Followers

Tuesday 2 July 2013

Seksyen 107 (B) Tanggungjawab Jamil Khir !!


Isu melibatkan seksyen 107 (B) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah persekutuan) yang menjadi panas apabila mendapat tentangan daripada Pemuda GERAKAN Kedah dan konco-konconya kini sedang di teliti dengan bersungguh-sungguh oleh pihak kerajaan.

Seperti semua sedia maklum isu agama Islam di Malaysia sering sahaja mendapat perhatian serius daripada banyak pihak khususnya dari kalangan mereka yang bukan beragama Islam.Malah ada ketikanya kita lebih memberikan perhatian terhadap puak-puak tak reti bersyukur ni daripada melihat dan memberikan kelebihan kepada institusi agama Islam itu sendiri.

Lihatlah betapa banyak kejadian penghinaan dan cacian terhadap institusi agama Islam namun bilangan yang di kenakan tindakan boleh di kira dengan jari.

Dalam isu seksyen 107 (B) ini ianya bermula apabila cadangan pindaannya di bentangkan dalam Dewan Rakyat pada hari Rabu lepas.

Kemudiannya menyusurlah tentangan daripada pihak-pihak tertentu seperti pemuda GERAKAN dan lain-lain kononnya ia bertentangan dengan semangat perlembagaan persekutuan. Baca Selanjutnya 

Namun sebagai kerajaan yang prihatin tentang rakyatnya maka satu usaha telah di lakukan dengan menyerahkan isu ini kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri untuk menyelesaikannya.

Mandat berhubung Seksyen 107(B) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah persekutuan) 2013, cadangan membenarkan salah seorang daripada ibu atau bapa menukar agama anak di bawah umur kepada Islam, kini diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata perkara tersebut diputuskan selepas mesyuarat Kabinet pada Jumaat lepas.

"Kerajaan sememangnya peka dan prihatin terhadap suara dan pandangan rakyat yang berlainan agama dan budaya.

"Justeru itu kerajaan amat mengambil berat terhadap kebimbangan daripada sesetengah rakyat bukan agama Islam dan pertubuhan bukan kerajaan terhadap seksyen itu," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini Isnin.

Beliau berkata justeru itu Jamil Khir akan membuat pengumuman mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat yang dikira menjurus kepada kebaikan semua pihak.

Mengikut cadangan pindaan Seksyen 107 yang dibacakan pertama kali di Dewan Rakyat pada Rabu lepas, persetujuan salah seorang daripada ibu atau bapa memadai untuk menukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam. - BERNAMA

Sama-sama kita tunggu hasilnya cuma dari sudut pandangan MMI ada ketikanya kita perlu tegas dalam beberapa perkara.

Psst Hati-hati ada petualang di kalangan kita !!

MMI

2 comments:

  1. Kalau Seksyen 107(B) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah persekutuan) 2013 dikatakan bercanggah dgn Perlembagaan Persekutuan dan akan di cabar di mahkamah oleh Gerakan,

    Kenapa umat Islam TIDAK MENCABAR keujudan SEK. CINA & TAMIL yg TIDAK ADA dalam perlembagaan negara ?

    Harap NGO2 Islam melihat perkara ini ...? ? ?

    ReplyDelete
  2. blog berita edisi percuma tanpa perlu melanggan

    Freemalaysiakini.blogspot

    ReplyDelete

Labels