Followers

Monday 1 July 2013

GERAKAN MCA Dah Mula KELEPIAQ !!!!


Pemuda Gerakan Kedah akan memfailkan tindakan undang-undang terhadap kerajaan jika Parlimen meluluskan pindaan terhadap Seksyen 107(b) Akta Pentadbiran Islam (Wilayah Persekutuan) yang membenarkan salah seorang daripada ibu bapa untuk menukar agama anak bawah umur kepada Islam.

Ketuanya, Tan Keng Liang berkata Perkara 12 (2) Perlembagaan Persekutuan perlu dipertahankan setiap masa.

"Jika Bil bagi meminda Seksyen 107 (b) diluluskan oleh Parlimen, Pemuda Gerakan Kedah tidak akan teragak-agak untuk mencabar undang-undang itu, ia bertentangan dengan semangat perlembagaan persekutuan," kata Tan.

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Loh Seng Kok pula menggesa semua tujuh ahli Parlimen parti itu supaya tidak bersama rakan BN dan mengundi menolak rang undang-undang itu.

Turut melahirkan rasa terkejutnya adalah bendahari MIC Jaspal Singh yang berkata pindaan undang-undang itu seharusnya dibincangkan bersama parti itu terlebih dahulu.

Bagi Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong, pindaan bagi membolehkan hanya seorang ibu atau bapa menukar agama anak mereka ke agama Islam adalah tidak mematuhi perlembagaan.

Rang undang-undang itu juga dibantah oleh Majlis Rundingan Malaysia mengenai ajaran Buddhist, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST).sumber 

Apa yang MMI lihat ini adalah kenyataan secara terang-terangan dan membuktikan bahawa puak-puak ini semakin tidak menghormati apa yang kita pertahankan selama ini.

Hati-hati dalam menangani isu seperti ini kerana MMI yakin hati mereka tidak lagi bersama kita !!

MMI

3 comments:

  1. Aku setuju apa saja yg kerajaan rancangkn demi menjaga kedaulatan perlembagaan tanah melayu yg kini di nodai oleh puak pengkhianat negara dan bangsa.Takbir.

    ReplyDelete


  2. Kalau Seksyen 107(B) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah persekutuan) 2013 dikatakan bercanggah dgn Perlembagaan Persekutuan dan akan di cabar di mahkamah oleh Gerakan,

    Kenapa umat Islam TIDAK MENCABAR keujudan SEK. CINA & TAMIL yg TIDAK ADA dalam perlembagaan negara ?

    Harap NGO2 Islam melihat perkara ini ...? ? ?

    ReplyDelete
  3. Yeahhhh setuju anom 10:52,.. mana ngo's Islam, senyap je niii,....

    ReplyDelete

Labels