Followers

Monday 19 August 2013

Pemilihan UMNO Sudah Ada Yang MERAK BUIH Jom Kasi CILI Sikitlah @NajibRazak


Minggu yang cukup memenatkan buat MMI apatah lagi dalam suasana Hari Raya yang masih berbaki ini sudah pasti banyak pihak akan menggunakannya untuk menyelesaikan apa yang sebelum ini tertangguh.Bukan sahaja dengan jemputan rumah terbukanya , kunjung mengunjungnya tetapi sejak 2 3 hari lepas lebuhraya juga turut berpesta dengan deretan kenderaan yang mahu pulang ke ibu kota setelah bercuti panjang.

Dalam kekalutan dan kesibukan itu juga parti UMNO dan ahli-ahlinya turut sama menyibukkan diri masing-masing dengan tanggungjawab dan amanah bagi menjalankan urusan mesyuarat di peringkat cawangan.

MMI yang baru-baru ini ke selatan dan kemudiannya ke utara dan kembali ke Pulau Pinang tidak lari dari bertemu dengan rakan-rakan yang antara agenda dalam perbualan mereka adalah mesyuarat di peringkat cawangan.

Namun sambil-sambil menikmati penangan teh tarik timbul beberapa rungutan yang di sampaikan terus kepada MMI berkaitan dengan mesyuarat UMNO di peringkat cawangan.

Sebenarnya MMI antara penyokong penuh kepada proses dan perubahan yang dilakukan oleh parti UMNO dalam persidangan kali ini apabila telah membuat beberapa perubahan baik khususnya melibatkan pemilihan parti.

Malah tindakan parti melantik jawatankuasa pemantau bagi mengikuti setiap mesyuarat di peringkat cawangan cukup baik.

Dan sekiranya semuanya baik belaka apa lagi yang menjadi rungutan kepada ahli-ahli di peringkat bawah ?

Mungkin tidak ramai yang perasan sudah berlaku beberapa insiden mereka-mereka yang dilantik sebagai ketua atau pengerusi jawatankuasa pemantau ini secara tiba-tiba menjadi MERAK BUIH !! Mungkin ada yang tak faham apa itu MERAK BUIH , MMI akan cuba untuk memberikan definasinya supaya ampa semua sekurang-kurangnya dapat faham.

Merak Buih yang MMI maksudkan bolehlah diumpamakan seperti mana kera dapat belacan sehinggakan timbul perasaan bangga tak bertempat yang sebenarnya menyusahkan orang lain.

Inilah yang berlaku di beberapa tempat dan soalnya mengapa perkara sebegini harus berlaku ?

MMI turut tidak bersetuju dengan tindakan pihak-pihak tertentu apabila menggabungkan ke semua jawatankuasa pemantau yang terdiri daripada sayap pemuda,wanita,puteri dan bahagian.Dan kesemua jawatankuasa yang di gabungkan ini akan menerima pula arahan daripada pengerusi di peringkat bahagian untuk hadir ke mesyuarat sama ada sayap atau cawangan.

Jika merujuk kepada proses tranformasi politik yang cuba di lakukan oleh parti , maka MMI suka untuk menyatakan bahawa tindakan sebegini tidak membuktikan proses itu berlaku.Sepatutnya yang harus di lakukan oleh pucuk pimpinan parti adalah memberikan kepercayaan kepada semua sayap untuk menentukan tugas dan tanggungjawab jawatankuasa pemantau di peringkat sayap masing-masing.

Ianya dilihat jauh lebih berkesan kerana hanya sayap yang mengetahui tentang perjalanan sayap.

Lebih teruk pernah berlaku di bahagian tertentu jawatankuasa pemantau yang dilantik oleh sayap tidak diperakui pula oleh pengerusi jawatankuasa di peringkat bahagian sehinggakan mesyuarat di peringkat sayap perlu di lakukan semula hanya kerana arahan daripada MERAK BUIH tadi.

Apa yang berlaku sedikit sebanyak menunjukkan parti tidak meletakkan kepercayaan kepada kepimpinan sayap untuk melakukan apa yang kita sebut sebagai proses tranformasi parti.

MMI sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk parti apatah lagi dengan proses tranformasi ini namun ianya agak mendukacitakan apabila ianya mula di praktikkan.

Persoalan MMI siapa sebenarnya yang memberikan arahan ??

Psst terkini pula ada yang hadir ke mesyuarat di peringkat sayap dan cawangan macam penyangak kononnya nak memantau pemantau yang sedang memantau ahli UMNO mesyuarat !! Berapa banyak mantau daaaa...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels