Followers

Friday 12 July 2013

Pondan Pun Pondan Lah JANJI Belah Kita !!!


Isu berkaitan tindakan berani Adun DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu mengumumkan pelantikan seorang "Pondan" atau "Mak Nyah" sebagai setiausaha politiknya sudah pun menjadi tajuk utama dalam perbualan di serata tempat.

Mungkin bagi segelintir daripada mereka yang terlibat dalam kumpulan yang mengalami masalah identiti ini merasakan ianya adalah satu kejayaan mahupun pengiktirafan terhadap kumpulan pondan ini.

Namun perlu diingat sedikit sebanyak ianya sudah pun merubah sistem sedia ada dan ini di khuatiri menjadi platform kepada lebih ramai spesis jenis ini untuk terus mendapatkan peluang serupa seterusnya merubah peluang itu kepada tuntutan HAK yang sudah pasti akan menjadi isu politik yang MMI jangka akan lebih PANAS. 

"Saya menawarkan satu platform untuk komuniti tersebut menyuarakan pandangan mereka dan berjuang untuk hak-hak mereka," kata Teh dan menurut sumber, Setiausaha Politik tersebut beragama Islam dan dikenali sebagai Hazreen Shaik Daud, berusia 33 tahun. 


Dalam masa yang sama Teh berkata beliau membuat pilihan tersebut selepas jawatankuasa kerja mengenai isu-isu transeksual dipersetujui wakil BN dan Pakatan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu lepas.

Jawatankuasa tersebut, yang pertama dalam urustadbir Pulau Pinang, mendapat sokongan Pengerusi Pembangunan Masyarakat, Keluarga, Belia dan Sukan negeri, Chong Eng.

Apa pun banyak pihak termasuk MMI masih menantikan respon daripada pihak PAS yang kebetulan hari ini merupakan sahabat kepada rangkaian parti-parti pembangkang.

Untuk makluman MMI tertarik dengan kenyataan Ketua Pemuda PAS ni yang dengan lantang serta jelas menolak LGBT sebelum ni.



Jadi dalam isu kali ini macam mana pula ? Takkan diam ja Nasrudin ? Takkanlah sebab yang buat tu sahabat jadi di bolehkan ?

Ada juga bunyi kat luar sana "Pondan pun pondanlah janji belah kita" !!

Hipokrit !! Pemimpin PAS setakat ini masih membisu , Alo tak ada orang ka ????

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels