Followers

Friday 10 May 2013

TERKINI Azmin UMUM Keluar Parti ??!!


Kemelut yang melanda PKR Selangor nampaknya semakin celaru dan Azmin Ali selaku Pengerusi PKR Selangor masih dengan pendiriannya tidak bersetuju dengan tindakan Anwar Ibrahim menggerakkan himpunan bantahan paling bodoh dalam sejarah politik negara.

Anwar jelas di lihat bodoh kerana tindakan beliau mahu membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan  hanya kerana keputusan PRU13 tidak memihak kepada Pakatan Haprak malah kebanyakkan yang hadir ke stadium kelanajaya bukanlah membawa suara majoriti rakyat.

Walaupun stadium kelanajaya boleh memuatkan 40 ribu kapasiti pengunjung , MMI mahu mengambil jumlah yang lebih besar iaitu 100 ribu yang hadir pada himpunan tersebut namun ianya masih dianggap minoriti kerana jumlah penduduk Malaysia mencecah 13 Juta orang.

Lihatlah bagaimana Anwar bijak memanipulasi keadaan kerana beliau tahu aku janji yang sudah dibuat untuk berundur dari arena politik perlu segera di selamatkan.

Maka di saat inilah Azmin Ali bingkas bangun menjadi batu penghalang kepada gerakan Anwar ini apabila mempersoalkan tindakan Anwar dan turut memboikot himpunan yang diadakan.

Anwar tekanan lagi , himpunan yang sepatutnya menjadi titik tolak kepada Malaysian Spring tidak menjadi kerana orang kepercayaannya sendiri bertindak sebaliknya.

Agak aneh dan pelik apabila dalam situasi ini Azmin Ali boleh bertindak sedemikian ? Ianya masih menjadi persoalan kepada MMI mengapa Azmin tidak mengambil peluang ini untuk sama-sama mengheret rakyat yang buta hati untuk terus menghuru-harakan negara ! Baca Sini 

Pagi ini merupakan detik yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan pemerhati politik kerana Azmin di beritakan akan mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan apa yang sedang berlaku sebenarnya.

Apakah Azmin akan mengumumkan keluar parti bersama-sama pengikutnya ? Apakah Azmin akan terus mengkritik Anwar Ibrahim kerana tindakan mahu mencetuskan huru-hara ?

Dan dari berita yang MMI terima , Azmin Ali akan terus kekal bersama PKR dan Anwar Ibrahim ! Azmin langsung tiada niat utk keluar dari PKR dan mengkhianati perjuangan PR. Beliau selaku Pengerusi PKR Selangor hanya mahukan kerajaan Selangor terus fokus kpd agenda utk memartabatkan kebajikan rakyat dan pentadbiran yg cekap dan telus yg diterima oleh setiap lapisan masyarakat di Selangor. 

"Kedah byk memberi pengajaran kpd kita. Belajarlah daripada kesilapan. Semoga kerajaan PR di Kelantan, Penang dan Selangor terus menjadi role model kpd negeri2 lain."

Satu lagi game dan lakonan mantop yang di mainkan oleh Azmin Ali di Selangor dan semuanya kerana kepentingan diri sendiri yang mahukan jawatan Menteri Besar Selangor.

Apakah Anwar antara tok dalangnya ?? Semuanya boleh berlaku bukan ?!!

MMI.

3 comments:

  1. Aku dah agak dah Azmin takkan keluar punya. Dia memang pengikut totok Anuwar sejak hari pertama lagi.

    ReplyDelete
  2. episod...1..nak boh tajuk apa yer...tulon sat..carik tajuk drawa swasta nih! tgk paper td..hero ajermin ni handsome plak...mgkn rambot dia kot..pesen baru..aron aziz i takut u xleh carik makan kt mesia ni..

    ReplyDelete
  3. Keluar saja Azmin kalu perlu. Kelak kamu akan di soal siapakah sahabat2 mu semasa di dunia yg fana ini..Apakah jawapan kamu ya Azmin..

    ReplyDelete

Labels