Followers

Tuesday 18 June 2013

PANAZZZ Antara 7 Hari & 48 Jam , Apa Sebenarnya Yang Berlaku Di Selangor ?!!


Rasanya ramai yang dah sedar dan tahu tentang kemelut yang berlaku di Selangor melibatkan Ketua Pemuda UMNO Negeri dengan seorang blogger yang baru-baru ini membuat pendedahan tentang punca kekalahan UMNO dan BN di Selangor dalam PRU13 yang lalu.

Membacanya sahaja sudah cukup untuk MMI simpulkan pendedahan yang di buat oleh blog inigoblogpolitik bakal meletup kerana pendedahan itu bukan calang-calang pendedahan.Baca Sini 

Rentetan dari kenyataan tersebut telah mengakibatkan Ungku Salleh Ketua Pemuda Selangor membuat laporan polis bagi membersihkan namanya kerana dikaitkan dengan kenyataan beliau yang menyatakan Dato' Seri Ir Mohd Zin Mohamed menerima sejumlah wang dari Anwar Ibrahim untuk memastikan UMNO dan BN kalah di Selangor.

Satu tuduhan yang MMI anggap cukup serius kerana sudah pasti sekiranya ianya benar maka mereka yang terlibat itu adalah pengkianat yang harus kita hapuskan demi untuk memastikan UMNO tidak lagi menjadi mangsa kepada parasit-parasit liar ini.

Namun demikian setelah laporan polis di buat oleh Ungku Salleh dengan memberikan masa selama 7 hari kepada blog tersebut untuk membuat permohonan maaf , Selangor di kejutkan lagi dengan kenyataan terbaru daripada pemilik blog inigoblogpolitik apabila Ungku Salleh pula di berikan masa selama 48 jam bagi menarik balik laporan polis yang di buat serta memohon maaf secara terbuka kepada blog inigoblogpolitik. 

GAGAL berbuat demikian maka blog inigoblogpolitik akan menampilkan saksi serta melakukan pendedahan  tetang salah laku Ungku Salleh pula.

Apa yang pasti kini sudah berlaku sebaliknya selain dari cabar mencabar diantara keduanya , cabaran yang di lontarkan oleh blog inigoblogpolitik juga bukan calang-calang.Ianya mampu menjahanamkan karier politik Ungku Salleh itu sendiri.Baca Seterusnya 

MMI bukan mahu menyibuk urusan orang lain tetapi melihat isu ini jauh lebih berbahaya daripada isu-isu melibatkan pembangkang.

Sekiranya kedua-dua pihak masih dengan pendirian yang sama maka bersedialah dalam masa tak sampai 48 jam lagi pendedahan pertama pasti akan di buat oleh inigoblogpolitik dan sekiranya itu mula berlaku perkara paling utama yang harus segera di lakukan oleh pucuk pimpinan UMNO adalah KUARANTIN segera nama-nama pemimpin UMNO dan BN yang telah di sebut.

Buka soal salah atau tidak kerana itu bakal di tentukan kelak , tetapi sekurang-kurangnya kita bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Apa pun sama-sama kita nantikan kesudahannya.

MMI.

2 comments:

  1. berani kerana benar.... hapuskan pengkhianat bangsa dan agama.

    ReplyDelete
  2. Salam 2 all..jom layan video kuliah agama di www.kuliahtube.com

    ReplyDelete

Labels