Followers

Wednesday 28 August 2013

Waytha Moorthy Di Minta SERU Penjenayah , Kenapa ??


Apa macam...kalau ini caranya barulah adil. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar nampaknya lebih sinis dalam komentarnya terhadap kontroversi Menteri P. Waytha Moorthy persoal cara polis benteras penjenayah.

Mungkin Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu tidak pernah terfikir rakan sejawatnya dalam kerajaan boleh melontar satu cabaran yang bunyinya mudah.

Namun semua orang tahu ia pasti tidak akan berlaku.

Wan Junaidi Selasa meminta Waytha Moorthy menyeru semua penjenayah di negara ini tanpa mengira bangsa supaya menyerahkan senjata api yang mereka miliki bagi membolehkan polis menangkap mereka tanpa menggunakan kekerasan.

"Kalau timbalan menteri berkenaan boleh seru penjenayah tidak kira siapa baik yang Melayu, Cina mahupun India supaya letak senjata, esok juga kita akan pergi tangkap mereka macam biasa tanpa senjata.

"Tetapi kalau penjenayah itu tidak mendengar katanya, jangan pandai-pandai mengajar macam mana polis untuk membuat kerja," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada wartawan selepas merasmikan majlis penutup Pentauliahan dan Perhimpunan Kebangsaan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam kali ke-4 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di Batu Pahat,Selasa.

Beliau mengulas kenyataan Waytha Moorthy dalam sebuah portal Isnin yang mempertahankan pendiriannya membantah tindakan polis menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang baru-baru ini.

Waytha Moorthy turut mempersoalkan sama ada tindakan polis menembak mati penjenayah boleh mengatasi masalah jenayah di negara ini.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata sebagai seorang bekas pegawai polis, beliau amat memahami getirnya situasi yang dihadapi oleh pihak polis apabila berhadapan dengan penjenayah yang bersenjata api.

"Polis berhadapan dengan situasi mencabar dan kalau tersilap langkah boleh meragut nyawa sendiri, jadi apakah pilihan mereka apabila berhadapan dengan keadaan sedemikian.

"Sepatutnya sebagai pihak dalam kerajaan, timbalan menteri tidak sepatutnya mempunyai pendirian lain daripada kementerian dalam menangani jenayah, jangan sampai disalah tanggap orang di dalam kerajaan menyokong penjenayah pula," katanya.

Beliau berkata semua pihak harus memahami tugas polis dalam mempertahan keselamatan negara dan dalam masa sama penjenayah pula menggugat dan mengancam ketenteraman negara.agendadaily 

Komen MMI , tahukah anda semua kenapa Datuk Wan Junaidi cabar Waytha Moorthy supaya seru penjenayah untuk serah senjata ? Jawapannya mudah sebab CAKAP PANDAI !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels