Followers

Friday 2 August 2013

Azeez Rahim Terus Bantu Rakyat


Sebelum ini macam-macam yang MMI dengar tentang Datuk Azeez apabila beliau di lantik menjadi Pengerusi Lembaga Tabung Haji Malaysia.Pelbagai cerita sampaikan timbul tanda tanya mereka yang bercerita tu betul sangat ka ? 

MMI bukan apa tidak ada niat pun nak up Datuk Azeez sebab dia pun bukannya kenal dengan MMI tetapi melihat gerak kerja beliau selama ini rasanya tak patut sangatlah pihak-pihak kat luaq sana no dok buat cerita.

Setiap manusia ada kelemahan dan dari kelemahan itulah seharusnya kita bangun dan perbaiki diri seterusnya menjadi manusia yang baik dan lebih baik.

Jika melihat kepada apa yang telah di sumbangkan oleh Datuk Azeez rasanya memang patut pun beliau di berikan jawatan tersebut kerana sesuai dengan cara dan gerak kerjanya yang lebih kepada soal kebajikan.

Baru-baru ini sewaktu MMI berada di Kuala Lumpur sempatlah berbual dengan seorang pemandu teksi yang kebetulannya orang BALING.Tidak ada perkataan lain yang keluar dari mulut pemandu teksi tersebut selain daripada Datuk Azeez merupakan orang yang cukup baik dan sentiasa bekerja keras untuk membantu rakyat.

Kalau ada lagi yang berpandangan sebaliknya tak tahulah MMI tetapi secara jujurnya kita harus memberikan ruang dan peluang kepada pemimpin pelapis ini untuk terus bekerja dan MMI yakin beliau mampu menerajui Tabung Haji menjadi lebih baik daripada sebelumnya.



Kita boleh lihat dalam video tu , bagaimana gembiranya anak-anak Yatim Piatu ni apabila diberi baju raya baru untuk mereka , sekurangnya apa yang Datuk Azeez lakukan ni buat anak-anak yatim gembira dan bersyukur atas sumbangan Datuk Azeez.

Yang lebih terharu, anak-anak yatim dan anak yatim piatu ini akan di jadikan anak angkat kepada pejabat Azeez Rahim, segala pengajian mereka sehingga tamat akan cuba di bantu Datuk Azeez Rahim.

Kepada yang mengata Datuk Azeez tu,  udah-udah le buat benda yang tak berfaedah , banyakkan amal dan amalan mulia agar sentiasa disenanggi rakyat.kredit 

MMI

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Kami memohon jasa baik agar dapat linkkan Rakyat News di blog anda.

    Sekian, Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami. Maaf Zahir dan Batin.


    Rakyat News

    http://www.rakyatnews.my/

    ReplyDelete

Labels