menyebut untuk membela nasib rakyat. Sering menyalahkan dan menuduh kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak menjaga kebajikan rakyat. Tetapi kini terbukti mereka hanya pandai menanam tebu di tepi bibir…. Rakyat sudah kena tipu,” ujarnya kepada UMNO-Online

Macam mana warga Pulau Pinang boleh tertipu ?

Well salah satu alasan yang boleh kita terjemahkan adalah sokongan kuat Melayu dalam PAS dan PKR !!! Itulah jawapan paling tepat untuk merungkai persoalan diatas.

MMI

Barisan Kepimpinan Baru PAS PRO-DAP Kini Di Perkenalkan ??

Hanya mereka yang buta hati sahaja tidak akan perasan dengan game plan terbaru puak-puak pro-DAP yang kini sudah mula menggerakkan kempen mereka untuk memenangi hati penyokong-penyokong PAS.

Pergeseran dan aksi sindir menyindir antara kepimpinan DAP dan PAS yang pro kepada kumpulan ulama nampaknya sudah sampai ke tahap PERANG !

Tindakan Setiausaha Agung PAS , Mustafa Ali yang mencabar Guan Eng supaya bersemuka dengannya untuk membuktikan dakwaan bahawa pemimpin Pas itu tidak jujur berhubung isu pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) menjadikan pergeseran ini semakin panas dan menarik.

Apatah lagi Mustafa Ali turut menyifatkan Guan Eng sebagai bermulut celupar apabila si Ketua Menteri Pulau Pinang ini menyatakan beliau telah menghubungi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mustafa untuk berbincang tentang pelaksanaan pilihan raya PBT sebelum memulakan kempen undi di Pulau Pinang.

Sedangkan hakikatnya Guan Eng hanya menghubungi beliau selepas beberapa hari cadangan berkaitan diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

“Perkataan yang digunakan oleh Guan Eng itu bukan sahaja tidak tepat malah tidak betul dan menggambarkan beliau seorang manusia mulut celupar.

“Saya cabar dia supaya bersemuka secara terbuka, biar dia bagi versi dia, saya bagi versi saya. Biar masyarakat tentukan siapa betul, siapa salah, siapa bohong, siapa tidak bohong,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Pas baru-baru ini.

Walaupun pergeseran ini cuba diselamatkan oleh beberapa pimpinan PAS yang pro kepada DAP dengan menolak sebarang perdebatan diantara kedua-dua pemimpin ini , DAP terus bertindak menyerang PAS apabila Guan Eng telah mempertikaikan kredibiliti kerajaan PAS di Kelantan.

Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata semasa banjir besar berlaku, keadaan yang berlaku adalah seolah-olah tiada Kerajaan Negeri yang wujud. Kerajaan yang ada hanya lepas tangan dan tidak tahu melakukan apa apa utk menyelamatkan mangsa mangsa banjir. 

Menurut Lim lagi, walaupun Kerajaan PAS Kelantan selama ini terkenal dengan dasar pentadbiran yang bersih tetapi mereka juga harus menjadi sebuah Kerajaan yang boleh membuat kerja untuk rakyat. 

Jika Kerajaan Kelantan tidak tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah Kerajaan Negeri, adalah lebih baik, mereka jangan menjadi Kerajaan Negeri di Kelantan. 

Satu tindakan yang jelas menghina PAS sebagai parti yang menunjangi kerajaan Kelantan sehinggakan beberapa kepimpinan PAS yang lain bangkit mempertahankan serta menempelak serangan celupar Guan Eng tersebut.


Tidak cukup dengan itu , Ketua Pemuda PAS Kelantan pula dalam kenyataan medianya mengecam tindakan Guan Eng sebagai SALAH dan minta di perbetulkan.Namun dalam pada itu sindirian sinis turut dilemparkan kepada Guan Eng apabila turut mengeluarkan kenyataan seperti berikut ..

Tahukah Yang Amat Berhormat (Lim Guan Eng) bahawa pada hari berikutnya, air mula memasuki kawasan Pasir Pekan iaitu rumah kediaman Menteri Besar, namun di dalam masa yang sama beliau masih meluangkan masa bermesyuarat dengan Timbalan Perdana Menteri bagi membincangkan urusan bantuan banjir dari Kerajaan Persekutuan. Tanpa terlupa, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO tiba di Kelantan 10 hari lebih awal dari Yang Amat Berhormat tiba di negeri ini. Tanpa prejudis, saya kira Yang Amat Berhormat sibuk urusan pentadbiran negeri dan tidaklah menjadi isu yang besar pada saat bila sekalipun Yang Amat Berhormat tiba. Lagipun jika pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menjadi kenyataan, Yang Amat Berhormat tentu akan menjadi semakin sibuk.Baca Selanjutnya 

Begitulah serba sedikit aksi-aksi tuding menuding antara PAS dan DAP yang kebanyakkannya mempunyai kata-kata sinis dan berupa sindiran yang sebenarnya membuktikan kepada kita bahawa persahabatan antara kedua-duanya sudah semkin rapuh.

NAMUN jika kita perhalusi keadaan ini satu strategi baru barangkali sedang disusun dan semestinya kalau kita menyingkap kembali situasi sebelumnya pada ketika waktu pergeseran semakin sengit , kepimpinan PAS seperti Mat Sabu dan beberapa yang lainnya diam seribu bahasa !

Khususnya Mat Sabu selaku Timbalan Presiden parti seharusnyalah beliau menjadi tulang belakang dan penyokong kuat kepada dasar dan keputusan Presiden Hadi Awang namun beliau lebih banyak mengamalkan dasar PLAY SAFE nya.

Mungkin kerana beberapa keadaan yang tidak membolehkan beliau bersuara maklumlah menjadi Ahli Lembaga Pengarah PBAPP sahaja sudah cukup untuk mengikat kaki dan tangan beliau daripada menghentam majikan sendiri.

Maka jalan terbaik mereka perlu segera mencari kaedah lain dan antara kaedahnya adalah projek "Impian Kelantan" yang bakal dilancarkan esok !

Lihat dan teliti baik-baik siapa yang terlibat dan ditampilkan dalam "Impian Kelantan" ???

Maka tidak mustahillah ada sesuatu yang sedang dirancang malah kedudukan Hadi Awang selaku Presiden parti rasanya sedikit tergugat apatah lagi sewaktu MMI sedang berlegar-legar dalam talian kenyataan dan infografik ini ditemui disalah satu lama web milik mereka yang pro kepada parti PAS !!


"Saya hargai ramai yang menyatakan berdiri di belakang saya.Cuma saya bimbang bila saya paling ke belakang , tiada orang di belakang saya" satu kenyataan yang amat besar maknanya.Maka MMI tertanya-tanya apakah puak-puak PAS akan terus berdiam melihat mereka-mereka yang sudah jauh songsang dari dasar perjuangan parti menguasai dan terus melacurkan prinsip dan pendirian perjuangan parti ??


Atau sokongan tersebut hanya atas dasar cetakan di atas baju ???

MMI

Thursday, 29 January 2015

ANCAMAN !! Malaysia Bakal Miliki Black Hawk

TERBAIK Angkatan Tentera Malaysia bakal memiliki helikorpter jenis Sikorsky S-70A Black Hawk.

Pemilikan ini pastinya mampu meningkatkan sistem pertahanan negara khususnya dalam usaha untuk mengawal sempadan negara daripada sebarang pencerobohan termasuklah tindakan pengganas seperti mana yang pernah berlaku di Lahad Datu Sabah.

Berdasarkan laporan daripada MalaysiaGazette usaha kerajaan untuk mempertahankan Pantai Timur Sabah daripada ancaman pencerobohan pengganas Sulu selatan Filipina mendapat sokongan berharga daripada Brunei yang bersetuju menyumbang helikopter untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kementerian Pertahanan Brunei menerusi satu kenyataan hari ini mengesahkan ia bersetuju menyumbang helikopter jenis Sikorsky S-70A Blackhawk kepada Malaysia.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan jumlah helikopter yang bakal disumbang kepada ATM.

“Kerjasama (di antara Brunei dan Malaysia) akan dipertingkatkan dengan rancangan penyerahan helikopter S-70A Blackhawk milik Tentera Udara Diraja Brunei kepada Angkatan Tentera Malaysia,” menurut Kementerian Pertahanan Brunei.

Helikopter Blackhawk masih lagi digunakan di Brunei, sebelum diserahkan kepada ATM seawal September ini apabila negara yang kaya minyak itu menerima versi helikopter yang lebih moden S-70i untuk kegunaannya.

Kedua-dua pihak menurut kementerian terbabit, akan berbincang lebih lanjut tentang rancangan penyerahan helikopter terbabit.

Kementerian Pertahanan Brunei berharap sumbangan helikopter tentera buatan Amerika Syarikat akan meningkatan keupayaan ATM dan kerjasama kedua-dua negara dalam memeliharan keamanan dan keselamatan serantau.

Kedua-dua negara mempunyai hubungan ketenteraan yang rapat dengan ATM dan Angkatan Tentera Diraja Brunei menyumbang anggota tentera dalam misi di Lubnan dan selatan Filipina.

Well MMI rasa kehadiran aset terbaru untuk angkatan tentera Malaysia itu amat WAJAR sekali memandangkan ancaman sentiasa berlaku.

Melihat kepada perkembangan terbaru yang berlaku dalam Kesultanan Sulu  , Sultan Esmail Kiram II yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu mengisytiharkan adiknya, Datu Phugdal Kiram akan memegang gelaran Raja Muda dalam apa yang dipanggilnya sebagai Kesultanan Sulu.

Esmail memberitahu pada Selasa bahawa Phugdal, 68, dipilih kerana undang-undang Kesultanan mengenai penggantian yang menetapkan bahawa calon mestilah mempunyai keturunan langsung daripada Sultan Sharif ul-Hashim, Sultan Sulu yang pertama, lapor mStar Online.

Phugdal, yang merupakan seorang guru di sekolah awam, akan mengambil alih gelaran Raja Muda yang dipegang oleh abangnya, Allahyarham Azzimudie Kiram, 74 yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 13 Januari lalu.

Azzimudie mengetuai pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu ke Kampung Tanduo di Felda Sabah 17 berhampiran Lahad Datu, Sabah, pada Februari 2013 yang membawa kepada pertempuran berdarah.

Apabila ditanya mengapa seorang lagi saudara lain, Datu Alianiapa tidak dinamakan untuk mengambil alih gelaran daripada Azzimudie, Esmail berkata di bawah undang-undang penggantian Kesultanan Sulu, Phugdal adalah lebih tua dalam adik-beradik dan bukan adiknya Alianiapa.

“Ada yang menyebarkan khabar angin mengenai perebutan kuasa untuk menunjukkan bahawa kita tidak bersatu. Datu Phugdal adalah pengganti yang sah,” katanya.

Ketika ditanya sama ada terdapat rancangan untuk menyerang Sabah lagi, Esmail berkata tidak timbul soal pencerobohan kerana berdasarkan sejarah Sabah adalah milik mereka.

“Kami tidak pernah menggunakan perkataan menuntut kerana Sabah adalah milik kami,” katanya.Baca Selanjutnya 

Yang pasti keselamatan negara harus dipertingkatkan dan kita jangan sesekali leka dengan keadaan ini.Segala kemungkinan boleh berlaku !! 

Terima kasih kepada kerajaan Brunei ! Walaupun berbeza negara tetapi kita sentiasa berusaha untuk yang terbaik.

MMI

Razak Baginda Bersuara !!!

Semua sedia maklum mahkamah sudah pun memutuskan bahawa kedua-dua anggota UTK yang didakwa membunuh warga Monggolia sebagai bersalah dan bakal dikenakan hukuman mati.

Malah pihak berwajib juga sedang berusaha untuk membawa pulang Sirul yang kini di tahan di Villawood Immigration Detention Centre , Sydney Australia. 

Namun bukan cerita Sirul yang mahu MMI kongsikan disini tetapi sesi temubual oleh TMI bersama Razak Baginda , seorang penganalisis politik yang pernah dipenjarakan akibat tuduhan bersubahat membunuh seorang warga Monggolia.

MMI sedar ramai yang agak keliru dengan perjalanan kes ini dan banyak perkara seolah-olah tidak terjawab.Di satu pihak lagi jangan cakaplah sentiasa berusaha untuk mengaitkan insiden ini dengan kepimpinan negara Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apa pun mungkin kenyataan terbaru daripada Razak Baginda ini memberikan sedikit pencerahan kepada kita !!

Berikut sebahagian petikan wawancara Razak dengan TMI :

TMI: Kenapa anda bersuara sekarang?

Razak: Masalahnya ialah, keadaan sudah menjadi sangat tidak masuk akal. Ya Tuhan, orang pusing dan putar belit cerita. Sekarang tiba-tiba anaknya muncul (anak Sirul Azhar) dan terbaharu yang saya dengar, ibunya kata dia diperangkap. Apa lagi yang kita nak jangkakan keluar dari mulut ibunya? Lebih kurang spekulasi yang sama, tetapi sekarang lebih berbelit kerana kita sudah hampir sampai ke penghujung proses. Semua spekulasi yang dibuat sudah tentu membuatkan saya lebih marah. Dari sudut undang-undang, kes jenayah kini sudah berakhir dan itulah sebabnya saya bercakap sekarang.

Boleh anda kongsikan pengalaman anda di penjara?

Tiada siapa nak masuk penjara. Saya dengar orang cakap, "Saya tak peduli, saya nak masuk penjara". Jangan cakap macam tu sebab anda tak pernah cuba. Saya sangat kecewa, kerana saya tidak bersalah. Saya terus-terusan menyoal diri, apa saya buat di sini? Satu lagi kekecewaan ialah, kes mahkamah yang berlarutan. Saya benci cuti umum kerana cuti umum bermakna kes itu akan ditangguhkan lagi. Ia satu pengalaman yang dahsyat.

Semasa anda di sana, adakah Azilah dan Sirul dalam kompleks penjara yang sama? Anda nampak mereka?

Sudah tentu mereka (pihak berkuasa penjara) pisahkan kami. Saya tidak pernah melihat mereka. Hanya nampak mereka apabila kami berada di mahkamah. Sebenarnya, saya tidak pernah bertemu mereka sehingga tiga atau empat bulan selepas saya berada di penjara. Hanya bertemu mereka pada hari pertama perbicaraan.

Ini bukan kes pembunuhan biasa.

Ya, kerana ada banyak putar belit. Kalau anda hanya anggap ini sebagai satu pembunuhan dan tidak mempolitikkannya, ia hanya satu kes bunuh biasa. Akibat keakraban saya dengan Najib, orang-orang yang mahu membunuh Najib (dari segi politik) pada masa itu, melihatnya sebagai peluang keemasan menggunakan keadaan itu terhadapnya. Jika saya tiada sebarang kaitan dengan Najib, walaupun saya seorang penganalisis politik, perkara ini akan reda.

Ada "herd mentality" (sikap menurut) di kalangan rakyat Malaysia. Dari awal lagi, satu gambaran dicipta. Ini sudut pandang yang perlu diambil, dan semua orang turut serta mengambil pandangan yang sama. Saya cabar anda jadi lebih kreatif sedikit dan lihat gambaran yang lebih luas.

Jika anda bercakap mengenai konspirasi polis, tidak mustahil ada konspirasi lain juga berlaku. Kebenaran dalam kes ini ialah satu perkara yang terlalu amat membosankan. Ia hanya kes jenayah bunuh biasa, tetapi masih terdapat mereka yang yakin polis tidak boleh melakukan ini tanpa arahan. Berapa ramai orang yang mati dalam tahanan reman? Kiraan kali terakhir ialah 156 pada 2008, dan angka semakin bertambah. Jadi, siapa yang arahkan semua ini?

Maksud anda, kedua-dua mereka bertindak atas kemahuan mereka sendiri?

Ya, seperti yang diputuskan mahkamah. Kerana, akhirnya, prosiding mahkamah begitu telus, beberapa peguam pertahanan terbaik turut terlibat, termasuk Karpal Singh. Hakim sangat liberal, memberi peluang kepada semua orang untuk bertanya soalan. Anda boleh kata apa saja tentang sistem kita, tapi ia sangat telus.

Saya sangat kecewa kerana ada begitu banyak penangguhan ketika kes itu. Apa masalahnya jika mereka (Azilah dan Sirul) bertindak sendiri? Lihatlah kes MH370, ada konspirasi? Buktikan. Tiada siapa dapat berikan bukti. Perkara itu boleh terjadi. (Seperti) Segitiga Bermuda.

Ada sesetengah perkara yang tidak dapat dijelaskan. Kenapa tidak dengan kes ini? Mereka bertindak sendiri. Mengapa tak boleh? Mengapa? Kerana rakyat Malaysia disogokkan dengan idea sejak hari pertama yang inilah ceritanya. Inilah cerita yang diputarkan. Semua orang, tanpa berfikir, terus mengambil dan menerima pandangan yang sama dan terus-terusan begitu.

Ada sekali anda menimbulkan kekecohan apabila sesuatu diperkatakan dan isteri anda jua menjerit, "Lihat sini, dia tak mahu jadi PM." Apa cerita di sebalik kejadian itu?

Sangat kelakar. Betul. Kalau anda di penjara, dan anda kata, saya nak selesaikan kes ini, dan kemudian ada orang beritahu anda, kes ini ditangguhkan hingga dua minggu akan datang. Saya marah sangat kerana pada pandangan saya keseluruhan sistem ini sengaja dipanjangkan.

Perbicaraan ini merupakan yang paling disensasikan dalam sejarah Malaysia.  Botak Chin pun tak dapat liputan sebegini. Saya masih simpan semua keratan akhbar. Memang menakjubkan melihat liputan media yang saya terima.

Anda pun tahu... pengarang berita juga terlibat. Kalau saya punya surat khabar sendiri, saya hanya perlu kata, "jangan mainkan cerita ini". Tapi, ada orang cuba siram minyak kat api. Sudah tentu saya kecewa. Saya dalam penjara, fikirlah... Dan semua orang sibuk spekulasi itu dan ini.

Jadi, kekecohan itu hanya kerana perbicaraan kes ditangguhkan?

Ya, sebab, kalau anda tengok tarikhnya, ada dua minggu penangguhan. Anda pun tahu bagaimana keadaannya apabila kes ditangguhkan, anda balik ke penjara, anda tak boleh jumpa keluarga. Ayah saya bisik kepada saya yang kes itu akan ditangguhkan, saya marah sangat.

Ceritakan hubungan anda dengan Bala (penyiasat persendirian P Balasubramaniam).

Hubungan yang menarik. Dua kali saya berhubung dengannya. Pertama, ketika Altantuya datang ke Malaysia buat kali pertama, selepas peras ugut, dia nak jumpa saya. Saya sedar saya perlukan satu bentuk perlindungan. Saya bertanya sekeliling dan ada seseorang mencadangkan Bala.

Arahan dia senang saja - ikut saya, tunggu di bawah, kalau dia (Altantuya) datang, beritahu saya. Dan ketika itu saya hanya mahu mengelak dari berjumpa dengannya. Saya tak mahu berdepan dengannya. Saya tahu apa isunya, dia hendak duit dari saya.

Saya sebenarnya jumpa dia sekali, sebelum saya jumpa Bala.

Ceritanya begini, dia datang. Saya beritahu dia, "Buatlah apa awak nak." Harap anda tak akan kena peras ugut. Kalau anda tengok semua kes peras ugut, sekali anda menyerah diri bila diperas ugut, susahlah. Peras ugut tidak akan berakhir apabila anda kata, "Anda hendak peras ugut saya? Saya tak peduli." Kemudian, habislah.

Apa dia nak buat? Dalam kes saya, saya serah diri pada awalnya, tapi kemudian saya kata, tidak lagi. Masa itulah dia (Altantuya) mula datang. Saya kata saya tak mahu beri duit lagi. Dia jadi sangat marah.

Apa yang dia peras ugut anda?

Ia sesuatu yang peribadi, hubungan itu... Ia sesuatu yang sangat peribadi.

Bagaimana dengan tuduhan komisyen AS$500,000 (dari perjanjian kapal selam)?

Mana datangnya cerita itu? Inilah masalahnya. Orang sekarang ini semuanya malas, wartawan dan semua orang malas. Mereka tak periksa sumber. Tengok dari mana datangnya AS$500,000 itu.

Ia disebut dalam akuan bersumpah pertama Bala.

Ok, sesiapa pun boleh kata begitu. Dari mana datangnya perkara itu? Jujur cakap, AS$500,000 itu perkara baharu bagi saya. Saya tak tahu tentang itu. Dia (Altantuya) peras ugut saya minta AS$5,000, AS$8,000. Sebab itu saya ikutkan.

Tiada yuran untuk khidmatnya sebagai penterjemah?

Yuran penterjemahan apa? Cerita dia sebagai penterjemah itu hanya jenaka. Dia tak boleh pun bertutur bahasa Perancis. Kita semua mangsa satu percaturan politik. Dan kita semua pun peraya. Sejak awal, semuanya satu naratif – pembunuhan, Najib, Razak dan perjanjian kapal selam.

Naratif ini disogokkan kepada rakyat Malaysia sejak hari pertama dan semua orang seperti sekawan kerbau, ikut saja.

Cuba periksa, bolehkah dia bercakap dalam bahasa Perancis? Tiada seorang pun warga Perancis yang terlibat dalam urusan jual beli kapal selam jumpa dia atau kenal dia. Orang Perancis semuanya canggih. Mereka bertutur bahasa Inggeris dengan baik. Tiada siapa persoalkan. Kenapa perlu ada penterjemah bahasa Perancis yang berbangsa Mongolia?

Cuba fikir. Kalau saya hendak seorang penterjemah, sudah tentu saya ambil seorang berbangsa Perancis, atau warga Britain. Kenapa saya nak ambil seorang warga Mongolia?

Pernahkah dia pergi ke Perancis, tinggal di sana dan belajar bahasa itu? Dan semua orang percaya sahaja yang dia seorang penterjemah bahasa Perancis dan dia dibayar untuk itu. Tiada siapa yang persoalkan perkara itu.

Dalam akuan bersumpah pertama Bala, ada satu lagi tuduhan, iaitu Najib yang memperkenalkan Altantuya kepada anda.

Itu sebahagian dari naratif itu. Saya sudah katakan beratus kali, saya tak tahu nak cakap macam mana lagi. Najib tak pernah kenal perempuan itu. Najib tidak bersalah. Kalau anda semua rasa ada kaitan antara mereka, mana buktinya? Jangan lupa yang dalam keadaan macam ini, ramai orang ambil kesempatan. Kita dah selalu sangat tengok perkara ini.

Bagaimana anda mengenali Altantuya?

Kalau saya kenal Najib, tak bermakna dia tahu semua tentang saya. Tetapi, kesimpulan dibuat, dia (Najib) tahu semua yang saya buat. Itu satu kesimpulan yang salah.

Saya katakan dalam afidavit saya, dan itulah kebenarannya. Kebenaran itu menyakitkan keluarga saya, dan ada perdebatan di kalangan pasukan guaman saya sama ada saya patut masukkan perkara itu atau tidak. Saya sudah beritahu bagaimana saya jumpa dia. Semuanya ada di sana (dalam afidavit).

Jadi, anda mengatakan isi kandungan akuan bersumpah Bala yang pertama itu mengarut?

Semuanya mengarut. Termasuk juga tuduhan seks luar tabii. Semua mengarut. Semua orang anggap akuan bersumpah itu betul. Tambahan pula, dalam akuan bersumpah itu, Bala kata: “ada orang beritahu saya” atau “saya beritahu dia”. Semua itu cakap-cakap orang sahaja.

Siapa di belakang semua ini?

Drakula, pontianak, serigala jadian, siapa saja lah. Watak kesukaan saya selalunya Drakula.

Tujuan utamanya ialah hendak mengenakan Najib?

Ya, sudah tentu.

Dan anda juga menjadi mangsa?

Tidak, saya tak boleh kata saya mangsa. Ada pembunuhan berlaku, dan disebabkan saya mempunyai kaitan dengan keseluruhan perkara itu, dan ceritanya sangat menarik untuk dilepaskan begitu saja.

Di luar sana ada ramai orang yang mengambil kesempatan. Dan jangan lupa. Najib ketika itu timbalan perdana menteri (TPM), dan di negara kita ini, TPM cuma selangkah sebelum menjadi PM. Semua orang tahu beliau berpotensi menjadi PM.

Adakah anda masih rapat dengan Najib sekarang?

Tidak. Tapi pentingkah perkara itu? Keadaan sudah menjadi sangat tidak masuk akal, kalau saya minum teh dengan Najib, semua orang akan kata "Ya Tuhan..." Jadi, kita kena mara ke hadapan teruskan kehidupan.

Adakah anda rasa rakyat Malaysia akan mara ke hadapan? Hantu Altantuya akan berakhir di sini?

Tidak. Kerana ada ramai pihak berkepentingan di luar sana. Kerana, ini satu percaturan politik. Kita semua mangsa permainan politik ini. Anda tahu ada berapa ramai hantu di luar sana? Orang tidak peduli sebab semua mereka tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Tetapi yang ini, orang peduli, kerana ia bermotifkan politik. Itu saja.

Anda dibebaskan pada 31 Oktober, 2008. Sejak itu, isu Altantuya ini digunakan untuk menentang Najib. Kenapa anda tidak bersuara lebih awal, katakan contohnya, okay, cukup-cukuplah?

Yang menjadi kebimbangan peguam saya, sangat jelas. Selagi saya terlibat dalam perbicaraan, dan kes ini belum selesai, anda tidak akan mahu berkata apa-apa sehingga keseluruhan proses selesai.

Tetapi Najib tidak dibicarakan. Dan anda dibebaskan. Jadi, apa masalahnya?

Saya adakan sidang media (selepas dibebaskan). Kenyataan dikeluarkan. Yang mengecewakan, pihak akhbar tidak bertanya semua soalan itu. Mereka hanya tanya tentang naratif itu. Mereka tak tanya soalan penting yang lain.

Anda tidak rasa selepas itu anda perlu lakukan sesuatu yang wajar dan katakan, cukup semua ini?

Terdapat perdebatan hangat selepas saya dibebaskan, dan keputusannya ialah, biar saya keluarkan satu kenyataan. Dan bukan hanya kenyataan, diikuti sesi soal jawab.

Tetapi, enam tujuh tahun kemudian, perkara yang sama ditimbulkan. Setiap kali saya bercakap dengan peguam saya, mereka kata elok saya tidak kata apa-apa. "Anda sudah cakap apa yang anda hendak cakap… tiada apa lagi yang baru. Tunggu dulu… hingga keseluruhan proses selesai."

Dan itu sebabnya kenapa saya rasa saya perlu bercakap sekarang, memandangkan kes ini akhirnya sudah selesai.

Tetapi saya masih lihat banyak benda yang mengarut. Jadi, saya kata kepada diri sendiri, biar saya cuba (terangkan) sekali lagi.

Mereka kata Najib tidak pernah menafikan (mengenali Altantuya). Tak betul. Beliau banyak kali menafikan. Orang macam Najib pun, sampai satu masa dia akan kata, "apa saya nak buat lagi."

Najib sekarang diserang. Dan anda tampil mengatakan Najib tidak bersalah. Beliau tidak terlibat sejak dari mula. Kenapa sekarang?

Saya harap fokusnya ialah ke atas saya, bukan Najib. Ini kisah saya. Kasihan dia (Najib). Jujur saya katakan, saya tidak dapat luahkan dengan kata-kata perasaan saya tentang bagaimana beliau yang jadi mangsa.

Tetapi anda tidak jelaskan bagaimana anda menjadi mangsa?

Terus terang, saya seorang yang “private” (mempunyai kehidupan peribadi sendiri). Saya tiada cita-cita politik. Saya tak peduli semua itu sebenarnya.

Tetapi anda terpaksa meringkuk di dalam penjara selama 22 bulan.

Ya, tetapi begitulah sistemnya. Apa boleh saya buat. Kami cuba apa saja yang boleh untuk mendapatkan ikat jamin tetapi tidak berjaya.

Kalau dikenang semula apa yang terjadi, apa yang berbeza yang mungkin anda lakukan?

Jujur saya katakan kepada anda, saya sepatutnya dapatkan pasukan guaman yang terbaik dan saman semua orang yang sesuka hati bercakap sesuatu yang mereka tiada bukti. Itu yang saya sepatutnya lakukan, itu yang saya kesalkan.

Ada lagi satu persoalan yang perlu MMI kongsikan dengan semua !!

Kenapa Sirul memilih Australia dan siapakah yang berada di belakang beliau dalam proses pemindahannya ke negara tersebut ?

Jawapannya mungkin ada di SINI 

MMI

Wednesday, 28 January 2015

Kenapa Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Jadi Pilihan DAP !!

Ada pepatah mengatakan "Apabila diberikan betis nakkan paha pula" dan dalam keadaan tertentu bukan setakat betis yang digigitnya tetapi dengan paha-paha sekali kena baham !

Begitulah perumpamaan yang wajar kita berikan kepada puak-puak cauvinis DAP hari ini memandangkan nafsu tamak haloba mereka semakin hari semakin bergelora.

Kalau disamakan dengan cerita cereka pontianak barat , maka sudah pastilah pontianak-pontianak ini sedang mengelupur kerana dahagakan darah !

Di Malaysia lain plotnya kerana puak cauvinis ini sedang dahagakan KUASA !!!!

Isu pilihanraya PBT ini sebenarnya adalah satu usaha terancang yang punya agenda tersendiri.Seolah-olah ada isyarat yang sedang disebarkan kepada pihak-pihak tertentu diluar sana bahawa gerakan untuk terus memperkukuhkan kedudukan kini sedang diusahakan.

Jauh dibenak hati MMI sendiri merasakan ada sokongan pihak luar yang menyusun atur gerakan-gerakan ini agar ianya bertali arus menjadi isu politik yang diperdebatkan.Tujuan mungkin satu untuk melihat orang Melayu berpecah seperti mana mereka pernah lakukan sebelum ini dalam proses pilihanraya masjid.

Tak perlu dihuraikan panjang lebar kerana proses tersebut sudah pun menyebabkan orang-orang Melayu berbalah sesama sendiri.

Bagi mereka yang menjadi pencacai penyokong DAP terus sahaja menggunakan peluang tersebut untuk melebarkan pengaruh dan kuasa terhadap pengurusan masjid walaupun hakikatnya ada diantara mereka bukanlah penduduk asal dikawasan.

Keterujaan itu berterusan kerana puak penjilat tegar DAP begitu inginkan penguasaan terhadap masjid-masjid ini bagi memudahkan usaha mereka membawa masuk ideologi politik ke dalam program-program yang dianjurkan.

Sikap pentingkan diri inilah yang telah menjadi titik tolak kepada DAP memperkemaskan strategi mereka dengan merangka perancangan seterusnya.Disaat ini semuanya nampak sedikit mudah kerana DAP sudah tahu dimana kelemahan orang-orang Melayu.

Keinginan dan agenda DAP begitu jelas dan kita sudah pun melihat gerakan pertama itu berlaku ! 

Tuntutan agar kerajaan DAP Pulau Pinang diberikan kuasa autonomi untuk memerintah sendiri berbanding dengan sistem persekutuan yang diamalkan sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963 yang disuarakan oleh seorang pemimpin DAP bernama Zairil Khir Johari baru-baru ini adalah BUKTI jelas mereka tahu apa yang sedang mereka lakukan.Baca SINI 

Setelah itu ianya disusuli dengan tindakan Guan Eng dan seluruh pasukan cauvinisnya yang telah meluluskan usul enakmen undang-undang pilihanraya kerajaan tempatan yang kemudiannya terhalang apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Seksyen 10 dan Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan yang digubal semasa era darurat jelas menunjukkan sidang dewan undangan negeri tiada hak melaksanakan pilihanraya bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) di dalam kerajaan negeri.


Lihatlah bagaimana kerakusan DAP apabila mereka diberikan sedikit kuasa untuk memerintah !!

Dalam masa yang sama , DAP sanggup menyerang rakan sendiri iaitu PAS apabila Presidennya menolak cadangan PBT.

Semuanya kerana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran bahawa tindakan DAP mahu mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang akan menimbulkan polarisasi kaum yang akhirnya boleh mengulangi tragedi berdarah 13 Mei. 

Beliau berkata DAP membuat 'kesilapan' dengan mempertimbangkan aspek penduduk bandar sebagai matlamat utama untuk mereka menang dalam pilihan raya dalam tempoh yang singkat. 

"Kita tidak boleh mempertimbangkan kemenangan politik dan penguasaan ekonomi satu pihak sahaja dalam sebuah negeri yang mempunyai masyarakat berbilang kaum

"Kita tidak seharusnya mencadangkan sesuatu yang akan hanya menyebabkan ketidakstabilan, dan meluaskan lagi jurang antara penduduk bandar dan desa.

"Lebih buruk lagi, ketegangan sedemikian boleh mengakibatkan berulangnya tragedi 13 Mei, yang kekal sebagai peristiwa hitam dalam sejarah negara kita," kata Hadi dalam satu kenyataan pada Jumaat. 

Baca juga artikel berkaitan di SINI & SINI 

Kita tahu selepas Pakatan Haprak kalah dalam PRU13 . pelbagai versi cerita-cerita politik dijaja oleh mereka dan antaranya adalah berkaitan undi popular.Kenapa isu undi popular dicanang sedangkan Pakatan Haprak sendiri tahu dan telah faham sistem pilihanraya yang digunakan oleh kerajaan Malaysia semenjak negara mencapai kemerdekaan ?

Tidak lain dan tidak bukan bagi membangkitkan rasa benci rakyat kononnya kerajaan BN melakukan penipuan !!!

Kini mereka kembali lagi , menuntut kuasa autonomi untuk Pulau Pinang yang mereka sendiri tahu begitu sukar untuk dicapai.Maka gerakan seterusnya adalah mengadakan pilihanraya PBT kerana dengannya mereka dapat terus memperkukuhkan cengkaman REJIM DAPigs dan terus menekan kaum bumiputera yang akhirnya akan dijadikan alasan untuk BEBAS dari bumi Malaysia !!!

Maka jelas semuanya dirancang sebegitu rupa kerana mereka ada agenda tersendiri dan semestinya mereka begitu inginkan kedudukan sebagaimana rakan mereka diseberang tambak Johor.

MMI

BIADAP Penggiat SENI Hina Malaysia Di Luar Negara


Kalau tak salah MMI , Vincent Leong ni adalah rakyat Malaysia dan merupakan seorang penggiat seni yang kini bukan sahaja BIADAP tetapi KURANG AJAR !!

Apakah motif sebenar Vincent apabila mempamerkan hasil seni gambar pemimpin negara , Yang Di Pertuan Agong dan Permaisuri dalam keadaan memandang ke belakang ?

SENI ? Agak-agaklah jangan berlindung dalam hasil seni jika ianya menyingung serta menghina orang lain !!!

Malah pameran tersebut diadakan di Dart Stage , Singapura !!

Sekali lagi MMI bertanya untuk apa gambar sedemikian dipamerkan ?

Well MMI harapkan sangat dalam isu ni pihak berkuasa jangan berlembut , dah tiba masa untuk ambil tindakan TEGAS !!!

HALANG sahaja Vincent daripada kembali ke Malaysia dan LUCUTKAN kerakyatannya !!!

Malaysia tak perlu orang semacam ini !!!

JANGAN BERLEMBUT LAGI !!!!

MMI

Kerajaan Malaysia Di CABAR , Kuasa Menteri Dalam Negeri Di PERTIKAI !!!

Berikut adalah laporan yang disiarkan oleh agensi berita Bernama  - Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini menfailkan permohonan bagi semakan kehakiman untuk membatalkan perintah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengisytiharkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri ini sebagai sebuah pertubuhan haram.

Permohonan itu difailkan kerajaan negeri melalui Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh yang juga pengerusi PPS di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di George Town menerusi Tetuan
Sreenevasan.

Dalam permohonan itu, kerajaan negeri Pulau Pinang selaku pemohon menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Dalam permohonan itu, kerajaan negeri itu antara lain memohon suatu perintah certiorari untuk membatalkan perintah yang dibuat Menteri Dalam Negeri pada 3 Nov 2014 yang mengisytiharkan PPS sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966.

Kerajaan negeri itu turut memohon suatu perintah mandamus bagi mengarahkan responden mengembalikan semua jaket, peralatan, lambang, senjata atau sebarang dokumen kepunyaan PPS.

Kerajaan negeri juga memohon suatu deklarasi bahawa PPS telah ditubuhkan secara sah dan betul oleh kerajaan negeri menurut Seksyen 101 (v) Akta Kerajaan Tempatan, 1976.

Menerusi permohonan itu, kerajaan negeri yang membawa permohonan bagi pihak PPS mendakwa perintah yang dibuat KDN adalah tidak berpelembagaan kerana melanggari Artikel 4, 5 (1),8, 10(1) atau 13 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Pemohon berkata bagi tempoh tiga tahun yang lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi kerajaan yang lain telah menggunakan khidmat PPS dalam pelbagai mesyuarat dan aktiviti dalam usaha mereka memerangi jenayah dan menguruskan situasi-situasi kecemasan.

Menurutnya, PPS telah dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam sambutan Hari Merdeka pada tahun 2012 dan 2013 dan telah berbuat demikian tanpa sebarang kejadian tidak diingini sehinggga 2014.

Kerajaan negeri itu mendakwa responden pertama (Menteri Dalam Negeri) telah mengambil kira pertimbangan yang tidak relevan dalam membuat perintah itu dengan menyatakan bahawa PPS "sedang digunakan bagi maksud yang memudaratkan ketenteraman awam".

Pemohon mendakwa bahawa PPS merupakan satu mekanisme kerajaan negeri yang menjadi pelengkap kepada PDRM dan lain-lain agensi kerajaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang dalam memastikan dan memelihara ketenteraman awam dan keselamatan.

Sementara itu, peguam Ram Karpal Singh ketika ditemui pemberita berkata kerajaan negeri Pulau Pinang diwakili beberapa barisan peguam yang diketuai oleh Datuk S.Ambiga.

Hadir sama Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Apa yang perlu kita tahu !!!

Perkara pertama yang kita perlu faham adalah keputusan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri bahawa Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ini adalah sebuah pertubuhan HARAM kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) malah tidak termasuk di bawah mana-mana akta yang diluluskan Dewan Rakyat.

Keduanya perkara itu tertakluk kepada soal perundangan di bawah kuasa kerajaan pusat yang berhubung kait dengan aspek KESELAMATAN serta PERTAHANAN.

Ketiganya terdapat 11 laporan polis telah dibuat mengenai PPS berkaitan kes pukul, tampar dan sembur gas pemedih mata kepada orang awam.

Keempat sedarkah kita bahawa apa yang sedang dilakukan oleh puak DAP ini adalah menolak keputusan seorang Menteri yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal keselamatan dan pertahanan negara ??

Jika keputusan seorang Menteri yang menjaga hal ehwal keselamatan dan pertahanan negara pun boleh dipertikaikan maka untuk apa jawatan itu dipertanggungjawabkan kepada beliau ?

Malah keputusan tersebut dibuat setelah berlakunya insiden melibatkan pasukan PPS sendiri berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat.Baca selanjutnya di SINI 

KENAPA TAK TANGKAP GUAN ENG ?

Tak cukup dengan itu , terdapat juga laporan polis daripada warga Pulau Pinang sendiri terhadap Lim Guan Eng yang telah mencabar Ketua Polis Negara berdasarkan kepada 2 faktor utama.

1) Selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah orang yang bertanggungjawab meluluskan penubuhan PPS, meluluskan dana dan peruntukkan wang Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada PPS dan beliau adalah orang yang terlibat secara langsung dalam merancang pergerakan dan hala tuju PPS. 

2) Beratus laporan polis telah dibuat berkaitan ucapan berbaur hasutan oleh Lim Guan Eng yang cuba menghasut rakyat membenci Ketua Polis Negara khususnya dan PDRM amnya. Ucapan Lim Guan Eng ini boleh mencetuskan hura-hara dan mengganggu-gugat keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negara.Seterusnya 

Well dalam hal ini DAP bukan sahaja mempertikaikan tanggungjawab seorang Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab dalam hal keselamatan dan pertahanan negara tetapi turut mencabar kerajaan Malaysia !

Secara mudahnya DAP sudah melancarkan serangan terhadap kerajaan Malaysia yang telah mengambil langkah-langkah perlu melalui kementerian dan agensi terlibat.

Jika hari ini keadaannya sama seperti waktu negara belum Merdeka maka MMI yakin gerakan penentangan ini akan menjadi seperti mana gerakan komunis memerangi Tanah Melayu satu ketika dulu.

Secara peribadi rasanya dah sampai masa kerajaan SEGERA menangkap mereka-mereka yang terlibat kerana usaha DAP ini adalah sama dengan PENENTANGAN tersusun yang mampu mengundang bahaya kepada negara !!

MMI pernah menulis dalam salah satu artikel bertarikh 14 November 2014 yang lalu bertajuk "Perlu Ker Di LAYAN PPS Ni ??" dan antara yang MMI tulis adalah seperti berikut ..

Setelah apa yang berlaku sebelum ini kita masih lagi dengan sikap melayan ! Satu tindakan yang MMI rasa tidak seharusnya kita amalkan kerana puak-puak DAPigs ni tidak akan pernah kenal erti berterima kasih.

Kalau tak percaya tunggulah jika kita melayan mereka dan merealisasikan apa yang sedang dirancang pasti di kemudian hari akan berlaku sesuatu yang menyusahkan pihak kerajaan atau pihak yang terlibat secara langsung.

Kenapa perlu kita layan PPS ?

Bukankah ada SRS ? Boleh sahaja puak-puak ni masuk SRS kalau benar-benar nak berkhidmat untuk masyarakat tapi kenapa perlu ada entiti baru ?

Sebab DAP mahu entiti yang boleh menjenamakan nama parti malah ia boleh digerakkan untuk melakukan kerja-kerja politik dan semestinya mereka ada agenda yang lebih besar.

Hati-hati beb ...

MMI

Mampukah HADI Sedar Dari ROMANCINTANYA ??

Perhubungan mereka bukanlah kerana perasaan CINTA yang berputik seperti mana sang jejaka terpegun melihat keayuan si dara.

KASIH yang disemai itu juga bukan kasih yang saling melengkapi kerana di dalamnya tidak ada rasa SAYANG !

ERAT gengaman tangan mereka juga bukanlah kerana mengalirnya rasa RINDU yang teramat sangat.

Malah PELUKAN mereka juga kadang kalanya mengundang rasa semacam mereka-mereka yang melihatnya.

CUMBUAN mereka .... Ish MUNGKIN tidak sampai ke tahap itu agaknya !!!

Walau apa pun semua itu seolah-olah satu lakonan yang dibuat-buat sedangkan hakikatnya masing-masing punya citarasa yang amat berbeza.ROMANCINTA ini hanya melengkapi dalam hal-hal tertentu tetapi berbeza kamar tidurnya apabila ada perkara-perkara yang menggugat si KAFIR LAKNATULLAH !!

Begitulah senarionya hubungan antara pemimpin tertinggi PAS ini dengan rakan-rakannya dalam PKR dan DAP.

Malah jika PAS itu adalah si DARA jelita yang cantik gebu dan mulus , sudah barang pasti maruahnya sudah lama di robek-robek dan mungkin juga menjadi mangsa LIWAT seorang bekas banduan yang begitu inginkan kedudukan tertentu.

Mereka tidak pernah sehaluan dan sejauh mana mereka bergandingan sekalipun PENGAKHIRAN kini sudah semakin hampir.

Hubungan songsang ini sudah tidak lagi mampu dilindungi , disebabkan HAWA NAFSU maka PAS kini menerima azabnya.

Hadi Awang bukan sahaja ditempelak oleh pasangan CINTANYA , kini turut dikecam oleh anak didik sendiri malah pertikaian demi pertikaian disebabkan tindak tanduk mereka menyebabkan Presiden PAS ini semakin hilang sabar.

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang membidas kerajaan negeri Kelantan sebagai lemah dan gagal melaksanakan tanggungjawabnya semasa musibah banjir yang melanda negeri itu adalah BUKTI bahawa ada sesuatu yang terpendam begitu lama dalam jiwa para pelakon DAP selama ini.

Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata semasa banjir besar berlaku, keadaan yang berlaku adalah seolah-olah tiada Kerajaan Negeri yang wujud. Kerajaan yang ada hanya lepas tangan dan tidak tahu melakukan apa apa utk menyelamatkan mangsa mangsa banjir. 

Menurut LIM lagi, walaupun Kerajaan PAS Kelantan selama ini terkenal dengan dasar pentadbiran yang bersih tetapi mereka juga harus menjadi sebuah Kerajaan yang boleh membuat kerja untuk rakyat. 

Jika Kerajaan Kelantan tidak tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah Kerajaan Negeri, adalah lebih baik, mereka jangan menjadi Kerajaan Negeri di Kelantan. 

Lihatlah betapa sombong dan angkuhnya pemimpin DAP ini walaupun hakikatnya beliau sendiri GAGAL untuk mentadbir Pulau Pinang dengan baik.Semua pihak sedia maklum Pulau Pinang juga tidak terlepas daripada masalah banjir kilat dan jika mahu dihitung siapa sebenarnya yang lebih GAGAL maka kenyataan BANGSAT lagi memualkan si Ketua Menteri ini adalah kayu ukurnya.


Dalam masa yang sama tindakan Hadi Awang yang telah mencetuskan amarah kumpulan PASMA turut menjadi bahan pasukan sendiri untuk terus menghukum beliau.

Hadi yang tidak menyokong penubuhan PASMA kini dipertikaikan dan sudah terbau usaha-usaha untuk mengaitkan Hadi dengan parti UMNO bagi menyemarakkan lagi rasa benci penyokong tegar PAS yang masih mahu terus melacurkan diri kepada Pakatan Haprak.

Pasma yang diketuai Presidennya, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi ditubuhkan pada 11 Ogos lalu ketika Pas dilanda konflik dalaman yang serius ekoran perbezaan pendirian dalam kalangan pemimpin-pemimpinnya berhubung krisis Menteri Besar Selangor.

Pertubuhan atas nama NGO ini yang didalangi kumpulan Anwarinas dan sering mengkritik pimpinan tertinggi Pas termasuk Abdul Hadi tidak disenangi oleh golongan ulama di dalam parti.

Phahrolrazi dalam wawancara dengan portal berita propembangkang, Malaysiakini yang disiarkan pada 21 Januari lalu mendakwa, Abdul Hadi seolah-olah tidak berminat lagi untuk berada dalam pakatan pembangkang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor itu membuat andaian tersebut berdasarkan sikap Abdul Hadi yang enggan menghadiri mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Tidak cukup dengan itu , penolakan Hadi terhadap perancangan DAP untuk mengadakan pilihanraya PBT amat tidak disenangi oleh kepimpinan cauvinis ini dan mereka melihat penolakan ini sebagai sesuatu yang cukup serius apatah lagi Hadi turut mengulangi perkataan KERAMAT 13 Mei yang menjadi igauan ngeri kepada DAP !!

SEWAJARNYA kesemua yang diatas sudah cukup untuk dijadikan sebagai PERINGATAN bahawa PAS di bawah kepimpinan Hadi Awang tidak lagi perlu bersama dengan Pakatan Haprak !

SEDARLAH !! Dengan segala plot penceritaan dalam cereka Pakatan Haprak yang menghiasi kalendar 2014 sudah menunjukkan kepada Hadi bahawa beliau harus segera menyelamatkan parti kedua terbesar milik orang Melayu itu.

Dengan segala pertikaian , penghinaan dan tempelak yang dihumbankan terhadap Hadi , beliau seharusnya BANGKIT dengan pendirian yang terpasak kukuh dalam jiwanya sebagai seorang ISLAM !

Jangan lagi berbohong kepada diri sendiri kerana pembohongan itu bakal mengundang padah !!

Mapukah Hadi sedar dari ROMANCINTANYA ??????

MMI

Menghitung Hari Detik Demi Detik



Entah kenapa waktu bangun pagi tadi terasa macam nak dengar lagu daripada Kris Dayanti ni , melodi dia memang sedap rasa macam tak sabar-sabar nak dengar.So MMI kongsikanlah dengan ampa semua.

Dalam pada tu MMI nak ingatkan juga lagu kat atas tu tak ada kena mengena dengan apa yang tercatat kat bawah ni tau : )

Salah ke tak salah itu kena tunggu detik hakim umum pada pagi 10 Februari ini.Datuk Seri Anwar Ibrahim awal-awal sudah kata yakin beliau akan dibebaskan.Apa lagi yang boleh diharap dengar darinya kecuali itu disaat debar menanti keputusan.

Memang seronok kalau semua orang dikandang tertuduh boleh jadi hakim syok sendiri begitu.

Fakta kes sudah ada di depan mata.Perbicaraan rayuan Ketua Umum PKR itu untuk lawan keputusan Mahkamah Rayuan yang dapatinya bersalah melliwat Saiful Bukhari Azlan dan hukumnya penjara lima tahun dibuat dengan teliti oleh Mahkamah Persekutuan.

Jangan pula ada yang nak kata perbicaraan di Mahkamah Persekutuan kali ini dibuat cincai bocai saja.

Salah seorang peguam Anwar, Ramkarpal Singh mengakui perbicaraan ini mungkin rayuan yang paling lama dalam sejarah Mahkamah Persekutuan.

Ia berlangsung selama 8 hari.

Keputusan samada menyebelahi Saiful atau Anwar sudah tentu ada sandaran yang cukup konkrit.

Bukan sehari,bukan dua hari tetapi penal lima hakim ambil masa yang cukup panjang untuk buat rumusan masing-masing.Dari tarikh selesai perbicaraan pada 7 November lalu hingga 10 Februari hampir tiga bulan lamanya.

Anwar juga bukan pakai satu atau dua tetapi barisan 14 peguambela.

Rayuan terakhir ini dikemukakan Anwar setelah Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 yang melepaskan dan membebaskannya daripada tuduhan meliwat Saiful.

Selain membilang kearah hari penentuan itu hal yang tidak kurang menarik ialah mengintai apa pula drama perang saraf yang bakal berputar di pekarangan komplek mahkamah di Putrajaya pada hari itu.

Andaian yang dapat dibuat besar kemungkinan suasananya panas.

Pihak polis telah mengesan ada cubaan untuk menggerakkan perhimpunan melalui laman-laman sosial.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim yang memberitahu demikian kepada wartawan Selasa bagaimanapun berkata polis tetap bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada hari berkenaan.

Apapun beliau meminta baik penyokong Anwar dan Saiful tidak mencetuskan kekecohan pada hari keputusan rayuan itu.

Katanya kedua-dua penyokong yang ingin membuat perhimpunan, disaran membuat permohonan mengikut peruntukan yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Saya harap perkara ini (perhimpunan) tidak akan berlaku dan saya mohon penyokong Anwar mahupun Saiful dapat terima sebarang keputusan mahkamah secara rasional," katanya.

Isunya sekarang siapa yang selama ini terbukti tidak rasional untuk menelan keputusan mahkamah yang tidak menyebelahinya.

Bukankah mahkamah,hakim dan sistem perundangan sudah teruk diperlekeh dan dipersenda sesuka hati oleh Anwar dan gengnya sepanjang kes liwat kedua ini dan kes liwat pertama dulu.

Saiful dalam reaksinya pada pengumuman keputusan kes akan dibuat pada 10 Februari berkata beliau sebagai perayu hanya berserah dan yakin perkara benar akan terserlah pada hari tersebut.

"Sebagai pengadu, saya redha apa jua keputusan. Berserah pada Allah. Sebagai rakyat, saya yakin pada RN-4 Kedaulatan Undang-Undang. Yang hak pasti berdiri," katanya.

Bunyinya nyata jauh beza dengan Anwar yang kata, “ saya yakin akan dibebaskan”. sumber AgendaDaily

Tuesday, 27 January 2015

Caj 90 Sen BUKTI Terbaru Kerajaan DAP BERJIWA RAKYAT !!!

Ramai yang dah bising tentang caj sebanyak 90 sen yang dikenakan kepada semua pengguna di Pulau Pinang apabila melakukan urusan pembayaran bil air di kaunter pejabat POS.

Rata-rata warga Pulau Pinang mengeluh kerana caj sebanyak itu sebenarnya membebankan rakyat bukan memudahkan.

PBA yang kita tahu berada di bawah kerajaan DAP Pulau Pinang seharusnya menjadi badan yang lebih banyak membantu serta meringankan beban rakyat kerana ia secara total membekalkan keperluan asas kepada seluruh penduduk.

Namun malangnya usaha itu tidak berlaku malah rakyat dijadikan sebagai mangsa kepada sikap tidak ambil peduli sebuah kerajaan negeri yang mengaku sentiasa memahami denyut nadi rakyat.

Bermula dengan kenaikan surcaj air sebanyak 100 % kini warga marhaen perlu berkorban pula untuk memastikan pembekalan air ke kediaman masing-masing tidak dipotong.

Bayangkan warga tua yang selama ini menjadikan pejabat Pos sebagai tempat untuk melakukan urusan pembayaran bil kini perlu mencari alternatif lain untuk mengelak daripada dikenakan caj 90 sen.

Untuk mengelakkan dari dikenakan caj pihak PBAPP sudah pun mengumumkan supaya orang ramai membuat pembayaran di kaunter PBA antaranya di Komtar, Bayan Baru, Balik Pulau, Kepala Batas, Taman Selat ataupun Bukit Mertajam.  

Sebagai contoh tahukah kita bahawa ada disesetengah tempat jaraknya agak jauh bagi orang ramai khususnya warga-warga tua untuk hadir semata-mata untuk mengelak daripada dikenakan caj ?

Secara tidak langsung orang ramai tidak punya pilihan , mereka terpaksa untuk membuat pembayaran di kaunter-kaunter pejabat POS yang berdekatan dengan kediaman masing-masing seterusnya menyebabkan mereka perlu membayar caj sebanyak 90 sen.  

Apakah kerajaan DAP dan PBAPP benar-benar memahami denyut nadi rakyat ?

Maka tidak mustahillah si Mat Sabu terus mendapat imbuhan berganda walaupun rakyat tidak pernah melihat sebarang usaha dan gerak kerjanya apabila dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah PBA !!!

Pada ketika rakyat mengeluh dengan caj , Mat Sabu masih lagi tersenyum kerana koceknya sentiasa penuh malah saban waktu menghentam kerajaan BN kononnya tidak mesra rakyat !!!

Sebagai sebuah kerajaan negeri yang mengaku berjiwa rakyat dan sentiasa meletakkan keutamaan rakyat sewajarnya caj 90 sen ini diserap oleh kerajaan negeri bukan dengan mengambil jalan mudah membuli rakyat.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang hari ini turut mendesak PBAPP menyerap caj sebanyak 90 sen yang dikenakan kepada penduduk di negeri ini bermula 1 Januari lalu.

Ketuanya, Rafizal Abd. Rahim berkata, caj itu tidak wajar ditanggung pengguna yang membayar bil air mereka di Pos Malaysia memandangkan agensi berkenaan telah mempermudahkan urusan PBAPP dalam soal bayaran utiliti berkenaan.

“Jika benar Pos Malaysia mengenakan caj itu kepada orang ramai, maka kos itu perlu ditanggung PBAPP, bukannya pengguna,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.Baca Selanjutnya 

Setelah pengumuman kenaikan surcaj air , pengenalan cukai katil , untung jual tanah , kenaikkan kadar sewa gerai-gerai milik MPSP , cukai kerusi meja , caj parking yang dilanjutkan tempoh dan terkini caj bagi pembayaran bil PBA maka tidak mustahillah rakyat Pulau Pinang terus terbeban dan segelintir daripadanya terus memburu kekayaan seperti mana yang sering di tunjukkan oleh Betty Chew dua tiga menjak ni.Baca Sini 

Di saat kita diPAKSA untuk menerima caj terbaru bagi pembayaran bil PBA , pemimpin mereka sendiri begitu KEDEKUT malah cukup berkira untuk membayar caj parking walaupun secara zahirnya beliau mampu membayarnya !!!



Kepada warga Pulau Pinang , MMI nak berpesan pikirlah semasak-masaknya apakah benar kerajaan DAP begitu mengambil berat tentang permasalahan rakyat ?

MMI

Labels