Followers

Tuesday 11 June 2013

TAHNIAH Sokong 100%


Penerbit filem, Ahmad Idham Ahmad Nadzri kecewa dengan sikap pemilik pawagam di negara ini yang tidak sensitif apabila menayangkan filem-filem tempatan pada waktu Maghrib.

Ahmad Idham berkata, keadaan itu turut berlaku terhadap filem terbitannya iaitu Lari di mana terdapat beberapa pawagam menayangkan filem itu pada pukul 7 malam sehingga menimbulkan kemarahan segelintir pihak.

"Isu ini sebenarnya sudah lama berlaku dan saya mahu bercakap tentang perkara ini apabila sudah tidak tahan disindir dan ada kalanya dimaki oleh peminat-peminat seolah-olah saya tidak menghormati waktu Maghrib.

"Sedangkan penetapan waktu tayangan bukan ditetapkan oleh saya, tetapi oleh pihak pawagam itu sendiri.

"Bukan filem saya sahaja yang menjadi mangsa keadaan, sebaliknya juga filem-filem tempatan lain,” katanya.


Terdahulu Ahmad Idham pada Isnin telah meluahkan rasa tidak puas hatinya menerusi laman sosial Twitter dengan mengatakan dia tidak faham kenapakah pihak pawagam meletakkan masa tayangan filem-filem Tempatan pada pukul 7 petang, waktu di mana umat Islam menunaikan solat Maghrib.

Tambah penerbit syarikat produksi Excellent Pictures itu lagi keadaan berkenaan membuatkan seolah-olah pihak pawagam seperti tidak menghormati umat Islam.

"Saya rasa bukankah lebih elok kalau tayangan filem Melayu diakhiri pada pukul 6 petang dan kemudian disambung semula pada pukul 8 atau 8.30 malam memandangkan tempoh masa solat Maghrib begitu singkat,” katanya.

Dalam pada itu Ahmad Idham turut menegur Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) kerana tidak mengambil berat hal berkenaan selain meminta pihak berkenaan agar mengkaji semula isu masa tayangan filem-filem tempatan di bawah Syarat Wajib Tayang.sumber 

Walaupun ianya sudah lama berlaku dan baru kini gesaan seperti ini di buat , kita harus menyokong sekurang-kurangnya ianya sudah berlaku.Banyak pihak kena main peranan ini bagi memastikan apa yang dinyatakan oleh Ahmad Idham menjadi kenyataan.

Rasanya tidak salah untuk kita bersantai sambil menonton cuma lebih baik sekiranya pihak pawagam menghormati waktu solat orang Islam.

Ayuh jangan kira politik sama-sama kita sokong !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels