Followers

Wednesday, 18 April 2018

DAP Draf Barisan Kabinet Pembangkang Untuk Putrajaya ?


Misi semua parti politik dalam PRU14 ini pastinya untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi yang ditanding.

Satu impian biasa dan normal bagi parti-parti politik besar yang sudah mencipta nama dalam persada politik di Malaysia. 

Barisan Nasional seperti biasa meletakkan calon-calonnya di semua kerusi Parlimen dan Dun dengan kepelbagaian wakil-wakil dari parti-parti yang membentuk Barisan Nasional. Satu keadaan atau MMI sebut sebagai budaya politik sihat yang diamalkan oleh BN sejak bermulanya pilihanraya.

Begitu jugalah dengan parti-parti pembangkang, PAS misalnya dilaporkan akan meletakkan kontijen calon-calonnya yang terbesar daripada pilihanraya sebelum ini. Jumlah kerusi yang bakal ditandingi oleh PAS meningkat dari kebiasaannya. Ada yang kata ini adalah strategi PAS di saat BN dan Pakatan Haprak sedang bertempur hebat di medan perang politik.

Well masing-masing dengan strategi masing-masing dan sudah tentulah parti-parti dari kem Pakatan Haprak yang kini terkial-kial kerana gagal mendapat kelulusan ROS untuk membawa nama parti sendiri turut sama mempersiapkan para calon mereka.

Dalam keadaan perang saudara sudah mula kedengaran di serata simpang, Pakatan Haprak turut sama mengumumkan calon-calon mereka.

Yang pasti ada di antara pemimpin mereka yang mula mencari sarang baru dan meninggalkan sarang lama yang dipenuhi dengan najis-najis tinggalan mereka. Asam garam dalam kem pembangkang dan mungkin Permatang Pauh juga akan tersenarai sekali sebagai sarang tinggalan, apa pun kita tunggu hari penamaan calon.

Apabila kita bercakap tentang strategi dan gerak kerja menghadapi PRU14, pastinya MMI berasa tertarik untuk melihat sejauh mana WALAK dan ikhlasnya seluruh pimpinan PPBM, PKR, DAP dan PAN mencongak siri kempen mereka.

Bagaimana gerak kerja yang dirangka itu benar-benar menepati laras yang diputuskan sebagai sebuah pakatan ?

Apakah benar Mahathir itu adalah sebenar-benar Pengerusi Pakatan Haprak ?

Apakah benar Azizah itu adalah Timbalan Pengerusi Pakatan Haprak ?

Jika benar maka sudah tentunya apa jua keputusan khususnya melibatkan kedudukan seseorang pemimpin selepas keputusan PRU14 diumumkan akan tertakluk di bawah satu pengurusan dan hanya pemimpin tertinggi atau mereka yang mencatur kedudukan boleh membuka mulut !

Itu adabnya bila kita punya pemimpin !

Sebagai contoh Datuk Seri Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional adalah pihak yang bakal memutuskan siapa yang akan diangkat sebagai penggerak kepada dasar-dasar kerajaan setelah mendapat mandat dari rakyat melalui PRU14 seterusnya menubuhkan kerajaan.

Namun semua itu dilihat tidak berlaku dalam kem Pakatan Haprak !

Secara tiba-tiba Lim Guan Eng yang bukan Presiden PH, dengan bangganya mengumumkan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming sebagai calon untuk kerusi parlimen Teluk Intan di Perak.

Bagi MMI tak apalah sebab sesama DAP kan tapi .... Guan Eng kemudian mengumumkan pula Nga Kor Ming dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong akan dilantik sebagai menteri pusat jika mereka menawan Putrajaya ?

Soalnya siapa MEREKA tu yang akan menawan Putrajaya ?

Pakatan Haprak ? Atau DAP ?

Siapa Lim Guan Eng ?

Adakah Lim Guan Eng adalah key player atau kepala yang menyusun atur dan menetukan barisan kabinet Pakatan Haprak sekiranya mereka menawan Putrajaya dalam PRU14 ?

Siapa penentu kepada keputusan yang dibuat ?

Mahathir ? Wan Aziah ? Mat Sabu ?

Atau DAP ?

Mengambil kira daripada semua perkara diatas apakah ada kemungkinan draf barisan kabinet pembangkang sekiranya menawan Putrajaya perlu melalui kelulusan DAP terlebih dahulu ?

Atau DAP sudah pun membuat keputusan awal yang perlu diterima oleh semua pihak termasuk Mahathir dan Wan Azizah ?

Tak mustahil semua itu boleh berlaku !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels