Followers

Saturday 12 May 2012

HEBAT ! 7 Prinsip Yang Membuatkan Anwar & Juak-Juaknya Tak Lena Tidur


Semalam di laporkan 100,000 ahli UMNO membanjiri Stadium Bukit Jalil bagi sama-sama meraikan sambutan Ulang Tahun Ke 66 Parti Keramat UMNO.Gegak gempita seluruh penjuru stadium malah dilaporkan diluar stadium juga penuh dengan mereka-mereka yang tidak dapat masuk kerana semua tempat penuh.

MMI juga di maklumkan ketika acara utama sedang berjalan masih ada lagi mereka-mereka yang masih tersangkut di jalan raya kerana mengalami kesesakan trafik malah ada juga yang tersadai di jalan duta kerana bas yang dinaiki mengalami kerosakan.

Jika diambil kira pula mereka-mereka yang mengikuti dengan penuh minat melalui kaca tv di rumah masing-masing angka sebenar mereka yang bersama dalam perhimpunan tersebut jauh lebih tinggi malah mencecah jutaan rakyat yang bersama dengan UMNO.




Inilah satu perhimpunan raksasa anjuran UMNO yang sedikitpun tidak menimbulkan sebarang masalah dan kekacauan.Apatah lagi mengganggu sebarang usaha mereka-mereka yang menjalankan perniagaan.Jauh sekali berbeza dengan Pakatan Haprak yang menjadikan jalanan sebagai tempat untuk berhimpun dengan niat untuk menimbulkan huru hara.

Melihat kepada lautan merah yang begitu ramai diikuti dengan ucapan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia membuatkan setiap daripada ahli UMNO meremang bulu roma termasuk MMI sendiri.Semacam timbul satu perasaan gemuruh dan bangga kerana yang bersama-sama dalam perhimpunan tersebut adalah mereka yang sama perjuangannya untuk UMNO Dulu,Kini dan Selamanya.

 

Juak-juak Pakatan Haprak termasuk para pemimpin mereka dilihat tidak senang duduk malah jentera-jentera maya mereka dikesan tidak habis-habis meroyan mengeluarkan berita-berita yang tidak baik termasuklah menunjukkan gambar-gambar kononnya himpunan tersebut tidak mendapat sambutan.


Apa pun ucapan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO ketika memberikan 7 prinsip untuk dinilai oleh rakyat sudah cukup membuatkan Anwar dan seluruh juak-juaknya tidak lena tidur.


Apakah UMNO sudah bersedia untuk ke medan perang ? Apakah UMNO sudah bersedia untuk berjuang berhabis-habisan ? Apakah kita sudah bersedia sekiranya parlimen dibubarkan besok ?

Kepada YAB Presiden,MMI yakin seluruh ahli UMNO memberi taat setia dan telah bersedia pada bila-bila masa sahaja,bunyikan semboyan insyallah seluruh negara akan merasakan getarannya.

Hidup UMNO ! Selamat Ulang Tahun UMNO Yang Ke 66 Tahun.

MMI. 

No comments:

Post a Comment

Labels