Followers

Tuesday 3 September 2013

GILA Wanita Ni Hanya Mahu SPERMA Lelaki Eropah !!

Gambar Hiasan
Seorang ahli perniagaan yang berasal dari Bosnia telah mengemukakan saman bernilai RM600,000 terhadap teman wanitanya, seorang warga Malaysia kerana dakwanya hanya mahukan seks dan genetik Eropah untuk mendapatkan anak, dan bukannya atas dasar cinta.

Ervin Ahbabovic, 41, penduduk tetap yang telah menetap di negara ini selama 18 tahun memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dalam kenyataan tuntutannya, Ahbabovic berkata beliau jatuh cinta dengan wanita Malaysia, Chung Shun Yee, 29, pada 2008.Mereka kemudiannya tinggal bersama dan dua tahun kemudian, pada 7 Februari, anak mereka Aaron Leviticus Ahbabovic Chung dilahirkan.

Plaintif mendakwa, beliau percaya mereka akan mendirikan rumah tangga, namun mengakui beliau tersilap.Menurut dokumen mahkamah, hubungan mereka retak selepas kelahiran anak lelaki mereka, ekoran defendan kerap mencari kesalahannya.

Pada masa sama, beliau mendakwa kehendak seksual defendan melebihi norma biasa.

Beliau berkata defendan mengkehendakinya untuk mengadakan enam kali hubungan seks enam kali sehari dengan setiap sesi berlangsung sehingga sejam.Ahbabovic bagaimanapun yakin kehendak seksual wanita tersebut berdasarkan cinta sebenar namun defendan menjadi cemburu dan tidak yakin dengannya.

Beliau mendakwa kehendak seksual defendan menjadi rutin yang terpaksa dipenuhinya.

Malah plaintif turut mendakwa defendan pernah mengugut membunuh diri jika kehendak seksualnya tidak dipenuhi atau cuba meninggalkannya.Tanpa pilihan lain, beliau tetap dengan wanita berkenaan dengan harapan akan bersetuju untuk mendirikan rumah tangga dengannya bagi memastikan mereka menikmati kehidupan berkeluarga yang normal.

Ahbabovic mendakwa beliau mengalami tekanan perasaan dan penderaan emosi disebabkan penderaan rutin seksual setiap hari, dan pada September tahun lalu, defendan dakwanya telah menikam dirinya di bahagian lengan kiri.

Tidak tahan dengan apa yang berlaku, plaintif kemudiannya menyuarakan tindakan defendan namun defendan kemudiannya menghina, memukul, dan memarahinya.Malah, beliau juga didakwa telah dihalau dari rumah dan menafikan haknya untuk mendapatkan simpanan dan menguruskan perniagaan bersama mereka.

Ahbahovic berkata Chung terus bertindak di luar batasan termasuk dalam perniagaan dan tidak pernah membayarnya walaupun menerima beberapa ratus ribu daripada sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur. .

Beliau turut rasa dimalukan, stress dan trauma, ekoran bukan sahaja dihalau dari rumah, tetapi juga dilarang berjumpa anaknya.Cubaan beliau menghubungi Chung juga tidak berjaya, sebaliknya wanita berkenaan berkata hanya menggunakannya untuk "memuaskan nafsu seksnya selain mendapatkan sperma lelaki berkenaan atas alasan DNA sperma Eropah tiada tolok bandingnya dan lebih berkualiti berbanding lelali tempatan."

Ahbabovic berkata beliau rasa terhina dengan kenyataan Chung yang menganggap dirinya dipergunaan sebagai penderma sperma.Beliau turut mendakwa mengalami penderitaan psikologi ekoran status bapa kepada anaknya tidak diperakui.

Beliau menuntut mahkamah memberikan pengesahan terhadap statusnya sebagai bapa kepada anak mereka dan mengesahkan kehadirannya sebagai bapa dalam tiga akhbar utama di negara ini selain tuntutan kewangan.Beliau juga cuba mendapatkan arahan menjadi bapa kepada anaknya dalam surat beranak, termasuk penghargaan defendan berkenaan kewujudannya sebagai bapa terhadap anak mereka.

Selain itu beliau turut menuntut kos lain yang ditetapkan mahkamah.

Ahbabovic diwakili peguam Nasir Yusoff dan Mohamad Fauzi. Beliau berkata pengurusan kes ditetapkan pada 1 Oktober."Salinan writ telah disahkan dan diserahkan kepada defendan, kemungkinan esok," kata Nasir.

Ahbabovic, yang hadir mahkamah hari ini berkata beliau tidak melihat anaknya sejak beberapa bulan lalu.

"Saya mengalami trauma dan sedang berjumpa psikiatris sekarang," katanya.

"Saya kehilangan segala-galanya sejak empat tahun lalu. Saya serahkan segalanya dan mahukan keluarga yang normal, namun dia gunakan saya semata-mata hanya mahukan sperma saya," katanya.

Macam tu pun ada ka ? ish ish betullah kata orang Malaysia ni macam-macam ada.Apa pun cerita di atas membuktikan memang ada rakyat Malaysia yang langsung tidak hargai dengan apa yang Malaysia miliki.Mungkin kerana itu juga macam-macam usaha di buat untuk menjahanamkan negara kita.

Psst tentang keinginan melampau pompuan tu bukan setakat lelaki Bosnia ja lari , MMI pun belah !!

MMI

4 comments:

  1. SSDRA MIM,minta izin antar mesej,

    "'
    Ahbabovic
    Anda sudah duduk tingal di sini semenjak 1998.
    jika anda tak suka,sila pulang segera sekarang ke Bosnia , keluar dari Malaysia,dengan kapal terbang tiket satu perjalanan.

    Apa hebat nya sangat kamu ni, Commercial diReCtor,joint owner cafeteria?
    Mungkin jenis anda ,tak sangat hansem pun,tak cerdik pun,tiada kelulusan sarjana pun,saperti yang di cari olih CEO TalentCorp untuk mencapai wawasan1M Ah jib gong Gor ?

    Mungkin anda di jangkiti penyakit virus EP.Ver .98(Endless possibilities versi 1998)

    Kalau ada sijil ijazah biotech,nuclear sains,nano pisik,atau soFtware design atau feshen kasut design,atau nak ambil alih CEO GLC biodisel Flda , bolih nak goreng.

    Ego kamu terlampau besar ingat anda ada genetik engineer konon dalam nutfah anda,nak tIpu nutfah anda terbaik di dunia,buat orang satu dunia tertawakan anda kerana naif sangat memperdaya orang Malaysia sbb kamu ni cerah sikit dari Nigeria,ghana,guinea.kenya dan semasa dengan mereka .

    kami tak jemput anda dan sejenis serupa anda

    kamu ta'da satu zahrah hak nak hirup udara malaysia dari saat ini.
    sila berambus secepat mungkin, ketiada hadhiran anda di negeri ini tidak merugi kan kami 1/4 sen pun .

    Rakyat malaysia tidak mau kan lelaki yang pandai cari pompuan , tak mau kahwin..... mustahil lelaki menjadi hamba bersetubuh.

    Bukan hak kamu dan Kesemua expatriate yang hidup di negara ini nak salahguna proses undang semata mata nakkan wang , dengan alasan yang sangat mengaibkan imej 1M 1M4U yang amat liberal world view sehingga pujian obama cameron limpah ruah ! kamu menjatuhkan image FLOM yang amat terkenal seata seantaro dunia dalam bidang early child upbring and jewel(PERMATA)programm for brilliant prodigies.
    Anda rasa berpendapat sperma bosnia ada genes einstein nak di kacukkan kapada pompuan tempatan ? MUNGKIN dah buat kerja yang sama di negara asal kamu (tak masuk resume resmi) .

    Sekarang, ya sekarang ,berambus nyah belah hambat kamu.
    keluar !
    keluar !
    Keluar !

    jangan pulang sini !

    KP Immigresen, siapa yang bagi di WORK PERMIT ?
    KP Imigresen KLIA sila ambil nama dan daftar kan nya sebagai UNWANTED ALIENS.

    arjuna waspada
    changkat lobak

    ReplyDelete
  2. Pempuan Melayu Liberal gilakan sperma Awang hitam Nigeria sahaja, sebab itam-itam setampuk manggis. Pengan gagak itam buat adik nangis...

    ReplyDelete
  3. cina Malaysia memang camtu... bila nak sesuatu sanggup buat apa saja, tetapi bila tak dapat macam2 buat hal...

    ReplyDelete
  4. this is obvioulsly a man scorned, he should be kick out of malaysia as he has had such a sordid past with the law in malaysia , do not judge the woman just because of HIS STORY, HE IS A CON-MAN!!!!

    ReplyDelete

Labels