Followers

Saturday 4 May 2013

KEGILAAN Pembangkang Sudah BERMULA !!! #PRU13 #PG13 #TolakPR


Hari terakhir sebelum proses pengundian bermula seawal jam 8.00 pagi esok cukup mendebarkan malah suasana kali ini meriah dan penuh dengan kontroversi.Sejak pagi tadi MMI dan beberapa rakan sewaktu melakukan sedikit urusan dapat melihat dengan jelas kem-kem pembangkang mula menggerakkan jentera mereka bagi menimbulkan suasana bising dan provokasi.

Di salah satu laluan yang MMI lalui kelihatan juak-juak macai PAS mula mengedarkan risalah secara agresif kepada pemandu kenderaan dan ianya telah menyebabkan lalulintas menjadi sesak.MMI tak kisah sangat kalau nak edar risalah sekalipun namun tindakan berdiri di tengah-tengah jalan dan sisi jalan jelas mengganggu urusan orang lain yang terperangkap dalam kesesakan tersebut.





Seperkara yang harus ampa semua perhatikan adalah juak macai PAS menggunakan petugas bawah umur.Lihat saja dua budak berbaju oren dan hitam tersebut melihat mereka sahaja kita dah boleh menggagak mereka bukannya pengundi.

Selain dari itu , di Seberang Jaya pula para macai Pakatan Haprak telah melakukan aksi-aksi provokasi dengan berdiri di sekitar bulatan utama berhampiran tapak ekspo Seberang Jaya.





Inilah sebenarnya sikap pembangkang dan macai-macai mereka tidak pernah berubah semenjak dulu dan sudah semestinya semua ini di rancang.Apakah ini politik yang kita mahukan ? Jalanraya rasanya tak boleh dipisahkan dengan pembangkang..

Ingatlah ini baru permulaannya...

MMI.

1 comment:

  1. Ckup la..blog ni makin..dasyat..jgn racun...jgn mgutuk..islam bkn begini..mnunding jari..plz..klu pas salah tegur..jgn mburukkn lg..peace no war

    ReplyDelete

Labels