Followers

Friday 28 October 2016

RUU 355 We Have To Stand Together !


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tidak menjadi kesalahan untuk berunding dengan mana-mana pihak termasuk dengan kerajaan persekutuan berhubung perbentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355).

“Oleh kerana perkara ini (RUU 355) berkait dengan kepentingan bersama orang Islam, tidak menjadi kesalahan rundingan diadakan sama ada di peringkat politik, peringkat kerajaan dan pegawai.

“Sekiranya hal yang berkaitan seperti hal lebuh raya dan hal jambatan kedua Pulau Pinang boleh berunding (kerajaan) negeri dengan pusat, adakah salah kami berunding dengan kerajaan pusat?” katanya menjawab celahan Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Chong sebelum itu mempersoalkan kemungkinan Abdul Hadi diperalatkan kerajaan pusat dalam membolehkan rang undang-undang persendirian itu dibentangkan di Dewan Rakyat.

Pada 26 Mei lalu, Abdul Hadi membentangkan usul rang undang-undang berkenaan yang antara lain bagi meminda Seksyen 2 untuk menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga Anggota Parlimen Marang turut melahirkan rasa dukacita apabila rang undang-undang itu mendapat maklum balas negatif termasuk daripada bukan Islam.

Jelasnya ia melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah berkaitan penganut Islam dan tiada kaitan dengan masyarakat bukan Islam.

MMI melihat dalam konteks RUU 355 ini , penolakan oleh mereka yang bukan dari kalangan bukan Islam sebenarnya memberikan kita satu jawapan yang cukup mudah.

Hakikatnya Malaysia merupakan sebuah negara Islam dan ianya termaktub dalam perlembagaan negara.Oleh yang demikian maka sebarang penolakan terhadap perkara-perkara yang berbangkit dan berkaitan dengan Islam adalah merupakan satu  kesalahan.

Malah menolak RUU 355 yang hanya terpakai kepada orang Islam sahaja adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Kenapa perlunya bukan Islam menolak RUU 355 ?

Berpijaklah dibumi nyata mereka bukan menolak RUU 355 sebenarnya tetapi MENCABAR dan MENOLAK kedudukan ISLAM di bumi MALAYSIA !

Sebab itulah MMI sebut awal-awal tadi WE HAVE TO STAND TOGETHER !

MMI

Pemuda BANGKIT Lagi Desak Guan Eng Letak Jawatan !


Suasana di Komtar gegak gempita dengan laungan " Undur Guan Eng " apabila 3000 ribu peserta BANGKIT V.2 berbaju hitam berhimpun mendesak Ketua Menteri P.Pinang , Lim Guan Eng supaya segera meletakkan jawatan.

Himpunan dengan tema "Ride Againts Corruption" itu bermula di perkarangan menara UMNO dan berarak ke Pejabat Ketua Menteri di Komtar di ketuai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun dan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim.

Ini merupakan kali kedua himpunan BANGKIT diadakan selepas yang pertama mengambil tempat di Persiaran Gurney baru-baru ini.Secara ringkasnya kebangkitan ini adalah mesej jelas betapa himpunan yang sama akan mengambil tempat sekali lagi sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Guan Eng yang kini berdepan dengan pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa dilihat sebagai seorang pemimpin yang gagal dan harus segera mengosongkan kerusi Ketua Menteri kerana kredibilitinya sebagai seorang pemimpin telah tercalar.

Malah sokongan Guan Eng kepada himpunan haram BERSIH 5 yang akan dianjurkan di Pulau Pinang dalam sedikit masa lagi turut menjadi persoalan memandangkan kedudukan Guan Eng sendiri yang tidak BERSIH dan terpalit dengan pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Apa yang cuba dilakukan oleh Ketua Menteri ini hanyalah bermain politik tidak lebih dari itu.

Kerana itu BANGKIT menuntut agar Guan Eng segera meletakkan jawatan dan tidak membenarkan himpunan haram BERSIH mengambil tempat di Pulau Pinang.

Apabila berbicara tentang BERSIH 5 ini , banyak pihak sebenarnya terkilan dengan penahanan ketua gerakan baju merah , Datuk Jamal Yunos sebaik beliau tiba di KLIA baru-baru ini.Sungguhpun begitu tidak ada mana-mana pihak yang tampil untuk mencetuskan huru-hara atau menyalakan lilin bagi menunjukkan solidariti seperti mana yang sering dilakukan oleh konco-konco pro pembangkang.

Inilah perbezaan paling ketara jika dibandingkan dengan gerakan-gerakan lain khususnya gerakan haram BERSIH yang lebih banyak menimbulkan masalah kepada rakyat dan negara.

Pastinya sikap menghormati undang-undang dan patuh kepada penguatkuasaan pasukan keselamatan menjadi teras utama dan kerana itulah penahanan ketua gerakan merah tempoh hari berjalan dalam keadaan baik.

Selain daripada mempersoalkan tentang kedudukan penganjur BERSIH 5 iaitu Maria Chin.Ramai berpendapat beliau perlu di tahan dan di siasat di bawah Akta Hasutan 1948.

Ahli Parlimen BN Kuala Selangor , Datuk Irmohizam Ibrahim berkata  Bersih 5 hanyalah medium untuk pembangkang berpolitik kerana secara zahirnya murni pada mata rakyat, namun hakikatnya meninggalkan kesan kotor kepada kesejahteraan negara.

“Himpunan ini perlu dibersih­kan agar kita tidak dikotorkan dengan sejarah hitam yang mungkin boleh mengancam keselamatan negara.

“Justeru, adalah amat tepat sekiranya kerajaan tidak membenarkan perhimpunan ini diadakan. Perlu disedari, berhimpun bukanlah adab kita yang mendukung Rukun Negara kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan,” 

Oleh yang demikian , perhimpunan Bersih 5 wajar dihentikan dan dihalang POLIS kerana berkemungkinan besar mengundang ancaman pengganas yang melihat peluang terbaik untuk bertindak . 

Sejarah perhimpunan Bersih terdahulu jelas menunjukkan pe­nganjur gagal mengawal peserta dengan baik sehingga berlakunya insiden yang mengancam ke­selamatan awam, kerosakan harta benda dan kesesakan lalu lintas.

Bersih hanyalah agenda untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat dan mengugat ketenteraman awam . 

Selain daripada itu gerakan haram BERSIH 5 ini jelas mengelirukan dan ianya secara terang-terangan hanyalah pentas dan peluang yang digunakan sepenuhnya oleh pembangkang untuk menyemai kebencian terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Antara kandungan risalah BERSIH 5 yang diedarkan kepada orang ramai menyebut bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bersih dan tidak adil.Justeru itu gerakan BERSIH 5 ini perlu digerakkan diseluruh negara bagi mengembalikan keadilan kepada SPR.

Logiknya ramai dari kalangan pemimpin parti-parti pembangkang terlibat dalam gerakan BERSIH 5 dan diantaranya adalah dari parti DAP.

Yang menghairankan adalah bagaimana mereka-mereka ini boleh mempertikai SPR sebagai tidak bersih dan tidak adil sedang DAP kini menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang hasil daripada keputusan yang diwartakan oleh SPR dan diuruskan sepenuhnya oleh SPR sejak dari proses penamaan calon ?

Jika mengambil kira daripada pertikaian tersebut maka sudah pastilah kerajaan negeri Pulau Pinang yang kini diketuai DAP merupakan sebuah kerajaan negeri yang tidak SAH dan DAP seharusnya segera mengosongkan semua jawatan pentadbir termasuk jawatan Ketua Menterinya.

Berdasarkan semua diatas jelas kehadiran BERSIH 5 bukanlah atas dasar menyuarakan hasrat rakyat tetapi lebih kepada agenda politik pembangkang yang mahu memburukkan imej negara dan kerajaan Barisan Nasional.

MMI

Thursday 27 October 2016

Buang Penjawat AWAM , Reformasi Atau Agenda ?


Rupanya dah lama benda ni jadi impian puak-puak DAP , kononnya atas dasar pentadbiran yang lebih baik dan mahu menjadi lebih baik daripada hari ini.Sejak kempen untuk RU13 lagi puak-puak cauvinis dah bawa agenda mengecilkan jumlah kakitangan awam dan ianya tidak pernah terpadam dari kamus mereka.

Bila kerja asyik membangkang memanglah mudah , buatlah perancangan apa pun sebab ianya bukan realiti tetapi disebalik rancangan demi rancangan itu terselit agenda penuh muslihat berbau politik dan mungkin sampai ke rahap perkauman.


Adalah menjadi satu kewajipan kepada mana-mana pihak khususnya mereka yang terlibat secara langsung dalam dunia politik dan pentadbiran baik di peringkat persekutuan mahupun negeri untuk menyediakan apa jua perancangan mahupun mewujudkan badan-badan pemikir selagi mana ianya menjurus kepada kebaikan negara dan rakyat.

Tidak salah sebenarnya kerana hasil yang baik itu bakal memberikan jutaan manfaat kepada rakyat sekaligus membantu serta merancakkan pembangunan negara dalam semua segi.

Dalam kita mendepani perancangan demi perancangan sama ada dari peringkat kerajaan atau dari badan-badan pemikir ,  ianya mestilah selari dengan asas yang selama ini menjadi pegangan kita bersama iaitu perpaduan sesama kaum dan juga perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Negara Malaysia.

Oleh yang demikian apa jua yang dilakukan mestilah tidak boleh mencabar asas tersebut kerana disinilah terletaknya ramuan rahsia kejayaan Malaysia selama ini.

Sebagai contoh lihat sahaja dalam pembentangan bajet 2017 baru-baru ini , semuanya terhasil dan mencakupi segala sudut tanpa menyisihkan mana-mana pihak dan kaum.

Namun mendengar cadangan reformasi perkhidmatan awam daripada Penang Institut , rasanya ada sesuatu yang diragui sedang cuba dilakukan oleh pihak terlibat.

Kita semua sedia maklum bahawa Penang Institut adalah badan pemikir yang ditaja oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang dan kehadiran mereka selama ini cukup sinonim dengan segala gerak kerja politik kerajaan DAP dalam mendepani kancah politik tanahair.

Yang menjadi persoalan sekarang adalah cadangan reformasi perkhidmatan awam yang dikeluarkan setelah bajet 2017 dibentangkan baru-baru ini.

Lapor FMT, badan pemikir DAP itu telah menggesa kerajaan supaya mereformasikan dan mengurangkan saiz sektor perkhidmatan awam, bagi mengurangkan defisit belanjawan.

“Selain itu ia juga melepaskan bakat dan sumber manusia dalam kerajaan ke sektor swasta,” kata Penang Institute.

Menjawab pembentangan Bajet 2017, badan pemikir itu berkata terlalu banyak wang diperuntukkan untuk perkhidmatan awam.

Kenyataan daripada unit ekonominya mengakui kemungkinan penurunan belanjawan defisit yang kecil dalam belanjawan kali ini berbanding angka tahun lalu.

Bagaimanapun ia berpendapat belanjawan berimbang tidak mungkin tercapai dalam masa terdekat ekoran perbelanjaan untuk perkhidmatan awam yang besar.

Penang Institute memberitahu belanjawan kali ini memperuntukan RM214.8 bilion sebagai perbelanjaan mengurus, dimana RM77.4 bilion untuk emolumen dan RM32 bilion untuk bekalan dan perkhidmatan.

“Semua ini secara terkumpul 51% daripada jumlah keseluruhan belanjawan mengurus atau 42% daripada keseluruhan belanjawan,” katanya.

Menjelaskan keberkesanan perkhidmatan awam yang dimaksudkan, Penang Institute mengambil contoh penjawat awam Singapura cuma 1.4% daripada penduduk negara pulau itu.

Malaysia mempunyai 1.6 juta penjawat awam, bersamaan 5.5% daripada penduduk negara ini.

Menurut badan pemikir itu lagi, Jerman juga mempunyai perkhidmatan awam yang besar tetapi 4.18 juta penjawat awam itu bekerja dalam ekonomi dengan Keluaran Dalam Negara Kasar mencecah AS$3.636 trilion.

“Menggunakan nisbah KDNK kepada penjawat awam seperti di Jerman, ini bermakna Malaysia, yang mempunyai KDNK AS$375 bilion, hanya perlukan 430,000 penjawat awam,” katanya.

Agak menarik cadangan yang dikeluarkan oleh Penang Institut ini memandangkan ia mengambil kira kedudukan kewangan kerajaan khususnya dalam peruntukan mengurus yang dikatakan terlalu tinggi memandangkan jumlah penjawat awam yang mencecah 1.6 juta kakitangan.

Apa jua yang dibangkitkan oleh badan pemikir DAP ini kita harus melihat dalam konteks yang lebih besar.

Pertama inilah bukti betapa kerajaan Barisan Nasional sentiasa berusaha untuk memastikan 1.6 juta kakitangan awam sentiasa terbela walaupun dikatakan kedudukan ekonomi negara yang hampir muflis oleh sebahagian mereka-mereka yang iri hati dengan keupayaan kerajaan.

Keduanya kerajaan tidak pernah berkira-kira untuk mengurangkan jumlah kakitangan terbabit walaupun berdepan dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil dan langkah ini seharusnya dipuji.

Ketiganya inilah bukti bagaimana kerajaan bijak menguruskan kedudukan kewangannya tanpa perlu memecat ratusan ribu kakitangan untuk mencapai kapasiti keupayaan yang dikeluarkan oleh Penang Institut.

Selain daripada perkara-perkara diatas kita harus sedar bahawa daripada jumlah 1.6 juta kakitangan awam tersebut jumlah berdasarkan kaum rasanya dimiliki oleh orang-orang Melayu.Bukan mahu mengajak semua untuk bersikap rasis atau perkauman tetapi apakah yang bakal berlaku sekiranya cadangan reformasi perkhidmatan awam itu benar-benar berlaku ?

Setiausaha Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat, Huzir Sulaiman melalui laman facebook milik beliau ada menyatakan jika Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), benarkah hampir 900 ribu kakitangan kerajaan akan dibuang ?

“Cadangan dari badan penasihat polisi kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang. Kalau DAP dan PH perintah Putrajaya, agaknya hampir 900 ribu kakitangan kerajaan akan dibuang?

“Sama-sama kita fikirkan,”katanya dalam Facebook hari ini.

Barangkali ini agenda terancang DAP ! kredit PenangKini

MMI kata buang Guan Eng dulu kot !

Monday 24 October 2016

Negara Muflis Akibat Hutang ?


Sejak insiden sekumpulan Ahli Parlimen pembangkang bertindak meninggalkan dewan ketika sesi pembentangan bajet 2017 , banyak pihak khususnya mereka-mereka yang punya tahap obses menggila untuk menjatuhkan Perdana Menteri mula menyebarkan berita-berita menakutkan rakyat seolah-olah Malaysia akan jatuh miskin papa kedana dan langsung tidak mampu untuk bangkit.

Hebahan berita-berita tersebut melalui media sosial termasuklah aplikasi whatsapp dibuat dengan begitu bersungguh-sungguh oleh sebahagian besar mereka-mereka yang bukan dari kalangan warga ekonomi atau dalam bahasa mudah kumpulan yang punya kepakaran dalam berbicara soal ekonomi.

Berita-berita seperti hutang negara yang meningkat selain dari ketidakupayaan kerajaan untuk mengotakan janji seperti mana yang dibentangkan dalam bajet baru-baru ini begitu laris sekali.Malahan si penyebar-penyebar ini walaupun mereka sebenarnya bukan dari kalangan pemain kompeten dalam soal ekonomi , mereka begitu galak sekali menyebarkan kepada seluruh rakyat jelata.

Begitu hebatnya puak-puak ni dalam mendepani hal ekonomi negara dan jika kehebatan itu benar-benar dimiliki oleh seluruh warga kita , MMI yakin semakin ramailah yang akan memahami tentang hal melibatkan pengurusan kewangan malahan mungkin tak ramai dari kalangan warga kita akan terjebak dalam Non Performing Loan (NPL) dengan pihak bank.

Bila MMI sebut tentang NPL ni pasti akan ada pihak yang mencemuh kononnya ia berlaku kerana kos sara hidup yang semakin tinggi.Well berbalik kepada apa yang MMI sebutkan awal tadi , kan semua dah jadi bijak pandai dalam hal melibatkan ekonomi dan semestinya bila dah jadi bijak pandai ni mestilah bijak mengurus kewangan masing-masing !

Takkan itu pun masalah kot ? Atau pun ada yang langsung tak faham tentang NPL yang MMI sebut ?

Untuk rekod MMI bukanlah dari kalangan bijak pandai atau ahli ekonomi tahap dewa tetapi apabila berdepan dengan hal melibatkan kedudukan ekonomi khususnya ekonomi negara , kita sewajarnya mencari jawapan bukannya main belasah menyebarkan berita-berita yang kebanyakkan di tokok tambah agar bersesuaian dengan ideologi politik mahupun emosi membuak-buak yang mahu melihat Perdana Menteri dijatuhkan.

Oleh kerana itu maka MMI juga mentelaah dan mencari jawapan supaya tidak terjebak dengan mereka-mereka yang taksub tahap dewa kononnya menyedarkan rakyat sedang hakikatnya sedang menyebarkan fitnah !

Berikut adalah salah satu daripada pencerahan yang MMI rasa wajar untuk sama-sama kita fahami tentang sejauh mana pertuduhan bahawa Malaysia akan muflis.

ALOR SETAR - Isu membabitkan tahap keberhutangan negara yang tinggi yang sering dimomokkan sebagai petanda bahawa negara akan muflis hanyalah salah faham ekonomi dan perlu diperbetulkan.

Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara, Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berkata, ini kerana antara indikator dilihat ketika hendak membuat pinjaman ialah sama ada pinjaman tersebut bersifat produktif atau sebaliknya dan keupayaan membayar balik.     

"Pinjaman kerajaan misalnya sebanyak RM582 bilion pada 2014, tetapi itu adalah stok pinjaman, namun bayaran hutang pada tahun tersebut hanya sekitar RM20 bilion sahaja, itu bayaran, bukan stok. Malah ia bukannya perlu dibayar dengan segera kerana mempunyai tempoh kematangan hutang," katanya.

Noor Azlan berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi panel dalam Diskusi Pasca Bajet 2017 anjuran Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia di sini, hari ini.  

Malah jelasnya, Malaysia menyaksikan pembangunan pesat dicapai dengan sebahagian besarnya dalam tahun-tahun ketika ekonomi negara berada dalam keadaan defisit.    

"Pertama sekali isu persepsi, istilah atau perkataaan hutang dalam nahu bahasa kita dianggap konotasi negatif tetapi hakikatnya dalam kehidupan seharian malah di peringkat individu pun semua mempunyai hutang.

"Tidak ada salahnya dengan defisit. Dalam bahasa ekonomi lebihan dan defisit tidak boleh diterjemah secara terus, kononnya defisit bermakna masalah, lebihan bermakna baik. Sama juga dengan hutang, cuma istilah hutang dalam literasi Bahasa Melayu kita nampak takut," katanya.

Beliau menegaskan tahap pinjaman kepada pendapatan negara semata-mata belum cukup untuk menterjemahkan bahawa sesuatu negara itu diurus dengan baik ataupun tidak.     

"Semakin tinggi pendapatan negara, semakin tinggi hutang, United Kingdom misalnya pula berhutang 91 peratus dan Singapura sebanyak 105 peratus," katanya.

Noor Azlan berkata, menurut pengamatannya, defisit negara selalunya akan melebar apabila berhadapan krisis ekonomi seperti pada tahun 1997 dan 2009 yang menyebabkan ekonomi negara menguncup.

"Apabila ekonomi menguncup maka sektor swasta dan pengguna tidak berbelanja, jadi memang wajarlah kerajaan berbelanja dan dalam keadaan itu defisit kita melebar dan ia bertepatan dengan keperluan.

"Yang penting ialah adakah defisit itu dikawal dan tahun demi tahun kita lihat defisit fiskal kita semakin menurun, walaupun keadaan getir beberapa tahun yang lalu, sasaran kita tetap dipertahankan dan tahun hadapan sasaran kita 3 peratus daripada KDNK," katanya. - Bernama

Seperkara lagi yang perlu kita faham adalah selain daripada pencerahan diatas , usaha dan gerakan politik juga sebenarnya memainkan peranan dalam menentukan hala tuju jatuh bangunnya kedudukan ekonomi sesebuah negara.

Kalau asyik dengan gerakan jalanan dan melaung itu salah ini salah , sana tak betul sini tak betul maka MMI yakin sedikit sebanyak ianya akan memberikan impak kepada kedudukan ekonomi negara.

Ketidakstabilan politik adu domba serta penyebaran fitnah yang menimbulkan persepsi negatif itu juga sebenarnya mampu menyebabkan para pelabur bimbang untuk terus melabur di Malaysia.Sekiranya itu berlaku MMI yakin si penyebar yang galak menyebarkan berita dengan tujuan untuk memuaskan nafsu ideologi politik juga akhirnya akan turut menerima tempias.

Dan jika itu berlaku di penyebar tadi akan sekali lagi menyebarkan berita kononnya apa yang sedang beliau hadapi itu adalah disebabkan ketidakcekapan kerajaan sedang hakikatnya diri sendirilah yang menjadi penyebabnya.

Well fikirlah ...

Baca juga artikel berkaitan di bawah ,



MMI

Saturday 22 October 2016

KELUAR DEWAN , Muhyiddin Terlupa Sesuatu !!


Benarlah telahan MMI seawal bermulanya pembentangan bajet 2017 semalam.Pada ketika sebahagian besar warga Malaysia memberikan perhatian terhadap pembentangan bajet oleh kerajaan , rupa-rupanya wakil-wakil pembangkang khususnya PKR dan DAP sudah pun punya perancangan tersendiri.

Tidak hairanlah kalau sewaktu pembentangan ramai dari kalangan wakil pembangkang langsung tidak memberikan perhatian dan masing-masing melakukan aktiviti senggang dengan bermain gajet dan melelapkan mata bahkan mungkin ada yang terus tidur.

MMI yakin tak ramai dari kalangan rakyat di luar sana yang mahu mempertikaikan tentang WANG RAKYAT yang telah terbazir begitu sahaja kerana digunakan untuk membayar gaji serta elaun para wakil rakyat pembangkang sepanjang tempoh tersebut.

Yang jelas mereka bukan sahaja tidak menjalankan tanggungjawab mereka tetapi langsung tidak amanah !

Lebih menarik lagi mereka telah bertindak keluar dewan sewaktu sesi pembentangan semalam sambil membawa plakad bertulis SIAPA MO1.


Begitu profesional sekali puak-puak pembangkang ni kan ? Dan yang lebih menggelikan hati MMI adalah kehadiran wajah salah seorang dari ramai-ramai tu ....


Aduhai Muhyiddin ! Apa sudah jadi sama looo ??? Mana prinsip yang sebelum ini kamu sering tanamkan pada orang-orang bawahan kamu sewaktu berada dalam UMNO supaya sentiasa berpegang kepada amalan menghormati dan bersikap profesional dalam menangani sesuatu perkara ?

Ramai pihak mencemuh dan mengkritik tindakan puak-puak tidak bertamadun ini dan apa jua tindakan puak-puak pembangkang semalam jelas membuktikan kepada seluruh negara betapa kehadiran mereka ke sesi pembentangan bajet 2017 hanyalah kerana mahu mendapatkan publisiti jijik lagi murah melalui agenda terancang paling bodoh dalam dunia.

Inikah wajah-wajah pemimpin yang sering kali mengaku paling hebat dan berkarisma ?

Inikah wajah-wajah pemimpin yang rakyat mahu letakkan kepercayaan untuk menerajui negara ?

PAS pula semakin menunjukkan peningkatan kematangan berpolitik walaupun ada segelintir daripada mereka yang turut sama dalam tindakan keluar dewan , sebahagian besar wakil PAS tidak bersama dalam menjayakan agenda paling bangang puak-puak PKR dengan DAP tu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin bin Hassan berkata meskipun ada beberapa perkara yang tidak dipersetujui, namun ia seharusnya dikemukakan dengan cara yang lebih baik dan ilmiah.

“Ada perkara yang kita tidak setuju dalam kandungan bajet namun cara kita ialah dengan mengemukakan pandangan dan hujjah bantah secara ilmiah dalam perbahasan.

“Sebagaimana ada perkara yang baik untuk rakyat dan negara dalam bajet.

“Malah peraturan di Dewan Rakyat ini, jika kita tidak bersetuju pun dengan bajet, kita boleh memilih mengundi untuk menolak dalam sesi pengundian,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

MMI tak nak ulas banyak sangatlah rasanya daripada keluar dewan untuk terkinja-kinja bawa plakad dan senyum sumbing untuk dapatkan publisit murahan , adalah lebih baik kalau Muhyiddin bincang dengan Azizah dan sama-sama anjur kelas BAHASA MALAYSIA kepada Ahli Parlimen dari DAP yang selalu buat lawak sarkas dalam Dewan Rakyat !



Haprak !

Teks Penuh Ucapan #Bajet2017 oleh Perdana Menteri @NajibRazak Klik Sini

MMI

Thursday 20 October 2016

Bila Kos Makanan Naik 5 Kali Ganda !!!


Agaknya apa akan jadi kalau harga makanan di Malaysia ni naik 5 kali ganda dari harga biasa sekarang ni ? Huh MMI yakin ramai akan mula meroyan dalam media sosial termasuklah di persidangan meja bulat yang disediakan oleh kedai-kedai kopi di seluruh negara.

Perkara pertama yang pasti akan berlaku adalah kerajaan Barisan Nasional dan UMNO akan dipersalahkan dan lebih hebat lagi Najib Razak akan dituduh sebagai dalang kepada semua yang berlaku.

Tak cukup dengan itu GST akan menjadi salah satu penyebab kepada berlakunya kenaikan harga tersebut walaupun realitinya kenaikan harga makanan dan barangan pada hari ini di Malaysia disumbangkan oleh banyak faktor lain.

MMI tak nafikan bebanan yang ditanggung oleh rakyat Malaysia , tetapi kalau kita perhatikan rakyat Malaysia sebenarnya masih berada dalam keadaan yang baik dan rata-rata daripada kita masih lagi berbelanja dan tak ramai yang mati kerana kelaparan.

Bahkan kerajaan sentiasa berusaha untuk mengoptimunkan kesan kenaikan harga ini dengan pelbagai rancangan dan MMI yakin pembentangan bajet yang akan dibentangkan esok pastinya akan menitik beratkan kepada keperluan rakyat.Bajet 2017 Legakan Rakyat - PM 

MMI teringat ungkapan seorang pekerja warga Bangladesh yang telah bekerja di Malaysia secara sah selama hampir 10 tahun baru-baru ini.

"Dulu Malaysia sini mula kerja gaji RM500 tak pernah naik , lepas 8 tahun kerja KERAJAAN kasi naik RM900 lepas tu RM1000.Ini gaji bukan majikan naik tapi itu Malaysia punya KERAJAAN"

Tahu apa maksud warga Bangladesh ni ? 

Dia kerja dengan syarikat milik bangsa XXXX (Bukan Melayu) sejak bekerja si majikan tidak pernah memikirkan untuk menaikkan gaji mereka , tapi kerana usaha daripada kerajaan BN maka bukan sahaja si warga Bangladesh ni dapat kenaikan gaji tetapi juga seluruh warga Malaysia tanpa mengira kaum.

Tapi biasalah cerita-cerita macam ni bukan orang suka sebarkan sebab mereka lebih suka bercerita tentang BEBANAN sedangkan apa yang MMI tengok setiap kali tiba musim perayaan , manusia macam semut berlumba-lumba "shopping" !

Dan kalau kita tengok bulan puasa pula , habis segala restoran dan hotel-hotel ditempah sebab nak berbuka puasa.Huh memang malanglah nasib rakyat Malaysia BEBAN banyak sangat !

Dalam kita berbicara tentang hal sensitif ni , MMI terpanggil untuk berkongsi dengan semua cerita tentang rakyat sebuah negara di Timur Tengah.

Jom kita tengok apa yang diluahkan mereka ...

Mahommed, seorang rakyat Libya berusia 31 tahun telah menuturkan kata-kata yang mencerminkan perasaan negaranya secara umum.

Dia berkata, "Saya menyertai revolusi pada hari pertama dan menentang Gaddafi. Sebelum tahun 2011, saya sangat membenci Gaddafi. Tetapi sekarang, hidup menjadi jauh lebih sukar, dan saya telah menjadi peminat nombor 1 beliau."

Negara ini telah menyaksikan peningkatan sebanyak lima kali ganda dalam kos makanan, gaji tidak berbayar untuk beberapa bulan, kebangkitan keganasan IS dan gangguan elektrik yang semakin teruk.

Tiada apa-apa yang bertambah baik selepas Gaddafi dan negara dapat melihatnya sekarang. Mahmoud, seorang lagi rakyat Libya menyuarakan kekecewaannya dengan kesan negatif daripada revolusi itu.

 "Kami telah mempunyai tujuh kerajaan sejak 2011 dan apakah yang telah mereka capai? Satu-satunya perkara yang kami boleh lihat ialah tong sampah baru kerana salah satu kerajaan awal telah meletakkan tong besar baru di seluruh Tripoli. Kami masih mentertawakan tong sampah itu dengan mengatakan bahawa ia adalah satu-satunya pencapaian revolusi itu."

Seorang pekerja minyak yang bernama Harun berkata penyingkiran Gaddafi "jelas merupakan satu kesilapan kerana kami tidak bersedia untuk demokrasi dan kami memerlukan sokongan daripada masyarakat antarabangsa, yang sebenarnya tidak ada.

"Orang Barat tidak sabar-sabar untuk mengebom tetapi memberhentikan misi untuk membina semula runtuhan yang ditinggalkan selepas pengeboman itu. Rakyat Libya dibiarkan untuk memikirkan demokrasi yang telah lebih daripada empat dekad tidak mereka miliki yang mengakibatkan pelbagai kumpulan cuba merebut kuasa menggunakan cara ketenteraan.

Aktivis politik, Fadiel memberitahu Dailymail, walaupun "ia kini sepatutnya menjadi lebih baik daripada masa Gaddafi," semua yang tinggal hanyalah "huru-hara dan pergaduhan antara satu sama lain, keadaan menjadi kacau-bilau."

Seorang lagi rakyat Libya yang bercakap mengenai keadaan di negara itu dengan berani berkata, "Libya berakhir dengan kematian Gaddafi. Kami bukanlah sebuah negara lagi, kami telah menjadi hanya kumpulan suku kaum, dan bandar-bandar yang berperang. Sebelum ini, hanya terdapat satu Gaddafi tetapi kini kita mempunyai enam juta Gaddafi kecil."

Negara ini mempunyai tiga kerajaan yang semuanya tidak bersedia untuk berkompromi. Terdapat dua kerajaan tetapi satu lagi telah diwujudkan dalam negara ini oleh Barat melalui PBB.

Negara ini sangat terbahagi sehingga seorang bekas diplomat Libya direkodkan berkata, "Negara ini telah terbahagi. Kami mempunyai dua kerajaan negeri, dua parlimen, dua bank Pusat dan dua Syarikat Minyak Negara. "

Seolah-olah ini tidak mencukupi, IS juga telah memegang teguh bandar Sirte untuk beberapa ketika menyebabkan kebimbangan bahawa ini akan menjadi kilang aktiviti pengganas menghasilkan pejuang pelampau jihad yang tegar.

Barat bagaimanapun telah bertindak membantu mendapatkan kembali beberapa tanah dari pejuang IS.

Serangan terkini oleh Amerika Syarikat adalah satu bentuk serangan udara pada 1 Ogos.

Kuasa-kuasa lain sangat berahsia tentang campur tangan mereka tetapi kumpulan militan baru, Benghazi Defence Brigades telah membunuh tiga rakyat Perancis pada Julai 2016.

Anggapan yang salah tentang revolusi

Bekas diplomat Abdusalem bukanlah seorang yang objektif tetapi maksud kata-kata beliau adalah sukar untuk dibidas.

Beliau berkata, "Apa yang dipanggil revolusi adalah dusta semata-mata. Kami rakyat Libya tidak tahu pun apa yang dimaksudkan dengan perkataan revolusi. Kami telah berlindung di bawah Gaddafi selama 42 tahun. Ia bukanlah revolusi Libya, ia adalah revolusi NATO kerana mereka mahu menyingkirkan Gaddafi."

Walaupun ia adalah sedikit keterlaluan kerana ada beberapa orang yang benar-benar mahu Gaddafi digulingkan, ia adalah benar bahawa NATO telah memutarbelitkan tujuan sebenarnya dan menggunakan alasannya sendiri tanpa mengambil kira masa depan negara ini.

Obama mengakui ia bukan lagi campur tangan atas sebab-sebab yang betul tetapi telah menjadi satu keadaan yang diakibatkan oleh agenda Sarkozy (dari Perancis) dan Cameron (dari Britain).

Cameron juga diperintah untuk bertanggungjawab ke atas huru-hara di Libya yang berlaku disebabkan laporan baru-baru ini oleh badan perundangan negara itu.

Walaupun NATO berkata ia campur tangan untuk melindungi orang awam, Salem, seorang pelajar perubatan berusia 26 tahun daripada Tripoli telah berkata, "Jauh lebih ramai orang telah terbunuh sejak 2011 daripada semasa revolusi atau di bawah 42 tahun pemerintahan Gaddafi jika digabungkan. Kami tidak pernah mempunyai masalah seperti ini di bawah Gaddafi. "

Dianggarkan terdapat lebih 1,700 kumpulan bersenjata yang meningkat akibat daripada "revolusi"; kini politik di Libya tidak boleh ditentukan dengan undi tetapi dengan senjata api dan bom. Rakyat Libya tidak pernah lebih teruk daripada sekarang ini.

Demokrasi yang mereka harapkan masih belum tiba dan lebih teruk lagi, tidak ada kedamaian dan organisasi pengganas yang paling besar ketika ini cuba untuk menubuhkan pangkalannya di negara ini.

Memetik kata-kata seorang rakyat, "Libya berakhir dengan kematian Gaddafi".

Petikan artikel daripada Daily Mail, UK
16 September 2016

Well MMI nak ingatkan kepada semua , kita punya kerajaan Barisan Nasional dan pemimpin yang jauh lebih baik dari Gaddafi.Isunya ada segelintir daripada kita yang mengaku warganegara sedang berusaha untuk menumbangkan kerajaan sedia ada tanpa melalui proses demokrasi.

Alasannya kerajaan yang ada tak bagus ? Ohh yang lain tu bagus ka ?

Apakah kita benar-benar yakin dengan menyokong usaha sebegini Malaysia akan lebih baik ?



Tak payah tepuk-tepuk dada dan tanya selera just gunakan otak anugerah tuhan dengan sebaik-baiknya , That's It !

MMI

Monday 17 October 2016

Patutnya Dah Lama PAS Tinggalkan DAP !


Ramai yang sedar dan tahu betapa hubungan antara DAP dan PAS seolah-olah sepasang anak muda yang baru berkahwin yang kemudiannya bercerai-berai kerana keangkuhan dan sikap menekan sehinggakan wujud istilah pencacai.

Senario ini bukan main-main dan ianya jelas terhidang kepada seluruh rakyat Malaysia semenjak PAS bersama-sama dalam Pakatan Rakyat menghadapi PRU13.Walaupun pada ketika itu ramai dari kalangan penyokong dan pemimpin PAS menutup telinga dan membutakan mata demi mencapai matlamat merampas kerajaan persekutuan dari tangan BN , mereka sebenarnya cukup terkesan dan jiwa sebahagian besar daripada mereka-mereka ini sebenarnya terjejas dan bergelora.

Akibat daripada itu sebahagian daripada kumpulan ini sebenarnya sudah pun tampil dan menyuarakan suara hati mereka terhadap sikap menekan dan pilih kasih yang ditunjukkan oleh DAP khususnya di Pulau Pinang.


Pernah tercatat dalam kalendar , PAS Pulau Pinang tampil dalam satu sidang media di ketuai oleh Mohd Fauzi bin Yusof Timbalan Pesuruhjaya negeri Pulau Pinang bersama-sama dengan barisan jenteranya menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap cara dan corak pentadbiran manusia yang mereka sendiri AKUI sebagai kepimpinan yang punya ciri-ciri khalifah.

Dan lebih hebat lagi suara akar umbi PAS ini bukan sahaja tidak di layan tetapi turut dikhianati pemimpin mereka sendiri.Inilah sebenarnya asas yang perlu PAS jadikan sebagai pedoman betapa kedudukan dan kuasa itu jauh mengatasi prinsip dan pendirian sepasukan.

Tak percaya ? BACA SINI !

Jelas dan terang bagaimana ikatan yang wujud itu hanyalah bersandarkan kepada kehendak nafsu politik semata-mata sedang hakikatnya mereka-mereka yang dibawah menjadi mangsa kerakusan pemimpin diatas untuk terus bersenang lenang.

Rasionalnya MMI melihat (pada ketika itu) PAS terlalu membuka ruang kepada semaian ideologi politik DAP untuk terus meresap ke dalam parti tersebut.Benih yang disemai melalui agen-agen DAP cukup berjaya sehingga akhirnya PAS tidak lagi berupaya menjadi check & balance dalam Pakatan Rakyat.

Prinsip perjuangan parti itu semakin longgar dengan pelbagai usaha menghalalkan cara walaupun mereka sedar apa yang berlaku dan sedang berlaku itu menyimpang dari matlamat dan asas perjuangan PAS sendiri.

Natijahnya apabila segelitir dari kalangan pemimpin PAS mula sedar bahawa parti itu sudah terlalu jauh menyongsang dari matlamatnya , DAP dengan bingkas bangkit mencela PAS malah sampai ke tahap menolak PAS dari Pakatan Rakyat.

DAP tidak memerlukan PAS , begitulah antara lontaran suara DAP terhadap parti yang selama ini tunduk menjadi pencacai kepada tiap agenda politik terancang parti cauvinis itu melalui Pakatan Rakyat.Malahan Hadi Awang disalahkan dan DAP menuding jari bahawa Hadilah penyebab kepada terputusnya hubungan diantara kedua-dua parti tersebut.


Lihatlah betapa liciknya DAP , berkawan sewaktu menguntungkan dan bermusuh di waktu merugikan !

Kenapa DAP secara tiba-tiba menolak dan mengecam Hadi Awang ?

Semuanya gara-gara tindakan pemimpin PAS itu yang kini dilihat tidak lagi bersetuju dengan agenda terancang DAP khususnya dalam hal berkaitan gerakan haram BERSIH.
Pas mengingatkan pembangkang agar jangan sesekali mencipta musim atau ‘spring’ yang tiada di negara ini semata-mata untuk menggulingkan kerajaan dengan menganjurkan Bersih 5.0 kerana najitahnya merugikan semua pihak. 
Tampil dengan kenyataan pa­ling tegas setakat ini, Presiden­nya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pembangkang perlu insaf serta mengambil iktibar daripada ‘Arab Spring’ yang kini diibaratkan buah beracun sehingga meragut nyawa tanpa batas. 
Beliau yang tampil menyatakan pendirian itu sehari selepas Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan mengulangi pendirian Pas menolak Bersih 5.0 menambah, ‘Arab Spring’ diharapkan berbuah lazat tetapi realitinya hanya menghasilkan ulat dan racun. 
“Buahnya berulat dan beracun, membunuh mangsanya lebih dahsyat daripada wabak penyakit biasa sehingga meragut mangsanya tanpa batas. Banyak darah yang telah mengalir, korban yang gugur, menjadi pelarian serta menunggu giliran (untuk dibunuh). 
“Di Malaysia tiada musim bernama ‘spring’, yang ada hanya musim hujan dan kemarau. Maka jangan ciptakan musim yang tidak ada di sini. Tunggu dan beristiqamah bersama Islam, nescaya selamat. Adapun tanpa Islam menjadi laknat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Seterusnya 
Pada MMI baguslah sekurang-kurangnya kepimpinan PAS sudah mula menghidu betapa kehadiran DAP dalam kancah politik negara bukan hanya sekadar bersahabat tetapi lebih dari itu.Insiden penghinaan terhadap pemergian Arwah Datuk Harun Din seharusnya menjadi alasan terakhir kepada PAS dalam memperteguhkan keputusan untuk tidak lagi bersama dengan DAP.

Malah ketegasan itu nampaknya semakin kuat apabila Mursyidul Am PAS yang baru , Ustaz Hashim Jasin menegaskan parti itu tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup menghadapi pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau menyifatkan hubungan PAS dengan DAP ibarat 'berpatah arang' kerana DAP mungkir janji dan enggan bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya kerjasama dengan DAP pada PRU ke-13 lepas berdasarkan 'tahaluf siyasi' (pendekatan politik) bersyarat manakala kerjasama dengan UMNO atas dasar perpaduan umat Islam demi mendapat keredhaan Allah SWT.

"Kita tidak mahu ulangi kesilapan dipatuk dua kali di tempat sama kerana menjalin semula kerjasama dengan DAP," kata Hashim pada sidang media baru-baru ini.Sambung SINI 

Banyak lagi sebenarnya yang telah berlaku akibat daripada hubungan songsang tersebut namun apa jua yang sedang berlaku akhir-akhir ini bolehlah kita sama-sama anggap sebagai jalan terbaik kepada kekuatan umat Melayu dan Islam.

Yang pasti akan ada pihak-pihak tertentu yang mengaku berbangsa Melayu dan beragama Islam akan cuba untuk merubah pendirian PAS agar terus bersama dengan Pakatan Haprak.Dalam masa yang sama usaha untuk menjarakkan hubungan antara PAS dan UMNO akan terus digerakkan.

Sebagai orang bawahan , kita akan terus memerhati dan mungkin sesekali kita akan terlibat dalam menentukan jatuh bangunnya bangsa Melayu dan agama Islam di bumi bertuah Malaysia ini.

Soalnya sejauh mana kita mahu melihat Melayu dan Islam benar-benar mendominasi bumi tanah tumpah darah kita ini ?

Pilihan di tangan kita !

MMI

Friday 14 October 2016

Siapa MALAUN Ni Nak Pertikai MKN ?


Ada dikalangan pentaksub manusia bernama Anwar Ibrahim ni tengah seronok kerana si banduan ni sedang berusaha untuk mencabar Akta MKN 2016.Dalam ramai-ramai tu pun ada juga menempek seorang bekas pemimpin ni yang dulunya begitu hebat meyakinkan ramai pihak bahawa banduan bernama Anwar Ibrahim ini adalah seorang peliwat.

Ramai yang pada mulanya menolak dakwaan tersebut dan menganggap ianya hanyalah konspirasi politik bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim namun setelah memberikan penerangan kepada seluruh rakyat Malaysia termasuklah siasatan dan perbicaraan yang adil mengikut perundangan negara yang sudah pasti memerlukan bukti barulah banyak pihak faham sehinggalah Anwar Ibrahim di dapati bersalah dan di penjarakan atas kesalahannya.

Entah mengapa mereka-mereka ini begitu obses untuk memberikan sokongan (mencabar Akta MKN) MMI sendiri kurang pasti tetapi secara ringkasnya ia mungkin ada kena mengena dengan suasana politik pada hari ini.

Walau bagaimanapun cabaran itu akhirnya ditolak oleh Mahkamah Tinggi ! 

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar penangguhan sementara pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Amarjeet Singh yang mewakili pihak kerajaan memberitahu pemberita, keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Hanipah Farikullah selepas membenarkan bantahan awal pihaknya.

Dalam keputusan yang dibuat di kamar hakim di sini, Amarjeet berkata, Hakim Hanipah berpendapat, mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar saman pemula itu kerana ia melibatkan kompetensi pembuat dasar untuk membuat undang-undang.Utusan Online 

Apa yang MMI nak persoalkan adalah siapa malaun-malaun ni yang sungguh-sungguh nak pertikai Akta MKN ni ?

Kalau setakat bekas pemimpin dan mereka yang punya nama dalam politik tetapi tidak punya kedudukan dalam sistem yang membentuk perundangan negara rasanya ia hanya lebih kepada soal mencari publisiti politik murahan.

Sedarkah kita bahawa keputusan Mahkamah Tinggi itu cukup jelas menyatakan  ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman pemula itu kerana ia melibatkan KOMPETENSI PEMBUAT DASAR UNTUK MEMBUAT UNDANG-UNDANG !

Tahukah kita bahawa undang-undang ini dibentuk dengan alasan yang cukup profesional dan antara tujuan utamanya adalah bagi melindungi rakyat dan negara Malaysia dari sebarang ancaman baik dari dalam mahupun luar negara.

Bagi yang tak pernah nak ambil tahu tu sila baca di link yang MMI pautkan ni https://www.mkn.gov.my/page/utusan-malaysia-27-mac-2016-pendekatan-keselamatan-komprehensif

Masalahnya orang kita lebih suka mendengar dari mencari jawapan kenapa Akta MKN 2016 ini perlu dikuatkuasakan.

Anwar Ibrahim nak pertikai ? Siapa malaun ni ?

PELIWAT Bro !!!!

MMI

Thursday 13 October 2016

KASINO Di P.Pinang , Apa Kata UMNO ?


UMNO Pulau Pinang dengan tegas menolak sekeras-kerasnya sebarang cadangan dan usaha untuk mewujudkan kasino di negeri tersebut.

Menurut pengerusi perhubungannya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, cadangan Penang Front Party (PFP) yang mendakwa sebagai parti mesra Barisan Nasional (BN) yang akan mewujudkan pusat perjudian sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Pulau Pinang adalah cadangan mereka sendiri dan tidak ada kena mengena dengan UMNO.

“UMNO Pulau Pinang tetap dan tegas dengan pendirian menolak sekeras-kerasnya sebarang cadangan untuk mewujudkan kasino di Pulau Pinang.

“Persetujuan Datuk Zahidi Zainul Abidin menjadi penasihat sebuah parti yang mencadangkan pewujudan sebuah kasino adalah tindakan yang tidak wajar dan tidak beretika bagi seorang Ahli Parlimen UMNO.

“Zahidi sepatutnya lebih peka dan lebih maklum dengan keadaan dan sensitiviti umat Islam khususnya dan rakyat Pulau Pinang, amnya,” tegasnya di dalam satu kenyataan media kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Tambah Zainal lagi, penglibatan Zahidi, Ahli Parlimen Padang Besar sama sekali tidak mewakili UMNO di mana beliau dilantik sebagai Penasihat PFP atas kapasiti peribadinya sendiri.

“Kami turut kesal dan kecewa dengan tindakan beliau yang membenarkan dirinya dipergunakan oleh PFP yang mampu menggugat kerjasama dan persefahaman antara parti-parti komponen BN yang sekian lama terjalin di Pulau Pinang.

“Sepanjang pengetahuan saya, penubuhan parti PFP ini dan perlantikan Zahidi sebagai Penasihat PFP tidak pernah dirujuk kepada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO ataupun Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.

“Malah tiada sebarang ‘endorsement’ atau persetujuan diberikan oleh UMNO kepada beliau untuk dilantik sebagai Penasihat PFP,” ujarnya lagi.

Kataya lagi, hasrat PFP untuk bertanding di 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang ditandingi oleh komponen BN selain UMNO adalah jelas bertentangan dengan konsep sebuah parti mesra BN.

“Sebuah parti mesra BN tidak akan sama sekali meletakkan calon bertanding menentang calon BN. Mana mungkin kami menyokong hasrat PFP tersebut yang jelas bertentangan dengan prinsip dan semangat setiakawan yang didokong kukuh oleh parti-parti dalam BN.

“UMNO Pulau Pinang mengambil pendirian sama sekali tidak menyokong penubuhan PFP walaupun mereka mendakwa bahawa mereka adalah parti mesra BN,” tegasnya. Seterusnya 

MMI kata agak-agaklah kalau nak pancing hati bangsa lain pun !!

Tuesday 11 October 2016

Apabila Negara Luar Mahu Belajar Dari Malaysia


Pastinya ia mengundang resah dari kalangan puak-puak pembangkang mahupun pro pembangkang apabila ada dikalangan negara-negara luar yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebahagian daripada role model.

Mana mungkin berita-berita seperti ini mendapat tempat di mana-mana ruang media pro pembangkang dan kalau ada sekalipun ianya sekadar menempek.Tidak akan ada pihak yang mahu menyebarkannya kerana mereka lebih tertumpu kepada berita-berita dakyah dan fitnah dengan agenda mahu menumbangkang kerajaan sedia ada.

Jika sebelum ini MMI ada menyiarkan artikel berkenaan pertumbuhan ekonomi negara ( Klik Sini ) kini satu lagi berita menyusul.

AMAT MEMALUKAN, KANADA GAGAL BERSAING DENGAN MALAYSIA – ANDRE CARELL 

Saya, sama terkejut seperti orang lain kerana ia memerlukan tiga menteri kabinet persekutuan untuk terbang dari Ottawa ke Vancouver lewat petang 20 September untuk membuat pengumuman bahawa kerajaan persekutuan telah meluluskan projek Pacific NorthWest LNG.

Mungkin itulah bagaimana politik berfungsi tetapi, saya fikir pengumuman ini dengan mudah boleh dibuat di Ottawa.

Tetapi apa yang membangkitkan rasa ingin tahu saya lebih daripada lawatan, peluang bergambar / selfie menteri ini, adalah identiti pemaju itu : siapakah Petronas, syarikat yang mengetuai projek ini?

Petronas adalah syarikat minyak dan gas gergasi, milik Malaysia yang dicipta setahun sebelum kita mencipta Petro-Kanada. Pendapatan tahunannya melebihi $130 bilion, hampir separuh daripada pendapatan tahunan yang kerajaan kita kumpul.

Wall Street Journal melaporkan (18 Januari 2016) bahawa “Petronas adalah sumber hasil terbesar Kerajaan Malaysia, meliputi sebanyak satu per tiga daripada bajet tahunan – walaupun selepas potongan subsidi dan pengenalan cukai baru untuk mempelbagaikan sumber pendapatan.” Rakyat Kanada tidak perlu bimbang tentang masalah seperti itu kerana kerajaan kita menswastakan Petro-Kanada, perbadanan mercu tenaga kita.

Malaysia, jumlah penduduk sebanyak 31 juta, adalah sebuah persekutuan yang mana tadbir urusnya adalah berdasarkan, sama seperti Kanada, dengan sistem parlimen British. Ia mempunyai Dewan Negara dan Senat, kabinetnya diketuai oleh Perdana Menteri, ketua upacara negara ialah raja mereka, dan sistem undang-undang, sama seperti kita, adalah berdasarkan kepada perundangan am Inggeris. Sejarah abad ke-19 dan awal abad ke-20 Malaysia adalah lebih bermasalah dan kejam daripada kita dan ia mencapai kemerdekaan penuh pada tahun 1957 semasa Kanada menghampiri seratus tahun kemerdekaannya yang pertama. 

Bagaimana Malaysia boleh memiliki gergasi korporat seperti Petronas? Walaupun negara itu masih diklasifikasikan sebagai sebuah ekonomi sedang membangun, Laporan Indeks Daya Saing Global 2015-16 Forum Ekonomi Dunia (WEF) menunjukkan bahawa Malaysia menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding Kanada dalam persekitaran makroekonomi, kecekapan pasaran barangan dan kecanggihan perniagaan serta inovasi. 

Data WEF ini menunjukkan bahawa hari ini Malaysia menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding Kanada dalam kapasitinya untuk inovasi dan perbelanjaan syarikat untuk penyelidikan dan pembangunan. Lebih memalukan lagi, Malaysia juga merekodkan tabungan negara kasar yang lebih baik dan peratusan hutang yang lebih rendah daripada KDNK berbanding Kanada!

Daripada terbang merentasi negara untuk beberapa peluang bergambar dan membuat janji-janji berbilion dolar, ketiga-tiga menteri tersebut sepatutnya terbang ke Malaysia. 

Mereka sepatutnya pergi ke sana untuk belajar bagaimana sebuah negara yang saiznya serupa dengan kita, yang ditadbir oleh Parlimen dan sistem perundangan am yang sama dengan kita, telah berjaya, selepas hanya 60 tahun merdeka, untuk mengatasi kita dalam simpanan negara dan hutang umum sementara dalam masa yang sama membangunkan sebuah syarikat yang menghasilkan pandapatan untuk menampung satu per tiga daripada bajet negara. 

Kita tidak boleh menguasai pasaran gas asli global. Kita bukanlah sebuah kuasa besar dalam gas asli. Dua puluh negara telah terbukti melebihi rizab gas asli Kanada.

Rizab gas asli Rusia telah terbukti adalah dua puluh kali ganda daripada yang kita ada! Kita tidak boleh bersaing dengan meningkatkan kualiti gas asli kita untuk menjadikannya produk yang bermutu. Kita hanya boleh bersaing dengan mengurangkan harga. Syarikat Malaysia mempunyai kelebihan itu. Ia boleh mencari pasaran global untuk mendapatkan harga tenaga yang paling rendah untuk memberi industri pembuatannya kelebihan untuk berdaya saing.

Projek LNG, jika ia diteruskan, bermakna kos tambahan bagi warga negara Kanada dan industri mereka jika mereka mahu memenuhi komitmen pelepasan karbon kita. Ia bermakna cukai karbon yang lebih tinggi dan kos lain.

Kita mesti menghentikan fokus kita dalam menjajakan sumber yang tidak boleh diperbaharui diatas janji peluang pekerjaan jangka pendek dan impian berbilion dolar. Kita perlu belajar daripada Malaysia bagaimana untuk membangunkan dan melaksanakan pelan negara untuk memberi manfaat kepada masyarakat untuk jangka masa panjang.

Kita mesti menyesuaikan pembangunan ekonomi dengan realiti persekitaran dan mengimbangi kemajuan ekonomi dan kesejahteraan sosial, pendidikan dan kestabilan politik.
Terjemahan oleh : KKMM

MMI tambah sikit , rasanya akan ada suara-suara sumbang yang mengatakan semua yang diperkatakan itu hadir pada ketika kepimpinan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Ya ! MMI tak nafikan tetapi perlu diingat ianya tidak akan mampu terus bertahan sekiranya usaha Tun Mahathir itu tidak disokong oleh sebahagian besar kepimpinan pada waktu itu dan sudah semestinya ia tidak akan mampu berkembang tanpa usaha berterusan daripada kepimpinan selepas Tun Mahathir.

So belajar terima realiti !

MMI

Thursday 6 October 2016

Bila Muhyiddin Mahu Jadi Abang Besar !


Baru setahun jagung dilahirkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) nampaknya begitu galak mengintai tempat-tempat atau kawasan untuk menempatkan wakil-wakil mereka dalam PRU14 nanti.

Bagi mereka yang faham dengan gerak politik pastinya akan sedia maklum hanya melalui PRU sahajalah tiap parti yang mahu menempatkan diri dalam kancah politik negara akan dinilai.Sama ada ia mampu bertahan atau terus berkubur seperti mana parti-parti lain yang pernah mengisi kalendar PRU negara.

Muhyiddin yang kini barangkali sedang sibuk menyusun atur perjalanan PPBM seharusnya sedar bahawa tempoh waktu terlibat dalam politik tidak akan menentukan seseorang itu adalah yang terbaik.Sebaliknya ramai dari kalangan warga Malaysia diluar sana lebih melihat kepada soal kesetiaan dan prinsip seseorang itu dalam berpolitik.

Sebagai bekas pemimpin tertinggi UMNO , Muhyiddin perlu segera bangun dari tidurnya dan belajar untuk menerima hakikat bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia tidak akan menerima mereka-mereka yang digelar pemimpin "recyle".

Apatah lagi hari ini Muhyiddin dilihat lebih terarah untuk mendapatan ruang dan peluang untuk bernafas dalam arena politik tanahair sehingga sanggup menjilat ludah sendiri dengan bersekongkol dengan parti yang amat dibencinya iaitu DAP !

Perjuangan apa yang diperjuangkan Muhyiddin ?

GAGAL & MEMALUKAN !

Boleh jadi kerana terlalu selesa apabila menganggap tempoh berada dalam dunia politik itu sebagai kayu ukur penerimaan akar umbi maka Muhyiddin dilihat memberikan cadangan terhadap PAS supaya menyerahkan kerusi milik PAS di kawasan-kawasan yang dimenangi BN kepada PPBM seolah-olah Muhyiddin adalah seorang PENGERUSI PAKATAN PEMBANGKANG !

Akibatnya , pimpinan PAS di akar umbi menolak cadangan tersebut !

Bagi mereka, masuk pilihan raya adalah sesuatu yang serius, dan tidak boleh diambil mudah kerana ia memerlukan jentera dan petugas.

Malah, seorang bekas calon PAS di Terengganu mempersoalkan Muhyiddin kerana membuat cadangan demikian walaupun PPBM pimpinannya masih baharu.

“Jangan ingat parti lain yang tak ada cawangan, tak ada ahli, tak ada jentera serta tak pernah nampak muka pun berkhidmat kepada rakyat, boleh mudah-mudah buat teori, (dengan berkata) ‘PAS tak menang bagilah parti lain pula cuba’,” kata Dr Azman Ibrahim, memetik ucapan Muhyiddin di Kemaman Sabtu lalu.

Dr Azman yang pernah bertanding di kerusi negeri Jabi, berkata PAS sudah luas pengalamannya dalam berdepan dengan Umno dan BN.

“Ada cawangan, ada markas, ada jentera dan ada program yang berterusan sepanjang masa. Tapi tak menang lagi di sesetengah kawasan termasuklah (di kawasan) saya)!” doktor pergigian itu menulis dalam Facebook baru-baru ini.

Jelas lagi nyata betapa Muhyiddin sudah pun mengakui bahawa PPBM tidak akan mampu bertahan sekiranya tidak dibantu oleh parti-parti lain seperti PAS , PKR dan DAP khususnya dalam memberikan ruang tempat untuk bertanding menentang BN.

Rakyat perlu segera menilai apa yang sedang dipertontonkan ini adalah satu lagi lakonan drama yang berkisarkan kepada KUASA semata-mata dan bukan untuk kepentingan RAKYAT dan NEGARA.

Terimalah hakikat PPBM tidak akan mampu duduk bersama dengan parti-parti pembangkan yang lain kerana di akhirnya nanti akan berlaku perbalahan perebutan kerusi dan kuasa seperti mana yang pernah berlaku dalam PRN Sarawak tempoh hari.

MMI

Wednesday 5 October 2016

JANGAN BACA KALAU TAK SUKA !!!


MMI dah bagitau awal-awal jangan baca kalau tak suka dengan apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional di Malaysia dan bagi mereka-mereka yang sampai ke hari ini masih lagi terbuku dalam hati tu membenci kepimpinan negara YAB Datuk Seri Mohd Najib pastinya akan menyumpah-nyumpah kalau terus membaca.

Masih baca lagi ! Sekali lagi MMI ingatkan mencarut dan menyumpah itu adalah perkara yang tidak baik apatah lagi mempercayai sesuatu perkara karut marut yang langsung tidak punya asas dan hujung pangkalnya hanya akan mendatangkan dosa semata-mata.

Mahu teruskan ? Ok belajarlah untuk menerima hakikat bahawa dalam semua perkara yang dilakukan oleh tiap manusia di muka bumi ini pastinya tidak akan dapat lari daripada melakukan kesilapan.Dan daripada kesilapan dan kelemahan inilah kita sewajarnya bangkit melakukan yang terbaik apatah lagi apabila kita menerima amanah dan tanggungjawab sebagai pemimpin.

Dalam banyak-banyak pemimpin politik di Malaysia yang sering kali diburukkan , MMI yakin bahawa kepimpinan Najib adalah yang terbaik dari kalangan semua pemimpin yang ada pada hari ini.Sebagai peneraju parti dan kerajaan Malaysia , beliau terus melaksanakan tanggungjawabnya untuk memastikan Malaysia terus bersaing di persada dunia.

Bukan sesuatu yang mudah memandangkan keadaan pola ekonomi dunia yang tidak menentu melibatkan seluruh dunia , maka Malaysia wajib berusaha walaupun berdepan dengan pelbagai rintangan khususnya daripada mereka-mereka yang lebih banyak merungut dan mencari salah orang lain.

Yang pasti berita seterusnya ini bukanlah makanan puak-puak pembangkang memandangkan ia berkisarkan kepada kedudukan negara Malaysia dari sudut ekonomi.
Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka melantun semula pada 2017 dan 2018 susulan pemulihan harga minyak dan barangan eksport, kata Ketua Ekonomi bagi Asia Timur dan Pasifik Sudhir Shetty.
Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangkakan perlahan kepada 4.2 peratus pada 2016 daripada 5.0 peratus pada tahun lepas, dengan minyak dan eksport perkilangan terjejas disebabkan permintaan global yang lemah, kata Shetty.
“Kami sudah melihat trend pemulihan ketika ini,” katanya kepada media Malaysia melalui persidangan video dari Washington DC di sini hari ini.
Secara keseluruhannya, pertumbuhan dalam ekonomi membangunkan di Asia Timur dan Pasifik dijangka kekal berdaya tahan dalam tempoh tiga tahun akan datang, berkembang pada kadar 5.8 peratus tahun ini dan 5.7 peratus pada 2017-2018.
Sementara itu, Bank Dunia menjangkakan China akan meneruskan peralihan beransur-ansur kepada pertumbuhan yang lebih perlahan, namun lebih mampan daripada 6.7 peratus pada 2016 kepada 6.5 peratus pada 2017 dan 6.3 peratus pada 2018.
Mungkin akan ada yang kata semua yang diperkatakan itu adalah jangkaan semata-mata , well MMI juga nak kata walaupun jangkaan ianya datang dari kalangan mereka yang profesional dan benar-benar kompeten dalam bidang ekonomi berbanding sebahagian daripada kita yang lebih suka melalak dengan bahan-bahan berbentuk provokasi dan rekaan atas kepentingan politik.

So masing-masing boleh buat penilaian sendiri sebab MMI yakin kerajaan Malaysia yang diterajui Barisan Nasional akan terus berkhidmat dan berusaha sebaik mungkin untuk kepentingan rakyatnya tanpa mengambil kira fahaman politik masing-masing.

Aaaa ramai yang tanya MMI BR1M bila masuk ? :)

Nak tahu ke kumpulan mana yang paling ramai bertanya ? Kihkihkih

Untuk mereka yang mahu explore lebih boleh klik link yang MMI sediakan kat bawah ni ..


Arios ..

MMI

Sunday 2 October 2016

DAP & The Hidden Agenda (Komunis Alaf Baru)


Semalam seluruh negara telah menyaksikan kebangkitan anak muda berbaju merah di Pulau Pinang dalam apa yang disebut sebagai gerakan BANGKIT dengan tema "Ride Againts Corruption". 

Gerakan tersebut yang disokong dengan kehadiran mencecah 3 ribu orang sebenarnya memberikan isyarat yang cukup jelas betapa orang-orang Melayu khususnya di Pulau Pinang menolak kepimpinan dan kerajaan DAP di Pulau Pinang kerana kesongsangan dasar yang dibawa sama ada oleh parti cauvinis DAP mahupun kerajaan negeri pimpinan DAP di Pulau Pinang semenjak mereka mentadbir.



Sesuatu yang pasti kebangkitan anak muda ini walaupun berdiri di bawah payung politik iaitu parti UMNO , ianya secara tidak langsung telah menggambarkan kepada kita bahawa kehadiran parti DAP itu sendiri sebenarnya sudah mula ditolak oleh kuam majoriti di bumi Malaysia iaitu bangsa Melayu.

Rata-rata mereka yang ditemui meluahkan kekecewaan terhadap pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang apatah lagi kedudukan Lim Guan Eng yang jelas sudah pun disabitkan dengan pertuduhan mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa.

Jika DAP begitu lantang mengkritik kerajaan dan kepimpinan negara hanya berdasarkan kepada penyebaran berita yang dibuat-buat , soalnya kenapa tidak Guan Eng diruntun supaya melepaskan jawatannya dan dipecat daripada parti DAP ?

Antara sikap yang ditunjukkan oleh pimpinan DAP
DAP sebenarnya sedang berusaha untuk menyebarkan ideologi cauvinis yang hanya mahu meletakkan orang Melayu dan agama Islam itu sekadar picisan dan hanya dihebatkan dalam perlembagaan semata-mata.

Ini cara komunis !


Inilah yang orang Melayu perlu berikan perhatian dan berhati-hati dengan tindak tanduk mereka !

Realitinya pimpinan DAP sendiri sebenarnya sudah pun mengiakan apa yang MMI sebutkan diatas sana.Walaupun ia tidak menyebut parti cauvinis DAP ini adalah Komunis tetapi kesan daripada jawapan balas terhadap lontaran soalan seorang anak muda Melayu berkaitan perlembagaan DAP dalam satu forum sudah menjawab segala-galanya.


Jika perlembagaan DAP sendiri pun diibaratkan sekadar perlembagaan persatuan penduduk , bayangkan apa yang sebenarnya yang DAP perjuangkan ?

Bukankah perlembagaan parti-parti politik itu sebenarnya adalah acuan dan akar kepada segala dasar yang dicorakkan untuk menjadi asas kepada perjuangan parti ?

Dalam hal ini jelas DAP bukan sahaja tidak berpegang kepada perlembagaan mereka sendiri tetapi turut menolak perlembagaan tersebut dan jika semua itu dilakukan oleh DAP maka jelaslah mereka lebih kepada "Hidden Agenda" dan apakah agenda tersebut ?

Barangkali apa yang tertulis di kain rentang dalam gambar paling atas itu adalah jawapannya !

Komunis Alaf Baru !

MMI

Labels