Followers

Thursday 22 August 2013

METALLICA Live In Malaysia ~ Video Inside


MMI antara peminat Metallica band metal paling unggul ni sejak dari dulu lagi.Cumanya kalau dulu boleh join head banging hahaha sakarang dah tak boleh dah , kalau pulun juga mau pitam la jawabnya.Apa pun akhirnya Metallica dapat buat persembahan di Malaysia.Walaupun dalam masa yang sama ada suara-suara dari puak macai pembangkang yang bantah malah siap buat demontrasi lagi.

Memang ada pro dan kontranya kehadiran Metallica ke Malaysia tapi bagi MMI terpulanglah kepada setiap individu itu.Sebagai contoh MMI juga memiliki tiket untuk sama-sama hadir ke konsert tersebut tetapi memilih untuk memberikan penumpuan kepada isu kalimah Allah di mahkamah rayuan yang bersidang sejak pagi tadi.

Tapi dalam masa yang sama puak-puak yang semalam berdemo di konsert Metallica tak pula nampak kelibat di mahkamah tadi.Oh ya mungkin letih rasanya sebab semalam balik lewat.

Apa pun semua pihak berpuas hati kerana peminat Metallica dapat saksikan sendiri persembahan mereka dan orang Islam di Malaysia juga bersyukur kerana kalimah Allah kekal milik orang Islam.

Oh ya , ada seperkara lagi semalam dalam konsert Metallica tu anggota bandnya siap pegang bendera Malaysia lagi , kurang-kurang mereka tunjukkan rasa hormat pada negara kita ye tak ? Bukan macam setengah puak tu negara sendiri pun sailang ish ish ..


Oklah kepada mereka yang seangkatan dengan MMI dan tak berkesempatan untuk saksikan persembahan live Metallica semalam kat bawah ni ada video kurang-kurang terubat juga jiwa rock tu hihi..    



Rock never die !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels