Followers

Tuesday 14 May 2013

Lagi Pemimpin UMNO Bersuara !!!


Pertamanya jangan sesekali ada mana-mana pihak yang menyalah anggap kenyataan daripada Ahli Parlimen Kepala Batas ini kerana ianya dibuat demi kelangsungan dan m aruah perjuangan UMNO dan Barisan Nasional.Malah sebelum ini MMI sendiri pun sudah mengeluarkan kenyataan yang sama khususnya tentang hala tuju iklim politik UMNO dan Barisan Nasional di Pulau Pinang Baca Sini 

Kini perkara yang hampir sama disuarakan oleh YB Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican , Ahli Parlimen Kepala Batas apabila melihat geopolitik di Pulau Pinang yang perlukan satu perubahan secara drastik.

Faham dan akur bahawa untuk PRU13 ini pengundi kaum Cina tidak memihak kepada Barisan Nasional maka Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata satu pembaharuan perlu dilakukan bagi memastikan BN masih relevan dan diterima baik oleh penduduk negeri ini.

Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang wajar memberi peluang kepada UMNO untuk mengetuai barisan kepimpinan parti itu bagi memulihkan kepercayaan rakyat di negeri ini.

"Pada pandangan peribadi saya, kepimpinan BN negeri wajar diserahkan kepada UMNO kerana ini sudah masuk dua penggal selepas Pilihan Raya Umum ke-12 dan ke-13) MCA dan Gerakan di Pulau Pinang ditolak oleh pengundi Cina.

"Jadi adalah wajar sekiranya kepimpinan tertinggi BN memberi peluang kepada Umno negeri untuk menerajui BN Pulau Pinang sebagai satu cara untuk memulihkan semula sokongan rakyat termasuk kaum Cina kepada BN," katanya di sini, hari ini.

"Memang secara tradisinya jawatan pengerusi BN negeri diberikan kepada GERAKAN tetapi kita tidak harus terikat dengan tradisi itu...realitinya BN negeri perlu diberi suntikan semangat baru," katanya.sumber 

MMI amat bersetuju dengan pandangan tersebut kerana sudah sampai masanya perubahan di lakukan.Malah dalam masa yang sama di sinilah kita dapat melihat sejuauh mana keikhlasan rakan-rakan komponen dari bangsa lain khususnya kaum Cina untuk melihat Barisan Nasional kembali pulih.

Bukan sesuatu yang mudah kerana faktor jumlah penduduk kaum Cina yang mengatasi populasi kaum lain di Pulau Pinang tetapi sesuatu harus di lakukan.

Yakin dan percaya pasti akan ada tentangan dari mana-mana pihak namun biarlah ianya berlaku sekarang daripada ianya wujud dan berlaku sekali lagi dalam masa 5 tahun yang akan datang.

Jangan lupa UMNO dan kerajaan Barisan Nasional sudah melakukan yang terbaik untuk penduduk Pulau Pinang namun kerana kaum Cina kini semakin tamak maka mereka sudah pun bersuara dan suara ini harus kita faham dan dengar.

Sikap tamak mereka ini mampu menggugat hak bangsa Melayu dan kaum lain di bumi bertuah Malaysia ini.

Kepada kaum Cina MMI nak ucapkan ribuan terima kasih kerana ampa sudah menjawab persoalan yang bermain di fikiran MMI sejak lama dulu ... Sory bro... #Malay First Chinese Last.

MMI.

1 comment:

Labels