Followers

Tuesday 3 September 2013

IRWAN Di Gesa Letak Jawatan !!


Rupa-rupanya isu Irwan ni tak habis-habis lagi jika sebelum ini beliau mengeluarkan kenyataan mendesak Datuk Seri Najib meletakkan jawatan , hari ini sebuah portal menyiarkan kenyataan supaya Irwan pula yang meletakkan jawatan.

Sebelum ini jika dibandingkan Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris dan Arman Adha, mantan Ketua Wira Perkasa , populariti Arman lebih menyerlah.

Ramai yang tdiak mengenali siapa Irwan malahan bukan saja akhbar yang tidak membuat liputan tentang dirinya , laman blog juga tidak berminat untuk menyiarkan berita mengenai anak muda ini.

Beliau perlu lakukan sesuatu untuk menjadi popular. Beliau mengharapkan dengan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meletakkan jawatan , beliau akan jadi popular.

Malangnya , gesaan beliau menampakkan anak muda ini gelojoh dan tidak buat homework kerana tidak ada asas yang kuat untuk menggesakan PM meletakkan jawatan sehingga dia dihentam teruk di Face Book dan juga laman laman web serta blog.

Eloklah dia letak jawatan Ketua Perkasa jika gesaan dia gagal, kerana sungguh memalukan.sumber

MMI yakin Irwan pasti dapat merasai bagaimana rasanya apabila beliau mengeluarkan kenyataan supaya Datuk Seri Najib meletakkan jawatan.Apa pun ini perkara biasa apabila kita bersuara sudah pasti akan ada mereka-mereka yang lain juga akan bersuara.

Rasanya tak perlu komen banyak-banyak sangat nanti ampa pakat hantam MMI pula jadi mudah cita pertimbangkanlah...

MMI

2 comments:

  1. lagi baik Najib yang letak jawatan!

    ReplyDelete
  2. itu pendapat dan cadangan dia... aku rasa ramai penyokong BN pun setuju gak dgn cadangan dia nih...

    ReplyDelete

Labels