Followers

Thursday 27 June 2013

Up Town PERDA vs Jonker Street !!!


Up Town PERDA , satu kawasan yang cukup "happening" bila malam menjelma dan semestinya "happening" yang MMI maksudkan itu tidaklah membawa maksud segalanya ada di situ seperti mana yang terdapat di negara-negara lain.Ianya tidak menyediakan sebarang perkhidmatan yang mampu mengoncang iman apatah lagi menyediakan hiburan melampau.

Up Town PERDA sebenarnya merupakan pusat membeli belah kepada golongan bawahan bila mana pelbagai barangan di jual bermula daripada minyak angin sehinggalah pelbagai jenis barangan lain yang semestinya menarik perhatian pengunjung.

MMI juga pernah menjadi pengunjung Up Town PERDA dan sesuatu yang menarik tentang kawasan ini adalah rata-rata peniaganya adalah mereka yang berbangsa Melayu.

Rasanya dah bertahun Up Town PERDA mengambil tempatnya dan ianya akan lebih menarik apabila menjelang Hari Raya.Di sinilah mereka-mereka yang bukan bergaji besar akan berbelanja bagi mendapatkan barangan mahupun baju baru bagi menyambut hari raya yang bakal tiba.

Namun entah di mana silapnya , pihak berkuasa semestinya Majlis Perbandaran Seberang Perai di beritakan telah merampas barang-barang yang diniagakan serta mengarahkan ianya di tutup.



Kenapa agaknya secara tiba-tiba ianya di arahkan tutup ? Apakah ianya ada kena mengena dengan tindakan kerajaan negeri Melaka yang menutup Jonker Walk ?? Ish ish jika itulah yang menjadi penyebabnya maka pasti ini dinamakan dendam politik dan sudah semestinya dendam ini menyebabkan rakyat yang menjadi mangsa.

Ehh lupa pula , siapa agaknya yang menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini ya ??? OOO DAPigs jadi tak mustahillah mereka sebenarnya bersahabat dengan Tony Pua.Baca Sini 

Oh ya seperkara lagi jangan lupa semua yang terlibat di Up Town PERDA tu rasanya orang Melayu !

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels