Followers

Wednesday, 22 March 2017

PAS Pmtg Pauh Tinggalkan PKR - Mat Sabu Mengintai Peluang ??


Ternyata apa jua "game" yang cuba dimainkan oleh PKR terhadap PAS akhirnya membawa kepada pergolakan sesama mereka.Sebelum ini PAS dilihat agak terbuka dengan PKR memandangkan mereka punya hubungan bersyarat di Selangor.Walau bagaimanapun banyak pihak melihat PAS sebenarnya sedang cuba dijinakkan oleh PKR untuk sekurang-kurangnya kekal sebagai sebahagian daripada pendokong Pakatan Harapan.

Dari pengamatan MMI perpecahan yang berlaku dalam PAS sehingga tertubuhnya PAN serta kerakusan DAP untuk terus menunjangi kem pembangkang menjadi antara sebab kenapa PAS kemudiannya mula memikirkan tentang kehadiran mereka.

Selain daripada soal prinsip dan pendirian , PAS semakin jauh daripada Pakatan Harapan kerana kumpulan pembangkang itu sudah semakin terpesong apabila matlamat mereka mula tersasar daripada prinsip yang diamalkan PAS sendiri.

Kehadiran PPBM contohnya telah merubah hala tuju Pakatan Harapan daripada sebuah kumpulan pembangkang menjadi kumpulan radikal politik apabila menjadikan matlamat untuk menjatuhkan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib tanpa melalui proses pilihanraya.

Walaupun pada hari ini laungan itu sedikit sebanyak sudah tidak lagi kedengaran , isunya PPBM bermula daripada asas ini.Kerana itu kehadiran mereka bersama-sama Pakatan Harapan bukanlah berbekalkan tawaran politik atau tawaran yang lebih baik kepada rakyat tetapi kekal merujuk kepada rasa tidak puas hati dan dendam politik melampau yang mahu menumbangkang kepimpinan YAB Datuk Seri Najib.

Soal siapa sedang mempergunakan siapa dalam Pakatan Harapan tak perlu lagi kita huraikan kerana semua pihak dapat melihatnya dengan jelas cuma hubungan rapuh yang terbina itu bakal memberi impak negatif kepada rakyat sekiranya mereka berkuasa kelak.

Ini pasti berlaku kerana perbezaan dasar yang cukup ketara diantara parti-parti yang bersama dalam Pakatan Harapan.

Oleh kerana itulah akhirnya PAS Permatang Pauh bertindak untuk memutuskan semua hubungan politik dengan parti PKR seterusnya menolak secara langsung sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan.

Lebih dasyat lagi PAS Permatang Pauh mendedahkan betapa PKR dalam senyap-senyap telah mensabotaj parti itu.

Yang Dipertua Pas Permatang Pauh, Omar Hassan berkata , PKR didapati sewenang-wenangnya menggunakan sebilangan ahli Pas untuk kepentingan politik PKR tanpa perbincangan terlebih dahulu dengan Pas.

"Lebih memudaratkan, terdapat aduan daripada ahli Pas bahawa PKR meminta ahli kami untuk keluar daripada Pas dan sertai mereka bagi tujuan memegang jawatan tertentu di dalam kerajaan.

"Sifat tidak bertanggungjawab oleh PKR ini menunjukkan PKR sangat tidak menghormati prinsip setia kawan dan boleh menjejaskan Pas."

Omar dalam kenyataannya turut menyebut PKR khasnya di Pulau Pinang tidak menghormati Pas sebagai rakan tahaluf apabila terus bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara yang sebelum ini dengan lantang menyerang Pas dan pimpinannya.

Mengulas lanjut, Omar berkata, PKR juga dilihat gagal membela serta mempertahankan Islam di negeri ini apabila secara terang-terangan menurut kehendak DAP dengan mencampuri urusan penfatwaan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.

Menurutnya, terdapat beberapa fatwa yang dilengahkan dan ditangguhkan oleh PKR dan DAP melalui Exco Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

"Tindakan tidak bertanggungjawab Exco Agama ini menunjukkan kepentingan politik PKR lebih diutamakan mendahului kepentingan Islam dan Pas tidak boleh bersetuju dengan keadaan ini. seterusnya 

Dalam masa yang sama dilaporkan PAS di beberapa kawasan lagi di Pulau Pinang turut mengambil langkah yang sama apabila mengusulkan supaya PAS membatalkan hubungannya dengan PKR.

Tindakan yang MMI lihat sebagai antara gerakan yang dipersetujui bersama itu sebenarnya sudah pun memberikan kejutan kepada Pakatan Harapan khususnya PKR.Walaupun mereka menganggap kesannya tidaklah terlalu besar tetapi dalam konteks Permatang Pauh ianya sudah pun memberikan kesan khususnya kepada PKR.

Wan Azizah selaku pemimpin tertinggi PKR dan juga Ahli Parlimen Permatang Pauh seharusnya dipersalahkan dalam hal ini kerana beliau jelas gagal sebagai pemimpin tertinggi dalam hiraki Pakatan Harapan tetapi juga gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dengan kebanyakkan masanya di habiskan diluar kawasan.

Natijahnya PAS kini tidak lagi bersama dengan parti itu selain bakal bertanding di Permatang Pauh tanpa mengambil peduli persiangan dengan wakil-wakil dari PKR.

Perkembangan ini semakin menarik memandangkan pada PRU14 nanti pastinya berlaku pertandingan lebih dari 3 penjuru di bumi Permatang Pauh.Dengan BN konsisten akan terus meletakkan calonnya , PAS pula hampir pasti bertanding dan PKR sudah tentu akan pertahankan kawasannya.

Isunya apakah PAN akan membiarkan PAS bertanding ? Adakah PAN akan membiarkan PAS bertarung dengan PKR atas alasan kesepakatan dalam Pakatan Harapan ?

Bukankah PAN dilaporkan sedang mengintai-intai ruang untuk merampas Permatang Pasir daripada PAS ?

Mat Sabu barangkali sedang mengira-ngira kawasan untuk sekurang-kurangnya PAN buktikan kepada bosnya DAP bahawa kehadiran PAN bukanlah sekadar pencacai politik.

Well MMI yakin apa jua yang bakal berlaku selepas ini akan membongkar kerakusan politik sesama parti dalam Pakatan Harapan.

Sama-sama kita tunggu ....

MMI

Tuesday, 21 March 2017

PRIHATIN Ka Kerajaan DAP ?


Berikut adalah petikan ucapan penggulungan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Persidangan DUN Pulau Pinang pada tarikh  20 Mei 2016 yang lalu ;

Kerajaan Negeri bertekad untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pilihan utama bagi pelabur, pelancong dan juga bandaraya berdaya huni di Malaysia. Kerajaan Negeri memberikan penekanan kepada tiga bidang utama iaitu tata kelola kerajaan yang baik; membina modal insan; serta membangunkan infrastruktur dan digital connectivity. Dalam usaha ini Kerajaan Negeri telah melaksanakan urustadbir CAT (Cekap, Akauntabel dan Telus) sebagai teras pentadbiran untuk menghadapi 3 cabaran utama yang digariskan sebaik Kerajaan Negeri memenangi tampuk pemerintahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Cabaran 3C adalah cleanliness (kebersihan), crime (jenayah) dan congestion (kesesakan lalulintas). Kemudian timbul pula cabaran membekalkan perumahan awam dan mampu milik. Secara keseluruhan, semua cabaran ini ditangani kecuali masalah kesesakan trafik. Pulau Pinang kini lebih bersih dan selamat atas kerjasama rakyat, pihak berkuasa tempatan MBPP dan MPSP, pihak polis dan sektor swasta.

Mengambil kira dari ucapan tersebut seharusnya Pulau Pinang pada hari ini perlu sekurang-kurangnya berjaya menyelesaikan permasalahan asas yang memberikan kesan langsung terhadap para penduduknya.

Setelah hampir setahun ucapan penggulungan tersebut di buat , kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP dilihat masih lagi gagal untuk mengotakan janjinya apabila isu membabitkan kebersihan masih lagi timbul.

Isu berkenaan pencemaran sungai di bahagian pulau dilihat semakin kritikal dan ianya didedahkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) , Presidennya S.M Mohamed Idris berkata pencemaran itu yang berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu bukan sahaja menyebabkan air kedua-dua sungai berkenaan menjadi hitam pekat dan berlumpur tetapi mewujudkan pemandangan yang kotor serta jijik di samping menimbulkan bau busuk yang meloyakan.

Menurut beliau, masalah itu berpunca daripada pembuangan sisa dari kilang industri, kediaman penduduk, premis perniagaan, bengkel, najis binatang dan najis manusia.

“Berikutan itu kedua-dua su­ngai tersebut mati di bahagian hilir tanpa terdapat apa-apa spe­sies hidupan di dalamnya.

“Malah, tinjauan kita juga mendapati air sungai berkenaan berminyak serta berlumpur dan dipermukaannya dipenuhi sampah sarap serta berbagai bahan buangan yang mendap di dalamnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut S. M. Mohamed, pihaknya ter­kejut kerana terdapat penduduk yang tinggal di kawasan jeti nelayan Sungai Keluang membina tandas dan membuang najis ke dalam sungai tersebut.

Sehubungan itu, beliau bimbang jika keada­an tersebut dibiarkan, ancaman pencemaran ke atas sungai-sungai berkenaan akan berlaku dengan lebih buruk pada masa depan.

“Keadaan ini pastinya boleh menjejaskan kesihatan orang ramai dan mengancam hidupan marin di laut berhampiran.

“Disebabkan itu, kita menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kesihatan menjalankan siasatan dan membuat pemantauan yang kerap bagi memastikan pengusaha kilang industri mematuhi peraturan-peraturan yang termaktub di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,” katanya.

Isu pencemaran ini sewajarnya mampu diselesaikan memandangkan kerajaan negeri Pulau Pinang melalui Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow pada 2014 yang lalu sudah pun merangka pelan tindakan bagi menangani masalah berkaitan.

Dalam kenyataannya beliau berkata faktor yang menyumbang kepada masalah itu ialah pelepasan air buangan dari loji rawatan kumbahan (IWK dan pensendirian), penternakan, restoran, gerai makanan, industri berasaskan pertanian dan larut resap dari tapak pelupusan sisa pepejal.

Beliau berkata, penyumbang lain kepada pencemaran itu ialah struktur atau premis peniagaan yang tidak berlesen.

Menurutnya, itu adalah hasil pengumpulan data inventori pencemaran yang dilakukan pasukan khas diketuai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melibatkan 50 meter dari tebing  kanan sungai.

Sebagai rujukan, kelas empat adalah tercemar dan kelas lima hampir mati. Bagi kedua-dua kelas ini, keadaan air antara lain berbau busuk dan berwarna hitam.

Susulan itu, mesyuarat exco negeri pada ketika itu meluluskan pelan tindakan untuk mengatasi pencemaran di lembangan sungai utama

“Cadangan jangka pendek ialah penguatkuasaan dan pemasangan perangkap makanan, minyak dan gris di restoran dan gerai makanan dan meningkatkan kekerapan kutipan sampah iaitu dua kali sehari oleh pihak berkuasa tempatan.

“Cadangan jangka panjang ialah penempatan semula mengikut zon dan  perobohan, program pemutihan atas aktiviti tanpa kebenaran dan menaiktaraf  loji rawatan kumbahan IWK di lokasi tumpuan pelancong, penguatkuasaan dan pemasangan perangkap sampah di pasar basah dan kompleks makanan,” katanya.

Melalui pelan tindakan itu, beliau berharap untuk mencapai sungai kelas tiga atau dua.

Soalnya apakah rasionalnya pelan tersebut memandangkan sehingga 2017 permasalahan yang sama masih lagi wujud ?

Adakah pelan-pelan tindakan itu telah ditambah baik dan diteruskan atau ianya sekadar gimik politik untuk mengangkat dasar CAT yang diwar-warkan ? sumber PenangOnline 

MMI kata kalau asyik dok bentang dalam mesyuarat nak buat itu nak buat ini semua orang boleh buat kan ?????

MMI

Jangan Gadai Kepentingan Negara Kerana Ideologi Politik


Apa jua tindakan oleh mana-mana pihak sekalipun ianya haruslah berpaksikan kepada kejayaan negara.Contohnya dalam mendepani perkembangan ekonomi dunia yang tidak menentu pada hari ini , semua tindakan haruslah ditumpukan kepada mewujudkan peluang-peluang yang boleh membawa pulangan kepada negara seterusnya rakyat akan mendapat nikmat daripadanya.

Namun suasana di Malaysia berbeza , saban hari kita dapat melihat bagaimana agresifnya pihak-pihak yang mengaku pro pembangkang sentiasa berusaha untuk memburuk-burukkan Malaysia di mata dunia.

Sebagai rakyat kepada sebuah negara MMI rasa kita perlu tampil menjadi seorang warganegara yang punya keupayaan untuk membezakan soal ideologi politik kepartian dan juga soal negara.Ini penting kerana tanpa perbezaan dan pemahaman itu tindakan yang disusuli dengan emosi mahupun perasaan amarah akan melencong seterusnya menyebabkan negara terjejas.

YAB Perdana Menteri , Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata semua pihak harus berhenti daripada melakukan tindakan mensabotaj ekonomi demi kepentingan rakyat dan negara.

Katanya, pendapat dan pandangan yang dibuat tanpa fakta dan asas bertujuan memburukkan ekonomi negara sedikit sebanyak membawa sentimen yang boleh memberi kesan kepada ekonomi negara.

“Oleh itu, perkara ini tidak wajar diteruskan walaupun kita ada perbezaan pendapat politik, tapi kepentingan negara tidak seharusnya dijadikan sebagai pertaruhan dalam soal politik kepartian.

“Ini amat penting sebab kepentingan negara sepatutnya mengatasi segala-galanya dan inilah yang saya harap dan saya merayu jangan ada unsur-unsur sedemikian,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) yang ingin tahu bagaimana kerajaan menangani tekanan ke atas ringgit dan sabotaj ekonomi yang dilakukan oleh sesetengah pihak sehingga menyebabkan kestabilan ekonomi negara terjejas.

Perdana Menteri mengambil contoh di mana kerajaan baru-baru ini hampir terlepas pelaburan besar RM31 bilion Saudi Aramco disebabkan oleh tindakan sabotaj yang dilakukan pihak-pihak tertentu.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan berjaya meyakinkan pelabur berkenaan dengan mengemukakan fakta-fakta yang tepat mengenai keadaan sebenar ekonomi negara.

“Alhamdulillah, kita berjaya yakinkan mereka bahawa ekonomi Malaysia ini ditangani dengan begitu baik dan kita mendapat penarafan yang tinggi oleh badan-badan penarafan.

“Umpamanya kita dalam kategori ‘A-‘, hanya beberapa negara sahaja dalam kategori ‘A’, tetapi apa yang disebarkan pihak tertentu adalah sebaliknya,” katanya.Bernama

Politik seharusnya diwarnai dengan kepelbagaian usaha dan tawaran yang lebih baik dari pihak lawan bukannya persaingan dengan menjadikan elemen hasat dengki , dendam , emosi keterlaluan yang boleh memudaratkan negara dan rakyat.

Perkara ini bukan hanya cakap-cakap kosong tetapi ianya sudah terbukti berlaku , Presiden PCM sudah pun menyatakan contoh-contoh kerja-kerja sabotaj ini melalui penulisannya di blog Datuk Huan antaranya pada 18 Julai 2013 yang lalu, pemimpin DAP dari Johor terutamanya ADUN Mengkibol Tan Hong Pin; ADUN Tangkak Ee Chin Li; ADUN Bentayan Chua Wee Beng dan Pemimpin PAS Mazlan Aliman.telah pergi ke Taiwan untuk memprotes penyertaan syarikat GLC Taiwan Kuokuang Petrochemical Technology Company (KPTC) dari melabur didalam projek RAPID. Akibatnya, sebulan selepas protes diadakan di Taiwan oleh wakil - wakil DAP ini, KPTC pun telah menarik diri dari melabur di RAPID atas sebab - sebab tertentu.Baca SELANJUTNYA

Bagi MMI rasanya sudah sampai masanya kerajaan memikirkan pelan tindakan bagi menangani isu sabotaj seperti ini memandangkan kesannya amat besar bukan sahaja terhadap negara tetapi juga rakyat seluruhnya.

MMI

Monday, 20 March 2017

Bila Mahathir Di Julang Lebih Dari Ahli DAP Sendiri !!!


Lim Kit Siang pasti berang sekiranya ada mana-mana pihak membuat tuduhan mengatakan beliau adalah pencetus kepada tragedi 13 Mei 1969.Pada pandangan MMI apa jua tindakan pemimpin diktator ini jika ianya menjurus kepada penyebab maka keterlibatan itu boleh dianggap sebagai sebahagian daripada apa yang disebut banyak pihak.

Berdasarkan rujukan dan carian yang MMI lakukan , terdapat ulasan yang menyebut tentang peranan yang dimainkan oleh Kit Siang sepanjang bermula dan berlakunya tragedi 13 Mei 1969.Malah bila diteliti kita akan melihat kelicikan susun atur gerak supaya apa yang berlaku itu tidak akan memperlihatkan keterlibatan pemimpin diktator DAP tersebut.

Berikut adalah sebahagian daripada petikan yang menyebut bahawa pada 13 Mei 1969 sejurus sebelum menaiki pesawatnya di lapangan terbang Subang, Kit Siang telah mengeluarkan kenyataan akhbar yang mangatakan:
“The entire Malaysian people and nation is on the move and on a great wave for change. The DAP has emerged as the leading Opposition party in the country, with the largest Opposition Parliamentary group.
“Our victory in the West Malaysian general elections is only the first step and the beginning of our crusade for equality and justice in Malaysia, equality for the races, languages, cultures and classes — a Malaysian Malaysia.”
“all Malaysians cherish peace, harmony and unity in our multi-racial, multi-religious and multi-cultural nation”
Betulkah DAP menghargai keamanan, keharmonian dan perpaduan?

Cuba anda teliti asas-asas bagi penahanan Kit Siang di bawah ISA dan penangkapannya pada 18 Mei 1969.

Menghasut melalui ucapan berapi-api yang menjejaskan ketenteraman awam
“Since July, 1968, you, Lim Kit Siang, have been acting in a manner prejudicial to the maintenance of public order in Malaysia in that in the several speeches you have made since the date you have deliberately and intentionally roused intense communal feelings thereby promoting feelings of hostility between different races in Malaysia and causing suspicion and disunity to grow between them.”
Kit Siang ditahan di bawah ISA atas sebab-sebab:

(1) Mencetuskan perpecahan dan perbalahan kaum.

(2) Membayangkan kerajaan cuba menghapuskan bahasa-bahasa ibunda di samping kerajaan tidak bersikap adil kerana enggan meletakkan bahasa-bahasa lain setaraf dengan bahasa Melayu.

(3) Menyelar MCA bersubahat dengan kerajaan (maksudnya Umno) untuk mengehadkan penggunaan bahasa Cina dan justeru itu, tindakan tersebut digambarkan sebagai penindasan ke atas masyarakat Cina.

(4) Menuduh Perikatan, yakni parti pemerintah, mengamalkan “dasar-dasar perkauman” yang mengakibatkan golongan bukan-Melayu dilayan bagai “warga kelas kedua”.

(5) Menggambarkan bahawa kuota dan hak istimewa orang Melayu adalah suatu diskriminasi.

(6) Mendakwa kerajaan mahu menubuhkan “Malay Malaysia” beserta kerajaan Malaysia, menerusi persatuan OIC, mempunyai niat untuk menghantar orang Malaysia pergi bertempur di Timur Tengah dengan matlamat menawan bandar Jerusalem bagi pihak dunia Islam.SETERUSNYA 

Apakah kita masih mahu percaya bahawa Kit Siang tidak punya kaitan dengan tragedi berdarah 13 Mei 1969 ?

Apa yang cuba MMI sampaikan adalah sikap Kit Siang yang tidak pernah berubah sejak tertubuhnya DAP di Malaysia.Pemimpin diktator DAP ini sering menggunakan kelemahan pihak lain untuk kepentingan politik dan matlamat Malaysian Malaysianya.

DAP sehingga ke hari ini sebenarnya masih kekal dengan matlamat dan hasrat mereka untuk menolak penguasaan majoriti orang-orang Melayu dan Islam di Malaysia.

Kenyataan itu dibuat berdasarkan segala tindak-tanduk mereka sebelum ini yang begitu lantang menolak sebarang usaha untuk mengukuhkan kedudukan orang Melayu dan agama Islam itu sendiri.Lihat sahaja dalam isu membabitkan kalimah Allah dan juga pembentangan RUU355 , DAP secara terang-terangan kekal dengan keputusan mereka.

Walaupun mendapat kritikan dan tentangan balas khususnya daripada UMNO dan NGO-NGO Melayu yang lain , DAP kekal dengan egonya dan tetap dengan pendirian mereka memutar-belit kenyataan seolah-olah mereka begitu menghormati perlembagaan persekutuan khususnya dalam perkara yang menyentuh tentang kedudukan orang Melayu dan Islam itu sendiri.

Sedangkan apa yang dilakukan oleh DAP hanyalah menghormati perlembagaan tanpa berpegang dan menerima prinsip perlembagaan itu sendiri dan kerana itulah dalam beberapa perkara DAP menjadi penentangnya.

Malahan Kit Siang terus girang apabila Tun Mahathir sebelum ini memuji DAP dan mengakui bahawa DAP bukanlah seperti mana yang beliau sangkakan sebaliknya menghormati hak-hak orang Melayu seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Aduhai ... Agak-agaklah , jika benar ungkapan Tun Mahathir itu sudah tentu Kit Siang tidak menjadi tahanan ISA akibat daripada tragedi 13 Mei 1969 ! 

Apa pun disinilah bermulanya cerita baru yang sebenarnya telah menjadi barah dalam parti DAP ! 

Sejak bermulanya hubungan songsang antara Tun Mahathir dan Kit Siang , banyak masalah dalaman DAP sudah berlaku.Masalah ini barangkali masih ada yang belum terlepas tetapi ianya kini menjadi bualan dan pertikaian kepada kebanyakkan ahli-ahli DAP sendiri.

Sejak PPBM yang dilihat cuba meraih simpati dan sokongan politik berdiri sama pentas dengan DAP , ramai dari kalangan ahli dan pemimpin DAP sudah pun meninggalkan parti tersebut.Bukan itu sahaja ianya sudah sampai melibatkan ADUN-ADUN DAP sendiri.

Apakah tidak ada usaha untuk menyelamatkan parti ini ?

Jika ada sekalipun , ramai dari kalangan mereka yang masih bersama DAP sama ada tidak berani mahupun takut dengan sikap diktator amalan anak beranak Dinasti Lim.

Lim Guan Eng contohnya menganggap ahli yang keluar parti sebagai SAMPAH , malah tidak pernah memberi apa-apa sumbangan kepada parti.

Guan Eng turut mempertikaikan laporan media yang menyebut seramai 182 anggota akar umbi DAP Melaka keluar parti kerana pada andaiannya hanya sekitar 20 orang sahaja.

“Kumpulan ini ada atau tidak ada, tidak memberi apa-apa kesan kepada parti kerana selama ini pun mereka tidak pernah memberi apa-apa sumbangan dalam DAP,” katanya dalam satu kenyataan.

Inilah sikap pimpinan yang ditunjukkan dalam parti DAP itu sendiri.Dengan status Setiausaha Agung parti yang masih terumbang-ambing , Guan Eng sebaliknya rakus dengan kedudukan politiknya dan langsung tidak menghiraukan ahli-ahli DAP di akar umbi.

Apa yang dibina mereka adalah pengukuhan Dinasti Lim kerana disinilah segala-galanya dirancang !

Ramai yang tidak sedar DAP hanyalah platform politik yang menjadi jambatan untuk anak beranak ini mencipta kedudukan !

Hakikatnya tindak-tanduk ini sudah pun melemahkan DAP dari dalam.Keputusan Kit Siang menerima kehadiran musuh utamanya Tun Mahathir untuk bersama-sama dalam kem pembangkang sebenarnya adalah satu kesilapan yang amat besar bukan terhadap dirinya tetapi kesan terhadap para ahli DAP di seluruh negara.

Tatkala Kit Siang menjulang Tun Mahathir , ramai dari kalangan ahli DAP dan para pimpinannya dinafikan peranan dan sumbangan mereka selama ini.Melabel ahli-ahli DAP sebagai SAMPAH tanpa mengambil kira pandangan mereka terhadap parti adalah satu bukti jelas betapa Kit Siang dan Dinasti Lim sedang mempergunakan DAP untuk kepentingan mereka sendiri.

Merujuk kepada kenyataan daripada Mohd Puad Zarkashi Ahli Majlis Tertinggi UMNO ;

BAGAIMANA KIT SIANG SURVIVE SEBAGAI DIKTATOR

DAP didaftarkan pada 18.3.1966 setelah usahanya untuk didaftarkan atas nama PAP ditolak ROS.

Ahli Parlimen Bangsar Devan Nair menjadi Setiausaha Agungnya yang pertama. Kit Siang hanya muncul dalam DAP pada tahun 1967 setelah dilantik sebagai Pembantu Peribadi kepada Devan Nair. 

Tetapi dalam masa singkat (setahun), Lim Kit Siang berjaya menyingkirkan Devan Nair (bukan orang Cina) dengan menggunakan sentimen perkauman Cina. Itulah senjata politik Lim Kit Siang yang menyebabkannya survive hingga ke hari ini selama 52 tahun sebagai diktator. 

Dia menjadi Setiausaha Agung dalam tempoh yang lama sebelum anaknya mengambil alih. Jawatan itu bukan dipilih secara demokratik sama ada oleh ahli parti atau perwakilan di Kongres Nasional DAP. 

Mungkin ramai yang tidak faham, iaitu perwakilan yang menghadiri Kongres Nasional DAP akan memilih 20 AJK Pusat (CEC) yang dikuasai oleh Lim Kit Siang selama 48 tahun.20 orang inilah yang akan memilih mereka yang memegang jawatan tertinggi parti seperti Setiausaha Agung dan Pengerusi parti. 

DAP mempunyai 3 kategori cawangan iaitu kategori A, B dan C. Cawangan status A sahaja yang layak menghantar perwakilan ke Kongres Nasional DAP. Manakala yang bertaraf B hanya sebagai pemerhati. 

Setakat ini ada 865 cawangan sahaja yang memiliki sijil A iaitu Selangor (210), Perak (250), Penang (150), Sabah/Sarawak (100) dan Johor (90) cawangan. DAP tidak ada sistem Bahagian. Mana mana cawangan yang menentang akan di downgrade ke Kategori B atau C yang tidak layak menghantar perwakilan ke Kongres Nasional DAP. 

Berbagai alasan akan digunakan. Johor yang menjadi negeri tumpuan DAP pada PRU ke 14 hanya mempunyai 90 cawangan. Sebab itu Dr Boo Cheng Hau gagal untuk menentang pentadbiran kuku besi Lim Kit Siang. 

Tetapi kini dengan faktor umur dan anaknya Lim Guan Eng pula berhadapan dengan kes perbicaran rasuah, Dinasti Lim semakin lemah. Tetapi Lim Kit Siang akan berterusan menggunakan sentimen Cina untuk mengekalkan kepimpinan autokratiknya. 

Dia tetap Ketua De facto Pakatan Harapan.

MMI kata .... hari ini Tun Mahathir mungkin berbangga kerana Kit Siang sedang menjulang dirinya , tetapi percayalah apa yang kini sedang dirasai oleh suku sakat ahli DAP yang di SAMPAHkan akan berbalik kepada Tun Mahathir sendiri.

Ahli DAP pula masih mabuk , Kit Siang sedang menjulang bekas musuh politik DAP bukan menjulang kamu yang menjadi tonggak pengukuhan Dinasti Lim selama ini !

Sama ada Kit Siang dan legasi Dinasti Limnya akan terus bertahan ianya terpulang kepada sejauh mana keberanian suku sakat DAP yang masih berbaki itu untuk tampil dan mengangkat muka.

Jika tidak terimalah hakikat yang ada pada hari ini bukan lagi DAP tetapi Dinasli Lim !

MMI

Friday, 17 March 2017

Siapa Yang Mengaku Fitnah ?


Secara tiba-tiba nama bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang , Ir. Datuk Dr. Shaik Hussein Mydin mula didagangkan semula oleh konco-konco DAP di Pulau Pinang.Seolah-olah ada dendam kesumat yang masih belum dapat dijelaskan lagi oleh DAP maka nama Dr Shaikh sekali lagi cuba dimanipulasi oleh media pro DAP dan pembangkang.

Melalui saluran media sosial pro pembangkang satu laporan telah disiarkan dengan tajuk "PEMIMPIN UMNO PULAU PINANG MENGAKU FITNAH LIM GUAN ENG" merujuk kepada Dr Shaikh sebagai pemimpin UMNO tersebut dan ianya berkaitan dengan kes saman Guan Eng terhadap Dr Shaikh dalam isu dakwaan Guan Eng melakukan penipuan serta menerima rasuah daripada Pusat Pergigian Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIDC) yang dikaitkan dengan suatu projek pembangunan bercampur di atas sebidang tanah berhampiran Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin Pulau Pinang.

Kes tersebut kemudiannya telah diselesaikan di luar mahkamah oleh kedua-dua belah pihak apabila Ketua Menteri, Lim Guan Eng menarik balik saman terhadap Datuk Dr Shaik Hussein Mydin di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Guan Eng selaku plaintif bersetuju menarik balik saman tanpa sebarang syarat dengan kedua-dua pihak setuju untuk menanggung kos masing-masing. Persetujuan bersama itu dirakamkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang , Datuk Nordin Hassan. 

Yang pastinya dalam proses penghakiman yang direkod tidak ada menyebut bahawa Dr Shaikh membuat permohonan maaf atau sebarang pengakuan terhadap Guan Eng melainkan persetujuan untuk menarik balik kenyataan tersebut tanpa sebarang SYARAT daripada kedua-dua belah pihak !

Jelas tidak ada sebarang permohonan maaf atau sebarang pengakuan di buat oleh Dr Shaikh dan ternyata laporan yang disiarkan oleh media pro pembangkang itu adalah satu tindakan manipulasi isu untuk kepentingan politik yang mungkin digunakan untuk menutup isu panas membabitkan pertuduhan rasuah dan salah guna Guan Eng dalam pembelian banglo terlajak murah di Jalan Pirnhorn.

Malah persoalan seharusnya dilontarkan kembali kepada Guan Eng berdasarkan tarikh kes ini diselesaikan.Apakah ianya ada kaitan dengan proses pembelian banglo terlajak murah Guan Eng ?

Guan Eng membuat pembelian banglo terlajak murahnya dan dokumen penyerahan pembelian daripada pemilik Phang Li Koon telah ditandatangani pada tarikh 17 Ogos 2015 hanya sehari selepas itu pada 19 Ogos 2015 saman terhadap Dr Shaik ditarik balik ?

Apakah ada kebimbangan kes saman terhadap Dr Shaikh ini akan membawa kepada kebocoran atau terdedahnya proses pembelian yang menimbulkan keraguan banyak pihak ?

Malah disebabkan pembelian itu jugalah Guan Eng kini bakal dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah.

Tindakan licik ini dapat dilihat apabila penyelesaian kes saman terhadap Dr Shaikh ini dibuat atas terminologi Penghakiman Persetujuan yang membawa maksud penghakiman persetujuan adalah penyelesaian penuh dan muktamad atas kausa tindakan ini , lanjutan mana , kedua-dua pihak tidak akan ada sebarang tuntutan dan/atau memulakan sebarang tindakan baru antara satu sama lain berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kes ini.

Adakah ini sebahagian daripada tindakan untuk menutup isu membabitkan pembelian banglo terlajak murah Guan Eng memandangkan Dr Shaikh dilihat punya keupayaan untuk membongkar isu terbabit ?

Malangnya Guan Eng barangkali terlepas pandang , penarikan balik saman daripada Dr Shaikh itu sebenarnya telah mendedahkan sekaligus proses pembelian banglo terlajak murah Guan Eng yang kini hanya menanti masa untuk dibicarakan di mahkamah.

Siapa masuk perangkap siapa sebenarnya ?

Selain daripada itu apa yang diwar-warkan oleh media pembangkang adalah berkenaan tindakan pihak Utusan Melayu Berhad yang bersetuju untuk penyelesaian luar mahkamah saman (salah lapor) yang dibawa terhadap penerbitan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk penyelesaian dengan pegawai undang-undang penerbitan itu Siti Nurzulaikha Ibrahim membacakan permohonan maaf di Mahkamah Tinggi pada Rabu mengenai artikel yang disiarkan oleh akhbar itu pada 20 Ogos 2015.

Siti Nurzulaikha berkata artikel itu sepatutnya menyatakan bahawa Lim telah menarik balik samannya terhadap bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Datuk Dr Shaik Hussein Mydin tanpa syarat selepas Dr Shaikh Hussein menarik balik tuduhannya bahawa Ketua Menteri adalah rasuah dalam artikel yang diterbitkan oleh akhbar itu pada 5 Okt, 2012.

Dalam artikel 2015, akhbar itu melaporkan bahawa Lim telah menarik balik samannya bagaimanapun, ia gagal untuk menyatakan bahawa ia dilakukan selepas Dr Shaik Hussein telah menarik balik tuduhannya tanpa syarat dan dengan suci hati.

Lim memfailkan saman terhadap Utusan Mac 2016.

Apa jua yang berlaku antara pihak Utusan dan Guan Eng ianya dilihat lebih kepada hal politik kerana ego Guan Eng untuk tidak dilihat sebagai pihak yang menarik balik saman.Itu adalah perkara biasa dalam satu-satu kes semacam ini.

Paling penting adalah perkara itu jelas dan ianya langsung tidak menyebut tentang sebarang pengakuan atau sebutan permohonan maaf daripada bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang dan siapa jua yang cuba untuk memanipulasi isu ini sebenarnya punya agenda untuk cuba memburuk-burukkan pimpinan UMNO sedang hakikatnya Guan Eng sendiri sebelum ini tidak mahu kes ini berjalan di mahkamah apabila membuat keputusan untuk menyelesaikannya di luar mahkamah.

MMI kata puak-puak pembangkang ni kalau tak spin memang tak boleh hidup sebab itu saja makanan depa  !

Hanya Yang Kaya Saja Pilihan DAP ?


Seluruh warga Pulau Pinang pasti dapat membezakan polisi berat sebelah kerajaan DAP Pulau Pinang dalam menguruskan kebajikan rakyat di negeri itu.Secara tersuratnya memang nampak DAP seolah-olah mengamalkan dasar kucing kurapnya dan rakyat sentiasa mendapat pembelaan.

Malah DAP sering mengaku mereka adalah kerajaan negeri yang seharusnya menjadi contoh kepada pihak-pihak yang lain khususnya dalam urusan tadbir rakyat.

Soalnya apakah urus tadbir itu benar-benar mensasarkan warga marhain di Pulau Pinang ?

Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata masyarakat Cina di Pulau Pinang pada ketika ini melahirkan kekecewaan mereka terhadap kepimpinan kerajaan negeri itu di bawah pimpinan DAP berikutan golongan sederhana dan miskin dipinggirkan.

Menurut Dr Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, hasil turun padang mendekati masyarakat Cina di Pulau Pinang, ramai dikalangan mereka melahirkan rasa tidak berpuas hati dan tidak yakin dengan pengurusan kerajaan negeri itu.

“Keadaan di Pulau Pinang sudah berbeza, masyarakat Cina ramai sudah menolak DAP kerana DAP langsung tidak membantu mereka.

“DAP hanya membantu mereka yang sudah kaya, pemaju perumahan besar dan kaya, rakyat biasa tidak dibantu. Saya sudah pergi melawat kerana dijemput masyarakat Cina, saya lihat kemiskinan di luar bandar memang bertambah kerana kerajaan DAP Pulau Pinang tidak membantu mereka dan
golongan ini,” kata Dr Hilmi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Program Kolaborasi Kesihatan Pergigian dan Badan-Badan Agama Kesihatan Oral dan Agama (KOA) di Masjid Negara pada Jumaat.

Berikutan fokus kerajaan negeri terhadap golongan kaya di negeri itu, lebih 6,000 rakyat Pulau Pinang dilaporkan hilang pekerjaan.

“Banyak kilang ditutup, setakat yang saya tahu, masyarakat di Pulau Pinang yang hilang pekerjaan ada 6,000 akibat penutupan kilang yang besar-besar ini.

“Jadi masyarakat Cina memang tidak berpuas hati dengan kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP, macam-macam yang saya dengar, memang ada perubahan banyak dan mereka mula tak yakin dengan DAP,” katanya. sumber bnbbc 

Berdasarkan pengamatan MMI sendiri , kenyataan Dr Hilmi itu ada benarnya memandangkan banyak dasar-dasar kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya melibatkan projek-projek pembangunan di negeri itu tidak menepati soal warga pertengahan dan kurang kemampuan.

Jika ada sekalipun ianya hanyalah sekadar gimik politik untuk sekurang-kurangnya DAP jadikan sebagai bahan bagi menjawab pertikaian demi pertikaian yang kini semakin lantang disuarakan oleh para penduduk Pulau Pinang.

DAP sebenarnya lebih banyak berpolitik dan kebanyakkan masa mereka dihabiskan dengan siri ceramah politik dan juga menyelesaikan masalah dalaman parti.

Contohnya ...





Kenapa jadi macam ni ? Sebab DAP masih lagi menerima kehadiran seorang Setiausaha Agung parti yang kedudukannya masih belum dapat disahkan ! So kacau bilau lah bro ....

MMI

Thursday, 16 March 2017

Dana YAWAS - Pengakuan Teresa SPRM Perlu Bertindak !


Memang puak-puak pembangkang ni suka berbelit-belit bila bercakap dan rasanya dah sinonim cara sebegitu dengan hampir semua pimpinan pembangkang sekarang ni.

Terkini Teresa Kok Ahli Parlimen Seputeh , belitannya cukup mengejutkan !


Sebelum itu Pengerusi Gabungan NGO, Datuk Seri Jamal Md Yunos meminta Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok mempercepatkan saman terhadapnya berhubung pendedahan beliau tentang penyalahgunaan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Jamal sebelum ini mendakwa Teresa berbohong serta hipokrit kerana tidak mengaku telah menggunakan wang hampir RM2 juta sejak 2016 sehingga 24 Februari 2017.

Menurut Jamal, wang tersebut dikeluarkan melalui kad ATM Ambank atas nama Teresa sendiri.

“Teresa merupakan wakil rakyat pembohong, tak boleh dipercayai dan seorang yang hipokrit. Tuntutan dana yang perlu diberi pada setiap waris adalah sebanyak RM2500, tapi kebanyakan daripada mereka hanya baru terima RM1000 sahaja.

“Dia telah menggunakan dana YAWAS sebanyak RM2 juta yang dikeluarkan menggunakan kad ATM Ambank atas namanya sendiri,” kata Jamal dalam pendedahannya sebelum ini.

Akhirnya TERDEDAH !

Dalam masa yang sama Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim memetik nama Teresa Kok yang dikaitkan dengan isu dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Ahli Parlimen DAP Seputeh itu segera bangkit untuk menafikannya.

“Minta penjelasan, saya berada di sini Kuala Selangor,” kata Teresa Kok berdiri sambil mencekak pinggang.

“Saya baru ada sidang akhbar yang menafikan semua ini tohmahan daripada Jamal Yunus. Saya harap Yang berhormat jangan jadi pengikut Jamal Yunus,”kata Teresa dengan nada marah.

Irmohizam kemudiannya membacakan fakta surat di Perbendaharaan Selangor bertarikh 13 Disember 2013 kepada Pengurus Cawangan Ambank untuk memohon membuka akaun bagi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) iaitu antara program bawah YAWAS atas nama sembilan Ahli Parlimen pembangkang di sekitar Kuala Lumpur membabitkan jumlah RM10 juta.

Sekali lagi Teresa Kok bangun, ketika itu Ahli Parlimen Seputeh Kuala Lumpur itu seolah-olah mengesahkan bahawa dia telah menerima dana YAWAS itu sepertimana yang didakwa Datuk Jamal Yunus sebelum ini.

“Apa salah ? ” soal Teresa. “Sejak penggal yang lepas, Kerajaan Selangor telah beri hak (dana YAWAS) kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur untuk menguruskan SMUE kerana ramai warga Selangor duduk di Kuala Lumpur…”tambahnya lagi.

Sebelum ini, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menggesa Teresa Kok memulangkan semula kad mesin juruwang automatik (ATM) YAWAS kerana beliau bukan lagi ahli EXCO kerajaan Selangor.

Noh berkata Teresa Kok juga bukan lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor bagi membolehkannya menyertai Program SMUE anjuran kerajaan negeri.

“Sebelum ini, dia menafikan ada menerima wang daripada kerajaan negeri, namun apabila didesak oleh Datuk Seri Jamal Md Yunos, dia menukar kenyataannya dengan mengaku menerima dana di bawah SMUE yang disalurkan melalui YAWAS.

“Jika dia seorang wakil rakyat yang jujur, ikhlas dan menjaga kepentingan rakyat, mengapa dia harus berbohong? Wakil rakyat sebeginikah yang rakyat mahukan?, ” katanya sumber AIDC

Cukup licik puak-puak ni berlakon , pada awalnya kenapa tak mengaku ?

Sebelum ni bukan main hentam kerajaan itu salah ini salah , sana tak betul sini tak betul .. Semua benda dipertikai alih-alih kena batang hidung sendiri.

Jom kita tengok sikit apa fungsi YAWAS ni ...

MAKLUMAT RINGKAS YAWAS

Yayasan Warisan Anak Selangor atau lebih dikenali sebagai YAWAS
YAWAS menguruskan dan mentadbir beberapa portal dan pangkalan data program IPR
YAWAS juga menguruskan pembangunan sistem bagi beberapa program IPRPENGENALAN

PENGENALAN

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) merupakan syarikat di bawah seliaan Menteri Besar (PEMERBADANAN). YAWAS telah ditubuhkan pada 05 Februari 2009 dibawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang dulu 2008 hingga 2016 dikenali sebagai Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Produk pertama YAWAS adalah Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang memberi perkhidmatan pendaftaran bagi anak kelahiran selangor untuk mendapatkan RM1500 pada usia mereka 18 tahun. Selain itu, YAWAS telah dipertanggungjawab menyediakan pangkalan data dan membangunkan sistem Jom Shopping Perayaan, Back To School, Skim Mesra Usia Emas, Ibu Tunggal dan I-Workfare. YAWAS juga turut menyediakan perkhidmatan pendaftaran bagi program Skim Mesra Usia Emas, Ibu Tunggal dan I-workfare.

Mulai Januari 2017, produk YAWAS bertambah:

Skim Mesra Usia Emas
Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
Skim Bantuan Tadika Selangor (Si KEMBAR)
Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS)
Skim kesihatan Wanita
Insentif Perkahwinan Belia
Mulai Januari 2017 juga, YAWAS telah diberi tanggung jawab bagi mengendalikan portal utama: IPR: Inisiatif Peduli Rakyat (dulu dikenali sebagai MES: Merakyatkan Ekonomi Selangor).

Yang menghairankan MMI , kenapa prosesnya terlalu mudah dan ringkas ?

Maksud MMI boleh pulak tiap Adun yang terlibat punya kad ATM bagi urusan pengeluaran ?

Wow mudahnya ...... Ada pemantauan ker ?????

Kenapa perkara sebegini boleh berlaku ? 

Azmin selaku Menteri Besar Selangor buat apa ?

MMI

Razak Mansion BUKTI Wakil Pembangkang Hanya Bijak Jadi Kaki Hasut !


Akhirnya segala usaha buat puak pembangkang dijawab dengan terlaksananya projek pembangunan semula Perumahan Awam (PA) Razak Mansion di Sungai Besi seterusnya menjadi simbol kepada bukti kerajaan yang prihatin dan memahami kehendak rakyat.

Majlis penyerahan kunci kepada 658 penduduk asal Perumahan Awam Razak Mansion yang dibangunkan semula dan dikenali sebagai 1Razak Mansion itu bolehlah dianggap sebagai memenuhi hasrat kerajaan yang berpegang kepada slogan "Janji di Tepati".


Perdana Menteri berkata, pemilik-pemilik rumah 1Razak Mansion itu menikmati insentif-insentif istimewa antaranya setiap unit rumah telah mempunyai hak milik strata di bawah nama pemilik masing-masing.

“Semua unit baharu ini dengan pajakan 99 tahun berbanding unit lama dengan baki pajakan 40 tahun dan tidak mempunyai hak milik strata.

Selain daripada itu Perdana Menteri turut mengumumkan “durian runtuh” kepada penduduk melalui tiga insentif antaranya 557 keluarga sedia ada akan menerima rumah baharu secara percuma.

Penghuni-penghuni ini akan menukar unit lama dua bilik tidur, satu bilik mandi saiz 399 kaki persegi dengan unit baru tiga bilik tidur dan dua bilik mandi bersaiz 800 kaki persegi. Unit baru ini bernilai 4 kali ganda nilai unit lama.

Manakala 101 keluarga penyewa ditawar harga jualan RM42,000 berbanding harga pasaran RM250,000.

Selain itu, Perdana Menteri memberitahu duti setem pemilikan rumah baharu berjumlah RM4,000 diberi subsidi dan ditanggung sepenuhnya berserta pemberian wang imbuhan RM3,000 kepada 557 penghuni sedia ada.

Jika sebelum ini Nurul Izzah Ahli Parlimen Lembah Pantai dilihat paling terkehadapan dan lantang menghasut para penduduk supaya menolak pembangunan tersebut kini semuanya berbalik kepada Ahli Parlimen itu sendiri.

Bagaimana dengan nasib 35 keluarga yang sebelum ini terhasut dengan hasutan Nurul Izzah menolak pembangunan untuk memberikan nafas baru kepada pangsapuri tersebut ?

Malah reaksi Nurul Izzah terhadap projek 1Razak Mansion ini cukup menyedihkan apabila beliau dilihat masih lagi mahu menuding jari kepada kerajaan kononnya tindakan tersebut cuba menyakiti hati bekas penduduk yang sebelum ini bersama-sama dengan beliau.

“Jika Najib hendak politikkan isu perumahan, pembangunan rakyat, jangan sampai menyakiti hati mereka (penduduk) lagi dengan sindiran yang tak perlukan.

“Najib saya sarankan hormatilah hak penduduk, harapan dan maruah orang kawasan Kampung Kerinchi lebih-lebih lagi rakyat Malaysia,” kata Nurul Izzah.

Aduhai ... Setakat itu sahajakah tindakan Ahli Parlimen dari PKR ni ?

Sepatutnya Nurul Izzah perlu tampil lebih awal dengan menjadi penyelemat kepada 35 keluarga yang menyokong beliau paling tidak menyediakan rumah baru yang jauh lebih baik daripada projek 1Razak Mansion.

Tetapi itu realitinya pembangkang di Malaysia , mereka lebih banyak tertumpu kepada politik semata-mata sehinggakan semua perkara dipolitikkan.Akibatnya dalam isu ini 35 keluarga menjadi mangsa dan Nurul Izzah seharusnya bertanggungjawab menyelesaikan permasalahan keluarga-keluarga terbabit.

Tatkala kerajaan Barisan Nasional terus prihatin , pembangkang nampaknya masih sama terus berpolitik dan mereka rasanya akan terus menjadi kaki hasut !

MMI

Tuesday, 14 March 2017

Penghinaan Terhadap ISLAM - ISLAMOFOBIA Atau AGENDA ??


Penghinaan terhadap Islam sudah berlarutan sejak sekian lama dan di Malaysia rasanya situasi yang hampir sama telah pun berlaku dari masa ke semasa.Melihat kepada kumpulan atau individu yang terlibat kita kadang-kalanya berasa hairan.

Hairan kerana kebanyakkan daripada mereka terdiri daripada kumpulan yang mengaku kononnya begitu memahami tentang hak kemanusiaan selain daripada kemahuan untuk melihat seluruh warga dunia hidup dalam suasana harmoni.

Namun mengapa masih ada segelintir daripada mereka-mereka ini boleh bertindak sedemikian ?

Apakah ianya disebabkan oleh tindakan segelintir mereka-mereka yang mengaku Islam tetapi bertindak sebaliknya seperti mana yang berlaku di seluruh dunia contohnya tindakan ISIS dan kumpulan yang seangkatan dengannya ?

Jika itulah alasannya maka MMI yakin dan percaya mereka-mereka itu bukanlah dari kalangan cerdik pandai tetapi dijajah emosi yang keterlaluan sehingga menolak prinsip keadilan.

Selain daripada itu apakah ianya berpunca daripada ISLAMOFOBIA ?


Satu perasaan cemas dan dipenuhi syak wasangka akibat daripada kejadian keganasan yang dicetuskan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang menjadikan Islam itu sebagai perisai untuk menghalalkan tindakan mereka ?

Walaupun insiden 9/11 mengejutkan semua pihak di seluruh dunia dan tindakan Presiden Bush selepas itu yang mula menggerakkan bala tenteranya menyerang Afghanistan dan negara-negara Islam yang lain , MMI masih berpendapat bahawa ianya ada pro dan kontranya.

Tanpa menafikan tindakan ketenteraan terhadap orang awam , warga tua , wanita dan anak-anak kecil itu adalah satu tindakan yang salah , kita juga perlu bijak untuk mengawal situasi dan perlu segera bangkit untuk memahami keadaan kerana tindakan radikal seperti itu hanya akan menyebabkan pergolakan berskala besar yang boleh mencetuskan ancaman keselamatan di seluruh dunia.

Sebagai rakyat kita perlu belajar daripada cara kerajaan Malaysia menangani situasi ini sejak hari pertama lagi dengan menyatakan pendiriannya bahawa tindakan keganasan yang membunuh ribuan nyawa yang tidak berdosa itu adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima oleh mana-mana pihak di dunia.

Kita konsisten dengan pendirian ini dan dalam masa yang sama kita berusaha untuk menyakinkan dunia bahawa apa yang berlaku itu bukanlah bercirikan Islam kerana Islam tidak pernah menghalalkan keganasan seperti ini.

Mungkin kita lupa barangkali atas usaha itu jugalah akhirnya banyak pihak tampil bersama-sama dengan pendirian Malaysia khususnya dalam memulihkan persepsi buruk yang telah ditimbulkan oleh tindakan keganasan itu terhadap Islam.

Antara contohnya bekas Presiden Amerika Syarikat , Barrack Obama ...


Tidak ada yang mustahil sebenarnya dan MMI percaya jika setiap dari kita belajar daripada peristiwa-peristiwa dunia ini maka mana-mana pihak sekalipun tidak akan cuba-cuba untuk memburuk-burukkan agama lain khususnya Islam.

Persoalannya sehingga ke hari ini situasi dan amalan yang sama masih lagi berlaku di bumi Malaysia !

Islam terus dihina dan tindakan terbaru bekas Adun Batu Uban ,  Raveentharan Subramaniam yang dengan sengaja memuat naik kenyataan menerusi facebook beliau baru-baru ini menyatakan "fisrtly Islam was never a religion of peace" adalah satu tindakan menghina dan dangkal sebenarnya.

Ekoran daripada itu banyak pihak tampil mengecam serta mahukan tindakan tegas di ambil terhadap pihak yang terlibat antaranya NGO Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Pulau Pinang.

Dalam kenyataan itu menyebut GPMS negeri Pulau Pinang juga mendapati ini bukanlah kali pertama kenyataan-kenyataan berbaur hasutan, provokasi dan fitnah ke atas Islam dikeluarkan oleh orang bukan Islam khususnya di kalangan pemimpin-pemimpin parti politik. Namun setiap kali apabila dibuat laporan khususnya kepada pihak Polis, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia dan lain-lain, mereka yang mengeluarkan laporan ini hanya diambil keterangan seterunya kes ditutup begitu sahaja. GPMS negeri Pulau Pinang khuatir situasi ini akan menyebabkan semakin ramai yang akan mengeluarkan kenyataan provokasi dan menghina agama disebabkan mereka tahu bahawa tiada tindakan akan diambil ke atas mereka.Selanjutnya klik SINI

Begitulah senarionya tiap kali ada pihak-pihak tertentu yang bertindak sedemikian rupa dan MMI bukan nak menyalahkan mana-mana pihak kerana pihak berkuasa sentiasa bertindak dan mengikut proses undang-undang sedia ada.

Cumanya timbul keraguan apakah tindakan Raveentharan itu berlaku akibat daripada ISLAMOFOBIA ?

Rasanya TIDAK dan MMI yakin semua pihak yang pernah terlibat dalam aksi menghina ini adalah terdiri dari kalangan manusia WARAS yang tahu tentang kesan terhadap tindakan mereka CUMANYA mereka dengan sengaja mencela dan menghina Islam sebab mereka punya AGENDA !!!!

Agenda yang kini sedang dipertontonkan dengan jelas kepada seluruh negara betapa kumpulan-kumpulan ini begitu rakus untuk menolak Islam itu sendiri.

Buktinya cadangan pindaan RUU355 terus di tolak oleh suku-sakat puak-puak yang mengaku pembangkang kerana misi dan visi mereka bukan berdasarkan kepada menghormati prinsip kedudukan Islam itu sendiri.

Baca juga artikel berkaitan di bawah ...

http://mahamissa.blogspot.my/2017/03/zairil-antara-liberal-maruah.html

http://mahamissa.blogspot.my/2017/03/tindakan-ceroboh-teresa-adalah-petunjuk.html

MMI

SEBENARNYA.MY Mengekang Sebaran Fitnah & Berita PALSU



CYBERJAYA, 15 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Portal SEBENARNYA.MY dilancarkan hari ini bagi membolehkan orang ramai menyemak kesahihan berita yang menular di laman sosial.

Dirasmikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, portal yang dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) itu merupakan antara usaha terbaharu pihak kerajaan.

Ia diwujudkan untuk mengekang penyebaran berita palsu bagi memastikan masyarakat menerima berita yang benar-benar sahih.

Berucap pada majlis pelancaran portal itu, Salleh berkata maklumat yang berkaitan akan dikumpul, dianalisa, disahkan dan dimuat naik dalam portal itu untuk rujukan rakyat tanpa mengira latar belakang politik.

Katanya, MCMC sehingga kini telah mengenal pasti hampir 1,000 berita palsu yang mempunyai kepentingan awam menular di dalam negara.

“Berita palsu, bukan sahaja mengelirukan, malah boleh mengancam keselamatan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara.

“Perkara ini bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi berlaku di Amerika Syarikat, Indonesia dan negara-negara Eropah,” katanya.

Menurut Salleh, rata-rata pengguna Internet di Malaysia memperuntukkan kira-kira tiga jam dalam seharian melayari Internet dan kajian itu turut mendapati bahawa antara aktiviti itu adalah mendapatkan maklumat, berita dan informasi.

Menegaskan bahawa portal berkenaan membawa mesej utama ‘Tidak Pasti, Jangan Kongsi’, Salleh berkata: “Jangan baca dan menerima sesuatu berita bulat-bulat tanpa ada kesahihan.”

Beliau berkata menerusi portal itu, kerajaan mahu mendidik rakyat agar jangan bulat-bulat menerima tanpa melihat kesahihan sesuatu berita.

“Kita tidak mahu orang ramai berkongsi sesuatu berita dengan menggunakan alasan mendapat berita itu dari ‘group sebelah’ dan mohon pencerahan,” katanya.

Salleh, dalam pada itu menegaskan bahawa usaha membendung penularan berita palsu adalah tanggungjawab bersama kerajaan dan rakyat.

Kerajaan, katanya, telah menggembeleng pelbagai program dan kempen seperti ‘Klik dengan bijak’, ‘Semak sebelum Sebar’ untuk memastikan penularan berita palsu dibendung secara efisien.

“Namun demikian, pihak kementerian dan MCMC turut melihat bahawa program kesedaran ini perlu disertakan dengan inisiatif bagi mengupayakan rakyat untuk menyemak dan melaporkan sebarang berita yang tidak ditentusahkan, yang mereka terima,” katanya.

Salleh turut menjelaskan bahawa portal berkenaan bukan bertujuan untuk Pilihan Raya Umum-14 atau menyekat hak bersuara mana-mana pihak.

“SEBENAR.MY bukan sekadar berita politik tetapi semua jenis maklumat boleh disemak dan dikongsi untuk berita yang tidak ditentusahkan yang mereka terima menerusi media sosial, blog dan lain lain.

“Portal ini bukan kerana pilihan raya atau tidak sama sekali milik kerajaan semata-mata. Portal ini untuk rakyat. Pembangkang juga boleh menggunakan portal ini untuk mendapatkan kesahihan berita,” katanya.

Salleh berkata pihaknya akan mempromosikan portal berkenaan ke seluruh negara supaya rakyat dapat mengakses teknologi ini. – Bernama

Pautan ke portal SEBENARNYA.MY

Hina ISLAM GPMS Mahu Tindakan TEGAS !!


POLIS WAJIB AMBIL TINDAKAN KE ATAS KENYATAAN BIADAP DAN ANTI ISLAM YANG DIKELUARKAN OLEH RAVEENTHARAN SUBRAMANIAM, BEKAS ADUN BATU UBAN

1) Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri Pulau Pinang mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan berbunyi "fisrtly Islam was never a religion of peace" yang dibuat oleh Raveentharan Subramaniam, Bekas Adun Batu Uban menerusi akaun Facebook beliau. Kenyataan tersebut sangat jelas berunsur hasutan, provokasi melampau ke atas agama Islam dan seluruh ummat Islam. Malah, GPMS negeri Pulau Pinang berpendapat kenyataan yang dikeluarkan oleh Raveentharan ini membuktikan sikap sebenar beliau sebagai seorang yang anti Islam, rasis dan berniat jahat mahu memerangi Islam.


2) GPMS negeri Pulau Pinang memandang serius kenyataan yang dibuat oleh Raveentharan memandangkan beliau adalah bekas ADUN dan seorang yang berpengaruh serta merupakan pemimpin parti politik. Setiap kenyataan, desakan dan seruan yang dibuat mampu memperngaruhi pengikut beliau dan mampu membangkitkan semangat membenci Islam dan mencetuskan suasana tidak harmoni di kalangan masyarakat.  Oleh yang demikian, GPMS negeri Pulau Pinang berharap agar pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia dapat menjalankan siasatan segera dan memastikan tindakan tegas diambil ke atas beliau.

3) Walaupun Raveentharan telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf di dalam akaun Facebook beliau, kes ini tidak boleh ditutup atau diselesaikan begitu sahaja.  Setelah menghina Islam dan mendakwa Islam sebagai sebuah agama yang tidak sejahtera, beliau tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Apatah lagi sebagai seorang bekas wakil rakyat, pemimpin parti politik dan pengamal undang-undang sewajarnya beliau sedar akan betapa bahayanya tuduhan yang dibuat beliau ke atas Islam dan kesannya terhadap masyarakat dan negara ini. Oleh yang demikian, beliau harus bertanggungjawab di atas kenyataan menfitnah agama Islam yang dikeluarkan oleh beliau.

4) GPMS negeri Pulau Pinang juga mendapati ini bukanlah kali pertama kenyataan-kenyataan berbaur hasutan, provokasi dan fitnah ke atas Islam dikeluarkan oleh orang bukan Islam khususnya di kalangan pemimpin-pemimpin parti politik. Namun setiap kali apabila dibuat laporan khususnya kepada pihak Polis, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia dan lain-lain, mereka yang mengeluarkan laporan ini hanya diambil keterangan seterunya kes ditutup begitu sahaja. GPMS negeri Pulau Pinang khuatir situasi ini akan menyebabkan semakin ramai yang akan mengeluarkan kenyataan provokasi dan menghina agama disebabkan mereka tahu bahawa tiada tindakan akan diambil ke atas mereka.                                     

5) Justeru, GPMS negeri Pulau Pinang menggesa agar siasatan segera dijalankan ke atas Raveetharan dan beliau seharusnya didakwa di mahkamah di atas kebiadapan dan keceluparan beliau. Ini sangat penting supaya ia menjadi pengajaran dan amaran buat mereka-mereka yang cuba mewujudkan suasana tidak harmoni dan mencetuskan konflik agama atau provokasi melampau di dalam negara kita. GPMS negeri Pulau Pinang juga yakin dan percaya pihak Polis mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik dan professional bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan. 
                              
AZDY MOHD ARSHAD                                                      
KETUA PENERANGAN GPMS NEGERI PULAU PINANG* 

Monday, 13 March 2017

Tindakan CEROBOH Teresa Adalah Petunjuk Penting !!!


BIADAP dan KURANG AJAR ! Itulah ungkapan yang sesuai ditujukan kepada Teresa Kok seorang ahli politik yang mengaku rakyat itu adalah aset negara.Malah kalau kita perhatikan puak-puak laknat ni suka menjadikan rakyat sebagai perisai atas apa jua perbuatan mereka selama ini.

Namun tindakan Ahli Parlimen Seputeh ini yang menceroboh majlis kenduri kahwin satu keluarga Melayu yang sedang berlangsung di sebuah dewan baru-baru ini langsung tidak boleh dimaafkan.

Apakah pemimpin politik pembangkang ini tidak lagi berpegang kepada prinsip kononnya rakyat itu adalah aset negara ?

Sedarkah Teresa bahawa tindakannya menceroboh majlis kenduri kahwin itu adalah tindakan yang paling tidak boleh diterima akal malah menyimpang daripada norma-norma kemanusiaan.

Hanya binatang sahaja yang boleh bertindak sedemikian sebab tidak punya akal dan fikiran !

Nak kata Teresa ni binatang tak macam tu sebab cukup sifat semua macam manusia so apakah yang sebenarnya alasan disebalik tindakan tersebut ?

Alasan Teresa sebab mahu mengadakan sidang akhbar di dewan tersebut untuk membantah pembinaan rumah mampu milik di tapak dewan berkenaan tidak boleh diterima.

Macam MMI kata jika Teresa punya akal dan fikiran , dia boleh sahaja mengadakan sidang akhbar dipejabatnya yang terletak tidak sampai 1 kilometer dari dewan tersebut. 

Kenapa dia mahu juga mengganggu kenduri kahwin yang sedang berlangsung ?

Nak tunjuk kata dia prihatin dengan masalah rakyat?

JANGAN PERCAYA semua tu sebab Teresa Kok ni dah lama ANTI MELAYU dan ISLAM buktinya ....


Jangan lupa laknat ni pernah mempertikaikan tulisan jawi di papan tanda jalan sedangkan sebelumnya tidak pernah ada sesiapa yang bertindak sampai ke tahap itu !

Hakikatnya kita perlu sedar dan terima kenyataan tindakan Teresa menceroboh majlis kenduri kahwin itu adalah petunjuk penting khususnya kepada orang-orang Melayu dan Islam kerana puak-puak DAP ni sedang berusaha untuk melenyapkan kehadiran orang MELAYU supaya tidak lagi menjadi bangsa majoriti dan paling penting mereka mahu menghapuskan KUASA yang kita miliki di bumi MALAYSIA.

MMI

Labels