Followers

Thursday 5 September 2013

Kini Mereka Hanya Menanti Arahan !!

Gambar Hiasan
Nampaknya sebuah lagi negara Islam bakal di lunyaikan oleh mereka yang mengaku kuasa dunia .Tak perlu rasanya MMI perkenalkan kerana sudah sinonim di mana ada kacau bilau di situ mereka akan ada.Macam motto pulakan ? Apa pun gergasi ini kini sudah mendapat kebenaran dari puaknya jadi ....

Presiden Amerika Syarikat (AS) akhirnya diberi lampu hijau untuk memulakan tindakan ketenteraan ke atas rejim Bashar al-Assad di Syria.

Sebuah panel Dewan Senat AS memberi kebenaran selepas undi membenarkan 10 manakala tujuh undi menolak.

Undian penuh Senat dijangka dilakukan pada minggu depan.

Resolusi itu nanti akan membenarkan Obama menyerang Syria, tetapi dengan syarat serangan itu tidak boleh melebihi 90 hari dan tidak melibatkan sebarang anggota untuk peperangan di darat.

Undian ini menjadikan ia kali pertama berlaku di kalangan ahli politik AS selepas kali terakhir undian sebegitu diberikan pada Oktober 2002 memberi kebenaran kepada Presiden George W Bush untuk menyerang Iraq.

Memetik laporan Metro UK, Obama dalam satu sidang media di Stockholm, Sweden berkata kuasa barat mesti komited dengan apa yang diperkatakan mereka.

“Bukan kredibiliti saya yang dipertaruhkan di sini tetapi, kredibiliti masyarakat antarabangsa yang dipertaruhkan,” katanya.

“Kredibiliti AS dan Kongresnya juga dipertaruhkan kerana selama ini, Amerika yang memperjuangkan dengan kata-kata tentang isu-isu antarabangsa begini adalah penting.

Serangan AS itu nanti bakal menelan belanja yang besar kepada Obama.

Setiusaha Pertahanan AS Chuck Hagel berkata pihaknya telah melihat kos-kos belanja berbeza untuk tindakan ini dan ia mungkin berjumlah berpuluh juta Dollar Amerika-newshub

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels