Followers

Saturday 15 June 2013

PANAZZ Lagi Insiden RUNTUH Selepas Jambatan & Menara UMNO !!!


Tu dia lagi insiden runtuh setelah 2 kejadian sebelum ini yang benar-benar menggemparkan di Pulau Pinang.Malah seluruh rakyat Malaysia sebenarnya turut terkejut dengan apa yang berlaku apatah lagi ianya melibatkan kehilangan nyawa.Baca SINI & SINI.

Apa pun insiden runtuh yang bakal MMI catatkan nanti rasanya sedasyat kejadian runtuh sebelum ini malah mungkin lebih teruk dari itu.Paling pasti gambar kat atas sana tu hanyalah sekadar hiasan dan insiden runtuh ini bukannya melibatkan sebarang menara mahupun mana-mana kerja-kerja pembinaan.

Runtuh yang MMI maksudkan adalah MORAL anak-anak muda hari ini yang pada pandangan MMI harus juga di berikan perhatian serius seperti mana kita memberikan perhatian terhadap insiden-insiden yang MMI catatkan diatas.




Bukan itu sahaja dunia penuh glamour para artis juga turut menyumbang kepada insiden RUNTUH ini.Buat sedikit carian di bawah label artis di blog MMI anda akan menyaksikan antara ragam para artis yang kadang-kalanya menjelekkan kita khususnya orang-orang Melayu dan beragama Islam.

Terkini adalah perihal seorang artis yang tak kurang hebat seksinya sampaikan ke tahap......Huh tengok dan baca sendirilah !!



Mungkin akan ada yang kata MMI ni dok busy body ape hal ? Bukan busy dik , MMI cuma menjalankan kewajipan untuk menyedarkan mereka yang mungkin kini alpa tentang siapa kita.Kalau ada yang nak marah-marah tu MMI terima sekurang-kurangnya MMI bersuara.

Psst sayangkan kalau negara dah maju tapi bangsa kita makin RUNTUH ?!!

MMI.

1 comment:

  1. Dik, jangan takut bersuara.

    Kita orang Islam, WAJIB bersuara. Kalau kita diam, depan Allah di Mahsyar nanti, mata dan mulut kita akan bersuara bagi pihak kita, time tu dah tak boleh nak auta... tak boleh nak konar baring ape dah.

    Waktu tu mata, telinga, mulut dan semua anggota badan akan bercakap sejujur-jujurnya tentang KENAPA KITA TAK MENEGUR MAKSIAT DILAKUKAN DEPAN MATA.

    Dik,
    Jawapan yg diberikan oleh artis tu memang jawapan klise semua orang yang masih ingin melakukan maksiat.

    "Saya tak hipokrit"
    "Orang yg bertutup litup tu pun lebih jahat lagi".... dan sebagainya.
    Dari akak muda sampai dah tua, itulah jawapan yg akak selalu dengar.

    Kepada pembaca semua (yg beragama Islam):

    Hipokrit bermaksud berpura-pura (pretending to be whom you are not).
    - dalam agama Islam, walau hati kita rasa gatal sangat nak buat maksiat (berpakaian begitu juga dianggap satu 'maksiat'), namun jika iman masih ada dalam diri dan anda tahu yg apa yg anda nak sangat buat tu adalah 'maksiat', maka anda WAJIB sedaya mungkin menahan diri dari melakukannya.
    Anda tidak hipokrit hanya kerana anda MENAFIKAN kemahuan nafsu anda. Ini dinamakan JIHAD melawan hawa nafsu.

    Dan jika ada orang menegur, kita TIDAK BERHAK marah kerana MEREKA WAJIB MENEGUR. Mereka tegur kerana mereka sayangkan kita (mereka tak mahu kita dibakar dalam neraka Jahannam) dan kerana mereka TAKUT KEPADA ALLAH.

    Pasal orang bertudung litup juga berbuat jahat:
    Bertudung litup adalah tuntutan agama bagi wanita muslim yg telah akil baligh. Bertudung litup bukan bermakna wanita tu solehah. Soleh atau tidak seseorang tu terserlah pada amal ibadahnya.

    Ramai orang yang jadi pembunuh, perompak, pencuri dan sebagainya, saya lihat mereka semua berpakaian lengkap ketika melakukan jenayah tu. Pakaian mereka sama aje macam lelaki-lelaki soleh yg tetap amal ibadahnya.

    Jadi, apa yg membezakan mereka? Amal ibadah.

    Pihak media aje yang sering memberi label itu dan ini. Asal pakai tudung aje (tapi pakai baju ketat macam kulit nangka) terus diberi gelaran muslimah.

    Padahal, perkataan 'muslimah' hanya bermaksud 'wanita Islam'. Kalau tak pakai tudung sekalipun, selagi dia mengaku 'Tiada Tuhan yg boleh disemnbah selain dari Allah DAN Nabi Muhammad itu adalah Rasul Allah' maka, muslimah la dia.

    Saya sedih tengok perlakuan atas bas Rapid tu. Kenapa takde penumpang Islam lain tegur?

    ReplyDelete

Labels