Followers

Wednesday 4 September 2013

Krisis MESIR Maklumat Yang Perlu Rakyat Malaysia Tahu


Dasar Amerika Syarikat berkaitan krisis di Mesir boleh dikatakan ironis..Di satu sisi, pentadbiran Obama meminta agar penguasa sementara Mesir untuk menghentikan keganasan terhadap penunjuk perasaan..Tetapi, di sisi yang lain negera Pak Cik Sam itu terus menyuntik bantuan sebanyak 1.3 bilion dolar AS setiap tahun untuk Tentera Mesir.

Padahal dunia sudah pun tahu, Tentera Mesir telah membantai rakyatnya yang sedang memperjuangkan demokrasi..Selama beberapa dekad, Tentera Mesir telah menjadi salah satu penerima bantuan terbesar dari Amerika Syarikat..Menurut laman theglobalpost, bantuan tahunan yang dihulurkan AS itu kemudian dibelanjakan untuk membeli senjata dari syarikat-syarikat milik Amerika Syarikat (AS) sendiri


1. Lockheed Martin 
Nilai kontraknya mencapai 259 juta dolar AS. Pada 2010, Lockheed Martin menyediakan 20 unit pesawat F-16 untuk Tentera Mesir.

2. DRS Technologies 
Nilai kontraknya dengan Tentera Mesir mencapai 65.7 juta dolar AS.

3. L-3 Communication Ocean Systems 
Nilai kontraknya mencapai 31.3 juta dolar AS. L3 Communications membekalkan sistem sonar dan peralatan ketenteraan ke Mesir.

4. Deloitte Consulting 
Deloitte memenangi kontrak sebanyak 28.1 juta dolar AS untuk menyediakan perancangan dan sokongan program pesawat Mesir.

5. Boeing 
Boeing mendapatkan kontrak bernilai 22.5 juta dolar pada 2010 dari Mesir, Syarikat itu menyediakan 10 helikopter Apache.

6. Raytheon 
Mendapatkan kontrak sebanyak 31.6 juta dolar AS untuk menyokong sistem peluru berpandu Hawk milik Mesir.

7. AgustaWestland 
Mendapat kontrak 17.3 juta dolar dari Tentera Mesir.

8. US Motor Works 
Pada 2009, mendapat kontrak bernilai 14.5 juta dolar AS untuk menyediakan mesin dan suku cadang dari Pihak Berkuasa Persenjataan Mesir.

9. Goodrich Corp. 
Tentera Udara AS dan Goodrich memenangi kontrak 10.8 juta dolar AS untuk mengedarkan reconnaissance systems bagi pesawat jet F-16 milik AU Mesir.

10. Columbia Group
Columbia Group mendapat kontrak 10.6 juta dolar dari Tentera Laut Mesir.sumber 

MMI sebelum ini pernah menulis tentang krisis di Mesir dan daripada apa yang dapat kita lihat secara kasarnya adalah rusuhan dan kekacauan yang di sebabkan oleh sikap sesetengah pemimpinnya.

Apakah ia benar kerana pemimpin ? MMI tidak menolak sebahagiannya kerana pemimpin tetapi ketahuilah sebahagian lagi di sebabkan oleh rakyatnya sendiri.Rakyat yang bangun menentang di jalanan kerana sebuah kerajaan yang di katakan zalim.

Ada benarnya kebangkitan itu tetapi kenapa sehingga kini bumi Mesir masih tidak aman dari kezaliman ?

Antara sedar dengan tidak rakyat Mesir sebenarnya adalah penyumbang terbesar di atas kezaliman yang kini sedang berlaku sehingga anak-anak kecil yang tidak berdosa itu menjadi mangsa kerakusan politik mereka.

Apakah itu bukan zalim namanya ? Di mana suara keadilan dan laungan keamanan ? Rasanya yang lebih banyak kedengaran adalah laungan penuh dendam sikap rakyat Mesir sesama mereka.Kenapa itu berlaku ? Jangan lupa politik telah menyebabkan Mesir kini tidak lagi tenteram malah kerana politik itulah maka rakyatnya kini terpaksa membayar harga yang cukup mahal bagi setiap hembusan nafas mereka.

Bayangkan setelah pilihanraya di adakan semula pun bumi Mesir tetap bergolak ini menunjukkan bahawa rakyat Mesir sendiri tidak dapat menerima keputusan rakyat. 

MMI tahu akan ada pihak yang tidak senang dengan kenyataan ini , maaf kiranya tulisan kali ini mengguris hati anda cuma MMI selalu bertanya bagaimana dan kenapa krisis di Mesir berlaku ? 

Bukan tiada langsung rasa simpati tetapi bimbang kerana bibit-bibit itu kini nampaknya sudah mula berlaku di negara lain termasuk bumi Malaysia.

Baca juga artikel di SINI

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels