Followers

Tuesday, 25 June 2013

Politik & Jerebu ~ Apa Yang Anda Lihat ??


Ramai di kalangan teman, rakan dan pengunjung tetap blog MMI bertanyakan ke mana MMI menghilang hampir 4 hari lepas.Pertamanya MMI nak mohon maaf kepada semua dan ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang bertanya.Ada di antaranya turut bertanyakan sama ada MMI sudah mahu berhenti dari menulis di blog !! Tidak , MMI bukan PapaGomo ... Insyaallah blog jalanan bertaraf penjaja ini akan terus menyinari kehidupan seharian anda semua khususnya berita-berita tentang pentas politik negara.

Selain dari itu ada juga yang bertanya adakah MMI tidak sihat atau sakit ?? Insyaallah selagi kudrat ini masih mampu menaip maka MMI pastinya sihat cuma kadang-kalanya sakit kepala dan pening-pening tu biasalah bagi orang semacam MMI ni.

Namun sepanjang 4 hari lepas , MMI belajar sesuatu dan merasai sendiri tentang seperkara yang rasanya harus kita sama-sama kongsi dan bicarakan.Mungkin bagi sesetengahnya ianya sekadar omongan kosong tetapi tidak bagi sebahagian dari kita yang sentiasa mengikuti perkembangan tentang dunia politik Malaysia.

MMI yakin dan percaya sebut sahaja tentang politik Malaysia , ramai yang akan terbayang muka Najib dan Anwar malah mungkin sesetengahnya terbayangkan muka-muka artis yang dapat kita lihat bagai cendawan tumbuh selepas hujan untuk bergiat dalam dunia politik khususnya dalam ketika kita menghadapi PRU13 yang lalu.

Mungkin ianya sebahagian daripada rempah yang menyedapkan kawah masakan kari politik negara dan barangkali juga ianya ramuan yang di tokok tambah mengikut peredaran masa.Apa pun ianya politik dan kerana politiklah kita sama-sama membaca blog MMI hari ini.

Pasti semua sudah sedia maklum negara menghadapi JEREBU yang cukup hebat bermula di Johor dan kini ianya sudah sampai ke Pulau Pinang.Berdasarkan maklumat ianya di katakan bermula di Riau Indonesia.Keadaan ini sudah pasti akan membuatkan banyak pihak menghadapi kesulitan khususnya mereka-mereka yang mempunyai Athma,alahan dan lain-lain.

Bagaimanapun dalam satu-satu keadaan kita harus menerimanya sebagai ketentuan daripada Allah swt dan seharusnya kita perlu sama-sama mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang sedang menimpa kita semua.Insyallah MMI yakin dalam sedikit masa lagi masalah jerebu ini akan berakhir.

Namun ramai di kalangan kita sebenarnya terlupa , negara sejak sebulan yang lalu sudah pun menghadapi jerebu yang sedikit berbeza dengan jerebu kali ini.Jerebu yang melanda negara sejak sebulan atau sejak keputusan PRU13 di umumkan oleh SPR sebenarnya sama hebatnya dengan jerebu yang melanda kita hari ini.

Boleh di katakan hampir seluruh negara jerebu yang di bawa oleh Anwar Ibrahim berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.Sedarkah kita bahawa jerebu tersebut turut mengundang rasa tidak selesa hampir jutaan rakyat Malaysia yang lain ?

Jerebu 505 sebenarnya sama bahayanya dengan jerebu yang kita sedang hadapi kini.Malah jerebu 505 itu bukan sahaja tidak berakhir ianya sudah sampai ke tahap indek paling berbahaya apabila sudah ada gerakan-gerakan berhimpun di Parlimen malah ada yang berkhemah seolah-olah satu perkhemahan jambori pengakap sedang berlangsung.

Jerebu 505 ini bukan sahaja sudah menyusahkan banyak pihak tetapi ianya turut mampu menyekat pertumbuhan ekonomi negara dengan keadaan kacau bilau yang berlaku apabila mereka mengambil tempat.Hati-hati kerana gerakan ini turut mendapat liputan mereka-mereka di luar sana dan ianya mampu merencatkan perancangan mana-mana pelabur untuk masuk melabur ke dalam negara kita.

Kepada anak-anak muda yang kini sedang menggengam segulung ijazah sedarlah bahawa jerebu 505 ini juga mampu menyusahkan kamu kerana tindakan macai-macai yang menjadi zarah dalam jerebu itu mampu menidakkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang diidamkan kerana sebahagian daripada usaha zarah-zarah ini mampu menyebabkan para pelabur memilih negara lain untuk membuat pelaburan.

Pernahkah anda terbayangkan apa akan berlaku kepada negara sekiranya apa yang MMI catatkan di atas berlaku ?

Seperkara lagi yang menarik perhatian MMI adalah jerebu 505 yang melanda negara baru-baru ini merupakan cetusan daripada seorang manusia bernama Anwar Ibrahim yang kononnya sudah memiliki pelbagai bukti yang menyatakan bahawa keputusan PRU13 yang lalu adalah hasil daripada penipuan oleh kerajaan dan SPR.

Malah pada satu-satu ketika kita mendengar Anwar dan konco-konconya akan memboikot majlis angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.Kecoh di seluruh negara pembangkang akan memboikot sidang parlimen.Namun seperti yang di jangka gertakan seperti itu hanyalah satu sandiwara pemimpin pembangkang apabila semalam menyaksikan semua ahli parlimen Malaysia mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen.

Sekali lagi jerebu 505 membuktikan niat mereka hanyalah mahu menyusahkan rakyat dan negara demi mendapatkan kuasa politik yang kini menjadi idaman setiap dari pimpinan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Persoalannya di sini mengapa Anwar tidak memilih untuk mengotakan janjinya untuk bersara dari dunia politik dan memilih untuk menjadi pensyarah seperti mana yang beliau sendiri ungkapkan ?


Kepada semua gunakan akal dan fikiran anugerah tuhan sebaik-baiknya kerana kita bukan berdepan dengan musuh seperti mana serangan Portugis,Jepun dan Komunis tetapi dari bangsa dan mereka yang mengaku rakyat Malaysia.

MMI tahu tulisan ini barangkali tidak mampu menyedarkan mana-mana pihak tetapi sekurang-kurangnya kita sama-sama dapat menilai sejauh mana pembangkang benar-benar ikhlas dalam memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Kepada semua hati-hati di luar sana kerana jerebu mampu membuatkan kita lemah dan sakit.Dalam masa yang sama hati-hati juga dengan jerebu 505 kerana mereka juga mampu merosakkan apa yang telah kita pertahan serta bina selama ini.

Anwar tersenyum girang sedangkan pada ketika itu macai-macainya bergelimpangan di luar mempertahankan jerebu 505 ?? Fikirlah.....

MMI.

2 comments:

  1. Mana yang slalu mengikuti pkembangan politik trutama muslihat pmbakang tentu dpt rasa yang Malaysia dilindungi Allah.. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. UBAHSUAI RUMAH area kajang, bangi, cheras, serdang, puchong, subang, shah alam, kepong, nilai, ampang, gombak (Selangor/KL) Sambung dapur, parking, ikat batu, pasang tile, mengecat, plaster, plaster siling, kayu, meja dapur/table top, paip DLL. Hubungi: 0182233854 khaidir click → FACEBOOK atau → BLOGGER dan → CONTACT

    ReplyDelete

Labels