Followers

Monday 8 July 2013

Isu ROGOL Di SUKMA Siapa Dalang Sebenarnya ?!!


Heboh seketika apabila isu rogol melibatkan peserta SUKMA menjadi tajuk utama di semua saluran media sejak semalam. Rasanya inilah kali pertama insiden seperti ini berlaku dalam satu temasya besar dan sudah tentu ianya berpunca daripada kelemahan pihak-pihak tertentu.

Apakah insiden ini bererti pihak penganjur dan mereka-mereka yang seangkatan dengannya perlu di persalahkan ??

Sebelum itu pihak Polis telah menahan tiga atlet bola baling lelaki Sukan Malaysia (Sukma) 2013 bagi membantu siasatan berkaitan kes rogol yang dilaporkan di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Rabu lepas.

Tiga suspek berusia antara 18 dan 19 tahun itu ditahan Jumaat lepas di perkampungan itu, sehari selepas mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang DSP Lam Chien Fei memberitahu Bernama, ketiga-tiga suspek kini ditahan reman selama tujuh hari.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam pada itu menafikan laporan media sebelum ini yang menyatakan mangsa merupakan atlet bola baling Sukma 2013 sebaliknya merupakan seorang pegawai tambahan pasukan bola baling.

"Tindakan membawa masuk minuman keras itu disifatkan sebagai perkara yang tidak boleh dimaafkan dan melanggar disiplin, justeru hukuman gantung itu wajar," katanya.Baca Selanjutnya 

Berdasarkan maklumat terkini kejadian tersebut berlaku kerana kelalaian daripada pihak pengurusan pasukan malah Menteri Belia & Sukan YB Khairy Jamaluddin yang mengulas berkenaan isu ini jelas sekali melahirkan rasa marah beliau kerana sikap tidak bertanggungjawab pegawai-pegawai pasukan yang sebenarnya turut terlibat.

Yang pasti kejadian rogol itu berlaku setelah mangsa juga berada dalam keadaan mabuk apabila berkumpul bersama rakan lelaki di salah satu kawasan berdekatan asrama penginapan.

Apa pun yang berlaku MMI setuju dengan kenyataan Menteri Belia & Sukan iaitu persoalan bagaimana arak boleh di benarkan berada atau di bawa masuk ke kem penginapan para atlet dan menurut beliau ianya lebih teruk apabila sumber menyatakan para pegawai pasukan juga turut terlibat.

Jadi jawapan kepada siapa dalang sebenarnya dalam insiden ini adalah pasukan yang terlibat dan seharusnya mereka itu di kenakan tindakan sekeras-kerasnya.

Psst katanya kecewa kerana kalah sebab tu teguk arak BODO PIANG !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels