Followers

Friday, 29 May 2015

Bersediakah Tun ? Dan Bersediakah Kita ?


MMI cuba sebolehnya untuk pendekkan penulisan kali ini , bukan apa isu yang bakal diketengahkan ini barangkali dah muak untuk tatapan pembaca namun MMI memilih untuk meneruskan artikel ini memandangkan masih ada perkara yang belum selesai.

Sejak petang tadi sewaktu meneliti kamar-kamar penulisan para sahabat , MMI sempat singgah dan menatap beberapa garapan berkaitan isu dan perkembangan 1MDB.Pelbagai perkara dapat kita baca dan dalam banyak-banyak tu ianya masih berkisar kepada hala tuju 1MDB.

Sesuatu yang MMI perhatikan adalah , hakikatnya isu ini bakal membawa kita kepada 2 keadaan yang cukup berbeza.Malah mungkin ada diantaranya bakal mengorbankan karier seseorang dan mungkin juga memantapkan kedudukan politik seseorang.

Namun yang pasti sejak isu 1MDB menerjah masyarakat kita , kita lupa bahawa sudah ada usaha-usaha untuk menyelesaikannya.Tak salah juga kalau MMI sebut ianya sudah sampai ke tahap peperangan saudara.

Pastinya pembaca sedar apa yang MMI maksudkan kerana disitulah segalanya menjadi terlalu kompleks dengan ramuan tambahan berbentuk persepsi yang amat menggerunkan.

Jawapan yang diberikan dianggap sebagai pelengkap atau pelindung kepada kerosakan dan kita lebih mengagungkan tuduhan berbentuk persepsi kerana disitu adanya rasa yang mungkin memenuhi selera kita.

Sesuatu yang pasti isu 1MDB bukanlah isu biasa dan ianya perlu ditangani dengan penuh berhemah agar tiap keputusan nanti tidak akan menyebabkan mana-mana pihak teraniaya.

Dan dalam konteks ini , MMI mahu menekankan bahawa jika berlaku kesilapan di mana-mana atau kita tersalah langkah maka RAKYATlah yang paling teraniaya kerana kita sering kali TERUJA dengan perkataan WANG RAKYAT !

Apa pun MMI optimis bahawa isu 1MDB bakal selesai dalam sedikit masa lagi dan kita bakal mendapat jawapannya.

Seperti kata orang tua-tua , apabila kita melakukan perjalanan jauh sudah pastilah tempoh masa yang diambil itu akan benar-benar terasa namun sewaktu kita memulakan langkahan pulang tempoh waktunya seakan-akan cepat berlalu.

Kerana itu MMI tertanya-tanya bersediakah Tun Mahathir untuk mendepani hari yang sedang dinantikan itu ?

Kerana itu juga MMI tertanya-tanya bersediakah kita untuk menerima hakikat bahawa keputusan telah dimuktamadkan sewaktu jawapan mula dirungkaikan ?

Kedua-dua soalan itu timbul kerana MMI percaya kepada sikap dan keperibadian manusia !

Apakah kita benar-benar boleh menerima apa jua keputusannya nanti ?

Atau kita akan menjadi sebahagian daripada mereka yang kekal EGO walaupun apa yang telah kita lakukan itu jauh daripada benarnya ?

Mungkin juga ada dikalangan pembaca blog MMI tertanya-tanya kenapa tidak bertanya tentang kesediaan Najib menerima realitinya nanti ?

Oh MMI kata tak perlu bertanya lagi kerana Najib dah lama memberikan jawapan tatkala beliau mengarahkan Jabatan Audit Negara untuk melakukan siasatan terhadap laporan audit daripada Deloitte yang kemudiannya di minta supaya dibentangkan pula kepada Jawatankuasa PAC yang juga terdiri daripada wakil-wakil pembangkang.

Dan MMI yakin bahawa laporan hasil daripada siasatan kedua-dua badan ini tidak akan sesekali cuba untuk menyelamatkan sesiapa!

Akhir kalam , MMI ulang sekali lagi .. Tidak ada sesiapa yang membeli penulisan MMI dan tidak ada mana-mana pihak yang memaksa atau memohon pertolongan untuk mempertahankan sesiapa.Apa yang MMI lakukan adalah untuk sekurang-kurangnya mengajak semua pihak untuk kembali kepada fitrah kita iaitu bertindak atas BUKTI bukannya menghukum untuk kepuasan naluri.

Salam Perjuangan Tun Mahathir & Salam Tranformasi Datuk Seri Najib

MMI

REVOLUSI Tanda-Tanda Mereka Mahu Lebih Dari Sekarang !!

Sekali tengok budak ni nampak macam ok dan dari reaksi wajahnya siapa pun akan menganggap ianya sama seperti mana budak-budak lain yang sedang menjalani kehidupan zaman remaja mereka.

Hakikatnya apa yang dipertontonkan itu hanyalah dari sudut luaran kerana disebalik wajah tersebut hadir seorang budak lelaki bernama Joshua Wong seorang  aktivis Revolusi Payung dari Hong Kong.

Malah diberitakan di media-media internet bahawa beliau amat digeruni oleh pihak pentadbir di Hong Kong kerana gerakan jalanan yang dicetuskannya.Antaranya adalah protes selama 79 hari atas nama Revolusi Payung yang turut mendapat sokongan gerakan Kristian di beberapa buah negara !

Apa pun kehadirannya di Pulau Pinang mendapat perhatian pihak berkuasa Malaysia dan Joshua telah diarahkan pulang.Atas apa jua alasan sekalipun MMI amat bersetuju dengan tindakan ini kerana kehadirannya menimbulkan tanda tanya kepada banyak pihak.

REVOLUSI !

Malah akibat daripada tindakan itu , Joshua telah melabelkan kononnya Malaysia bimbang dan takut dengan kebangkitan kaum cina di Pulau Pinang dan sesuatu yang pasti beliau mengaku bahawa pemerintah Pulau Pinang (DAP) mengiktiraf beliau.

Persoalan yang sedang bermain di fikirkan MMI adalah pengiktirafan apa yang diberikan oleh DAP kepada Joshua ?

Dan apakah tujuan sebenar beliau hadir ke bumi Malaysia khususnya Pulau Pinang ?

Sesuatu yang amat membimbangkan adalah terdapat laporan yang mengatakan bahawa hampir 50,000 orang pelancong dari China dan Taiwan telah hilang di bumi Pulau Pinang dan tidak pernah keluar sehingga ke hari ini !

Kemana mereka-mereka ini pergi ?

Adakah mereka-mereka ini sudah melata di bumi Pulau Pinang sebagai rakyat Malaysia ?

Seperkara yang perlu kita perhatikan adalah tindak tanduk sebegini pastinya punya MOTIF tertentu yang mungkin sudah digerakkan secara halus untuk mempertahankan sesuatu atau berusaha untuk sesuatu.

Apa yang pasti kehadiran Joshua Wong bukanlah dibuat secara main-main kerana MMI yakin ada sesuatu sedang diusahakan di bumi Pulau Pinang !

Akhir kalam mereka sudah berbicara tentang REVOLUSI dan kata-kata ini membuktikan bahawa mereka mahu lebih dari sekarang !

Psst Apa Guan Eng buat di Hong Kong ??

MMI

Wednesday, 27 May 2015

1MDB: Kehadiran Arul Ke Proseding PAC DiPolemik Golongan Terdesak



Surat kepada Arul dan Shahrol bertarikh 20 Mei bukan 6 Mei

1. Dimaklumkan bahawa surat jemputan yang meminta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda dan bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi hadir ke sesi pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara pada 26 Mei dikeluarkan pada 20 Mei dan hanya difakskan kepada mereka pada pukul 1130 malam 21 Mei. Maksudnya, mereka hanya diberi notis 2 hari bekerja untuk menyediakan jawapan dan mempertahan diri mengenai segala urusan 1MDB sejak tahun 2009.

2. Arul Kanda telah memaklumkan bahawa 1MDB menerima notis agak lewat dan tidak dapat hadir kerana berada di luar negara. Manakala Shahrol pula memohon agar diberikan lebih masa untuk membuat persiapan.

3. Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed telah menerima permintaan mereka berdua dan PAC telah bersetuju untuk memberikan mereka lebih masa untuk membuat persiapan.

4. Spin pihak anti-1MDB adalah mereka berdua tidak mahu memberikan kerjasama kepada PAC. Poster dan grafik palsu direka dan disebarkan oleh pihak anti-1MDB dua hari sebelum tarikh 26 Mei, kononnya Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrn Buang menyatakan bahawa keputusan audit forensik tidak dapat dikeluarkan awal kerana pihak 1MDB tidak memberikan kerjasama.

5. Fitnah jahat pihak anti-1MDB ini telah dinafikan oleh Ambrin dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan. Arul pula telah membuat kenyataan bahawa dia akan memberikan sepenuh kerjasama dan memberi jaminan bahawa dia akan hadir dalam proseding yang akan datang.

6. Perbuatan pihak anti-1MBD menghasilkan grafik palsu dan memfitnah bahawa Arul dan Shahrol tidak mahu bekerjasama dengan Ketua Audit Negara dan PAC merupakan satu tindakan yang terdesak (desperate) dan menunjukkan mereka sanggup melakukan apa saja untuk merosakkan imej 1MDB dan mengagalkannya.

7. Tidak wajar pihak anti-1MDB menjadi begitu kalut hanya kerana Arul dan Shahrol tidak dapat hadir sesi PAC kali ini . Lagipun, laporan awal audit forensik Ketua Audit Negara masih belum siap dan diserah kepada PAC lagi. Tunggulah laporan awal audit forensik ini siap dulu. Sebenarnya penyiasatan PAC tidak terjejas sekalipun pengurusan 1MDB memberi keterangan terkemudian daripada saksi-saksi yang lain.

8. Secara logiknya, selepas laporan awal audit ini siap, lebih mudah bagi PAC untuk menyiasat. Bukan sahaja PAC, malah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Di Raja Malaysia (PDRM) juga boleh turut menyiasat.

9. Untuk berlaku adil, wajarlah Arul dan Shahrol diberikan masa yang mencukupi untuk menyediakan jawapan dan pada waktu yang sama mempertahankan 1MDB dan diri mereka. Ini bukan jawapan biasa, sebaliknya perkataan mereka boleh digunakan terhadap mereka di mahkamah, dalam perbualan masyarakat dan di dalam media.

10. Negara ini pernah menunggu selama 6 tahun bagi membenarkan Anwar Ibrahim membela diri dan memastikan perbicaraan dilakukan dengan adil. Kenapakah bagi Arul, Shahrol dan 1MDB kita menggunakan standard yang berbeza dan tidak mampu menunggu sehingga akhir Jun?

11. Seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan dia bersalah. Tidak wajar menjatuhkan hukuman sebelum siasatan dan perbicaraan yang adil. Tidak wajar juga menggunakan media untuk membicarakan dan menjatuhkan hukuman ke atas sesorang.

12. Pengerusi CIMB Holdings Bhd, Datuk Seri Nazir Razak dan Gabenor Bank Negara dan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz telah menyatakan bahawa 1MDB bukan risiko sistemik terhadap sistem kewangan negara dan pergerakan nilai ringgit. Nazir juga pernah meminta agar isu-isu membabitkan 1MDB harus dibiarkan berlalu kerana ia mampu menggugat sentimen pelabur terhadap Malaysia.

13. Sebagai rakyat Malaysia yang berprinsip, adil dan berkecuali, sudah tentu kita mahukan isu 1MDB diselesaikan secara bijak tanpa sebarang kerugian dan kemusnahan terhadap rakyat dan negara. Pada waktu yang sama kita juga mahu semua pihak yang bersalah dan pecah amanah dihukum dengan seberat-beratnya. Tiada kompromi dalam hal ini.

14. Laporan awal audit akan dibentangkan pada akhir bulan Jun ini. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggung jawab, kita tidak seharusnya terus menerus membuat spekulasi, menyebarkan khabar angin dan mencipta pembohongan demi pembohongan kerana perbuatan tidak bertanggung jawab ini hanya akan merosakkan lagi ekonomi negara serta memberi kesan negatif terhadap bursa saham dan syarikat-syarikat lain yang berkaitan. Ia adalah satu perbuatan sabotaj dan tentu sahaja tidak patriotik. - tunfaisal 

# Semakin hampir kepada jawapan yang sebenar semakin tidak senang duduk pihak-pihak yang sebelum ini sibuk membuat tuduhan.Kenapa ya ??

MMI

Kesilapan Juruwang KAYU !!


Selain dari isu-isu melibatkan 1MDB dan lain-lain , ramai dari kalangan netizen hari ini memberikan tumpuan terhadap restoran nasi kandar kayu yang mengenakan harga yang langsung tidak masuk akal kepada pelanggan.

Yang telah viral sekarang adalah harga bagi 5 bendi yang mencecah RM20 dan roti tisu RM11 ! 

Dan sepengetahuan MMI , pihak pengurusan restoran terbabit telah tampil memohon maaf kerana berlaku kesilapan juruwang sewaktu pengiraan.

Malah pelanggan terbabit telah di minta untuk kembali ke restoran untuk mendapatkan kembali wang yang telah dibayar.

Sejauh mana maklumat ini MMI kurang pasti tapi itulah penyelesaiannya !

Apa yang boleh MMI ulas adalah apa yang berlaku itu membuktikan betapa rakyat Malaysia semakin sedar bahawa pengguna akhir punya hak dan kuasa dalam urusan memilih dan juga menentukan tiap perbelanjaan harian mereka.

Selain daripada itu masih terdapat mereka-mereka di luar sana yang mengambil sikap sambil lewa dengan menjadikan pengguna akhir sebagai mangsa.Bayangkan sekiranya pengguna terbabit bertindak untuk mendiamkan diri maka sudah tentulah pihak yang mengaku melakukan kesilapan itu akan mengaut keuntungan yang tidak sepatutnya.

Apa jua yang berlaku , isu seperti ini hanya boleh ditangani dengan penguatkuasaan dan tindakan yang keras terhadap pihak yang didapati dengan sengaja melakukan tindakan sedemikian.

Atas apa jua jawapan yang diberikan dalam isu restoran kayu mereka sewajarnya di kenakan tindakan keras sekurang-kurangnya menjadi pengajaran di kemudian hari.

Ada yang kata ini bukan silap tapi sengaja !!! Memang KAYU !!

Psst ambil tindakan tutup seluruh rangkaian restoran tu selama 5 hari , kita tengok apa jadi , Bendi pun boleh dapat free lepas ni ! 

MMI

Tuesday, 26 May 2015

INI TANAH AKU !! Ada Pemimpin Pembangkang BERANI Bersuara ?

Bila isu pelarian Rohingya hinggap ke telinga rakyat Malaysia , maka pelbagai perkara telah diperkatakan sehingga ada pihak yang membuat tuduhan kononnya kerajaan Malaysia lepas tangan.

Tak cukup dengan itu tersebar pula berita bahawa kerajaan Turki kemudiannya telah menghantar armada perangnya untuk membantu pelarian tersebut atas nama Islam walaupun sehingga artikel ini ditulis armada yang dimaksudkan masih belum kelihatan.

Apa jua yang berita yang tersebar , kita sewajarnya melihat isu ini bukan sahaja dalam konteks kemanusiaan tetapi perlu juga melihat dalam aspek perundangan antarabangsa.

Sebagai sebuah negara MERDEKA , Malaysia sudah tentu punya beberapa polisi tertentu yang perlu diguna pakai supaya tiap keputusan dan tindakan itu tidak akan dilihat sebagai satu ancaman bukan sahaja kepada negara tetapi juga rakyatnya.

Mengikuti perkembangan terbaru ini , tindakan Malaysia yang tetap menghulurkan bantuan perlulah dilihat sebagai tindakan terbaik yang dibuat atas nama kemanusiaan.

Malah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hisshamuddin berkata Malaysia telah menyediakan 2 kem PLKN berbentuk sementara sebelum mendapati lokasi yang lebih baik untuk pelarian-pelarian ini.

Berkenaan jumlah yang boleh di tampung, Datuk Hishamuddin  berkata  jumlah orang bot ini belum dapat di pastikan lagi namun penyedian menerima mereka telah pun di lakukan.

Dalam masa yang sama , Perdana Menteri turut mengarahkan Tentera Laut Di Raja Malaysia dan APMM untuk turut sama membantu pelarian terbabit.

Sebenarnya usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia termasuklah perbincangan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dalam satu pertemuan sempena lawatannya ke negara terbabit semalam adalah tindakan yang cukup berperikemanusiaan dan ianya tidak dibuat sekadar melengkapkan jadual politik.

Dalam semua perkara diatas , MMI lebih terpanggil untuk melihat apakah tindakan daripada pihak pembangkang dalam mendepani isu ini ? Sejauh mana mereka memperlihatkan sikap ambil peduli terhadap insiden yang melibatkan masyarakat Islam Rohingya ini !

Sesuatu yang PASTI , Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang yang baru telah mengakui bahawa MALAYSIA merupakan sebuah negara ISLAM !


MMI nak tanya juga Guan Eng dan konco-konco DAP tak nak ulas tentang perkara ni ker ? Atau mereka juga sependapat dan BERSETUJU dengan kenyataan Wan Azizah ?

Jika itulah pendiriannya MMI ucap syukur sekurang-kurangnya kita sudah punya pandangan yang sama !

Dan jika itulah yang menjadi pegangan Wan Azizah , maka sebagai Ketua Pembangkang beliau HARUS dan WAJIB untuk segera mengarahkan Lim Guan Eng supaya menarik balik pendiriannya untuk menolak sebarang kehadiran pelarian Rohingya di bumi Pulau Pinang.


Guan Eng sebelum ini berkata kepada sebuah akhbar tidak membenarkan pendatang Rohingya dan Bangladesh yang kini terkandas di tengah lautan ditempatkan di tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata sejumlah 50,000 pelarian Rohingya berada di Pulau Pinang sejak 6 tahun lalu dan ia tidak boleh lagi membiarkan tanah kerajaan negeri digunakan untuk menempatkan mereka. 

Katanya, pelarian itu perlu ditempatkan di tanah milik Kerajaan Persekutuan kerana tiada lagi tanah kosong di negeri itu sama ada di bahagian pulau atau tanah besar.

Well macam tanah di Pulau Pinang ni tok nenek dia punya kan ?

Lebih menarik Guan Eng boleh pula jual tanah negeri pada pelabur dari Singapura .. Baca Sini !

So dalam keadaan ini MMI rasa adalah wajar jika Wan Azizah turut sama menegur dan mengarahkan Guan Eng supaya segera menyediakan tanah untuk menempatkan pelarian Rohingya kerana Wan Azizah kata orang Islam harus dibantu !

Melainkan apa yang disuarakan oleh Wan Azizah itu hanyalah sekadar retorik politik penyedap halwa telinga !

Ada ker pemimpin pembangkang nak tegur Guan Eng ? Kerajaan BN dah bantu dah ! 

MMI

Monday, 25 May 2015

Dia Perlu Pikul Akibatnya ! @Zahid_Hamidi

Keputusan telah dibuat bahawa tindakan akan diambil terhadap pihak yang melakukan rakaman dan menyebarkan ucapan Tan sri Muhyiddin Yassin sewaktu kursus anjuran Biro Latihan UMNO Malaysia baru-baru ini.

"Saya telah menghubungi beliau secara peribadi. Beliau meminta maaf. Namun saya berkata kepadanya, tidak akan ada pengampunan untuk anda. Kerosakan sudah dilakukan.

"Dia perlu memikul akibatnya," kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Ahmad Zahid, video berkenaan pada mulanya dikongsi di aplikasi Telegram sebelum tersebar ke laman sosial.

"Tindakan akan diambil. Ia akan dibawa kepada lembaga pengurusan parti," kata Zahid.

Sebagai pemerhati politik , MMI merasakan ini adalah keputusan yang tepat kerana si pelaku jelas telah melanggar peraturan dan tindakannya itu telah menyebabkan timbulnya pelbagai persepsi yang tidak baik khususnya dalam keadaan hari ini.

Seperkara lagi yang MMI rasa mungkin akan ditimbulkan oleh sesetengah pihak adalah begitu cepat UMNO mengambil tindakan terhadap si pelaku terbabit sedangkan ada isu yang lebih besar sedang berlaku diluar sana namun pihak yang terlibat masih lagi dibiarkan bebas tanpa sebarang tindakan !

Well jangan emosi kerana tiap kesalahan itu pastinya akan ada hukuman dan dalam konteks ini hukuman itu biarlah bersandarkan kepada BUKTI bukan persepsi !

MMI

Sunday, 24 May 2015

Muhammad Muhd Taib Nak Tinggalkan PAS , Ada Yang Kisah Ker ?

Sekadar mengisi ruang berita hujung minggu .. ENJOY !!

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib dilapor mahu meninggalkan PAS dan akan menunggu sehingga selesainya Muktamar Agung parti itu awal bulan depan sebelum membuat keputusan muktamad mengenainya.

Menurut laporan yang dipetik daripada Malaysiakini, Muhammad dikatakan berhasrat berbuat demikian selepas kecewa dengan parti tersebut.

Muhammad berkata, pemimpin PAS ketika ini mengabaikan pendekatan yang pernah diambil oleh bekas mursyidul am mereka, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Katanya, Nik Aziz menunjukkan rasa kasih dan hormat kepada semua pihak tanpa mengambil kira agama dan suku bangsa mereka.

“Kita mahukan seorang tokoh warak seperti Allahyarham Nik Aziz sebagai pemimpin. Semua orang sayang kepada dia. Orang Buddha sayang, Hindu sayang. Tapi kita tak lagi nampak macam tu,” katanya.

Sebelum ini, kata Muhammad, beliau sangat berminat dengan PAS.

“Kini tak berminat sangat,” katanya.

Beliau yang berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor antara Ogos 1986 hingga April 1997 berkata, faktor itu menjadi antara pendorong anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tamrin Ghafar meninggalkan PAS tahun lalu.

“Sahabat saya Tamrin dah meninggalkan PAS. Kata beliau, PAS sekarang dah mengarut. Saya masih mahu menunggu keputusan pemilihan dalam muktamar nanti,” jelasnya. sumber 

Hmmm ada sapa-sapa kisah ker dengan dia ni ?

MMI

Friday, 22 May 2015

Di Sebalik RMK11 , @NajibRazak Sedang Di HASUT Supaya Amalkan Undang-Undang RIMBA !

Semalam sewaktu sesi minum teh tarik bersama beberapa kenalan rapat , MMI diajukan persoalan tentang isu-isu sensitif melibatkan kepimpinan negara , parti dan kerajaan Barisan Nasional hari ini.

Dalam pada itu , diselang seli juga dengan karenah pentadbiran kerajaan DAP di Pulau Pinang seterusnya membawa kepada kedudukan Ketua Pembangkang Wan Azizah selepas berjaya memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Banyak jugalah perkara yang dibualkan dan dalam banyak-banyak tu ada yang bertanya tentang pendirian MMI terhadap isu nasional yang kini sedang melanda kepimpinan negara.

Apakah MMI mempertahankan Najib ?

Satu soalan yang sebenarnya terlalu general untuk di jawab dan semestinya setiap bait atau patah perkataan yang MMI ungkapkan itu perlu direncahkan sebaik mungkin supaya ianya tidak mewujudkan persepsi baru.

Maklumlah di saat suasana politik yang sedang bahang membara , terlalu mudah untuk pihak-pihak tertentu melabel seseorang itu sehingga ada dikalangan komentar dalam blog MMI menganggap setiap penulisan di blog ini menerima bayaran tertentu.

Well MMI tak salahkan komentar-komentar terbabit malah mengucapkan terima kasih kerana respon dengan penulisan di blog ini.MMI bukan maksum dan setiap dari kita punya pandangan dan pendapat masing-masing dan ianya sering kali berdasarkan kepada beberapa perkara.Mungkin ada anggapan sedemikian berlaku kerana beberapa penulisan di blog ini seolah-olah mempertahankan Najib.

Rasanya selagi mampu dan terdaya MMI akan terus mengupas isu-isu mengikut ruang lingkup dan pemahaman MMI terhadap perkara-perkara yang ditimbulkan.Selebihnya MMI serahkan kepada pembaca dan pelawat blog MMI kerana disitulah kita dapat berkongsi rasa dan denyut politik negara yang kita cinta.

Semalam MMI telah lontarkan pandangan terhadap penyebaran rakaman ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pada pandangan MMI sepatutnya tidak berlaku kerana ianya datang dari siri kursus yang cukup SULIT melibatkan parti UMNO.BACA SINI 

Malah selepas itu MMI mengupas pula ucapan Tan Sri Muhyiddin KLIK SINI kerana dari sudut pandangan MMI ianya tidak seharusnya berlaku seperti mana sikap pihak yang tidak bertanggungjawab merakam dan menyebarkan ucapan tersebut.

Perkara pertama yang MMI persoalkan adalah untuk apa rakaman itu disebarkan ?

Dan MMI percaya sekiranya rakaman dan penyebaran itu tidak berlaku , tidak akan timbul sebarang isu lain yang boleh menenggelamkan pembentangan RMK11 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Apa pun mungkin itulah yang menjadi minat kebanyakkan warga kita diluar sana kerana isu-isu politik yang sensitif jauh lebih popular daripada laporan gerak kerja yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk negara bagi tempoh 5 tahun yang akan datang.

Seperti mana yang berlaku terhadap isu 1MDB yang menjadi kebimbangan banyak pihak ketika ini sehingga wujudnya desakan supaya Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Mereka-mereka ini cukup SETIA dan begitu PATRIOTIK sekali sehingga tidak mahu melihat siapa jua yang cuba melemahkan negara dibiarkan BEBAS !

TAHNIAH MMI ucapkan kerana pada dasarnya begitulah semangat yang patut ada kepada setiap dari warga Malaysia kerana kita berkongsi tanah dan apa jua kek yang ada berdasarkan PERLEMBAGAAN negara dan sistem demokrasi yang kita amalkan selama ini.

Tidak ada cacat celanya keinginan itu cuma dalam banyak-banyak perkara kita kadang kalanya terlepas pandang.

Sebagai warga kepada sebuah negara bertamadun seperti Malaysia , wajarkah kita mengembalikan UNDANG-UNDANG RIMBA hanya untuk memuaskan hati mereka yang hari ini begitu lantang mendesak ?

Apakah kita sanggup melihat sebahagian daripada rakyat dan warga kita sendiri diadili oleh undang-undang rimba ini hanya kerana permainan dan tuduhan persepsi politik yang secara dasarnya tidak membuktikan apa-apa ?

Bayangkan jika kita menerima pakai seruan dan tindakan sebegini ? Apakah NILAI yang masih ada pada tiap diri kita ?

Bahkan jika semua mereka (Ahli Lembaga Pengarah 1MDB) di pecat sekalipun , adakah ianya akan membantu memulihkan sesuatu ? 

Ada yang beranggapan sekurang-kurangnya keyakinan rakyat akan kembali kepada UMNO dan kerajaan ! Persoalannya apakah kita pasti ianya akan berlaku ?

JANGAN sesekali lupa bahawa ini adalah tuduhan dalam konteks persepsi politik yang kesannya akan menyebabkan pihak tertentu menjadi mangsa keadaan.MMI yakin jika saranan untuk memecat kesemua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB berlaku hari ini , maka kerajaan dan UMNO akan lebih teruk terkesan disebabkan kita terlau obses untuk mengambalikan kepercayaan rakyat sedangkan prinsipnya adalah UNDANG-UNDANG !

MMI tidak pernah berniat untuk mempertahankan Najib apatah lagi dibayar untuk mempertahankan YAB Perdana Menteri.Malah 1MDB juga tidak membayar satu sen pun kepada MMI untuk mempertahankan Ahli Lembaga Pengarah mereka tetapi apa yang MMI lakukan ini adalah untuk kebaikan semua pihak.

Sebagai rakyat MMI juga mahu mengetahui apakah benar tohmahan terhadap 1MDB dan turut mahu melihat mereka yang bersalah itu dikenakan tindakan.

TETAPI biarlah kebenaran dan tindakan ini berlaku melalui landasan yang BENAR !

Seorang penganalisa politik, Prof Madya Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, rakyat wajar meletakkan keyakinan dan kepercayaan terhadap kewibawaan Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), serta memberikan peluang kepada pihak terbabit untuk menjalankan siasatan terhadap isu penyelewengan syarikat 1MDB sepertimana yang didakwa oleh pihak tertentu.

Menurut beliau, rakyat wajar menunggu apa juga keputusan siasatan jabatan audit negara dan Jawatankuasa Kira-kira (PAC) berhubung isu tersebut dan jangan terpengaruh dengan sebarang penyebaran fakta dan info yang tidak sahih yang kini bertebaran di media sosial.

Tambah beliau lagi, budaya membina keyakinan berasaskan informasi dalam bentuk spekulasi yang tidak sahih, tidak akan membawa manfaat secara keseluruhan terhadap pembangunan jati diri rakyat di negara ini.

“Kita mesti membentuk masyarakat kita agar membina keyakinan dalam apa jua perkara dengan berdasarkan fakta dan informasi yang sahih.

“Keyakinan yang ada pada diri kita itu mestilah berdiri di atas fakta yang benar, sahih dan bukan sekadar cakap-cakap orang yang masih belum diketahui sejauh mana kebenarannya,” ujarnya.

Sehubungan itu kata beliau, dalam isu 1MDB ini, rakyat mesti mengambil sikap berpegang kepada kebenaran yang berfakta dan bukannya berpegang kepada informasi yang tidak sahih.- sumber 

Maka kerana itu MMI menolak sebarang usaha untuk menghukum mana-mana individu waima Perdana Menteri sekalipun tanpa melalui proses yang sebenar-benarnya apatah lagi ianya dibuat atas dasar emosi dan kepentingan politik.

Hukuman harus jika ianya benar-benar terBUKTI dan berFAKTA kerana tanpanya kita sedang memperjudikan nasib anak bangsa kita sendiri kerana undang-undang rimba akan membawa kehancuran kepada kita dan juga negara.

MMI

Thursday, 21 May 2015

KONSPIRASI TERANCANG ? PRINSIP Apa Yang Muhyiddin Pakai ??

Gambar sebelah dikatakan individu yang bertanggungjawab merakam ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu kursus anjuran Biro Latihan UMNO di Janda Baik Pahang.

Dalam artikel sebelum ini pun MMI dah mempersoalkan tentang penyebaran rakaman terbabit ( Klik Sini ) dan kerana perbuatan itu maka pelbagai spekulasi timbul malah tidak kurang juga yang berlumba-lumba membangkitkan persepsi kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mengistiharkan perang dengan YAB Perdana Menteri.

Apa yang boleh MMI katakan adalah suasana panas pada ketika ini nampaknya tidak cukup bagi sesetengah mereka diluar sana kerana melihat panas itu tidak mampu memerah keringat pihak yang ditohmah.Sebaliknya yang ditohmah itu bangkit dan terus berikrar untuk memastikan hala tuju parti UMNO dan kemelut yang melibatkan isu-isu nasional diselesaikan dalam sedikit masa lagi melalui cara dan kaedah yang jauh lebih berwibawa iaitu berlandaskan siasatan dan laporan pihak yang profesional.

Yang menghairankan , masih ada lagi dikalangan kita yang lebih suka melihat permainan persepsi dan tuduhan tanpa bukti itu sebagai wadah untuk berdiri kononnya atas nama rakyat.

Come on , jangan play safe dalam hal sebegini kerana sedikit sebanyak siapa jua yang bersama kepimpinan negara adalah mereka yang turut terlibat sama dalam semua isu yang dibangkitkan !

Mengambil contoh kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang penyebaran ucapannya di Janda Baik yang menggesa supaya anggota lembaga pengarah syarikat milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dipecat.

Beliau berkata, perkara itu juga bukan perkara baharu, sebaliknya ia sudah pun dibangkitkan di luar pertemuan tertutup itu.

"Itu pandangan pertemuan tertutup dan kursus politik dibuat oleh biro latihan Umno. Itu padangan saya dan rakan-rakan perhimpunan politik supaya lebih faham.

"Ini bukan suara baru, sudah disuarakan di luar dan kita tentukan penyelesaian tentang perkaran yang tersebut," katanya, kepada pemberita pada sidang media di lobi Parlimen selepas sesi pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), hari ini.

Muhyiddin dalam video berkenaan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar memecat lembaga pengarah 1MDB dan membawa masuk polis menyiasat syarikat yang sarat dengan hutang itu.

Muhyiddin berkata, sekiranya Najib yang juga perdana menteri dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB tidak bertindak, tidak mustahil Umno dan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya beritahu perdana menteri, pecat semua ahli lembaga pengarah 1MDB. Buang mereka. Buanglah, pasal mereka, perdana menteri terpaksa menanggung, tetapi tidak dibuang lagi,” katanya dalam satu program Keris yang diadakan Jumaat lalu, dan dihadiri pemimpin kanan Umno termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Buanglah. CEO ni buang. Bukan buang sahaja, panggil polis siasat," kata Muhyiddin disambut sorakan pemimpin tertinggi Umno, dalam video yang turut dimuatnaik di YouTube.

Muhyiddin berkata beliau berasa hairan bagaimana dalam tempoh yang singkat syarikat milik Kementerian Kewangan itu menanggung hutang sehingga RM42 bilion.

Katanya, isu 1MDB perlu segera diselesaikan kerana ia hanya menjadi liabiliti kepada kerajaan dan menyebabkan Umno tidak dipilih rakyat.

Niat dan kemahuan itu ada asasnya namun setelah keputusan diperingkat awal dibuat yang mahukan supaya Jabatan Audit Negara menyiasat kedudukan 1MDB seterusnya melibatkan pula jawatankuasa PAC maka tindakan kali ini seolah-olah tersasar daripada keputusan awal sebelumnya.

Persoalan yang bermain di fikiran MMI adalah kenapa mahu PECAT kesemua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB ? Apa kesalahan mereka ? Apakah hanya kerana permainan persepsi dan tuduhan liar yang kini sedang berlaku , mereka (Ahli Lembaga Pengarah 1MDB) perlu terus dihukum ????

Undang-undang apa yang mahu diguna pakai oleh Timbalan Perdana Menteri ini ???

Bukankah tindakan sedemikian lebih memburukkan keadaan sekiranya kerajaan mengambil tindakan keras terhadap kumpulan terbabit hanya kerana kedudukan Perdana Menteri , UMNO dan kerajaan tergugat hasil daripada isu-isu yang sedang dimainkan pada hari ini ??

Keputusan pimpinan negara yang mahukan supaya isu 1MDB ini disiasat dan kemudian dilaporkan semula adalah satu tindakan yang cukup berhemah sebenarnya.Beri peluang agar ada bukti dapat dikemukakan sebelum sesuatu tindakan atau hukuman dibuat !

INI PRINSIP !! 

Bukankah seluruh warga Malaysia juga mahukan jawapan yang sebenar-benarnya ?? Dan pastinya jika ada pihak yang melakukan kesalahan maka hukuman itu berdasarkan kepada asasnya , jauh berbeza daripada kita menghukum hanya kerana ia melibatkan kedudukan Perdana Menteri , parti dan kerajaan !

Kenapa perlu sampai melatah ni ??

Paling memeranjatkan MMI adalah tidak ada sebarang ulasan mahupun kenyataan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan siapa dalang yang merakam dan menyebarkan rakaman itu sehingga menjadi viral dan digunakan oleh banyak pihak sebagai bahan untuk mengadu-dombakan hubungan antara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Program tertutup yang sudah dimaklumkan bahawa sebarang bentuk rakaman adalah DILARANG ! Dan Muhyiddin langsung tidak mempertikaikannya !! 

HAIRAN ???

MMI

VIDEO Ucapan TPM LEAKING Dari Kursus Paling RAHSIA ,Untuk Apa Ianya Di Sebarkan ?? @Zahid_Hamidi @NajibRazak


Sesuatu yang pasti , ada DAJJAL dalam parti UMNO yang cuba menangguk di air keruh atas kepentingan tertentu ! 

Bagi yang pernah megikuti kursus KERIS 2314 anjuran Biro Latihan UMNO ini pastinya sedar dan tahu bahawa ianya penuh dengan segala kerahsiaan dan begitu sulit sehingga pihak penganjur telah memaklumkan kepada semua perserta sebarang rakaman dalam apa jua bentuk sekalipun adalah dilarang.

Dan sebagai pemerhati , MMI melihat keputusan itu adalah sesuatu yang wajar memandangkan disinilah segalanya akan dikupas dan zahirkan dengan tujuan untuk memantapkan parti keramat orang Melayu UMNO.

Malah dalam keadaan tertentu sudah pastilah akan ada ucapan mahupun kupasan daripada mana-mana pemimpin yang menjurus kepada senario politik terkini dan ada kalanya ia akan menyentuh perkara-perkara sensitif .

Namun disebalik semua keadaan itu , berlaku pula kebocoran rakaman ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dari pengamatan MMI ianya dirakam oleh mereka yang terlibat secara langsung sebagai pegawai atau urusetia program terbabit.

Persoalannya kini , apa kah motif rakaman itu disebarkan ?

Apa status urusetia terbabit ? Ahli UMNO atau tidak ?

Dengan pelbagai syarat dan undang-undang dikenakan kepada peserta sepanjang program tersebut atas alasan ianya adalah SULIT dan penuh KERAHSIAAN , urusetia pula mengambil sikap sebaliknya dengan menyebarkan sesuatu yang mampu direncahkan sebagai ramuan paling panas pada ketika isu melibatkan kedudukan kepimpinan negara bersimpang siur.

Kepada Datuk Seri Zahid Hamidi , janganlah berlengah dan lakukan siasatan secara menyeluruh kerana individu ini benar-benar telah mencabar kesetiaan kita !!

MMI

Wednesday, 20 May 2015

PAS P.Pinang BANGKIT Balun Guan Eng Sebab Jual Tanah Batu Kawan ??


Ketika orang-orang Melayu sedang bergasak sesama sendiri dalam urusan pelaburan yang menguntungkan bangsa sendiri, Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam diam-diam telah berjaya menjual tanah jajahan DAP di Pulau Pinang kepada pelabur asing. Ketua Menteri , Lim Guan Eng yang mewakili Kerajaan DAP Pulau Pinang telah menjual tanah Batu Kawan seluas 20 ekar dengan harga RM30 juta!


Kenapa macai-macai PAS dan penyokong-penyokong Mantan Perdana Menteri tidak mendesak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Malaysia (PAC) untuk mengadakan siasatan rapi ke atas urusan penjualan tanah negeri ini? Kenapa syarikat Melayu hendak membeli tanah negara, macai-macai menyalak dan apabila DAP menjual tanah negara, macai-macai ini membisu seribu bahasa? 

Kenapa tidak membuat demonstrasi meminta Ketua Menteri Pulau Pinang meletakkan jawatan? Sebenarnya syarikat pelabur Singapura ini hendak membeli tanah atau hendak melabur? Kenapa tidak menggunakan kaedah Penang Development Corporation (PDC) sebelum ini di mana Kerajaan menyediakan tanah sebagai pajakan dan bukannya terus menjual kepada syarikat?

Apabila syarikat milik penuh Melayu Islam, Lembaga Tabung Haji membuat urusan pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang akan memberikan keuntungan beribu juta ringgit apabila dibangunkan kelak, maka juak-juak PAS termasuk penyokong-penyokong Mantan Perdana Menteri menyalak memprotes keputusan syarikat berkenaan. Ini telah mengakibatkan Lembaga Tabung Haji terpaksa menjual semula hartanah tersebut dan terpaksa berpuas hati dengan keuntungan yang minima kerana hasad dengki daripada bangsa sendiri.sumber 

Kini tanah di Batu Kawan sudah pun di jual dengan nilai RM30 juta ! 

Persoalannya kenapa banyak dari kalangan puak-puak PAS dan PKR diam ? Oh lupa sebab yang jual tu Guan Eng , mana ada puak ni berani angkat muka dengan dia kan ?

Agak-agak ampa betoi ka PAS Pulau Pinang bangkit balun Guan Eng ??? Mat Sabu ?? Hahahahahahahaha ....

MMI

RELEVANKAH Nama Pemimpin DAP Di Abadikan Di Jalan Sekitar Pulau Pinang ??


Rasanya langsung tak akan ada bunyi-bunyi daripada mana-mana pemimpin dalam Pakatan Haprak mahupun di bawah pentadbiran kerajaan DAP di Pulau Pinang yang mempertikaikan penjenamaan nama jalan dengan nama-nama pemimpin DAP.

Mengambil kira bahawa kerajaan DAP di Pulau Pinang sering menganggap mereka adalah contoh di dalam mewujudkan kesepakatan melibatkan kaum maka banyak mata kini memandang ke arah pemimpin-pemimpin Melayu sama ada dari PKR mahupun PAS.

Sejauh mana mereka-mereka ini mampu bersuara dan mempertikaikan tindakan kerajaan DAP yang dilihat begitu asyik untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai tanah jajahan kaum pendatang ini.

Kita tahu sejak 2008 , pelbagai usaha telah dilakukan oleh DAP untuk terus memperkukuhkan cengkaman politik mereka khususnya di bahagian pulau.Malah kita juga tahu dasar yang kononnya cukup cekap dan telus itu telah menyebabkan ramai dari kalangan pengusaha dan peniaga kecil-kecilan orang Melayu dihapuskan.

Perobohan gerai-gerai kecil milik orang Melayu sentiasa berlaku dan ianya pasti akan terus berlaku mungkin sampai ke satu tahap di mana orang-orang Melayu tidak akan mampu lagi untuk menumpang rezeki di tanah tumpah darah mereka sendiri.

Satu keadaan yang cukup membimbangkan dan DAP pula semakin rakus dengan penguasaannya dilihat mula melaksanakan beberapa agenda penting yang pastinya digarap sehabis baik untuk memastikan kelangsungan kuasa politik di bumi tumpangan mereka Pulau Pinang kekal.

Apa yang MMI pernah sebut sebelum ini sebagai etnik cleansing sebenarnya telah bermula sejak DAP berkuasa di Pulau Pinang.Mungkin keadaannya tidak sama seperti mana yang pernah berlaku di bumi Bosnia dan di eropah satu ketika dulu tetapi secara halusnya gerakan ini benar-benar dirasai oleh kebanyakkan penduduk di Pulau Pinang.

Pengusiran penduduk dari kampung halaman sendiri dan pelbagai perkara lain adalah contoh betapa rejim DAP hari ini cuba untuk mengubah sejarah supaya satu ketika nanti anak bangsa kita akan percaya bahawa orang melayu bukanlah penduduk asal atau mereka yang pernah menjadi penduduk awal Pulau Pinang.

Kerana itu gerakan secara halus ini perlu di lebarkan dan mereka tahu kini adalah masa yang cukup sesuai memandangkan tidak ada sekelumit pun orang Melayu yang mampu mencabar kedudukan mereka !


Tindakan DAP menukar nama beberapa batang jalan kepada para pemimpin DAP, adalah salah satu daripada objektif tersebut. Walaupun baru 2 penggal memerintah Pulau Pinang, DAP telah menukar nama beberapa batang jalan di negeri tersebut. Sebelum ini, Lebuh Sungai Pinang 4 sepanjang 290 meter telah dinamakan sebagai Persiaran Karpal Singh 1 manakala Lebuh Sungai Pinang 5 sepanjang 510 meter diberi nama Persiaran Karpal Singh 2. Medan siar kaki pada sebahagian tepi pantai Jelutong dari Sungai Pinang ke Lebuh Sungai Pinang 1 sepanjang 1.55 km dikenali sebagai Persiaran Karpal Singh.


Terbaru, sebatang lagi jalan di Pulau Pinang yang terletak di Taman Bayu Mutiara, Bukit Tengah, Bukit Mertajam, telah dinamakan sempena seorang lagi pemimpin DAP, Chian Heng Kai, mantan Ahli Parlimen Bukit Mertajam.

Persoalannya apa jasa pemimpin DAP tersebut kepada Pulau Pinang ?

Kalau setakat menjadi Ahli Parlimen rasanya ramai lagi pemimpin lain yang juga berjasa kepada rakyat ! Apa lebihnya pemimpin DAP ini ?

MMI tertunggu-tunggu juga apa ulasan daripada orang Melayu yang berada dalam kepimpinan tertinggi kerajaan DAP Pulau Pinang !

MMI

Hadi Jangan Sampai Jual MARUAH !!


Sebagai seorang pemimpin yang menerajui sebuah parti bernama PAS , Hadi Awang bukan sahaja menjadi mangsa politik rakan dalam Pakatan Haprak tetapi maruah diri kini sedang dipermainkan oleh mereka yang dulunya di anggap sebagai sahabat.

Seperti kebiasaan MMI masih mencari-cari jawapannya kenapa sehingga kini Hadi masih mengambil pendirian untuk berdiam diri daripada bangkit mempertahankan serangan tersebut.

Mungkin bagi sesetengah daripada mereka tindakan Hadi itu bertujuan untuk meredakan keadaan namun melihat tindak tanduk DAP yang begitu menggila membuat tuduhan dan serangan secara peribadi , sewajarnya kepimpinan Hadi Awang perlu segera menutup mulut lancang Guan Eng.

Kenyataan terbaru daripada keturunan Kit Siang ini bukan sahaja meletakkan PAS seolah-olah pengkianat dalam Pakatan Haprak tetapi sudah sampai ke tahap mencabar kewibawaan kepimpinan PAS khususnya Hadi Awang selaku Presiden parti.

Jika sebelum ini Hadi dijadikan kambing hitam hanya untuk menolak pembentukan kabinet bayangan Pakatan Haprak , kini Hadi dituduh pula sebagai pihak yang begitu teruja untuk bersahabat dengan UMNO dan Barisan Nasional.
Pendedahan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat bersetuju idea kerajaan perpaduan mengejutkan DAP.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, isu ini tidak pernah diperjelaskan sebelum ini kepada DAP.
“Ini satu pendedahan yang mengejutkan kerana pemimpin DAP langsung tidak pernah diberitahu tentang kerajaan perpaduan bersama Umno dan BN pada tahun 2009.
“Hadi mungkin berminat dengan idea tersebut, namun cadangan kerajaan perpaduan itu pastinya telah mengesampingkan DAP secara keseluruhan,” katanya lapor Malaysikini.
Semalam, Hadi mendedahkan Anwar dan Nik Aziz pernah menyatakan persetujuan bagi PAS mewujudkan kerajaan perpaduan bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Jelas Guan Eng, pendedahan ini jelas menunjukkan Hadi kini lebih terarah kepada kepimpinan UMNO dibawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan membelakangi Pakatan Rakyat.
“Pendedahan Hadi tentang rancangan kerajaan perpaduan pada tahun 2009 di tengah-tengah krisis perlembagaan di Perak, yang beliau nampaknya masih berminat, menunjukkan sejauh mana beliau bersekutu dengan Umno dan BN,” ujarnya. -rakyatnews 
Kita semua sedia maklum bahawa PAS tidak punya pendirian yang kukuh apatah lagi dalam hal melibatkan pembentukan kerajaan perpaduan !

PAS yang kita kenali terkenal dengan sikap u-turn disaat ramai pihak ternanti-nanti apakah keputusan selanjutnya.Malah dalam beberapa keadaan kepimpinannya seolah-olah boneka apabila membisu tanpa melakukan apa-apa walaupun di saat dan ketika itu ada dikalangan pemimpin PAS yang lain masih terus bekerja dengan pihak yang secara jelas menghina kepimpinan parti.

Dan apa yang disuarakan oleh Guan Eng itu sebenarnya adalah satu keputusan tetap bahawa DAP tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak selagi mana ianya melibatkan UMNO dan Barisan Nasional.

Kepada Hadi Awang , MMI ingin berpesan jangan sekadar mengeluarkan kenyataan kerana ianya pasti menjadi bahan atau peluru kepada DAP untuk membuat serangan balas !

Apa yang penting ketika ini adalah mengenal pasti siapa sebenarnya rakan dan siapa sebenarnya pengkianat !

Seperkara yang mungkin Hadi lupa adalah , DAP tidak akan mampu selantang ini jika tidak kerana sokongan PAS dan seluruh jenteranya sewaktu kempen pada PRU sebelumnya.Oleh yang demikian fikirlah siapa sebenarnya yang telah dipergunakan selama ini untuk kepentingan politik kepartian !

Jangan sampai jual maruah bro !

MMI

Tuesday, 19 May 2015

Guan Eng Jadikan Azizah BONEKA Pakatan Rakyat !

Baru sahaja Wan Azizah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan dalam masa yang sama diangkat pula sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat , beliau dah mula kena libas.

Siapa lagi yang libas kalau bukan GodFather dalam Pakatan Haprak DAP !

Daripada apa yang MMI tahu , sejurus selepas Wan Azizah dipilih sebagai Ketua Pembangkang yang baru , beliau sudah mula berkira-kira untuk menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat.Satu kabinet bayangan atau boneka untuk menggulakan rakyat kononnya mereka adalah pemimpin yang begitu prihatin dengan nasib rakyat.

Namun apa yang diusahakan oleh Ketua Pembangkang ini nampaknya langsung TIDAK DIPERSETUJUI oleh DAP khususnya Lim Guan Eng.

Lebih menarik lagi , Guan Eng dengan angkuh telah menubuhkan kabinet bayangan DAP sendiri dan antara alasannya adalah cadangan ketua pembangkang itu tidak lagi dilihat praktikal untuk dilaksanakan.

"Ia tidak lagi praktikal untuk dilaksanakan. Lebih baik setiap parti mempunyai Kabinet bayangan masing-masing," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Selain dari itu beliau tidak yakin Kabinet bayangan Pakatan Rakyat akan menjadi kenyataan berikutan keengganan Hadi untuk berbincang dengan rakan sekutunya berhubung beberapa perkara sebelum ini.

"Dia tidak meminta pandangan kami, malahan dia tidak berunding dengan pemimpin PAS sendiri. Jadi, bagaimana kami dapat bekerjasama?

Nampakkan ? 

Mereka sering mengaku bahawa pakatan yang dibentuk itu mampu melakukan sesuatu bahkan jauh lebih baik daripada kerajaan sedia ada hari ini (BN) namun hakikatnya sesama sendiri pun tidak pernah sependapat.

Yang lebih menghairankan adalah bagaimana penyokong PAS masih lagi taksub dengan pakatan yang dibentuk memandangkan kedudukan Presiden PAS sendiri pun dipertikaikan ?

Manakala dalam hal Ketua Pembangkang pula , apakah status Wan Azizah ? 

Jika saranan dan cadangan Ketua Pembangkang yang dipilih kononnya atas dasar keupayaan itu pun di tolak mentah-mentah oleh Guan Eng dan DAP , adakah perlantikan Ketua Pembangkang hari ini benar-benar relevan ?

Dari pengamatan MMI , kehadiran Wan Azizah selaku Ketua Pembangkang tidak ubah sekadar BONEKA kepada DAP dalam mencorak struktur politik negara mengikut acuan dan kehendak DAP !

Kita tahu pendekatan DAP yang mahukan kesamarataan dan ianya dilihat menjadi pendirian parti itu dalam setiap kempen politiknya.

Malah tanpa kelibat Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi kambing hitam untuk penguasaan empayar Lim dalam Pakatan Rakyat , sokongan terhadap Wan Azizah bolehlah diandaikan sebagai sokongan bersyarat !

Ini berdasarkan kepada apa yang sedang berlaku , Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang pun dilihat tidak akan mampu untuk mengawal atau memimpin para pimpinan DAP dalam Pakatan Rakyat tanpa tunduk dan akur kepada pengaruh politik DAP !

Dan rasanya tidak salah kalau semua yang diatas itu menjawab persoalan kenapa tidak ada seorang pun pemimpin daripada PKR mahupun PAS yang berani bersuara mempertikaikan kenapa berlakunya nisbah 1:32 dalam isu pemilikan rumah mampu milik di Barat Daya Balik Pulau , Pulau Pinang !



Buka mata seluas-luasnya dan MMI yakin anda akan dapat melihat dengan jelas siapa sebenarnya yang menguasai Pakatan Rakyat !!

MMI

Kenapa Ahli Parlimen DAP Pertikai Jawapan Tun Mahathir !!

Sampai bila ? Antara persoalan yang sudah mula dilontarkan oleh kebanyakkan warga akar umbi berkenaan perang saudara antara Tun Mahathir dan Najib Razak.

Perang saudara yang pada mulanya didominasi oleh satu pihak kini sudah berbalas dan kedua-dua pihak nampaknya berterusan untuk mempertahankan kedudukan masing-masing.

Mengambil kira kesan dalam mana-mana peristiwa perang sebelum ini , maka apa yang sedang berlaku seharusnya dihentikan demi kebaikan negara dan umat Melayu secara amnya.Dalam sedar atau tidak ada pihak lain yang sedang mengambil kesempatan terhadap kelemahan kita sendiri walaupun di satu pihak beranggapan kononnya mereka berada di pihak yang benar.

Sejarah telah tercatat bahawa Tun Mahathir merupakan seorang pemimpin dan seorang negarawan ulung yang telah banyak berjasa kepada negara dan rakyatnya.Kehebatannya di persada dunia tidak boleh kita pertikaikan sehinggalah beliau meninggalkan ahli UMNO di waktu ramai ahli di akar umbi masih memerlukan khidmatnya.

Siapa tahu mungin inilah resipi Tun Matahir yang kononnya berhenti sebelum kenyang adalah lebih baik namun pendirian untuk berhenti sebelum kenyang itu lama kelamaan semakin hilang apabila beliau kembali lantang bersuara dan berdiri di pentas-pentas separa politik untuk mencetuskan kekalutan politik.

Maka dari situlah senario sama berterusan dan kali ini melibatkan kepimpinan negara YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Persoalan mudahnya APA SALAH NAJIB ?

Apa bukti yang ada untuk menyabitkan tiap tuduhan yang dilontarkan itu ada kena mengena dengan NAJIB ? 

Ulasan mengenai 13 persoalan yang selama ini dimainkan oleh Tun Mahathir Baca Sini 

Kupasan kepada penjelasan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak KLIK SINI & SINI 

Sesuatu yang pasti adalah semua bentuk tuduhan itu kebanyakkannya diserapi dengan elemen tohmahan yang digarap sedemikian rupa menjadi persepsi berterusan yang kita tahu amat diminati oleh sebahagian besar mereka-mereka diluar sana.

Ramai dari kalangan mereka seolah-olah hilang kewarasan dan langsung tidak punya kredebiliti untuk berdepan dengan situasi ini.Sebagai pemerhati politik apa yang boleh MMI katakan adalah segala bentuk serangan politik yang sedang berlaku terhadap kepimpinan negara dan kerajaan hari ini merupakan satu tindakan agresif berbau terrorist !

Jika terrorist menjadikan kekejaman dan pembunuhan sebagai platform untuk mencapai cita-cita mereka maka samalah dengan tindakan yang sedang berlaku di bumi Malaysia.Walaupun bukan dengan senjata dan membunuh tindakan menghasut dan tuduhan yang cukup berat sebelah itu mampu mengoncang kestabilan negara.

Akhirnya rakyat akan menjadi mangsa keadaan ! Bayangkan apa yang bakal menimpa rakyat sekiranya keadaan itu berlaku ?

Realitinya kita masih rakyat kepada sebuah negara merdeka yang mengamalkan sistem demokrasi untuk memilih kerajaan.Dan secara jujurnya sistem ini tidak pernah menolak tiap hak rakyat untuk membuat pilihan melainkan rakyat itu sendiri memilih untuk tidak melibatkan diri.

Sesuatu yang pasti telah berlaku adalah disebalik segala adu domba dan kerenah yang ditimbulkan ini , kita lupa ada pihak yang lain sedang menanti dengan penuh minat untuk menyambar jika ada mana-mana bahagian yang terlerai dari tangan kita !!

Dan ianya sudah dipertontonkan kepada umum melalui laporan di bawah ..


Semua itu berlaku selepas seorang Ahli Parlimen DAP , Steven Sim yang menanyakan Tun Mahathir apa yang akan diberitahunya jika mahu menulis surat kepada Lim Guan Eng dan DS Najib Razak dan jawapan Tun Mahathir adalah ..

“Saya akan kata kedua-dua kamu patut letak jawatan”. Mahathir berkata kedua-dua pemimpin itu perlu berundur selepas perbezaan kerajaan pusat dan negeri mewujudkan suasana politik yang tidak baik. Selanjutnya 

Seperkara yang mahu MMI tegaskan disini adalah , pembangkang sebelum ini begitu teruja dan dilihat memberikan sokongan kepada tindak tanduk Tun Mahathir sewaktu membuat pelbagai tuduhan terhadap kerajaan dan kepimpinan negara.

Namun bertindak sebaliknya malah mempertikaikan jawapan Tun Mahathir hanya kerana menyentuh Lim Guan Eng !! 

Maka MMI rasa inilah antara perkara paling PENTING ketika ini untuk kita sama-sama perhatikan !

Seperti mana yang MMI sebut diawal tadi ,  kita lupa ada pihak yang lain sedang menanti dengan penuh minat untuk menyambar jika ada mana-mana bahagian yang terlerai dari tangan kita !!

Hati-hati !!

MMI

Sunday, 17 May 2015

TEMUDUGA , MPSP Di Arahkan Terima Satu Bangsa Sahaja ??


Mungkin beginilah cara mereka meraikan sesuatu atau ini merupakan cara terbaik untuk membuktikan betapa sportingnya mereka dengan orang bawahan.Tak pastilah pula MMI apa yang istimewanya keceriaan sebegitu kerana yang kita lihat seorang wanita dimandikan di depan ramai lelaki sambil bergelak ketawa.

Nun jauh di sana pula kelihatan para wanita yang memerhati dari jauh sambil turut menguntum senyuman.Huh sporting habis sampaikan para lelaki yang disekeliling tu begitu asyik sekali ! Dari segi hukum hakam tu MMI serah kepada yang lebih ariflah senang.

Oh ya pasti ramai yang tertanya siapa mereka dalam gambar tu ?

Sorry terlupa nak maklumkan , gambar atas menunjukkan sebahagian daripada mereka-mereka yang berada di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Pulau Pinang dan aksi itu melibatkan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Puan Maimunah Mohd Sharif telah di mandikan oleh ahli majlis lelaki di hadapan khalayak ramai di depan pejabat MPSP kerana menyahut cabaran Ice Bucket Challenge.

Well begitulah kisahnya keceriaan yang cuba ditonjolkan kononnya MPSP berjiwa rakyat !!

Namun ada satu pendedahan yang MMI rasa perlu dikongsi dengan semua memandangkan ianya juga ada kena mengena dengan MPSP.

Untuk itu jom kita tinjau apa yang didedahkan oleh Dergawan Sulong baru-baru ini ..


Daripada apa yang didedahkan ini , kerajaan negeri Pulau Pinang sudah campur tangan dalam hal ehwal pengurusan MPSP apabila Dergawan Sulong mendedahkan ada arahan daripada Timbalan Menteri II kepada MPSP untuk hanya menerima mereka yang berbangsa INDIA bagi jawatan Penolong Akauntan !!

Oh habis yang Melayu hanya layak jadi pemungut sampah dan kerja roboh gerai ja ka ?

Mana ceria macam ni ?? Rasanya ini ada kena mengena dengan cerita RASIS dah ?

MPSP atau Timbalan Menteri II perlu jawab rasanya ... Ramai rakyat kat bawah ni nak tau !!

MMI

Selepas Wan Azizah Tiba Giliran Yusni Mat Piah !!


PRK Permatang Pauh dah selesai dan semua pihak menerima keputusan yang diumumkan oleh SPR dengan pelbagai cara dan kaedah.Malah mungkin dengan pelbagai alasan maklumlah pastinya setiap gerak kerja itu akan ada kelemahan di mana-mana.Dan tak lupa juga ada pihak yang merungut kononnya Ahli Parlimen yang baru telah mengadakan majlis meraikan kemenangannya di luar kawasan.

Hmm bab tu MMI malas nak ulas kat sini cumanya mungkin pihak yang ada keraguan tu boleh rujuk ke pusat khidmat Ahli Parlimen berkenaan.

Bukan niat asal MMI untuk mengulas isu terbabit tetapi setelah mengambil keputusan merehatkan diri selama beberapa hari , tiba-tiba MMI dikejutkan dengan satu laporan yang mengatakan bahawa seorang pemimpin muda yang agak lantang baru-baru ini dalam PRK Permatang Pauh tidak lagi menjawat jawatannya dan telah di ganti dengan orang baru !

Well apa cer ??

Kenyataan Media

17 Mei 2015

UCAPAN TAHNIAH KEPADA KETUA PEMUDA PAS P.PINANG BARU

Angkatan Muda KEADILAN P.Pinang mengucapkan tahniah kepada kepada Saudara  Afnan Hamimi Bin Dato Taib Azamuddin atas perlantikan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS P.Pinang yang baru  mengantikan Ustaz Yusni Mat Piah .

AMKPP berharap kerjasama antara pemuda pakatan dapat diperkukuhkan bagi menentang umno barisan nasional. Di samping itu AMKPP juga berharap kesepakatan antara pemuda ini dapat mengusul dan mematuhi dasar Pakatan Rakyat.AMKPP berharap Dewan Pemuda PAS P.Pinang bersama DAPSY dan AMKPP untuk duduk semeja bagi membincangkan program-program bersama demi rakyat P.Pinang dan bersama menentang UMNO BN untuk mara ke Putrajaya.

AMKPP akan menyokong segala usaha Pemuda PAS P.Pinang bagi merealisasikan agenda yang menguntungkan Pakatan Rakyat P.Pinang dan tidak akan menyokong sebarang agenda bersifat peribadi yang tidak selari dengan polisi Pakatan Rakyat P.Pinang

ASROL SANI ABDUL RAZAK

Ketua Angkatan Muda KEADILAN

Pulau Pinang

Sejauh mana kebenaran benda ni MMI sendiri kurang pasti sebab merujuk kepada blog aakj tapi yang pasti timbul persoalan apakah ianya ada kaitan dengan isu penentangan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang terhadap kempen PKR di Permatang Pauh baru-baru ini ?

Atau gerakan untuk melenyapkan mereka-mereka yang pro Ulama dan Hadi Awang sudah benar-benar bermula ?

MMI

Labels