Followers

Wednesday 24 April 2013

Siapa Ganti Jasmin Di Sungai Dua N05


Barisan Nasional kini menampilkan muka baru di N05 Sungai Dua Tasek Gelugor menggantikan Dato Jasmin Mohamed yang selama ini telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk Sungai Dua.Tidak di nafikan Dato Jasmin sememangnya seorang pemimpin hebat yang cukup di senangi oleh rakyat.

Namun bagi PRU13 kali ini , Dato Jasmin akur dengan keputusan pucuk pimpinan untuk memberikan ruang dan peluang kepada muka baru iaitu saudara Muhamad Yusoff Bin Hj Mohd Noor anak tempatan Pekan Darat dalam KADUN Sungai Dua.

Saudara Muhamad Yusoff Bin Hj Mohd Noor merupakan ahli UMNO yang banyak pengalaman dalam dunia politik di Tasek Gelugor.Beliau telah terlibat dalam jentera UMNO semenjak 1985 dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Cawangan,AJK Pergerakan Pemuda Bahagian dan juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Tasek Gelugor,AJK UMNO Bahagian Tasek Gelugor dan beberapa jawatan lagi sehingga kini.

Muhammad Yusoff yang lahir pada tarikh 30 Mac 1963 kini berusia 50 tahun dan telah berkahwin dengan Norashikin Binti Hamid dan telah dikurniakan dengan 4 orang anak.

Beliau mempunyai kelulusan Diploma Pengurusan & Perindustrian Ladang serta Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Pengurusan Pembangunan.Selain dari itu saudara Muhammad Yusoff mempunyai kemahiran dalam dibang pertanian,pengursan projek dan kewangan,pentadbiran,pengurusan jenazah serta perhubungan dalam masyarakat.


Berikut merupakan biodata calon N05 Sungai Dua Tasek Gelugor

Latar belakang pendidikan ,

  1. Sekolah Rendah Kebangsaan Hashim Awang ~ 1970 – 1975.
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn ~ 976 – 1978.
  3. Sekolah Menengah Teknik Alor Setar ~ 1979 – 1980.
  4. Universiti Teknologi MARA (UiTM), Arau ~ 1982 – 1984.
  5. Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok ~ 2000 – 2003.
LATAR BELAKANG KERJAYA DAN PENGALAMAN KERJA
  1. Bertugas sebagai Pengurus Besar di Pertubuhan Peladang Kawasan Selama Perak, Perak Darul Ridzuan dari 4 November 1985 hingga 31 Mei 1992.
  2. Bertugas sebagai Pegawai Urusan Pendaftar di Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Pulau Pinang dari 1 Jun 1992 hingga 1995.
  3. Bertugas sebagai Tmbalan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Pulau Pinang  1 Julai 1995 hingga 31 Disember 1995.
  4. Menjawat jawatan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Penaga dari 1 Januari 1996 hingga 31 Mei 1997.
  5. Menjalankan tugas sebagai Pembantu Khas kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dari 1 Jun 1997 hingga 31 Mei 1999.
  6. Bertugas di Pertubuhan Peladang Kawasan Lahar Bubu sebagai Pengurus Besar  dari 1 Jun 1999 hingga  30 Oktober 2000.
  7. Bertugas sebagai Pegawai Urusan Pendaftar di Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Pulau Pinang dari 15 Januari 2004 hingga 31 Mac 2004.
  8. Bertugas sebagai Eksekutif Simpanan Dan Kredit, Bahagian Perniagaantani & Industri di Lembaga Pertubuhan Peladang Kuala Lumpur dari 1 April 2004 hingga 18 Oktober 2004.
  9. Menjalankan tugas sebagai Pengurus Eksekutif di Yayasan Pelajaran Peladang (YPP) di Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dari 18 Oktober 2004 hingga 31 March 2006.
  10. Memegang jawatan sebagai Ketua Komponen LPP di Projek Kerian Sg Manik (IADP) dari 1 April 2006 hingga 31 Disember 2008.
  11. Memegang jawatan Timbalan Pengarah/Ketua Cawangan Pembangunan LPP Negeri Perlis mulai 1 Januari 2009 hingga 15 Mei 2010.
  12. Menjalankan tugas sebagai Pengurus Besar PPK Penaga mulai 15 Mei 2010 hingga sekarang.  

LATARBELAKANG POLITIK
  1. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Caw. Pekan Darat ~ 1985 – 2002.
  2. Penasihat Pergerakan Pemuda UMNO Caw. Pekan Darat.
  3. Pengerusi Pemuda KADUN Telok Air Tawar ~ 1996 – 1999.
  4. AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bah. Tasek Gelugor ~ 1988 – 1992.
  5. Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bah. Tasek Gelugor   ~ 1992 – 1996.
  6. Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bah. Tasek Gelugor ~ 1997 – 1999.
  7. Pengerusi Gerak Gempur Pergerakan Pemuda UMNO Bah. Tasek Gelugor   ~ 1997 – 1999.
  8. AJK Biro Hal Ehwal Pengguna Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia  ~ 1993 – 1998.
  9. AJK Biro Hal Ehwal Pengguna Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang ~ 1993 – 1998.
  10. Ketua UMNO Cawangan Pekan Darat mulai Jun 2008 hingga sekarang.
  11. AJK UMNO Bahagian Tasek Gelugor mulai Oktober 2008 hingga sekarang.
  12. Naib Pengerusi Biro Agama dan Pembangunan Insan UMNO Bahagian Tasek Gelugor ~ Oktober 2008 hingga Mei 2009.
  13. Naib Pengerusi Biro Penerangan UMNO Bahagian mulai Mei 2009 hingga sekarang.
  14. Pengerusi Pusat Daerah Mengundi Pekan Darat ~ Januari 2011 hingga sekarang.
  15. Pengerusi War Room Jentera Pilihanraya Parlimen Tasek Gelugor bagi tahun 2012.
  16. AJK Jawatankuasa Pembangunan Cawangan UMNO bagi KADUN Telok Air Tawar tahun 2008 hingga sekarang.
PENGLIBATAN DALAM BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) DAN SOSIAL
  1. Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Caw. Gelong Bubu ~ 1980 – 1985.
  2. Penasihat Gerakan Belia 4B (M) Caw. Gelong Bubu ~ 1985 – 1999.
  3. AJK Gerakan Belia 4B (M) Kaw. Tasek Gelugor ~ 1980 – 1985.
  4. Pengerusi Tetap Gerakan Belia 4B (M) Caw. Gelong Bubu ~ 1997 – 2000.
  5. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK)    Pekan Darat ~ 1996 – 1999.
  6. Setiausaha Pakatan Pinggan Mangkuk Kampung Gelong Bubu.
  7. Pengerusi AJK Bertindak Kampung Tradisional PERDA Pekan Darat  ~ 1996 – 1999.
  8. Pengerusi Perpustakaan Desa Pekan Darat ~ 1997 – 1999.
  9. Pengerusi Tabika KEMAS Pekan Darat ~ 1997 – 1999.
  10. Penasihat Kelab Bola Sepak Pemuda Pekan Darat & Kancil Perdana FC  ~ 1999 – 2000.
  11. Pengerusi K3P Pekan Darat ~ 1999 – 2001.
  12. Pengerusi Surau Gelong Bubu ~ 1995 – 2002.
  13. Penasihat Persatuan Tukang Besi, Jln. Hj. Murshid, Pekan Darat ~ 1996 – 2005.
  14. Pengerusi dan AJK Kawasan Rukun Tetangga Taman Seri Serdang, Kepala Batas ~ 2005 – Sekarang.
  15. Pengerusi Surau Al-Muttaqqin, Taman Seri Serdang, Kepala Batas  ~ 2005 – Sekarang.
  16. Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan   Kepala Batas dari April 2007 hingga March 2010.
  17. Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Warga (PIBW) IKM Beseri dari Januari 2009 hingga 2012.
  18. AJK Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong Persekutuan Kawasan Pekan Darat dari 2009 hingga sekarang.
  19. Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan LPP Negeri Pulau Pinang mulai Jun 2012 hingga sekarang.
  20. Pengerusi Kelab Pengurus Besar PPK Negeri Pulau Pinang mulai Mei 2011 hingga sekarang. 
ANUGERAH DAN PENGHARGAAN YANG DITERIMA
  1. Pingat Jasa Kebaktian (PJK) daripada TYT Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang pada tahun 1996.
  2. Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) daripada TYT Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang pada tahun 1999.
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perak pada tahun 1988.
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Pulau Pinang pada tahun 1996.
  5. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perlis 2009. 
Kepada seluruh rakyat dan pengundi khususnya di DUN Sungai Dua N05 marilah kita sama-sama memberikan peluang dan kepercayaan kepada saudara Muhamad Yusoff Bin Hj Mohd Noor selaku calon Barisan Nasional dalam PRU13 ini.

Seorang calon yang cukup merendah diri kini menawarkan diri untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan penduduk di Sungai Dua.Dalam masa yang sama beliau akan meneruskan legasi kepimpinan sebelumnya yang berjalan dengan begitu baik di bawah Dato Jasmin Mohamed bekas ADUN Sungai Dua.

Hidup BN !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels