Followers

Tuesday 4 June 2013

Anwar Pertikai Titah YDP Agong ?? Masanya Dah Tiba !!!!


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, titah yang di-Pertuan Agong yang menggesa rakyat di negara ini menerima keputusan Pilihan Raya 2013 disediakan Jabatan Perdana Menteri (JPM), dan Pakatan Rakyat (PR) jelasnya bersedia menerangkan pendirian mereka berhubung protes menolak keputusan pilihan raya 5 Mei lalu.

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menitahkan pada Sabtu, semua pihak, tanpa mengira kaum dan kepercayaan, menyokong usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membaik pulih semula persefahaman kebangsaan.

“Kita tahu sistem Perlembagaan di negara ini, ucapan Yang di-Pertuan Agong dibuat Jabatan Perdana Menteri, kemudian disahkan oleh perdana menteri, seterusnya dihantar oleh Pejabat Perdana Menteri untuk pertimbangan Agong,” kata Anwar (gambar) kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Menurut Anwar lagi, PR juga bersedia menulis warkah bagi menjelaskan tindakan mereka kepada Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah serta menerangkan penipuan dan kecurangan yang berlaku dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kalau perlu kita boleh tulis warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, menerangkan kecurangan dan keterlaluan dalam sikap SPR, serta kemuki bukti penipuan yang nyata.

“Kami menghargai kenyataan oleh Agong, namun ucapan itu disiapkan kerajaan,” katanya.

Dalam titahnya, Seri Paduka mahu agar prinsip-prinsip seperti demokrasi berparlimen yang sihat dan matang, Raja Berpelembagaan sebagai teras kestabilan nasional, menghormati falsafah Persekutuan, meraikan kepelbagaian, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan memuliakan kedaulatan undang-undang dijadikan teras panduan kepada proses itu.

Bagi MMI inilah masa dan ketika paling baik untuk semua pihak termasuk YDP Agong untuk memastikan manusia bernama Anwar Ibrahim segera di kenakan tindakan dan rasanya lebih baik sekiranya di lucutkan kerakyatan sebagai warganegara Malaysia.

Anwar dengan jelas dan berniat telah menghina YDP Agong apabila mempertikaikan titah ucapan Tuanku dengan cuba mengaitkannya dengan politik.Anwar jelas cuba mewujudkan rasa benci rakyat bukan sahaja terhadap kerajaan Barisan Nasional tetapi juga telah mengheret institusi raja ke dalam kancah politik kononya YDP Agong menjadi alat politik kepada Barisan Nasional.

Ini merupakan satu penghinaan paling serius yang MMI rasakan amat tidak bertanggungjawab dan Anwar seharusnya di kenakan tindakan.

Jangan biarkan kerana ini satu penghinaan bukan sahaja kepada YDP Agong tetapi juga kepada kerajaan malah rakyat juga sebenarnya turut berasa terhina dengan apa yang telah Anwar Ibrahim lakukan.

Jangan Tunggu Lama-Lama !!!

MMI.

4 comments:

  1. Bahlul sungguh kenyataan tersebut..

    Bila masa pulak VVIP ( sesiapa sahaja yang berucap pada sesuatu majlis Rasmi ) akan tulis sendiri teks ucapan....
    Penganjur yang biasanya akan tulis...
    Tetapi pasti akan disemak oleh pihak-pihak tertentu....

    Kalau untuk PM....dah tentu Jabatan Perdana Menteri yang semak....

    Kalau MB....dah tentu SUK yang Semak....

    Kalau Raja atau Sultan...dah tentu..Protokol Istana yang semak...

    Dan yang paling Penting Teks itu diluluskan oleh Individu yang akan baca teks berkenaan...

    Sudah Pasti pihak berkenaan ( contoh : MB, PM, Raja ) akan baca dulu sebelum menghadiri majlis tersebut.....

    Kenyataan Abang Nuar tersebut seolah-olah mengatakan yang DYMA main redah baca je.....ini Satu Penghinaan buat DYMA....

    Hormatilah Raja Kita.....
    Malaysia Negara " Raja Berpelembagaan "

    ReplyDelete
  2. kau nak minta mamat tu hormat Raja..undang2 lagi dia lagi tak hormat...tu kawan dia kat turki sekarang kena belasah oleh rayat..

    ReplyDelete
  3. Anwar sudah GUBRA...tangkap saja bangkai ni...tapi Najib mana berani..aku kadang-kadang tak paham PM ni, tak payah lah berlembut dengan manusia yang macam gini dan dah berapa kali benda2 macam ni berlaku tapi tak ada action...apa jenis PM yang macam ni tiada ketegasan..patut lah kena pijak kepala. Jangan sampai rakyat meluat tengok PM yang lembik dan terus protess....why Najib...whyyyyyyy...

    ReplyDelete
  4. biar la anwar teriak macam2...lama2 dia boleh jadi GILA MAMPOS...bangkai busuk bakar kat api...

    ReplyDelete

Labels