Followers

Wednesday 19 June 2013

Faizal Tahir Kena GAM ?? Memang Benarlah MEROYAN Lebih !!!


Semalam sahabat blog MPP ada mengeluarkan cerita tentang mamat superman ni..Siapa yang tak kenal dengan mamat superman ni ye tak , dulunya pernah menggemparkan dunia hiburan apabila dia buat gila atas pentas buka baju semua.Mungkin masa tu terlalu obses kot dah ingat jadi penyanyi kat Malaysia ni macam penyanyi di luar negara sana . 

sekarang ni macam-macam dok meroyan katanya kena banned dengan pihak-pihak tertentu siap curah perasaan dalam tweeter lagi.Ada juga yang kata sebab dia ni dok ikut puak-puak pembangkang.Ish ni mesti kes nak salahkan kerajaan lagi ni . Baca Sini 

MMI pun sambil-sambil dok pekena kopi petang-petang ni belek-belek la tengok betul ka mamat ni kena banned ! Belek punya belek last sekali jumpa laa dia bukan kena banned beb !!!
Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar tampil menafikan laporan yang mengatakan Faizal Tahir telah di’gam oleh stesen televisyen di’bawah Media Prima.
“Siapa yang mainkan isu ini? Saya pun tidak tahu ada timbul cerita begini. Apa yang anda dengar itu tidak benar sama sekali”
“Kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Faizal Tahir telah di’gam oleh semua stesen televisyen milik Media Prima. Dia masih lagi artis naungan Monkey Bone. Orang di luar sana boleh buat sebarang spekulasi, tetapi saya nafikan perkara ini,” jelas Ahmad Izham Omar.
Sementara itu pengurus peribadi Faizal Tahir, Jeff Wai mengatakan yang penyanyi itu belum bersedia untuk membuat sebarang kenyataan & beliau sendiri tidak pasti sama ada laporan sebelum ini benar atau tidak.sumber 
Habis yang mamat ni dok meroyan tu kenapa ???? MMI rasa mungkin sebab kurang undangan buat persembahan kot.Macam ni lah kalau dah orang tak mau undang buat persembahan jangan la kita dok main tuduh tak ketahuan.Bukan salah sapa-sapa jadi lagu tu dah orang tak mau nak buat lagu mana !!!

Sendiri mau reti lah...

MMI.

3 comments:

  1. da xde show jadi ustaz dalam pas kompom kaya...fitnah kerajaan,,kutuk2 kerajaan,,kompom pas amek..

    ReplyDelete
  2. Salah ke kalau di 'gam' artis macam ini , bukan dia seorang sahaja artis yang ada dlam industri hiburan..
    tak perlu sayang pada mereka mereka ini, sebelum jadi artis pun mereka pandai cari makan dan jika takl ada job sebagai artis pun mereka boleh hidup.

    Gam ssaja , takl payah beri alasan ,

    ReplyDelete
  3. la...kan Pas dah tubuhkan lajnah kesenian . jadikanlah platform untuk menghibur .

    ReplyDelete

Labels