Followers

Monday 30 May 2016

Kekuatan Seluruh Jentera BN Jadi Penanda Aras Di #PRKKualaKangsar


Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar bakal diadakan serentak dengan Sungai Besar dalam sedikit masa sahaja lagi.Apa yang pasti semua parti-parti politik yang bertanding mempunyai agenda tersendiri dalam merangka strategi untuk memenangi hati para pengundi.

Dalam kedua-dua PRK kali ini , MMI lebih teruja dengan perkembangan di Kuala Kangsar memandangkan dikerusi inilah sesuatu yang jarang-jarang sekali berlaku sedang berlaku.Jika dalam PRK sebelum-sebelum ini kita disajikan dengan peranan calon , Kuala Kangsar jauh berbeza sama sekali.

Malah jika diperhatikan ia seperti mengulangi sejarah yang pernah tercatat dalam negara kita suatu masa dahulu apabila Manoharan calon DAP yang telah memenangi kerusi DUN Kota Alam Shah diwaktu beliau sedang ditahan dibawah akta ISA di Kamunting.

Itu pada 2008 , jauh lebih awal dari itu pada 1978 apabila 2 calon DAP menang di Parlimen Baru Gajah dan Parlimen Sungai Besi serta turut mengangkat sumpah di pusat tahanan tersebut.

Bukan berniat untuk "highlight" calon-calon DAP tersebut tetapi MMI melihat betapa tanpa kehadiran calon yang bertanding pun , parti yang diwakilinya tetap mencipta kemenangan.

Kata orang , kalau satu-satu makanan itu mempunyai rasa yang cukup dan sedap dimakan maka sudah tentulah ramuan dalam resepi makanan itulah yang menjadi puncanya.

Jadi dalam konteks PRK Kuala Kangsar , pencalonan Datin Mastura oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional tentunya berdasarkan kepada ramuan dan resepi tersendiri.

Sebagai seorang calon yang kini berada dalam edah akibat kematian suaminya baru-baru ini , Mastura secara tidak langsung sudah pun membuktikan kepada seluruh pengundi di Kuala Kangsar betapa nilai diri dan pegangan agamanya cukup untuk dijadikan sebagai bekalan untuk menggalas amanah serta tanggungjawab sebagai pemimpin di Kuala Kangsar.

Meletakkan agama mengatasi segala-galanya pada ketika keadaan begitu menghimpit beliau tatkala dicalonkan di Kuala Kangsar sebenarnya mencerminkan kepada kita siapa sebenarnya Mastura.

Saya berterima kasih kepada pucuk pimpinan parti khususnya kepada YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri dan YAB Menteri Besar Perak atas kepercayaan menamakan saya sebagai calon, namun saya memohon maaf kepada semua kerana menurut amalan parti dan gerak kerja pilihanraya selaku orang yang dinamakan sebagai calon saya seharusnya berada bersama-sama seluruh jentera parti dan masyarakat untuk berkempen bagi berkongsi semangat untuk memenangi pilihanraya kecil ini, tetapi batas agama seperti yang dijelaskan dalam hukum dan pandangan mufti serta agamawan, menghadkan pergerakan saya sebagai isteri yang masih di dalam tempoh edah selama 4 bulan 10 hari dan edah.

Tempoh syarak ini wajib saya patuhi. Sehubungan itu saya mengharapkan kefahaman seluruh jentera parti khususnya di peringkat cawangan dan pusat daerah mengundi akan kedudukan saya ini.

InshaaAllah sekiranya diberikan tanggungjawab sebagai ahli parlimen nanti, saya akan melaksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin sebagai kesinambungan kepada apa yang telah dirintis oleh arwah suami saya. Namun saya amat yakin dengan kekuatan dan kekompakan jentera parti kerana saya pernah menyaksikan semangat seluruh jentera parti dalam memenangkan arwah suami saya sebagai calon parti pada 2 pilihanraya iaitu pada tahun 2008 dan 2013.

Saya amat mengharapkan sokongan seluruh jentera parti kerana ini adalah perjuangan semua, perjuangan UMNO dan Barisana Nasional juga perjuangan orang Kuala.Baca seterusnya di SINI

JENTERA BN !


Lebih menarik lagi , pada saat dan ketika inilah segala gerak kempen BN di Kuala Kangsar tidak lagi terarah kepada calon semata-mata seperti mana yang sering berlaku dalam PRK-PRK sebelum ini.

Jika sebelum ini banyak pihak akan menantikan kehadiran calon untuk bersama dalam program-program yang dirancang , medan Kuala Kangsar bakal berubah cara.

100% semua perkara akan digerakkan oleh jentera-jentera BN melalui para Jeneral yang dilantik dan ini pastinya cukup menarik.

MMI melihat pada keadaan dan suasana politik yang sedang didepani BN !

Dengan isu-isu berprofil tinggi dan ugutan pimpinan-pimpinan komponen BN kerana kekeliruan tentang isu undang-undang syariah dan hudud , kempen di Kuala Kangsar bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah.

Jentera BN di Kuala Kangsar pastinya berdepan dengan tugas yang jauh lebih mencabar daripada jentera-jentera BN dalam siri PRK sebelumnya.Malahan jentera-jentera ini perlu benar-benar utuh dengan kekuatan mental dan fizikal memandangkan mereka bukan sahaja bakal berdepan dengan pencabar-pencabar yang pastinya membawa turun calon-calon mereka tetapi juga masyarakat berbilang kaum yang rasanya boleh dikelirukan dengan kempen adu domba pembangkang.

Disinilah MISI dan VISI jentera BN perlu benar-benar difahami oleh setiap penggeraknya kerana mereka membawa amanah besar yang cukup berat iaitu berkempen dalam keadaan calon tidak bersama !

Yang pasti MMI mengharapkan KEJAYAAN & KEMENANGAN di Kuala Kangsar bakal menjadi GARIS PANDUAN kepada semua jentera BN selepas ini dalam menghadapi mana-mana PRK mahupun PRU.

Bukan mudah sebenarnya tetapi tidak mustahil !

Samalah kalau MMI bandingkan dengan sejarah D-DAY 1945 sewaktu tentera bersekutu merancang untuk menyerang bala tentera Jerman yang telah menguasai seluruh eropah pada ketika itu.Bukan sesuatu yang mudah dan boleh dibuat main-main kerana pendaratan ratusan ribu tentera bersekutu di pantai Normandy Perancis dinantikan oleh barisan pertahanan ampuh tentera Jerman yang mencecah ribuan orang.

Walaupun ramai yang terkorban akhirnya Jerman berjaya di TAWAN ! 

MMI said Keep It Up Guys !

Saturday 28 May 2016

KETABAHAN Calon BN Di Zahirkan Melalui Kenyataan Ini #PRKKualaKangsar #KekalBN


Assalammualaikum warahmatullahhiwabarokatuh
Alhamdulillah robbil alamin wabihi nastai
Allahhummasoli'ala saidina Muhammad wa'ala ali Muhammad

Salam sejahtera salam 1 Malaysia salam Perak Aman Jaya dan Salam ukhuwah kita Orang Kuale

Pertamanya saya ingin memanjatkan kesyukuran ke Hadrat Allah swt kerana atas ketentuannya jua kita di Kuala diuji dengan pemergian suami saya Dato Wan Khair-il selaku Ahli Parlimen tuan-tuan dan puan-puan ke rahmatullah. Memang berat ujian ini buat saya dan keluarga namun berkat doa serta sokongan kaum keluarga sahabat handai khususnya taulan dan rakyat di Kuala Kangsar, kami sekeluarga redho mengharungi waktu getir ini.

Hari ini setelah 2 minggu insiden yang berlaku di Sarawak berlalu, atas ketentuan Allah swt saya dinamakan sebagai calon bagi mewakili Barisan Nasional pada Pilihanraya Kecil P067 Kuala Kangsar untuk mengisi kekosongan kerusi Ahli parlimen di sini. Sudah tentu ini adalah amanah berat yang diberikan kepada saya kerana ia bukan hanya sekadar menggalas tanggungjawab kepercayaan parti kepada saya tetapi kerusi parlimen Kuala Kangsar sebelum ini disandang oleh Arwah suami saya sendiri.

Saya berterima kasih kepada pucuk pimpinan parti khususnya kepada YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri dan YAB Menteri Besar Perak atas kepercayaan menamakan saya sebagai calon, namun saya memohon maaf kepada semua kerana menurut amalan parti dan gerak kerja pilihanraya selaku orang yang dinamakan sebagai calon saya seharusnya berada bersama-sama seluruh jentera parti dan masyarakat untuk berkempen bagi berkongsi semangat untuk memenangi pilihanraya kecil ini, tetapi batas agama seperti yang dijelaskan dalam hukum dan pandangan mufti serta agamawan, menghadkan pergerakan saya sebagai isteri yang masih di dalam tempoh edah selama 4 bulan 10 hari dan edah.

Tempoh syarak ini wajib saya patuhi. Sehubungan itu saya mengharapkan kefahaman seluruh jentera parti khususnya di peringkat cawangan dan pusat daerah mengundi akan kedudukan saya ini.

InshaaAllah sekiranya diberikan tanggungjawab sebagai ahli parlimen nanti, saya akan melaksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin sebagai kesinambungan kepada apa yang telah dirintis oleh arwah suami saya. Namun saya amat yakin dengan kekuatan dan kekompakan jentera parti kerana saya pernah menyaksikan semangat seluruh jentera parti dalam memenangkan arwah suami saya sebagai calon parti pada 2 pilihanraya iaitu pada tahun 2008 dan 2013.

Saya amat mengharapkan sokongan seluruh jentera parti kerana ini adalah perjuangan semua, perjuangan UMNO dan Barisana Nasional juga perjuangan orang Kuala.

Saya sekadar penyambung kepada perjuangan serta memikul amanah untuk meneruskan khidmat bakti arwah suami saya kepada orang Kuala.

Untuk itu saya berdoa kepada Allah agar sokongan orang Kuala kepada parti dan arwah dapat diteruskan pada Pilihanraya Kecil yang bakal diadakan pada 18 Jun 2016 ini nanti. Pilihanraya ini bukan soal saya tetapi Barisan Nasional sebagai wadah perjuangan seperti mana amanah yang pernah digalas oleh arwah suami saya dalam menabur bakti kepada rakyat.

Kepada Allah dipohonkan agar kita semua dikurniakan kekuatan pemuafakatan serta keberkatan dalam perjuangan ini. Sekali lagi kemaafan saya pohonkan kerana sepanjang tempoh ini gerakan serta penglibatan saya terbatas. Saya yakin atas hikmah yang ditetapkan Allah kepada kita semua pada Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar ini.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak yang akan tiba beberapa hari lagi kepada seluruh warga Kuala daripada saya dan seluruh ahli keluarga.

Sekian. Assalammualaikum wbt dan AlFatehah kepada arwah suami saya Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad.

MMI kata semoga roh arwah tenang di sana & selamat berjuang buat Datin Mastura serta seluruh jentera BN #KekalBN #PRKKualaKangsar

Datin Mastura Yazid Calon BN P067 #PRKKualaKangsar



BN hari ini mengumumkan balu kepada Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad . bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang meninggal dunia dalam nahas helikopter terhempas sewaktu PRN Sarawak baru-baru ini sebagai calon di Kuala Kangsar.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri , YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Command Centre BN di Kuala Kangsar pada jam 4.30 petang tadi.

Jom kita review sikit siapa Datin Mastura ni ...

Mastura, 55, merupakan seorang graduan undang-undang daripada Lincoln's Inn di United Kingdom dan bertugas sebagai seorang peguam selama enam tahun dan merupakan anak kepada bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Yazid Baba.

Beliau juga merupakan seorang yang aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan sepanjang Allahyarham suaminya menjadi wakil rakyat , Mastura dikatakan banyak memainkan peranan membantu mengurus gerak kerja di kawasan dan sering terlibat dalam program politik bersama allahyarham suaminya sehingga dikenali ramai.

Meskipun tidak menyandang sebarang jawatan rasmi , kehadirannya dalam hidup seorang wakil rakyat ( Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad ) sebagai peneman dan penasihat dilihat memberikan kelebihan yang cukup baik khususnya kepada rakyat kerana hampir pasti Mastura sudah sedia maklum tentang keperluan rakyat di kawasan tersebut.

Malah sikapnya yang berani dan bersuara lantang untuk setiap keperluan serta kebajikan penduduk sekitar Kuala Kangsar mampu menjadi sumber aspirasi buat dirinya untuk meneruskan legasi perjuangan dan gerak kerja Allahyarham Datuk Wan Mohamad sebelum ini.

Semestinya kehadiran Mastura akan menjadi perhatian pihak pembangkang yang kini sedang berusaha untuk merampas kerusi tersebut daripada BN namun kerana kecelaruan sesama pembangkang yang kini sedang berdepan dengan masalah dalamannya selain keperibadian Mastura yang tidak mempunyai sebarang masalah dalam konteks percaturan politik UMNO Bahagian Kuala Kangsar , pembangkang dilihat goyah.

Pembangkang juga dilihat turut tidak berupaya untuk membuat serangan peribadi apatah lagi dari segi politik seperti kebiasaannya kerana latar belakang Mastura telah menutup ruang tersebut. 

Untuk rekod PRK Kuala Kangsar P067 diadakan berikutan nahas helikopter yang melibatkan bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar , Allahyarham Datuk Wan Mohd Khair-il Anuar Wan Ahmad di Sebuyau  , Sarawak pada 5 Mei 2016 yang lalu.

MMI

Thursday 26 May 2016

Pengakuan Ramasamy Cetuskan Tanda Tanya !


Sejak skandal pembelian banglo murah didedahkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor , YB Datuk Syabudin Yahya di Dewan Rakyat , pelbagai pihak tampil mempersoalkan ketelusan Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng.

Ramai yang mahukan jawapan daripada tuan punya badan memandangkan Guan Eng sering kali mengaku beliau adalah pemimpin yang paling konsisten dalam menguruskan pentadbiran tanpa dibayangi oleh unsur rasuah.

Serentak dengan pendedahan tersebut juga , satu persatu dokumen berkaitan pembelian dan pihak terlibat didedahkan kepada media dan umum.Laporan turut dibuat oleh wakil-wakil NGO dan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang sehingga menggugat kedudukan Ketua Menteri tersebut.

Paling tak boleh dilupakan adalah pelawaan Guan Eng kepada Syabudin untuk minum kopi bersama di Komtar sambil disaksikan oleh para media.

Tindakan yang memperlihatkan kepada umum betapa Guan Eng terdesak untuk membersihkan namanya dari terpalit dengan skandal rasuah yang mampu membunuh karier politiknya.

Guan Eng seharusnya segera menjawab persoalan dan pendedahan yang dibuat terhadapnya kepada seluruh rakyat Malaysia bukan bermain wayang dengan minum kopi ! Dan kerana sikap ego dan bodoh sombong itulah hari ini Guan Eng berdepan dengan siasatan daripada SPRM yang baru sahaja menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Peguam Negara.

SPRM dalam kenyataannya  menyatakan bahawa dokumen yang telah lengkap itu akan diteliti oleh Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum membuat keputusan untuk tindakan selanjutnya.

“Sekiranya Tan Sri Mohamed Apandi berpuas hati terhadap keterangan kertas siasatan yang dikemukakan, maka tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil.

“Sebaliknya, sekiranya siasatan SPRM didapati tidak mempunyai keterangan yang mencukupi, maka tiada tindakan undang-undang diambil,” kata kenyataan itu lagi.

Perkara tersebut adalah selaras dengan Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan yang mana kuasa mendakwa adalah di tangan Peguam Negara.

Syabas SPRM kerana telah menjalankan tanggungjawab dan kini semua pihak sedang menanti dengan penuh minat keputusan yang bakal dibuat oleh Peguam Negara.

Namun begitu , pada ketika siasatan telah selesai dan hanya menantikan keputusan selanjutnya secara tiba-tiba Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang , Dr. P. Ramasamy telah mengesahkan syarikat Phang Li Khoon (pemilik banglo murah) pernah memenangi tender daripada kerajaan DAP Pulau Pinang bagi projek di tanah milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Juru.

Jika sebelum ini Phang dan Guan Eng bermati-matian menafikan sebarang hubungan dan kerjasama yang dikaitkan terhadap mereka , kini segala-galanya seolah-olah sudah terdedah sekaligus membuktikan kepada semua pihak bahawa Phang dan Guan Eng sebenarnya MENIPU !

Kenyataan oleh Ramasamy itu bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main-main kerana ia bakal menjadi penentu kepada kedudukan Guan Eng dalam kes pembelian banglo murah tanpa swimming pool tersebut.

Selaku Chairman & Head of Tender Board , Guan Eng semestinya amat tidak senang dengan situasi ini memandangkan beliau secara tidak langsung terlibat dalam urusan pemberian tender.

Timbalan Ketua Menteri 11, Dr. P. Ramasamy berkata, tender itu diperoleh syarikat Phang ketika pertama kali dibuka kerajaan DAP Pulau Pinang pada 17 September 2013.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai berkata, syarikat Phang itu dipilih daripada dua lagi syarikat lain yang turut mengambil bahagian iaitu Centurion Corporation Limited dan TEE International Limited.

“Permohonan cadangan (RFP) pembangunan asrama pekerja ini dibuat lebih sekali disebabkan Magnificient Emblem tidak dapat mematuhi syarat RFP berkenaan pegang­an hak milik.

“Justeru, pihak pengurusan telah membuat keputusan RFP pembangunan asrama pekerja tersebut dipanggil semula,” katanya dalam sesi penggulungan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat lalu.  

Menurut Ramasamy, syarikat Phang itu sekali lagi mengambil bahagian dalam tender kali kedua untuk pembangunan asrama pekerja tersebut yang diiklankan pada 23 Julai 2014.

Katanya, turut serta dalam bidaan tender kedua itu adalah sebuah lagi syarikat, Westlife Dormitory (Penang-Juru) Sdn. Bhd.

“Untuk tender kali kedua, syarikat Westlife Dormitory (Penang-Juru) Sdn. Bhd. telah dipilih sebagai penender yang berjaya,” katanya.

Phang ketika ini disiasat ekoran beberapa laporan polis berhubung akaun bersumpah (SD) yang dibuat beliau pada 22 Mac lalu berkenaan kontroversi pembelian banglonya oleh Ke­tua Menteri, Lim Guan Eng pada harga luar biasa murahnya.

Apa yang kita lihat situasi seperti ini bukanlah budaya dalam parti DAP ! Apatah lagi mereka-mereka yang terlibat ini adalah mereka yang bernama besar dan dipercayai oleh pucuk pimpinan parti tersebut.

Agak janggal sekali apabila Ramasamy langsung tidak cuba mempertahankan Guan Eng seperti mana Phang dan lain-lain pemimpin DAP yang sanggup berbohong dan menipu asalkan kedudukan dan imej Guan Eng tidak terjejas.

Kenapa dengan begitu mudah Ramasamy mendedahkan butiran yang begitu terperinci sekali ?

Adakah ini petanda bahawa gerakan oleh sebahagian besar orang dalam untuk menjatuhkan Guan Eng sudah bermula ?

sumber empayar pemuda

Baca juga artikel berkaitan di SINI  

Cerita Ketua Menteri Otak Seminit !!


Setelah sekian lama akhirnya Guan Eng tampil menunjukkan wajah sebenar apabila sikap angkuh dan bodoh sombongnya menjelas segala-galanya.

Kalau berdasarkan kepada penampilan dan segala macam auta yang dimomokkan kepada rakyat , pasti kita akan berpendapat musibat ni antara orang-orang bijak pandai seiring dengan perwatakan yang dibawanya.

Tetapi ternyata semua itu adalah lakonan semata-mata , hakikat yang sebenar Guan Eng hanyalah seorang ahli parti cauvinis DAP yang kebetulan mendapat ruang dan peluang berada dikedudukan hari ini kerana peranan Kit Siang semata-mata.

Ketua Menteri berotak seminit ini ternyata bukan sahaja telah memalukan seluruh angkatan puak-puak cauvinis DAP tetapi menjadi BUKTI betapa pimpinan DAP tidaklah sehebat seperti mana yang sering diwar-warkan.

Pandai bercakap dan suka menipu kemudian buat-buat bodoh , itulah ungkapan yang MMI rasa paling sesuai untuk kita labelkan kepada puak-puak ni.

Mana tidaknya ! Kalau berdasarkan kepada cadangan dan perancangan tu Donald Trump pun boleh telan air liur tapi jika dibandingkan dengan kerja buat HAMPEH !!!!!!

Pengarah Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng didakwa cuba bermain politik dan tidak ikhlas apabila membuat permohonan dengan hanya mengutus sepucuk surat tanpa dokumen sokongan kepada menteri kerja raya bagi pembinaan jambatan ketiga Pulau Pinang.

Kalau kita perhatikan di Pulau Pinang sekalipun permohonan untuk membesarkan rumah atau menyewa gerai dari kerajaan negeri juga memerlukan dokumen sokongan.

“Apatah lagi jika projek ini melibatkan pembinaan infrastruktur dengan anggaran bernilai jutaan ringgit.

“Ia sudah pasti akan memberi implikasi besar terhadap aliran trafik di keseluruhan sistem lebuh raya kita dan pelan pembangunan jangka panjang untuk kawasan yang terlibat,” katanya.

Rahman berkata, tidak ada kerajaan di dunia ini yang akan meluluskan permohonan projek dengan hanya bersandarkan sepucuk surat tanpa dokumen sokongan, kajian yang mendalam dan perbincangan yang khusus.

Sebelum ini, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan kerajaan persekutuan tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membina jambatan ketiga.

Bagaimanapun, Fadillah berkata permohonan bagi jambatan ketiga Pulau Pinang itu akan dinilai berdasarkan merit, kos jangka panjang dan faedah kepada rakyat, sama seperti mana-mana permohonan atau cadangan bagi projek pembinaan.

Semalam, Guan Eng merayu kerajaan persekutuan meluluskan permohonan negeri itu untuk membina jambatan ketiga menghubungkan Persiaran Gurney di bahagian pulau dan Bagan Ajam di tanah besar walaupun surat permohonan kelulusan belum dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya.

Guan Eng berkata kerajaan DAP Pulau Pinang akan mengemukakan pelan dan maklumat lanjut berhubung cadangan pembinaan jambatan itu selepas kelulusan diberikan kerajaan persekutuan.

Setiausaha agung DAP itu pernah memberi alasan, kerajaan Pulau Pinang akan terpaksa membina terowong bawah laut kononnya kerana kerajaan persekutuan menolak permohonan untuk membina jambatan ketiga di negeri berkenaan.

Ada ka patut sebagai seorang Ketua Menteri yang katanya punya perancangan mencecah kos jutaan ringgit boleh dengan selamba kata luluskan permohonan yang menggunakan sepucuk surat barulah segala perancangan dan segala macam pelan akan dikemukakan ?

Apa kejadah ni ?

MMI kata dia ni memang mangkaq , agak-agaklah nak menipu pun !

Kalau dah surat pun tak hantar kemudian melalak lebih , ampa rasa puak-puak cauvinis DAP ni betul-betul ada perancangan ke arah tu ka ?

MMI pasti ni semua auta ja , just nak cari isu kononnya nak tutup isu skandal banglo terlajak murah !

Hadoi , weiii DAP ampa dah tak ada orang lain lagi ka selain Guan Eng ni ?

Makin merapu teruk dah ni !

Betullah apa yang kawan MMI sebut , dia ni jenis bukit punya bukan dia reti apa !


Sebab itulah ada dikalangan pelancong yang singgah di banglo skandal untuk bergambar , rupa-rupanya sebab kat situ ada BADUT !! Hahahahaha ...

Memang otak seminit HAPRAK !!!!

MMI

Wednesday 25 May 2016

DEKLARASI RAKYAT ! Sejauh Mana Ianya Berkaitan Rakyat ?


Semua pihak sedar dan tahu bahawa Malaysia kini sedang berdepan dengan apa yang MMI istilahkan sebagai konflik politik melibatkan pemimpin-pemimpin bernama besar.Konflik politik ini bukan sahaja sedang merosakkan reputasi negara tetapi juga rakyatnya walaupun ramai dikalangan kita masih lagi tidak sedar bahaya yang bakal terjadi sekiranya konflik ini tidak ditangani dengan baik.

Sejujurnya MMI cuba mengelak untuk menulis tentang gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri memandangkan ia bakal melibatkan seorang tokoh dan pemimpin yang amat MMI sanjungi.

Malahan untuk berlaku adil , MMI sendiri telah turun mendengar serta menyaksikan sendiri ucapan mereka-mereka yang mengaku sebagai pejuang rakyat marhain di pentas yang terpampang dengan logo parti serpihan PAS iaitu AMANAH.

Sesuatu yang pasti , MMI hadir di pentas tersebut bukanlah untuk mendengar cakap-cakap retorik manusia bernama Mat Sabu , Azmin Ali atau mereka-mereka yang seangkatan dengannya kerana sejak awal lagi MMI sudah mengenali personaliti pemimpin-pemimpin politik ini.

Tetapi kehadiran itu kerana mahu memberikan ruang dan peluang kepada Tun Mahathir untuk meyakinkan MMI untuk bersama-sama menandatangi deklarasi rakyat serta bangkit berjuang untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri.

Niat dan hati sudah pun dipasakkan untuk menerima hujah demi hujah yang bakal diungkapkan oleh Tun M dan pastinya setiap hujah itu akan dinilai dan ditapis sebelum MMI membuat keputusan.

Selama 3 jam MMI berdiri tanpa sekali duduk untuk memberikan tumpuan kepada ucapan Tun M , ternyata apa yang diucapkan oleh tokoh negarawan itu jauh sama sekali mampu merentap jiwa dan pendirian MMI untuk bersama-sama dengan agenda deklarasi rakyat.

Sayang seribu kali sayang kerana apa yang dipertontonkan kepada MMI cukup menyedihkan sekali.Kehadiran para pimpinan pembangkang disulam dengan segelintir mereka-mereka yang lebih banyak mengata dari mengemukakan fakta ternyata mengecewakan MMI.

Tun M jelas tidak lagi mampu untuk memberikan pencerahan yang sewajarnya malah apa jua yang dilontarkan oleh beliau dilihat kabur dan lebih stereotaip dengan asyik mengulangi laungan "Tolak Najib" !!

Barangkali kerana faktor usia , Tun M gagal untuk menjelaskan apa yang beliau mahu jelaskan.Malahan dalam keadaan tertentu orang ramai yang berada disekeliling MMI pun mengelengkan kepala tanda betapa mereka bingung dan tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh mantan Perdana Menteri itu.

Dan lebih mendukacitakan MMI adalah pendirian deklarasi rakyat yang kononnya bergerak atas dasar kepentingan rakyat sedang hakikatnya semua yang dipertontonkan itu adalah tindakan berbau politik yang penuh dengan sikap retorik pemimpin-pemimpinnya.

Boleh dikatakan semua pemimpin yang berucap di pentas deklarasi rakyat itu PEMBOHONG BESAR.Mereka tanpa segan silu mengaku kononnya kehadiran bersama dengan latar balakang politik yang berbeza itu sebagai bukti bahawa mereka beragendakan rakyat.

Sedang realitinya mereka berdiri atas kapasiti (pentas) parti politik AMANAH !

Tun Mahathir jelas dipergunakan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan untuk kepentingan kepartian kerana dari gerak dan ucapan mereka MMI dapat melihat dengan jelas terpancarnya agenda tersembunyi mengikut acuan masing-masing.

Buktinya pembangkang sendiri  mengakui 'memperalatkan' Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi kerjasama dalam menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini kerana kata Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad, pembangkang menyedari adalah sukar berdepan Barisan Nasional (BN) tanpa penglibatan Dr. Mahathir kerana majoriti orang Melayu masih memberi sokongan kuat kepada parti itu dan Najib.

Dalam soal kerjasama dengan Dr. Mahathir berhubung deklarasi menjatuhkan kerajaan, Khalid berkata, tiada persetujuan dibuat yang bekas Perdana Menteri itu atau pemimpin UMNO lain akan menggantikan Najib sekiranya kerjasama tersebut berjaya.

“Kita manfaatkan Dr. Mahathir kerana dia masih ada sokongan. Ketika ini, hanya sekitar 40 peratus orang Melayu menyokong pembangkang, manakala selebihnya terus berada di pihak UMNO, jadi sukar untuk tumbangkan Perdana Menteri,” katanya dalam ceramah anjuran pembangkang di Kampung Petani di sini malam tadi yang dihadiri kira-kira 50 orang.Seterusnya 

Mereka mengaku bahawa yang mahu ditolak adalah Najib semata-mata dan siapa jua yang bakal memimpin negara mestilah datang dari parti yang membentuk majoriti di parlimen.

Apa yang boleh MMI katakan adalah ini merupakan ungkapan doktrin yang cuba diterapkan ke dalam minda rakyat supaya melihat serta mempercayai betapa ikhlasnya gerakan deklarasi rakyat.

Sedangkan kalau kita nilai dengan akal fikiran , ianya hampir pasti tidak akan mampu berlaku !

Sekiranya Najib disingkirkan dan penggantinya akan hadir dari pihak yang mempunyai majoriti kerusi di parlimen maka sudah tentulah jawapannya perkara sedemikian tidak akan berlaku disebabkan Timbalan Perdana Menteri dan kesemua menteri-menteri termasuklah dalam Barisan Nasional kini memberikan sokongan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Najib.

Jadi dimana relevannya laungan deklarasi rakyat untuk menjatuhkan Najib ?

Apakah kita punya keyakinan mereka-mereka yang bersama dengan Tun M itu akan berbicara tentang kepentingan rakyat ?

Apakah kita yakin dengan pimpinan Mat Sabu yang sanggup meninggalkan PAS semata-mata kerana kepentingan diri untuk terus bersama perjuangan DAP ?

Apakah kita ada keyakinan terhadap Azmin Ali yang kini sedang tersepit dek suara dari Sungai Buloh ?

Apakah kita mahu mengangguk dan bersetuju dengan segala janji-janji Wan Azizah untuk membela nasib rakyat ? Jangan lupa langkah Kajang !

Atau masih ada yang percaya dengan janji dan momokan puak-puak cauvinis dari DAP ?

Terimalah hakikat bahawa gerakan deklarasi rakyat ini tidak memberikan apa-apa kebaikan kepada rakyat dan warga marhain.

Ianya lebih berkisar kepada gerakan awal bagi parti-parti politik dalam Pakatan Harapan untuk mewujudkan gelombang rakyat menolak Barisan Nasional khususnya dalam persiapan mereka menghadapi PRU 14.

Tidak ada yang istimewanya tentang deklarasi rakyat kerana apa yang disebarkan melalui media jauh sama sekali menyimpang daripada apa yang mereka sampaikan secara langsung kepada penyokong-penyokong mereka.

Seriously ,

Tun M dan mereka yang terlibat dalam deklarasi rakyat GAGAL untuk meyakinkan seorang penulis blog jalanan yang telah membuka ruang seluas-luasnya untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang mahu menjatuhkan Najib !

Tidak ada istilah berjuang untuk kepentingan rakyat di pentas deklarasi rakyat sebaliknya ia dipenuhi dengan agenda mempergunakan orang lain untuk kepentigan politik kepartian semata-mata.

Akhir kalam , Siapa MMI untuk menegur Tun M , beliau punya banyak pengalaman dalam politik tetapi kita jangan sesekali lupa bahawa pengalaman sahaja tidak akan mampu menjadikan seseorang itu sebagai yang terbaik kerana disebalik pengalaman seseorang itu masih perlukan pemikiran yang waras dan rasional agar setiap tindakan kita itu tidak menjadi retorik !

Dengan izin , Tun M you dah salah pentas !!!

MMI

Monday 23 May 2016

Pergolakan Pakatan Harapan AZMIN Bakal Jadi Mangsa Terbaru !! MESTI BACA


Inilah manusia paling teruja saat menjelangnya PRK Sungai Besar ! Mana tidaknya disaat rakan segandingan Azmin Ali sedang dilanyak oleh suku sakatnya sendiri , Mat Sabun sudah pun mendapat "green light" dari "pay master" nya untuk terus mengekalkan keputusan bertanding di Sungai Besar.

Isyarat jelas itu sudah pun muktamad , DAP sudah pun menyatakan sokongan padu kepada parti serpihan PAS itu untuk meletakkan calonnya tanpa menghiraukan sawan yang kini sedang meruntuni Azmin Ali di Selangor.

Di sebalik kebuntuan 'rundingan' siapa yang akan bertanding mewakili Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, DAP secara terbuka telah menyatakan sokongan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding.

Sokongan tanpa belah bahagi itu dinyatakan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua pada Majlis Ceramah Perdana dan Pelancaran Jentera Amanah PRK Sungai Besar di Sekinchan malam tadi.

"Saya hari ini 10 jam turun bertemu dengan jentera DAP. Dap menyokong calon Amanah bertanding di Sungai Besar," katanya disambut sorakan hadirin yang memenuhi Dewan Sri Sekinchan malam tadi.

"Saya akan turun berkempen tiap-tiap malam jika amanah bertanding di Sungai Besar," katanya.

Sementara itu, Khairudin antara penggerak utama Deklarasi Rakyat ketika berucap pada majlis malam tadi turut menyampaikan komitmen bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut akan turun berkempen untuk Amanah pada PRK kali ini.

"Tun Dr Mahathir telah berikrar dan bersetuju turun berkempen untuk parti Amanah yang mewakili Pakatan Harapan pada pilihan raya kali ini," katanya.


Well pada saat Mat Sabun sedang diulit dengan mimpi-mimpi indah , Azmin Ali kini sedang menghitung nasib di Selangor !

Kerana sikap dan kerakusannya untuk menjadi kononnya orang terpenting dalam Pakatan Harapan , Azmin kini sedang berdepan dengan gerakan untuk menjatuhkannya pula.Jika sebelum ini PKR sudah pun melakukan tabiat yang sama dengan menjatuhkan Khalid Ibrahim , Azmin kalau kena dengan caranya dilihat bakal menerima nasib yang sama.
SHAH ALAM 22 Mei - Akar umbi PKR dikatakan mahu Timbalan Presiden mereka, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berundur berikutan Menteri Besar itu didakwa semakin tamakkan kuasa sehingga menyebabkan parti tersebut semakin lemah.
Timbalan Presiden Gagasan Solidariti Rakyat Selangor, Ha­nisya Abdul Hamid mendakwa, Mohamed Azmin adalah punca PKR kian lemah dan berpecah dengan kartel-kartelnya kini sedang mempergiatkan aktiviti untuk mengambil alih pucuk kepemimpinan parti.
Dakwanya, perancangan dan gerakan tersebut dilakukan melalui pihak dalaman parti dengan kerjasama serta bantuan daripada pihak luar yang secara tidak langsung seperti bersekongkol de­ngan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“Dulu alasan dan justifikasi singkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada kerusi Menteri Besar dan memecatnya sebagai ahli PKR kerana kemerosotan hubungannya dengan parti.
“Pergolakan sejak akhir-akhir ini yang melanda dan merempuh PKR akibat keta­makan kuasa Mohamed Azmin dan percaturan politik Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli te­lah memaksa Penasihat parti itu, Anwar Ibrahim memberi pe­ringatan melalui surat dari penjara.
“Kepemimpinan terpaksa bertindak tegas bagi menyelamatkan parti kerana rakyat yang mendokong, menyokong terutamanya anggota parti yang waras fikiran dan berjiwa merdeka sedang menunggu dan memerhati dengan penuh sabar dan teliti,” katanya yang juga ahli PKR kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Hanisya mendakwa, Mohamed Azmin kini sering membuat keputusan membelakangi Presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan seolah-olah beliau Presiden PKR.
“Segala kuasa dan pengaruh sebagai Menteri Besar dipergunakan secara maksimum demi memastikan cengkamannya kepada parti semakin kuat.
“Buktinya, pemilihan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) menjadi kecoh dan kontroversi baru-baru ini manakala rata-rata pimpinan PKR peringkat cabang kini 89 peratus adalah pengikut dan penyokong tegar Mohamed Azmin,” jelasnya.
Dakwanya, tindak tanduk Mohamed Azmin yang langsung tidak patuh dengan kemahuan parti menyebabkan keadaan PKR dari hari ke hari semakin merun­cing dengan akar umbi semakin jauh terpisah dengan kepimpinan di semua peringkat.
“Kalau parti terus membisu, memekakkan telinga dan menutup mata tanpa ambil peduli, maka tunggu sahaja saat dan ketikanya rakyat akan ajar cukup-cukup apabila tiba pilihan raya,” ujarnya.sumber 


Ada juga yang mengatakan Azmin bukan calang-calang orang dalam PKR , beliau punya orang-orang tersendiri yang menyukarkan sebarang gerakan untuk menjatuhkannya.

MMI kata sukar atau tidak , sejarah sudah tercatat bahawa PKR kalau bab jatuh menjatuh ni nombor satu dan dalam situasi ni kedudukan Azmin walaupun dikatakan mendapat sokongan daripada PAS (belum pasti) ianya tidak terlalu membantu kerana Azmin sedang berdepan dengan kem Azizah.

Selaku Presiden , Wan Azizah juga punya sokongan apatah lagi dibelakang beliau kini ada Anwar , DAP dan Amanah.

So selicik-licik Azmin pun MMI rasa akan tiba saatnya beliau akan memahami bagaimana perasaan Khalid Ibrahim tempoh hari !

Apa pun Azmin jangan risau ! Sebab MMI tahu ada seseorang diluar sana yang boleh dan mampu mempertahankan Azmin sampai mati ! Siapa ???????

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Amacam yakin tak Min ????

MMI

Saturday 21 May 2016

Wayang Makin Hebat Di Selangor , Alahai Azmin !!

 

Sebelum ini Menteri Besar , Azmin Ali dilaporkan telah menyangkal tuduhan kononnya beliau telah memberi kata dua kepada wakil PAS yang kini bersama dalam saf pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Tuduhan tu bukan cerita biasa-biasa sebab Azmin dikatakan akan menyingkirkan wakil-wakil PAS tersebut sekiranya parti itu masih berdegil untuk terus bertanding di kerusi Sungai Besar.

Jadi kecohlah seketika kerana isu tersebut jelas mengulangi episod berantakan kem pembangkang sewaktu PRN Sarawak baru-baru ini.Jika di Sarawak pembangkang bertikam lidah sesama sendiri kerana keegoan masing-masing selain daripada nafsu yang membuak-buak untuk berkuasa , bibit-bibit yang sama nampaknya akan berulang di Sungai Besar.

PAS sejak dari awal lagi telah pun mengesahkan mereka akan meletakkan calon untuk bertanding sehingga mengakibatkan pergeseran antara PAS dan DAP semakin tegang.Malah pemimpin PAS turut menempelak DAP supaya jangan memandai-mandai nak mengajar parti itu sebab DAP sendiri pun gagal di Sarawak.

DAP pula mengekalkan tradisinya untuk menjadi kepala mafia dan semua parti-parti pembangkang mestilah akur kepada kehendak mereka.

Akibatnya macam-macam isu timbul sampaikan PAN menyerang Azmin Ali disebabkan PKR melalui Azmin dilihat cuba berlembut apabila mencadangkan supaya Pakatan Harapan memberikan laluan kepada PAS untuk bertanding di Sungai Besar.

Dalam masa yang sama Azmin kini bukanlah antara pemimpin yang dipercayai DAP memandangkan isu yang berlaku di Sarawak.Apatah lagi dalam keadaan terkini , mesej daripada Anwar yang mahukan supaya pemimpin PKR agar berhati-hati dengan gerakan Tun M yang dilihatnya mempunyai agenda yang membolehkan kehadiran Pakatan Harapan dalam kancah politik Malaysia longlai.

Azmin semestinya menjadi perhatian puak-puak pembangkang sendiri kerana dilihat begitu konsisten bersama gerakan Tun M sehingga ada cerita-cerita mengatakan sesuatu sedang disusun yang membolehkan Azmin menongkah takhta sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya gerakan menjatuhkan Najib berjaya.

Situasi ini semestinya menjadi ancaman kepada pihak-pihak tertentu khususnya dari dalam Pakatan Harapan sendiri dan mereka kini dilihat mula berhati-hati.

Sesuatu yang pasti adalah PAS melalui wakil mereka kemudiannya mengesahkan bahawa sememangnya Azmin telah memberikan kata dua kepada PAS !

Pendedahan itu dibuat Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berdasarkan maklumat yang diterima pihak partinya. 

Malah, menurut Khairuddin, penafian yang dibuat Azmin kepada pihak media juga tidak benar. 

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu mendakwa Azmin bertindak seperti itu kerana ditekan oleh pimpinan Pakatan Harapan yang mahu meletakkan calon mereka 

“Sesama Pakatan Harapan pun tekan dia (Azmin) dalam isu Deklarasi Rakyat. Pakatan Harapan tekan dia isu bertanding PRK Sungai Besar, jadi nak lepaskan diri dia ‘melibas’ semua orang termasuk Presiden PAS,” katanya. 

Inilah bukti apa yang MMI sebutkan diatas sana adalah BENAR !

Azmin kini sedang diperhatikan dan beliau turut ditekan oleh Pakatan Harapan sendiri khususnya DAP dan PKR sendiri pun secara tidak langsung sedang berpecah kepada 2 kumpulan iaitu kem Wan Azizah dan Kem Azmin.

Perpecahan kepada 2 kumpulan dalam PKR ini sedikit sebanyak kerana 2 sebab.

1.Sikap Azmin yang membelakangkan Wan Azizah selaku Presiden parti sewaktu PRN Sarawak sehingga berlakunya pertindihan kerusi.

2.Isyarat dari dalam penjara supaya PKR berhati-hati dengan gerakan Tun M yang secara tidak langsung mengheret Azmin sebagai pihak yang tertuduh memandangkan kerjasama dan road tour Azmin bersama Tun M dalam Deklarasi Rakyat.

Paling menarik adalah tindakan Rafizi Ramli yang dilihat cuba menyerang reputasi kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar Azmin Ali. KLIK SINI 

Jika sebelum ini pendedahan yang dibuat berkaitan satu penyebaran tentang umpan ranjang di Selangor tidak mendapat reaksi dari Rafizi sendiri.Kini segalanya sudah terjawab bahawa penyebaran itu adalah BENAR dan ianya disuarakan sendiri oleh Rafizi.

Rafizi mengesahkan beliau menulis mesej yang dihantar kepada perbualan kumpulan tertutup menggunakan aplikasi komunikasi WhatsApp berhubung dakwaan habuan wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor.

Pada masa sama, beliau juga mengakui didatangi oleh beberapa individu yang melahirkan kebimbangan mengenai beberapa isu bersabit amanah dan tata kelola secara umum dengan memberi contoh tuduhan salahlaku.

"Mereka minta saya siasat dengan lebih lanjut atas tuduhan yang khusus kepada individu tertentu dan bukan tuduhan umum.

"Tuduhan itu bukan individu yang menjawat kerusi wakil rakyat (baik di Dewan Negeri, Dewan Rakyat atau Dewan Negara sama ada yang masih berkhidmat atau telah bersara) atau mana-mana kakitangan kerajaan di mana-mana jabatan di bawah Kerajaan Selangor," jelas beliau dalam kenyataan. 

Walaupun kenyataan Rafizi itu cuba untuk menepis persepsi yang kini sedang bertiup kencang bahawa memang berlaku unsur-unsur habuan tersebut dalam kerajaan negeri Selangor , ianya tidak membantu memulihkan keadaan.

Ramai yang telah sedar betapa pemimpin pembangkang lebih banyak menipu dan putar belit !

Bagi MMI apa jua yang diperkatakan oleh puak-puak pembangkang ni , kita seharusnya lebih bijak untuk menilai.

Ini bukan setakat perang mulut sesama parti dalam Pakatan Harapan tetapi satu lagi WAYANG politik yang sedang dipertontonkan kepada rakyat.

Mereka sedang berusaha untuk mengenengahkan PAN sebagai wakil mereka tetapi Azmin dilihat menjadi barah dengan dasar dan pendirian sebaliknya kerana kepentingan kedudukan Azmin di Selangor.

Pesan MMI kepada BN , sama ada ia bakal memberikan impak negatif kepada pembangkang atau pun tidak BN perlu fokus kepada perancangan yang teliti dan berhati-hati.

Kemaskan jentera serta pastikan tidak ada pengkianat parti yang boleh menjadi penyebab kepada keputusan sebaliknya.

Apa yang boleh MMI katakan dari pengamatan setakat ini WAYANG ini akan semakin hebat !

Baca juga artikel berkaitan ,



MMI

Pulau Pinang Caca Marba Kerana Guan Eng !


Sejak skandal pembelian banglo murah Guan Eng didedahkan kepada umum , isu tanah Taman Manggis juga kembali menghangatkan suasana hingga menyebabkan ketua menteri itu tidak senang duduk.

Segala gerak tariannya tiba-tiba compang disana sini termasuklah aksi pelawaan minum kopi yang cukup mengelikan hati.Hakikatnya semua itu berlaku apabila kedua-duanya (Guan Eng & Phang Li Khoon) didedahkan mempunyai kaitan yang membawa kepada unsur berlakunya rasuah untuk kepentingan tertentu.

Dengan berpuluh laporan dibuat oleh pelbagai pihak terhadap SPRM , Guan Eng tidak boleh lagi berdrama beliau perlu berdepan dengan siasatan kerana rakyat menantikan keputusan kes tersebut dengan cukup sabar.

Tidak cukup dengan itu , pelbagai isu lain mula timbul satu persatu mendedahkan kepada umum betapa pentadbiran kerajaan DAP di Pulau Pinang cukup teruk dan amat menyedihkan.

Rakyat bukan sahaja dihidangkan dengan dasar-dasar berat sebelah kerajaan negeri terhadap bumiputera dalam isu perobohan gerai , premis dan rumah tetapi juga suara-suara merungut pemimpin-pemimpin dari dalam Pakatan Harapan sendiri yang tidak berpuas hati dengan corak pentadbiran kerajaan negeri.

Kalau dah wakil dari Pakatan Harapan sendiri pun dianaktirikan kerana kepentingan politik kepartian  , sejauh mana agaknya fokus dan layanan kerajaan DAP di Pulau Pinang terhadap rakyat serta golongan bawahan ?

Tidak dinafikan memang ada kerja-kerja kemasyarakatan yang dilakukan oleh kerajaan negeri tetapi sedarkah kita disebalik kerja-kerja yang sedikit itu , DAP sebenarnya sudah terlalu jauh berselindung disebalik bayang-bayang rakyat untuk kepentingan diri mereka sendiri ?

Tahukah warga Pulau Pinang selain daripada perkara diatas , kerajaan DAP kini sedang berdepan pula dengan pelbagai persoalan dan pertikaian melibatkan kepentingan rakyat !

Sebanyak RM130 juta wang rakyat Pulau Pinang bolehlah dianggap sebagai telah hilang begitu sahaja dalam isu pembinaan terowong.

Malah tindakan kerajaan negeri yang menubuhkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan (PAC) Pulau Pinang untuk menyiasat projek bernilai RM6.3 bilion (kononnya nak tunjukkan ketelusan) itu kini menjadi bahan pertikaian demi pertikaian kerana telah gagal dibentangkan setelah diminta berbuat demikian sejak 6 bulan lepas.

Wakil PKR Kebun Bunga , Cheah Kah Peng telah membidas PAC kerana gagal membentangkan laporan siasatannya walaupun diarah berbuat demikian enam bulan lepas.

“RM130 juta telah dibayar sebelum projek itu dilaksanakan atau disiapkan. Kemudian kamu kata: ‘Tunggu, ada Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling Terperinci (DEIA) pula!’.

“DEIA sepatutnya siap 16 April, dan laporan PAC masih tak siap,” kata Kah Peng dalam sidang DUN Pulau Pinang.

Sementara itu Adun Pulau Betong , Muhammad Farid Saad turut menempelak kerajaan DAP Pulau Pinang apabila mempertikaikan ketelusan PAC yang ditubuhkan.

Beliau berpendapat bahawa PAC Pulau Pinang harus dipengerusikan oleh parti bukan DAP demi memastikan ketelusannya.

Langkah ini perlu diambil supaya siasatan keatas projek RM6.3 bilion terowong dasar laut Pulau Pinang yang sedang berjalan ketika ini tidak dianggap berat sebelah.

Merujuk kepada kegagalan laporan PAC yang masih belum dibentangkan , Muhammad Farid berkata PAC sepatutnya membentangkan laporannya dalam sidang Dewan.

“Adalah mustahak isu terowong dasar laut ini diteliti,” katanya semasa membahaskan usul terima kasih ucapan Yang di-Pertua Negeri di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Tambah beliau lagi isu ini menunjukkan tanda-tanda yang membimbangkan apabila wakil rakyat PKR sekutu DAP dalam satu perikatan juga tidak berpuas hati dengan kegagalan laporan itu dibentangkan.

“Sepatutnya seorang wakil rakyat PKR dilantik sebagai pengerusi PAC untuk meneliti projek ini,” katanya.

Pengerusi PAC negeri ketika ini merupakan ADUN Bagan Dalam, A Tanasekharan dari DAP.

Sementara itu dalam sidang yang sama seorang lagi Adun dari Sungai Acheh , Datuk Mahmud Zakaria mempersoalkan pula tindakan Guan Eng yang telah melantik orang luar dari negeri Pulau Pinang untuk menjadi pengarah syarikat perbadanan negeri.

Datuk Mahmud Zakaria sewaktu mempersoalkan tindakan itu berkata pengarah yang baru dilantik menggantikan Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga) dan Ong Chin When (PKR-Bukit Tengah) menampakkan ciri-ciri “jujur, amanah dan kompeten”.

“Jadi adakah anda mengatakan pengarah sebelumnya, iaitu Kebun Bunga dan Bukit Tengah tidak cukup amanah pada anda?

“Adakah anda mempersoalkan wakil rakyat yang mewakili Pulau Pinang dan Pakatan Harapan anda?” 

Tidak cukup dengan itu kerajaan DAP Pulau Pinang terus diasak dalam isu pengondolan bukit yang telah menyebabkan kawasan terlibat terjejas.

Shariful Azhar Othman (BN-Bertam) berkata keluasan bukit yang digondolkan kira-kira tiga tahun lepas adalah lebih kurang lapan hektar, namun kini beliau mendapati keluasan kawasan yang terjejas ekoran proses mitigasi mencecah sehingga 20 hektar.

“Kita dapat lihat kerja-kerja mitigasi di kawasan asal yang terjejas akibat penggondolan dulu, tetapi bagaimana dengan kawasan baharu seluas 50 ekar (20 hektar) ini yang diteroka untuk kerja-kerja mitigasi?

“Sedangkan struktur yang dibuat itu adalah binaan kekal dan saya boleh merumuskan kerja-kerja mitigasi yang sedang berlaku itu sebenarnya projek penggondolan kekal”.

Shariful Azhar berkata beliau juga difahamkan kos kerja-kerja mitigasi di puncak bukit berkenaan mencecah sehingga RM20 juta.

Menyentuh isu sama, Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) berkata difahamkan kos mitigasi Bukit Relau boleh mencecah sehingga RM50 juta dan mempersoalkan apakah terdapat elemen lain sehinggakan kosnya begitu besar.

Turut melahirkan rasa tidak puas hati dengan isu penggondolan bukit itu ialah Nordin Ahmad (BN-Bayan Lepas) yang menggesa kerajaan negeri menjelaskan kes-kes penggondolan bukit yang baharu termasuk di Sungai Ara dan Bukit Bendera seperti dilaporkan media.seterusnya

Lihatlah bagaimana DAP mentadbir Pulau Pinang ! 

Secara tersuratnya semua itu merujuk kepada betapa tidak konsisten dan lemahnya pentadbiran Guan Eng di Pulau Pinang dan ianya jauh sekali menyimpang daripada slogan kebanggan mereka Cekap , Akauntibiliti dan Telus.

Tersiratnya DAP mempergunakan rakyat untuk kepentingan tembolok besar mereka.Bayangkan jumlah keuntungan yang boleh dicapai oleh DAP melalui tindakan-tindakan seperti diatas tetapi cuba menyembunyikannya dengan berlakon kononnya berjiwa rakyat.

Bandingkan keuntungan yang sedang DAP perolehi dengan bantuan-bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan negeri kepada rakyat ?

Selagi mana warga Pulau Pinang masih mahu mengutip gula-gula DAP selagi itulah hak milik warga Pulau Pinang akan dirampas sedikit demi sedikit sehingga akhirnya Pulau Pinang hilang segala-galanya.

sumber empayar pemuda

Friday 20 May 2016

#PRKSungaiBesar Silap Haribulan Azmin Yang Tersungkur !


Ramai yang kata tindakan Azmin Ali sound PAS supaya jangan bertanding di kerusi Sungai Besar sebagai tindakan berani mati.Mana tidaknya kalau PAS berdegil juga dan masih tetap mahu bertanding di Sungai Besar maka wakil-wakil PAS yang kini berada dalam kerajaan negeri Selangor akan diusir keluar dari kerajaan Selangor aka di pecat !

Sejujurnya MMI tak terkejut pun sebab sejak dari awal lagi semua orang dah sedia maklum , PAS bukanlah sebahagian daripada Pakatan Harapan jadi tak timbul isu pecat memecat ni.

Cumanya MMI agak pelik apabila Pakatan Harapan tidak lagi menerima kehadiran PAS sebagai sebahagian daripada suku sakat mereka , kenapa wakil-wakil PAS masih lagi berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor ?

Jangan persoal tentang wakil tunggal PAS di Pulau Pinang sudah lah , wakil PAS tu nama ja PAS secara realitinya dia tu sudah menjadi sebahagian daripada pak angguk penjilat DAP yang cukup takut hilang kedudukan politik.

Pernah tak ampa semua fikir tentang perkara ni ?

Kalau secara profesionalnya Azmin selaku Menteri Besar perlu dan wajar sekali mengusir puak-puak PAS ni awal-awal lagi sebab PAS bukan Pakatan Harapan !

Oh sebab guna nama pembangkang ? Agak-agaklah bro tak ada maruah ka ?

Dari pengamatan MMI , kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Azmin Ali sebenarnya cukup bimbang kalau-kalau usul atau isu ini diketengahkan oleh puak-puak Pakatan Harapan sendiri.Sebab kalau itu berlaku maka kerajaan negeri Selangor goyang !

Dan yang lebih goyang lagi adalah PKR !

Jom tengok kedudukan kerusi di Selangor ,

DUN Selangor 56 kerusi

PAS (15) , PKR (13) , DAP (15) = 34 kerusi

BN (12) & Bebas (1)

So andai katalah bila dah terbentuk Pakatan Harapan ni dan semua parti politik yang bersama dalam pakatan tersebut berpegang kepada prinsip politik telus dan berani maka 15 kerusi dan 15 wakil PAS akan secara automatik terkeluar daripada gabungan untuk menubuhkan kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan.

Maka Pakatan Harapan hanya memiliki 28 kerusi , walaupun mereka masih boleh menubuhkan kerajaan negeri dengan jumlah kerusi tersebut ia perlu melihat kepada keputusan PAS sama ada menjadi 15 kerusi bersendirian atau menyokong pihak lain.

Kalaulah PAS selepas itu bersetuju untuk bersama dengan BN dan Bebas maka kerajaan Pakatan Harapan Selangor akan hilang majoriti kerana jumlah kerusi kedua-duanya adalah sama.

Jika itu berlaku pastinya keadaan politik di Selangor akan kacau bilau dan memungkinkan untuk Sultan Selangor campur tangan.

Cukup setakat tu , apa yang MMI mahu fokuskan adalah apabila melihat kepada semua diatas maka kita akan mendapat jawapan yang paling tepat !

Azmin tidak akan berani untuk bertindak ke tahap itu.

Sama ada PKR mahupun DAP yang begitu lantang menolak PAS hari ini , mereka tidak akan sesekali mengambil risiko tersebut kerana mereka tahu betapa bernilainya Selangor kepada Pakatan Harapan.

Malah MMI yakin silap-silap haribulan Azmin yang tersungkur ke bawah sebab DAP hanya menanti saat dan ketika yang sesuai untuk bertindak apatah lagi kerusi milik DAP jauh mengatasi kerusi milik PKR sendiri.

Yang pasti kerana semua itulah Azmin dilihat mengunakan pendekatan berlembut untuk memancing PAS agar kembali bersama dengan Pakatan Harapan walaupun DAP dan PAN melalak siang malam !

Akhir kalam walaupun DAP dan PAN melalak siang malam , puak-puak ni sikit pun tak pernah bersuara supaya semua wakil PAS dalam kerajaan negeri Selangor di usir daripada menjadi sebahagian pelengkap kerusi majoriti.

Nampak takkkkk ? Semua wayang !

MMI

Thursday 19 May 2016

PANAZZZ Rafizi DEDAH Umpan Ranjang Di Selangor ?


Tu dia ! MMI rasa ini antara cerita panas yang mungkin panasnya sampai ke tahap sama dengan El-Nino.Lebih panas lagi pendedahan ni katanya didedahkan oleh satu transkrip whatsapp melibatkan Rafizi Ramli si sotong yang suka berlakon tangan kena gari tu.

Apa pun ampa baca dulu sebelum komen lebih-lebih !

Satu tranksrip perbualan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam kumpulan WhatsApp yang sedang viral mendedahkan wujud permintaan ‘perempuan’ sebagai habuan dalam berurusan dengan kerajaan negeri Selangor yang ditadbir Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.

Rafizi dalam perbualan tersebut mengatakan menerima aduan selain wang yang diminta dalam urusan kerajaan negeri, terdapat juga permintaan untuk mendapatkan perempuan.


Menurut sumber , Rafizi yang dihubungi enggan memberikan komen dan menjawab "No Komen" .. Baca terus dari sumber SINI 

So sama ada ianya benar atau sebaliknya hanya pihak yang terlibat sahaja boleh mengesahkan.

Tapi kalau MMI rujuk balik kepada isu-isu yang pernah timbul sebelum ni khususnya yang berkaitan mereka-mereka yang hari ini ada di Selangor tu aduhaiiiii ... Klik Sini

Ok gang MMI nak tidur awal sikit , ngantok pulak ! Hihi

MMI

Wednesday 18 May 2016

Adun DAP Istihar PERANG Terhadap Guan Eng ?


Semakin hari kedudukan Guan Eng semakin tidak disenangi oleh ahli-ahli DAP sendiri.Selain daripada berdepan dengan pelbagai tuduhan salah guna kuasa dan tuduhan rasuah , corak kepimpinan diktator ala-ala mafia yang di bawa oleh Guan Eng selama ini ternyata telah merimaskan sebahagian daripada pemimpin-pemimpin DAP di peringkat kawasan.

Polisi kepartian dan dasar cauvinis yang diamalkan oleh Guan Eng dan konco-konconya telah menyebabkan banyak perkara melibatkan kepentingan rakyat tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Lihat sahaja isu-isu yang timbul sebelum ini , semuanya menjurus kepada kelemahan dan ketidakupayaan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membezakan kepentingan rakyat dengan politik kepartian.

Bagaimana Adun Penanti terpaksa menitiskan air matanya di sidang DUN semata-mata kerana berasa dipinggirkan selain tidak mendapat perhatian kerajaan negeri sehingga nasib rakyat dikawasan sendiri tidak dapat dibela.Kemudian kita dihidangkan pula aksi dari Adun Berapit yang turut menempelak pentadbiran Guan Eng dengan menyatakan kekecewaannya apabila kerajaan negeri pimpinan Guan Eng tidak pernah mengambil endah tentang isu-isu melibatkan kepentingan rakyat yang dibawanya.

Tidak cukup dengan itu , timbul pula sekumpulan Adun dari Pakatan Harapan Pulau Pinang yang menyokong usul daripada wakil BN untuk menolak perancangan kerajaan negeri DAP dalam isu penambakan laut.

Semua ini membuktikan bahawa sudah ada gerakan di akar umbi DAP sendiri yang sedang berusaha untuk merubah sistem politik Pakatan Harapan di Pulau Pinang yang telah jauh menyimpang daripada fokus sebenar untuk membela rakyat seperti mana yang dilaung-laungkan oleh Lim Guan Eng ! 

Mungkin akan ada pihak yang berasa sangsi , adakah apa yang diperkatakan ini benar atau sekadar satu permainan persepsi untuk memburuk-burukkan DAP dan Pakatan Harapan ?

Tak perlu fikir lama sangat jangan beratkan pemikiran tu , lihat sahaja apa yang berlaku di sidang DUN Pulau Pinang.

Dua wakil daripada DAP dilaporkan telah bertikam lidah di sidang DUN Pulau Pinang mengenai usul untuk mengehadkan jawatan ketua menteri kepada hanya 2 penggal.


R.S.N Rayer (DAP-Seri Delima) berkata beliau kecewa dengan Teh Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah) yang telah banyak kali cuba membawa usul itu.

“Teh boleh membangkitkan perkara itu dalam pertemuan bersama pemimpin DAP berbanding membincangkannya dalam forum mengenainya yang dianjurkan Gerakan negeri baru-baru ini,” katanya ketika membahaskan usul terima kasih ucapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.

Kenyataan Rayer itu ditempelak Lydia Ong Kok Fooi (DAP-Berapit) yang mempertahankan Teh dengan menegaskan apa yang dibuat Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Bungah itu bukan satu kesalahan.

Keadaan menjadi tegang apabila Lydia berkata usul mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri kepada hanya dua penggal itu penting dalam memastikan seseorang pemimpin tidak menyalahgunakan kuasa.

“Tuduhan penyalahgunaan kuasa itu boleh berlaku sekiranya seseorang pemimpin terlalu lama memegang kuasa,” katanya.

Namun, Rayer yang tidak berpuas hati dengan jawapan Lydia telah menegaskan bahawa kerajaan negeri mengamalkan dasar tender terbuka dan pentadbiran yang bersih.

Bagi menenangkan keadaan, Speaker Datuk Law Choo Kiang mengingatkan Rayer untuk hanya memfokuskan kepada perdebatan bukannya membangkitkan isu-isu bersifat peribadi.

Teh kelihatan tenang dan tidak memberi reaksi balas ketika perang mulut antara Rayer dan Lydia.

Usul mengehadkan jawatan ketua menteri kepada hanya dua penggal yang cuba dibawa Teh pada sidang DUN kali ini ditolak atas alasan terdapat masalah  teknikal.

Ini merupakan kali kedua usul yang sama ditolak selepas persidangan DUN 10 Nov 2014 walaupun cadangan Teh itu mendapat pelbagai reaksi daripada wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.sumber umno-online 

Ada 2 perkara yang kita perlu fokuskan ,

1.Jarang-jarang berlaku dalam parti DAP apabila pemimpin-pemimpin diperingkat Adun bangkit mempertikai serta memperlekehkan dasar-dasar pentadbiran pemimpin mereka.Malah ianya sudah sampai ke tahap menolak cadangan daripada kerajaan negeri yang dinaungi oleh parti DAP sendiri.Lebih menarik mereka bertindak menyokong pula usul daripada wakil-wakil BN dalam sidang DUN !

Bukankah itu sesuatu yang agak pelik ? 

2.Kedudukan Guan Eng selaku Ketua Menteri secara tidak langsung telah membangkitkan rasa tidak puas hati sebahagian besar daripada ahli dan pemimpin DAP yang merupakan warga Pulau Pinang.

Guan Eng datang daripada Melaka kemudian diberikan tempat sebagai pemimpin nombor satu di Pulau Pinang.

Segala janji dan harapan mereka-mereka yang merestuinya sebelum ini ternyata tidak ditunaikan oleh Guan Eng malah mereka diperlakukan seperti orang asing.Apa yang ditonjolkan adalah kedudukan Guan Eng itu terlalu kebal sehinggakan beliau lupa bahawa pemimpin-pemimpin ini telah banyak berkorban untuk memenuhi cita-cita peribadi Guan Eng malah kehadirannya di bumi Pulau Pinang membawa agenda besar iaitu memperkukuhkan DINASTI LIM !

Kerana itulah tindakan menyanggah dasar pentadbiran Guan Eng dan konco-konconya itu merupakan agenda akar umbi DAP sendiri yang kini tidak lagi mampu bertahan.

Mereka tahu dan sedar bahawa selagi mana manusia bernama Lim Guan Eng kekal di kerusi empuknya selagi itulah agenda dan matlamat yang terarah kepada DINASTI LIM akan terus berjalan malah membiarkan perlakukan tersebut bererti mereka menggadaikan maruah selaku pemimpin DAP dan Pakatan Harapan warga Pulau Pinang.

Maka tidak ada jalan lain melainkan istihar PERANG !

sumber empayar pemuda 

Labels