Followers

Saturday 22 December 2012

Pulau Pinang Rejim DAPigs Sudah Mula Tunjuk BELANGnya !!


Rejim DAPigs di Pulau Pinang kini sudah mula menunjukkan belangnya.Jika sebelum ini rakyat yang menjadi mangsa kepada kerakusan mereka kini rakan seangkatan pula menjadi mangsa kepada sikap tamak pimpinannya.

Pakatan Haprak Pulau Pinang kini dilihat berbalas serangan semuanya kerana kuasa...Rejim DAPigs barangkali sudah merasa selesa dengan pengusaan mereka di Pulau Pinang dan kini mahu melebarkan lagi penguasaan tersebut sehinggakan apa yang sedang berlaku kini tidak lagi menggambarkan semangat sebagai satu pasukan tetapi lebih kepada semangat untuk menguasai.

Mengapa kuasa menjadi keutamaan kepada Rejim DAPigs hari ini ? Kerana mereka tahu hanya dengan mempunyai majoriti terkuat dalam Pakatan Haprak mereka mampu menjadi parti yang menguasai segalanya.Lihat saja apa yang berlaku di Pulau Pinang kini..

Walaupun pelbagai alasan diberikan namun dari fitrahnya rakyat sudah boleh mengagak apa sebenarnya yang sedang berlaku.

Perebutan kerusi kini sudah menjadi isu utama melibatkan DAPigs dan PKR di Pulau Pinang.Ditambah pula dengan tindakan Mansor Othman yang kebelakangan ini menjadi liabiliti kepada Rejim DAPigs maka sudah tentu Guan Eng dan barisan pimpinannya sesekali tidak mahu apa yang mereka miliki kini dirampas begitu saja.

Malah kini mereka menggunakan sentimen kerusi untuk calon Melayu dari DAPigs bagi membuat tuntutan terhadap PKR yang sebelum ini dimiliki mereka.Lihat kenyataan dibawah ,
DAP Melayu Pulau Pinang menggesa PKR memulangkan semula sekurang-kurangnya tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah diberikan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).
Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor yang ditemui Antarapos berkata ketiga-tiga kerusi yang diambil oleh PKR sebelum ini telah mengakibatkan DAP Melayu tidak meletakkan calon pada pilihan raya lalu.
Justeru kata beliau, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) merupakan masa yang paling sesuai untuk PKR membuktikan diplomasi yang ditunjukkan DAP Pulau Pinang sebelum ini dihargai.
“Sebelum wujudnya PKR, DAP Melayu Pulau Pinang telah wujud awal sebelum wujudnya PKR. DAP Melayu Pulau Pinang telah wujud (sejak tahun) 1994. Kita telah bertanding 13 kerusi (DUN) sehinggalah 2008 di mana kerusi-kerusi tersebut diserahkan untuk PKR bertanding.
“Itulah sebabnya mengapa tidak ada calon-calon Melayu dibariskan oleh DAP pada tahun 2008. Semua kerusi kita diserahkan kepada PKR dan sedikit untuk PAS.
“Daripada 13 kerusi yang diambil, apa salahnya kalau dipulangkan dua atau tiga kerusi..untuk agama, bangsa dan budaya Melayu.
“Sekarang waktunya, adakah jasa baik kita itu, kita punya diplomasi kepada PKR dan PAS itu dihargai?” katanya.
Tegas beliau, sekiranya PKR gagal berbuat demikian, ini akan menguatkan lagi dakwaan bahawa Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kepentingan peribadi serta tidak boleh bertolak ansur dengan rakan di dalam Pakatan Rakyat (Pakatan).
Tambahnya lagi, Anwar perlu bertolak ansur memandangkan sebelum ini DAP telah berbuat demikian berdasarkan semangat kerjasama yang dijalinkan dalam Pakatan Rakyat bersama-sama parti komponen lain.
“Sekiranya beliau (Anwar) tidak mahu memulangkan semula kerusi-kerusi tersebut, ia mencerminkan yang beliau mempunyai kepentingan peribadi..tak boleh..itu tidak boleh.
“Dia mesti berkompromi...kalau kita boleh berkompromi pada PRU13, salahkah jika kita minta semula dua atau tiga kerusi?” soal Zulkifli yang tewas pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP baru-baru ini pada Kongres ke-16 parti itu di Pulau Painang.Baca Seterusnya.
Dalam masa yang sama tuntutan daripada Rejim DAPigs tersebut mendapat maklum balas daripada orang kuat PKR di Pulau Pinang , siapa lagi kalau bukan Mansor Othman yang MENAFIKAN dakwaan daripada Ahli Jawatankuasa DAPigs Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor.Lihat kenyataan di bawah ,
Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menafikan dakwaan bahawa partinya telah "mengambil" kerusi rakan komponen sehingga mengakibatkan calon Melayu gagal diketengahkan oleh DAP pada pilihan raya umum yang lalu.
Menurut beliau, tuduhan bekas Ahli Jawantakuasa DAP Zulkifli Mohd Noor mengenai perkara itu adalah tidak berasas.
"Mana ada (PKR) ambil kerusi DAP Melayu, tidak ada. Itu tuntutan yang mengarut," katanya ketika dihubungi.
DAP sebelum ini dipalitkan dengan kegagalan mempamerkan imej parti pelbagai kaum apabila kesemua lapan calon Melayu kalah dalam merebut 10 tempat dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dilaksanakan menggunakan dakwat kekal.
Walau bagaimanapun Zairil Khir Johari dan Senator Ariffin SM Omar dilantik menganggotai CEC.
Sementara itu mengenai perkembangan terbaru bahawa Mansor bakal menjadi calon PKR untuk kerusi parlimen Nibong Tebal yang diumumkan Anwar, Timbalan Ketua Menteri Kedua Pulau Pinang itu enggan mengulas.
Sebaliknya Mansor menyerahkan perkara tersebut kepada kuasa penentu kepimpinan.
"Itu tak tahu lah bergantung kepada pucuk pimpinan," jawab beliau ringkas.
Bayangkan dalam keadaan sesama mereka ( Pakatan Haprak  ) pun perebutan sebegini berlaku , bagaimana pula sekiranya mereka mendapat kuasa menjadi kerajaan persekutuan ? Itu belum masuk bab PAS parti pencacai dalam Pakatan Haprak !

Agaknya apa yang bakal berlaku kepada PAS sekiranya Pakatan Haprak berkuasa ? 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels