Followers

Tuesday 4 June 2013

Anwar PETUALANG ~ Masyarakat India Harus SEDAR !!!


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai seorang yang tidak mempunyai kewibawaan kerana sanggup 'menikam' kaum India semata-mata mahu mengejar matlamatnya menjadi Perdana Menteri.

Penolong Setiausaha Kehormat Persatuan Telugu Malaysia, S. Sathiah berkata, beliau tidak terperanjat apabila Anwar sekali lagi akan 'meliwat' pengorbanan kaum India yang banyak berjasa sehingga membolehkan pemimpin parti pembangkang itu menang besar di Pulau Pinang dan Selangor.

Beliau turut menyifatkan Anwar sebagai 'raja segala penipu' apabila gagal mengotakan janjinya untuk membantu menyelesaikan isu-isu melibatkan kaum India.

Jelasnya, tindakan Anwar yang sering kali berdolak-dalik itu menandakan beliau seorang yang tidak boleh dipercayai kerana berjaya memperalatkan kaum India dengan hanya menabur janji kosong yang sengaja digembar-gemburkan bagi meraih sokongan rakyat.

"Kita ambil contoh isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang, apa sudah jadi dengan janjinya yang akan mempertahankan hak penduduk perkampungan setinggan itu,".

Menurutnya, Anwar bukan sahaja lupa dengan janjinya itu selepas pembangkang merampas Pulau Pinang daripada Barisan Nasional (BN), tetapi penduduk yang terbabit juga telah 'dihalau' oleh kerajaan DAP yang mahu membangunkan kawasan tersebut.


Beliau mengulas kenyataan Pemimpin Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf), P. Uthayakumar berhubung sikap Ketua Pembangkang itu yang dilihat hanya berminat mengejar undi kaum India berbanding menjaga kebajikan mereka.

Sathiah berkata, kaum India di negara ini berasa tertipu dengan janji-janji manis yang tidak pernah dikotakan dan kerana itu mereka beralih memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Anwar pernah menjanjikan dua tempat bagi jawatan Exco kerajaan negeri untuk kaum India sebelum pilihan raya lalu, namun setelah berjaya beliau gagal menunaikan janjinya.

"Sekurang-kurangnya, kerajaan BN mampu melaksanakan janjinya dengan melantik Pengerusi Hindraf, P. Waythamoorthy sebagai wakil kaum India," jelasnya.

Sementara itu, Presiden Gagasan Pelajar India 1Malaysia (1MISM), Mahaganapathy Dass turut menyelar tindakan Anwar yang gagal menunaikan janjinya kepada kaum India untuk mempertahankan kuil-kuil di Selangor daripada dirobohkan.

"Sejak pembangkang mengambil alih Selangor, kira-kira lapan buah kuil telah di robohkan, Anwar merupakan pemimpin yang bermuka-muka dan sering memperdayakan rakyat khususnya kaum India bagi meraih undi.

"Pemimpin bertopeng seperti Anwar perlu ditolak, sudah tiba masanya bagi kaum India bangun mempertahankan maruah mereka yang telah dipijak-pijak oleh Ketua Pembangkang itu," katanya.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels