Followers

Friday 23 August 2013

Peewittt Dari Mana Datangnya Cewek-Cewek Ni ??


Mungkin ada yang bertanya apa ke jadahnya pula MMI muat naik gambar cewek-cewek nikan ! Rilek dulu bagi MMI story sikit sebab ianya ada kena mengena dengan mereka yang sebangsa dengan MMI juga.

Perkara pertama dalam dunia IT hari ini boleh di katakan setiap dari kita mempunyai akuan facebook , instagram , twitter dan macam-macam lagilah.Dan ianya di gunakan mengikut selera masing-masing terpulang kepada satu-satu individu itu.

Mungkin ada yang sedar atau ada yang belum sedar bahawa kita kadang kalanya tak sedar dengan perbuatan yang kita buat dan ianya boleh memberikan impak yang besar bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi boleh juga melibatkan mereka-mereka yang rapat dengan kita.

Sedar atau tidak ada sesetengahnya memuat naik gambar-gambar di akaun masing-masing sebagai koleksi peribadi namun ada sesuatu yang perlu kita ketahui iaitu ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab di luar sana akan mengambil gambar tersebut tanpa pengetahuan dan menjadikannya sebagai bahan yang berunsur porno atau melucah.

Untuk makluman sebuah laman sosial dikesan mempergunakan gambar-gambar gadis Melayu dengan status berbaur seks.

Laman Facebook ‘Awek melayu malaysia’ yang mula diwujudkan sejak 21 Januari 2013, mendapat sambutan hangat dan hingga ke hari ini, sudah menghimpun 19,515 pengikut.

Admin FB ini didapati memuatnaik gambar-gambar gadis Melayu dengan pelbagai aksi lalu diletakkan status yang kurang sopan.



Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada gadis-gadis yang dipaparkan dalam FB ini menyedari atau tidak gambar mereka telah digunakan di sini.

Apa yang pasti, laman sebegini tidak ada faedahnya malah hanya mengundang salah laku moral dan menggalakkan aktiviti porno.

Sesuatu harus dilakukan agar FB ‘Awek melayu malaysia’ ini ditutup terus. Antaranya, marilah kita beramai-ramai membuat laporan kepada Facebook tentang salahguna laman ini dengan kandungannya yang berbaur seksual.mynewshub

Hmm MMI tidak ada niat untuk mempromosikan akaun tersebut cuma mahu mengingatkan kepada ampa semua supaya berfikir dulu sebelum memuat naik gambar-gambar yang mampu di jadikan bahan pemuas nafsu orang lain.

Selain dari itu bukan apa takut-takut gambar ampa pun ada sekali tak ka naya !!

Dunia sekanrang ni macam-macam ..

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels