Followers

Wednesday 3 July 2013

Tak Reti , BODOH , Tak Faham ATAU MENGHINA ??


BANDA HILIR - Tindakan sebuah pusat beli-belah di sini meletakkan gambar masjid bersama ucapan Selamat Hari Raya di atas lantai setiap pintu masuk pasar raya berkenaan mendapat bantahan orang ramai.

Ini kerana, tindakan mereka itu seolah-olah menggalakkan orang ramai memijak masjid, sekaligus dianggap satu penghinaan kepada umat Islam.

Peniaga, Aziz Embi, 58, mendakwa, kewujudan gambar masjid di atas lantai sejak kira-kira seminggu lalu amat dikesali kerana masjid merupakan simbol umat Islam, bagaimanapun pengurusan pasaraya terbabit meletakkan martabatnya di bawah tapak kaki.

“Pada mulanya saya tidak sedar perkara ini, tetapi lama-kelamaan baru saya sedar ia gambar masjid dan dipijak orang ramai setiap kali memasuki pintu masuk pusat beli-belah ini,” katanya.Selanjutnya 

Macam yang MMI sebut di awal tajuk sana noo , puak-puak ni tak reti ka ? BODOH ka ? Tak faham ka ? atau memang niat nak menghina ???

Kalau diikutkan sejak dua menjak ni banyak sangat dah kejadian menghina orang Melayu dan Islam malah ada yang jauh lebih berani dari itu dengan turut menghina bangsa Melayu Baca Sini 

Apa yang pasti kejadian-kejadian seperti ini hanya berlaku dengan 2 sebab !!

Pertama ianya berlaku dengan niat untuk menghina , keduanya adalah kerana tak faham dan langsung tidak mahu mengambil tahu tentang sensitiviti agama Islam itu sendiri.

Dan jika di tanya MMI tentang rumusannya , tak lain dan tak bukan kerana mereka yang terlibat itu jelas sekali tidak mempunyai rasa HORMAT kepada bangsa MELAYU dan agama ISLAM.

Nokhtah tak ada kompromi !!

MMI

2 comments:

  1. Jawapan saya ialah, semua di atas!

    ReplyDelete
  2. perlu siasat jugak..
    tidak bolek ditolak ..
    kemungkinan pengurus pasaraya itu berbangsa Bangla.. !!

    ReplyDelete

Labels