Followers

Friday 16 August 2013

Jangan Lantik Ahli Keluarga , Alo Guan Eng Nak Dalih Apa Lagi ??


Pendirian Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk tidak membenarkan Exco melantik ahli keluarga sebagai pembantu seolah-olah hanya sandiwara apabila Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri tidak mengetahui ada kalangan 'anak buahnya' berbuat demikian.

Perkara itu jelas dilihat apabila Guan Eng seperti terpinga-pinga ketika diasak pemberita yang mahu mendapatkan penjelasan berhubung dua Exconya yang didakwa mempraktikkan amalan tersebut.

Dua Exco terbabit ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga, Komuniti dan Kesenian, Chong Eng yang melantik anak lelakinya serta Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abdul Kassim yang dikatakan melantik adik perempuannya sebagai pembantu.

Bagi mendapatkan kepastian, beliau menelefon kedua-dua Exco berkenaan di depan pemberita, tetapi gagal.

Beliau ditemui pemberita selepas melawat lokasi kejadian sebuah forklift terperosok ke dalam longkang di Jalan Macalister di sini hari ini.

Bagaimanapun Chong Eng gagal dihubungi Setiausaha Agung DAP itu.

Guan Eng berkata, beliau telah mengarahkan Abdul Malik memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

"Saya sudah bercakap dengan Abdul Malik dan dia sudah menerangkan kepada saya berhubung isu ini dan saya juga sudah mengarahkan adiknya supaya melepaskan jawatan sekiranya benar.

"Namun, saya akan berjumpa dengan dia selepas ini bagi mendapatkan penjelasan lanjut," katanya.

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei lalu, kerajaan negeri membuat ketetapan untuk tidak membenarkan Exco melantik secara terus anak atau ahli keluarga terdekat.

Alo Guan Eng bukan soal selepas ni puak tu kena letak jawatan saja tapi kenapa exco sendiri pun tak ikut cakap dan peraturan yang ampa buat sendiri ?

Mana yang CAT nya ?? BANGSAT !!

Psst pemimpin UMNO pun ada yang nak kena dah tunggu sat !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels