Followers

Wednesday 16 January 2013

KECOH Nik Aziz Kena Penampar Dengan Guan Eng ?!

Gambar Hiasan
Kalau mulut sendiri pun dah tak boleh nak jaga macam mana dengan perjuangan ? Lagi teruk kalau dah guna agama sendiri , inilah musibah yang harus di tanggung oleh rakyat khususnya mereka yang beragama Islam apabila sikap sesetengah pemimpin PAS yang langsung tak memikirkan tentang kesan jangka panjang apabila mengambil mudah setiap perkara.

Hari ini kita dapat lihat bagaimana mereka yang mencetuskan polemik ini boleh dengan selamba sahaja berdiam diri dan membiarkan pencacai yang selama ini menyembah mereka terkial-kial cuba bangun setelah dihentam oleh rakyat dan orang sendiri.

Mana maruah pemimpin yang kononnya memperjuangkan Islam ? 

Baca kenyataan di bawah ,
Sekumpulan 15 wartawan yang menghadiri sidang media Ketua Menteri Lim Guan Eng di sini pada Selasa gagal mendapatkan reaksi beliau mengenai isu kalimah 'Allah' dan keputusan PAS menolaknya.
"Ramai wartawan yang hadir dan saya perlu hati-hati cakap," katanya sebelum memberi kenyataan mengenai cadangan kerajaan negeri untuk menawarkan tender bagi projek pembangunan dan pengurusan tanah kerajaan negeri di Sandiland Foreshore di Jalan C.Y Choy.
Selepas memberi kenyataan mengenai projek itu, Lim dengan suara yang perlahan tanpa menggunakan pembesar suara berkata: "Ada apa-apa soalan tak?" sebelum bingkas bangun dan beredar.
Bagaimanapun, pada Isnin seorang wartawan dikatakan telah bertanya soalan serupa dan Lim berkata beliau tidak akan memberi sebarang komen secara lisan tetapi akan menjawabnya secara bertulis bagi mengelak sebarang spekulasi.
Isu kalimah Allah ini dibangkitkan oleh Lim dalam ucapannya sempena Krismas lepas yang menggesa kerajaan persekutuan membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan 'Allah' dalam Bible bahasa Malaysia.
Kenyataan Lim itu kemudian mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk pihak Istana Selangor, namun pemimpin parti-parti sekutu pembangkang termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat serta ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyetujuinya.
Bagaimanapun, pendirian Nik Aziz berputar 360 darjah apabila bukan hanya tidak bersetuju dengan kenyataan Lim, malah berkata kalimah Allah hanya merujuk kepada Tuhan yang satu, dan tindakan menggunakannya bagi agama lain adalah mengarut. - BERNAMA  
Walaupun Guan Eng tidak langsung menyentuh apatah lagi menampar Nik Aziz secara realiti , kenyataan diatas jelas menunjukkan betapa Guan Eng licik dalam satu perkara.

Beliau langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu kalimah Allah sebaliknya akan memberikan kenyatan bertulis bagi mengelak sebarang spekulasi.

Lihatlah betapa liciknya Guan Eng menangani isu ini berbeza dengan pimpinan PAS khususnya Nik Aziz yang  gopoh dan kalut untuk menyokong yang akhirnya menjadikan Nik Aziz sebagai pencacai Pakatan Haprak.

Apa pun semua pihak dah sedia maklum Nik Aziz ni ulama "chipsmore" kejap ada kejap tak ada..

Psstt kadang-kadang tak kena penampar pun kita dah boleh rasa sakit !!

MMI.

1 comment:

  1. Guang Eng Padri gereja mana? Kesian yg luluskan bible melayu dulu pun PAS jugak...kan..kan..kan...

    ReplyDelete

Labels