Followers

Friday 23 August 2013

GEMPAR Ada Senarai Ahli-Ahli Politik Malaysia Yang Perlu Di BUNUH ?!!


Sekarang ini, tembak-menembak seakan-akan telah menjadi hobi dan bunuh- membunuh seolah-olah telah menjadi aktiviti masa lapang para penjenayah di Malaysia. Tapi penjenayah tersebut tidaklah setolol makhluk yang menggelarkan dirinya sebagai True Justice. 

True Justice, itulah nama yang digunakan oleh seorang pemilik akaun facebook. Bukan setakat tolol tapi dia adalah seorang manusia yang amat keji, kerana sanggup melacurkan agama secara percuma dengan menyalahguna dan menyalahtafsirkan ayat-ayat suci al-Quran. Ayat-ayat Allah ditafsir sesuka hati mengikut nafsu buasnya. 

Berdasarkan fatwa sesat yang dikeluarkan oleh True Justice, terdapat beberapa orang tokoh politik yang dilabel sebagai musuh islam dan difatwakan wajib dibunuh. Antaranya ialah Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad, Menteri Belia dan Sukan, Khairi Jamaluddin, Nazri Aziz, Zahid Hamidi, Rafidah Aziz, Shahrizat Jalil,DS Anwar Ibrahim dan beberapa orang lagi termasuklah Prof Diraja Yngku Aziz dan anaknya Zetti Akhtar. Untuk menghalalkan fatwa sesatnya, True Justice telah melacurkan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Al-Anfal dan An-Nisa. 

Selain fatwa bunuh ke atas beberapa orang tokoh politik, True Justice juga telah mengeluarkan beberapa fatwa sesat yang lain. Istimewanya, pada setiap fatwa itu, dia akan sandarkan ayat-ayat suci Al-Quran yang telah ditafsir mengikut nafsu buasnya. 

Antara fatwa sesat True Justice yang lain ialah:

UMNO, PAS, PKR dan semua parti politik adalah kafir kerana mengikut demokrasi. Maknanya, DS Najib Tun Razak, DS Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Aziz, Dr Haron Din adalah manusia yang kafir kerana telah mengikut sistem demokrasi dengan menyertai pilihanraya. 

Sultan-Sultan Melayu adalah kafir. Semua umat islam wajib berjihad menentang Sultan-Sultan Melayu dan kaum kerabat mereka. 

Semua Ahli Parlimen adalah kafir. Mereka wajib bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Maknanya semua ahli parlimen yang beragama islam telah menjadi kafir secara automatik sebaik sahaja mereka menjadi ahli parlimen. Ini termasuklah DS Najib Tun Razak, DS Muhyiddin Yassin, Tuan Guru Haji Hadi Awang, DS Anwar Ibrahim dan lain-lain lagi. 

Berdasarkan fatwa-fatwa sesatnya ini dan keberaniannya melacurkan ayat-ayat suci Al-Quran mengikut nafsu buasnya, ternyata True Justice lebih berbahaya dari mana-mana pembunuh upahan dan penjenayah kejam yang menganas sejak akhir-akhir ini. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar manusia sebegini diberikan hidayah oleh-Nya atau dinyahkan dari dunia ini. 

Bagi MMI pihak berwajib khususnya PDRM perlu segera menyiasat kerana apa yang di lakukan oleh True Justice amat berbahaya.

Sila sebarkan/share semua ini demi manfaat bersama.

MMI

1 comment:

  1. Patut ada tindakan diambil. Kasarnya bahasa yg digunakan.

    ReplyDelete

Labels