Followers

Friday 19 April 2013

Gomo Tarik Diri Anwar Serabut , Mazlan Dapat Sokongan Padu Seluruh Jentera BN !!! #PRU13 #PG13 #TolakPR


Pengumuman blogger papagomo menarik diri dari bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Permatang Pauh telah menyebabkan kem Anwar tersentak.

Sebelum ini melalui cakap-cakap orang-orang Permatang Pauh , jentera Anwar sudah berkira-kira dengan pertandingan 3 penjuru bakal memberikan kelebihan kepada Anwar namun kini segalanya bagai direntap-rentap kerana pertandingan kerusi parlimen Permatang Pauh bagi PRU13 nanti bakal menyaksikan calon PKR Anwar Ibrahim berentap satu lawan satu dengan calon BN Dr Mazlan Ismail.

Dari pengamatan MMI , pengumuman blogger papagomo memang kena dengan masanya malah kenyataan papagomo untuk memberikan sokongan penuh kepada Dr Mazlan Ismail bakal menyaksikan Anwar umpama cacing kepanasan.

Memetik kenyataan daripada blog papagomo beliau berkata "Saya berjanji sepanjang kempen PRU13 yang bermula 20 April sehingga 5 Mei nanti,saya akan bersama-sama dengan rakyat Permatang Pauh unttuk berkempen bagi memenangkan calon Barisan Nasional dan untuk kali ini,saya yakin Anwar boleh ditumbangkan dalam PRU13 ini."Baca Selanjutnya 

Dalam masa yang sama Dr Mazlan Ismail yang kini telah bersedia bagi menentang Anwar Ibrahim juga berkeyakinan untuk menumbangkan Anwar Ibrahim.


Untuk makluman semua , Dr Mazlan merupakan bekas pengarah strategik PAS dalam dua pilihanraya umum sebelum ini dan hampir pasti beliau tahu selok-belok gerak kerja jentera serta strategi pembangkang dalam menghadapi PRU13.

Anwar sudah pasti akan terus bertahan dan percayalah pertahanan Anwar kali ini bakal dirobek oleh seluruh jentera serangan paling padu pernah diturunkan di Permatang Pauh.

Apa pun semuanya terletak di tangan pengundi Permatang Pauh , buatlah pilihan yang terbaik kerana peluang kini terhidang di depan mata.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels