Followers

Friday 10 May 2013

Sudah Sampai Masanya Khairy Di Masukkan Ke Kabinet !!!


Biar apa pun yang berlaku MMI melihat YB Khairy Jamaluddin adalah pemimpin generasi baru yang mempunyai cukup package sebagai seorang pemimpin dan pejuang.Beliau yang sejak 2008 lalu walaupun tidak diberikan apa-apa jawatan dalam kabinet tetap meneruskan perjuangannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia malah tetap setia bersama UMNO khususnya kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apa saja tohmahan yang dilemparkan kepada beliau tidak mampu menggugat keupayaan anak muda ini mengharungi apa yang MMI labelkan sebagai medan peperangan politik.

Sama ada dari pasukan pembangkang mahupun mereka-mereka yang mungkin mempunyai kepentingan tertentu setiap serangan mampu dipatahkan oleh Khairy Jamaluddin hanya melalui keupayaan yang beliau miliki.

Maka bagi MMI ini adalah masa yang paling sesuai untuk kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak memilih Khairy Jamaluddin sebagai salah seorang pasukannya kerana corak dan geopolitik negara yang akan datang amat hebat.

Malah dalam masa yang sama Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau sedia menyertai Kabinet yang bakal dibentuk Datuk Seri Najib Tun Razak dalam apa sahaja peranan yang boleh membantu perdana menteri.

"Saya menawarkan diri untuk saya memainkan peranan, apa sahaja peranan yang boleh bantu beliau (perdana menteri) dan saya serah kepada beliau untuk menentukannya," katanya ketika ditanya mengenai gesaan sesetengah pihak supaya beliau mewakili suara Pemuda dalam Kabinet baru yang bakal dibentuk.

Anggota Parlimen Rembau itu ketika ditemui selepas menjadi tetamu program 'Helo Malaysia' BernamaTV semalam, menegaskan bahawa bukan soal kehadiran Pemuda dalam Kabinet sahaja yang penting, tetapi perlunya mempunyai pasukan yang mantap dan bersedia untuk melakukan transformasi.

"Saya harap perdana menteri akan memilih pasukan yang memahami transformasi dan bersedia untuk melaksanakannya," jelas beliau.

Khairy berkata, pasukan itu perlu memahami kehendak sebenar perdana menteri untuk membawa transformasi bukan dari segi luaran, tetapi dari segi hakiki, besar pengisiannya (dan) berbeza daripada Kabinet dahulu.

Khairy tidak memegang apa-apa jawatan dalam barisan pentadbiran kerajaan atau jemaah menteri sebelum ini.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas, Khairy menang dengan majoriti 18,357 di Rembau, meningkat berbanding PRU12 sebanyak 5,746 undi majoriti.

Khairy mendapat 43,053 undi manakala calon PKR Radzali A. Ghani mendapat 24,696 undi dan Abdul Aziz Hassan (Bebas) memperoleh 325 undi. 

Sebagai anak muda dah lama MMI perhatikan beliau dan MMI yakin Khairy Jamaluddin mampu menyumbang kepada kekuatan kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

MMI.

10 comments:

  1. Khairy boleh masuk kabinet, cuma sebagai timbalan menteri dan perlu pemantauan yang teliti dari DSN Najib, sbb banyak perkara yang dikaitkan dengan beliau sehingga kejatuhan BN pada 2008.

    ReplyDelete
  2. A BIG NO !!!!

    Kesalahan yang amat besar untuk di maafkan kecuali pulangkan semua 'aset' umno dan kerajaan.

    START FROM FRESH

    ReplyDelete
  3. Khairy merupakan bakal kepimpinan masa depan .. adalah satu kerugian pada negara sekiranya umno tidak mengambil langkahan sewajarnya untuk mengilap bakat anak muda berpotensi ini !!!

    Aku tak tahu nak kata apa lagi kerana beliau layak untuk menerima segala kepujian .. go Khairy go !!!

    ReplyDelete
  4. UMNO ditolak pada GE12 kerana KJ... UMNO hilang kuasa pada GE14 akan datang "PASTI KERANA DIA"... Kalo DS Najib lantik KJ dalam kabinet, Insyaallah satu family aku join PAS...

    1) Siapa yg membebaskan DSAI dari penjara?
    2) Siapa yg memulangkan & hantar ke rumah secara personal Pasport DSAI?
    3) Adakah mereka2 ini teruk dibelasah oleh PR/DSAI selepas DSAI dibebaskan?
    4) Berapa banyak mereka2 ini dikecam oleh seluruh ahli/jentera/cai2 PR? Tiada kan.. kan.. kan..

    Kesimpulan tiada satu serangan & kecaman dilemparkan oleh puak2 PR terhadap mereka (sedangkan dia adalah KETUA PEMUDA UMNO) sehingga kini baik dari kem PAS, PKR & DAP. Kalo ada sekali pon bukan terhadapnya tetapi hanya ditujukan kepada bloger2 unit media baru... BETUL KE TIDAK?

    Sehingga kini aku SANGAT PASTI ada "PERJANJIAN SULIT TELAH DIMETERAI ANTARA MEREKA" semasa pembebasan DSAI....

    ReplyDelete
  5. Bagi aku ciri2 kepimpinana yg perlu ada adlh or yg lantang bersuara dn mempu mematahkan hujah2 pembankang.. 3 org yg layak bagi aku utk jd pemimpin ialah khairi, datuk seri muhammad (ketua menteri n9) n sorg lagi fathul bari...

    ReplyDelete
  6. NOW...it makes sense kenapa KJ boleh menang besar di rembau.

    Aku sekeluarga akan sokong PAS kalau Najib ambik seekor beruk ni masuk kabinet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dh masuk dh blogger red bean DAPigs. Kau nak sokong Pas sokong le beruk. Aku setuju dgn Anon 21:46. KJ wajar di beri jawatan menteri.
      "Buy Malaysian Chinese Last"

      Delete
  7. Khairy Jamaludin adalah seorang penyangak dan Penyamun semasa Dolah Bedawi. Tak layak di ambil dalam kerajaan .

    ReplyDelete
  8. anuar , pak lah dan kj ni seperti U scratch my back I scratch your back laaaa..nasib baik I tak sondol your back..

    ReplyDelete
  9. Orang yg tolong lobikan jawatan utk KJ ni dibayar agaknya

    ReplyDelete

Labels