Followers

Thursday 1 August 2013

Gobind Singh Ni Kelam Kabut Sangat Kenapa ??


Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo ditempelak kerana bersikap hipokrit selepas meminta polis menyiasat kes tembak membabitkan Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R. Sri Sanjeevan tetapi hanya mendiamkan diri dalam isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Gobind sepatutnya lebih memperjuangkan isu penyelewengan dalam pemilihan CEC termasuk membela nasib sebanyak 753 perwakilan India yang dinafikan peluang hadir dan mengundi dalam pemilihan tersebut.

"Tindakan Gobind itu mungkin kerana Sri Sanjeevan merupakan sahabat dan penyokong beliau," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang Sabtu lalu, Sri Sanjeevan, 29, cedera parah akibat ditembak dua lelaki bermotosikal ketika memandu kereta jenis BMW.

Mangsa menaiki kereta itu bersama seorang rakan dan berhenti di lampu isyarat berhampiran Taman Cempaka, Bahau, Negeri Sembilan sebelum dua lelaki berpistol melepaskan tembakan.

Isu pemilihan CEC DAP pada Disember tahun lalu pula menimbulkan keraguan kerana didakwa terdapat unsur penyelewengan oleh ahlinya sendiri selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada sebahagian perwakilan yang merupakan ahli sah dan layak mengundi hadir pada hari tersebut.

Dalam masa sama, Zamil turut mendesak Gobind menjelaskan bagaimana beliau dan bapanya, Karpal Singh boleh menang besar dalam pemilihan CEC tahun lalu.

"Apakah kemenangan beliau itu juga merupakan penipuan seperti yang didedahkan oleh Father Augustus Chen dalam buku The Equity Report?" katanya.

Kalau kita selalu perhatikan tindak tanduk puak-puak DAPigs ni sudah pasti kita dapat melihat dengan jelas pemimpin mereka suka berlakon.

Yang menariknya lakonan tu selalu pegang watak orang bodoh atau sasau sebab tiap kali ada isu yang menjurus kepada kelemahan parti DAP puak-puak ini akan diam tapi bila ada isu yang boleh di kaitkan dengan kerajaan walaupun faktanya samar gegak gempita seluruh alam puak-puak ni punya pekik minta itu dan ini.

Betullah kata Zamil kalau dah hebat sangat mengaku pejuang tu kenapa tak berjuang untuk memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan dalam pemilihan CEC DAP sebelum ini ? Atau si Gobind ni pun ada crita juga macam yang lain ? 

Tak telus pun pemilihan CEC DAP tu , semua yang berlaku tu wayang ja lebih duit betabur sana sini siap jaga rejim dengan dinasti lagi.Sapa-sapa yang jauh dari syarat-syarat tu kirim salam lah nak dapat tempat !!

Gobind kelam kabut sebab takut ada bocor beb !! Lawyer ?? Puiiii...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels