Followers

Tuesday 18 June 2013

Bekas Setiausaha Politik Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Kini BEBAS


Datuk Norza Zakaria satu nama yang pernah menggemparkan dunia politik UMNO apabila di gantung keahlian oleh lembaga disiplin parti kerana di sabitkan dengan kesalahan rasuah pada 2009 kini bebas setelah menempuh penggantungan selama 5 tahun.

Baru-baru ini bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan akhirnya dikembalikan keahliannya sebagai ahli UMNO yang sah setelah dibebaskan dan dilepaskan dari sebarang tuduhan yang membabitkan dirinya dengan dua tuduhan rasuah bernilai RM3,400 di Mahkamah Sesyen di Temerloh pada 17 Jun 2010.

Kita mengenali Datuk Norza Zakaria sebagai salah seorang bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO bersemangat dalam memperjuangkan dan membuatkan Pemuda UMNO kelihatan tegas satu masa dulu. Beliau juga yang kita kenali sebagai pengasas Biro IT Pemuda UMNO Malaysia yang mula-mula sekali membangkitkan berkenaan pengurusan isu membabitkan blogger pro-BN. 

Tetapi nasib tidak menyebelahi beliau apabila didakwa dan dituduh atas politik wang untuk memenangi jawatan dalam pemilihan UMNO. Yang lepas biarlah berlalu namun dalam politik semuanya boleh berlaku. Rakan sekeliling yang kita percaya bagai menatang minyak penuh juga mampu menjadi musuh dalam selimut yang paling bahaya. Akibat terlalu percaya kepada rakan sendiri akhirnya Datuk Norza terperangkap dengan permainan yang dicipta oleh rakan seperjuangan.

Tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana setiap kepahitan yang dikecapi pasti akan datang kemanisan. Itulah yang dinamakan qada' dan qadar dari Allah. Sudah tidak perlu mencari salah atau menyalahkan orang lain. Harap Datuk Norza meneruskan kesinambungan berkhidmat dalam parti seperti sebelum-sebelum ini.

Satu perkara yang menarik tentang bekas Setiausaha Politik Menteri Kewangan Kedua dahulu, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop adalah sikap beliau yang tidak pernah menyerah kalah, tidak mudah berputus asa, banyak bersabar dan yang paling penting terus setia kepada parti itu sendiri yang membuatkan beliau kelihatan hebat. Sikap tak cepat melenting dengan segala tuduhan dan patuh menerima hukuman perlu ada dalam setiap ahli UMNO sekarang. Mungkin tidak berat jika di letakkan Datuk Norza sebagai contoh pemimpin yang tahap kesetiaan kepada parti adalah 100% dan contoh pemimpin terbaik yang boleh dibuat icon atau role-model khusus kepada barisan Pemuda UMNO.

Jika perkara ini berlaku kepada pemimpin lain, mungkin sebilangannya akan melenting dan lebih tidak mustahil akan melompat parti mencari nyawa baru. Sikap kekecawaan pemimpin UMNO yang sudah selesa di atas membuatkan ramai pemimpin yang tidak ikhlas membela nasib rakyat keluar parti setelah tidak mendapat apa-apa jawatan dan pangkat. Contoh sudah banyak dan contoh yang paling dekat dengan kita adalah bekas Menteri Besar Selangor sendiri, Mohammad Taib.

Memandangkan pemilihan parti juga sudah semakin dekat rasanya tidak ada halangan jika Datuk Norza hendak bertanding sekalipun kerana memang dia layak. Lagi pun PM Najib sendiri dulu pernah menyuarakan bahawa suara ORANG MUDA adalah suara keramat jadi berilah peluang kepada barisan orang muda untuk bersuara di Mesyuarat Majlis Tertinggi. 

Episod baru perjalanan karier politik Datuk Norza bakal kembali. Kita mahu lihat pengasas Biro IT Pemuda UMNO ini seiring dan sejalan bersama blogger-blogger dan pengamal media sosial pro-BN bagi memastikan BN akan terus kekal menerajui Malaysia.sumber 

MMI sempat mengenali Datuk Norza sewaktu pilihanraya ke 12 yang lalu dan beliau di perakui sebagai seorang pemimpin yang tegas malah komited dalam melaksanakan tugasnya.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels