Followers

Monday 29 July 2013

Lapor Siasat Tangkap & Lepas ??


Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin AKA Chegubard bersama-sama 32 lagi individu lain dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan merusuh dan menyertai perhimpunan haram di hadapan jalan masuk bangunan Parlimen, bulan lalu.

Kesemua tertuduh termasuk tiga wanita mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Mat Ghani Abdullah.

Selain Chegubard turut didakwa adalah Anne Ooi, yang lebih dikenali sebagai Auntie Bersih, atas tuduhan menyertai perhimpunan haram dan menyebabkan kacau ganggu awam di hadapan Parlimen.

Turut didakwa hari ini adalah Adam Adli Abdul Halim dan Mohd Safwan Anang.

Pada 24 Jun lalu, mereka ditahan selepas berhimpun di jalan masuk menuju ke Parlimen sehingga menyebabkan keadaan lalu lintas  sesak di Jalan Parlimen.

Mereka yang kononnya menyertai protes menentang SPR cuba merempuh ke arah Parlimen ketika hari pertama persidangan Dewan Rakyat, namun tidak berjaya melepasi sekatan polis yang berkawal dan meneruskan protes dengan berbaring di atas jalan raya sejak jam 10 pagi ini.

Mereka bersorak “SPR Syaitan” “SPR Penipu” dan “Reformasi” sambil membawa sepanduk menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletak jawatan.

Pertamanya MMI ucapkan syabas kerana puak-puak keparat yang terang-terangan melanggar undang-undang di hadapkan ke mahkamah cumanya jangan ulangi perkara yang menjadikan rakyat meluat  dengan undang-undang.

Terang-terang langgar undang-undang lepas bicara LEPAS !! HAMPEH !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels