Followers

Friday, 20 April 2018

ANJING BODOH CELAKA Memang Sinonim Dengan DAP


Kecoh lagi kali ini sesama sendiri .....

Ceramah DAP di Bercham, dekat sini bertukar kecoh semalam apabila seorang penceramah parti itu, Hew Kuan Yaw melemparkan kata-kata kesat terhadap media dan akhbar berbahasa Cina yang dianggapnya sebagai a*jing.



Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.30 malam ketika Kuan Yaw yang turut dikenali dengan nama julukan ‘Superman DAP’ sedang berceramah dihadapan kira-kira 500 penyokong parti itu di Pusat Makanan L&L atau L&L Food Court Bercham.

Tindakan itu mengundang kemarahan beberapa pengamal media dengan salah seorang jurugambar akhbar China Press meluahkan rasa tidak puas hati sambil mempersoalkan kenyataan Kuan Yaw yang dianggap keterlaluan.

‘’Kenapa cakap ini? Tidak boleh kata begitu,’’ tegas jurugambar berkenaan dalam bahasa mandarin sambil menghampiri pentas.

Beberapa petugas DAP dilihat cuba menghalang jurugambar berkenaan daripada menghampiri pentas.

“Saya tidak kata kamu, saya tidak kata kamu, rileks,’’ tegas Kuan Yaw sambil meminta jurugambar berkenaan bertenang.

Hew yang juga orang kanan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming pernah mencetuskan beberapa kontroversi termasuk menggunakan isyarat lucah ketika berceramah selain videonya mengenai ‘skrew Melayu’ pernah tular ketika kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 2016.

Apa yang boleh MMI kata adalah orang Melayu sebagai bangsa dominan di Malayia harus menolak DAP dan seluruh gerakkannya kerana tindak tanduk mereka amat berbahaya bukan sahaja dengan caci maki tetapi juga lakonan politik yang boleh membinasakan apa yang telah kita capai sehingga saat ini.

Toal DAP !
Tolak Pakatan Haprak !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels